Ahad, 15 Ogos 2010
Impak globalisasi dan pengantarabangsaan pendidikan ketika ini
sudah mulai difahami dan pelan tindakan telah pun digubal untuk
menangani isu dan cabaran yang bakal timbul. Perubahan corak dalam
pendidikan dalam masa terdekat akibat daripada globalisasi,
pengantarabangsaan dan perubahan dalam teknologi maklumat dan
komunikasi ini cukup mencabar bagi pendidikan di Malaysia.
Berikutnya adalah cabaran-cabaran, peranan pendidikan serta
persekitaran yang perlu dihadapi oleh pendidikan di Malaysia.CHEM
WEI KEONG (196767)
CABARAN: KESEDIAN GURU DALAM MENGHADAPI GLOBALISASICabaran yang
terpaksa dilalui oleh institusi pendidikan dalam konteks
pelaksanaan inovasi kurikulum adalah kesediaan guru untuk menerima
dan melaksanakannya dengan penuh kesungguhan. Harvey (1990) telah
menyenaraikan beberapa faktor yang mengekang kesediaan guru untuk
melaksanakan perubahan iaitu:1. Kurang rasa kepunyaan: Guru-guru
merasakan perubahan yang dilaksanakan di sekolah sebagai elemen
asing justeru mereka tidak mempunyai rasa kepunyaan, lebib-lebih
lagi sekiranya mereka menyedari idea sesuatu perubahan itu adalah
daripada pihak mar seperti pertubuhan bukan kerajaan,
kumpulan-kumpulan pendesak, tekanan pihak media dan sebagainya.2.
Kurang berfaedah: Guru-guru mempunyai pandangan agak konservatif
bahawa amalan yang sedia ada tidak perlu kepada perubahan yang
drastic kerana kurang diyakini benar-benar membawa faedah kepada
mereka dan juga murid. Situasi mungkin akan menjadi lebih bercelaru
apabila perubahan itu menyebabkan guru kekurangan kuasa autonomi
terhadap pelajar seperti idea mengenai fungsi guru dalam kelas
adalah sebagai pemudah cara sedangkan kebanyakan guru berpendapat
fungsi tradisi guru adalah sebagai pendidik dan penyampai ilmu.3.
Penambahan beban: Guru mempunyai persepsi umum bahawa setiap
perubahan bermakna penambahan terhadap beban tugas dan
tanggungjawab. Persepsi ini menyebabkan guru bersikap pesimis
terhadap pencetus idea perubahan kerana pihak-pihak berkenaan
dianggap sebagai tidak memahami masalah mereka terutama beban tugas
yang tidak berkaitan dengan pengajaran seperti menghadiri
mesyuarat, menghadiri kursus, menjalankan aktiviti berkala di
sekolah seperti hari kantin, hari sukan, hari kokurikulum dan
pelbagi "jenis hari".4. Kekurangan sokongan pentadbiran: Guru-guru
sukar untuk melaksanakan perubahan kurikulum di sekolah sekiranya
pihak pentadbiran kurang memberikan sokongan iaitu dari segi:a)
kewanganb) motivasi dan doronganc) pengiktirafand) penyediaan
peralatan untuk pengajaran dan pembelajaran dane) mengurangkan
karenah birokrasi di peringkat sekolah.5. Menyendiri: Kebanyakan
guru lebih suka melakukan tugas secara menyendiri terutama
berkaitan pengajaran dan pembelajaran. Justeru sekiranya perubahan
memerlukan guru bekerja secara berpasukan seperti pelaksanaan
kaedah kolaboratif guru berasa kurang kondusif dan kebanyakan
mereka akan mengelak dari melibatkan diri secara proaktif.JESSICA
AGNES FLETCHER (196878)
CABARAN: KEBERKESANAN KOKURIKULUM SEKOLAHDunia tanpa sempadan
menyebabkan Malaysia menghadapi kemelutan sosial. Kebanjiran
maklumat, akses yang mudah keadaan dunia hiburan,layaran mudah
bahan-bahan porno melalui Internet dan melayari alam siber yang
menjadi trend masyarakat menyebabkan berlakunya gejala negatif di
masyarakat kini.Perasaan kebimbangan terhadap generasi pelajar masa
ini telah tercetus akibat fenomena negatif ini. Perkembangan
tersebut telah mendorong para perancang kurikulum Malaysia terpaksa
menyemak semula keberkesanan kurikulum sekolah untuk menghadapi
pelbagai perubahan akibat pengaruh globalisasi tersebut. Penyemakan
terhadap kekuatan dan kelemah system pendidikan di Malaysia perlu
dilakukan dari semasa ke semasa oleh perancang kurikulum untuk
menyediakan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan tertentu bagi
menghadapi daya saing persekitaran global yang semakin sengit dan
mencabar.
CHONG ZYY KIAT (196877)
CABARAN: PENGURUSAN PENDIDIKANPengurusan pendidikan juga telah
mengalami transformasi yang agak radikal dalam perkembangan dunia
global terutama dari segi penggunaan teknologi telekomunikasi dan
pengkomputeran. Beberapa inovasi telah dilaksanakan dalam
pengurusan pendidikan di Malaysia terutama di peringkat sekolah
bagi meningkatkan kecekapan dalam pengurusan pendidikan. Beberapa
perisian baru telah diaplikasikan yang dikenali sebagai Pengurusan
Maklumat Sekolah (School Management Information System). Aplikasi
sistem ini telah memudahkan pihak pentadbiran sekolah melaksanakan
tugas-tugas rutin seperti:1. Membantu dan mempermudahkan pengurus
sekolah membuat keputusan.2. Meningkatkan kecekapan pengurusan dan
pentadbiran.3. Mengurangkan beban pengurus dalam melaksanakan tugas
yang pelbagai.4. Meningkatkan kecekapan sistem pengurusan fail.5.
Memudah dan menjimatkan masa dari segi mengumpul, memproses
danmenyimpan data seperti laporan kehadiran pelajar.6. Meningkatkan
kecekapan dalam penyediaan gred/markah peperiksaanpelajar.7.
Penempatan pelajar dalam kelas.8. Membuat agihan jadual waktu
mengajar guru.9. Pembinaan jadual waktu guru.10. Membuat agihan
sumber kewangan, buku teks, dan sebagainya.11. Menyimpan data
mengenai stok dan inventori sekolah serta pelbagai urusan rutin
yang dikendalikan pentadbir dan guru.CHEE HAN PING (196754)
PERANAN PENDIDIKHussien Ahmad (2001) memberi penegasan
bahawaproses globalisasi telah membawa perubahan yang mendadak
kepada perlakuan hidup dan norma kehidupan manusia. Masyarakat
Malaysia sedang berdepan dengan pelbagai budaya yang bertentangan
dengan budaya setempat. Jati diri anak-anak remaja yang masih di
bangku sekolah kini menjadi pertanyaan kerana terdapat petunjuk
dimana asas-asas budaya, agama dan bangsa mulai longgar. Mereka
semakin liar dan terikut-ikut akan gaya hidup dan amalan negatif
kehidupan barat seperti pergaulan bebas dan berseronok-seronok
sehingga lewat malam menyebabkan mereka tidak dapat menumpukan
perhatian dalam kelas keesokan hari. Semua institusi pendidikan
menghadapi cabaran untuk meletakkan anak-anak remaja di landasan
moral yang betul melalui pelaksanaan program-program pendidikan
nilai di sekolah.Aspek yang diteliti adalahaspekberkaitan
keperibadian guru. Guru perlu menampilkan perwatakan yang positif
terutama ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Antara watak
yang perlu diterampilkan supaya menjadi contohan pelajar ialah
amanah, bersopan santun, berdedikasi serta taatkepadatuhan.
Aktiviti kokurikulum seperti badan beruniform, persatuan, kelab,
dan kegiatan sukan dapat memberi input penting kepada pembentukan
sahsiah pelajar. Aktiviti yang dijalankan melalui pemantauan guru
akan menyuburkan sikap positif terhadap semangat kerjasama,
berdikari dan semangat cinta akan negara serta membantu dalam
pembentukan jati diri dan moral pelajar.NG NOOR VEEN (197475)
PERANAN PELAJARIsuisu berkaitan perlakuan negatif pelajar
semakin membimbangkan. Hasrat untuk merealisasikan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan individu pelajar yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
sedang menghadapi ujian dari segi keberkesanan pelaksanaannya
kerana masyarakat masa kini sedang berhadapan dengan arus
globalisasi yang bersamanya membawa masuk pelbagai budaya yang
bertentangan dengan budaya setempat. Dalam era globalisasi ini,
banyak cabaran yang harus ditempuhi. Globalisasi itu sendiri
merujuk kepada dunia tanpa sempadan. Generasi kini dikatakan
mempunyai kemudahan dihujung jari. Namun begitu, generasi muda
seperti pelajar harus lebih berhati hati dalam memilih segala
maklumat yang diperolehi.Sebagai contoh, dunia hari ini banyak
menggunakan internet sebagai rujukan maklumat terutamanya kepada
pelajar. Pelajar menggunakan internet dalam mencari bahan rujukan
kepada tugasan yang diberikan oleh pengajar. Selain itu, pelajar
juga menggunakan internet sebagai bahan untuk bersosial pada laman
web tertentu bagi memenuhi keperluan sosial mereka. Sehubungan
dengan itu, pelajar haruslah mempunyai nilai kesedaran sendiri.
Mereka perlulah pandai dalam memilih maklumat. Banyak maklumat
positif yang boleh merangsang minda pelajar dan dalam masa yang
sama banyak maklumat negatif yang boleh merosakkan pelajar.Para
pelajar dikatakan sebagai tunjang kepimpinan pada masa akan datang.
Pelajar harus bersikap matang dalam menghadapi cabaran era
globalisasi. Pada masa sekarang pelajar harus lah sentiasa mengikut
perkembangan dalam setiap maklumat kerana persaingan yang ramai.
Pelajar yang ketinggalan tidak akan dapat bersaing dan akan
sentiasa kebelakang. Perkembangan semasa penting untuk menjadi
seorang pemimpin yang disegani. Dunia hari ini mengatakan sehari
tanpa berita semasa sudah banyak maklumat yang dilepaskan. Pelajar
harus dididik dari sekarang supaya terbiasa dengan arus dunia
sekarang.SITI NORSAIDAH BT MOHD AZIMI (195751)
PERANAN IBUBAPAIbu bapa merupakan contoh terbaik untuk
pembentukan sahsiah diri anak-anak. Ia bertujuan untuk mencorakkan
perwatakan atau personaliti anak-anak supaya ciri-ciri tingkah laku
yang ditunjukkannya adalah baik dan sesuai dengan kehendak ibu
bapa, keluarga, masyarakat dan negara. Keindahan tingkah laku dalam
diri anak-anak menjamin masa depan yang cerah bagi belia untuk
menjadi seorang pemimpin yang berwibawa kelak. Oleh yang demikian,
peranan ibu bapa dalam cabaran globalisasi masa kini terutama di
Malaysia semakin mencabar. Ibu bapa haruslah menjadi contoh yang
terbaik dalam mengorak langkah bagi membimbing anak-anak mereka
ini. Seawal dalam kandungan lagi, ibu bapa haruslah cuba untuk
menjaga permakanan dan kesihatan agar dapat melahirkan anak yang
baik.Ibu bapa juga haruslah memastikan anak-anak mereka mendapat
pendidikan yang terbaik dari guru-guru dan seboleh-bolehnya ibu
bapa haruslah cuba untuk memenuhi keperluan pelajaran mereka
seperti menyediakan komputer peribadi kepada mereka, bahan-bahan
bacaan yang mencukupi dan memberikan perkhidmatan tuisyen tambahan
agar masa terluang mereka tidaklah diabaikan begitu sahaja.
Tambahan pula, ibu bapa mesti sentiasa peka dengan pembelajaran
anak-anak dan cuba untuk memberikan yang terbaik agar mereka dapat
belajar dalam persekitaran yang baik dan tenang bagi memudahkan
mereka menelaah pelajaran dengan berkesan. Selain itu, ibu bapa
mestilah sentiasa menemani anak mereka terutama pada waktu malam
sekiranya ibu bapa ada kelapangan bagi menemani anak-anak
mengulangkaji pelajaran. Dengan itu, tidaklah mereka berasa sunyi
dan ada teman untuk berbual atau teman ketakutan. Maka, jelaslah
peranan ibu bapa amatlah besar dalam cabaran globalisasi pendidikan
masa kini di Malaysia khususnya.NUR AMIRA BINTI ISMAIL (195612)
PERANAN ICT
Globalisasi yang asaskan perkembangan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT), pembangunan pendidikan mementingkan budaya dan
penguasaan ICT di kalangan pelajar. Perubahan harus berlaku dalam
system mengajar dan belajar di bilik-bilik darjah yang mana
pendekatan konstruktivisme adalah digalakkan kerana ia dapat
memupuk minat serta menggalakkan pelajar lebih bertanggungjawab
terhadap pembelajaran di samping menerapkan amalan pembelajaran
sepanjang hayat. Penyelidikan yang menyeluruh dan berterusan juga
perlu dibuat terhadap keberkesanan pendekatan konstruktivisme agar
kesan pembudayaan ICT di kalangan generasi muda berlaku secara
berkesan dan berpanjangan.NOR SYAHIDA BT NIK WIL (114070)
PERSEKITARAN PEMBELAJARANDalam usaha menangani cabaran
globalisasi dalam sektor pendidikan, Malaysia perlu menyediakan
segala sumber manusia dan kelengkapan sosialnya agar dapat
membentuk satu daya ketahanan budaya yang membolehkannya
berinteraksi dan bertindak secara autonomous dalam persekitaran
baru ini.Pada abad ini, adalah amat penting untuk menjadikan rakyat
Malaysia lebih produktif dalam persekitaran ekonomi baru.Pengurusan
sumber manusia dalam pendidikan dahulu dan kini telah membangkitkan
pelbagai isu yang menyentuh pelbagai aspek perkhidmatan dalam
pendidikan.Namun dalam memastikan produktiviti dipertingkatkan,
isu-isu berbangkit ini perlu diberikan perhatian oleh pihak yang
bertanggungjawab.Antara isu yang telah dibangkitkan dalam sektor
pendidikan beberapa tahunkebelakangan ini termasuklah:i)isu
penilaian prestasi atau insentif dalam pendidikan,yang merangkumi,
penilaian prestasi tidak dilaksanakan mengikut jadual seperti yang
ditetapkan dalam Pekeliling yang berkenaan, penilaian prestasi
tidak dibuat secara objektif, adil dan telus, kelemahan pegawai
penilai, sistem giliran dalam Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang,penetapan kuota 8% penerima Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang mengikut Pekeliling yang relevan, dan kefahaman konsep
dan pelaksanaan Penilaian Tahap Kecekapan.ii)isu globalisasi
pendidikan, yang merangkumi pencapaian perkhidmatanpendidikan
bertaraf dunia,pencapaian daya saing dan daya tahan global, dan
transformasi pengajian tinggi bagi menjadikan negara hab
kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa.iii)isu teknologi dalam
pendidikan, yang merangkumi keefisienan sistem pertukaran guru atas
talian,kemahiran kakitangan dalam teknologi maklumat dan kekurangan
infrastruktur fizikal (komputer/peralatan) dan infrastruktur bukan
fizikal (perisian teknologi maklumat & komunikasi).iv)isu
jaminan kualiti pendidikan yang merangkumi isu-isu berhubung Pelan
Strategik Pengajian Tinggi Negara Melangkaui Tahun 2020 dan
Pengurusanv)Kualiti Menyeluruh (Total Quality Management (TQM)) dan
Persijilan ISO(International Organisation for
Standardisation);vi)isu perekrutan dan pemilihan staf yang
merangkumi perekrutan dan pemilihan guru,unjuran keperluan guru,
pembangunan kurikulum,latihan dan pembangunan kerjaya dan
penempatan dan pertukaran guru,kekurangan data dan maklumat
pendidikan.vii)isu latihan dan pembangunan staf yang merangkumi
pembentukan polisi dan objektif latihan memerlukan maklum balas
daripada semua kakitangan masalah impak latihan, contohnya,
analisis organisasi yang tidak mencukupi sebelum pelaksanaan,
kurangnya sokongan pengurusan, pelatih yang tidak bermotivasi,
kemahiran diajar tidak berkaitan dengan masalah, tiada tindakan
susulan di tempat pelatih dan masalah peruntukan bagi program
latihan yang tidak mencukupi.
viii)isu pembangunan kerjaya pekerja yang merangkumi kriteria
yang dijadikan asas kenaikan pangkat,pertukaran tempat
bertugas,pengurusan kerjaya,contohnya penilaian berorientasikan
kerjaya, disiplin pekerja dan persaraan serta latihan yang
diperlukan sebelum persaraan.NURUL SYUHADA BT MOHD SOHAIMI
(113992)
KESIMPULANKesimpulannya, dunia tanpa sempadan ini memaksa
industri pendidikan di Malaysia untuk melalui era transformasi yang
sangat dirasai gelombangnya. Selain itu, perkembangan pendidikan di
Malaysia yang semakin pesat ini adalah hasil daripada minat ibu
bapa yang tinggi terhadap perkembangan pendidikan dan persekolahan
anak-anak mereka baik di peringkat pra sekolah, pendidikan rendah,
menengah dan juga di institusi pengajian tinggi. Kesedaran tersebut
adalah implikasi daripada kesedaran mengenai kepentingan pendidikan
bagi memajukan diri dalam menghadapi cabaran kehidupan yang semakin
sengit. Oleh itu, peranan-peranan daripada pihak pendidik, ibubapa,
dan pelajar itu sendiri amatlah penting bagi menghadapi
transformasi dunia tanpa sempadan ini. Akhir sekali, pihak
perancang pendidikan perlu melihat isu-isu dan cabaran yang
berbangkit secara menyeluruh dan komprehensif. Menyelesaikan
masalah secara runcitan dan memberi tumpuan kepada aspek tertentu
dan mengurangkan tumpuan kepada aspek lain akan menghalang
pelaksanaan pendidikan kita terutama bagi memenuhi aspirasi
Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri.NASUHA BINTI CHE A.BAKAR
(113533)
GLOBALISASI DAN CABARAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
CABARAN: KEBERKESANAN KOKURIKULUM SEKOLAHDunia tanpa sempadan
menyebabkan Malaysia menghadapi kemelutan sosial. Kebanjiran
maklumat, akses yang mudah keadaan dunia hiburan,layaran mudah
bahan-bahan porno melalui Internet dan melayari alam siber yang
menjadi trend masyarakat menyebabkan berlakunya gejala negatif di
masyarakat kini.Perasaan kebimbangan terhadap generasi pelajar masa
ini telah tercetus akibat fenomena negatif ini. Perkembangan
tersebut telah mendorong para perancang kurikulum Malaysia terpaksa
menyemak semula keberkesanan kurikulum sekolah untuk menghadapi
pelbagai perubahan akibat pengaruh globalisasi tersebut. Penyemakan
terhadap kekuatan dan kelemah system pendidikan di Malaysia perlu
dilakukan dari semasa ke semasa oleh perancang kurikulum untuk
menyediakan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan tertentu bagi
menghadapi daya saing persekitaran global yang semakin sengit dan
mencabar.CABARAN: PENGURUSAN PENDIDIKANPengurusan pendidikan juga
telah mengalami transformasi yang agak radikal dalam perkembangan
dunia global terutama dari segi penggunaan teknologi telekomunikasi
dan pengkomputeran. Beberapa inovasi telah dilaksanakan dalam
pengurusan pendidikan di Malaysia terutama di peringkat sekolah
bagi meningkatkan kecekapan dalam pengurusan pendidikan. Beberapa
perisian baru telah diaplikasikan yang dikenali sebagai Pengurusan
Maklumat Sekolah (School Management Information System). Aplikasi
sistem ini telah memudahkan pihak pentadbiran sekolah melaksanakan
tugas-tugas rutin seperti:1. Membantu dan mempermudahkan pengurus
sekolah membuat keputusan.2. Meningkatkan kecekapan pengurusan dan
pentadbiran.3. Mengurangkan beban pengurus dalam melaksanakan tugas
yang pelbagai.4. Meningkatkan kecekapan sistem pengurusan fail.5.
Memudah dan menjimatkan masa dari segi mengumpul, memproses
danmenyimpan data seperti laporan kehadiran pelajar.6. Meningkatkan
kecekapan dalam penyediaan gred/markah peperiksaanpelajar.7.
Penempatan pelajar dalam kelas.8. Membuat agihan jadual waktu
mengajar guru.9. Pembinaan jadual waktu guru.10. Membuat agihan
sumber kewangan, buku teks, dan sebagainya.11. Menyimpan data
mengenai stok dan inventori sekolah serta pelbagai urusan rutin
yang dikendalikan pentadbir dan guru.PERANAN PENDIDIKHussien Ahmad
(2001) memberi penegasan bahawaproses globalisasi telah membawa
perubahan yang mendadak kepada perlakuan hidup dan norma kehidupan
manusia. Masyarakat Malaysia sedang berdepan dengan pelbagai budaya
yang bertentangan dengan budaya setempat. Jati diri anak-anak
remaja yang masih di bangku sekolah kini menjadi pertanyaan kerana
terdapat petunjuk dimana asas-asas budaya, agama dan bangsa mulai
longgar. Mereka semakin liar dan terikut-ikut akan gaya hidup dan
amalan negatif kehidupan barat seperti pergaulan bebas dan
berseronok-seronok sehingga lewat malam menyebabkan mereka tidak
dapat menumpukan perhatian dalam kelas keesokan hari. Semua
institusi pendidikan menghadapi cabaran untuk meletakkan anak-anak
remaja di landasan moral yang betul melalui pelaksanaan
program-program pendidikan nilai di sekolah.Aspek yang diteliti
adalahaspekberkaitan keperibadian guru. Guru perlu menampilkan
perwatakan yang positif terutama ketika proses pengajaran dan
pembelajaran. Antara watak yang perlu diterampilkan supaya menjadi
contohan pelajar ialah amanah, bersopan santun, berdedikasi serta
taatkepadatuhan. Aktiviti kokurikulum seperti badan beruniform,
persatuan, kelab, dan kegiatan sukan dapat memberi input penting
kepada pembentukan sahsiah pelajar. Aktiviti yang dijalankan
melalui pemantauan guru akan menyuburkan sikap positif terhadap
semangat kerjasama, berdikari dan semangat cinta akan negara serta
membantu dalam pembentukan jati diri dan moral pelajar.NG NOOR VEEN
(197475)
PERANAN PELAJARIsuisu berkaitan perlakuan negatif pelajar
semakin membimbangkan. Hasrat untuk merealisasikan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan individu pelajar yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
sedang menghadapi ujian dari segi keberkesanan pelaksanaannya
kerana masyarakat masa kini sedang berhadapan dengan arus
globalisasi yang bersamanya membawa masuk pelbagai budaya yang
bertentangan dengan budaya setempat. Dalam era globalisasi ini,
banyak cabaran yang harus ditempuhi. Globalisasi itu sendiri
merujuk kepada dunia tanpa sempadan. Generasi kini dikatakan
mempunyai kemudahan dihujung jari. Namun begitu, generasi muda
seperti pelajar harus lebih berhati hati dalam memilih segala
maklumat yang diperolehi.Sebagai contoh, dunia hari ini banyak
menggunakan internet sebagai rujukan maklumat terutamanya kepada
pelajar. Pelajar menggunakan internet dalam mencari bahan rujukan
kepada tugasan yang diberikan oleh pengajar. Selain itu, pelajar
juga menggunakan internet sebagai bahan untuk bersosial pada laman
web tertentu bagi memenuhi keperluan sosial mereka. Sehubungan
dengan itu, pelajar haruslah mempunyai nilai kesedaran sendiri.
Mereka perlulah pandai dalam memilih maklumat. Banyak maklumat
positif yang boleh merangsang minda pelajar dan dalam masa yang
sama banyak maklumat negatif yang boleh merosakkan pelajar.Para
pelajar dikatakan sebagai tunjang kepimpinan pada masa akan datang.
Pelajar harus bersikap matang dalam menghadapi cabaran era
globalisasi. Pada masa sekarang pelajar harus lah sentiasa mengikut
perkembangan dalam setiap maklumat kerana persaingan yang ramai.
Pelajar yang ketinggalan tidak akan dapat bersaing dan akan
sentiasa kebelakang. Perkembangan semasa penting untuk menjadi
seorang pemimpin yang disegani. Dunia hari ini mengatakan sehari
tanpa berita semasa sudah banyak maklumat yang dilepaskan. Pelajar
harus dididik dari sekarang supaya terbiasa dengan arus dunia
sekarang.SITI NORSAIDAH BT MOHD AZIMI (195751)PERANAN IBUBAPAIbu
bapa merupakan contoh terbaik untuk pembentukan sahsiah diri
anak-anak. Ia bertujuan untuk mencorakkan perwatakan atau
personaliti anak-anak supaya ciri-ciri tingkah laku yang
ditunjukkannya adalah baik dan sesuai dengan kehendak ibu bapa,
keluarga, masyarakat dan negara. Keindahan tingkah laku dalam diri
anak-anak menjamin masa depan yang cerah bagi belia untuk menjadi
seorang pemimpin yang berwibawa kelak. Oleh yang demikian, peranan
ibu bapa dalam cabaran globalisasi masa kini terutama di Malaysia
semakin mencabar. Ibu bapa haruslah menjadi contoh yang terbaik
dalam mengorak langkah bagi membimbing anak-anak mereka ini. Seawal
dalam kandungan lagi, ibu bapa haruslah cuba untuk menjaga
permakanan dan kesihatan agar dapat melahirkan anak yang baik.Ibu
bapa juga haruslah memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan
yang terbaik dari guru-guru dan seboleh-bolehnya ibu bapa haruslah
cuba untuk memenuhi keperluan pelajaran mereka seperti menyediakan
komputer peribadi kepada mereka, bahan-bahan bacaan yang mencukupi
dan memberikan perkhidmatan tuisyen tambahan agar masa terluang
mereka tidaklah diabaikan begitu sahaja. Tambahan pula, ibu bapa
mesti sentiasa peka dengan pembelajaran anak-anak dan cuba untuk
memberikan yang terbaik agar mereka dapat belajar dalam
persekitaran yang baik dan tenang bagi memudahkan mereka menelaah
pelajaran dengan berkesan. Selain itu, ibu bapa mestilah sentiasa
menemani anak mereka terutama pada waktu malam sekiranya ibu bapa
ada kelapangan bagi menemani anak-anak mengulangkaji pelajaran.
Dengan itu, tidaklah mereka berasa sunyi dan ada teman untuk
berbual atau teman ketakutan. Maka, jelaslah peranan ibu bapa
amatlah besar dalam cabaran globalisasi pendidikan masa kini di
Malaysia khususnya.NUR AMIRA BINTI ISMAIL (195612)
PERANAN ICTGlobalisasi yang asaskan perkembangan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT), pembangunan pendidikan mementingkan
budaya dan penguasaan ICT di kalangan pelajar. Perubahan harus
berlaku dalam system mengajar dan belajar di bilik-bilik darjah
yang mana pendekatan konstruktivisme adalah digalakkan kerana ia
dapat memupuk minat serta menggalakkan pelajar lebih
bertanggungjawab terhadap pembelajaran di samping menerapkan amalan
pembelajaran sepanjang hayat. Penyelidikan yang menyeluruh dan
berterusan juga perlu dibuat terhadap keberkesanan pendekatan
konstruktivisme agar kesan pembudayaan ICT di kalangan generasi
muda berlaku secara berkesan dan berpanjangan.NOR SYAHIDA BT NIK
WIL (114070)
PERSEKITARAN PEMBELAJARANDalam usaha menangani cabaran
globalisasi dalam sektor pendidikan, Malaysia perlu menyediakan
segala sumber manusia dan kelengkapan sosialnya agar dapat
membentuk satu daya ketahanan budaya yang membolehkannya
berinteraksi dan bertindak secara autonomous dalam persekitaran
baru ini.Pada abad ini, adalah amat penting untuk menjadikan rakyat
Malaysia lebih produktif dalam persekitaran ekonomi baru.Pengurusan
sumber manusia dalam pendidikan dahulu dan kini telah membangkitkan
pelbagai isu yang menyentuh pelbagai aspek perkhidmatan dalam
pendidikan.Namun dalam memastikan produktiviti dipertingkatkan,
isu-isu berbangkit ini perlu diberikan perhatian oleh pihak yang
bertanggungjawab.Antara isu yang telah dibangkitkan dalam sektor
pendidikan beberapa tahunkebelakangan ini termasuklah:i)isu
penilaian prestasi atau insentif dalam pendidikan,yang merangkumi,
penilaian prestasi tidak dilaksanakan mengikut jadual seperti yang
ditetapkan dalam Pekeliling yang berkenaan, penilaian prestasi
tidak dibuat secara objektif, adil dan telus, kelemahan pegawai
penilai, sistem giliran dalam Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang,penetapan kuota 8% penerima Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang mengikut Pekeliling yang relevan, dan kefahaman konsep
dan pelaksanaan Penilaian Tahap Kecekapan.ii)isu globalisasi
pendidikan, yang merangkumi pencapaian perkhidmatanpendidikan
bertaraf dunia,pencapaian daya saing dan daya tahan global, dan
transformasi pengajian tinggi bagi menjadikan negara hab
kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa.iii)isu teknologi dalam
pendidikan, yang merangkumi keefisienan sistem pertukaran guru atas
talian,kemahiran kakitangan dalam teknologi maklumat dan kekurangan
infrastruktur fizikal (komputer/peralatan) dan infrastruktur bukan
fizikal (perisian teknologi maklumat & komunikasi).iv)isu
jaminan kualiti pendidikan yang merangkumi isu-isu berhubung Pelan
Strategik Pengajian Tinggi Negara Melangkaui Tahun 2020 dan
Pengurusanv)Kualiti Menyeluruh (Total Quality Management (TQM)) dan
Persijilan ISO(International Organisation for
Standardisation);vi)isu perekrutan dan pemilihan staf yang
merangkumi perekrutan dan pemilihan guru,unjuran keperluan guru,
pembangunan kurikulum,latihan dan pembangunan kerjaya dan
penempatan dan pertukaran guru,kekurangan data dan maklumat
pendidikan.vii)isu latihan dan pembangunan staf yang merangkumi
pembentukan polisi dan objektif latihan memerlukan maklum balas
daripada semua kakitangan masalah impak latihan, contohnya,
analisis organisasi yang tidak mencukupi sebelum pelaksanaan,
kurangnya sokongan pengurusan, pelatih yang tidak bermotivasi,
kemahiran diajar tidak berkaitan dengan masalah, tiada tindakan
susulan di tempat pelatih dan masalah peruntukan bagi program
latihan yang tidak mencukupi.viii)isu pembangunan kerjaya pekerja
yang merangkumi kriteria yang dijadikan asas kenaikan
pangkat,pertukaran tempat bertugas,pengurusan kerjaya,contohnya
penilaian berorientasikan kerjaya, disiplin pekerja dan persaraan
serta latihan yang diperlukan sebelum persaraan.NURUL SYUHADA BT
MOHD SOHAIMI (113992)