Top Banner
SULIT 011 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah 1. “ ___________ berdua ditugaskan untuk menyapu lantai bilik darjah pada hari Isnin,” kata Dira dan Lilian. A.Mereka B.Kamu C.Kami D.Saya Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah 2. Mak Cik Milah sedang menghiris bawang. __________ hendak menggoreng sayur. A.Engkau B.Awak 1
17

BM KERTAS 1 THN 3

Jul 12, 2016

Download

Documents

sniz812416

bm pemahaman
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: BM KERTAS 1 THN 3

SULIT 011

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah

1. “ ___________ berdua ditugaskan untuk menyapu lantai bilik darjah pada hari Isnin,” kata Dira dan Lilian.

A. MerekaB. KamuC. KamiD. Saya

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah

2. Mak Cik Milah sedang menghiris bawang. __________ hendak menggoreng sayur.

A. EngkauB. AwakC. SayaD. Dia

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah

1

Page 2: BM KERTAS 1 THN 3

SULIT 011

3. Air di dalam ______ itu masih panas kerana dijerang sebentar tadi.

A. PeriukB. SuduC. CerekD. Baldi

4. Ayah mempunyai kebolehan __________ motorsikal yang rosak.

A. KepakaranB. KepintaranC. MembaikiD. Kecekapan

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah

5. Kamal memasuki pertandingan _________ peringkat daerah Lubok Antu.

A. Ninja2

Page 3: BM KERTAS 1 THN 3

SULIT 011

B. JudoC. TaekwondoD. Silat

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6. “ ___________, sakitnya perutku. Sudah beberapa hari aku tidak makan!” keluh si monyet.

A. AduhaiB. AmboiC. AduhD. Cis

7. _____________, nama saya Syahmi. Selamat berkenalan.A. OhB. CisC. HaiD. Amboi

8. Kami membeli beberapa __________ mata kail untuk memancing di sungai belakang rumah atuk.

A. ButirB. BijiC. BentukD. Ketul

3

Page 4: BM KERTAS 1 THN 3

SULIT 011

9. “____________, sudah lama kita tidak berjumpa!” kata Ahmad kepada Ali.

A. EhB. OhC. NahD. Wah

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah

10. Rahim sedang mencuci kereta _________ abangnya menyiram pokok bunga.

A. AtauB. ManakalaC. TetapiD. Walaupun

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah

4

Page 5: BM KERTAS 1 THN 3

SULIT 011

11. Atikah leka memerhati lembu datuknya ___________ rumput.A. MeragutB. MakananC. MemakaiD. Memakanan

12. Messi ____________ bola ke dalam gol pasukan India.A. MemukulB. MenolakC. MembalingD. Menendang

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah

5

Page 6: BM KERTAS 1 THN 3

SULIT 011

13. Murid-murid bergotong - royong ___________ pokok bunga di kawasan sekolah.A. MenanamB. MenanamiC. DitanamD. Ketanaman

14. Kami melawat Cikgu Ali di hospital kerana beliau sakit ____________.A. TenatB. KerasC. PenatD. Sesak

15. Aminah __________ tentang kehilangan wangnya kepada Cikgu Juliana.A. MenulisB. MenyatakanC. MencatatkanD. Memberitahu

16. Adik membantu ibu ___________ kain di ampaian.A. MenjemurB. Sidai

6

Page 7: BM KERTAS 1 THN 3

SULIT 011

C. MengantungD. Meletak.

17. Setiap pagi, Amin dan ayahnya akan ___________ di taman permainan.A. BerjogingB. BersorakC. BermainD. Berlari

18. Sebelum bermain bola di padang, Ako dan rakannya __________ pakaian dan kasut yang sesuai.A. MenggunaB. MemakaiC. MembeliD. Mengambil

19. Farhan berjalan ____________ kerana kaki kirinya luka.A. Terhuyung-hayangB. Terkedek-kedekC. Terincut-incutD. Terpinga-pinga

20. Walaupun hujan turun __________ , perlawanan bola sepak tetap diteruskan.A. Putus-putusB. Sekali-sekaliC. Renyai-renyaiD. Lebat-lebat

Soalan 21 pilih kata lawan yang betul

7

Page 8: BM KERTAS 1 THN 3

SULIT 011

21. Pak Jalal sedang mencabut pokok ubi kayu.A. MenanamB. MenarikC. MengeluarkanD. Memotong

Soalan 22 pilih kata seerti yang betul.

22. Kami bersantai di tepi Pantai Damai, Kuching selama dua hari.Perkataan seerti bagi bersantai ialahA. BerehatB. TermenungC. DudukD. Bekerja

Soalan 23 dan soalan 24Pilih simpulan bahasa yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong.

8

Page 9: BM KERTAS 1 THN 3

SULIT 011

23. Kami bercadang untuk ___________ di Pulau Langkawi.A. Makan hatiB. Makan anginC. Ambil anginD. Bawah angin

24. Diana ___________ walaupun dikejut oleh ibunya beberapa kali.A. Tidur ayamB. Tidur sayangC. Tidur matiD. Tidur -tidur

Soalan 25 dan 26

Pilih ayat yang betul.

25. A. Mak baru pulang daripada pasar. B. Baju ini amat teramat cantik.

C. Kakak rehat ke Langkawi D. Adik tidur di atas sofa.

26. A. Abang menunggang berhati kerana jalan minyak. B. Setiap pagi ayah minum air kopi. C. Puan Latifah beli baju itu ke pasaraya. D. Televisyen itu akan berjenama Samsung.

Soalan 27 dan soalan 28

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

9

Page 10: BM KERTAS 1 THN 3

SULIT 011

27. I Harga baju ini rendah mutu.II Mata Ali rendah bila waktu malam.III Orang yang suka mencuri dipandang rendah oleh

masyarakat.IV Zaid diejek kerana rendah.

A. I dan IIB. I,II dan IIIC. III dan IVD. IV Sahaja

28. I Baju penyanyi itu lapang. II Tanah lapang itu telah ditanam dengan nanas.III Sekolah itu telah lapang setelah semua murid

pulang.IV Kakak membaca novel waktu lapang.

Soalan 29 dan soalan 30Pilih ayat majmuk yang betul.

29. A. Abang membasuh kasut sambil menyanyi. B. Abang membasuh kasut C. Kakak sedang menyanyi D. Abang telah membasuh kasut.

30. A. Danial menunggang basikal ke sekolah. B. Basikal itu terbabas lalu melanggar pagar sekolah. C. Basikal itu terbabas ke dalam parit. D. Basikal terletak ditepi parit.

Soalan 31 hingga 35

Baca surat di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

10

Page 11: BM KERTAS 1 THN 3

SULIT 011

21, Jalan Perdana 8,Taman Pulai Perdana,81110 Johor Baharu,Johor.

08 Oktober 2016Menemui sahabatku Aina yang berada di Gurun, Kedah semoga sihat hendaknya.Saudari,

Terima kasih saya ucapankan kerana mengirim surat kepada saya. Surat saudari telah saya terima seminggu yang lalu. Saya amat tertarik mendengar cerita percutian saudari di Pulau Pangkor.

Pada cuti sekolah yang lalu, sekolah saya telah mengadakan lawatan ke Terengganu. Saya dan rakan-rakan berpeluang menyertai lawatan tersebut. Kami berada di sana selama empat hari tiga malam. Kami menginap di hotel yang telah ditempah oleh pihak sekolah.

Semasa berada di sana banyak tempat yang kami lawati seperti Rantau Abang, Air Terjun Sekayu, Masjid Negeri. Kami juga berpeluang melihat perusahaan membuat batik dan tembaga.

Sebelum pulang, kami sempat membeli cenderamata sebagai buah tangan untuk keluarga. Saya berasa seronok dapat melawat Terengganu.

Setakat ini sahaja yang dapat saya ceritakan. Salam daripada saya khas untuk saudari sekeluarga.

Sekian, terima kasih.Sahabatmu;Fatin Azura

11

Page 12: BM KERTAS 1 THN 3

SULIT 011

31. Di manakah Aina tinggal?A. Johor BaharuB. GurunC. TerengganuD. Sungai Petani

32. Bilakah Fatin Azura menerima surat Aina?A. Seminggu yang laluB. Empat hari yang laluC. Tiga hari yang laluD. Sebulan yang lalu

33. Perkataan menginap dalam petikan di atas bermaksudA. SewaB. TinggalC. BerehatD. Berkumpul

34. Berikut merupakan tempat yang dilawati oleh rombongan tersebut kecualiA. Tempat perusahaan batikB. Rantau AbangC. Air terjun SekayuD. Batu Rakit

35. Apakah yang dibawa pulang oleh penulis dari Terengganu?A. Telur penyuB. Kain batikC. CenderamataD. Keropok lekor

Soalan 36 hingga soalan 40

12

Page 13: BM KERTAS 1 THN 3

SULIT 011

Baca iklan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan berikut.

36. Siapakah yang menganjurkan lawatan ini?A. Ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan

Batu Maung.B. Warga Sekolah Kebangsaan Kebangsaan Batu Maung. C. Kelab Kembara Sekolah Kebangsaan Kebangsaan Batu

Maung.D. Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan

Kebangsaan Batu Maung.

13

LAWATAN KE HUTAN LIPUR GUA NIAH

Kelab Kembara Sekolah Kebangsaan Batu Maung akan mengadakan lawatan ke Hutan Lipur Gua Niah. Maklumat tentang aktiviti tersebut adalah seperti yang berikut :Tarikh : 12 Oktober 2013Hari : SabtuMasa bertolak : 8.00 pagi

Tempat berkumpul : Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Batu Maung

Aktiviti : Membersihkan kawasan sekitar sertamengenal pasti tumbuh-tumbuhan dan kegunaannya.

Ahli-ahli yang berminat, sila daftarkan nama kepada Encik Mohd Hamizan bin Harsidi berserta dengan bayaran tambang sebanyak RM 30.00 sebelum 7 Oktober 2013.

Page 14: BM KERTAS 1 THN 3

SULIT 011

37. Bilakah lawatan itu akan diadakan?A. 16 Oktober 2013B. 15 Oktober 2013C. 12 Oktober 2013D. 7 Oktober 2013

38. Pukul berapakah rombongan itu akan bertolak?A. 7.00 pagiB. 8.00 pagiC. 7.30 pagiD. 8.15 pagi

39. Berapakah tambang bagi menyertai lawatan itu?A. RM 25.00B. RM 30.00C. RM 20.00D. RM15.00

40. Tarikh akhir pembayaran untuk menyertai lawatan itu ialahA. 7 Oktober 2016B. 12 Oktober 2016C. 6 Oktober 2016D. 13 Oktober 2016

KERTAS SOALAN TAMAT

14