Top Banner

of 10

Buletin Edisi 3 Sesi 20112013

Jul 06, 2018

Download

Documents

Saharul Junit
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
  • 8/17/2019 Buletin Edisi 3 Sesi 20112013

    1/10

    30 Disember 2011 5 Safar 1433H Edisi 3, Sesi 2011-201

    Menarik di dalam:

    Setitis Tinta,

    Secoret Kata…...…….2

    Majlis Jasamu

    Dikenang……………..3

    Ceramah

    Kepenggunaan………..4

    Buletin Sukan ARSM…5

    Selamat Datang dan

    Selamat Maju Jaya……7

    Walimatulurus……….8

    Kelahiran

    Cahayamata………….9

    Aktiviti Biro Agama…1

    Sidang Editor

    Penasihat

    Adnan Hj. Ismail

    Ketua Pengarang

    Mohd Hakimi AbdulRahman

    Pengarang

    Mohd Adha Abdul Majid

    Muhammad Nazir

    Siham

    Noorlydia Ahmad

    Selamat bersara diucapkan kepada bekas Timbalan Ketua PengarahPenyelidikan dan Pembangunan TKP(P), Tuan Haji Mansor Bin Abd

    Rahaman dan pegawai di Bahagian Direktorat Strategik dan

    Perhubungan (DS), En Abd. Halim Bin Abd. Aziz yang masing masing

    bersara pada 15 September 2011 dan 1 September 2011. Buat

    Tuan Haji Mansor dan Encik Abd. Halim, sekalung penghargaan dan

    ucapan jutaan terima kasih daripada seluruh warga ARSM di atas

    pengorbanan masa, tenaga, ilmu, dan keringat yang telah diberikan

    bagi memastikan ARSM sentiasa terus maju ke arah

    kecemerlangan.

    esungguhnya, kedua-dua permata ini tiada galang gantinya dan kenangan

    ersama akan terus mekar dan segar sentiasa. Semoga Tuan Haji Mansor dan

    n Abd. Halim sentiasa dilimpahi rahmat dan diberkati Allah serta terus

    mengecapi kebahagian bersama keluarga.

     JASAMU DIKENANG

  • 8/17/2019 Buletin Edisi 3 Sesi 20112013

    2/10

    Assalamualaikum w.b.t….

    Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

    Bertemu kita kembali dalam buletin kelab bagi edisi ketiga tahun 2011. Setiap perkara ada awal dan

    akhirnya, ini termasuklah tahun 2011 yang akan berakhir tidak lama lagi. Menjelang tahun 2012 yang

    akan menjelma, ini merupakan buletin kelab edisi yang terakhir bagi tahun 2011. Pihak editor ingin

    merakamkan jutaan terima kasih kepada semua ahli kelab ARSM yang telah memberikan kerjasama

    dan semangat kepada pihak editor buletin kelab di sepanjang tahun 2011 ini.

    Pihak editor juga ingin mengucapkan salam perpisahan kepada para pegawai yang telah berpindah

    dan juga yang telah bersara. Segala jasa, pengorbanan dan sumbangan yang telah diberikan oleh

    mereka untuk menjadikan ARSM sebagai agensi yang disegani dan berdaya maju amatlah dihargai dan

    semoga para pegawai yang masih berkhidmat di ARSM dapat mencontohi teladan dan sumbangan

    yang telah diberikan.

    Selain itu, berkenaan dengan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bakal dilaksanakanpada tahun 2012 bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM), diharap ia dapat menjadikan

    perkhidmatan awam di Malaysia akan lebih proaktif dan berdaya saing seterusnya dapat memberikan

    perkhidmatan kepada rakyat dengan lebih berkesan.

    Akhir kata, semoga kita dapat bersua kembali dalam keluaran buletin kelab pada tahun 2012 dan

    sidang editor mengakhiri coretan kata pada buletin kali ini dengan serangkap pantun.

    Daun Palas Jatuh Keriba,

    Layu Berguguran di Angin Deru, 

    Tahun 2012 Menjelang Tiba,

     Menanti Cabaran di Alaf Baru.

    Sekian daripada kami sidang editor, terima kasih.

    SETITIS TINTA

  • 8/17/2019 Buletin Edisi 3 Sesi 20112013

    3/10

    Pada 19 September 2011, satu “Majlis Jasamu Dikenang”  sempena persaraan Tuan Haji

    Mansor Bin Abd Rahaman dan En Abd. Halim Bin Abd. Aziz telah diadakan di Dewan Seminar, ARSM.

    Suasana ceria dan hiba menyelubungi sepanjang majlis berlangsung khususnya semasa persembahan

    multimedia dan juga semasa mereka menyampaikan ucapan perpisahan. 

    Serba sedikit latar belakang yang dapat dicoretkan tentang dua insan berjasa ini buat tatapan

    emua khas untuk buletin pada kali ini. Tuan Haji Mansor Bin Abd Rahaman telah berkhidmat dengankerajaan selama 33 tahun di dua jabatan iaitu 17 tahun (1978 - 1995) di Jabatan Pertanian dan 16 tahun

    1995 - 2011) di ARSM. Beliau merupakan anak jati Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang lahir pada 15

    September 1953 dan merupakan anak ke-4 daripada 8 orang adik beradik. Di atas sumbangan beliau

    kepada perkhidmatan awam, beliau telah dianugerahkan Pingat Kesatria Mangku Negara (K.M.N) oleh

    Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 7 Jun 2008.

    Insan berjasa kedua adalah Encik Abd. Halim Bin Abd. Aziz. Beliau telah menabur khidmat

    elama 35 tahun dengan kerajaan, juga di dua jabatan yang berbeza iaitu Jabatan Kerja Raya selama 18

    ahun (1976 -1994) dan di ARSM selama 17 tahun (1994  –   2011). Beliau yang merupakan anak jati

    elebu, Negeri Sembilan ini merupakan anak ke-2 daripada 6 adik beradik. Di atas sumbangan beliaukepada perkhidmatan awam, beliau telah dianugerahkan Ahli Mangku Negara (A.M.N) oleh Seri Paduka

    Baginda Yang di-Pertuan Agong ada 16 Julai 2009 di Balairong Seri, Istana Negara.

    Ucapan dan amanat terakhir Tuan Haji

    Mansor Bin Abdul RahamanCenderahati Kelab ARSM kepada Tuan

    Haji Mansor Bin Abdul Rahaman

    Ucapan perpisahan Encik Abd. Halim Bin Abd.

    Aziz

    Cenderahati Kelab kepada Encik Abd.

    Halim Bin Abd. Aziz

    MAJLIS JASAMU DIKENANG

  • 8/17/2019 Buletin Edisi 3 Sesi 20112013

    4/10

    Kelab Remote Sensing Malaysia telah mengorak langkah dengan menambah kesedaran kepadhlinya dengan pengetahuan tentang kepenggunaan. Satu sesi ceramah berkaitan dengan hal-ha

    epenggunaan telah berjaya dianjurkan dan disampaikan oleh penceramah dari Tribunal Tuntutan Penggun

    Malaysia (TTPM) pada 25 Oktober 2011 yang lalu, bertempat di Bilik Bunga Raya, ARSM. Kita juga ama

    ertuah kerana ceramah tersebut disampaikan sendiri oleh Pengerusi TTPM iaitu Puan Reihana Binti Abd

    azak.

    Di antara pengisian ceramah yang disampaikan adalah tentang latar belakang penubuhan, tuga

    an tanggungjawab TTPM itu sendiri, hak-hak sebagai pengguna, jenis-jenis tuntutan yang boleh

    ikemukakan kepada Tribunal, pengertian terma-terma di dalam bab kepenggunaan dan perkhidmatan

    atacara mengenai pemfailan, pendaftaran dan pendengaran tuntutan di Tribunal, peraturan-peraturan daAkta yang digunakan untuk melindungi hak pengguna, penguakuasaan Award dan penalti jenayah dan

    emakan kehakiman. Fakta-fakta dan contoh-contoh kes terdahulu seperti di dalam kategori perkhidmata

    an barangan turut juga disampaikan oleh Pn Reihana secara bersahaja dengan penggunaan grafik dan

    ambar yang menarik telah berjaya mencuri perhatian semua warga ARSM yang hadir mendengar ceramah

    ersebut.

    Untuk makluman, TTPM adalah satu badan bebas yang ditubuhkan di bawah Seksyen 85

    ahagian XII Akta Pelindungan Pengguna 1999 yang beroperasi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam

    Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan. Objektif utama penubuhan Tribunal adalah untuk menyediaka

    aluran alternatif kepada pengguna untuk memfailkan tuntutan gantirugi secara mudah, murah dan cepat

    ntuk maklumat lanjut tentang TTPM, bolehlah melawati portal rasmi mereka d

    ttp://ttpm.kpdnkk.gov.my/portal/index.php

    Sebagai warga ARSM yang rata-ratanya adalah termasuk di dalam kategori pengguna baranga

    an perkhidmatan samada untuk diri sendiri mahupun ahli keluarga kini diharapkan sudah memahami da

    mempunyai pengetahuan asas tentang hak-hak pengguna. Semoga kita sama-sama menjadi pengguna yang

    bih proaktif.

    Ada sesuatu yang melucukan dan menarikperhatian pendengar

    Pn Reihana sedang menyampaikanceramah

    CERAMAH KEPENGGUNAAN

  • 8/17/2019 Buletin Edisi 3 Sesi 20112013

    5/10

      Tahun 2011 mencatatkan pelbagai suasana suka dan duka bagi aktiviti sukan yang

    dilaksanakan sepanjang tahun ini. Sukan pingpong merupakan acara sukan terakhir yang dilaksana

    pada tahun 2011 di mana kumpulan Alpha berjaya menjadi juara dalam acara ini. Juara

    keseluruhan Karnival Sukan ARSM Tahun 2011 pula menjadi milik kumpulan Beta selepas

    mengungguli kutipan mata keseluruhan diikuti kumpulan Gamma selaku naib juara, kumpulan

    Delta di tempat ketiga dan kumpulan Alpha di tempat keempat. Tahniah diucapkan kepada Biro

    Sukan Kelab ARSM yang telah bekerja keras dan para peserta yang terlibat bagi memastikan

    kelancaran aktiviti sukan yang dijalankan.

    Keputusan Sukan Pingpong

    KEPUTUSAN MUKTAMAD KARNIVAL SUKAN ARSM 2011 

    Alpha Beta Gamma Delta Markah

    Alpha 3-2 4-1 5-0 9

    Beta 2-3 4-1 3-2 6

    Gamma 1-4 1-4 0-5 0

    Delta 0-5 2-3 5-0 3

    KEDUDUKAN PASUKAN MARKAH

    AKHIR

     JUARA BETA 25 MARKAH

    NAIB JUARA GAMMA 17 MARKAH

    KETIGA DELTA 16 MARKAH

    KEEMPAT ALPHA 14 MARKAH

    KEDUDUKAN PASUKAN JUMLAHMARKAH

     JUARA ALPHA 5 MARKAH

    NAIB JUARA BETA 4 MARKAH

    KETIGA DELTA 2 MARKAH

    KEEMPAT GAMMA 1 MARKAH

    BERITA SUKAN ARSM

  • 8/17/2019 Buletin Edisi 3 Sesi 20112013

    6/10

    KEJOHANAN FUTSAL MAHABBAH (PUSAT ZAKAT SELANGOR)

    Pada tarikh 20 November 2011, Satu Kejohanan Futsal Mahabbah anjuran Pusat Zakat

    Selangor telah diadakan bertempat di Ampang Sports Planet dimana ARSM telah menghantar

    2 pasukan iaitu ARSM (A) yang diketuai oleh En. Mohad Fairus dan ARSM (B) diketuai olehEn. Izul Akmal. Prestasi ARSM (A) dan ARSM (B) agak membanggakan walaupun tidak layak

    ke peringkat suku akhir dimana kedua-dua pasukan menduduki tempat ketiga dalam

    kumpulan masing-masing. Warga Kelab mengucapkan jutaan terima kasih serta tahniah di

    atas penglibatan dan kejayaan yang dikecapi.

    Pasukan ARSM bergambar kenangan selepas

    kejohanan

    Orang-orang kuat ARSM sentiasa

    bersemangat!!

    Pasukan ARSM memberikan tentangan sengit

    kepada pasukan lawanWajah-wajah staf ARSM yang mewarnai

    Kejohanan Futsal Mahabbah anjuran PZS

  • 8/17/2019 Buletin Edisi 3 Sesi 20112013

    7/10

    Selamat datang diucapkan kepada ahli kelab yang baru sahaja memulakan kerjaya di ARSM.

    Selamat berjaya kepada ahli kelab yang baru sahaja bersara dan berpindah kepada alam

    pekerjaan yang baru. Selamat maju jaya diucapkan.

    En. Che Ludin Bin Che MahmoodTarikh Mula Berkhidmat : 17 Okt. 2011

    En. Mohd Hairul Anuar Bin BohroTarikh Mula Berkhidmat : 21 Nov. 2011

    Tn. Haji Mansor B. Abdul Rahaman

    (Bersara)

    15 September 2011

    Cik Rozilah Bt. Azhar

    (Berpindah Secara Pinjaman Ke JPM)

    21 November 2011

    SELAMAT DATANG & SELAMAT MAJU JAYA

  • 8/17/2019 Buletin Edisi 3 Sesi 20112013

    8/10

    Ucapan “Selamat Pengantin Baru” buat pasangan mempelai ahli kelab yang telah melangsungkan

    perkahwinan baru-baru ini. Semoga Allah memberkati dan melimpahkan berkat kepada setiap

    pasangan.

    Nurul Izza bt. Zainal

    &

    Muhamad Shafiq b. Ab Rahim

    17 September 2011

    Ahmad Zahrullail Bin Safai

    &

    Noor Emma Hizan Binti Hijas

    20 & 26 November 2011

    Muhammad Fuad Bin Ahmad

    &

    Husna Binti Masrom

    2 & 8 Oktober 2011

    Mohd Hakimi B. Abdul Rahman

    &

    Siti Nor Afzan Bt. Abdul Habib

    20 & 27 November 2011

    Shamsul Bin Wahit

    &

    Nor Diana Bt. Zubir

    3 & 25 Disember 2011

    WALIMATULURUS

  • 8/17/2019 Buletin Edisi 3 Sesi 20112013

    9/10

    Nama : Aminul Wafiy B. Norzaidi

    Tarikh Lahir : 14.8.2011

    Nama Ibu : Farrah Diba Bt. Hj. Asmawi

    KELAHIRAN CAHAYAMATA

    Nama : Muhammad AidilZaref b. Azwan

    Tarikh Lahir : 31.8.2011

    Nama Ibu : Suziyanna Bt.

    Arshad

    Nama : Qisha Bt. Ali

    Imran

    Tarikh Lahir : 23.11.2011

    Nama Bapa : Ali Imran B.

    Mohd Drus

    Nama : Faris Furqan B. Mohd Fazuwan

    Tarikh Lahir : 5.10.2011

    Nama Bapa : Mohd Fazuwan B. Ahmad

    Fauzi

    Nama : Nur Aleeya Alisha

    Bt. Mohd Fadzli

    Tarikh Lahir : 31.8.2011

    Nama Bapa: Mohd Fadzli B.Abdul Rahman

    Nama : Maryam Balqis Bt.

    Mohd Tarmizi

    Tarikh Lahir : 5/12/2011

    Nama Ibu : Nur Dhuha Bt.

    Dzulkifli

    Nama : Harraz Sidqi B. Mohd

    Hazwan

    Tarikh Lahir : 3/12/2011

    Nama Ibu : Nurul Shida Bt. Saari

  • 8/17/2019 Buletin Edisi 3 Sesi 20112013

    10/10

    Bil. Aktiviti Tajuk Tarikh Penceramah/

     Jemputan

    1. Penentuan ArahKiblat di Surau

    ARSM.

    - 18 Okt.2011

    Pej. Mufti WPKL

    2. Ceramah Bulan

    Ramadhan

    "Ramadhan

    Menjana Insan

    Cemerlang” 

    4 Ogos

    2011

    Ustaz Muhammad Yusof

    (Pensyarah UM)

    3 Ceramah Bulan

    Ramadhan

    Hikmah dan

    Pengajaran Nuzul

    Quran

    17 Ogos

    2011

    Ustza Muhd Azri Ahmad Kamel

    (Imam Masjid Saidina Abu Bakar As-

    Siddiq, Bangsar)

    4 Ceramah Umum Kepenggunaan :

    "Pengguna

    Proaktif"

    25

    Oktober

    2011

    Pn. Raihana Abd. Razak

    (Pengerusi TTPM)

    AKTIVITI BIRO AGAMA