BULETIN Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Tahun 2012 membuka lembaran baru dengan pelbagai rancangan program dan aktiviti, baik di peringkat bahagian mahupun pusat pengajian. Buletin ANTARA yang telah memasuki keluaran edisi ketiga ini bakal mengisi liputan bulan Januari hingga Mac 2012. Buletin kali ini memaparkan dua program Kelab Kebajikan dan Sosial [KEK&SOS] PPIK iaitu Bazar Amal Ilmu Kemanusiaan atau akronimnya Program BAIK 2012 yang berlangsung pada 28 Februari - 1 Mac ini dan Persidangan Kebangsaan Libatsama Universiti, Komuniti dan Alam Sekitar [LUKAS] yang dianjurkan oleh Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat PPIK dengan kerjasama Kelab KEK&SOS yang bakal berlangsung pada 14 - 15 November 2012 nanti. Beberapa ruangan yang bertujuan untuk mengenali lebih dekat lagi staf PPIK disajikan seperti Jiran Seblok PPIK dan Jiran Setaman di samping mengenali hobi staf serta personaliti sukan PPIK. Lipu- tan ringkas program minum petang bersama staf bersara turut dipaparkan. Selain itu, beberapa ruangan tetap seperti info sihat, info penjimatan, celik bahasa, karya warga PPIK serta resipi pilihan PPIK mengisi paparan edisi ketiga Buletin ANTARA kali ini. Saya dan rakan editor Buletin ANTARA berharap dan berdoa semoga tahun 2012 yang bakal melabuhkan suku tahunnya pada penghujung bulan Mac ini akan membawa pelbagai kejayaan kepada warga PPIK sekaligus „menzahirkan pencapaian‟ yang disasarkan sepertimana yang diaspira- sikan oleh Naib Canselor USM dalam ucapan tahun baharu 2012 lalu. Tok ANTARA. KANDUNGAN Pengenalan ANTARA Edisi 3 Program BAIK 2012 Program LUKAS 2012 Jiran Seblok PPIK Jiran Setaman Berkongsi Hobi Minum Petang Staf Bersara Personaliti Sukan PPIK Info Sihat Info Penjimatan Celik Bahasa Karya Warga PPIK Hari Jadi Warga PPIK Anak & Keputusan Peperiksaan Jasamu Dikenang Resipi Pilihan PPIK Pemakluman - Edisi 4 Untuk edaran dalaman sahaja Bil 003: Januari/Mac 2012 EDISI 3 [JANUARI - MAC 2012] KEK&SOS PENGENALAN ANTARA EDISI 3 MUTIARA KATA “Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.” “Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.” PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN UCAPAN
15
Embed
BULETIN - hum.usm.my · PDF filejasamu dikenang! majlis minum petang bersama puan rohaya ismail. 9 penjagaan pemakanan untuk pesakit jantung dan hiperlipidemia info sihat
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
BULETIN
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Tahun 2012 membuka lembaran baru dengan pelbagai rancangan program dan aktiviti, baik di
peringkat bahagian mahupun pusat pengajian. Buletin ANTARA yang telah memasuki keluaran
edisi ketiga ini bakal mengisi liputan bulan Januari hingga Mac 2012.
Buletin kali ini memaparkan dua program Kelab Kebajikan dan Sosial [KEK&SOS] PPIK iaitu Bazar
Amal Ilmu Kemanusiaan atau akronimnya Program BAIK 2012 yang berlangsung pada 28 Februari -
1 Mac ini dan Persidangan Kebangsaan Libatsama Universiti, Komuniti dan Alam Sekitar [LUKAS]
yang dianjurkan oleh Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat PPIK dengan kerjasama Kelab
KEK&SOS yang bakal berlangsung pada 14 - 15 November 2012 nanti.
Beberapa ruangan yang bertujuan untuk mengenali lebih dekat lagi staf PPIK disajikan seperti Jiran
Seblok PPIK dan Jiran Setaman di samping mengenali hobi staf serta personaliti sukan PPIK. Lipu-
tan ringkas program minum petang bersama staf bersara turut dipaparkan. Selain itu, beberapa
ruangan tetap seperti info sihat, info penjimatan, celik bahasa, karya warga PPIK serta resipi pilihan
PPIK mengisi paparan edisi ketiga Buletin ANTARA kali ini.
Saya dan rakan editor Buletin ANTARA berharap dan berdoa semoga tahun 2012 yang bakal
melabuhkan suku tahunnya pada penghujung bulan Mac ini akan membawa pelbagai kejayaan
kepada warga PPIK sekaligus „menzahirkan pencapaian‟ yang disasarkan sepertimana yang diaspira-
sikan oleh Naib Canselor USM dalam ucapan tahun baharu 2012 lalu.
Tok ANTARA.
KANDUNGAN
Pengenalan ANTARA Edisi 3
Program BAIK 2012
Program LUKAS 2012
Jiran Seblok PPIK
Jiran Setaman
Berkongsi Hobi
Minum Petang Staf Bersara
Personaliti Sukan PPIK
Info Sihat
Info Penjimatan
Celik Bahasa
Karya Warga PPIK
Hari Jadi Warga PPIK
Anak & Keputusan Peperiksaan
Jasamu Dikenang
Resipi Pilihan PPIK
Pemakluman - Edisi 4
Untuk edaran dalaman sahaja
Bil 003: Januari/Mac 2012
EDISI 3 [JANUARI - MAC 2012]
KEK&SOS
PENGENALAN ANTARA EDISI 3
MUTIARA KATA
“Dalam kerendahan hati ada
ketinggian budi. Dalam
kemiskinan harta ada
kekayaan jiwa. Dalam
kesempitan hidup ada
kekuasaan ilmu.”
“Jangan sekali-kali kita
meremehkan sesuatu
perbuatan baik walaupun
hanya sekadar senyuman.”
PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN
UCAPAN
2
PROGRAM BAZAR AMAL ILMU KEMANUSIAAN [BAIK 2012]
Penaung
Prof. Dato‟ Abu Talib
Ahmad
Penasihat
Dr. Jabil Mapjabil
Editor
Dr. Goh Sang Seong
Dr. Jabil Mapjabil
Dr. Shohana Hussin
Dr. Halimah Mohamed Ali
Dr. Roshimah Shamsudin
Dr. Idris Mansor
Penyumbang Bahan / Karya
Profesor Chan Ngai Weng
Profesor Madya Ratna
Roshida Abd Razak
En. Marzuki Ali
Juru Foto
En. Mohamed Khalid Awang
Susun Atur
Cik Julia Jaafar
En. Meor Ahmad Shukri
3
PERSIDANGAN KEBANGSAAN LIBATSAMA UNIVERSITI, KOMUNITI DAN ALAM SEKITAR [LUKAS 2012]
PENGENALAN
Libatsama universiti memainkan peranan yang signifikan sebagai pemangkin pembangunan komuniti tempatan dan
seterusnya merealisasikan agenda pembangunan alam sekitar yang lestari. Selain itu, libatsama universiti dengan
komuniti setempat berupaya untuk merangsang peningkatan minat, komitmen dan penglibatan pelbagai pihak
berkepentingan, mengukuhkan peranan dan sumbangan universiti secara langsung untuk manfaat komuniti setempat
serta memperkasakan jaringan hubungan dan komunikasi pelbagai hala. Libatsama universiti, komuniti dan alam
sekitar turut mendorong pihak universiti untuk memiliki kuasa yang liberal memandangkan kebanyakan institut
pengajian tinggi awam negara menghadapi halangan untuk libatsama dengan komuniti yang seterusnya merencatkan
misi universiti untuk memberikan sumbangan dan perkhidmatan terus kepada komuniti setempat. Hala tuju dan misi
libatsama diharapkan akan merangkumi hubungan dan program yang lebih konsisten dan berterusan serta mampu
mengetengahkan keperluan dan masalah kritikal yang dihadapi oleh komuniti khususnya isu sosioekonomi, sumber
manusia, sumber alam, teknologi, bahasa serta budaya. Apatah lagi, kebanyakan institusi akademik kini sudah mula
mengambil kira elemen libatsama sebagai indeks prestasi utama (KPI) institusi masing-masing.
TUJUAN PERSIDANGAN
Persidangan LUKAS 2012 menjadi platform terbaik untuk sesi perbincangan, perkongsian dan pertukaran idea
berkaitan dengan isu-isu libatsama universiti dalam pelbagai aspek seperti penyelidikan, penerbitan dan penghasilan
output, sistem atau produk untuk manfaat komuniti tempatan dan alam sekitar yang lestari. Persidangan ini turut
menjadi medan untuk membahaskan dan seterusnya mengetengahkan mekanisme yang paling praktikal serta realistik
dalam usaha memperkasakan libatsama universiti, komuniti dan alam sekitar secara langsung dan berterusan dalam
perancangan serta perlaksanaan agenda negara. Ini sejajar dengan aspirasi Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat
USM yang mempunyai visi untuk menerajui kelestarian pembangunan ekonomi, sosial, budaya, pendidikan,
kesihatan dan persekitaran ke arah kemajuan serta transformasi negara serta misi untuk menjalin hunbungan erat
dengan pihak industri dan masyarakat dalam pelbagai bidang. Justeru, persidangan ini diharapkan dapat meningkat-
kan rangkaian kerjasama antara pelbagai disiplin khususnya dalam meneliti kedudukan sebenar libatsama universiti,
komuniti dan alam sekitar dalam konteks pembangunan lestari.
ANJURAN
Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat [BJIM] dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Sosial [KEK&SOS],
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.
TARIKH DAN TEMPAT
14 - 15 November 2012 [Rabu & Khamis] & Hotel Vistana, Pulau Pinang
TEMA PERSIDANGAN
“Libatsama Universiti sebagai Pemangkin Pembangunan Komuniti dan Alam Sekitar Lestari”
LAMAN SESAWANG PERSIDANGAN
Informasi lanjut tentang Persidangan LUKAS 2012 boleh diperolehi melalui
laman sesawang berikut;
http://lukas.usm.my
Penaung Yang Berbahagia
Profesor Dato‟ Omar Osman
Naib Canselor Universiti Sains Malaysia
Penasihat
Profesor Dato' Abu Talib Ahmad
Dekan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM
Penasihat kerja Profesor Madya Munir Shuib
Timbalan Dekan
Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat PPIK
Pengerusi Dr. Jabil Mapjabil
Timbalan Pengerusi Dr. Shohana Hussin
Setiausaha Dr. Nurul Farhana Low Abdullah
Bendahari Dr. Goh Sang Seong
Penolong Bendahari
Pn. Siti Solehah Abd. Kadir
Laman Web En. Meor Ahmad Shukri Zainal Abiddin
Buku Prosiding Dr. Jabil Mapjabil
Dr. Goh Sang Seong
Buku Program Dr. Roshimah Shamsuddin
Penginapan & Makanan Cik Paridah Mydin
Urusetia & Pendaftaran Dr. Zikri Mohamad
Pn. Defniza Abdul Malik
Persiapan Logistik Dr. Idris Mansor
Pn. Azmah Mansor
Sambutan & Protokol Dr. Shohana Hussin
Dr. Nurul Farhana Low Abdullah
Teknikal Cik Sarina Mohamad Idris
En. Hassan Mohamad
Ahli Jawatankuasa Kecil
En. Mohamad Pirdaus Yusoh
En. Khairul Hairuzi Osman
En. Mohd Faizal Razali
En. Oliver Valentine Eboy
En. Md. Saffie Abdul Rahim
Cik Ruzanna Syamimi Ramli
Cik New Gaik Ling
Cik Norain Mat Lazim
Cik Sa‟adiatul Mahfuzah Abu Hassan
4
TETAMU ANTARA EDISI 3 [PM AZIZAN SABJAN]
PERSIDANGAN KEBANGSAAN LIBATSAMA UNIVERSITI, KOMUNITI DAN ALAM SEKITAR [LUKAS 2012]