BULETIN PEMBIMBING ANDA ISU KELUARAN 1. Kepentingan Ma- kanan Berkhasiat 2. Makanan Seim- bang Kurangkan Risiko Penyakit Berbahaya 3. Diet Seimbang 4. Hubungi Rakan Pembimbing Anda 8. Diet Seimbang (sambungan) BULETIN BIL. 130/ MAC 2014 Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menye- darinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, “ Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan ” dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan. Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius. “ Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami kege- mukan atau terlebih berat badan (obesiti). ” Makanan seimbang ialah pengambilan ma- kanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vita- min untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini. Antaranya; 1. Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal. 2. Memberikan vitamin yang cukup kepada badan. 3. Mampu mengawal kadar obesiti. 4. Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu. Kesimpulannya Kita perlu mengambil makanan yang seimbang kerana selain kepentingannya dari segi kesihatan, ianya juga penting dari segi psikologikal. Bukan sahaja individu tetapi masyara- kat dan seterusnya negara akan menerima kesan positif daripada pemakanan yang baik ini. Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit pen- yakit kronik di negara ini akan bertambah pula. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah pencegahannya. “Tepuk dada tanya selera”.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
BULETIN PEMBIMBING ANDA ISU KELUARAN
BULETIN BIL. 130/ MAC 2014
1. Kepentingan Ma-
kanan Berkhasiat
2. Makanan Seim-
bang Kurangkan
Risiko Penyakit
Berbahaya
3. Diet Seimbang
4. Hubungi Rakan
Pembimbing Anda
8. Diet Seimbang
(sambungan)
BULETIN BIL. 130/ MAC 2014
Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menye-
darinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari
akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang
baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung
ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan
yang berkhasiat serta kurang bersenam. Corak pengambilan makanan yang teratur
sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, “ Diri Anda Ialah Apa
Yang Anda Makan ” dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan.
Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius.“ Empat daripada sepuluh
orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami kege-
mukan atau terlebih berat badan (obesiti). ” Makanan seimbang ialah pengambilan ma-
kanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vita-
min untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan
pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai
pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang
ini. Antaranya;
1. Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal.
2. Memberikan vitamin yang cukup kepada badan.
3. Mampu mengawal kadar obesiti.
4. Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu.
Kesimpulannya
Kita perlu mengambil makanan yang seimbang kerana selain kepentingannya dari segi
kesihatan, ianya juga penting dari segi psikologikal. Bukan sahaja individu tetapi masyara-
kat dan seterusnya negara akan menerima kesan positif daripada pemakanan yang baik
ini. Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit pen-
yakit kronik di negara ini akan bertambah pula. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita
semua mengambil langkah pencegahannya. “Tepuk dada tanya selera”.
BULET IN BIL. 130/ MAC 2014 Mukasurat 2
Pengambilan makanan berkhasiat, berzat dan seimbang sering disarankan untuk memastikan anda sentiasa
sihat dan bebas daripada pelbagai penyakit berbahaya. Ini kerana pengambilan makanan seimbang dalam
diet seharian dapat membantu mengurangkan risiko beberapa penyakit, termasuk kanser, serangan jantung
dan angin ahmar, tekanan darah tinggi, lebihan kolesterol, osteoporosis dan spina bifida. Sejauh manakah
makanan dapat membantu anda menjauhkan diri daripada penyakit berbahaya?
4. Tekanan darah Tinggi
Mengambil banyak buah-buahan dan sayur-
sayuran (8 hingga 10 hidangan) diikuti diet
rendah lemak dan mengambil produk tenu-
su (3 hidangan sehari) boleh mengurangkan
risiko tekanan darah tinggi dan meren-
dahkan tekanan darah, sekaligus mengu-
rangkan risiko terhadap penyakit jantung
koronari.
5. Osteoporosis
Mendapat kalsium secukupnya akan
melindungi anda daripada osteoporosis.
Kalsium dijumpai dalam produk tenusu,
sayuran hijau dan banyak lagi produk yang
diperkaya dengan kalsium.
6. Spina Bifida
Mengambil makanan yang mengandungi
asid folik seperti sayur-sayuran hijau atau
asid folik yang diperkaya dengan bijirin
sebelum dan ketika hamil dapat membantu
melindungi bayi daripada mengalami spina
bifida.
1. Kanser (Barah)
Makan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu
mengurangkan risiko kanser kolon, perut, paru-paru dan
esofagus. Bagaimanapun, bukti yang menunjukkan pengu-
rangan risiko itu tidak sekuat sebagaimana kanser payu da-
ra dan prostat. Diet tinggi lemak sering dikaitkan dengan
peningkatan risiko kanser prostat, kolon, rektum dan endo-
metrium. Bagaimanapun diet tinggi lemak sukar dikaitkan
dengan kanser payu dara tetapi ada bukti menunjukkan ba-
hawa lemak tepu memainkan peranan penting dalam
meningkatkan risiko kanser.
2. Serangan jantung dan angin ahmar (Strok)
Satu kajian mendapati mereka yang mengikuti garis pan-
duan pemakanan disarankan Jabatan Pertanian Amerika
Syarikat (USDA) mengalami 28% dan 14% pengurangan
risiko terhadap serangan jantung dan strok berbanding
mereka yang tidak mengikuti garis panduan itu.
3. Lebihan kolesterol
Kurangkan pengambilan lemak, terutama lemak tepu akan
merendahkan risiko mengalami lebihan kolesterol di dalam
darah, sekaligus risiko terhadap penyakit jantung koronari.
BULET IN BIL. 130/ MAC 2014 Mukasurat 3
1. Banyakkan makan buah-buahan.
Terdapat banyak sebenarnya buah yang sedap lagi berkhasiat yang mengandungi vitamin C, vitamin E, se-
rat, magnesium, mineral, antioksidan dan lain-lain. Antara buah yang berkhasiat ialah buah epal, nenas,
pisang, betik, oren, kiwi, mangga, anggur dan lain-lain.
2. BANYAKKAN JUGA MEMAKAN
KEKACANG.
Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan pro-
tein, karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin (terutamanya
vitamin B). Kacang soya yang sangat kaya dengan protein
tumbuhan – boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti su-
su kacang soya, tauhu, tempe, protein sayuran bertekstur dan
Hubungi Rakan Pembimbing anda untuk berbincang dan berkongsi pendapat, pandangan, pengalaman dan membuka celik akal melalui telefon atau e-mail. Rujuk pada Buku Panduan Telefon JPM atau hubungi :-
Haji Zakaria Bin Zawawi Mohammed Kamal Bin Hj.Mohamed Yusoff
(Ketua Pegawai Psikologi) ( Pegawai Psikologi Kanan )