PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: HUBUNGAN PENGHARGAAN KENDIRI DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR TAHUN AKHIR JURUSAN KIMIA DI FAKULTI PENDIDIKAN SESI PENGAJIAN: 2005/2006 SESI II Saya SITI MARIAM BINTI MOHAMED (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana /Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: NO 458, BLOK 19, EN. JAMALUDIN BIN RAMLI FELDA KERATONG 2, Nama Penyelia BDR TUN RAZAK PAHANG DARUL MAKMUR Tarikh: 21 APRIL 2006 Tarikh: 21 APRIL 2006 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
24
Embed
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: hubungan penghargaan kendiri dengan pencapaian akademik
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: HUBUNGAN PENGHARGAAN KENDIRI DENGAN PENCAPAIAN
AKADEMIK PELAJAR TAHUN AKHIR JURUSAN KIMIA DI FAKULTI PENDIDIKAN
SESI PENGAJIAN: 2005/2006 SESI II
Saya SITI MARIAM BINTI MOHAMED
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
NO 458, BLOK 19, EN. JAMALUDIN BIN RAMLI FELDA KERATONG 2, Nama Penyelia BDR TUN RAZAK PAHANG DARUL MAKMUR
Tarikh: 21 APRIL 2006 Tarikh: 21 APRIL 2006
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
HUBUNGAN PENGHARGAAN KENDIRI DENGAN PENCAPAIAN
AKADEMIK PELAJAR TAHUN AKHIR JURUSAN KIMIA DI FAKULTI
PENDIDIKAN
SITI MARIAM BINTI MOHAMED
Laporan projek ini dikemukakan
Sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan
(Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2006
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukil dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ______________________
Nama Penulis : SITI MARIAM BINTI MOHAMED
Date : 21 APRIL 2006
iii
Dedikasi khas buat
Suami yang tercinta di atas sokongan, bantuan dan sentiasa memahami
serta
Ibu serta keluarga di atas galakan, kasih sayang dan didikan yang diberikan.
iv
PENGHARGAAN
Setinggi kesyukuran atas rahmat dan izinNya dapat juga saya menyelesaikan
penulisan bagi tesis sarjana muda ini, Alhamdulillah.
Saya juga ingin mengucapkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat
En Jamaludin Ramli yang bertindak selaku penyelia kerana memberikan panduan,
tunjuk ajar dan galakan sepanjang menjalankan penyelidikan ini.
Ucapan terima kasih juga buat sahabat yang banyak membantu iaitu Idayati
binti Harun atas sokongan dan bantuan yang diberikan. Tidak terkecuali individu-
individu lain yang berada disekeliling atas doa dan peringatan yang diberikan.
Terima kasih.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan di antara penghargaan kendiri
dengan pencapaian akademik pelajar. Seramai 80 orang pelajar dari jurusan kimia,
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor telah terlibat
dalam kajian ini. Alat kajian yang digunakan untuk mengukur tahap penghargaan
kendiri pelajar ini diubah suai dari soal selidik ujian yang dinamakan 'Ujian
Penghargaan Kendiri'. Ia mengandungi 42 item dan setiap satunya dinilai
menggunakan Skala Likert. Dalam kajian ini, pencapaian akademik adalah
berdasarkan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK). Nilai kebolehpercayaan bagi
item penghargaan kendiri adalah; a = 0.93. Analisis data dijalankan secara statistik
deskriptif dan inferensi. Secara keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan min
tertinggi adalah dari aspek kebolehan iaitu 3.78. Hasil kajian juga menunjukkan
terdapat hubungan yang signifikan di antara aspek penerimaan diri, pembelajaran dan
pencapaian dengan pencapaian akademik manakala tidak terdapat hubungan yang
signifikan di antara aspek kebolehan dengan pencapaian akademik responden.
vi
ABSTRACT
This research emphasis on studies between self esteem and students academic
achievement. Eighty respondents from chemical education in Faculty of Education,
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johore take part in the survey. The
researcher uses a new modified instrument so called "Self Esteem Test" obtained
from conventional self esteem questionnaire to study the level of self esteem. It
consist of 42 questions and each of the question was validate using Likert Scale. In
this research, the students academic achievements were based from current
Cumulative Point Average (CPA). Self esteem instrument gives high reliability value
with a = 0.93 and the data had been analyzed using descriptive statistic and
inferency. From the result obtained, the highest mean value was from ability aspect
with 3.78. The result also reflect a significant correlation between self acceptance,
learning and achievement aspect with the academic achievement. Nevertheless there
was no significant correlation between respondents ability and their academic
achievement.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 8
` 1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Hipotesis Kajian 9
1.7. Kepentingan Kajian 10
viii
1.8 Skop Kajian 11
1.9 Terminologi 12
1.9.1 Penghargaan Kendiri 12
1.9.2 Pencapaian Akademik 12
1.9.3 Pelajar 13
1.9.4 Jurusan Kimia 13
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Teori 15
2.3 Kajian-kajian Lepas 18
2.3.1 Kajian Dalam Negara 18
2.3.2 Kajian Luar Negara 19
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 22
3.2 Rekabentuk Kajian 22
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 23
3.4 Lokasi Kajian 24
3.5 Instrumen Kajian 25
3.5.1 Bahagian A – Demografi 25
3.5.2 Bahagian B – Penghargaan Kendiri 25
3.6 Prosedur Kajian 27
3.7 Kajian Rintis 27
3.8 Analisis Data 28
ix
BAB 4 ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN
4.1 Pengenalan 32
4.2 Analisis Data Latar Belakang Responden 33
4.2.1 Analisis Data Latar Belakang Responden 33
Mengikut Jantina
4.2.2 Analisis Data Latar Belakang Responden 34
Mengikut Umur
4.2.3 Analisis Data Latar Belakang Responden 34
Mengikut Kursus
4.2.4 Analisis Data Latar Belakang Responden 35
Mengikut Pencapaian Akademik
4.3 Analisis Data Item item Persoalan Kajian 36
4.3.1 Analisis Data Item-item Penghargaan 36
Kendiri bagi Aspek Penerimaan Diri
4.3.2 Analisis Data Item-item Penghargaan 40
Kendiri bagi Aspek Kebolehan
4.3.3 Analisis Data Item-item Penghargaan 42
Kendiri bagi Aspek Pembelajaran
4.3.4 Analisis Data Item-item Penghargaan 45
Kendiri bagi Aspek Pencapaian
4.4 Rumusan dan Analisis Data Hubungan 47
Penghargaan Kendiri Dengan Pencapaian
Akademik
4.4.1 Analisis Korelasi Aspek Penerimaan Diri 48
Dengan Pencapaian Akademik
4.4.2 Analisis Korelasi Aspek Kebolehan 49
Dengan Pencapaian Akademik
x
4.4.3 Analisis Korelasi Aspek Penerimaan Diri 49
Dengan Pencapaian Akademik
4.4.4 Analisis Korelasi Aspek Penerimaan Diri 50
Dengan Pencapaian Akademik
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 52
5.2 Perbincangan dan Rumusan 52
5.2.1 Adakah terdapat hubungan yang signifikan 53
antara penghargaan kendiri aspek penerimaan
diri dengan pencapaian akademik pelajar
5.2.2 Adakah terdapat hubungan yang signifikan 54
antara penghargaan kendiri aspek kebolehan
dengan pencapaian akademik pelajar
5.2.3 Adakah terdapat hubungan yang signifikan 55
antara penghargaan kendiri aspek pembelajaran
dengan pencapaian akademik pelajar
5.2.4 Adakah terdapat hubungan yang signifikan 56
antara penghargaan kendiri aspek pencapaian
dengan pencapaian akademik pelajar
5.3 Implikasi Kajian 58
5.4 Cadangan Tindakan 60
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 61
5.6 Kesimpulan 62
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
xi
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKASURAT
3.1 Senarai nombor soalan bagi setiap aspek 26
penghargaan kendiri
3.2 Senarai nombor soalan bagi jenis setiap jenis item 26
3.3 Pemberian skor bagi item pencapaian akademik 29
berdasarkan nilai CPA
3.4 Pemberian skor bagi item penghargaan kendiri 29
berdasarkan Skala Likert
3.5 Nilai skor min 30
3.6 Klasifikasi kekuatan korelasi 30
3.7 Penentuan hipotesis nol berdasarkan nilai signifikan 31
4.1 Taburan kekerapan dan peratus bagi jantina responden 33
4.2 Taburan kekerapan dan peratus bagi umur reponden 34
4.3 Taburan kekerapan dan peratus bagi kursus yang diikuti 34
oleh responden
4.4 Taburan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai 35
bagi pencapaian akademik responden
4.5 Taburan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai 36
bagi aspek penerimaan diri
4.6 Taburan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai 40
bagi aspek kebolehan
xii
4.7 Taburan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai 42
bagi aspek pembelajaran
4.8 Taburan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai 45
bagi aspek pencapaian
4.9 Korelasi antara penghargaan kendiri aspek penerimaan diri 48
dengan pencapaian akademik
4.10 Korelasi antara penghargaan kendiri aspek kebolehan 49
dengan pencapaian akademik
4.11 Korelasi antara penghargaan kendiri aspek pembelajaran 49
dengan pencapaian akademik
4.12 Korelasi antara penghargaan kendiri aspek pencapaian 50
dengan pencapaian akademik
xiii
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK MUKASURAT
2.1 Hierarki Keperluan Maslow 17
xiv
SENARAI SINGKATAN
CPA - Cummulative Point Average
PA - Pencapaian Akademik
PK - Penghargaan Kendiri
PK2 - Penghargaan Kendiri Aspek Kebolehan
PK3 - Penghargaan Kendiri Aspek Pembelajaran
PK4 - Penghargaan Kendiri Aspek Pencapaian
PKI - Penghargaan Kendiri Aspek Penerimaan Diri
PNGK - Purata Nilai Gred Keseluruhan
S - Setuju
SP - Sisihan Piawai
SPC - Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Kimia
SPK - Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta
Pendidikan Kimia
SPSS - Statistical Package for the Social Science
SS - Sangat Setuju
STS - Sangat Tidak Setuju
TP - Tidak Pasti
TS - Tidak Setuju
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pencapaian pelajar di universiti merupakan agenda utama yang sering menjadi
matlamat oleh pensyarah khususnya. Bagi mencapai tujuan ini, pelbagai kaedah dan
rancangan dilaksanakan bagi mempertingkatkan pencapaian akademik pelajar. Ini
kerana kecemerlangan seseorang itu tidaklah semata-mata bergantung kepada anugerah
akal yang dikurniakan tetapi juga berpunca daripada kesungguhan dan beberapa faktor
persekitaran.
Menyedari tentang hakikat ini, beberapa individu telah membuat tinjauan dan
kajian bagi mengenalpasti apakah masalah ataupun kekangan yang dihadapi oleh pelajar
yang sedikit sebanyak turut sama mempengaruhi pencapaian akademik mereka. Antara
faktor yang telah dikenalpasti adalah tahap penghargaan kendiri pelajar itu sendiri.
2
Torres & Fernandez, (1995) menyatakan bahawa terdapat hubungan antara
penghargaan kendiri dan masalah kesihatan sosial remaja dan kanak-kanak. Kajian
tersebut juga menjelaskan bahawa individu yang rendah penghargaan kendiri akan
mempunyai masalah personaliti dan memberi kesan kepada prestasi kerja dan akademik
pelajar.
Penghargaan kendiri adalah suatu bidang psikologi yang menumpukan kepada
perasaan dan penilaian diri serta tahap kepuasan individu. Terdapat beberapa komponen
di dalam mengertikan konsep kendiri pertamanya ialah elemen kognitif iaitu ciri-ciri
individu secara deskriptif seperti kuasa dan keyakinan. Keduanya ialah darjah positif
dan negatif seperti tinggi atau rendahnya penghargaan kendiri. Manakala yang ketiganya
adalah penilaian berdasarkan kepada piawaian yang ideal seperti, apakah yang boleh
dilakukan oleh pelajar yang telah tamat sekolah. (Mecca, Smelser & Vasconcellos,
1989).
1.2 Latar Belakang Masalah
Psikologi sosial merupakan sebahagian dari bidang psikologi yang yang
menumpukan perhatian kepada tingkah laku sosial manusia. Secara umumnya ahli
psikologi sosial lebih menumpukan perhatian kepada usaha untuk memahami tingkah
laku manusia dalam konteks sosial. Tumpuan utama bidang ini ialah untuk mamahami
mengapa dan bagaimana manusia bertingkah laku, berfikir dan merasa di dalam situasi
yang melibatkan kehadiran orang lain samada secara nyata atau secara simbolik. Dengan
melihat kepada tumpuan ini, maka definisi kerja bidang psikologi sosial ialah bidang
saintifik yang cuba memahami sifat dan sebab manusia bertingkah laku dalam situasi
sosial. (Baron, Byrne & Suls, 1989).
3
Konsep kendiri merupakan antara salah satu cabang dalam psikologi sosial. Ia
telah diperkenakan oleh William James (Deaux & Wrightsman, 1988). James
menyifatkan kendiri sebagai “saya” atau “aku”. Ia dilihat dari perspektif yang luas dan
meliputi tubuh badan, pemikiran, pakaian, tempat tinggal, isteri, anak-anak, kawan-
kawan, nenek moyang, reputasi, taraf pendidikan dan perkara-perkara yang berkaitan
dengan diri sendiri. James juga mempercayai pengalaman kendiri ini merupakan
pengalaman sosial di mana identiti individu bergantung kepada perhubungannya dengan
orang lain. Kesemua perkara in merupakan sebahagian daripada diri yang dikenali
sebagai konsep kendiri. Konsep kendiri merupakan identiti diri dan ia mempengaruhi
diri dengan persekitaran sosial. Di dalam membahaskan tentang perkara ini, skopnya
diperkecilkan lagi kepada penghagaan kendiri yang merupakan antara elemen utama
yang terdapat dalam konsep kendiri ini.
Penghargaan kendiri setiap individu terbina dan berkembang melalui kehidupan
dengan pembinaan imej diri berdasarkan pengalaman bersama masyarakat dan aktiviti-
aktiviti yang berbeza. Pengalaman ketika kanak-kanak memainkan peranan yang besar
dalam membentuk penghargaan kendiri asas masing-masing. Ketika membesar,
kejayaan (dan kagagalan) serta bagaimana kita diperlakukan oleh ahli keluarga, guru,
jurulatih, peraturan dalam beragama juga rakan sebaya, segalanya menyumbang kepada
pembentukan penghargaan kendiri asas.
Harris Clemes, (1992) mendefinisikan penghargaan kendiri sebagai kesedaran
tentang nilai diri. Ia bermula dengan semua tanggapan, perasaan, dan pengalaman yang
telah dikumpulkan tentang diri sendiri melalui kehidupan.
Connie Podesta, (1990) pula menyatakan bahawa penghargaan kendiri itu
mempunyai tiga aspek penilaian. Pertamanya bagaimana seseorang beranggapan
4
tentang dirinya, kedua sejauah mana seseorang itu menyukai dirinya sendiri dan ketiga
ialah mengenai jumlah ataupun nilai keyakinan yang dimiliki oleh seseorang.
“ Appreciating my own worth and importance and having the character to be
accountable for my self and to act responsibly toward others.
(Connie Podesta,1990)
Menurut Nathaniel Brandon, (1983), penghargaan kendiri adalah penilaian yang
dibuat oleh akal fikiran, kesedaran dan dalam bentuk pancaindera. Ia bukanlah suatu
penilaian mengenai kejayaan atau kegagalan tertentu, bukan juga suatu penilaian tentang
ilmu pengetahuan dan kemahiran, tetapi adalah sejauah mana seseorang itu berasa yakin
dengan dirinya pada tahap asas. Individu ini juga berkemampuan untuk berada dalam
situasi sosial yang tertentu tanpa perasaan ragu-ragu dan merasa selamat.
Penghargaan kendiri dapat dilihat berdasarkan dua dimensi, iaitu dimensi rendah
dan tinggi. Penghargaan kendiri yang rendah boleh mengakibatka pelbagai bentuk
masalah tingkah laku contohnya takut kepada kegagalan, sering merasa bimbang dan
cepat berkecil hati, ada kaitan dengan pencapaian akademik yang rendah, kurang
keyakinan dan kebolehan untuk membuat tugasan yang lebih mencabar serta kurang
berminat untuk mendapatkan maklumbalas. Orang sebegini selalunya tidak berasa selesa
dengan diri mereka dan kerap kali kurang yakin dengan diri sendiri. Manakala bagi
penghargaan kendiri tinggi pula, lazimnya mereka berasa senang dengan diri mereka
sendiri, rasa dapat mempengaruhi persekitaran, berasa bangga dengan perlakuan sendiri,
pencapaian gred yang tinggi & lebih bersedia menerima risiko.
Pelajar yang mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi merupakan pelajar
yang berminat dan bermotivasi untuk belajar serta mempunyai matlamat kerjaya untuk
masa hadapan. Pelajar juga melihat diri mereka sebagai orang yang berkebolehan dan
mahukan kepuasan dalam membuat keputusan kerjaya.
5
Pelajar yang mempunyai penghargaan kendiri yang rendah sentiasa bimbang,
merasa sunyi dan boleh menjurus kepada kemurungan. Ini kemudiannya boleh
mendatangkan masalah kepada perhubungan dengan rakan-rakan serta turut sama
mempengaruhi pencapaiannya.
Terdapat sebilangan pelajar yang amat lemah pencapaian akademiknya di
institusi pengajian masing-masing. Ia mungkin disebabkan oleh beberapa faktor dalaman
dan luaran yang di alami. Contoh faktor luaran adalah seperti persekitaran keluarga,
guru dan rakan sebaya. Manakala contoh bagi faktor dalaman pula adalah seperti
kepercayaan, amalan,agama, keterampilan peribadi dan pencapaian.
Kesemua faktor yang telah dinyatakan di atas merupakan antara faktor yang
mempengaruhi penghargaan kendiri seseorang. Penghargaan kendiri boleh ditakrifkan
sebagai penilaian menyeluruh diri sendiri secara positif ataupun negatif. Berdasarkan
kajian yang telah dijalankan didapati kebanyakan individu melihat dirinya secara positif
hampir pada setiap masa. Penghargaan kendiri yang mempamerkan tahap yang stabil
sebenarnya hanyalah bersifat sementara . Ia juga dapat dipengaruhi oleh peristiwa-
peristiwa tertentu. Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu gagal dalam peperiksaan,
kegagalan itu akan melahirkan persepsi negatif terhadap diri sendiri. Berbeza pula jika
seseorang itu berjaya dalam peperiksaan, maka secara tidak langsung akan melahirkan
penghargaan kendiri yang positif sekaligus mempertingkatkan harga diri.
6
1.3 Penyataan Masalah
Di dalam merangka perkembangan pendidikan, pelbagai aspek penting telah
dititik beratkan oleh pihak kerajaan. Dasar pendidikan negara yang berakar umbikan
Falsafah Pendidikan Negara telah menggariskan beberapa aspek penting yang harus
diraih oleh pelajar bagi mencapai kestabilan dan keseimbangan dari sudut jasmani,
emosi, rohani dan intelektual. Menyedari situasi ini penyelidik telah memilih untuk
membuat kajian berkenaan aspek emosi tersebut dengan menilainya dari perspektif
penghargaan kendiri pelajar.
Ranjit Singh Malhi (1997), di dalam bukunya menulis bahawa penghargaan
kendiri adalah suatu fenomena subjektif. Ia merupakan tanggapan individu tentang nilai
diri berasaskan kepercayaan dalaman; mesej yang diterima daripada “orang lain”
signifikan seperti ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan sebaya serta pencapaian peribadi
dalam kehidupan. Harga diri ini boleh diukur melalui bagaimana seseorang itu
bertindak.
Keperluan terhadap aspek penghargaan kendiri ini amat penting sehingga ia telah
disertakan oleh Maslow sebagai salah satu keperluan di dalam lima teori yang telah
digariskannya. Keperluan ini menghendaki seseorang itu menghormati dirinya sendiri,
mendapatkan hormat kendiri serta penghargaan daripada orang lain dan dapat
menghormati orang lain.
7
Selain itu, di dalam Al-Quran turut sama memperingatkan akan kepentingan nilai
penghargaan kendiri ini. Allah berfirman yang bermaksud :
“ Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia itu dengan sebaik-baiknya. Kemudian
kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya. Kecuali orang-orang yang
beriman dan mengerjakan amal soleh; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-
putus.
(Surah At Tiin ayat 4-6 )
Berdasarkan ayat di atas, jelaslah bahawa seseorang itu telah dikurniakan oleh
Allah dengan sebaik-baik penciptaan. Namun, oleh kerana kelemahan dan kesukaran
hidup yang dialami menyebabkan mereka kemudiannya hilang anugerah tersebut. Ini
jelas membuktikan bahawa harga diri seseorang berubah-ubah mengikut keadaan dan
masa. Namun, ia juga menunjukkan bahawa ia boleh dipelajari dan dipertingkatkan
dalam suatu jangkamasa.
Terdapat beberapa aspek yang terkandung dalam penghargaan kendiri yang telah
dikenalpasti oleh penyelidik antaranya ialah penerimaan diri, kebolehan, pembelajaran
dan pencapaian. Aspek yang dinyatakan berkemungkinan menyumbang dan
memberikan kesan ke atas pencapaian akademik pelajar. Sehubungan itu, penyelidik
ingin mencari hubungan yang mungkin wujud di antara kedua-dua pembolehubah.
Pembolehubah bersandar diwakili oleh pencapaian akademik manakala pembolehubah
tidak bersandar diwakili oleh penghargaan kendiri.
8
1.4 Objektif kajian
.
Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk melihat hubungan diantara
penghargaan kendiri dengan pencapaian akademik pelajar yang mengambil jurusan
kimia di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Fokus utama penyelidik
adalah mengenai perkara-perkara berikut:-
i. Mengenalpasti tahap penghargaan kendiri pelajar dalam aspek penerimaan diri,
kebolehan, pembelajaran dan pencapaian
ii. Mengenalpasti tahap pencapaian akademik pelajar
iii. Mengenalpasti hubungan antara penghargaan kendiri aspek penerimaan diri
dengan pencapaian akademik pelajar
iv. Mengenalpasti hubungan antara penghargaan kendiri aspek kebolehan dengan
pencapaian akademik pelajar
v. Mengenalpasti hubungan antara penghargaan kendiri aspek pembelajaran dengan
pencapaian akademik pelajar
vi. Mengenalpasti hubungan antara penghargaan kendiri aspek pencapaian dengan
pencapaian akademik pelajar
1.5 Persoalan kajian
Menurut Abd. Majid (2000), persoalan kajian merupakan saranan sementara
yang menjelaskan sesuatu fenomena yang dikaji sebagai penyelesaian masalah. Justeru
itu, persoalan-persoalan dalam kajian ini adalah :-
9
i. Apakah tahap penghargaan kendiri pelajar dalam aspek penerimaan diri,
kebolehan, pembelajaran dan pencapaian?
ii. Apakah tahap pencapaian akademik pelajar?
iii. Adakah terdapat hubungan antara penghargaan kendiri aspek penerimaan diri
dengan pencapaian akademik pelajar?
iv. Adakah terdapat hubungan antara penghargaan kendiri aspek kebolehan dengan
pencapaian akademik pelajar?
v. Adakah terdapat hubungan antara penghargaan kendiri aspek pembelajaran
dengan pencapaian akademik pelajar?
vi. Adakah terdapat hubungan antara penghargaan kendiri aspek pencapaian dengan