UCAPAN PENGACARA MAJLIS SEMPENA MAJLIS MALAM JASAMU DIKENANGSMK
DEMAK BARU.
RIVERSIDE MAJESTIC HOTEL,KUCHING.2 NOV 2012
MALAM YANG INDAH PENUH CERIA PENGHULU HARI YANG BERBAHAGIA PENUH
BERMAKNA KAMI BAWAKAN KEPADA ANDA MALAM JASAMU DI KENANG
BISSMILLAHIRRAHMANIRAHIM
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
YANG BERUSAHA CIKGU HAJAH FATIMAH HAMIDPENGETUA SMK DEMAK
BARU.
YANG BERBAHAGIA ,TETAMU KEHORMAT PN HAJAH JUITA BINTI HAJI
SENAWI ,PEGAWAI PELAJARAN DAERAH KUCHING,JUGA MANTAN PENGETUA SMK
DEMAK BARU. DARI 2003 HINGGA 2009.
YANG BERUSAHA EN RAMBLI HJ HASBI,MANTAN PENGETUA SMK DEMAK BARU
DARI 2009 HINGGA JUN 2012.
YANG BERUSAHA PN SABTUYAH ADENANPENGETUA SMK BATU
LINTANG,MENJALANKAN TUGAS PENGETUA DI SMK DEMAK BARU TAHUN 2002
HINGGA 2003
YANG DIKASIHI ,PN RAHMI ABDULLAH ,RAKAN YANG DIRAIKAN...
YANG DIHORMATI
BARISAN KEPIMPINAN PENOLONG KANAN,BARISAN KEPIMPINAN PIBG
KETUA-KETUA BIDANG,RAKAN-RAKAN GURU ,KAKITANGAN SMK DEMAK
BARU.TUAN-TUAN DAN PUAN- PUAN YANG DIKASIHI SEKALIAN
BAGI PIHAK JAWATANKUASA PELAKSANA MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KE
MALAM JASAMU DIKENANG SMK DEMAK BARU 2012 YANG BERTEMAKAN HITAM
PUTIH BERKILAUAN..ALHAMDULILLAH KITA BERTEMU PADA MALAM INI ,MALAM
YANG CUKUP BERMAKNA. KERANA KITA DIPERTEMUKAN KEMBALI DENGAN
MANTAN-MANTAN PENGETUA YANG BANYAK MENABUR JASA DAN BUDI DI SMK
DEMAK BARU .
KUNING EMAS MASAKNYA PADI MAWAR MERAH DAHANNYA BERDURITERIMA
KASIH DAUN KELADIKERANA SUDI MENGHADIRKAN DIRI.
PASTINYA MERIAH MAJLIS MALAM INIBERSAMA INSAN-INSAN YANG PERNAH
MENABUR BUDI SEMEMANGNYAJASAMU DIKENANG BUDIMU TAK TERBILANG.
BACAAN DOA
HADIRIN YANG DIHORMATI,
MENANDAH TANGAN TANDA KERENDAHANLAFAZ BISMILLAH MEMPERKUKUHKAN
TAUTANDOA DIPOHON PENUH PENGHARAPAN AGAR MAJLIS MENDAPAT
KEBERKATAN
BAGI MENAMBAH KEBERKATAN MAJLIS KITA DI MALAM YANG PENUH
BERMAKNA INI,MARILAH SAMA-SAMA KITA MENADAH TANGAN MENGAMINKAN
BACAAN DOA YANG AKAN DILAFAZKAN OLEH AL FADHIL USTAZ BADRUL HISYAM
BIN MAJID.
MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN
AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA USTAZ BADRUL HISYAM
BIN MAJID ATAS BACAAN DOA ITU TADI.
UCAPAN PENGETUA
BUKAN KERIS TANPA ULUNYABUKAN MAJLIS KALAU TANPA UCAPANNYA
SEBAGAI PEMBUKA PERSADA UCAPAN.MAJLIS DENGAN HORMATNYA
MEMPERSILAKAN CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID ,PENGETUA SMK DEMAK BARU
UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN.MAJLIS DENGAN HORMATNYA MEMPERSILAKAN.
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA CIKGU HAJAH
FATIMAH
UCAPAN PUAN RAHMI ABDULLAH
SUDAH BIASA KITA DENGARIPATAH TUMBUH HILANG BERGANTINAMUN TAK
SAMA GURU YANG INI TAK MUNGKIN ADA GALANG GANTI.
SETERUSNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN PUAN RAHMI BINTI ABDULLAH UNTUK
MEMBERIKAN SEPATAH DUA KATA .MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA
MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN.
MAJLIS MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH
KEPADA PUAN RAHMI ABDULLAH ATAS UCAPAN ITU TADI.
BANYAK DURI PERKARA DURITIDAK SAMA DURI MENGKUANGBANYAK BUDI
PERKARA BUDITIDAK SAMA BUDIMU SEORANG
UCAPAN EN RAMBLI HJ HASBIMALAM HARI BERLAGU UNGGASMEMECAH
KESUNYIAN DI DALAM HUTANWALAUPUN TERPISAH TEMPAT DAN TUGASBUDIMU
TUAN DALAM INGATANHADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN,MAJLIS DITERUSKAN
LAGI DENGAN MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN EN RAMBLI HJ HASBI ,MANTAN
PENGETUA SMK DEMAK BARU. UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN MAJLIS DENGAN
SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA EN RAMBLI BIN HAJI HASBI ATAS
UCAPAN SEBENTAR TADI.
KAIN SONGKET CANTIK KILAUANDITENUN OLEH ORANG KEMAMANTAK
TERBALAS BUDIMU TUAN KAMI MERAKAM SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN.
PASTINYA KAMI WARGA SMK DEMAK BARU TIDAK AKAN LUPA DENGAN EN
RAMBLI.BELIAU MENINGGALKAN KITA DENGAN DAYA USAHA MEWUJUDKAN LOGO
BARU SEKOLAH DAN LAGU SEKOLAH YANG CUKUP BERMAKNA.
JAMUAN MAKAN
KEMBANG HARUM SIBUNGA SEROJABUAT HIASAN PENYAMBUT
TETAMUTERHIDANG SUDAH JAMUAN DIMEJADIPERSILAKAN SEMUA HADIRIN
MENJAMU.
UNTUK ITU DIPERSILAKAN HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN UNTUK
MENJAMU SELERA.
PERSEMBAHAN
TERBANG BEBAS SI RAMA-RAMATERATAI MEKAR DI TENGAH LEMBAHJAMUAN
MALAM DIIRINGI IRAMAPERSEMBAHAN NYAYIAN TURUT DIPERSEMBAH.
SAMBIL-SAMBIL KITA MENJAMU SELERA ,KITA AKAN DIHIBURKAN OLEH
PERSEMBAHAN DARI BIDANG MASING-MASING.
HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN, SAMBIL MENIKMATI HIDANGAN
MAJLIS DIHANGATKAN LAGI DENGAN PERSEMBAHAN DARI RAKAN-RAKAN GURU
DAN STAFF YANG MEMPUNYAI BAKAT TERPENDAM.DENGAN INI MAJLIS
MEMULAKAN PERSEMBAHAN DENGAN MENJEMPUT PERSEMBAHAN PERTAMA UNTUK
MEMBUAT PERSEMBAHAN.
PERSEMBAHAN KEDUA
SETERUSNYA DIJEMPUT PULA KUMPULAN KEDUA UNTUK MEMBUAT
PERSEMBAHAN.DIPERSILAKAN.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN.
ACARA CABUTAN BERTUAH
KITA TERUSKAN MAJLIS PADA MALAM INI DENGAN ACARA YANG
DITUNGGU-TUNGGU ,IAITU ACARA CABUTAN BERTUAH .UNTUK
ITU,DIPERSILAKAN
PERSEMBAHAN KETIGA
SETERUSNYA KITA NIKMATI PULA PERSEMBAHAN DARIPADA KUMPULAN
KETIGA.MAJLIS DENGAN SUKACITANYA MEMPERSILAKAN .
TERIMA KASIH ATAS PERSEMBAHAN ITU TADI.
PERSEMBAHAN KEEMPAT
KITA SERIKAN LAGI MAJLIS INI DENGAN PERSEMBAHAN KUMPULAN KEEMPAT
. DENGAN SEGA HORMATNYA DIPERSILAKAN HORMATNYA MAJLIS
MEMPERSILAKAN.
TERIMA KASIH ATAS PERSEMBAHAN ITU TADI.
*ACARA CABUTAN BERTUAH
PERSEMBAHAN KELIMA HADIRIN SEKALIAN,SETERUSNYA KITA DISAJIKAN
PULA SATU PERSEMBAHAN DARIPADA PERSEMBAHAN KELIMA.DENGAN INI MAJLIS
MEMPERSILAKAN
DEMIKIAN TADI PERSEMBAHAN DARIPADA KUMPULAN KELIMA.
PERSEMBAHAN KEENAM
HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIANSETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT STAF
SOKONGAN UNTUK MEMBUAT KUMPULAN KEENAM.MAJLIS DENGAN INI
MEMPERSILAKAN DEMIKIAN TADI PERSEMBAHAN DARIPADA KUMPULAN
KEENAM.
*CABUTAN BERTUAH
PERSEMBAHAN KETUJUH
PERSEMBAHAN SETERUSNYA IALAH PERSEMBAHAN DARIPADA KUMPULAN
KETUJUH .DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.
ITULAH SEBENTAR TADI PERSEMBAHAN DARIPADA KUMPULAN KETUJUH,.
PERSEMBAHAN KELAPAN
SETERUSNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN KUMPULAN KELAPAN UNTUK MEMBUAT
PERSEMBAHAN
DEMIKIAN TADI PERSEMBAHAN DARIPADA KUMPULAN KELAPAN.
PENYAMPAIAN CENDERAMATA
HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN,MAJLIS SETERUSNYA ADALAH
PENYAMPAIAN CENDERAMATA SEBAGAI TANDA KENANG-KENANGAN BUAT INSAN
YANG KITA RAIKAN PADA HARI INI.
SEBELUM ITU ,MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA INGIN MENJEMPUT DAN
MEMPERSILAKAN PN MISIA HJ ZAIN UNTUK MENGIRINGI CIKGU HAJAH FATIMAH
,PENGETUA SMK DEMAK BARU UNTUK MAJLIS PENYAMPAIAN TANDA HATI KEPADA
EN RAMBLI HJ HASBI ,MANTAN PENGETUA SMK DEMAK BARU,JUGA KEPADA PN
RAHMI ABDULLAH RAKAN GURU YANG BARU MENAMATKAN PERKHIDMATAN
BARU-BARU INI.
BEGITULAH TADI ,UPACARA PENYAMPAIAN CENDERAMATA KENANG-KENANGAN
KHUSUS UNTUK EN RAMBLI BIN HJ HASBI DAN PN RAHMI ABDULLAH.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA CIKGU HAJAH FATIMAH ATAS KESUDIAN
MENYAMPAIKAN HADIAH.
PENUTUP
TIBA WAKTUNYA UNTUK MENYUSUN JEMARIMEMBUANG SEGALA KERIKIL
BERSALUT DIHATIMAAFKAN KAMI ANDAI ADA SALAH SILAP TANPA
DISEDARIAGAR SAAT PERPISAHAN INI INDAHBERBUNGA MESRA DALAM
JAMBANGAN INGATAN.
PADA MANTAN-MANTAN PENGETUA DAN GURU YANG TELAH PERGI
MENINGGALKAN KAMI DI SMK DEMAK BARU INI..JELINGLAH KAMI JIKA RINDU
MASIH BERTAMUSAPALAH KAMI ANDAI MESRA AKRAB BERPADUSELAMAT BERTUGAS
DITEMPAT YANG BARUSELAMAT BERSARA MENJADI GURUSEMOGA ALLAH SENTIASA
MEMBERKATI
MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH SEKALI LAGI KEPADA SEMUA TETAMU
DAN HADIRIN YANG SUDI MELUANGKAN MASA BERSAMA-SAMA MEMERIAHKAN
MAJLIS JASAMU DIKENANG
DARI MANA ASALNYA USAH DIUSULMOLEK BUDINYA MENAMBAT HATIDUA TIGA
BICARA SALAH TERSASULJANGAN DISIMPAM DI DALAM HATI
UBI MANIS UBI KELADIKALAU ADA DITAMBAH LAGI SEKIRANYA UMUR
PANJANG DIRESTUIKITA PASTI BERJUMPA LAGIDI 31 DIS MERYUARAT GURU
PERTAMA KALI.
SEKIAN SAHAJA ,SALAM HORMAT,WABILLAHI TAUFIK
WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT
________________________________________________________________________________Teks
Ucapan Pengacara Majlis Persaraan Hari yang indah penuh ceria Hari
yang berbahagia penuh bermakna
BismilLahirrahmanirrahim Assalamu `Alaikum W.B.T. dan Salam
Sejahtera.
Yang Berusaha Tn. Hj. Wan Yusoff bin Wan YaacobSetiausaha
Bahagian, Bahagian Pengurusan Maklumat
Yang Dihormati Tn. Syed Mohd Gawi bin Syed Agil Pn. Hjh. Zabidah
binti Ibrahim Ketua-ketua Penolong Setiausaha
Yang Diraikan Puan Ku Pisah Ku Ahmad
SeterusnyaTuan-tuan, puan-puan, hadirin dan hadirat yang
diRahmati Allah sekalian.
Selamat datang ke Majlis Persaraan Yang Diraikan Puan Ku Pisah
Ku Ahmad
Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari Pulau Mutiara Pemanis
kata selamat datang Awal BismilLah pembuka bicara
Sarung ketupat berisi inti Dibawa budak sambil berlari Kehadiran
semua sangat dihargai Moga Majlis bertambah seri
Bunga mawar cantik tersematDipetik gadis di tepi titi Doa dibaca
memohon Rahmat Moga Majlis sentiasa diberkati
Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh
bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan
bacaan doa yang akan dibacakan oleh Saudara Mas Al Hafiz bin
Samsir, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. ---Q---
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin Majlis merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada Saudara Mas AlHafiz bin Samsir
atas bacaan doa itu tadi.
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian
Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Tn. Hj.
Wan Yusoff bin Wan Yaacob, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan
Maklumat. Dipersilakan. ---Q---
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tn. Hj. Wan Yusoff
bin Wan Yaacob, atas ucapan yang telah disampaikan sebentar
tadi.
Jasamu dikenang Budimu tak terbilang Semangatmu dijulang
Khidmatmu gemilang
Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti yang
dicurahkan oleh Yang Diraikan Puan Ku Pisah Ku Ahmad atau lebih
mesra dengan panggilan Kak Ku sepanjang perkhidmatan beliau di
Bahagian Pengurusan Maklumat
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya Tak berguna jika ada
dayung tiada perahunya Tak lengkaplah Majlis jika yang diraikan
tidak berbicara
Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan
daripada Yang Diraikan Puan Ku Pisah Ku Ahmad. Majlis dengan segala
hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan. ---Q---
Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada Yang Diraikan Puan Ku Pisah Ku Ahmad atas ucapan itu
tadi.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian Tiap pertemuan pasti
ada perpisahan Itu adat, itu lumrah kehidupan Begitulah rentetan
perjalanan
Walau sukar untuk ditelan Tapi kaki tetap mengorak jalan Selagi
hayat dikandung badan Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan
persembahan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan Puan Ku
Pisah Ku Ahmad ---Q---
Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia
sempena persaraan Yang Diraikan Puan Ku Pisah Ku Ahmad.
Mudah-mudahan ianya dapat menggamit kenangan-kenangan manis kita
selama berkhidmat bersama-sama dengan Kak Ku. ---Q---
Sudah teradat si anak lelaki Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat Bukan memberi kata dan puji Hanya budi
dalam ingatan Buat kenangan sepanjang hayat
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian
Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai
tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini
iaitu Yang Diraikan Puan Ku Pisah Ku Ahmad
Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan
mempersilakan kepada Tn. Syed Mohd Gawi bin Syed Agil, Timbalan
Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Maklumat, untuk mengiringi
Tn. Hj. Wan Yusoff bin Wan Yaacob, Setiausaha Bahagian, Bahagian
Pengurusan Maklumat untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan
kepada Yang Diraikan Puan Ku Pisah Ku Ahmad. Dengan segala
hormatnya dipersilakan. ---Q---
Seterusnya, Majlis dengan rendah hati menjemput Puan Ku Pisah Ku
Ahmad untuk menerima cenderamata yang tidak seberapa tanda
penghargaan daripada seluruh warga BPM. Dipersilakan. ---Q---
Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan
khusus untuk Yang Diraikan Puan Ku Pisah Ku Ahmad.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Puan
Ku Pisah Ku Ahmad atas kesudian menerima cenderamata itu tadi.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian
Yang Berusaha Tn. Hj. Wan Yusoff bin Wan Yaacob menyampaikan
cenderamata sebentar tadi.
Umpama belayar telah sampai di pelabuhan Umpama berkayuh telah
sampai di muara Umpama berjalan telah sampai di destinasi
Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung
acara.
Kuning emas masaknya padi Penuh kepuk hasil tampian Terima kasih
daun keladi Budi tuan jadi kenangan
Tuai padi antara masak Esok jangan layu-layuan Intai kami antara
nampak Esok jangan rindu-rinduan
Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Sebelum
bersurai, para hadirin diminta berbaris untuk acara
bersalam-salaman dan bermaaf-maafan, seterusnya menyaksikan buat
kali terakhirnya Yang Diraikan Puan Ku Pisah Ku Ahmad mengimbas ibu
jarinya di mesin perakam waktu sebagai tanda berakhirnya tugas
rasmi beliau di dalam perkhidmatan ini.
Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kak Ku
kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini
dan kami semua mendoakan agar Kak Ku bertambah ceria dan bahagia di
dalam kehidupan selepas persaraan.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu
dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan
Majlis Persaraan ini.
Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai
ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.
Pergi ke dusun memetik kelapa Kelapa muda kelapa bali Jari
disusun maaf dipinta Panjang usia bersua kembali
Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah
Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.
_____________________________________________________________________________TEKS
PENGERUSI MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR
TEKS PENGERUSI MAJLIS SANJUNGAN BUDI, LAMBAIAN KASIH Tarikh: 23
April 2014Masa: 10.30 pagiTempat: Dewan Seri Setia, SK Kota
Setia
PERKARA/ PEMBACABUTIRANCATATAN
Ketibaan Tetamu
HariffAssalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Dijemput semua tetamu mengambil tempat kerana majlis kita akan
bermula sebentar lagi.
Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok dan
isteri beliau Pn. Maimunah Rohani bt. Muhali dengan diiringi
dif-dif kehormat masuk ke dalam dewan. Dipersilakan mengambil
tempat.
Biji selasih boleh dimakanMenjadi perisa sedap terperiSelamat
datang kami ucapkanSemoga majlis tambah berseri
Pagi yang indah penuh ceriaHari yang berbahagia penuh
bermaknaKami bawakan kepada anda Majlis Sanjungan Budi, Lambaian
Kasih sempena persaraan En. Abdul Karim b. Munok , Guru Besar SK
Kota Setia.
Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku. Dif-dif kehormat
dan para hadirin diminta
berdiri....................................(Lagu Negaraku)
Terima kasih, semua hadirin dijemput duduk.
Bacaan Doa
JueBismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam
sejahtera, salam 1 Malaysia, salam Perak Aman Jaya dan Salam SK
Kota Setia Terus Maju.
Hadirin yang dimuliakan,
Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini,
marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang
akan dibacakan oleh: Al Fadil Ustaz Ahmad b. Awang. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.
*********** (Doa)
UcapanAlu-aluan
HariffAmin Amin Ya Rabbal `AlaminMajlis merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz
Ahmad b. Awang atas bacaan doa itu tadi.
Bunga mawar cantik tersematDipetik gadis di tepi titiDoa dibaca
memohon RahmatMoga Majlis sentiasa diberkati
Melayang serindit di atas permatang,Merbah berkicau di hujung
muara,Pemanis kata selamat datang,Awal bismillah pembuka
bicara.
Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh Rashid Penolong
Pegawai Pedidikan Daerah Perak Tengah
Yang DiraikanEn Abdul Karim b. Munok Guru Besar SK Kota
Setia
Yang Berusaha Cik Noorsalmi bt ShaariPenolong Kanan Pentadbiran
SK Kota Setia
Yang Berusaha Pn. Rozita bt AbasPenolong Kanan Hal-ehwal
Murid
Yang Berusaha En. Kamarulnizam b. MarzukiPenolong Kanan
Kokurikulum
Yang Dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd NorYang Dipertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, SK Kota Setia
Yang Dihormati En.Abdul Razak b.Hj. AdamYDP Majlis Guru Besar,
Daerah Perak Tengah
Yang DihormatiBarisan Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah
Daerah Perak Tengah
Yang DihormatiPegawai-pegawai di JPN dan PPD
Dif-dif jemputan,SeterusnyaBarisan guru, ibu bapa, murid-murid,
hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.
Selamat datang ke :Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih sempena
persaraan Yang Diraikan En Abdul Karim b. Munok,Guru Besar SK Kota
Setia.
Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah
kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama
berhimpun pada pagi ini untuk meraikan En. Abdul Karim b.Munok
dalam Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih
Jasamu dikenangBudimu tak terbilangSemangatmu
dijulangKepimpinanmu gemilang
Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan
kepimpinan yang dilakukan oleh Yang Diraikan En. Abdul Karim b.
Munok sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan yang
berakhir sebagai Guru Besar di SK Kota Setia
Ucapan Ketua Murid
JueHadirin dan hadirat yang dihormati sekalian
Tak molek jika ada alu tiada lesungnyaTak berguna jika ada
dayung tiada perahunyaTak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang
berbicara
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian
Majlis menjemput adik Mohd Izudin b. Nor Azman, Ketua Murid SK
Kota Setia bagi mewakili murid-murid untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.
Ucapan PK1HariffTerima kasih diucapkan kepada adik Mohd Izudin
b. Nor Azman atas ucapan sebentar tadi.
Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Cik
Norsalmi bt. Shaari, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, SK Kota
Setia. Dipersilakan
Ucapan JueTerima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Cik
Norsalmi bt. Shaari, Guru Penolong Kanan Pentadbiran atas ucapan
yang telah disampaikan sebentar tadi.
Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati En.
Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan
Guru-guru, SK Kota Setia untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.
Ucapan YDP MGB&PPD
HariffTerima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati En. Mohd
Azahari b. Hj Mohd Nor atas ucapan yang telah disampaikan sebentar
tadi.
Majlis seterus menjemput dan mempersilakan En. Abdul Razak b. Hj
Adam, YDP MGB Perak Tengah bagi menyampaikan ucapan, dengan segala
hormat dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada En. Abdul Razak b. Hj. Adam atas
ucapan sebentar tadi.
Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan kepada Yang
Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh Rashid Penolong Pegawai
Pedidikan Daerah Perak Tengah untuk menyampaikan ucapannya.
Dipersilakan.
Persembahan Multimedia
JueTerima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi
b. Haron Noh Rashid atas ucapan yang telah disampaikan sebentar
tadi.
Para Hadirin yang kami muliakan,
Tiap pertemuan pasti ada perpisahanItu adat, itu lumrah
kehidupanBegitulah rentetan perjalananWalau sukar untuk ditelanTapi
kaki tetap mengorak jalanSelagi hayat dikandung badan
Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan
multimedia sempena persaraan Yang Diraikan En. Abdul Karim b.
Munok.
Sebelum itu, majlis mempersilakan Yang Dirai En. Abdul Karim b.
Munok dan isteri beliau Pn. Maimunah Rohani bt. Muhali untuk naik
bersemayam di atas singgahsana. Dipersilakan.
*** Persembahan multimedia
Ucapan Yang DiraiGBHariffItulah sebentar tadi dapat kita
saksikan persembahan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan En.
Abdul Karim b. Munok . Terima kasih kepada team unit ict SKKS dan
individu yang menjayakan persebahan tersebut. Mudah-mudahan ianya
dapat memberi sumber inspirasi buat kita semua.
Hadirin yang dihormati,Majlis seterusnya adalah upacara menepung
tawar.Untuk itu, Majlis menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati
En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh Rashid, Penolong PPD Perak Tengah dan
Yang Dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor, YDP PIBG dengan
diiringi oleh Cik Norsalmi bt. Shaari, Guru Penolong Kanan
Pentadbiran naik ke pentas bagi menyempurnakan upacara
tersebut.Dipersilakan.
Terima kasih Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh Rashid
dan Yang Dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor yang sudi
menyempurnakan upacara tersebut.
Hadirin yang dimuliakan,Seperti yang kita sedia maklum bahawa
esok adalah hari ulang tahun kelahiran Tuan Guru Besar.Untuk itu,
marilah kita sama-sama menyanyikan lagu selamat hari jadi untuk
beliau.
Sebelum itu, terlebih dahulu majlis menjemput Tuan Guru Besar
dengan diringi oleh isteri tampil ketengah pentas untuk memotong
pulut kuning sebagai simbolik menyambut ulang tahun kelahiran dan
persaraan. Dipersilakan.
Hadirin yang dimuliakan,Sama-sama kita nyanyikan lagu selamat
hari jadi buat cikgu Karim.Selamat hari jadi, selamat hari jadi
cikgu Karim, selamat hari jadi
Terima kasih diucapkan kepada En. Abdul Karim b. Munok yang sudi
menyempurnakan majlis. Terima kasih kepada semua hadirin.
Seterusnya, Majlis menjemput dan mempersilakan En. Abdul Karim
b. Munok dan isteri turun dari singgahsana mengambil tempat di
hadapan dewan. Dipersilakan.
PersembahanKhas Gurindam Jiwa
JueHadirin yang dimuliakan,
Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan
daripada Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok. Majlis dengan
segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.
***Ucapan GB
Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok atas ucapan itu
tadi.
Sudah teradat si anak lelakiMati berjuang, berundur janganBerani
kami menjunjung adatBukan memberi kata dan pujiHanya budi dalam
ingatanBuat kenangan sepanjang hayat
Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah
sama-sama kita saksikan persembahan khas daripada murid-murid tahun
4, 5 dan 6 yang berjudul Gurindam Jiwa. Dipersilakan.
**** persembahan
Semoga kita terhibur dengan persembahan khas Gurindam Jiwa yang
cukup istimewa sebentar tadi. Terima kasih diucapkan.Kumpulan ini
dibimbing oleh Pn. Ida Rohayu bt. Hussin.
Penyampaian Watikah
HariffHadirin dan hadirat yang dihormati sekalian
Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di
pelabuhanUmpama berkayuh telah sampai di muaraUmpama pelari telah
sampai ke garisan penamat,
Majlis seterusnya ialah penyampaikan Watikah Persaraan yang akan
disampaikan oleh Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah
kepada En. Abdul Karim b. Munok.
Untuk itu, majlis mempersilakan Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi
b. Haron Noh Rashid Penolong Pegawai Pedidikan Daerah Perak Tengah
naik ke pentas utama untuk menyempunakan penyampaian watikah
tersebut. Dipersilakan.
Majlis menjemput dan mempersilakan En. Abdul Karim b. Munok
untuk menerima watikah daripada Penolong PPD. Dipersilakan.
Seterusnya Majlis mempersilakan En. Abdul Karim b. Munok
menyampaikan cenderamata kepada Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi b.
Haron Noh Rashid Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Perak
Tengah.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Dihormati En.
Mohd Lotiffi b. Haron Noh Rashid dan Yang Dirai En. Abdul Karim b.
Munok
Penyampaian Hadiah & cenderamata
JueMajlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah dan
cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita
raikan pada hari ini iaitu En. Abdul Karim b. Munok.
Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan Cik Norsalmi bt. Shaari, Guru Penolong Kanan
Pentadbiran, SK Kota Setia mengiringi Yang Diraikan En. Abdul Karim
b. Munok untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada
wakil-wakil kelas.
Rujuk senarai hadiah
Penutup
HariffItulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang
kenangan khusus untuk Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan En.
Abdul Karim b. Munok atas kesudian menerima cenderamata itu tadi.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian Yang
Berusaha Cik Norsalmi bt. Shaari mengiringi Yang Diraikan En. Abdul
Karim b. Munok sebentar tadi.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua
penyampai cenderamata sebentar tadi.
Umpama memanjat dah sampai ke puncakYang ruas dah sampai ke
bukuYang kitab sudah berkhatamYang terniat sudah terkabulYang
menerima sudah menerima
Kita telah pun berada di hujung acara.Untuk cikgu Karim.
Guru umpama bintang cemerlangWalau bersara jasa dikenang
Raut wajah damai dan tenang,Tiada terkalam kasih dijunjung,Jasa
baktimu tetap dikenang,Budi baikmu tetap disanjung.
Tuai padi antara masakEsok jangan layu-layuanIntai kami antara
nampakEsok jangan rindu-rinduan
Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.
Penutup
JueMajlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan
En. Abdul Karim b. Munok kerana sudi untuk bersama kita pada hari
yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Yang Diraikan
En. Abdul Karim b. Munok bertambah ceria dan bahagia di dalam
kehidupan seharian.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu
dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan
Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih ini.
Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai
ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.
Pergi ke dusun memetik kelapaKelapa muda si kelapa barliJari
disusun maaf dipintaPanjang usia bersua kembali
Majlis menjemput Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok dan
isteri serta semua tetamu, hadirin dan hadirat untuk menjamu selera
di khemah utama bersebelahan dengan kantin sekolah.
Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah
Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh
_________________________________________________________________________________
MAJLIS PERSARAAN
Bismillah. Alham dulilliah.....
1. Yang berusaha Tn Pengetua SMT DSMZ, Pn Hjh Semah Bt Mohd Noh
2. Yang diraikan En Ismail B Mohamad dan Pn Hamidah Bt Mohammad 3.
Yang dihormati Pn Hjh Patimah Bt Hj Othman Guru Penolong Kanan
Pentadbiran Sekolah4. En Abd Aziz B Abu, Guru Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid5. Pn Halimah Bt Hj Ahmad, Guru Penolong Kanan Ko
kurikulum6. Guru-guru Kanan Bidang, 7. Guru-guru cemerlang8.
Barisan guru mithali smt dsmz, 9. Dan para pelajar yang dikasihi
lagi dirahmati sekelian
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera
Bershukur kita ke hadrat Illahi, dengan izin serta limpah
kurnianya dapat kita bersama-sama berhimpun pada pagi ini bagi
meraikan MAJLIS PERSARAAN En Ismail B Mohamad DAN MAJLIS
PERPIndahan Pn Hamidah Bt Mohammad.
Hadirin-hadirat yang dimuliakan,
Duduk bersama satu tujuanIndah majlis gilang gemilangMohon doa
kupohon tuhanSemoga Majlis peroleh keberkat
Untuk itu, Majlis pada pagi ini dimulakan dengan bacaan doa.
Jesteru, majlis mempersilakan Uz. Jaini Bin Saiman untuk memimpin
bacaan doa, dipersilakan.
Bacaan Doa
Majlis merakamkan ribuan terima kasih di atas bacaan doa itu
tadi.
*************************************************************************************************************Amin
Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada
ustadz Jaini Bin Saiman di atas pimpimpinan bacaan doa itu
tadi.
Yang berusaha tuan pengetua dan hadirin sekelian
Buat pengetahuan hadirin semua, Jika kita soroti perjalanan en
ismail b mohamad di perkampungan teknik datuk seri mohd zin ini,
beliau merupakan seorang staf sokongan sekolah yang telah
berkhidmat di sini bermula pada tahun nov 1978. Bapa kepada 3 orang
anak hasil perkongsian hidup bersama permaisuri hati tercinta Pn
Ani Bt mat jan ini sangat penyayang dan gigih berusaha. Banyak suka
duka yang telah dilaluinya selama 31 tahun sewaktu menabur keringat
di bumi teknik khususnya dalam pembangunan sekolah. Segala jasa dan
pengorbanan tuan hanya tuhan sahaja yang dapat membalasnya. Kini
sudah sampailah detik waktunya beliau bersara dari sektor
perkhidmatan awam.
Tinggi bukit gilang-gemilang,Air di laut tenang-tenangan;Budi
sedikit tak akan hilang,Tetap menjadi kenang-kenangan.
Hadirin yang di hormati sekelian,
Warga teknik md zin juga bakal kehilangan seorang lagi staf
sekolah berikutan perpindahannya di atas kenaikkan pangkat. Pn
hamidah mohd telah pun berhijrah di SMK Durian Tunggal. Majlis
dengan sukacitanya merakamkan sekalung tahniah di atas penghijrahan
puan. Ibu kepada 8 orang anak ini merupakan insan yang sentiasa di
senangi oleh warga teknik berikutan sifatnya yang penyayang dan
bertanggungjawab tinggi terhadap tugas. Hasil sokongan padu suami
tercinta en saat b bakar, menjadikan pn hamidah menyahut cabaran
untuk menjawat tugas lain yang lebih mencabar. Warga teknik dengan
sukacitanya mengucapkan ribuan terima kasih di atas jasa bakti yang
dicurahkan selama hampir 20 di perkampungan teknik md zin ini.
Tanam lenggun tumbuh kelapaTerbit bunga pucuk matiBudi puan kami
tak lupaSudah terpaku di dalam hatiOleh itu diharapkan sentuhan
majlis pada hari ini dapat di jadikan tanda kenang-kenangan di
dalam lipatan sejarah kalian berdua.
Warga dewan yang di rahmati sekelian,
Majlis meneruskan tirainya dengan mempersilakan Yang Berusaha Tn
Pengetua SMTDSMZ, tuan Hj Mohd Shaari Bin Hussain , untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.************************************ucapan Tn
pengetua*************************************
Demikianlah tadi ucapan alu-aluan yang telah disampaikan oleh
Tuan Pengetua SMTDSMZ Tn Hj Mohd Shaari Bin Hussain. Majlis
merakamkan jutaan terima kasih.
Yang berusaha dan hadirin sekelian
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang di rai en
ismail b mohamad untuk memberikan ucapan,
dipersilakan*************************************************************************************************************Terima
kasih di atas ucapan en ismail sebentar tadi...
Tuai padi antara masak,Esok jangan layu-layuan;Intai kami antara
nampak,Esok jangan rindu-rinduan.
Inderagiri pasirnya lumat,Kerang berjemur dengan lokan;Bagaimana
nabi kasihkan umat,Begitulah kami kasihkan tuan.
Hadirin-hadirat yang dikasihi,
Majlis dengan penuh hormatnya menjemput Pn Hamidah bt mohd untuk
memberikan ucapan.Majlis
mempersilakan....*************************************************************************************************************Majlis
mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian Pn hamidah
memberikan ucapan
Dewa sakti melayang ke DaikHendak mencari Dewa JarugaKalau ada
budi yang baikSampai ke mati orang tak lupaTanjung Katong airnya
biru,Tempat mandi si dara jelita;Sama sekampung lagikan
rindu,Inikan lagi jauh dimata
Hadirin warga dewan yang dimuliakan,
Warga dewan yang dikasihi,
Sebagai tanda sanjungan budi untaian kasih dari warga SMTDSMZ ,
Pihak majlis sukacita dan berbesar hati untuk memberikan
cenderamata untuk yang dirai. Jesteru, majlis mempersilakan
dihormati Yang berusaha Tuan pengetua, Tuan Hj. Mohd. Shaari bin
Hussein untuk menjemput dan mengiringi en ismail b mohamad untuk
menerima hadiah dan cenderamata. Majlis dengan segala hormatnya
dipersilakan...
*************************************************************************************************************Terima
kasih diucapkan kepada en ismail b mohamad
Seterusnya majlis dengan segala hormatnya menjemput Pn Hamidah
bt mohd untuk menerima tanda kasih dari kami warga teknik datuk
seri mohd zin, dipersilakanMajlis mengucapkan terima kasih kepada
yang berusaha tuan pengetua dan pn hamidah atas penyempunaan
pemberian hadiah sebentar tadi.Hadirin yang dimuliakan,
Ada pasang ada surutnyaAda pangkal ada hujungnyaAda hulu ada
hilirnyaAda pertemuan ada perpisahannyaAda hilang ada gantinyaAda
awal ada akhirnya
Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata tadi...majlis bakal
melabuhkan tirainyaMajlis sekali lagi merakamkan ucapan penghargaan
dan terima kasih kepadaYg berusaha Tn Pengetua dan Semua ahli
jawatankuasa yang bertungkus lumus dari mula hingga ke akhirnya.
Tidak lupa juga setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua
warga teknik datuk seri mohd zin yang telah memberikan sumbangan
masa dan tenaga secara langsung atau tidak langsung sewaktu
menjayakan majlis ini. Apa yang kurang, maaf jua dipinta.
Harum baunya Si bunga cengkihDibawa orang dari ambonBuang yang
keruh ambil yang jernihJari disusun maaf dipohon.
BINTANG BARAT TERBITAN PETANG,BINTANG T IMUR TERBITAN
PAGI,JIKATIDAK MELARAT PANJANG,ADA UMUR KETEMU LAGI
Seterusnya majlis mempersilakan Tuan Pengetua dan tetamu
kehormat untuk mengiringi yang dirai En ismail dan pn hamidah ke
bangunan bulat bagi menyempurnakan perarakan beramai-ramai menaiki
Jeep Khas ke pintu hadapan pagar sekolah untuk lambaian terakhir,
majlis dipersilakan. Para Pelajar di minta
berdiri__________________________________________________________________________________SKRIP
PERSARAAN PENGETUA SMKHK :2011 SKRIP PENGACARAMAJLIS MAJLIS
PERSARAAN PENGETUAPN RIHAN MOHD SALLEH
PADA : 30 SEPT 2011HARI: JUMAATTEMPAT : DEWAN SERI BUDIMANSMK
HULU KELANG
DISEDIAKAN OLEH:PN NORAZA AZIT @ AZIZ
PENGUMUMAN (noraza)Majlis mengalu-alukan ketibaan YANG
BERBAHAGIA . Wakil Jabatan Pelajaran Negeri Selangor
1. KAMARUDIN MAKMOR TERUS MASUK DAN MENYAMPAIKAN SEBUAH LAGU
KHAS BUAT PENGETUA
Seiring madah pantun bersambut,Disulam senyum pengubat
jemu;Mesra berdakap kasih berpaut,Yang Berbahagia puan kini
bertamu.ALU-ALUANAwal bismillah pembuka bicara,Ucapan alu-aluan
pemula acara;Selamat datang kata disua,Persaraan Pengetua majlis
bernama.
SAPAAN / SALUTASIAssalamualaikum wbt dan salam sejahtera
YANG BERBAHAGIA Puan Rozita binti ., wakil Jabatan Pelajaran
Negeri Selangor,
Yang dihormati pn Rihan bt Mohd Salleh , Pengetua SMK Hulu
Kelang,Yang Berusaha ., Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru,
SMK Hulu Kelang,(Yang Berusaha Puan Rihan Bt Mohd Salleh, Pengetua
SMK Hulu Kelang,)(Yang Berusaha .., mantan Yang Dipertua PIBG, SMK
Hulu Kelang,)Ahli-ahli jawatankuasa PIBG, barisan pentadbir SMKHK,
guru-guru dan pelajar-pelajar sekalian.
Dahan kayu makin mereput,Dahan tak muat di dalam pedati;Besar
hajat kami menjemput,Besar niat di dalam hati.
(hanani)Bersyukur kita ke hadrat llahi kerana dengan kurnia-Nya
dapat kita berkumpul di Dewan Seri Budiman pada pagi penuh ceria
untuk menjayakan Majlis Persaraan Pengetua SMK Hulu Kelang , Pn
Rihan bt Mohd Salleh.
Sekali lagi,Dengan Bismillah lafaz dimula,Dengan bismillah restu
dipinta;,Semoga majlis mendapat hidayah-NyaSemoga kronologi acara
beroleh berkat-Nya.
BACAAN DOAMajlis dengan ini mempersilakan saudara Muhammad Aiman
bin . untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan saudara.
Ulasan: Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa itu
tadi.
Dalam majlis ini kami bermadah,Mengucap puji alhamdullilah;Doa
tadi pembuka wadah,Semoga majlis beroleh limpah.
2. UCAPAN KETUA PENGAWAS SMK HULU KELANG: RAZAK AJIB
(noraza)
Berangkat kadam kepak nan indah,Tertanggam penuh emas
suasa;Salam pembuka tirai dihulur sudah,Persada ucapan akan
bermula.
Pembuka tirai persada ucapan, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan saudara Razak bin Ajib selaku Ketua Pengawas SMK Hulu
Kelang untuk menyampaikan ucapan - untaian kata, kalungan wacana.
Dipersilakan saudara.
Ulasan : Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada saudara
Razak bin Ajib. Ssemoga semangat sebagai pelajar contoh dapat
dipamirkan sebagai teladan kepada rakan pelajar di SMK Hulu
Kelang.
3. UCAPAN PENTADBIR EN. ZULBAHREN B AHMAD PK (HANANI)
Khabar sudah bendang ke langitKhabar sudah rebak ke bumiYang
jauh kami jemput dengan destarYang dekat kami jemput dengan
tepakBerhimpun mesra harmoni kita di sini.
Majlis dengan penuh takzim, mempersilakan Yang Berusaha Encik
Zulbahren bin Ahmad selaku Penolong Kanan Pentadbiran bagi
menyempurnakan persada ucapan. Dipersilakan tuan.
Ulasan: majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan
tersebut.
UCAPAN PENGETUA
Ulasan Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Pn Pengetua.
Semoga hasrat murni Puan dan seluruh warga sekolah dapat
direalisasikan
.
4. PERSEMBAHAN MULTIMEDIA: NORAZA
Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Tidak lengkap
rasanya majlis, tanpa mengenal empunya diri insan yang diraikan
pada pagi yang indah ini. Maka persembahan multimedia pada pagi ini
akan mempersembahkan rentetan perjalanan hidup Puan Rihan Mohd
Salleh.
Jasamu dikenang,Budimu tak terbilang,Semangatm
dijulang,Kepimpinanmu gemilang.
Di bawah seliaan dan penyediaan oleh cik Norbaizura bt Harun,
kami mempersembahkan kepada anda tayangan multimedia tentang
biografi dan memori perjalanan insan yang sedang kita raikan ini
yang bertajuk JASAMU DIKENANG. Marilah bersama-sama kita menghayati
persembahan tersebut.
Ulasan: majlils merakamkan jutaan terima kasih kepda guru-guru
yang terlibat dalam menjayakan persembahan tersebut.
5. PERSEMBAHAN KHAS UNTUK PENGETUA(HANANI)
1. KOIR TINGKATAN 6
2. KAK AFIDAH
3. PELAJAR TINGKATAN 1 BAWAH PIMPINAN CIK AZIANI
4. PERSEMBAHAN TARIAN BULUH OLEH ELLIS JUSFINA DAN KUMPULAN
5. SISIPAN UCAPAN BUAT PENGETUA MELALUI MULTIMEDIA
6. PERSEMBAHAN BERDUET PUAN AFIDAH DENGAN ABANG DIN
7. PERSEMBAHAN DIKIR BARAT DARIPADA BARISAN PENDIDIK SMK HULU
KELANG (NORAZA)
Hadirin sekalian,
Tinggi sungguh pohon kuini,Dililit pepaku bersulam
semalu,Melepaskan dirimu di saat ini,Basahlah kami meratap pilu
Majlis diteruskan dengan mempersilakan kumpulan dikir barat
guru-suru SMK Hulu Kelang, bawah pimpinan Umi Salhih untuk
mendendangkan alunan suara mereka DENGAN TAJUK . Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
ULASAN: begitulah lontaran suara daripada barisan pendidik SMK
Hulu Kelang yang ternyata berbakat luar biasa...
6. UCAPAN PERPISAHAN DARIPADA PENGETUA(NORAZA)
Secarik budi memberI, sekalung terima kasih kami sertaiSejambak
tulusmu menghulur,segugus penghargaan terpahat di hati, Budi,
komitmen tulus ikhlas, bernilai bak segunung intan, setara bak
cindai bertelekan, seindah tiara delima, sewangi kasturi di gapura
sgurga.
SMKHK dengan penuh bangga mempersilakan Pn Rihan bt Mohd Salleh
meneruskan tirai persada ucapan, menyampaikan amanat , untaian kata
kalungan wacana, salam perpisahan buat kenang-kenangan insan yang
bakal ditinggalkan
Ulasan: Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian
puan pengetua menyampaikan ucapan buat kenang-kenangan.
7. UPACARA MENYARUNGKAN JUBAH DAN MEMOTONG PULUT KUNING OLEH
PENOLONG KANAN DAN GURU-GURU KANAN KEPADA PENGETUA
Sebagai tanda kenang-kenangan yang abadi, tanda kasih tidak
bertepi buatmu puan, majlis dengan ini mempersilakan Penolong Kanan
Pentadbiran diiringi guru-guru kanan tampil ke pentas untuk
menyarungkan jubah kepada puan pengetua. Majlis juga mempersilakan
puan pengetua duduk di atas singgahsana bagi upacara tersebut.
8. PERSEMBAHAN GURINDAM DARIPADA PK 1 DAN GKMP
9. PENYAMPAIAN CENDERAMATA KEPADA PENGETUA . SILA RUJUK
LAMPIRAN(HANANI)
1.2.3.4.5.6.7.8.9.
10. PENUTUP. SESI PENGGAMBARAN( NORAZA)
Umpama memanjatkan dah sampai ke puncakYang ruas dah sampai ke
bukuYang kitab sudah berkhatamYang terniat sudah terkabulYang
menerima sudah menerima
Dalam pada itu, patut pula kami sampaikan.
Manusia mengandung salahMangandung cacat dan celaKalau kami
tersalah cakapKalau kami patut tak dipatutkan Kami mohon ampunKami
susun jari nan sepuluh
Hadirin sekalian, (hanani)
Kalau ada sumur di ladang,Elok rasanya menumpang mandiKalau ada
umur yang panjangDapat kita berjumpa lagi.
Majlis Anugerah persaraan Puan Rihan bt Mohd Salleh tamat di
sini. Terima kasih daun keladi. Terima kasih menjunjung budi. Saya
sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum
warahmatullah
hibawarakatuh.__________________________________________________________________________
Contoh Teks Pengacaraan Majlis Persaraan. TEKS PENGACARA MAJLIS
JAMUAN AIDILFITRI DAN PERSARAAN.
Daun layu di tengah gurun,Nampak jalur pohon cemara,Tradisi
melayu turun temurun,Pantun d tutur pembuka bicara.
Mengumumkan dan Mempersilakan yg di raikan Pn Norhamizan bt
Omardin,bersama-sama suami En Mohd Nordin b. Hj Harun, diiringi yg
berusaha Tn guru besar, sk seri setia Pn Fauziah bt Hussin untuk
naik dan duduk d singgahsana yg telah d khaskan d atas pentas ini.
Dlpersilakan.
Sebgai tanda cinta akan Negara, majlis di mulakan dengan
nyanyian lagu negaraku.Para hadirin diminta berdiri tegak.
SELEPAS LAGU NEGARAKUMelayang serindit di atas permatang,Merbah
berkicau di hujung muara,Pemanis kata selamat datang,Awal bismillah
pembuka bicara.
BISMILLAHIRRAHMNIRRAHIM.ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
SALAM 1 MALAYSIA.
Majlis terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kepada yang di
raikan Pn Norhamizan Bt Omardin serta suami, En Mohd Nordin b Hj
Harun, di atas kesudian menghadirkan diri ke majlis yg tak
sepertinya ini merangkap majlis jamuan aidilfitri dan persaraan.
Majlis tidak lupa juga turut mengucapkan ribuan terimakasih kepada
wakil ahli jawatan kuasa PIBG..Kerana sudi memeriahkan majlis ini
.Untuk itu terimalah serangkap pantun pantun dari saya,
Buah selasih di dalam puan,Di bawa gadis ke tengah laman,Takkan
hilang jasamu tuan,Menjadi ingatan sepanjg zaman.
Yang di raikan, Pn Norhamizan atau lebih mesra saya panggil Kak
Mizan, Dengarkan pantun dari saya
Cantik bergemerlapan batu permata, bertambah cantik di pakai
orang,Sudah bersua bertentang mata, apa khabar puan sekarang?
Hilang delima di seberang takir,Di ganti degan batu
permata,Pabila di tanya senyum terukir,Nampak berseri di pandang
mata.
BACAAN DOASeterusnya untuk memberkati lagi majlis ini, marilah
kita bersama-sama mengaminkan doa yg akan di bacakan oleh ustaz
Salman b Zahadi. Dengan segala hormatnya di persilakan.
Aminn ya rabbal alaminn..Bunga mawar cantik tersemat,dipetik
gadis ditepi titi,Doa dibaca memohon rahmat,Semuga majlis sentiasa
diberkati.
SELEPAS DOA
TERIMA KASIH KEPADA UST SALMAN D ATAS BACAAN DOA ITU Tadi.
Sebagaimana yang tertulis pada latar belakang pentas ini,kita
sedia maklum bahawa majlis ini merupakan majlis sempena persaraan
Pn Norhamizan bt Hj Omardin, Yang mana hari ini merupakan hari
terakhir beliau berada di sekolah ini. Mulai minggu hadapan dan
seterusnya, kita semua akan merindui kelibat guru ini yang sinonim
di kalangan rakan-rakan dengan gelaran Ratu Beg. Ini menunjukkan
betapa komitmen pn norhamizan terhadap tugasnya amat terserlah
dengan memastikan semua butir-butir berkaitan tugasnya akan
sentiasa di bawa setiap hari sehingga memerlukan 3 atau 4 beg untuk
membawanya.Nampaknya selepas ini mugkin terdapat calon lain yang
menunggu untuk mengambil alih gelaran ratu beg ini.
Baiklah untuk meneruskan majlis, di persilakan adik Khairul
Falah b. Shamsulbahrin tampil ke pentas untuk menyampaikan ucapan
bagi mewakili semua pelajar di sekolah ini. Di persilakan.
Selepas ucapan wakil pelajar.
TERIMAKASIH d ATAS UCAPAN wakil pelajar itu tadi.
Seterusnya, Degan besar hati majlis menjemput yang Berusaha Tn
guru besar Sek Keb Seri Setia pn Fauziah bt Hussin tampil ke pentas
untuk menyampaikan ucapannya. Di persilakan.
SELEPAS UCAPAN GBTERIMAKASIH YG Berusaha tn GURU Besar d ATAS
UCAPAN ITU TADI.
Yang diraikan, pn norhamian,
Jasamu d kenang, budimu tak terbilang,Semangatmu d julang,
kepimpinanmu gemilang.
Begitulah yg boleh kita perkatakan atas segala bakti dan jasa yg
dilakukan oleh pn norhamizann sepanjang perkhidmatan beliau sebagai
guru.Walaupun jika diukur masa, kehadiran pn norhamizan di sekolah
ini sekadar beberapa ketika Cuma, namun janganlah kita lihat dan
jadikan semata-mata itu sebagai ukurannya, namun, bukalah mata dan
sedarlah bahawa kehadiran guru ini dalam bidang pendidikan sudah
menjangkau 36 tahun lebih yang jika di banding sebagai hayat
manusia, ianya boleh merupakan seorang insan yg sudah dewasa dan
matang. Begitulah tersiratnya jasa dan bakti guru ini di hakikat
sebenarnya .Beliau telah melalui semua fasa dalam perkhidmatannya
samada fasa kegembiraan, kesedihan, kebuntuan, kejayaan , kegagalan
dan sebaginya.
Hadirin sekalian,seterusnya adalah acara bacaan dan penyerahan
watikah persaraan yg akan disampaikan oleh Yang Berusaha Tn Guru
Besar Sk Seri Setia kepada Pn Norhamizan yg akan mendengar
seterusnya menerima watikah tersebut, Di persilakan.
SELEPAS PENYAMPAIAN WATIKAH.Terima kasih Tn guru besar dan Pn
Norhamizan .
Hadirin sekalian, bakti dan jasa pn norhamizan, terbukti sudah,
kehadirannya merupakan sebutir permata yg menyinari dunia
pendidikan.kata nasihat tidak pernah putus dari mulut
beliau,bersama -sama dengan khidmat beliau yg tak pernah kenal erti
lelah,Hari ini kita bertuah kerana berpeluang untuk mendengar
ucapan dan kata-kata nasihat dari beliau. Marilah bersama-sama
hayati barisan ucapan terakhir beliau di sekolah ini pada hari ini
dan ketika ini. Majlis dengan syahdunya mempersilakan.
SELEPAS UCAPAN YanG Di RAIKAN
Malam hari berlagu unggas,Memecah kesunyian di dalam
hutan,Walaupun terpisah tempat dan tugas,Budimu tuan dalam
ingatan.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih d atas ucapan beliau itu
tadi.
Seterusnya sebagai tanda ingatan dan kenangan dari kami, kita
teruskan majlis dengan penyampaian cenderamata. Untuk itu d jemput
yg berusaha tn guru besar diiringi oleh Pen kanan pentadbiran, Pn
mardiah Mokhtar untuk menyampaikan cenderamata kepada pn
Norhamizan. Di persilakan.
Cenderamata yg pertama ini adalah cenderamata daripada pihak
pentadbirant.kasih kpd gb dn pk kerana sudi menyampaikan
hadiah.
Di persilakan pula YDP diiringi oleh Pk hem untuk menyerahkan
cenderamata kengan drp pibg sekolah kpd pn nprhamizan, d
persilakan.T.kasih ydp dn pk hem d atas pemberian hadiah itu
td.
Seterusnya di sampaikan pula cenderamata daripada pengawas
sekolah. Untuk itu d persilakan wakil pengawas sek utk meyampaikan
cenderama tersebut. d persilakan.
Tidak lupa juga wakil dari pengawas pusat sumber yg turut ingin
menyampaikan cenderamata kenangan kpd pn norhamizan, utk itu wakil
pengawas pss d persilakan..Diikuti pula cenderamata wakil pelajar
tahap1 .
Dan akhir sekali tahap 2.
Selepas penyampaian hadiah.
Majlis merakamkan terimakasih kepada Pn Norhamizan d atas
kesudian beliau menerima cenderamata itu tadi.Majlis juga turut
mengucapkan terima kasih kepada semua penyampai2 cenderamata itu
tadi.
Tanam lengguna tumbuh kelapa, terbit bunga pucuk mati,Budi puan
kami tak lupa,Sudah terpaku d dalam hati.
Hadirin sekalian, tiap pertemuan ada perpisahan, itu adat lumrah
kehidupan,Begitulah rentetan perjalanan, walau sukar untuk di
telan,tapi kaki tetap mengorak jalan, selagi khidmat
diperlukan.
Dengan itu marilah kita saksikan sedikit biografi dan paparan
skrin mengenai yang di raikan Pn Norhamizan. Kita saksikan
bersama-sama.
--------------------baca biografi -------------
Nyanyian dan persembahan murid
Seteusnya, Sebagai tanda penghargaan dari murid2 sk seri setia,
kita perdengarkan dan saksikan persembahan lagu-lagu daripada
mereka khas disampaikan untuk pn Norhamizan.dengan itu majlis
mempersilakaan, pasukan koir terdiri dari murid thn 6 untuk
memperdengarkan lagu dari mereka. Dengan berakhirnya lagu tadi,kini
kita telahpun berada d penghujung acara.
Kuning emas masaknya padi,Mawar merah dalam jambangan,Terima
kasih daun keladi,Diri kami ini dilupa jangan.
Hari ini bertanam jagung,Hari esok bertanam serai,Hari ini kita
berkampong, Hari esok kita bercerai,
Tuai padi antara masak, Esok jangan layu-layuan,Intailah saya
antara nampak,Esok jangan rindu-rinduan,
Majlis dengan ini mendoakan pn Norhamizan akan sentiasa sihat
sejahtera dan gembira bersama keluarga tercinta. Jika ada
kelapangan hubungilah kami d sini selalu. Kami mohon ribuan
kemaafan d atas segala kekurangan dan kesilapan jikamana kami
terlanjur bicara, terlanjur terkata,
Andai ada jarum yg patah, jgn d simpan d dlm peti. Andai ada
silap dn salah jgn d simpan d dalam hati .
selamat hari raya dan Maaf zahir batin daripada saya. Sekian yg
baik itu drp Allah dan yg kurang itu drp diri sendiri.
wassalamualaikum dan salam 1 malaysia.
Pergerakan murid membentuk barisan ke pintu luar.
Minta guru2 bersalaman dulu sblm sent off oleh
murid.______________________________________________________________________________