[RANCANGAN PERNIAGAAN BUSANA HIJAU SDN. BHD.] 1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF Busana Hijau Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada Mac 2013. Syarikat ditubuhkan dengan tujuan untuk menceburi bidang industri tekstil dan pakaian secara ekslusif dan lebih khusus dalam memajukan teknologi industri ini. Busana Hijau ini merupakan sebuah syarikat usaha sama dimiliki 100% bumiputera Melayu dengan usahasama Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB). Tapak syarikat ini akan dijalankan di lot bangunan kedai Taman Universiti, Tanjong malim. Busana Hijau Sdn. Bhd. akan beroperasi di lot kedai No.31A Taman Universiti bertentangan salah sebuah institusi pengajian tinggi, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Busana Hijau Sdn. Bhd. telah menyewa secara pajak untuk tempoh lima tahun dengan kadar sewa sebanyak RM 1000.00 sebulan. Sebagai permulaan, pihak kami akan mengeluarkan produk pakaian yang beraneka fabrik dan rekaan bersesuaian dengan trend peredaran fesyen masa kini. Busana Hijau Sdn. Bhd. memandang jauh potensi bidang usaha ini dalam membekalkan dan menawarkan pelbagai jenis fabrik beraneka rekaan seperti kain ela yang sesuai untuk pakaian harian dan pejabat, fabrik eksklusif seperti sutera, organza, opal, lace, linen, viscose, cotton dan lain-lain untuk pakaian ke majlis rasmi, keramaian dan perkahwinan. Syarikat Busana Hijau Sdn. Bhd. turut menyediakan konsep tawar menawar serta mesra pelanggan untuk mendapatkan kepuasan dan harga belian berpatutan VED 3013 : PENGURUSAN PAKAIAN DAN JAHITAN | 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
[ ]
1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF
Busana Hijau Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada Mac 2013. Syarikat ditubuhkan dengan tujuan
untuk menceburi bidang industri tekstil dan pakaian secara ekslusif dan lebih khusus dalam
memajukan teknologi industri ini. Busana Hijau ini merupakan sebuah syarikat usaha sama
dimiliki 100% bumiputera Melayu dengan usahasama Perbadanan Usahawan Nasional Berhad
(PUNB).
Tapak syarikat ini akan dijalankan di lot bangunan kedai Taman Universiti, Tanjong
malim. Busana Hijau Sdn. Bhd. akan beroperasi di lot kedai No.31A Taman Universiti
bertentangan salah sebuah institusi pengajian tinggi, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Busana
Hijau Sdn. Bhd. telah menyewa secara pajak untuk tempoh lima tahun dengan kadar sewa
sebanyak RM 1000.00 sebulan. Sebagai permulaan, pihak kami akan mengeluarkan produk
pakaian yang beraneka fabrik dan rekaan bersesuaian dengan trend peredaran fesyen masa kini.
Busana Hijau Sdn. Bhd. memandang jauh potensi bidang usaha ini dalam membekalkan
dan menawarkan pelbagai jenis fabrik beraneka rekaan seperti kain ela yang sesuai untuk
pakaian harian dan pejabat, fabrik eksklusif seperti sutera, organza, opal, lace, linen, viscose,
cotton dan lain-lain untuk pakaian ke majlis rasmi, keramaian dan perkahwinan. Syarikat Busana
Hijau Sdn. Bhd. turut menyediakan konsep tawar menawar serta mesra pelanggan untuk
mendapatkan kepuasan dan harga belian berpatutan kepada pelanggan. Busana Hijau Sdn. Bhd.
bukan sekadar gedung tekstil tetapi menawarkan kepelbagaian perkhidmatan dan urusniaga
seperti menerima tempahan menjahit pakaian persendirian, seragam, dan pakaian pengantin bagi
memenuhi semua permintaan dan kehendak pelanggan. Dalam perancangan jangka panjang,
pihak syarikat merancang untuk menambah cawangan syarikat pengeluaran.
| 1
[ ]
2.0 PENGENALAN
Sesuatu perniagaan yang beroperasi berasaskan perusahaan atau perkhidmatan sulaman dan
jahitan terbukti dapat memberikan keuntungan yang besar kepada pengusaha-pengusaha di
Malaysia dan lain-lain negara di dunia sejak dahulu sehingga kini. Perkara ini dapat dibuktikan
berdasarkan kepesatan pertambahan penduduk serta gaya hidup masyarakat pada hari ini yang
mementingkan kecantikan dan keselesaan dalam penggayaan diri. Di kawasan bandar-bandar
yang sedang membangun lebih kelihatan lambakan butik-butik pakaian yang pelbagai serta
berkualiti tinggi. Namun, tidak dinafikan juga premis-premis tersebut terdapat di desa-desa serta
pekan-pekan kecil. Hal ini demikian kerana permintaan pelanggan terhadap keperluan dan juga
kehendak ini semakin meningkat tidak kira lapisan masyarakat dan tidak mengira lapisan umur
serta status.
Justeru, idea untuk menjalankan perusahaan jahitan telah dikeluarkan dan bermulalah
perniagaan bagi syarikat usahasama milik kami seramai 11 orang peneraju yang diberi nama
Busana Hijau Sdn. Bhd. Syarikat kami menawarkan pakaian-pakaian wanita yang telah direka
oleh pereka kami mengikut piawaian serta mengikut fesyen terkini. Selain itu, Busana Hijau Sdn.
Bhd. turut menerima tempahan pakaian dan menawarkan perkhidmatan latihan jahitan.
Busana Hijau Sdn. Bhd. sentiasa menjaga kualiti pakaian-pakaian yang dikeluarkan agar
dapat memuaskan hati para pelanggan yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat serta
dari pelbagai kaum. Busana Hijau juga sentiasa menyediakan pakaian dari harga yang berpatutan
supaya golongan bawahan juga dapat merasai keselesaan pakaian dari busana kami, bukan hanya
kemampuan dari golongan atasan sahaja yang dapat memiliki rekaan-rekaan eksklusif dari
pereka kami.
Prinsip kami berbunyi ‘Kepuasan Pelanggan Keutamaan Kami’ yang mana berperanan
untuk memuaskan hati para pelanggan dengan rekaan-rekaan yang dapat memberi keselesaan
kepada pemakai serta sedap mata memandang bagi orang ramai yang melihat. Oleh itu, dengan
usaha dari 11 orang dari pihak kami, Busana Hijau Sdn. Bhd bakal menjadi perusahaan terkenal
di mata dunia pada suatu hari nanti.
| 2
[ ]
3.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN/SYARIKAT
3.1 MAKLUMAT SYARIKAT
Nama Syarikat : Busana Hijau Sdn. Bhd.
No. Pendaftaran :
Alamat Perniagaan : 31A, Tingkat Bawah, Jalan U1/1, Taman U,
35900 Tanjong Malim, Perak
No. Telefon Pejabat : 04-9672714
No. Faks : 04-9672716
Bidang Perniagaan : Industri Tekstil dan Pakaian
Jenis Perniagaan : Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.)
Modal Dibenar : RM100 000.00
Modal Berbayar : RM100 000.00
Taraf Syarikat : 100% Bumiputera
Lembaga Pengarah : Ahmad Amiruddin Bin Musa
| 3
[ ]
3.2 OBJEKTIF, VISI DAN MISI
Objektif
Mencipta serta mengeluarkan pelbagai jenis rekaan pakaian bersesuaian pada pelbagai
peringkat umur
Menjana keuntungan bersih yang selesa dalam tempoh tiga tahun akan datang
Mengekalkan pelanggan tetap dan menambahkan lagi pelanggan baru Busana Hijau Sdn.
Bhd.
Menarik minat segenap lapisan masyarakat berkunjung ke Busana Hijau Sdn. Bhd.
Menyediakan peluang pekerjaan kepada bumiputera
Visi
Ingin menembusi pasaran tempatan dan antarabangsa dalam sektor pakaian dan tekstil melalui
pendekatan teknologi terkini dan seterusnya mampu membimbing pengusaha yang lain
Misi
Menerajui pasaran dengan menyediakan pakaian yang terbaik serta memenuhi kepuasan
pelanggan
Memberi pulangan yang besar kepada syarikat dan pelanggan dengan menghasilkan
produk yang berkualiti dan sistematik
Mencari peluang pemasaran di luar Malaysia iaitu Asia Tenggara
Ingin mencapai tahap Syarikat antarabangsa dengan mewujudkan francais di luar
daripada Asia Tenggara seperti China, Eropah dan Timur Tengah.
3.3 STRATEGI PERNIAGAAN
| 4
[ ]
Syarikat Busana Hijau Sdn. Bhd. akan mengadakan persekitaran yang lebih kompetitif dengan
strategi berikut:
Teknologi: Menggunakan teknologi terkini dalam sektor pakaian dan tekstil bagi
menghasilkan produk yang berkualiti dan dijamin peningkatan hasil pengeluaran
Fokus Pelanggan: Mengambilkira keperluan pasaran semasa dan kehendak pelanggan
K-Ekonomi: Memfokuskan ilmu pengetahuan melalui internet serta Research and
Development
3.4 LOGO SYARIKAT
4.0 CARTA ORGANISASI
| 5
PENTADBIRAN & KEWANGAN
NUR AINA BINTI ABDULLAH
MUHAMMAD HASRIZAN BIN HASSAN
[ ]
5.0 ASPEK PEMASARAN
| 6
PENGARAH URUSAN
AHMAD AMIRUDDIN BIN MUSA
EKSEKUTIF AKAUN
MUHAMAD SALMI BIN MOHAMED
SALLEH
PENGURUS
NURUL FATIHA BINTI MOHAMAD JIDIN
EKSEKUTIF JUALAN
MARIANI BINTI ZAKARIA
PEMASARAN
NOOR ALIANA BINTI KHALID
PEREKA FESYEN
HASMIDA BINTI HAMDI
NIK MUHAMMAD AMIR BIN NIK SOH
KHIDMAT PELANGGAN
MOHAMAD SHAHRIZOL BIN RUZUAN
PENGELUARAN
SYARIFUDDIN BIN ISA
[ ]
5.1 LOKASI PERNIAGAAN
Pelan Lokasi Busana Hijau Sdn. Bhd.
5.2 TINJAUAN PASARAN
| 7
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Bangunan Rumah Kedai
31A, Tingkat Bawah,Jalan U1/1, Taman U,
35900 Tanjong Malim, Perak
Hotel Sahara
Dari Proton City
Dari Behrang
Dari KTM
Tanjong Malim
Dari Tol Tanjong Malim
[ ]
Mencipta nilai dan memuaskan pelanggan merupakan teras dan kunci kejayaan sesebuah syarikat
atau organisasi. Secara umumnya, matlamat pemasaran adalah untuk memuaskan pelanggan dan
mencapai objektif organisasi. Sebelum memulakan perniagaan butik kami ini, kami telah
melakukan beberapa tinjauan pasaran terhadap butik-butik lain yang telah bertapak bagi
mengetahui kehendak dan corak keperluan pasaran. Tinjauan pasaran ini dilakukan secara online
terhadap butik-butik yang menjalankan perniagaan secara online dan melalui tinjauan di kedai-
kedai.
Tinjauan secara Online:
Butik Baju Nazlin.com
Nama kedai: Butik Baju Nazlin.com
Harga biasa : RM35-RM60
Harga ahli : RM30-RM55
Butik Nur Kasih
Nama butik : Butik Nur Kasih
Harga biasa : RM30-RM75
Harga ahli: RM25-RM65
Butik Chiang Mai Elegance
| 8
[ ]
Nama butik : Butik Chiang Mai Elegance
Harga biasa : RM40-RM100
Harga ahli : RM35-RM90
Kedai Lulu
Tinjauan di Kedai-kedai:
| 9
Nama kedai : Kedai Lulu
Harga biasa : RM45 – RM70
Harga ahli : RM35 – RM60
[ ]
Butik Peace
Nama kedai : Butik Peace
Harga biasa : RM30-RM70
Harga ahli : RM20-RM70
Butik Dsinari
Nama kedai
: Butik
Dsinari
Harga biasa : RM40-RM 80
Harga ahli : RM30-RM75
| 10
[ ]
House of Zaharah
Dayana Collections
| 11
Nama kedai : Dayana
Collections
Harga biasa : RM60 – RM80
Harga ahli : RM50 – RM70
Nama kedai : House of Zaharah
Harga biasa : RM30 – RM55
Harga ahli : RM25 – RM45
IPTS
[ ]
5.3 SASARAN PELANGGAN
Sasaran pelanggan merupakan salah satu cara kami bagi mencapai objektif syarikat kami iaitu
menarik minat segenap lapisan masyarakat untuk mengunjungi busana kami. Berikut merupakan
sasaran pelanggan bagi Busana Hijau Sdn. Bhd. :
| 12
SASARAN PELANGGAN
PELAJAR PEKERJA MASYRAKAT
KERAJAAN
SWASTA
KAMPUNG BANDAR IPTA
[ ]
5.4 STRATEGI PEMASARAN
Busana Hijau Sdn. Bhd. telah merangka beberapa strategi pemasaran yang strategik dan unik
bagi membantu meningkatkan prestasi butik. Antaranya ialah:
5.4.1 Strategi Produk
Pihak pengurusan perniagaan Busana Hijau Sdn. Bhd. amat mementingkan perkhidmatan serta
hasil yang berkualiti tinggi. Pihak pengurusan telah merangka draf untuk memperluaskan lagi
skop perniagaan dengan meneroka beberapa bidang sampingan yang dapat menyokong dan
memajukan lagi perniagaan utama. Selain itu, pihak syarikat Busana Hijau Sdn. Bhd. akan turut
merangka beberapa strategi bagi mempertingkatkan produktiviti pengeluaran.
5.4.2 Strategi Operasi
Waktu operasi syarikat turut memainkan peranan yang penting dalam memastikan produk kami
mendapat sambutan dan perniagaan kami semakin maju. Kami telah memilih waktu operasi
syarikat bersesuaian dengan keadaan masyarakat sekeliling Butik Busana Hijau Sdn. Bhd. agar
pelangggan dapat berkunjung ke butik kami bertepatan dengan masa terluang mereka. Seperti
yang diketahui, lokasi butik kami adalah berhampiran dengan masyarakat yang kebanyakannya
bergelar pelajar, golongan professional dan juga masyarakat yang berkeluarga. Dengan
mengambil kira status masyarakat sekeliling sebagai salah satu faktor dalam menentukan waktu
operasi kami, ia banyak membantu butik kami semakin maju dan menarik lebih ramai
pengunjung. Selain itu, faktor hari juga diambil kira dalam menentukan waktu operasi syarikat
kami. Butik kami akan dibuka lebih lama pada hujung minggu kerana kebanyakan pelajar dan
masyarakat sekeliling kebiasaannya akan menghabiskan masa hujung minggu untuk membeli
belah. Waktu operasi syarikat kami adalah seperti berikut:
Isnin hingga Khamis : 10.00 pagi hingga 10.00 malam
Jumaat : 2.00 petang hingga 10.00 malam
Sabtu dan Ahad : 10.00 pagi hingga 12.00 malam
| 13
[ ]
5.4.3 Strategi Promosi
Pelbagai teknik pemasaran akan digunakan untuk mempromosikan Busana Hijau kepada
masyarakat di dalam negara secara amnya dan luar negara secara khususnya pada masa akan
datang. Antara promosi-promosi yang akan dilaksanakan adalah:
i. Pemasangan Papan Tanda.
Pemasangan papan tanda merupakan iklan tanpa suara yang boleh membantu
menaikkan jualan serta promosi. Iklan secara ini boleh memberikan impak penting
untuk pemasaran kerana ianya tidak memerlukan jumlah belanja yang tinggi serta
dapat digunakan pada masa yang lama. Papan tanda Busana Hijau akan dibina untuk
memudahkan pelanggan menghubungi pihak butik untuk tujuan urusniaga. Ini
penting kerana pelanggan akan mendapat maklumat yang cepat dari iklan papan tanda
serta informasi yang terkandung didalamnya.
ii. Promosi dalam Majalah: Majalah Nur dan Dara serta akhbar
iii. Promosi dalam Media Elektronik
Melancarkan Halaman WEB syarikat dan melayari halaman web dalam dan luar
negara bagi tujuan promosi disamping turut mempunyai laman social ‘Facebook’ dan
‘Twitter’ supaya seluruh warga laman sosial dapat mengenali Busana Hijau Sdn. Bhd.
iv. Mengikuti Bengkel/Kursus/Pameran yang diadakan oleh badan-badan yang
berkenaan
v. Acara Tahunan
Beberapa program bertemu bersama pelanggan dan kempen akan dianjurkan oleh
pihak butik bagi mempromosikan Busana Hijau Sdn. Bhd. kepada masyarakat luar.
Pihak pengurusan butik Busana Hijau Sdn. Bhd. juga sentiasa berikhtiar untuk
memperbaiki perkhidmatan yang diberikan dan mengemaskinikan promosi yang akan
diadakan itu nanti bagi memenuhi matlamat dan tuntutan pasaran.
| 14
[ ]
5.4.4 Strategi Harga
Harga pasaran merupakan satu faktor yang sangat penting dalam mengimbangi kos keuntungan
yang akan diperolehi. Oleh itu, nilainya sentiasa berubah-ubah mengikut bekalan sumber fabrik
dan trend pakaian di pasaran. Busana Hijau Sdn. Bhd. telah mengkaji beberapa aspek penting
dalam menstabilkan harga pasaran agar berpatutan dengan mutu dan kualiti produk yang
disediakan. Pihak Butik Busana Hijau Sdn. Bhd. akan sentiasa mengawasi pasaran harga bagi
pakaian yang dijual dan menentukan harga berdasarkan standard harga pasaran yang
dikeluarkan.
5.4.5 Strategi Edaran
Pihak Syarikat Busana Hijau Sdn. Bhd. akan memberi tumpuan edaran di sekitar daerah Tanjong
Malim dan Hulu Selangor kerana lokasi yang strategi berdekatan dengan sebuah institusi
pendidikan iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris.
6.0 ASPEK KEWANGAN
Kapasiti pengeluaran baju blaus di Busana Hijau adalah sebanyak 450 pasang sebulan. Bagi
setiap helai baju blaus, harganya bergantung kepada harga fabrik yang digunakan beserta dengan
peralatan aksesori tambahan. Jadual di bawah menunjukkan kos yang dianggarkan bagi