BULETIN PEMBIMBING ANDA ISU KELUARAN 1. Rangsang Minda Anak. 2. Elakkan Makanan Jejas Kesihatan 3. Persiapan Tetamu Ramad- han BULETIN BIL. 121/ JUN 2013 Tujuh tahun pertama adalah tempoh paling penting dalam perkembangan seseorang kanak-kanak. Otak kanak- kanak umpama span yang menyerap apa saja yang tersaji di sekeliling mereka sama ada baik atau buruk. Ini sebabnya pakar perubatan, pendidikan dan ilmuwan menyarankan ibu bapa supaya memberi perhatian khusus terutama dalam mendidik anak kerana pada usia begini, anak masih belum dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk. Memang semua ibu bapa megimpikan mempunyai anak yang cerdik, tetapi tidak ramai yang mampu menghantar anak ke prasekolah berprestij. Namun begitu, ada beberapa aktiviti yang boleh kita lakukan sendiri untuk membantu mer- angsang minda anak terutama yang berumur antara tiga hingga lima tahun. Dalam tempoh ini, kanak-kanak sepatutnya meneroka persekitaran mereka sebagai persediaan untuk me- masuki alam persekolahan. Ketika inilah kemahiran menyelesaikan ma- salah dan penggunaan bahasa untuk berunding mula terbentuk dalam otak mereka. Kanak-kanak juga belajar kaedah mewujudkan koordinasi badan bagi melakukan sesuatu seperti me- nendang bola , kata jurucakap Akademi Paediatrik Amerika (AAP) dan pakar perkembangan kanak- kanak, Dr Michele Macias. ANTARA AKTIVITI YANG DI- CADANGKAN IALAH: @ Masa berdua dengan anak Walaupun inilah masanya anak kita belajar berdikari, mereka tetap ma- hukan kehadiran anda dalam pelba- gai aktiviti yang dilakukan. Menurut Dr Macis. Meluangkan masa berdua dengan anak sambil berbual dan bertukar idea se- benarnya lebih bermanfaat untuk perkembangan otak si kecil ber- banding menghantarnya mengikuti pelbagai aktiviti berbeza. Masa berdua sangat penting kerana inilah saatnya anda boleh menga- jarnya pelbagai kemahiran asas teru- tama membabitkan soal agama, budi pekerti dan mengenal peribad- inya. Inilah juga masanya untuk anda memberikan teguran pada mana-mana kesalahanya dan mem- beritahu apa yang sepatutnya dia lakukan tanpa si kecil berasa malu berbanding jika di tegur di depan adik-beradik yang lain. Malah, pada ketika inilah juga anda boleh bertanyakan perkara yang disukai atau sebaliknya. Biasanya ketika berdua ini sambil melakukan aktiviti kegemarannya, anak akan lebih mudah untuk berbicara dan meluahkan rasa hatinya. @ Membaca buku bersama Membaca buku bukan saja baik untuk merangsang minda anak, malah ia menjadi saat berkualiti untuk benar-benar berhadapan dengan si kecil. Kajian menunjukkan mem- baca buku dengan anak prase- kolah dapat memperbaiki kemahiran si kecil mengenal huruf. Berbincang mengenai apa yang dibaca dengan anak dapat membantu meningkat- kan pemahaman dan pengua- saan bahasanya. @ Bermain olok-olok Ini permulaan yang amat digemari kanak-kanak di seluruh dunia. Kanak-kanak pra-sekolah berumur tiga hingga lima tahun mempunyai daya imaginasi yang tinggi. Ketika inilah mereka mula bermain dan berpura- pura menjadi guru, ibu, doktor, puteri, watak adi wira atau seumpamanya. Selain menyeronokkan, permainan imaginasi atau olok-olok ini memberi peluang kepada si kecil mengenali peranan satu-satu watak yang dipilihnya. Anda boleh merangsang minda anak dengan memasukkan satu masalah atau insiden supaya dia berfikir cara untuk menangani perkara berkenaan. Idea yang dilahirkan mungkin boleh membuatkan anda ketawa tetapi ia sebenarnya bersesuaian dengan pengetahuannya. Pakar berkata bermain olok-olok juga boleh membantu memperbaiki kemahiran bahasa kerana ia membabitkan pemikiran untuk melahirkan satu-satu per- lakuan dengan kata-kata dan mengulang semula apa yang mereka dengar Kemahiran bersosial juga menjadi lebih baik jika mereka bermain dengan adik-beradik lain. @ Belajar bahasa lain Kajian menunjukkan kanak- kanak lebih cepat menguasai bahasa berbanding orang de- wasa. Belajar bahasa kedua atau ketiga ketika kecil juga memberi rangsangan berganda kepada bahagian otak yang berperanan untuk menyimpan, menyusun dan mengucap- kankan kata-kata. Bahasa kedua juga membantu perkembangan kemahiran lisan, memperbaiki pengua- saan perkataan dan membaca. Sumber: Harian Metro
8
Embed
BULETIN PEMBIMBING ANDA BULETIN BIL. 121/ JUN 2013 …rakan.jpm.gov.my/sites/default/files/buletin_kelab/buletin jun 2013... · jaga pada waktu malam kerana mereka yang kurang tidur
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
BULETIN PEMBIMBING ANDA ISU KELUARAN
BULETIN BIL. 121/ JUN 2013
1. Rangsang Minda
Anak.
2. Elakkan Makanan
Jejas Kesihatan
3. Persiapan
Tetamu Ramad-
han
BULETIN BIL. 121/ JUN 2013
Tujuh tahun pertama adalah tempoh paling penting dalam perkembangan seseorang kanak-kanak. Otak kanak-kanak umpama span yang menyerap apa saja yang tersaji di sekeliling mereka sama ada baik atau buruk. Ini sebabnya pakar perubatan, pendidikan dan ilmuwan menyarankan ibu bapa supaya memberi perhatian khusus terutama dalam mendidik anak kerana pada usia begini, anak masih belum dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk. Memang semua ibu bapa megimpikan mempunyai anak yang cerdik, tetapi tidak ramai yang mampu menghantar anak ke prasekolah berprestij. Namun begitu, ada beberapa aktiviti yang boleh kita lakukan sendiri untuk membantu mer-angsang minda anak terutama yang berumur antara tiga hingga lima tahun. Dalam tempoh ini, kanak-kanak sepatutnya meneroka persekitaran mereka sebagai persediaan untuk me-masuki alam persekolahan. Ketika inilah kemahiran menyelesaikan ma-salah dan penggunaan bahasa untuk berunding mula terbentuk dalam otak mereka. Kanak-kanak juga belajar kaedah mewujudkan koordinasi badan bagi melakukan sesuatu seperti me-nendang bola , kata jurucakap Akademi Paediatrik Amerika (AAP) dan pakar perkembangan kanak-kanak, Dr Michele Macias.
ANTARA AKTIVITI YANG DI-CADANGKAN IALAH:
@ Masa berdua dengan anak
Walaupun inilah masanya anak kita belajar berdikari, mereka tetap ma-hukan kehadiran anda dalam pelba-gai aktiviti yang dilakukan.
Menurut Dr Macis. Meluangkan masa berdua dengan anak sambil berbual dan bertukar idea se-benarnya lebih bermanfaat untuk perkembangan otak si kecil ber-banding menghantarnya mengikuti pelbagai aktiviti berbeza.
Masa berdua sangat penting kerana inilah saatnya anda boleh menga-jarnya pelbagai kemahiran asas teru-tama membabitkan soal agama, budi pekerti dan mengenal peribad-inya. Inilah juga masanya untuk anda memberikan teguran pada mana-mana kesalahanya dan mem-beritahu apa yang sepatutnya dia lakukan tanpa si kecil berasa malu berbanding jika di tegur di depan adik-beradik yang lain.
Malah, pada ketika inilah juga anda boleh bertanyakan perkara yang disukai atau sebaliknya. Biasanya ketika berdua ini sambil melakukan aktiviti kegemarannya, anak akan lebih mudah untuk berbicara dan meluahkan rasa hatinya.
@ Membaca buku bersama
Membaca buku bukan saja baik untuk merangsang minda anak, malah ia menjadi saat berkualiti untuk benar-benar berhadapan dengan si kecil.
Kajian menunjukkan mem-baca buku dengan anak prase-kolah dapat memperbaiki kemahiran si kecil mengenal huruf. Berbincang mengenai apa yang dibaca dengan anak dapat membantu meningkat-kan pemahaman dan pengua-saan bahasanya.
@ Bermain olok-olok
Ini permulaan yang amat digemari kanak-kanak di seluruh dunia. Kanak-kanak pra-sekolah berumur tiga hingga lima tahun mempunyai daya imaginasi yang tinggi. Ketika inilah mereka mula bermain dan berpura-pura menjadi guru, ibu, doktor, puteri, watak adi wira atau seumpamanya. Selain menyeronokkan, permainan imaginasi atau olok-olok ini memberi peluang kepada si kecil mengenali peranan satu-satu watak yang dipilihnya. Anda boleh merangsang minda anak dengan memasukkan satu masalah atau insiden supaya dia berfikir cara untuk menangani perkara berkenaan. Idea yang dilahirkan mungkin boleh membuatkan anda ketawa tetapi ia sebenarnya bersesuaian dengan pengetahuannya. Pakar berkata bermain olok-olok juga boleh membantu memperbaiki kemahiran bahasa kerana ia membabitkan pemikiran untuk melahirkan satu-satu per-lakuan dengan kata-kata dan mengulang semula apa yang mereka dengar Kemahiran bersosial juga menjadi lebih baik jika mereka bermain dengan adik-beradik lain.
@ Belajar bahasa lain
Kajian menunjukkan kanak-kanak lebih cepat menguasai bahasa berbanding orang de-wasa. Belajar bahasa kedua atau ketiga ketika kecil juga memberi rangsangan berganda kepada bahagian otak yang berperanan untuk menyimpan, menyusun dan mengucap-kankan kata-kata. Bahasa kedua juga membantu perkembangan kemahiran lisan, memperbaiki pengua-saan perkataan dan membaca.
Sumber: Harian Metro
BULET IN BIL. 12 1/ JUN 2013 Mukasurat 2
Amalan diet seharian mungkin tidak berba-
loi jika tidak peka terhadap tabiat pe-
makanan sihat. Diet seimbang bukan saja
memberi kejayaan terhadap usaha mengu-
ruskan badan tetapi berupaya membantu
mendapatkan kulit bercahaya bak mutiara.
Lantas, ketika diet jangan terlalu
memikirkan tabiat makan makanan berle-
mak saja sedangkan dengan hanya men-
jadikan kopi sebagai minuman seharian, ia
mampu memusnahkan impian untuk
memiliki kulit indah berseri.
Walaupun nampak tidak berbahaya, Pakar
Dermatologi New York, Dr Deborah Watten-
berg melihat secawan kopi panas yang di-
minum mampu menjejaskan usaha untuk
kelihatan cantik. Beberapa tabiat yang sen-
tiasa dijadikan amalan harian mungkin bo-
leh terus dibuang jika anda bertekad tampil
cantik.
1. BERHENTI MEROKOK
Kajian dijalankan ahli dermatologi mendapati 20 pera-
tus rakyat Amerika masih menghisap rokok. Merokok dikata-
kan tabiat buruk yang merosakkan tubuh termasuk kulit.
Campak dan pertimbangkan untuk menyingkirkan
semua tabiat membabitkan nikotin atau bahan kimia lain
dalam sebatang rokok kerana ia merosakkan keanjalan kulit
dan kolagen lalu terjadinya kedutan dan garis halus.
Merokok juga menyekat saluran darah dan aliran oksi-
gen seterusnya menyebabkan kulit kelihatan kusam dan pudar
selain kedut di sekeliling mulut.
2. HINDARI SEGELAS WAIN, GULA-GULA DAN KOPI
Kopi membawa kepada penuaan kulit dan elak tabiat
minum kopi setiap hari.
Elak menjamu makanan ringan kerana ia merosakkan
kulit, menghalang kulit daripada bernafas dan menyebabkan
kekeringan kulit (hidrasi) dan kusam.
Jika orang lain perlu mendapatkan lapan gelas air se-
hari, penggemar kafein perlu minum lebih banyak daripada
jumlah saranan.
3. TIDUR SECUKUPNYA
Individu kurang tidur terpamer pada kulit wajahnya.
Tidak berbaloi untuk minum kopi pada siang hari untuk ber-
jaga pada waktu malam kerana mereka yang kurang tidur mu-
dah dikesan melalui kulit wajah yang suram.
4. BERHATI-HATI DENGAN JERAWAT
Apabila seseorang tidak cukup tidur ia memberi te-
kanan dan menyebabkan pengeluaran hormon kortisol, men-
jadkan kulit anda berminyak, berjerawat dan membuat kulit
anda kelihatan kurang bermaya
Berhati-hati bagi mereka yang berjerawat. Jangan
sesekali menggosok kulit wajah dengan terlalu kuat kerana ia
merosakkan kulit wajah dan perbuatan sia-sia.
Jerawat bukan disebabkan kekotoran tetapi lebih
kepada ketidakstabilan hormon.
Daripada menggosok wajah, lebih baik mencuci se-
cara perlahan dengan menggunakan produk yang berfungsi
menentang jerawat daripada menyebabkan wajah menjadi
merah, pigmentasi dan berparut.
Menggosok wajah hanya menyebabkan bacteria mero-
sakkan kulit dibawa ke dalam kulit dan mewujudkan jangkitan
lebih teruk.
5. ANDA TIDAK MEMAKAI PELINDUNG
MATAHARI YANG CUKUP
Walaupun musim sejuk dan ting-
gal di negara iklim sejuk, kulit tetap perlu-
kan pelindung matahari beberapa kali
sehari.
Jika cuma sehari sekalipun anda
tidak mendapatkan pelindung matahari
ia cukup merugikan bagi mereka yang
ingin kulit cantik apatah lagi cahaya
matahari cukup kuat dan ramai orang
menghabiskan masa di luar rumah.
Pelindung matahari adalah
rahsia mendapatkan kulit wajah muda.
BULET IN BIL. 12 1/ JUN 2013 Mukasurat 3
Amal puasa sunat Syaaban, tingkat ilmu menerusi pembacaan al-Quran Kehadiran Ramadan amat ditunggu-tunggu oleh setiap jiwa insan yang beriman. Pada bulan ini terdapat keberkatan tidak ternilai ganjarannya bagi yang menunaikan ibadah puasa selama sebulan dengan perasaan ikhlas kerana Allah SWT. Bulan mulia ini juga dikenali sebagai bulan ketakwaan kerana jiwa-jiwa yang beriman dan ber-takwa kepada Allah SWT akan sentiasa menunggu untuk menjadi tetamunya.
Daripada Aisyah, katanya: “Sesungguhnya aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW berpuasa lengkap (selama sebulan) kecuali pada bulan Ramadan, dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa paling banyak (selepas Ramadan) me-lainkan pada Syaaban.” (Muttafaqun ‘Alaih)
Allah SWT berfirman: “Wahai orang yang beriman telah diwajibkan bagi kamu semua untuk berpuasa seperti mana diwajibkan kepada kaum sebelum kamu (ahli kitab) semoga kamu beroleh ketakwaan.” (Surah al-Baqarah, ayat 183) Kita hampir memasuki pertengahan Syaaban atau Nisfu Syaaban dan berbaki kira-kira seten-gah bulan ini seharusnya digunakan bagi mempersiapkan jiwa serta tubuh badan untuk men-jadi tetamu Ramadan. Rindu menunggu Ramadan Diriwayatkan salafussoleh mempersiapkan diri mereka enam bulan sebelum datangnya Ramadan. Malah, apabila sudah memasuki Rejab dan Syaaban, mereka mula membuat persia-pan menyemai jiwa dengan perasaan cinta dan rindu untuk menemui bulan ditunggu-tunggu iaitu Ramadan. Daripada Imam al-Baihaqi, Nabi SAW berdoa: “Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan temukanlah kami dengan Ramadan.” Hadis ini dinilai sarjana hadis sebagai lemah namun boleh digunakan dalam memotivasikan umat Islam menyambut Ramadan den-gan hati takwa. Doa ini juga diletakkan oleh Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Adzkar sebagai salah satu amalan doa sebelum memasuki Ramadan dengan menyatakan status atau darjat hadis itu. Sebagai Muslim yang beriman, kita perlu mempersiapkan diri menjadi tetamu bulan mulia ini kerana Ramadan al-Mubarak adalah madrasah atau institusi pendidikan yang memberi didi-kan serta latihan keimanan kepada setiap jiwa umat Islam. Didikan utama bukanlah untuk manusia menjadi gagah dan tangkas dengan menahan lapar serta dahaga, tetapi didikan utama ialah semaian rasa takwa dalam jiwanya. Ketika mana menghampiri Ramadan, salafussoleh mempersiapkan hati supaya hati sedia dididik oleh ma-drasah Ramadan.
Hubungi Rakan Pembimbing anda untuk berbincang dan berkongsi pendapat, pandangan, pengalaman dan membuka celik akal melalui telefon atau e-mail. Rujuk pada Buku Panduan Telefon JPM atau hubungi :-
Haji Zakaria bin Zawawi Mohammed Kamal bin Hj.Mohamed Yusoff
(Ketua Pegawai Psikologi) ( Pegawai Psikologi Kanan )
Perbanyak puasa sunat Syaaban Justeru, antara persediaan yang boleh dilakukan ialah memperbanyakkan puasa sunat pada bulan Syaaban. Daripada Aisyah, katanya: “Sesungguhnya aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW berpuasa lengkap (selama sebulan) kecuali pada bulan Ramadan, dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa paling banyak (selepas Ramadan) melainkan pada Syaaban.” (Muttafaqun ‘Alaih) Melengkapkan puasa qada’ yang masih berbaki pada Syaaban sebelum tibanya Ramadan. Diriwayatkan daripada Aisyah: “Sesungguhnya terdapat padaku puasa Ramadan lepas yang perlu diqada dan aku tidak mampu menghabiskannya kecuali pada Syaaban.” (Riwayat al-Bukhari) Menambah pengetahuan dan kecintaan untuk memasuki Ramadan melalui aktiviti pembacaan dan kelas ilmu. Sebagai persediaan memasuki Ramadan, kita digalakkan mempelajari hukum berkaitan ibadah puasa dan ama-lan sunat yang dituntut padanya. Janganlah kita memasuki Ramadan dengan kejahilan kerana sifat jahil itu menandakan kita masih tidak bersedia menjadi tetamu bulan mulia ini. Perbanyakkan aktiviti membaca dan mencari ilmu berkaitan kelebi-han Ramadan dan hukum-hakam berkaitan ibadah puasa. Memberi kesedaran kepada ahli keluarga dan masyarakat mengenai kehadiran bulan mulia ini. Sebagai ketua keluarga, perlu menyemai rasa cinta kepada ahli keluarga untuk bersama menyambut Ramadan al-Mubarak dengan penuh persediaan serta rasa ketakwaan. Semai keberkatan bulan mulia Tanamkan dalam jiwa isteri dan anak inilah bulan yang padanya terdapat seribu keberkatan dengan ibadah puasa dan amalan sunat lain. Semaikan dalam jiwa mereka rasa rindu untuk menyambut kedatangan Ramadan dengan penuh rasa gembira dan ceria. Selain itu semangat cintakan Ramadan perlu disemai dalam kalangan masyarakat seperti mengadakan ceramah, meletakkan iklan yang boleh memberi kesedaran dan mengingatkan jiran serta rakan akan kehadiran bulan mu-lia ini. Masjid perlu memainkan peranan penting meletakkan sepanduk untuk dilihat oleh jemaah di samping itu men-ghiasi dengan perhiasan indah. Umar al-Khattab memasang lilin di kawasan dalam dan luar masjid supaya masyarakat bersemangat untuk datang mengerjakan solat tarawih secara berjemaah. Memperbanyakkan doa kepada Allah SWT hidup diberkati pada Ramadan ini. Kita digalakkan oleh Nabi SAW untuk berdoa supaya Allah panjangkan umur bertemu dengan Ramadan. Diriwayatkan Nabi SAW berdoa supaya diberikan kesejahteraan apabila anak bulan Ramadan kelihatan dengan sabda baginda: “Allah yang Maha Besar! Engkau jadikanlah kehadiran anak bulan ini kepada kami dengan rasa keamanan dan juga keimanan, dengan nikmat kesejahteraan dan juga rasa nikmat keislaman, dan juga dengan petunjuk yang Engkau suka dan reda dengannya. Sesungguhnya tuhanku dan tuhanmu ialah Allah.” (Riwayat Imam al-Dailamiy) Antara perkara perlu disemai ialah memperbanyakkan bacaan al-Quran. Salamah bin Kuhail, salah seorang tabi’in menyatakan Syaaban adalah Syahr al-Qurra’ yang bermaksud bulan pembaca al-Quran.