1.0 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUAmat Juhari Moain
(2006:27) menyatakan bahawa terdapat 5 zaman perkembangan bahasa
Melayu.Peluasan bahasa Melayu ini berkembang dan tersebar secara
berperingkat-peringkat iaitu dari zaman ke zaman.Lima zaman
tersebut adalah zaman bahasa Melayu Purba, Melayu Kuno, Melayu
Klasik, Melayu Pramoden dan Melayu Moden. Oleh itu dapatlah
dikatakan bahawa berdasarkan pengklasifikasi zaman-zaman
perkembangan bahasa Melayu ini telah membuktikan bahawa bahasa
Melayu itu berkembang dan mempunyai sejarah penyebarannya.1.1 Zaman
Bahasa Melayu PurbaBahasa Melayu Purba ialah bahasa Melayu yang
wujud pada zaman prasejarah.Bahasa Melayu ini di namakan sedemikian
kerana tidak ada sejarah bertulis pada masa itu.Manakala menurut
Asmah Haji Omar, BahasaMelayuPurbadipercayaidituturkan olehkelompok
orang Melayu Deutro. Mereka menggunakan bahasa ini dalam bentuk
lisan. Oleh itu Bahasa Melayu Purba tidak wujud dalam bentuk
tulisan.
1.2 Zaman Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu kuno digunakan pada
abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya. Pada
masa kegemilangannya itu, bahasa Melayu kuno telah menjadilingua
francadan bahasa pentadbiran dalam kerajaan Sriwijaya.Bahasa Melayu
Kuno diterima ramai keranaterdapat beberapa ciri yang boleh
diterima oleh orang ramai. Antaranya ialah bersifat sederhana dan
mudah menerima pengaruh luar. Bahasa Melayu Kuno juga dikatakan
tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat. Sehubungan
itu, bahasa Melayu Konu juga mempunyai sistem yang lebih mudah
berbandingbahasa Jawa.Terdapat juga teori yang mengkatakan bahawa
berlakunya perkembangan bahasa Melayu iaitu bahasa Melayu
Purbamenjadi bahasa Melayu Kuno adalah melalui aktiviti
perdagangan.Buktinya ialah pada abad pertama, barulah pedagang dari
India belayar ke timur menuju Tiongkok dan pedagang Tiongkok pula
belayar ke barat menuju India. Pelayaran dua hala ini mengharuskan
mereka melalui Selat Melaka. Lama-kelamaan pelabuhan yang ada di
Kepulauan Melayu ini bukan sahaja sebagai tempat persinggahan
tetapi menjadi tempat perdagangan pedagang India dan Tiongkok
seperti yang telah dirintis lebih awal oleh pedagang Arab.Di
samping itu juga para mubaligh terutama mubaligh India turut datang
ke Kepulauan Melayu ini untuk menyebarkan agama Hindu. Kedatangan
para pedagang dan penyebar agama ini mengakibatkan bahasa Melayu
Purba mendapat pengaruh baru. Bahasa Melayu Purba ini kemudian
dinamai sebagai bahasa Melayu Kuno.Oleh sebab agama Hindu menjadi
pegangan orang Melayu pada ketika itu,maka bahasa Melayu banyak
dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit yang menyumbang kepada
pengayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa
Melayu. Bahasa Sanskrit dianggap sebagai bahasa sarjana dan
digunakan oleh golongan bangsawan. Bahasa Melayu juga mudah
dilentur mengikut keadaan dan keperluan.
1.2.1 Pengaruh Bahasa Sanskrit dan Hindu dalam Bahasa Melayu
Kuno.Bahasa Melayu Kuno banyak dipengaruhi oleh sistembahasa
Sanskrit. Ini adalah kerana kebanyakan masyarakat Melayu ketika itu
beragama Hindu dan Bahasa Sanskrit telah menjadi bahasa bangsawan
dan mempunyai hierarki yang tinggi. Selain itu, sifat bahasa Melayu
yang mudah dilentur mengikut keadaan juga antara penyebab bahasa
asing seperti sanskrit diterima. Ini boleh dibuktikan daripada
pengaruh tulisan atau aksara Pallava dan Devanagari yang datang
dari India, kata-kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit,
rangkai-rangkai kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit dan
fonem-fonem Sanskrit.Kesan daripada bahasa sanskrit ini menyebabkan
penambahan kosa kata Bahasa Melayu Kuno. Contoh contoh perkataan
yang diambil daripada Bahasa Sanskrit adalah sepertisyukasyitta,
athava, karana, tatakaladan sebagainya. Bahasa Melayu Kuno tidak
mempunyai pengaruh Parsi atau Arab.
1.2.2 Penggunaan Bahasa Melayu KunoBukti penggunaan Bahasa
Melayu kuno boleh dilihat pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang
ditulis dengan huruf Pallava iaitu:
a. Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)b. Batu
bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M)c. Batu bersurat di
Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)d. Batu bersurat di Karang Brahi,
Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)
Tulisan di batu bersurat tersebut dibuat atas arahan raja
Srivijaya, sebuah kerajaan yang mempunyai empayar meliputi
Sumatera, Jawa, Semenanjung Tanah Melayu, Segenting Kra dan Sri
Lanka.Ini menunjukkan bahawa Bahasa Melayu telah digunakan sebagai
bahasa rasmi dan bahasa pentadbiran kerajaan Srivijaya, sekaligus
meluaskan penyebaran Bahasa Melayu ke tanah jajahan takluk kerajaan
Sriwijaya . Walaupun bahasa pada batu bersurat itu masih berbahasa
Sanskrit, akan tetapi masih terdapat pengaruh Bahasa Melayu Kuno di
dalamnya.
Istilah Melayutimbul buat pertama kali dalam tulisan Cina pada
tahun 644 dan 645 Masehi. Tulisan ini menyebut mengenai orang
Mo-Lo-Yueyang mengirimkan utusan ke Negeri China untuk
mempersembahkan hasil-hasil bumi keada Raja China. Letaknya
kerajaan Mo-Lo-Yueini tidak dapat dipastikan tetapi ada yang
mencatatkan di Semenanjung Tanah Melayu dan di Jambi,
Sumatera.Selain bukti penggunaan bahasa Melayu kuno di atas batu
bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf
Nagiri.Bahasa Melayu kuno mempunyai beberapa ciri iaitu:
a. Terdapat unsur-unsur pinjaman daripada bahasa Sanskrit.b.
Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan)c. Tidak
wujud bunyi e pepet (Contoh dengan - dngan atau dangan)d. Awalan
ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)e.
Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat -
niparwuat)f. Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th,
ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta)g. Huruf h hilang dalam bahasa
moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)
Batu Bersurat Talang Tuwo, bertarikh 606 Tahun Saka, bersamaan
dengan 684 M dan batu, Jawa Tengah yang bertarikh 832 Masihi
ditulis dalam huruf Nagiri.Ringkasnya, penemuan batu bersurat ini
membuktikan bahawa bahasa Melayu Kuno wujud dan digunakan oleh
masyarakat pada masa itu.1.2.3Ciri-Ciri Bahasa Melayu KunoBahasa
Melayu Kuno mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Beberapa kajian
telah dijalankan pada bahan bukti iaitu batu bersurat. Tulisan yang
terdapat pada batu bersurat tersebut telah dikaji dari aspek
bahasanya.Berdasarkan kajian tersebut,bahasa Melayu jelas
memperlihatkan pengaruh bahasa Sanskrit, terutama dari segi
kata-kata pinjaman. Hal ini terjadi kerana pada waktu itu bahasa
Melayu tidak mempunyai kata-kata yangsesuai untuk memperkatakan
perkara-perkara dan konsep-konsep baru yang dibawa dari kebudayaan
asing. Oleh itu bahasa Melayu terpaksa meminjam daripada bahasa
masyarakat yang membawa konsep-konsep baru itu.Contoh contoh
perkataan yang diambil daripada bahasa Sanskrit adalah seperti
syukasyitta, athava, karana, tatakala dan sebagainya.Bahasa Melayu
itu kebanyakannya ditulis oleh raja. Oleh itu dapat disimpulkan
bahawa bahasa Melayu kuno telah menjadi bahasa rasmi dan bahasa
untuk urusan pemerintahan di istana.Bahasa Melayu kuno jugatelah
tersebar luas dan berfungsi sebagai lingua franca.Selain itu bahasa
Melayu kuno juga bersifat kosmopolitan, kerana menerima pengaruh
dari luar terutamanya pengaruh bahasa Sanskrit.
1.3Definisi Bahasa Melayu KlasikTerdapat beberapa definisi yang
telah diutarakan oleh pengkaji bahasa .Antaranya ialahAsmah Hj.Omar
(1985:33), bahasa abad ketiga belas dan ketujuh belas itu dinamakan
bahasa Melayu Klasik.Menurut Ismail Hussein (1984:24), pembahagian
yang dibuat oleh adalah atas pertimbangan sejarah perkembangan
bahasa Melayu. Hal ini dapat dibahagikan mengikut zaman politik
Srivijaya, Majapahit, Melaka dan sebagainya.Pengaruh kebudayaan
seperti Hindu, Islam dan Baratatau mengikut zaman tulisan yang
digunakan seperti tulisan Melayu Kuno yang diambil dari India,
tulisan Arab dan akhir sekali tulisan Latin. Contohnya pada zaman
politik Srivijaya, masyarakatnya yang beragama Hindu dan Buddha
menggunakan tulisan yang dibawa dari India.Sasteranya dipenuhi
dengan cerita-cerita sastera India dan bahasa Melayunya dengan
pinjaman kata-kata Sanskrit.1.3.1 Sejarah Bahasa Melayu
KlasikDoktor Zaitul Azma telah mengatakan bahawa perkembangan
bahasa Melayu Klasik mempunyai perkaitandengan perkembangan karya
sastera.Perkembangan kesusasteraan memberikan gambaran
tentangsejarah silam sesuatu bangsa dari segi kebudayaan
dankeperibadian bangsa.Pada masa yang sama bahasa Melayu
Klasikdigunakan oleh pengarang untuk tujuan menghasilkan sesebuah
karya dalam bidang kesusasteraan, ketatanegaraan, kebudayaan,
kemasyarakatan dan keagamaan. Seiring dengan kemunculan bahasa
Melayu Klasik pengaruh Hindu dilihat mula hilang sedikit demi
sedikit sehinggalah ke abad ke-15.Bahasa Melayu Klasik mula
berkembang pada abad ke -13 dan ke -14. Buktinya ialah penemuan
beberapa buah prasasti. Ketika itu juga bahasa Melayu Klasik telah
digunakan sebagai lingua franca iaitu zaman kegemilangan kerajaan
Melayu Melaka. Penggunaan bahasa Melayu Klasik ini jelas dalam
aktiviit perdagangan dan penyebaran agama Islam.Bukti tentang
penyebaran agama Islam menggunakan bahasa Melayu Klasik adalah
penghasilan kitab-kitab agama. Antara kitab yang dihasilkan ialah
Furu Al-Masail oleh Syed Muhammad Daud Al-Fatani dan Sabil
Al-Muhtadin oleh Syed Muhammad Arsyad Al-Banjari.Kandungan
kitab-kitab iniadalahmengenai agama seperti al- Hadith, feqah,
tafsir al-quran, tasawuf di samping sejarah, hikayat, hal ehwal
haiwan, perdukunan, perubatan Melayu, bintang dua belas,
pentadbiran dan pemerintahan, falsafah dan pengembaraan.Oleh itu
dapat diringkaskan bahawa bahasa Melayu Klasik meluas penggunaannya
dalam kalangan orang bukan Melayu dari kelompok Asia dan juga dalam
kelompok orang Eropah serta Asia Barat yang datang ke Asia
Tenggara.1.3.2 Permulaan Zaman Bahasa Melayu KlasikMenurut Dr.
Zaitul Azma bt Zainon Hamzah, pada abad ke -13 pengaruh agama Islam
menjadi semakin dominan di Nusantara. Perkembangan agama Islam
membawa bersama-sama bahasa Arab.Pada masa ini memperlihatkan
kemasukan perkataan Arab dan tulisan Jawi yang menggunakan
huruf-huruf Arab. Secara ringkasnya evolusi tahap ketiga sedang
berlaku kepada bahasa Melayu. Bahasa Melayu berkembang dengan pesat
melalui penjaman perkataan Arab dan Parsi. Di samping itu, bahasa
Melayu juga mula berkembang dengan bahasa-bahasa dari Barat seperti
Portugis, Inggeris dan Belanda.Pendapat Ismail Hussein (1984:25),
bahasa Melayu Klasik bermula sekitar abad ke-13 dan ke-14. Tetapi
beliau menyebutnya sebagai zaman peralihan di seluruh kepulauan
Melayu dengan kedatangan agama Islam. Bukti konkrit tentang
bertapaknya Islam di Nusantara dari sudut sejarah diperoleh pada
tahun 1292 M sewaktu Marco Polo melawat Sumatera Utara dan
catatannya tentang pengislaman Pasai.Pada zaman peralihan dalam
abad ke-13 dan ke-14 telah dijumpai beberapa prasasti dalam bahasa
Melayu yang ditulis menggunakan huruf India tetapi bahasanya sudah
terdapat pengaruh bahasa Arab. Di sini bermulanya bahasa
MelayuKlasik.Pada masa yang sama bahasa Melayu Klasik bolehditandai
dengan kemunculan dan keagungan kerajaan Melayu Melaka. Bahasa
Melayu menjadi medium dalam pemerintahan, perhubungan, perdagangan
danpenyebaran agama Islam.Ketika itu juga bahasa Melayu mendapat
tulisan baru iaitu tulisan Jawi dengan meminjam dan menyesuaikan
abjad bahasa Arab. Sebelumnya, pada tahap bahasa Melayu Kuno,
bahasa Melayu menggunakan dua jenis tulisan, iaitutulisan rencong
dan lampung yang tidak terpengaruh oleh tulisan dari Indiawalaupun
bahasa Sanskrit sudah bertapak di Nusantara.Tulisan yang
disesuaikan dengan tulisan Pallava dan Nagiri seperti yangterdapat
pada batu-batu bersurat antara abad ke-7 hingga abad ke-14.1.3.3
Perkembangan Bahasa Melayu KlasikKedatangan pengaruh agama Islam
dan bahasa Arab telah menyebabkan bahasa Melayu melangkah setapak
lagi dengan satu lagi tulisan iaitu tulisan Jawi. Bahasa Melayu
Klasik mula pada abad ke-16 sampai pula pengaruh dari Barat dengan
kedatangan penjajah dari Eropah seperti Portugis, Belanda dan
Inggeris. Sekali lagi bahasa Melayu bertembung dengan bahasa dan
kebudayaan yang baru yang turut mempengaruhi bahasa Melayu.Amat
Juhari Moain ( 1992:1062)tulisan rumi mula digunakan dengan
penggunaan yang pertama dalam bahasa Melayu oleh David Barbosa pada
tahun 1516 Masihi setelah Melaka ditawan oleh Portugis.Kemudian
pada tahun 1521 Masihi seorang pengembara Itali, Antonio Pigfafetta
membuat catatan perkataan Melayu dalam tulisan rumi dengan
padanannya dalam bahasa Itali.Dengan senario itu, bahasa Melayu
Klasik mencakupi zaman antara abad ke-14 hingga abad ke-19, dengan
abad ke-12 dan ke-13 sebagai zaman peralihan antara tahap bahasa
Melayu Kuno dengan tahap bahasa Melayu Klasik.Bahasa Melayu Klasik
dapat disimpulkan sebagai bahasa yang digunakan dalam
kesusasteraan, pemerintahan dan undang-undang, agama, sejarah,
perdagangan, dan perhubunganiaitu budaya dan
kemasyarakatan.Ringkasnya kosa kata daripada bahasa Arab banyak
digunakan.Penggunaan bahasa Melayu dapat dilihat dalam beberapa
buah karya seperti Hikayat Raja-raja Pasai, Misa Melayu, Sejarah
Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Negeri Johor dan banyak lagi
karya yang ditulis dalam tulisan Jawi.1.3.4 Zaman Kegemilangan
Bahasa Melayu KlasikBerdasarkan bahan yang di akses, didapati ada
tiga zaman kegemilangan bahasa Melayu Klasik. Antaranya ialah zaman
kerajaan Melaka, Acheh dan zaman kerajaan Johor Riau. Ketika zaman
tersebut terdapat beberapa orang tokoh penulis. Buktinya ialah pada
zaman kerajaan Acheh. Antara tokoh penulis yang penting ialah
Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri
dan Abdul Rauf al-Singkel.1.3.5 Ciri-CiriBahasa Melayu KlasikDari
Wikipedia bahasa Melayu Klasik, telah menyatakan beberapa ciri-ciri
bahasa Melayu Klasik. Namun demikian ciri-ciri yang dinyatakan
adalah lebih mencirikan bahasa Melayu Klasik dari aspekperubahan
dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan. Antara ciri ciri
tersebut ialah ayat yang panjang, berulang, dan berbelit-belit.
Ayat yang digunakan kebanyakkannya ialahayat pasif dan
songsang.Ketika itu juga laras bahasa yang digunakan adalah
larasbahasa istana.Manakala terdapat perbezaan dalam
mengklasifikasi ciri-ciri bahasa Melayu Klasik bagi Dr.Zaitul Azma
bt Zainon Hamzah. Beliau telah membahagikan ciri tersebut kepada
beberapa aspek iaitu aspek sistem tulisan,kosa kata dan
tatabahasa.Dr. Zaitul Azama mengatakan bahawa dalam bahasa Melayu
Klasik terdapat penggunaan kata pangkal ayat yang agakkliseatau
usang. Penggunaan kata pangkal ayat ini agak meluas. Contoh kata
pangkaladalah seperti "syahadan", "maka", "alkisah", "hatta",
"arakian", "kata sahibul hikayat", "maka, tatkala" dan
"adapun.Kata-kata seperti itu bukan sahaja digunakan untuk
memulakan sesuatu perenggan, malah digunakan juga pada awal ayat
dalam perenggan. Penulisan dalam bahasa Melayu moden tidak
memperlihatkan penggunaan kata pangkal ayat yang sedemikian.
Manakala dari aspek struktur ayat pula, bahasa Melayu Klasikagak
berbeza dengan bahasa Melayu Kuno kerana struktur
ayatnyapanjang-panjang, berulang-ulang dan berbelit-belit.Terdapat
jugagabungan beberapa ayat tunggal yang dicantumkan dengan
menggunakan kata hubung yang tertentu, terutamanya "dan" dan "atau"
ataupun dengan menggunakan tanda koma dan tanda koma bertitik
sahaja. Contoh ayat bahasa Melayu Klasik seperti ayat berikutMaka
apabila dibawalah akan mereka itu ke penghadapan Tajul Muluk, demi
terpandang akan anak si peladang itu, mesralah ke dalam hatinya,
diberinya wang yang tiada berhisab banyaknya serta disuruh perbela
akan dia baik-baik.Dalam bahasa Melayu Klasik juga, terdapat
perubahan dari aspek bentuk ayat yang digunakan.Bentuk ayat yang
lebih lumrah digunakan ialah bentuk ayat pasif iaitu bentuk ayat
yang lebih mengutamakan objek pelaku atau subjek. Sebagai contoh,
Hatta datanglah kepada suatu hari maka Hamzah dan Umar Umayyah
dibawanyaolehKhoja Abdul Mutalib kepada mualim Selain itu, dalam
bahasa Melayu Klasik juga banyak menggunakan partikel pun dan
lah.Contoh perkataan yang digandingkan dengan partikel ialah
seperti adapun, bertitahlah dan berebutlah. Manakala contoh
penggunaan partikel dalam ayat pula ialah seperti berikut Maka
Bendahara pun hairanlah kalam raja seperti dikhatankan orang
rupanya dalam Sejarah Melayu.Sehubungan itu terdapat pengaruh
daripada beberapa bahasa lain dalam bahasa Melayu Klasik kerana di
kepulauan Melayu ketika itu bahasa Arab dan Sanskrit bertapak kukuh
lantaran aktiviti perdagangan dan penyebaran agama Islam.Contoh
penggunaan bahasaArab ialah Allah Taala, makhdum, mualim daulat,
wallahualam, takzim.Bagi bahasa Sanskrit pula ialah dosa,pahala dan
raja.Bahasa Melayu Klasik juga menerima fonem Arab seperti kh, dz,
dan sy. Contoh perkataan seperti khamis, zakat, syarat.Menurut
Dr.Zaitul Azma bt Zainon Hamzah,bahasa Melayu klasik lebih bersifat
"bahasa istana". Ini amat ketara dari segi penggunaan perkataan dan
sistem panggilannya.Contohnya ialahsembah, beta, titah, berangkat,
dan gering.Penggunaan ini adalahdisebabkan kebanyakan hasil
penulisan bahasa Melayu klasik adalah dalam bentuk karya sastera,
yang menceritakankisah dan peristiwa yang dialami oleh kalangan
raja di istana.Bahasa melayu Klasik juga lebih banyak
menggunakankiasan dan perbandingan serta penggunaan laras bahasa
puisi, seperti pantun, syair, seloka dan gurindam dalam karya
prosa.Buktinya ialahterdapat banyak dalamhikayat-hikayat Melayu
lama. Mungkin disebabkan oleh sifat sastera Melayu klasik itu
sendiri, yang pada asalnya dalam bentuk lisan dan penggunaan
unsur-unsur tersebut dikatakan dapat menghidupkan suasana
penceritaan.
1.4 Zaman Bahasa Melayu PramodenMenurut Amat Juhari dan Abdul
Rashid Melebek ( 2006 : 32 ), bahasa Melayu Pramoden bermula pada
abad ke -19. Buktinya ialah kedatangan pendatang luar ke Asia
Tenggara untuk menguasai Asia Tenggara.Pendatang bangsa baratini
bukan sahaja menguasai ekonomi tetapi politik. Bagi mengukuhkan
kedudukan di Tanah Melayu, mereka telah mengkaji bahasa dan budaya
pribumi. Hasil kajian ini telah mewujudkan pusat-pusat pengajian
tentang bahasa, sastera dan budaya pribumi terutama Melayu.
Manuskrip-manuskrip Melayu dan bahan-bahan tinggalan sejarah,budaya
dan sastera Melayu telah dikumpulkan di perpustakaan- perpustakaan
barat ini.Dalam masa yang sama,perkataan-perkataan daripada bahasa
barat seperti Inggeris dan Belanda mula meresap ke dalam bahasa
Melayu. Proses ini berlaku secara sedikit demi sedikit. Kesan
penyerapan bahasa ini telah mengakibatkan kegiatan penulisan Melayu
mula menggusur dari istana-istana raja seperti dalam zaman bahasa
Melayu Klasik ke dalam masyarakat umum.Dengan kata lain, kegiatan
penulisan dalam bahasa Melayu sudah mula memasyarakat dan
merakyat.Zaman bahasa Melayu Pramoden ini juga, terdapat banyak
hasil penulisan seperti buku Sejarah Melayu, Tajal- Salatin,
Hikayat Abdullah dan lain-lain.Selain itu, zaman ini turut mencetak
banyak kitab kitab agama di Asia Tenggara. Abdul Rashid Melebek
(2006 : 33 ) juga mengatakan bahawa berlakunya beberapa peristiwa
pada abad ke -19. Antaranya ialahpertembungan budaya Melayu dengan
Barat, perkembangan teknologi cetak ,serta perkembangan perhubungan
yang lebih mudah telah menjadikan bahasa Melayu terdedah kepada
pengaruh Barat.Oleh yang demikian,perkembangan ini bagaikan wahana
yang menyebabkan bahasa Melayu diresapi oleh unsur-unsur Barat
sehingga berlaku beberapa perubahan pada bahasa Melayu.
1.5 Zaman Bahasa Melayu ModenBerdasarkan laman web wikipedia dan
tutor, telah menyatakan bahawa zaman bahasa Melayu Moden telah mula
pada abad ke-19 iaitu setelah kedatangan penjajah Eropah seperti
Portugis, Belanda dan Inggeris. Hasil karanganMunsyi
Abdullahdianggap sebagai permulaan zamanbahasa Melayu moden.Sebelum
penjajahanBritish,bahasa Melayumencapai kedudukan yang tinggi,
berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan,
dan bahasa pengantar di pusat pendidikanIslam. SelepasPerang Dunia
Kedua,Britishmerubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai
pengantar dalam sistem pendidikan.Namun semasa Malaysia mencapai
kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 telah menetapkan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.Buktinya ialah dalam Akta
Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi negara. Selain itu, dalam Laporan Razak 1956 juga telah
mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem
pendidikan negara.Manakala menurut Amat Juhari (2006 : 34 ) bahasa
Melayu berubah sedikit demi sedikit untuk menuju ke bentuk yang
baharu iaitu bahasa Melayu Moden.Peluang ini cerah apabila mencecah
abad ke-20. Buktinya ialah negeri-negeri dan kesultanan melayu
tetap menggunakan bahasa Melayu dalam urusan pemerintahan negerinya
terutamanya yang berkaitan dengan adat istiadat Melayu dan agama
Islam. Ketika itu juga sekolah-sekolah Melayu juga dibuka dengan
lebih banyak lagi sama ada dalam pemerintahan Inggeris mahupun yang
dalam pemerintahan Belanda.Sehubungan itu, dari aspek media
perkembangan bahasa Melayu pula, seperti syarikat percetakan telah
banyak didirikan. Maka banyak buku,majalah, jurnal dan akhbar
berbahasa Melayu yang dicetak di tanah jajahan Inggeris dan Belanda
di Asia Tenggara. Situasi ini telah menyebabkan bahasa Melayu
secara langsung menjadi bahasa perantaraan di Asia Tenggara.Pada
tahun 1957, bahasa Melayu telah menjadi bahasa kebangsaan dan salah
satu bahasa rasmi negara Malaya Merdeka. Manakala pada tahun 1967,
bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi tunggal bagi negara
Malaysia.Bagi meningkatkan penggunaan bahasa Melayu banyak akhbar,
buku, majalah dan jurnal berbahasa Melayu diterbitkan sama ada di
Malaysia, Indonesia dan Singapura terutamanya selepas Perang Dunai
Kedua.Lantaran itu, pelbagai usaha telah dijalankan bagi memajukan
bahasa serta meningkatkan kemampuannya dalam menghadapi zaman
moden. Antara langkah yang dijalankan untuk memodenkan bahasa
Melayu ialah perancangan korpus bahasa Melayu.Perancangan korpus
ini telah diterajui oleh Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan
Bahasa. Mereka memulakan perancangan korpus bahasa iaitu dengan
menyusun panduan ejaan,kamus,tatabahasa ,tanda-tanda bacaan,surat
kiriman dan peristilahan.Sejurus selepas itu muncullah badan
perancangan daripada persatuan dan lembaga yang dikelolakan oleh
kerajaan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka. Dengan adanya
usaha-usaha ini maka dapat diatur dan dibakukan sistem
ejaan,peristilahan ,tatabahasa,perkamusan,sebutan ,laras dan
lainlain yang berkaitan dengan bahasa Melayu.Bagi mengukuhkan
usaha-usaha ini maka berbagai-bagai kongres dan seminar tentang
bahasa dan sastera Melayu telah diadakan.Contohnya ialahKongres
Bahasadan Persuratan Melayu dimulai pada tahun 1952 hingga 1984
iaitu Kongres yang keempat.Kesimpulannya,dengan adanya
kegiatan-kegiatan seumpamanya di atas, maka bahasa Melayu terus
melonjak naik kemampuannya sehingga menjadi bahasa moden yang
digunakan sebagai bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi
dan tulisan ilmiah.
1.6 KEDUDUKAN DAN ISU-ISU BAHASA MELAYU SERTA CADANGAN
MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DI MALAYSIA
1.6.1 Antara isu-isu Bahasa Melayu yang diperkatakan serta
cadangan memartabatkannya:Walaupun Malaysia sudah mencapai lima
puluh tujuh tahun merdeka, namun isu mengenai Bahasa Melayu masih
dan tetap diperkatakan. Persoalannya adakah masyarakat Melayu iaitu
penutur dan pengguna terbesar Bahasa Melayu di Malaysia masih
kurang yakin terhadap bahasa sendiri? Menurut ahli falsafah Yunani
Purba, Plato sikap penutur sesuatu bahasa boleh dibahagikan kepada
tiga komponen iaitu komponen kognitif, afektif dan kesediaan untuk
bertindak. Komponen kognitif berkait rapat dengan persepsi dan
pemikiran manakala komponen afektif pula bersangkut paut dengan
perasaan dan emosi seseorang terhadap sesuatu perkara. Kedua-dua
komponen kognitif dan afektif tidak semestinya sealiran dalam diri
seseorang individu itu. Misalnya, seseorang itu mungkin berasa
cinta terhadap bahasanya tetapi berpendapat bahawa bahasanya itu
tidak relevan dalam zaman sekarang. Ketidakharmonian kedua-dua
komponen inilah yang membentuk sikap negatif sesebuah
masyarakat.Terdapat dua kumpulan ibu bapa Melayu iaitu yang
menuturkan bahasa Melayu di rumah dan ibu bapa yang berbahasa
Inggeris di rumah. Bagi keluarga yang tidak menuturkan bahasa
Melayu di rumah, sikap pesimis terhadap bahasa Melayu begitu jelas
sekali. Komponen kognitif lebih memainkan peranan di sini
berbanding komponen afektif. Walaupun terdapat juga perasaan cinta
terhadap bahasa Melayu, suasana dalam dunia pekerjaan yang dialami
ibu bapa telah membentuk tanggapan bahawa bahasa Inggeris lebih
dititikberatkan daripada bahasa Melayu. Contohnya di Singapura,
bahasa Inggeris diangkat sebagai bahasa kerja (working language).
Ibu bapa percaya keperluan hidup di Singapura memerlukan penguasaan
bahasa Inggeris. Justeru ibu bapa akan menggalakkan pertuturan
bahasa Inggeris di rumah untuk menyesuaikan dan melengkapkan diri
anak- anak mereka dalam menghadapi arus kemodenan yang semakin
mencabar.Bagi sesetengah ibu bapa yang masih berbahasa Melayu di
rumah pula, mereka mengganggap mata pelajaran bahasa Melayu sebagai
satu mata pelajaran yang mudah atas alasan bahasa itu memang
diamalkan seharian. Walhal, ibu bapa sedemikian tidak sedar bahawa
bahasa di rumah berbeza dengan bahasa baku di sekolah. Tiada
latihan disediakan di rumah untuk membolehkan pelajar menerapkan
ilmu yang diperolehinya. Tumpuan dan penekanan hanya diberikan
kepada mata pelajaran yang dianggap lebih mencabar seperti Sains
dan Matematik. Golongan yang dituding untuk menerapkan semangat
cintakan bahasa Melayu tidak lain tidak bukan ialah golongan
guru.Guru bahasa Melayu seringkali dilihat sebagai tunggak
kedaulatan bahasa Melayu. Merekalah pendidik dan mereka jugalah
pejuang bahasa. Namun, adakah kesemua guru bahasa Melayu berkongsi
matlamat yang sama ke arah memartabatkan bahasa Melayu? Sayangnya,
tidak begitu hakikatnya. Ada sesetengah guru itu melihat
tanggungjawab mengajar bahasa Melayu sebagai kerjaya semata-mata,
bukan kerana cinta dan minat yang mendalam terhadap bahasa itu.
Kerjaya guru yang sememangnya agak lumayan menarik minat golongan
ini untuk menceburi bidang tersebut. Lebih-lebih lagi mata
pelajaran bahasa Melayu lebih mudah diajar berbanding mata
pelajaran yang lain. Apa yang diajarnya merupakan kandungan dalam
buku teks semata-mata. Sikap sedemikian boleh menghambat
penyampaian nilai-nilai murni yang kaya dalam bahasa Melayu.
Pengajaran bahasa Melayu memerlukan golongan pendidik yang tinggi
ilmunya tentang budaya Melayu kerana bahasa adalah lantunan budaya
masyarakat tersebut.Golongan pelajar merupakan golongan yang paling
penting kerana pada golongan inilah yang diukur tahap kecekapannya.
Kejayaan atau kegagalan kurikulum bahasa ibunda bergantung pada
prestasi golongan ini. Prestasi yang cemerlang tidak boleh
diperolehi tanpa sikap yang positif terhadap bahasa Melayu.
Kebanyakan pelajar merasakan bahawa bahasa Melayu hanya diperlukan
sewaktu mata pelajaran bahasa Melayu dan ketika berbual dengan guru
bahasa Melayu sahaja. Di luar ruang litup itu, bahasa Melayu sudah
tiada ruang dalam kehidupan mereka. Pergaulan mereka dengan
rakan-rakan berbilang bangsa memungkinkan penggunaan bahasa
Inggeris yang lebih kerap. Sementelah bahasa pengantar bagi mata
pelajaran di sekolah yang merupakan bahasa Inggeris telah membuat
murid-murid lebih terdedah kepada bahasa tersebut. Hasilnya,
perolehan kosa kata bahasa Inggeris lebih banyak berbanding kosa
kata bahasa Melayu. Apabila berbual, lebih banyak terpacul
kata-kata Bahasa Inggeris daripada pelajar-pelajar Melayu
kita.Situasi di atas merupakan salah satu contoh bagi komponen
sikap yang ketiga iaitu tindak balas terhadap keadaan sekeliling.
Mereka merasakan memadai untuk menggunakan satu bahasa sahaja tanpa
mengambil kira penutur yang diajak berbual. Apa yang menyedihkan
ialah ada segelintir pelajar Melayu yang menaruh perasaan jelek
terhadap bahasa ibundanya. Masalah sosial yang menghantui
masyarakat Melayu sekaligus mencerminkan martabat bahasa Melayu.
Hanya orang Melayu yang tidak berpendidikan tinggi atau yang
terlibat dalam samseng jalanan akan menggunakan bahasa Melayu. Hal
ini menunjukkan bahasa itu boleh melambangkan identiti penuturnya.
Dengan berbahasa Inggeris, golongan terpelajar ini menyangka diri
mereka berada di tahap yang lebih tinggi dan berprestij. Lagi
menghairankan, ada pelajar 'elit' Melayu berasa canggung dan malu
untuk berbahasa Melayu. Sayangnya, harapan memperkasa dan
memartabatkan bahasa Melayu yang disandarkan pada golongan
sedemikian bak indah khabar dari rupa sahaja.Gerakan badan Melayu
seperti mesyuarat di masjid, pertubuhan sehinggalah kalangan elit
Melayu seperti doktor sehinggalah usahawan perlulah menonjolkan
penggunaan bahasa Melayu yang elok. Kelak ini akan menjadi penyedar
dan petunjuk kepada anak muda kita, termasuk pelajar, agar berasa
bangga akan bahasa ibundanya. Kesimpulannya, apa pun sikap yang
terbuku dalam jiwa masyarakat kita, masih belum terlambat bagi
setiap individu untuk sedar akan kepentingan bahasa ibundanya.
Bahasa sebagai identiti bangsa bukanlah 'alat' semata-mata seperti
mana yang ramai sangkakan. Di dalam bahasa ibunda tersirat
nilai-nilai moral dan adab yang harus ada dalam sahsiah setiap
individu. Weltanschauung atau pandangan masyarakat yang menyeluruh
dapat ditelusuri melalui bahasanya. Janganlah Bulan Bahasa sekadar
kempen saja, sedang bangsa kita hanya tinggal pada nama sahaja.Isu
Bahasa Melayu seterusnya ialah Dasar Pengajaran dan Pembelajaran
Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dalam bentuk baru
iaitu penggunaan dua bahasa pengantar berlainan, bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris untuk dua kelompok pelajar menimbulkan dua reaksi
yang bertentangan. Ia disenangi oleh mereka yang inginkan PPSMI
diteruskan. Sebaliknya ia tidak dipersetujui oleh mereka yang
inginkan hanya bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa ilmu di
negara ini. Dalam hal kemungkinan ini bahasa sama ada bahasa Melayu
mahupun bahasa Inggeris ataupun bahasa yang lain, dilihat sebagai
semata-mata wahana untuk menyampaikan ilmu. Justeru penggunaan
mana-mana bahasa ini serta yang lain-lain khususnya adalah sebagai
alat untuk menyatakan pemikiran, merakamkan fakta serta menukar
maklumat adalah lebih daripada sudah memadai. Fungsi asas bahasa
begini dapat dimainkan oleh mana-mana bahasa moden yakni yang telah
dibakukan.Dengan kata lain, untuk sekadar menyampaikan idea atau
bertanya untuk memperoleh maklumat kita boleh menggunakan mana-mana
bahasa yang menjadi pilihan kita. Syarat utama dalam hal ini ialah
bahasa yang digunakan itu perlu difahami bersama. Inilah
satu-satunya fungsi bahasa yang diketahui umum.Namun ia bukanlah
satu-satunya fungsi bahasa yang wujud atau cara tunggal ketika kita
menggunakan bahasa. Bahasa mempunyai banyak fungsi lain. Fungsi
komunikasi adalah salah satu daripadanya dan sebetulnya ia adalah
fungsi yang kecil saja. Sehubungan pelbagai fungsi lain ini, bahasa
antaranya digunakan sebagai penanda jati diri, baik yang bersifat
etnik mahupun nasional. Ia juga digunakan sebagai wahana untuk
mengungkapkan budaya sesebuah kelompok itu. Bahasa adalah juga
sumber perpaduan kaum dan integrasi nasional.Ia juga adalah faktor
penentu utama dalam pembentukan negara bangsa dan pembangunan
negara itu sendiri. Bahasa adalah antara elemen yang paling sesuai
digunakan untuk tujuan penyatuan dan pemupukan kesedaran kebangsaan
selain pelbagai tujuan kenegaraan yang lain.Hal ini sudah terbukti
di merata tempat seluruh dunia. Aspek politik bahasa inilah yang
perlu diambil kira dalam isu PPSMI. Sehubungan ini, bahasa Melayu
selaku bahasa negara ini perlu dipastikan adalah faktor jati diri
paling penting bagi menyatakan ciri, sifat, perasaan dan
kepercayaan rakyat negara ini yang dapat dibezakan dengan rakyat
negara lain. Pernyataan begini menerusi bahasa Melayu bukan saja
mampu membentuk jati diri nasional tetapi juga semangat kebangsaan.
Pada kelazimannya, semangat kebangsaan khususnya kecintaan terhadap
negara dan jati diri nasional lebih-lebih lagi pameran citra yang
sama mana-mana negara diungkapkan dalam bahasa negara berkenaan.
Bahasa negara adalah pengungkapan perasaan etnonasional yang paling
dasar. Malangnya sesetengah golongan elit negara didapati lebih
selesa mengungkapkan jati diri nasional mereka melalui bahasa
Inggeris jika dibandingkan dengan bahasa ibunda mereka
sendiri.Dalam isu PPSMI yang antaranya adalah pertikaian mengenai
kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu untuk bidang sains dan
teknologi pada zaman globalisasi ini.Bahasa Melayu sebetulnya
memiliki warisan budaya yang amat mengagumkan untuk memikul tugas
ilmiah ini. Sehubungan ini, kecemerlangan bahasa Melayu pada masa
lampau sebagai lingua franca menjadi landasan kuat kepada
kemantapannya pada waktu kini sebagai bahasa ilmu tinggi. Dengan
warisan sedemikian, bahasa Melayu adalah pilihan tepat untuk memaju
rakyat dan negara Malaysia pada setiap masa, dulu, kini dan akan
datang. Pada masa dulu, khususnya selepas kemerdekaan kerajaan
menggunakan kaedah pujukan untuk merayu kepada semua rakyat agar
menggunakan bahasa Melayu dalam kapasitinya sebagai bahasa negara.
Kaedah ini selain proses perlahan didapati kurang berkesan dalam
mencorakkan perwatakan kebangsaan pada sesetengah sektor rakyat
Malaysia dengan menggunakan bahasa Melayu.Untuk masa ini dan akan
datang dalam usaha menangani masalah penggunaan ini, kerajaan perlu
menggubalkan dasar yang boleh menghasilkan penyatuan bahasa yang
lebih cepat. Untuk ini, barangkali kaedah yang lebih keras
diperlukan. Ini penting sekali untuk tujuan penyatupaduan rakyat
Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Sehubungan ini,
kerajaan perlu mengangkat hanya bahasa Melayu sebagai bahasa
perantara untuk interaksi yang merentas etnik yang amat diperlukan
untuk perpaduan kaum dan integrasi nasional. Bahasa Melayu saja
yang mempunyai kelebihan ini di negara ini. Dalam hal ini, kerajaan
perlu menggunakan bahasa Melayu saja selaku bahasa negara untuk
menggerakkan seluruh rakyat untuk tujuan kenegaraan, khususnya
memupuk kesedaran kebangsaan dan membentuk jati diri nasional. Jika
bahasa Melayu tidak berjaya digemblengkan untuk tujuan ini, bahasa
Melayu boleh dikatakan gagal berfungsi sebagai bahasa
negara.Sesungguhnya kejayaan atau kegagalan bahasa negara berfungsi
dengan baik, khususnya dalam melaksanakan peranan menasionalkan
rakyat dalam erti kata mereka memiliki perwatakan kebangsaan
terletak di tangan kerajaan. Pelaksanaan Dasar Bahasa Negara adalah
tanggungjawab kerajaan. Sehubungan ini, kerajaan mempunyai kuasa
penuh untuk mempromosikan bahasa Melayu sebagai bahasa negara.Untuk
bahasa Melayu mendukung peranan menasionalkan rakyat ini dengan
lebih berkesan, ia perlu diinstitusikan dalam sistem pendidikan
kebangsaan sebagai satu-satunya bahasa untuk tujuan penyatupaduan
dan kemajuan negara. Ini perlu dilakukan dengan hanya menggunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa negara untuk mendukung pelbagai fungsi
politik.Fungsi politik ini perlu digemblengkan melalui saluran
pendidikan, yang hanya menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar utama. Dalam konteks ini, kerajaan perlu bijak
memanipulasikan bahasa Melayu, bukan saja untuk membentuk rakyat
yang bangga, sayang dan setia kepada bahasa negara mereka.Tetapi
juga bagi menyalurkan pelbagai nilai kenegaraan yang lain. Untuk
melakukan semua ini dengan jayanya, kerajaan perlu melestari dan
mengabsahkan bahasa Melayu pada setiap masa dan sekali-sekala
menjadikannya relevan dengan perkembangan semasa.Semua ini adalah
untuk memastikan maruah budaya pada bahasa Melayu sentiasa
dipelihara. Dengan hanya menggunakan bahasa Melayu, kesatuan budaya
seluruh rakyat Malaysia terus berada dalam keadaan utuh. Lebih
penting lagi ialah bahasa Melayu sentiasa berkait rapat dengan
semangat kebangsaan dan jati diri nasional.Kupasan isu Bahasa
Melayu yang terakhir ialah Institusi kehakimanmasih ambil
mudahpenggunaanbahasa kebangsaaan di mahkamah.Perkara 152
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahasa Melayu sebagai
bahasa negara iaitu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
Malaysia. Sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu antaranya
berfungsi sebagai bahasa kepada entiti politik, sosial dan budaya
yang bernama Malaysia. Dengan kata lain, ia adalah lambang nasional
negara kita. Selaku bahasa rasmi bahasa Melayu antaranya adalah
bahasa yang digunakan dalam urusan formal negara selain sebagai
bahasa pentadbiran pemerintah. Sehubungan itu, ia ikut berfungsi
dalam semua sistem kebangsaan antaranya sebagai bahasa ilmu, bahasa
penyiaran utama dan bahasa mahkamah di negara ini. Oleh itu, ia
sebetulnya hendaklah juga digunakan dalam sektor swasta. Bahasa
Melayu selaku bahasa mahkamah termaktub dalam Akta Bahasa
Kebangsaan 1963/67 (Semakan 1971). Walau bagaimanapun, untuk
kepentingan keadilan bahasa Inggeris dibenarkan digunakan sama ada
sepenuhnya atau secara sebahagian bersama-sama dengan bahasa Melayu
khususnya dalam pembicaraan mahkamah.Kelonggaran ini yang
diperuntukkan dalam Akta Bahasa Kebangsaan dan juga Perlembagaan
Persekutuan membantut usaha untuk melaksanakan penggunaan bahasa
Melayu dalam bidang perundangan. Sebenarnya kelonggaran inilah yang
menjadikan ikhtiar untuk menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya di
mahkamah diambil enteng oleh pelbagai pihak yang berkenaan lalu
tidak dilakukan secara serius. Dengan ini, ada kalangan tertentu
dalam bidang ini yang bukan saja tidak mahu berusaha ke arah
merealisasikan dasar ini tetapi enggan menggunakan bahasa Melayu
dalam pembicaraan mahkamah. Isu penggunaan bahasa Melayu sepenuhnya
di mahkamah juga bergantung kepada sikap hakim selain peguam. Hal
ini dapat dilihat antaranya pada majlis petisyen terima masuk dan
daftar rai pelatih dalam kamar sebagai peguam cara dan peguam bela
di mahkamah tinggi di negara ini. Pada kebanyakan kesnya, majlis
yang seringkasnya ini pun tidak berjaya dilakukan dalam bahasa
Melayu sepenuhnya.Untuk ini, bahasa Melayu yang digunakan itu lebih
kepada mukadimah dan penutup teks yang lazim diguna pakai dalam
mengemukakan petisyen sebegini. Walau bagaimanapun lafaz penerimaan
petisyen oleh hakim dilakukan dalam bahasa Melayu sepenuhnya tetapi
ucapan memperkenalkan pempetisyen tidak selalunya disampaikan dalam
bahasa Melayu sepenuhnya, yang menjadi bahasa mahkamah.
Sesungguhnya majlis ini adalah bukan saja sekadar upacara
permohonan sebagai pengamal perundangan berdaftar dengan Majlis
Peguam Malaysia tetapi ia juga adalah istiadat permulaan kerjaya
untuk peguam baru. Selain ini, ia boleh juga diibaratkan sebagai
acara perasmian ke dunia kepeguaman untuk peguam baharu ini. Ia
dikendalikan dengan penuh takzim, tertib, protokol dan formaliti
mahkamah baik dari segi tingkah laku, pakaian ataupun bahasa. Dari
segi bahasa sepatutnya bahasa Melayu hendaklah digunakan sepenuhnya
dalam majlis ini dan penggunaan bahasa Inggeris yang didapati tidak
diperlukan sama sekali itu tidak sepatutnya dibenarkan oleh
hakim.Ini antaranya majlis ini tidak membabitkan sebarang
pembicaraan. Ia adalah satu majlis keraian yang dengan mudah sekali
dapat dilaksanakan dalam bahasa Melayu oleh semua pihak baik yang
mengemukakan petisyen dan juga yang mempertimbangkannya. Dalam
memastikan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa mahkamah berlaku
dengan sepenuhnya semua pihak, baik pendaftar, majistret, yang
dipertua mahkamah sesyen dan hakim hendaklah bukan saja tegas.
Tetapi yang lebih penting lagi ialah mereka perlu yakin terhadap
kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara selain bangga
terhadapnya sebagai bahasa kebangsaan kita. Kemampuan bahasa Melayu
sebagai bahasa mahkamah tidak boleh dipertikai lagi. Ini antaranya
adalah kerana ia telah dipersetujui oleh semua pihak dalam bidang
perundangan baik peguam mahupun hakim sebagai bahasa yang boleh
digunakan di mahkamah Malaysia untuk mendukung keadilan.Tidak dapat
dinafikan bahawa matlamat utama dalam bidang perundangan adalah
keadilan yang bukan saja perlu dilindungi tetapi diberikan kepada
pihak yang menuntutnya. Dalam hal ini semua pihak tidak sepatutnya
sengaja menggunakan alasan ini untuk tidak menggunakan bahasa
Melayu lebih-lebih lagi pada masa ini. Ini adalah kerana ketetapan
untuk menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa mahkamah utama
kecuali dalam keterangan saksi saja sudah lama dibuat iaitu puluhan
tahun yang lalu. Atas kepentingan keadilan, mahkamah mempunyai budi
bicara untuk menggunakan bahasa Inggeris dan juga yang lain dalam
mengendalikan kes tertentu. Penggunaan ini hendaklah dilakukan atas
keperluan yang bersifat mesti dan yang bukan sekali-kali
dieksploitasi oleh mana-mana pihak yang kurang fasih dalam bahasa
Melayu selain tidak bangga, sayang dan setia kepadanya selalu
bahasa negara ini..
Alhamdulillah dan syukur saya ke hadrat Yang Maha Esa kerana
dengan limpah dan kurniaNya dapat saya menyiapkan tugasan
ini.Semasa melaksanakan kerja kursus Sejarah Perkembangan Bahasa
Melayu,Perkamusan dan Terjemahan ini, saya menerima banyak faedah
yang berguna dan baik untuk diri saya sendiri.Sesungguhnya tugasan
yang diberikan ini memerlukan saya menelaah banyak bahan rujukan
kerana kefahaman saya dalam tugasan ini adalah terlalu kurang
sehingga perlu bertemu dan berbincang dengan rakan-rakan sekolah
dan rakan sekuliah.Setelah kajian dibuat baharulah saya mengetahui
sejarah dan perkembangan bahasa Melayu yang mempunyai tahap atau
zaman perkembangannya yang tersendiri sehinggalah ke zaman bahasa
Melayu moden.Pengaruh bahasa dan budaya asing yang datang berdagang
atau menjajah Melaka telah mempengaruhi bentuk tulisan,kosa kata
dan penggunaan bahasa Melayu itu sendiri.Walaupun bahasa Melayu
pernah menjadi bahasa antarabangsa atau lingua franca pada zaman
kegemilangannya,namun bahasa Melayu tetap menghadapi halangan dan
rintangan dalam persaingan dengan bahasa-bahasa lain.Perjuangan
untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa
penyatuan,bahasa teknologi dan bahasa ilmu perlu diteruskan dalam
cabaran globalisasi ini.Sebagai rakyat Malaysia yang merdeka,kita
mesti bangga dan menggunakan sepenuhnya bahasa Melayu dalam
kehidupan seharian dan dalam urusan rasmi.Jati diri bangsa Malaysia
perlu dimantapkan melalui bahasa Melayu yang menjadi alat penyatuan
bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dalam
mencapai Wawasan 2020.
Sekian, terima kasih.(SAIBATOL SUKMA BINTI
KASSIM)720709-08-6362No.Pelajar:28852
LAMPIRANMONDAY, 28 SEPTEMBER 2009Usaha "Memartabatkan Bahasa
Melayu, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris" MBMMBIBerikut merupakan
usaha KPM dalam memperkasa dan memartabatkan kembali kedudukan
Bahasa Melayu di dalam sistem pendidikan negara. Di samping itu,
KPM tidak melupakan terus langkah mempertingkatkan penguasaan
Bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Pendekatan penuh diplomasi dan
terancang ini harus dilihat sebagai usaha proaktif dan langkah
terbaik bagi menangani isu yang pernah menimbulkan kontroversi dan
polemik hangat tidak lama dahulu. Kita perlu memahami dan berusaha
menghayati secara ilmiah pendekatan yang diambil, yang dianggap
tidak terlalu 'gopoh' dan penuh harmoni.
ISUBAHASA : LANGKAH MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU
Ke mana bahasa Melayu?
Persidangan Antarabangsa Bahasa Melayu Bahasa Dunia yang
berlangsung di Johor Bahru, baru-baru ini menuntut perhatian besar.
Resolusi persidangan tersebut antara lain mendesak kerajaan memberi
kuasa penguatkuasaan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi
memartabatkan bahasa Melayu. Desakan ini bukan perkara baru kerana
ia sudah kerap disuarakan. Pada Awang, selagi DBP tidak mempunyai
kuasa tersebut, agensi itu dilihat umpama harimau tidak
bertaring.
Sedangkangejala pencemaran dan penyalahgunaan bahasa semakin
berleluasa terutama pada papan tanda dan paparan iklan premis
perniagaan. Begitu juga dengan penggunaan bahasa rojak secara
keterlaluan di televisyen dan radio. Itu belum mengambil kira
kegagalan banyak pihak termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC)
mengutamakan bahasa kebangsaan dalam urusan mereka di dalam
negara.
Hari ini, jika ada bahasa lain lebih besar saiz paparannya
daripada bahasa Melayu, ia tidak lagi dipersoalkan. Malah semakin
banyak info produk barangan pengguna biarpun yang dikeluarkan di
dalam negara, tidak lagi menggunakan bahasa kebangsaan.
Siapakah yang perlu bertanggungjawab memantau dan memperbetulkan
semua ini kalau bukan DBP. Tetapi jika agensi itu tidak diberi
kuasa, ia tidak membawa apa-apa makna.
Sementara menanti perubahan serius yang dilakukan oleh kerajaan
berhubung hal ini (itu pun jika ada kemahuan politik yang tinggi),
Awang amat berharap DBP lebih agresif dan proaktif dalam memainkan
peranannya mengembangkan bahasa.
Agensi itu dilihat oleh banyak pihak sebagai lesu. ''Bangunannya
lebih gah daripada keberanian dan pencapaiannya untuk melonjak
martabat bahasa," kata seorang tokoh akademik. Apa yang beliau cuba
sampaikan, DBP tidak lagi lantang memperjuangkan soal bahasa.
Kritikan itu mungkin tidak adil dan boleh diperdebatkan. Usaha
memartabatkan apatah lagi menyelamatkan bahasa Melayu bukan
semata-mata tugas DBP malah semua pihak termasuk pemimpin kerajaan,
pembangkang dan sektor swasta.
Awang juga tertanya-tanya ke mana perginya para pejuang bahasa
yang sanggup berdemonstrasi dan berterusan membantah Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
dalam kaitan mempertahankan kedudukan bahasa Melayu secara
keseluruhannya.
Selepas PPSMI dimansuhkan, apakah kepada mereka, perjuangan
memartabatkan bahasa Melayu sudah selesai? Apakah juga masa depan
bahasa Melayu hanya berkaitan pengajaran kedua-dua subjek itu dalam
bahasa kebangsaan sahaja?
Sepatutnya kelompok itu yang menjadi benteng hadapan, meneruskan
momentum mereka dengan mewujudkan gelombang kesedaran
mengenainya.
Ini termasuk menegur Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),
menteri-menteri dan pemimpin parti-parti politik terhadap apa
sahaja perkara berkaitan kepentingan bahasa. Awang teruja mahu
melihat para pejuang dan badan pertubuhan kerajaan (NGO) turun di
jalanan atau menyerbu ke mana-mana kementerian, agensi mahupun
pejabat swasta membuat bantahan jika perlu.
Sesungguhnya terlalu banyak yang perlu dilakukan bagi
memartabatkan bahasa Melayu terutama bagi menjadikannya bahasa
komersial yang lebih meluas. Dalam usaha ini tiada siapa boleh
berputus asa apatah lagi bagi mencapai matlamat murni
mempertahankan bahasa Melayu yang kedudukannya sudah termaktub
dalam perlembagaan negara.
Untuk apa kita memperakukan bahasa Melayu mampu berkembang
sebagai bahasa dunia, kalau di peringkat dalam negara sendiri kita
sudah tidak menampakkan keyakinan. Banyak lagi petunjuk yang
membimbangkan di sekeliling kita. Bukankah kita sendiri yang
mewujudkan persekitaran yang akhirnya membunuh bahasa Melayu?
ISU BAHASA : KEADILAN BAHASA MELAYU DI MAHKAMAHOleh Teo Kok
[email protected]
Institusi kehakimanmasih ambil mudahpenggunaanbahasa
kebangsaaan
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahasa
Melayu sebagai bahasa negara, iaitu sebagai bahasa kebangsaan dan
bahasa rasmi Malaysia. Sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu
antaranya berfungsi sebagai bahasa kepada entiti politik, sosial
dan budaya yang bernama Malaysia. Dengan kata lain, ia adalah
lambang nasional negara kita. Selaku bahasa rasmi, bahasa Melayu
antaranya adalah bahasa yang digunakan dalam urusan formal negara,
selain sebagai bahasa pentadbiran pemerintah. Sehubungan itu, ia
ikut berfungsi dalam semua sistem kebangsaan, antaranya sebagai
bahasa ilmu, bahasa penyiaran utama, dan bahasa mahkamah di negara
ini. Oleh itu, ia sebetulnya hendaklah juga digunakan dalam sektor
swasta. Bahasa Melayu selaku bahasa mahkamah termaktub dalam Akta
Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Semakan 1971). Walau bagaimanapun, untuk
kepentingan keadilan, bahasa Inggeris dibenarkan digunakan, sama
ada sepenuhnya atau secara sebahagian bersama-sama dengan bahasa
Melayu, khususnya dalam pembicaraan mahkamah.
Kelonggaran ini yang diperuntukkan dalam Akta Bahasa Kebangsaan
dan juga Perlembagaan Persekutuan, membantut usaha untuk
melaksanakan penggunaan bahasa Melayu dalam bidang perundangan.
Sebenarnya kelonggaran inilah yang menjadikan ikhtiar untuk
menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya di mahkamah, diambil enteng
oleh pelbagai pihak yang berkenaan, lalu tidak dilakukan secara
serius. Dengan ini, ada kalangan tertentu dalam bidang ini yang
bukan saja tidak mahu berusaha ke arah merealisasikan dasar ini,
tetapi enggan menggunakan bahasa Melayu dalam pembicaraan mahkamah.
Isu penggunaan bahasa Melayu sepenuhnya di mahkamah juga bergantung
kepada sikap hakim selain peguam. Hal ini dapat dilihat antaranya
pada majlis petisyen terima masuk dan daftar rai pelatih dalam
kamar sebagai peguam cara dan peguam bela di mahkamah tinggi di
negara ini. Pada kebanyakan kesnya, majlis yang seringkasnya ini
pun tidak berjaya dilakukan dalam bahasa Melayu sepenuhnya.
Untuk ini, bahasa Melayu yang digunakan itu lebih kepada
mukadimah dan penutup teks yang lazim diguna pakai dalam
mengemukakan petisyen sebegini. Walau bagaimanapun, lafaz
penerimaan petisyen oleh hakim dilakukan dalam bahasa Melayu
sepenuhnya tetapi ucapan memperkenalkan pempetisyen tidak selalunya
disampaikan dalam bahasa Melayu sepenuhnya, yang menjadi bahasa
mahkamah. Sesungguhnya majlis ini adalah bukan saja sekadar upacara
permohonan sebagai pengamal perundangan berdaftar dengan Majlis
Peguam Malaysia, tetapi ia juga adalah istiadat permulaan kerjaya
untuk peguam baru. Selain ini, ia boleh juga diibaratkan sebagai
acara perasmian ke dunia kepeguaman untuk peguam baharu ini. Ia
dikendalikan dengan penuh takzim, tertib, protokol dan formaliti
mahkamah, baik dari segi tingkah laku, pakaian ataupun bahasa. Dari
segi bahasa, sepatutnya bahasa Melayu hendaklah digunakan
sepenuhnya dalam majlis ini, dan penggunaan bahasa Inggeris yang
didapati tidak diperlukan sama sekali itu, tidak sepatutnya
dibenarkan oleh hakim.
Ini antaranya majlis ini tidak membabitkan sebarang pembicaraan.
Ia adalah satu majlis keraian yang dengan mudah sekali dapat
dilaksanakan dalam bahasa Melayu, oleh semua pihak, baik yang
mengemukakan petisyen dan juga yang mempertimbangkannya. Dalam
memastikan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa mahkamah berlaku
dengan sepenuhnya, semua pihak, baik pendaftar, majistret, yang
dipertua mahkamah sesyen dan hakim hendaklah bukan saja tegas.
Tetapi yang lebih penting lagi ialah mereka perlu yakin terhadap
kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, selain bangga
terhadapnya sebagai bahasa kebangsaan kita. Kemampuan bahasa Melayu
sebagai bahasa mahkamah tidak boleh dipertikai lagi. Ini antaranya
adalah kerana ia telah dipersetujui oleh semua pihak dalam bidang
perundangan, baik peguam mahupun hakim, sebagai bahasa yang boleh
digunakan di mahkamah Malaysia untuk mendukung keadilan.
Tidak dapat dinafikan bahawa matlamat utama dalam bidang
perundangan adalah keadilan, yang bukan saja perlu dilindungi,
tetapi diberikan kepada pihak yang menuntutnya. Dalam hal ini,
semua pihak tidak sepatutnya sengaja menggunakan alasan ini untuk
tidak menggunakan bahasa Melayu, lebih-lebih lagi pada masa ini.
Ini adalah kerana ketetapan untuk menggunakan bahasa Melayu sebagai
bahasa mahkamah utama kecuali dalam keterangan saksi saja, sudah
lama dibuat, iaitu puluhan tahun yang lalu. Atas kepentingan
keadilan, mahkamah mempunyai budi bicara untuk menggunakan bahasa
Inggeris dan juga yang lain, dalam mengendalikan kes tertentu.
Penggunaan ini hendaklah dilakukan atas keperluan yang bersifat
mesti, dan yang bukan sekali-kali dieksploitasi oleh mana-mana
pihak, yang kurang fasih dalam bahasa Melayu, selain tidak bangga,
sayang dan setia kepadanya selalu bahasa negara ini.
Penulis ialah Timbalan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
SUMBERBERITA HARIAN20 JULAI 2011
ISU BAHASA : BAHASA MELAYU MENGERAT RAKYAT PELBAGAI BUDAYAOleh
Teo Kok [email protected] HARIAN, 27 APRIL 2011
Maklum balas kerajaan untuk meneliti kemungkinan dikembalikan
Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI) dalam bentuk baru, iaitu penggunaan dua bahasa
pengantar berlainan, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris untuk dua
kelompok pelajar, menimbulkan dua reaksi yang bertentangan. Ia
disenangi oleh mereka yang inginkan PPSMI diteruskan. Sebaliknya,
ia tidak dipersetujui oleh mereka yang inginkan hanya bahasa Melayu
digunakan sebagai bahasa ilmu di negara ini. Dalam hal kemungkinan
ini, bahasa, sama ada bahasa Melayu mahupun bahasa Inggeris ataupun
yang lain, dilihat sebagai semata-mata wahana untuk menyampaikan
ilmu. Justeru, penggunaan mana-mana bahasa ini serta yang lain-lain
khususnya sebagai alat untuk menyatakan pemikiran, merakamkan fakta
serta menukar maklumat adalah lebih daripada sudah memadai. Fungsi
asas bahasa begini dapat dimainkan oleh mana-mana bahasa moden,
yakni yang telah dibakukan.
Dengan kata lain, untuk sekadar menyampaikan idea atau bertanya
untuk memperoleh maklumat kita boleh menggunakan mana-mana bahasa
yang menjadi pilihan kita. Syarat utama dalam hal ini ialah bahasa
yang digunakan itu perlu difahami bersama. Inilah satu-satunya
fungsi bahasa yang diketahui umum. Akan tetapi, ia bukanlah
satu-satunya fungsi bahasa yang wujud atau cara tunggal ketika kita
menggunakan bahasa. Bahasa mempunyai banyak fungsi lain. Fungsi
komunikasi adalah salah satu daripadanya dan sebetulnya ia adalah
fungsi yang kecil saja. Sehubungan pelbagai fungsi lain ini, bahasa
antaranya digunakan sebagai penanda jati diri, baik yang bersifat
etnik mahupun nasional. Ia juga digunakan sebagai wahana untuk
mengungkapkan budaya sesebuah kelompok itu. Bahasa adalah juga
sumber perpaduan kaum dan integrasi nasional.Ia juga adalah faktor
penentu utama dalam pembentukan negara bangsa dan pembangunan
negara itu sendiri. Bahasa adalah antara elemen yang paling sesuai
digunakan untuk tujuan penyatuan dan pemupukan kesedaran
kebangsaan, selain pelbagai tujuan kenegaraan yang lain.
Hal ini sudah terbukti di merata tempat seluruh dunia. Aspek
politik bahasa inilah yang perlu diambil kira dalam isu PPSMI.
Sehubungan ini, bahasa Melayu selaku bahasa negara ini, perlu
dipastikan adalah faktor jati diri paling penting bagi menyatakan
ciri, sifat, perasaan dan kepercayaan rakyat negara ini, yang dapat
dibezakan dengan rakyat negara lain. Pernyataan begini menerusi
bahasa Melayu bukan saja mampu membentuk jati diri nasional, tetapi
juga semangat kebangsaan. Pada kelazimannya, semangat kebangsaan,
khususnya kecintaan terhadap negara dan jati diri nasional,
lebih-lebih lagi pameran citra yang sama mana-mana negara
diungkapkan dalam bahasa negara berkenaan. Bahasa negara adalah
pengungkapan perasaan etnonasional yang paling dasar. Sehubungan
ini, malangnya elit sesetengah negara didapati lebih selesa
mengungkapkan jati diri nasional mereka melalui bahasa Inggeris,
jika dibandingkan dengan bahasa negara mereka sendiri.
Dalam isu PPSMI yang antaranya adalah pertikaian mengenai
kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu untuk bidang sains dan
teknologi pada zaman globalisasi ini, bahasa Melayu sebetulnya
memiliki warisan budaya yang amat mengagumkan untuk memikul tugas
ilmiah ini. Sehubungan ini, kecemerlangan bahasa Melayu pada masa
lampau sebagai lingua franca ikut menjadi landasan kuat kepada
kemantapannya pada waktu kini sebagai bahasa ilmu tinggi. Dengan
warisan sedemikian, bahasa Melayu adalah pilihan tepat untuk memaju
rakyat dan negara Malaysia pada setiap masa, dulu, kini dan akan
datang. Pada masa dulu, khususnya selepas kemerdekaan, kerajaan
menggunakan kaedah pujukan untuk merayu kepada semua rakyat agar
menggunakan bahasa Melayu dalam kapasitinya sebagai bahasa negara.
Kaedah ini selain proses perlahan didapati kurang berkesan dalam
mencorakkan perwatakan kebangsaan pada sesetengah sektor rakyat
Malaysia dengan menggunakan bahasa Melayu.
Untuk masa ini dan akan datang dalam usaha menangani masalah
penggunaan ini, kerajaan perlu menggubalkan dasar yang boleh
menghasilkan penyatuan bahasa yang lebih cepat. Untuk ini,
barangkali kaedah yang lebih keras diperlukan. Ini penting sekali
untuk tujuan penyatupaduan rakyat Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai kaum. Sehubungan ini, kerajaan perlu mengangkat hanya
bahasa Melayu sebagai bahasa perantara untuk interaksi yang
merentas etnik yang amat diperlukan untuk perpaduan kaum dan
integrasi nasional. Bahasa Melayu saja yang mempunyai kelebihan ini
di negara ini. Dalam hal ini, kerajaan perlu menggunakan bahasa
Melayu saja selaku bahasa negara untuk menggerakkan seluruh rakyat
untuk tujuan kenegaraan, khususnya memupuk kesedaran kebangsaan dan
membentuk jati diri nasional. Jika bahasa Melayu tidak berjaya
digemblengkan untuk tujuan ini, bahasa Melayu boleh dikatakan gagal
berfungsi sebagai bahasa negara.
Sesungguhnya kejayaan atau kegagalan bahasa negara berfungsi
dengan baik, khususnya dalam melaksanakan peranan menasionalkan
rakyat, dalam erti kata mereka memiliki perwatakan kebangsaan,
terletak di tangan kerajaan. Pelaksanaan Dasar Bahasa Negara adalah
tanggungjawab kerajaan. Sehubungan ini, kerajaan mempunyai kuasa
penuh untuk mempromosikan bahasa Melayu sebagai bahasa negara.Untuk
bahasa Melayu mendukung peranan menasionalkan rakyat ini dengan
lebih berkesan, ia perlu diinstitusikan dalam sistem pendidikan
kebangsaan, sebagai satu-satunya bahasa untuk tujuan penyatupaduan
dan kemajuan negara. Ini perlu dilakukan dengan hanya menggunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa negara untuk mendukung pelbagai fungsi
politik.Fungsi politik ini perlu digemblengkan melalui saluran
pendidikan, yang hanya menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar utama. Dalam konteks ini, kerajaan perlu bijak
memanipulasikan bahasa Melayu, bukan saja untuk membentuk rakyat
yang bangga, sayang dan setia kepada bahasa negara mereka.
Tetapi juga bagi menyalurkan pelbagai nilai kenegaraan yang
lain. Untuk melakukan semua ini dengan jayanya, kerajaan perlu
melestari dan mengabsahkan bahasa Melayu pada setiap masa dan
sekali-sekala menjadikannya relevan dengan perkembangan
semasa.Semua ini adalah untuk memastikan maruah budaya pada bahasa
Melayu sentiasa dipelihara. Dengan hanya menggunakan bahasa Melayu,
kesatuan budaya seluruh rakyat Malaysia terus berada dalam keadaan
utuh. Lebih penting lagi ialah bahasa Melayu sentiasa berkait rapat
dengan semangat kebangsaan dan jati diri nasional.
Penulis ialah Timbalan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu
(ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
ISU BAHASA : SIKAP ORANG MELAYU TERHADAP BAHASA IBUNDA
Adakah masyarakat Melayu bersedia menyediakan pendedahan yang
dikehendaki atau masih kurang yakin terhadap bahasa sendiri?
Menurut ahli falsafah Yunani Purba, Plato, sikap boleh dibahagikan
kepada tiga komponen iaitu komponen kognitif, afektif dan kesediaan
untuk bertindak. Komponen kognitif berkait rapat dengan persepsi
dan pemikiran manakala komponen afektif pula bersangkut paut dengan
perasaan dan emosi seseorang terhadap sesuatu perkara. Kedua-dua
komponen kognitif dan afektif tidak semestinya sealiran dalam diri
seseorang individu itu. Misalnya, seseorang itu mungkin berasa
cinta terhadap bahasanya tetapi berpendapat bahawa bahasanya itu
tidak relevan dalam zaman sekarang. Ketidakharmonian kedua-dua
komponen inilah yang membentuk sikap negatif sesebuah masyarakat
(termasuk ibu bapa, pelajar, guru) boleh kita tinjau dan
membuktikan hakikat ini.
SIKAP IBU BAPA
Terdapat dua kumpulan ibu bapa Melayu: pertama, yang menuturkan
bahasa Melayu di rumah; dan kedua, ibu bapa yang berbahasa
Inggeris. Bagi keluarga yang tidak menuturkan bahasa Melayu di
rumah, sikap pesimis terhadap bahasa Melayu begitu jelas sekali.
Komponen kognitif lebih memainkan peranan di sini berbanding
komponen afektif. Walaupun terdapat juga perasaan cinta terhadap
bahasa Melayu, suasana dalam dunia pekerjaan yang dialami ibu bapa
membentuk tanggapan bahawa bahasa Inggeris lebih dititikberatkan
daripada bahasa Melayu. Di Singapura, bahasa Inggeris diangkat
sebagai bahasa kerja (working language). Ibu bapa percaya penakatan
hidup di Singapura memerlukan penguasaan bahasa Inggeris. Justeru
ibu bapa akan menggalakkan pertuturan bahasa Inggeris di rumah
untuk menyesuaikan dan melengkapkan diri anak- anak mereka dalam
menghadapi arus kemodenan yang semakin mencabar.
Bagi sesetengah ibu bapa yang masih berbahasa Melayu di rumah
pula, mereka mengganggap mata pelajaran bahasa Melayu sebagai satu
mata pelajaran yang mudah atas alasan bahasa itu memang diamalkan
seharian. Walhal, ibu bapa sedemikian tidak sedar bahawa bahasa di
rumah berbeza dengan bahasa baku di sekolah. Tiada latihan
disediakan di rumah untuk membolehkan pelajar menerapkan ilmu yang
diperolehinya. Tumpuan dan penekanan hanya diberikan kepada mata
pelajaran yang dianggap lebih mencabar seperti sains dan matematik.
Golongan yang dituding untuk menerapkan semangat cintakan bahasa
Melayu tidak lain tidak bukan ialah golongan guru.
SIKAP GURU
Guru bahasa Melayu seringkali dilihat sebagai tunggak kedaulatan
bahasa Melayu. Merekalah pendidik dan mereka jugalah pejuang
bahasa. Namun, adakah kesemua guru bahasa Melayu berkongsi matlamat
yang sama ke arah memartabatkan bahasa Melayu? Sayangnya, tidak
begitu hakikatnya. Ada sesetengah guru itu melihat tanggungjawab
mengajar bahasa Melayu sebagai kerjaya semata-mata, bukan kerana
cinta dan minat yang mendalam terhadap bahasa itu. Kerjaya guru
yang sememangnya agak lumayan itu menarik minat golongan ini untuk
menceburi bidang tersebut. Lebih-lebih lagi mata pelajaran bahasa
Melayu lebih mudah diajar berbanding mata pelajaran yang lain. Apa
yang diajarnya merupakan kandungan dalam buku-buku teks sematamata.
Sikap sedemikian boleh menghambat penyampaian nilai-nilai murni
yang kaya dalam bahasa Melayu. Pengajaran bahasa Melayu memerlukan
golongan pendidik yang tinggi ilmunya tentang budaya Melayu kerana
bahasa adalah lantunan budaya masyarakat tersebut.
SIKAP MURID
Golongan pelajar merupakan golongan yang paling penting kerana
pada golongan inilah yang diukur tahap kecekapannya. Kejayaan atau
kegagalan kurikulum bahasa ibunda bergantung pada prestasi golongan
ini. Prestasi yang cemerlang tidak boleh diperolehi tanpa sikap
yang positif terhadap bahasa Melayu. Kebanyakan pelajar merasakan
bahawa bahasa Melayu hanya diperlukan sewaktu mata pelajaran bahasa
Melayu dan ketika berbual dengan guru bahasa Melayu sahaja. Di luar
mandala itu, bahasa Melayu sudah tiada ruang dalam kehidupan
mereka. Pergaulan mereka dengan rakanrakan berbilang bangsa lain
memungkinkan penggunaan bahasa Inggeris yang lebih kerap.
Sementelahan bahasa pengantar bagi mata pelajaran di sekolah yang
merupakan bahasa Inggeris telah membuat murid-murid lebih terdedah
kepada bahasa tersebut. Hasilnya, perolehan kosa kata bahasa
Inggeris lebih banyak berbanding kosa kata bahasa Melayunya.
Apabila berbual, lebih terpacul kekata Inggeris daripada pelajar
Melayu.
Situasi di atas merupakan salah satu contoh bagi komponen sikap
yang ketiga iaitu tindak balas terhadap keadaan sekeliling. Mereka
merasakan memadai untuk menggunakan satu bahasa sahaja tanpa
mengambil kira penutur yang diajak berbual. Apa yang menyedihkan
ialah ada segelintir pelajar Melayu yang menaruh perasaan jelek
terhadap bahasa ibundanya. Masalah sosial yang menghantui
masyarakat Melayu sekali gus mencerminkan martabat bahasa Melayu.
Hanya orang Melayu yang tidak berpendidikan tinggi atau yang
terlibat dalam samseng jalanan akan menggunakan bahasa Melayu. Hal
ini menunjukkan bahasa itu boleh melambangkan identiti penuturnya.
Dengan berbahasa Inggeris, golongan terpelajar ini menyangka diri
mereka berada di tahap yang lebih tinggi dan berprestij. Lagi
menghairankan, ada pelajar 'elit' bahasa Melayu berasa canggung dan
malu untuk berbahasa Melayu. Sayangnya, harapan memperkasa dan
memartabatkan bahasa Melayu yang disandarkan pada golongan
sedemikian bak indah khabar dari rupa sahaja.
SIKAP MASYARAKAT
Gerakan badan Melayu seperti mesyuarat di masjid, pertubuhan
sehinggalah kalangan elit Melayu seperti doktor sehinggalah
usahawan perlulah menonjolkan penggunaan bahasa Melayu yang elok.
Kelak ini akan menjadi penyedar dan petunjuk kepada anak muda kita,
termasuk pelajar, agar berasa bangga akan bahasa ibundanya.
Kesimpulannya, apa pun sikap yang terbuku dalam jiwa masyarakat
kita, masih belum terlambat bagi setiap individu untuk sedar akan
kepentingan bahasa ibundanya. Bahasa sebagai identiti bangsa
bukanlah 'alat' semata-mata seperti mana yang ramai sangkakan. Di
dalam bahasa ibunda tersirat nilai-nilai moral dan adab yang harus
ada dalam sahsiah setiap individu. Weltanschauung atau pandangan
masyarakat yang menyeluruh dapat ditelusuri melalui bahasanya.
Janganlah Bulan Bahasa sekadar kempen saja, sedang bangsa kita
hanya tinggal pada nama sahaja.
Oleh : Muhd Firdaus RahmatSumber : KL Pos.
comhttp://www.klpos.comNota: Penulis kini mengikuti program Sarjana
Muda Pengajian Melayu,Universiti Malaya.
37.