PSZ 19 : 16 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦ JUDUL : MENINJAU TAHAP PENCAPAIAN KEMAHIRAN PROSES SAINS BERSEPADU DI KALANGAN PELAJAR KAUM IBAN TINGKATAN EMPAT DI EMPAT BUAH SEKOLAH MENENGAH DI BAHAGIAN SRI AMAN, SARAWAK. SESI PENGAJIAN : 2003 / 2004 Saya (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tanda ( √ ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat yang TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 15, JALAN BATANG LUPAR, 95000, SRI AMAN, SARAWAK. Nama Penyelia Tarikh: MAC 2004 Tarikh: MAC 2004 PROF. MADYA DR. MD. NOR BIN BAKAR √ GOH KAU HONG CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
24
Embed
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · psz 19 : 16 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: meninjau tahap pencapaian kemahiran proses sains bersepadu di
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
PSZ 19 : 16 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL : MENINJAU TAHAP PENCAPAIAN KEMAHIRAN PROSES SAINS
BERSEPADU DI KALANGAN PELAJAR KAUM IBAN TINGKATAN EMPAT DI EMPAT BUAH SEKOLAH MENENGAH DI BAHAGIAN SRI AMAN, SARAWAK.
SESI PENGAJIAN : 2003 / 2004 Saya
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi
pengajian tinggi. 4. ** Sila tanda ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat yang TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
Al Ta
√
GOH KAU HONG
CATA
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
amat Tetap: 15, JALAN BATANG LUPAR, 95000, SRI AMAN, SARAWAK.
rikh: MAC 2004
R
TAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD,
berkenaan dengan menyatakan sekaSULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagiatau disertai bagi pengajian secaraSarjana Muda (PSM).
PROF. MADYA DR. MD. NOR BIN BAKA
Nama Penyelia
Tarikh: MAC 2004
sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi li sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai
ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Pendidikan (Sains)”.
Tandatangan : …………………………………….
Nama Penyelia I : Profesor Madya Dr Md. Nor Bin
Bakar
Tarikh : 11 Mac 2004
MENINJAU TAHAP PENCAPAIAN KEMAHIRAN PROSES SAINS
BERSEPADU DI KALANGAN PELAJAR KAUM IBAN TINGKATAN
EMPAT DI EMPAT BUAH SEKOLAH MENENGAH DI BAHAGIAN SRI
AMAN, SARAWAK
GOH KAU HONG
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi
syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Pendidikan (SAINS)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MAC 2004
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan :
Nama Penulis : Goh Kau Hong
Tarikh : 17 FEBRUARI 2004
iii
Dedikasi
Untuk ibu dan ayah yang dikasihi.
Doa kalian amat kuhargai.
iv
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan
jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Profesor Madya Dr Mohamad Nor
bin Bakar selaku penyelia Projek Sarjana Muda ini. Segala bimbingan, tunjuk ajar
dan nasihat yang diberikan oleh beliau banyak membantu saya dalam menyiapkan
Projek Sarjana Muda ini. Beliau banyak menyampaikan ilmu dan maklumat
sepanjang Projek Sarjana Muda ini dijalankan.
Tidak lupa juga ribuan terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan
seperjuangan yang telah memberikan pandangan yang amat berharga sepanjang
kajian ini dijalankan.
Jutaan terima kasih juga disampaikan kepada guru-guru yang terlibat
dalam kajian ini. Kerjasama yang diberi telah membantu melancarkan kajian ini.
Perhargaan yang setinggi-tinggi juga tidak lupa ditujukan kepada kedua-
dua ibu bapa saya yang memberi sokongan sama ada dalam bentuk moral ataupun
kewangan kepada saya selama ini. Ucapan terima kasih juga disampaikan kepada
abang sepupu saya, Goh Kaw Sze yang banyak membantu saya dalam Projek
Sarjana Muda ini.
Akhir sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi perhargaan kepada
semua pihak dan individu yang telah sama-sama memberi sokongan dan bantuan
dalam apa juga bentuk sehingga sempurnanya Projek Sarjana Muda ini.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap pencapaian
kemahiran proses sains di kalangan pelajar sekolah menengah di Sri Aman,
Sarawak. Lima aspek kemahiran proses sains bersepadu telah diuji iaitu
mengawal pemboleh ubah, membuat hipotesis, mendefinisi secara operasi,
mereka bentuk kajian (mengeksperimen) dan mentaksir maklumat. Seramai 143
pelajar kaum Iban tingkatan empat telah dipilih dari empat buah sekolah.
Instrumen yang digunakan untuk menguji tahap pencapaian kemahiran proses
sains dalam kajian ini adalah Ujian Kemahiran Proses Sains Bersepadu yang
terdiri daripada 36 item. Kajian ini menggunakan instrumen yang diubahsuai oleh
Zurida Haji Ismail dan Ismail Jusoh daripada Test Of Integrated Process Skill
(TIPS) yang dibangunkan oleh Burns, Okey dan Wise (1985) dan berbentuk aneka
pilihan. Perisian Statistical Pakage For Social Science- versi 10 For Windows
(SPSS) digunakan untuk menentukan tahap kebolehpercayaan dan analisis data.
Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap pencapaian kemahiran proses sains
bersepadu keseluruhan ialah 39.44%. Dapatan kajian juga mendapati pencapaian
responden perempuan lebih baik daripada responden lelaki. Responden yang
penjaganya sebagai pengawai kerajaan/ swasta mempunyai tahap pencapaian yang
paling baik. Manakala responden yang penjaga sebagai buruh adalah paling lemah.
Kesimpulan yang boleh didapati melalui kajian ini menunjukkan bahawa tahap
pencapaian pelajar Iban Tingkatan Empat di kawasan kajian adalah lemah.
vi
ABSTRACT
The purpose of this research is to identify the achievement of the science
process skills among secondary school students at Sri Aman, Sarawak. Five
integrated science process skills were tested. These includes identifying variables,
identifying hypotheses, defining operationally, designing experiments and
graphing and interpreting data. About 143 form four Iban students from four
schools were chosen. A test on Science Process Skill which has 36 items was used
as the instrument for this research. The instrument chosen in this research was the
one which was modified by Zurida Haji Ismail and Ismail Jusoh from Test of
Integrated Process Skill (TIPS) developed by Burns, Okey and Wise (1985) and it
is in the multiple-choice format. Statistical Package for Social Science- vision 10
for Windows (SPSS) was used to calculate the reliability analysis and for data
analysis. The result obtained showed that the average achievement for all
integrated science process skills is 39.44%. The results also showed that average
achievement for female respondent is better than the male respondent. The
respondents who are under the custodian of government and private officers
shows the best achievement in science process skill. However the respondents
who are under the custodian of labours show the weakness achievement. As
compared to the overall result the achievement of science process skill among
students Iban form four in research place is still at a low level.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN PENYELIA
TAJUK
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SINGKATAN/ SIMBOL/ ISTILAH xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
1.3 Pernyataan Masalah 9
1.4 Persoalan Kajian 9
1.5 Objektif kajian 10
1.6 Kepentingan Kajian 10
1.7 Batasan Kajian 11
1.8 Definisi
1.8.1 Membuat Hipotesis 12
viii
1.8.2 Mendefinisi Secara Operasi 13
1.8.3 Mengeksperimen 13
1.8.4 Mengawal Pembolehubah 14
1.8.5 Mentafsir Maklumat 15
BAB 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 16
2.2 Perkembangan Kemahiran Proses Sains 16
2.3 Pencapaian Kemahiran Proses Sains
2.3.1 Pencapaian Kemahiran Proses Sains
Luar Negara 21
2.3.2 Pencapaian Kemahiran Proses Sains
Dalam Negara 24
2.4 Kesimpulan 31
BAB 3 METEDOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 32
3.2 Reka Bentuk Kajian 32
3.3 Populasi Kajian 33
3.3.1 Sampel Kajian 34
3.4 Instrumen Kajian 35
3.5 Masa Menjalankan Kajian 36
3.6 Prosedur Kajian 36
3.6.1 Mendapat Kebenaran 36
ix
3.6.2 Lawatan Ke Sekolah 37
3.6.3 Pemilihan Sampel 37
3.6.4 Ujian Kemahiran Proses Sains
Bersepadu 37
3.7 Pengumpulan Data 37
3.8 Cara Menganalisis Data 38
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 39
4.2 Analisis Data Dan Perbincangan
4.2.1 Latar Belakang Responden 40
4.2.1.1 Frekuensi Responden Mengikut Jantina 40
4.2.1.2 Frekuensi Responden Mengikut
Perkerjaan Ibu Bapa/ Penjaga 40
4.2.2 Pencapaian Secara Keseluruhan 41
4.2.2.1 Frekuensi Skor bagi Kemahiran Proses
Sains Bersepadu 41
4.2.2.2 Min Skor Bagi Kemahiran Proses sains
Bersepadu 44
4.2.3 Perbandingan Pencapaian Responden
4.2.3.1 Perbandingan Pencapaian Responden
Mengikut Jantina 44
4.2.3.2 Perbandingan Pencapaian Responden
Mengikut Pekerjaan Ibu Bapa/ Penjaga 45
x
BAB 5 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 47
5.2 Perbincangan 47
5.3 Rumusan 55
5.4 Kesimpulan 56
5.5 Implikasi kajian 56
5.6 Cadangan 58
5.7 Cadangan Kajian lanjutan 60
RUJUKAN 62-69 LAMPIRAN 70-72
xi
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.2.1 Penduduk mengikut kumpulan etnik pada 1871,
1947 dan 1960 di Sarawak. 6
1.2.2 Jumlah penduduk mengikut kaum yang terdapat di
Bahagian Sri Aman, Sarawak. 8
1.2.3 Peratusan pelajar yang mengambil matapelajaran
Sains tulen daripada jumlah pelajar yang
mengambil SPM di Bahagian Sri Aman, Sarawak. 9
3.3.2 Sekolah dan jumlah responden 34
4.2.1 Frekuensi responden mengikut jantina 40
4.2.2 Frekuensi responden mengikut pekerjaan ibu
bapa/ penjaga 41
4.2.3 Frekuensi skor bagi Kemahiran Proses Sains
Bersepadu 43
4.2.4 Min skor bagi Kemahiran Proses Sains
Bersepadu 44
4.2.5 Perbandingan pencapaian responden mengikut
jantina 45
4.2.6 Perbandingan pencapaian responden mengikut
Pekerjaan ibu bapa/ penjaga 46
xii
SENARAI SIMBOL
BSCS - Biological Science Curriculum Study
BSPS - Basic Science Process Skills
GALT - Group Assessment Of Thinking
IPS - Introductory Physical Science
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
KPS - Kemahiran Proses Sains
KPSB - Kemahiran Proses Sains Bersepadu
PEKA - Pentadbiran Elemen Kemahiran Amali
PKPG - Program Khas Pensiswazahan Guru
SCIS - Science Curriculum Improvement Study
S.M.K. - Sekolah Menengah Kerajaan
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SES - Sosia Ekonomi
TGOS - Test of Grapping in Science
TIPS - Test of Integrated Process Skills
TOLT - Test of Logical Thinking
TOSP - Test of Science Process
TSIS - Test of Science Inquiry Skills
UPM - Universiti Putra Malaysia
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Surat Kebenaran Menjalankan Kajian
Di Sekolah (Sarawak) 70
B Surat Kebenaran menjalankan kajian
Di Sekolah (Sri Aman) 72
1
Bab 1
Pendahuluan
1.1 Pengenalan
Pada 28 Februari 1991, pihak kerajaan Malaysia telah mengumumkan satu
rangka kerja rancangan pembangunan Malaysia untuk dicapai dalam tempoh masa
30 tahun yang akan datang iaitu wawasan 2020. Salah satu cabaran yang
termaktub dalam Wawasan 2020 ialah mewujudkan masyarakat Malaysia yang
berfikiran saintifik dan progresif agar dapat menyumbang kepada perkembangan
tamadun teknologi dan bukan sekadar pengguna teknologi.
Oleh yang demikian, kurikulum tradisi mata pelajaran sains yang terlalu
mementingkan fakta telah dirombak. Murid-murid yang dihasilkan daripada
kursus tradisi ini tidak mempunyai kefahaman tentang sains tetapi sekadar
mempunyai pengetahuan fakta yang luas. Kerja-kerja makmal dalam kurikulum
tersebut hanyalah menyediakan latihan untuk mengembangkan kemahiran
manipulatif dan bukan menyediakan latihan untuk pemikiran saintifik. Tegasnya,
kursus tradisi terlalu memberi penekanan kepada pengetahuan dan sangat kurang
memberi penekanan kepada proses. Kelemahan besar dalam pelajaran sains tradisi
adalah tidak menggambarkan ilmu sains seperti yang diamalkan oleh ahli-ahli
sains sama ada dari segi kandungan mahupun kaedah. Matlamat pengajaran dan
pembelajaran sains tradisi pula tidak dinyatakan dengan jelas dalam sukatan
pelajaran. Ia lebih bertujuan menyediakan murid-murid untuk sesuatu
2
peperiksaan. Kurikulumnya merupakan satu sukatan pelajaran yang
menyenaraikan isi kandungan yang perlu diajar, diikuti satu penerangan umum
tentang kerja amali (Tomy Subahan Mohd. Meerah,1999).
Demi mencapai hasrat yang dirangka oleh kerajaan, mutu pendidikan sains
negara perlu ditingkatkan dan diperbarui. Lantaran itu, mata pelajaran sains telah
diperkenalkan sebagai satu mata pelajaran di Tahap II lagi iaitu dari Tahun 4 ke
Tahun 6 di semua sekolah rendah mulai sesi persekolahan Disember
1994, menggantikan mata pelajaran Alam dan Manusia. Pengenalan kurikulum
ini adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bermatlamat
untuk memupuk budaya sains dan teknologi serta perkembangan individu setiap
pelajar.
Sementara itu, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah
diperkemaskan dari masa ke masa untuk memenuhi kehendak semasa. Kurikulum
Sains KBSM digubal berdasarkan kepada tiga perkara penting mengenai sains
iaitu sains sebagai satu bidang keilmuan untuk memahami alam bagi
kesejahteraan manusia dan perkembangan diri. Oleh itu kandungan kurikulum
sains disusun mengikut pendekatan yang menyepadukan ketiga-tiga aspek
berkenaan. Kandungan sains yang dirancangkan merangkumi konsep dan prinsip
sains, penggunaannya nilai murni masyarakat Melayu dan kemahiran saintifik
untuk mengkaji alam sebagai satu kajian empirikal (Aziz bin Nordin, Mohamed
Hussain bin Ibrahim, Abu bakar bin Haji Hashim dan Kamal Basha bin Madarsha,
1989).
Demi mencapai objektif dirancang dalam KBSM, strategi pengajaran dan
pembelajaran KBSM telah mengambil inipati daripada falsafah “saya dengar, saya