BULETIN PEMBIMBING ANDA ISU KELUARAN BULETIN BIL. 132/ MEI 2014 1. Bercuti Bersama Keluarga 2. Cara Tambat Hati Rakan Da- lam Pergaulan. 3. Sambungan…(m/s 2) 4. Hubungi Rakan Pembimbing Anda 8. Sambungan…(m/s 2&3) BULETIN BIL. 132/ MEI 2014 Pada masa kini, ibu bapa sangat sibuk dengan pekerjaan sehingga tidak dapat melu- angkan masa yang cukup bersama keluarga mereka terutamanya dengan anak-anak. Disebabkan sesetengah ibu bapa yang sibuk ini juga, anak-anak mereka tidak mendapat kasih sayang yang mencukupi dan ini mendorong anak-anak mereka mencari kasih sayang di dunia luar. Anak-anak akan terjebak dalam aktiviti-aktiviti yang ku- rang sihat seperti merokok, mencuri serta mengambil bahagian dalam perlumbaan ha- ram. Oleh itu, percutian bersama keluarga perlu diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun agar sedikit masa yang berkualiti dapat diluangkan bersama keluarga ter- sayang. Terdapat pelbagai kebaikan percutian seumpama ini seperti mengeratkan hub- ungan kekeluargaan sesama ahli keluarga. Semasa bercuti, ibu bapa dan anak-anak dapat memahami diantara satu sama lain. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan semasa per- cutian keluarga seperti berkayak, berkhemah, membeli-belah serta melancong dapat membina suasana yang aman, gembira dan selesa sesama ahli keluarga. Anak-anak ser- ta ibu bapa akan berasa lebih terbuka untuk berbincang mengenai keadaan mereka. Ketika bercuti boleh juga menyelesaikan masalah keluarga dengan cara perbincangan dan mencari jalan penyelesaiannya. Hal ini secara tidak langsung akan menyelamatkan hubungan kekeluargaan serta institusi keluarga daripada runtuh. Selain itu, semasa percutian ini, ibu bapa dan anak-anak dapat membebaskan diri mereka daripada tekanan-tekanan harian seperti tekanan ditempat kerja dan sekolah. Ibu bapa juga haruslah mengambil kesempatan ini untuk berinteraksi dengan anak- anak mereka mengenai keadaan mereka.
8
Embed
BULETIN PEMBIMBING ANDA - rakan.jpm.gov.myrakan.jpm.gov.my/sites/default/files/buletin_kelab/buletin Mei 2014_editted.pdf · kasih sayang di dunia luar. Anak-anak akan terjebak dalam
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
BULETIN PEMBIMBING ANDA ISU KELUARAN
BULETIN BIL. 132/ MEI 2014
1. Bercuti Bersama
Keluarga 2. Cara Tambat
Hati Rakan Da-lam Pergaulan.
3. Sambungan…(m/s 2)
4. Hubungi Rakan Pembimbing Anda
8. Sambungan…(m/s 2&3)
BULETIN BIL. 132/ MEI 2014
Pada masa kini, ibu bapa sangat sibuk dengan pekerjaan sehingga tidak dapat melu-angkan masa yang cukup bersama keluarga mereka terutamanya dengan anak-anak. Disebabkan sesetengah ibu bapa yang sibuk ini juga, anak-anak mereka tidak mendapat kasih sayang yang mencukupi dan ini mendorong anak-anak mereka mencari kasih sayang di dunia luar. Anak-anak akan terjebak dalam aktiviti-aktiviti yang ku-rang sihat seperti merokok, mencuri serta mengambil bahagian dalam perlumbaan ha-ram.
Oleh itu, percutian bersama keluarga perlu diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun agar sedikit masa yang berkualiti dapat diluangkan bersama keluarga ter-sayang. Terdapat pelbagai kebaikan percutian seumpama ini seperti mengeratkan hub-ungan kekeluargaan sesama ahli keluarga. Semasa bercuti, ibu bapa dan anak-anak dapat memahami diantara satu sama lain. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan semasa per-cutian keluarga seperti berkayak, berkhemah, membeli-belah serta melancong dapat membina suasana yang aman, gembira dan selesa sesama ahli keluarga. Anak-anak ser-ta ibu bapa akan berasa lebih terbuka untuk berbincang mengenai keadaan mereka. Ketika bercuti boleh juga menyelesaikan masalah keluarga dengan cara perbincangan dan mencari jalan penyelesaiannya. Hal ini secara tidak langsung akan menyelamatkan hubungan kekeluargaan serta institusi keluarga daripada runtuh.
Selain itu, semasa percutian ini, ibu bapa dan anak-anak dapat membebaskan diri mereka daripada tekanan-tekanan harian seperti tekanan ditempat kerja dan sekolah. Ibu bapa juga haruslah mengambil kesempatan ini untuk berinteraksi dengan anak-anak mereka mengenai keadaan mereka.
BULETIN BIL. 132/ MEI 2014 Mukasurat 2
Setiap orang perlukan rakan dalam hidupnya. Hidup tanpa rakan dikatakan seperti kera sumbang. Ada rakan yang hanya sebagai kenalan kita, sekadar beberapa kali sahaja bertemu atau bercakap dengann-ya. Ada rakan yang sekadar sahabat biasa, iaitu seseorang yang kita kenal agak lama seperti rakan sekolah, rakan sekerja, rakan sekampung dan sebagainya tetapi tidaklah akrab dengan mereka. Ada rakan maya, iaitu yang kita kenal melalui laman sembang, internet, telefon dan e-mel. Ada pula rakan karib iaitu seseorang yang kita kenal lebih akrab, tahu hati budinya, tempat kita meluah masalah, berbincang, dan mengetahui rahsia diri kita. Apa yang menariknya, ramai orang apabila semakin akrab hubungan persahabatannya maka makin sensitif. Malah makin kita ambil mudah dalam menjaga hub-ungan yang terjalin itu dengan alasan rakan sudah memahami kita. Kesilapan ini akan membawa kepada retaknya sebuah persahabatan dan ia perlu di atasi segera. Beberapa perkara berikut adalah untuk menambat hati rakan dalam pergaulan seharian dan semoga hubungan silaturahim yang sedia terjalin menjadi satu hubungan yang hebat.
Kajian menunjukkan 55% komunikasi letaknya pada fisiologi iaitu gaya, gerak badan dan mimik muka, 38% kesan komunikasi letaknya pada nada suara dan hanya 7% sahaja bergantung kepada fakta. Oleh itu bagaimana kita menyampaikan sesuatu itu adalah lebih penting daripada apa yang disampaikan. Jadi beberapa perkara yang mesti dilakukan agar komunikasi antara kita dan rakan sentiasa mesra ialah: ~ Sampaikan dalam senyuman ~ Mulakan dengan mencari kebaikan kawan ~ Bercakap dengan nada suara yang rendah dan lembut
Sewaktu diperingkat awal kita berkenalan dengan seseorang kita sering berfikir terlebih dahulu apa yang mahu dikatakan agar tidak disalah faham, tidak dianggap kasar dan tidak mengguris perasaan orang lain. Malangnya, semakin akrab sebuah persahabatan perkara ini dianggap tidak begitu penting. Kita men-jadi sebaliknya iaitu cakap dahulu baru berfikir. Kesannya, kita telah tanpa niat menyakitkan hati rakan dan yang peliknya kita anggap rakan tidak akan ambil kisah kerana dia sepatutnya telah memahami perangai kita. Jadi untuk menambat hati rakan dalam pergaulan fikirkan beberapa perkara berikut sebe-lum berkata-kata: ~ Adakah apa yang diperkatakan ini akan menyinggung perasaannya? ~ Adakah masa dan tempatnya sesuai? ~ Bolehkah rakan menerima gurauan ini? ~ Fikirkan Kemungkinan apa yang mahu diperkatakan itu akan disalah erti atau tafsir? Bukanlah bermakna setiap kali mahu bercakap maka semua perkara di atas mesti difikirkan serentak. Lihatlah keadaan dan pertimbangkan satu atau dua perkara yang disenaraikan di atas itu sebelum bercakap.
Berfikir Sebelum Berkata
Mesra Dalam Berkomunikasi
BULETIN BIL. 132/ MEI 2014 Mukasurat 3
Untuk menambat hati rakan maka kenalilah ahli keluarga terdek-atnya seperti ibu bapa, isteri, suami, anak-anak dan adik beradiknya. Lebih akrab lagi apabila kita ingat nama-nama ahli keluarganya ini dan sesekali menziarahi mereka. Ada ketikanya, apabila masalah timbul maka ahli keluarga terdekat inilah yang akan jadi penasihat tentang hubungan persahabatan kita. Adalah tidak rugi merapatkan hubungan dengan ahli keluarga sahabat kita sekurang-kurangnya kita tahu latar belakangnya dan dapatlah mengenali diri rakan itu dengan lebih dekat lagi.
Sumber : internet.
Orang lain tidak kisah apa yang kita tahu sehinggalah mereka tahu yang kita memang ambil kisah. Maksud-nya, orang lain tidak akan pedulikan nasihat, teguran, pandangan, kata-kata dan idea kita sehinggalah mere-ka sedar bahawa kita sebenarnya ambil berat tentang dirinya. Sebab itulah penting bagi kita sebagai rakan memahami rakan kita dahulu dan mereka akan ambil langkah yang sama kelak untuk memahami kita pu-la. Faham sikapnya, tingkah laku dan tabiatnya, hobin-ya, kegemarannya dan sebagainya.
Adakah kita ingat tarikh lahir rakan? Sesiapa juga akan terharu apabila kita mengingati tarikh lahirnya dan seterusnya memberikan ucapan kepadanya. Lebih mesra lagi apabila ucapan disertai dengan kad dan hadiah. Hadiah tidak semes-tinya mahal kerana yang berharga itu bukan dari segi nilainya tetapi makna dise-balik pemberian itu yang cukup istimewa bagi seorang rakan.
Hikmah manusia dijadikan dengan dua telinga dan sa-tu mulut ialah agar kita lebih mendengar dari bercakap. Kerapkali kita gagal memahami apa yang dimaksudkan oleh rakan kerana tidak mendengar dengan baik dan ini membuatkan mereka rasa tidak dihargai. Sebagai rakan, kita sering dijadikan tempat untuk mengadu. Apabila kawan mempunyai masalah peranan kita ialah sebagai pendengar yang baik san-gatlah penting. Untuk menjadi pendengar yang baik, lihat matanya ketika dia bercakap, menganggukkan
kepala, tidak memotong cakapnya, mengulang kata-katanya tanda kita faham dan mendengar.
Semua orang sukakan kejutan, begitu juga rakan kita. Apa salahnya tanpa disedarinya kita memberikannya hadiah, belanja makan, atau ajak dia ke tempat yang menarik dan sebagainya. Semua ini dilakukan tanpa kita mengharapkan apa-apa balasan selain be-rusaha untuk menambat hati rakan agar persahabatan yang sedia terjalin semakin akrab.
Hubungi Rakan Pembimbing anda untuk berbincang dan berkongsi pendapat, pandangan, pengalaman dan membuka celik akal melalui telefon atau e-mail. Rujuk pada Buku Panduan Telefon JPM atau hubungi :-
Haji Zakaria Bin Zawawi Mohammed Kamal Bin Hj.Mohamed Yusoff
Apabila rakan kita melakukan kesalahan, kita mestilah menegurnya untuk kebaikan dirinya sendiri. Tetapi te-guran itu bukanlah bertujuan untuk menjatuhkan ma-r u a h , m e m a l u k a n a t a u m e r e n d a h -rendahkannya. Sebaliknya teguran itu menunjukkan ba-hawa kita ambil berat tentang diri rakan terse-but. Teguran mestilah disampaikan dengan cara yang paling baik dan menggunakan kata-kata yang positif agar tidak mengguris perasaan rakan.
Ada ketikanya kita melakukan kesilapan sama ada disengajakan atau tidak. Kesediaan kita untuk memohon maaf akan mengeratkan lagi perhubungan persahabatan itu. Memohon maaf bukanlah bererti merendahkan maruah kita se-baliknya ia membuatkan rakan lebih menghor-mati kita. Memohon kemaafan mestilah ikhlas dari hati. Setelah itu kita mestilah sanggup melupakan apa yang telah berlaku dan tidak mengungkit semula perkara tersebut di masa-masa akan da-
Apabila rakan kita mendapat suatu kejayaan atau menerima sesuatu perkara yang mengembirakan dirinya maka kita perlulah ucapkan syabas dan tahniah. Ucapan ini boleh dibuat sama ada secara berdepan atau melalui telefon, SMS, kad ucapan atau e-mel dan sebagainya. Jangan pula kita menjadi orang yang cemburu, iri hati dan dengki atas kejayaan rakan kerana sikap sedemikian tidak membawa sebarang kebaikan dalam per-sahabatan itu.
Apabila kita mempunyai masa terluang pergilah menziarahi rakan di rumahnya untuk bertanya khabar dengan membawa buah tangan seperti makanan atau buah-buahan. Sekiranya rakan kita ditimpa musibah atau jatuh sakit pergilah melawatnya. Kita perlu ada di sisinya. Berilah bantuan setakat yang terdaya dan termampu sama ada dari segi sokongan moral, masa, tenaga, wang ringgit, buah fikiran dan se-bagainya. Bantulah rakan agar beban yang dirasakan itu berkurangan sedikit.
Dalam pergaulan bersama rakan-rakan banyak perkara kecil yang berlaku setiap hari yang sepatutnya tidak perlu disimpan dalam hati. Kita akan lebih berjaya menambat hati rakan apabila kita menerima diri rakan itu seadanya. Iaitu kita bersahabat dengannya kerana kita tahu kelemahan dan kekurangan serta kebaikan dan kekuatan yang ada padanya. Kalau tindakan-tindakan rakan itu menunjukkan kelemahan dirinya yang kita sedia maklum maka tidak perlulah kita ambil hati. Perkara-perkara yang remeh seperti sesekali menggunakan ba-rang kita tanpa izin, terlupa hendak ucapkan terima kasih atas pertolongan kita, terlepas cakap sedikit dan sebagainya adalah lebih baik kita bersabar. Terutama apabila semua itu berlaku tanpa disengajakan atau tanpa niat.