UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: TAHAP AMALAN ELEMEN PENGURUSAN PEPERIKSAAN DAN ELEMEN PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH RENDAH ISLAM HIDAYAH, JOHOR BAHRU. SESI PENGAJIAN: 2007/2008 Saya SUHAIMI BIN RAMLI (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) √ TIDAK TERHAD Disahkan oleh __________________________ _________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: TN HAJI HASSAN BIN HUSHIN PT 2548 KG TERSUSUN BATU 4, Nama Penyelia 35400 TAPAH ROAD , PERAK DARUL RIDZUAN. Tarikh: ___ APRIL 2008 ____ Tarikh: _____APRIL 2008 ______ CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
27
Embed
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filetahap amalan elemen pengurusan peperiksaan dan elemen pengurusan kokurikulum di sekolah rendah islam hidayah, johor bahru. suhaimi bin
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: TAHAP AMALAN ELEMEN PENGURUSAN PEPERIKSAAN DAN ELEMEN PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH RENDAH ISLAM HIDAYAH, JOHOR BAHRU.
SESI PENGAJIAN: 2007/2008
Saya SUHAIMI BIN RAMLI (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
√ TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
__________________________ _________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: TN HAJI HASSAN BIN HUSHIN PT 2548 KG TERSUSUN BATU 4, Nama Penyelia 35400 TAPAH ROAD , PERAK DARUL RIDZUAN. Tarikh: ___ APRIL 2008____ Tarikh: _____APRIL 2008______
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Mekanikal)”
Tandatangan : ………………………………………….
Nama Penyelia : TN HAJI HASSAN BIN HUSHIN
Tarikh : APRIL 2008
TAHAP AMALAN ELEMEN PENGURUSAN PEPERIKSAAN DAN
ELEMEN PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH RENDAH
ISLAM HIDAYAH, JOHOR BAHRU.
SUHAIMI BIN RAMLI
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Mekanikal)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan :
Nama Penulis : SUHAIMI BIN RAMLI
Tarikh : APRIL 2008
iii
DEDIKASI
Ingatan tulus ikhlas buat ibuku, HALIMATUN SAADIAH BT MOHAMED.
Apa yang telah diberi, akan kuhargai. Apa yang telah diucap akan kuingati. Terima
kasih atas segala-galanya.
Ingatan ikhlas buat insan bergelar ayah, RAMLI BIN ABDULLAH.
Semoga sihat selalu untuk menjadi pendorongku.
Buat abang dan adikku, SHUHAIRY, SUHAIROL, SUHAILA, dan MOHD
NAJIB. Sesungguhnya diriku bahagia memiliki silaturrahim dengan kalian. Semoga
kukuhnya ikatan persaudaraan ini setanding dengan kukuhnya kasih sayang antara
kita.
Buat yang teristimewa, NURHIDAYAH BT MUSA. Sesungguhnya kehadiran mu
menambah semangat perjuanganku. Semoga perhubungan ini diberkati oleh-Nya.
Buat rakan-rakan seperjuangan SPJ. Sesungguhnya kalian semua pelengkap
pelayaranku. Semoga kalian semua diberi rahmat dari-Nya.
Semoga kita semua dalam redha Ilahi…
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...
Penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah
pembimbing, Tn Haji Hassan Bin Hushin atas pandangan, perbincangan dan
nasihat yang diberikan sepanjang tempoh kajian dijalankan.
Terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada semua pensyarah Fakulti
Pendidikan yang telah banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar selama ini.
Ungkapan terima kasih ini juga turut ditujukan kepada warga Sekolah Rendah
Islam Hidayah (SRIH) kerana membantu dan berkerjasama bagi saya menyediakan
penulisan ilmiah ini.
Di akhir sekali penghargaan ini ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan di
Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan (JPTK), Universiti Teknologi Malaysia
di atas sokongan dan dorongan dalam usaha untuk menyempurnakan projek sarjana
muda ini dengan jayanya.
Akhir kalam, buat ibu dan ayah yang dikasihi, ahli keluarga yang disayangi
serta kekasih yang dicintai, segala doa restu dan dorongan kalian amat dihargai.
Semoga usaha ini sentiasa diberkati Allah SWT dan dapat dimanfaatkan.
Sekian, Terima Kasih.
v
ABSTRAK
Sekolah Rendah Islam Hidayah adalah sebuah sekolah swasta di bawah
rangkaian Sekolah Islam Hidayah yang menawarkan pendidikan bersepadu KBSR
dengan menggabungkan matapelajaran akademik dan juga deeniah bagi pelajar-
pelajarnya. Kajian yang dijalankan oleh penyelidik dilakukan adalah untuk
mengenalpasti tahap amalan oleh pihak sekolah terhadap elemen pengurusan
peperiksaan dan elemen pengurusan kokurikulum. Bilangan responden yang terlibat
dalam kajian ini adalah seramai 68 orang dan hasil kajian ini diproses dengan
menggunakan perisian Statistical Package for Social Science Version 15.0 for
Windows ( SPSS ). Hasil analisis menunjukkan tahap amalan elemen pengurusan
peperiksaan dan elemen kokurikulum di Sekolah Rendah Islam Hidayah berada pada
tahap tinggi. Penyelidik juga menyarankan cadangan untuk kajian lanjutan disertakan
untuk tujuan penambahbaikan.
vi
ABSTRACT
Sekolah Rendah Islam Hidayah is a private school under the network of
Sekolah Islam Hidayah which offers intergrated education with a combination of
both academic and Deeniah subject for its students. This research is conducted to
determine the level of implementation by the school examination management and
co-curicular management element. The numbers of respondent involved in the study
were 68. The data was analyzed using Statistical Package for Social Science Version
15.0 for Windows (SPSS). The result showed that the level of both the examination
and co-curriculur management was high. The suggestion for further research have
3.2 Pengambilan Data Dengan Cara Penskoran 40 3.3 Jadual Penentu Skor 40 3.4 Skala Pemeringkatan 43 3.5 Tahap Penilaian Aspek Berdasarkan Min 44 4.1 Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Jantina 47 4.2 Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Umur 48 4.3 Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut
Taraf Pendidikan 48
4.4 Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut
Tempoh Perkhidmatan 49
4.5 Kekerapan, Peratusan Dan Min Responden Dalam
Aspek Perancangan 51
4.6 Kekerapan, Peratusan Dan Min Responden Dalam
Aspek Pengurusan Peperiksaan Dalaman 53
4.7 Kekerapan, Peratusan Dan Min Responden Dalam
Aspek Pengurusan Peperiksaan Luar 54
4.8 Rumusan Dapatan Kajian Mengikut Aspek Kajian 55
xii
4.9 Kekerapan, Peratusan Dan Min Responden Dalam
Aspek Perancangan 57
4.10 Kekerapan, Peratusan Dan Min Responden Dalam
Aspek Pemantauan dan Penyeliaan Aktiviti 59
4.11 Kekerapan, Peratusan Dan Min Responden Dalam
Aspek Pengurusan Kawalan Khas 61
4.12 Rumusan Dapatan Kajian Mengikut Aspek Kajian 64
xiii
SENARAI RAJAH
RAJAH TAJUK MUKA SURAT 2.2 Konsep ISO 9000 20 2.3 Fasa Perlaksanaan Management by Objective (MBO) 28
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Soal Selidik 83 B Pengesahan Soal Selidik Projek Sarjana Muda 89 C Pengesahan Pelajar Menjalankan Kajian Bagi Projek
Sarjana Muda 91
D Nilai kebolehpercayaan (Alfa-Cronbach) bagi kajian rintis 93
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kualiti adalah isu yang kerap diperkatakan oleh setiap lapisan masyarakat
kini. Kualiti biasanya dipamerkan melalui kecekapan pentadbiran, kebolehan
kakitangan dan kelicinan sistem operasi.
Sistem pengurusan kualiti ialah siri prosedur, kawalan, sikap dan budaya
sesebuah agensi yang dapat menjamin secara berterusan setiap produk sama ada
dalam bentuk barangan ataupun perkhidmatan menepati ataupun melebihi mutu
yang digariskan. Melalui sistem ini setiap individu mestilah memahami apa yang
diharapkan, bagaimana untuk mencapainya di samping memilih yang mencukupi
untuk mencapainya. (Kassim Bin Muhammad dan Jamil Bin Shaari 1997) dalam
Edris Abu Bakar (2004).
Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kualiti pemimpin negara
adalah dilihat dari kebolehan mereka merangka strategi yang berkesan,
mengembeleng sumber yang terhad serta menerajui proses pemulihan. Manakala
kualiti sekolah pula adalah dilihat dari aspek pengurusan dan perkhidmatannya
bagi melahirkan output yang berkualiti.
Dalam matlamat pendidikan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan
merangkumi tujuan keseluruhan pendidikan Malaysia. Ia dinyatakan bahawa
pendidikan merupakan satu usaha yang berterusan.
2
“…untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat negara”
(Sumber Undang-Undang Malaysia, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
Secara khususnya, fungsi utama pengurusan sekolah ialah untuk
menguruskan polisi, pembelajaran, manusia dan sumber. Kefahaman tentang
tujuan pengurusan dalam konteks sekolah merupakan satu asas penting. Sekarang,
secara amnya, pemimpin sekolah mengembangkan penyataan visi dan misi (
matlamat dan objektif sekolah ) yang mengenal pasti tujuan dan hala tujuan
sekolah itu. Spinks (1990), mengenalpasti pengurangan bidang kuasa dan
penyeliaan prosedur sekolah telah menekankan keberkesanan persekolahan dan
dengan itu menentukan kejayaan dan kegagalan sekolah.
Dalam usaha mencapai dasar dan wawasan pendidikan, sesebuah sekolah
perlu mengatur dan mengawal faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti
perkhidmatannya seperti pentadbiran dan kemanusiaan. Kawalan ini perlu
berorientasikan pengurangan, pembasmian dan pencegahan kecacatan yang akan
wujud iaitu ’zero defect’.
1.2 Latar Belakang Masalah
Satu sistem pengurusan perlu diwujudkan dan dilaksana bagi memastikan
sekolah sentiasa mempertingkatkan standard pengurusan mereka. Sistem
pengurusan di sekolah akan menggunakan mekanisme kawalan luaran dan
kawalan dalaman. Pengurusan merupakan komponen terpenting bagi menjayakan
sesebuah sekolah selain daripada teknik pengajaran-pembelajaran yang berkesan
serta stail dan strategi pengurusan yang dinamik, cekap dan efisyen supaya
tercapai matlamat sekolah ( Kamaruddin Hj Kachar, 1989 ).
3
Pengurusan di sekolah boleh dilihat dari segi pengurusan kurikulum,
kokurikulum, hal-ehwal pelajar, staf atau kakitangan sekolah. Hernenlez (1993)
dalam Omardin Ashaari (2001) mengatakan bahawa pengurusan akan
menghasilkan output yang berkualiti. Konsep kualiti perlu diterapkan dalam
organisasi untuk menghasilkan pengurusan yang efisyen.
Standard Kualiti Institusi Pendidikan Swasta (SKIPS) adalah satu dokumen
yang menyatakan pengurusan yang perlu ada pada setiap sekolah swasta di
Malaysia. Dalam Standard Kualiti Institusi Pendidikan Swasta, terdapat enam
elemen yang dilihat iaitu pengurusan dan pentadbiran umum, pengurusan
kurikulum, pengurusan penilaian peperiksaan, pengurusan kesihatan dan
keselamatan sekolah, pengurusan disiplin dan pengurusan ko-kurikulum. Dalam
kajian ini, institusi pendidikan swasta yang telah dikaji ialah Sekolah Rendah
Islam Hidayah.
1.2.1 Latar Belakang Sekolah
Sekolah Rendah Islam Hidayah telah ditubuhkan sejak 1989 bermula
dengan 12 orang pelajar dan 4 orang guru di sebuah rumah teres kediaman di
Skudai, Johor Bahru. Pada tahun kedua ia beroprasi, pelajarnya telah meningkat
kepada 65 orang dan memaksa operasinya dipindahkan ke tempat lain di sebuah
rumah banglo di Taman Dawani, Senai, Johor. Permintaan yang semakin
meningkat telah mendesak pihak Lembaga Pemegang Amanah untuk
membesarkan sekolah dan beroperasi di tapak yang lebih sesuai.
Akhirnya, berkat bantuan orang ramai dari seluruh negara, serta
sumbangan tenaga sukarela yang tidak henti-henti, Sekolah Rendah Islam Hidayah
telah dapat membeli tanah 2.5 ekar dan mendirikan bangunan kayunya sendiri.
Pada tahun 1991, Sekolah Rendah Islam Hidayah telah berpindah ke tapak
tetapnya dengan tenaga pengajarnya ketika itu seramai 11 orang. Pelajar pula
ketika itu adalah seramai 87 orang. Sejak berpindah ke tapak tetap tersebut,
4
Sekolah Rendah Islam Hidayah semakin dikenali ramai dan menjadi antara pilihan
ibu bapa sekitar Johor Bahru dan Singapura untuk menghantar anak mereka bagi
mendapatkan pendidikan. Sehingga tahun 2000, pelajar Sekolah Rendah Islam
Hidayah telah bertambah pada kadar 37% setahun.
Sekolah Rendah Islam Hidayah adalah sekolah yang menawarkan
pendidikan bersepadu menggabungkan matapelajaran akademik KBSR dan
Deeniah. Ia beroperasi tanpa bantuan kewangan kerajaan sebaliknya semata-mata
bergantung kepada bantuan orang ramai dan bayaran yuran pelajar. Walau
bagaimanapun Sekolah Rendah Islam Hidayah tetap mendapat pengiktirafan
kerajaan apabila diterima pendaftarannya di bawah Kementerian Pelajaran dan
Majlis Agama Islam Johor. Sekolah Rendah Islam Hidayah telah diterima dalam
mengendalikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
Sekolah Rendah Islam Hidayah ditadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah
(BOT) yang didaftarkan di bawah pendaftar syarikat (ROC) atas nama Pusat
Pendidikan Hidayah Berhad (PPH), selaku pemilik kepada sekolah. PPH
didaftarkan sebagai ”non-profit making company”. BOT berperanan menentukan
dasar dan polisi Sekolah Islam Hidayah (SIH). Urusan pentadbiran harian sekolah
pula dikendalikan oleh Lembaga Pengelola Hidayah. Untuk tahun 2007, Sekolah
Rendah Islam Hidayah telah mengendalikan 30 kelas iaitu 5 kelas untuk setiap
tahun pembelajaran. Seramai 67 orang guru kini berkhidmat sepenuh masa
mendidik 980 orang pelajar dengan dibantu oleh 4 orang kakitangan sokongan.
1.2.2 Pengurusan Peperiksaan
Dalam proses pengurusan, sesebuah organisasi akan mengagih-agihkan
input sumber tenaga manusia dan peralatan. Pengagihan ini dilakukan melalui
aktiviti perancangan yang teliti, kawalan dan penilaian untuk tujuan mengeluarkan
hasil. Secara umumnya pengurusan merupakan suatu usaha untuk mencapai
produk yang berkualiti tinggi.
5
Di sekolah-sekolah sama ada peringkat menengah atau rendah, terdapat
dua kategori peperiksaan iaitu peperiksaan dalaman dan peperiksaan awam.
Peperiksaan dalaman merupakan peperiksaan di peringkat sekolah. Pihak sekolah
menyediakan soalan-soalan, pemeriksa-pemeriksa, menentukan tarikh, waktu dan
jenis peperiksaan yang hendak dijalankan.
Manakala peperiksaan awam, adalah peperiksaan yang dijalankan di
peringkat kebangsaan seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Penilaian Menengah
Rendah (PMR) bagi sekolah menengah dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah
(UPSR) bagi peringkat sekolah rendah. Calon-calon bagi peperiksaan awam ini
adalah terdiri daripada semua pelajar yang mengikuti tahap pengajian peperiksaan
tersebut. Peperiksaan ini dijalankan serentak dalam waktu yang sama di seluruh
negara dan dikenali sebagai peperiksaan tertutup ataupun luar yang bermakna
segala maklumat soalan adalah sulit sehingga selepas peperiksaan berlangsung.
Peperiksaan dapat mengukur kebolehan, bakat, tahap pencapaian dan
kemajuan pelajar dalam bidang akademik pada sesuatu peringkat pengajian
berasaskan kurikulum yang disediakan. Jika perlu, rancangan pengajaran
pemulihan dapat disusun untuk mengatasi kekurangan dalam pengajaran dan
pembelajaran dalam menuju ke arah kecemerlangan bidang akademik. Peperiksaan
dalaman merupakan perintis jalan dan menjurus kepada peperiksaan awam,
penyelenggaraanya juga hendaklah teratur dengan kemas dan teliti untuk
memastikan kelancaran pengurusannya.
Elemen pengurusan peperiksaan adalah di bawah pecahan organisasi
kurikulum Sekolah Rendah Islam Hidayah yang dikenali sebagai Unit Penilaian
dan Peperiksaan (PEP). Unit ini diketuai Pn. Nafizah Khairiah Bt. Kamaruddin
dan Pn. Rafidah Bt. Mad Jusah. Unit ini adalah penggerak utama dalam mengelola
sesuatu peperiksaan. Menurut Morphet, John dan Reller (1982), matlamat
sesebuah organisasi itu bukan untuk mengadakan keadaan yang mempertingkatkan
kecekapan pengurusan dan pentadbiran tetapi mengadakan keadaan yang dapat
mempertingkatkan kecekapan organisasi bagi mencapai matlamat.
6
1.2.3 Sistem Pentaksiran Pelajar Musleh (SPPM)
Sistem Pentaksiran Pelajar Musleh ialah pendekatan pentaksiran yang
mengambil kira manusia secara keseluruhan. Sistem ini mengintegrasikan
penilaian kognitif dengan pentaksiran aspek-aspek penghayatan Islam. Pelajar
ditaksirkan mengenai aspek ilmu, iman, akhlak, kemampuan dan ibadat khusus
yang dihayati dalam kehidupan seharian. Pentaksiran dibuat dengan menggunakan
pelbagai instrumen yang merangkumi senarai semak, amali dan perbincangan.
Proses menghasilkan pelbagai instrumen itu melibatkan pelajar, guru dan
pentadbir. Keberkesanan pentaksiran holistik seperti ini sudah tentu memerlukan
pemantauan dan pembaikan dari masa ke semasa dan memerlukan komitmen yang
tinggi serta keikhlasan guru, ibubapa dan pelajar.
Pendidikan yang kita perlu fahami adalah proses membentuk hati, jiwa,
akal dan peribadi ( El Muhammadi, 1987 ). Matlamatnya adalah untuk