http://tintalidaf.blogspot.com/2011/03/sajak-persahabatan.htmlSajak:
Persahabatan ( Mohd. Amran Daud )Sumber: Bahagian Pembangunan
Kurikulum ( KPM )
1Seorang kanak-kanakberbaju kurung nampak cantikberlesung pipit
beralis lentikbermain-main riang, bermain keseoranganpada wajahnya
meriak gembirapada bibirnya menguntum ceriaberderai ketawa mengocak
suasana.
IISeorang kanak-kanakberpakaian ceongsam bertocang duabergincu
pipi tampak ceriatiba-tiba datang menerpa bertegur sapamenghulur
senyum dan ketawa manjapada wajahnya menyerlah kerianganmereka
bermain alang-kepalangberkejar-kejaran tanpa halangan.
IIISeorang kanak-kanakbersari bergelang kakibertindik hidung
menguntum serimelihat saja telatah manjasi comel berdua, bermain,
dan ketawadirinya bagai digamit bermain bersamamengongsi
kemesraanmenterjemah makna kejiranan.
IVAh, kanak-kanakbiar berlainan agamabiar berlainan bangsamereka
saling bersalamandan berpeluk mesratanpa menghirau adat dan
budaya;membina keakraban tanpa curigamembentuk perpaduan tanpa
prasangkabersatu hati membentuk jati dirike arah wawasan lebih
bererti!
Tema:Sajak ini mengemukakan tema tentang perpaduan antara kaum -
masyarakat berbilang kaum perlulah bekerjasama antara satu sama
lain bagi mewujudkan perpaduan.
Nilai:Nilai perpaduan
Rangkap I , II, dan III menceritakan tentang nilai masyarakat
Melayu, India, dan Cina perlulah bersatu padu antara satu sama lain
untuk menjayakan wawasan negara.
Nilai keakraban.
Rangkap IV menunjukkan nilai keakraban dalam hubungan
persahabatan. Nilai ini dapat dilihat kepada telatah kanak-kanak
pelbagai kaum menjalin hubungan persahabatan tanpa timbul rasa
curiga. Nilai ini wajar diterapkan sejak kecil lagi supaya dapat
mengeratkan hubungan antara kaum.
Menghargai tradisi
Rangkap I, II, dan III turut menekankan nilai-nilai tradisi
mengikut kaum masing-masing. Kaum Melayu mengenakan baju kurung,
kaum Cina memakai ceongsam manakala kaum India mengenakan pakaian
sari.
Hormat-menghormati
Rangkap IV menekankan nilai hormat menghormati sesama kaum dan
tidak mengira usia dan menjalinkan hubungan baik dalam kalangan
kanak-kanak.
Pengajaran :
Kita hendaklah menjalinkan hubungan persahabatan tanpa mengira
kaum atau agama.
Kita janganlah menyimpan perasaan curiga atau prasangka antara
satu sama lain.
Masyarakat perlulah bersatu-padu antara satu sama lain bagi
menjayakan wawasan negara
http://tintalidaf.blogspot.com/2011/03/sajak-hari-guru.html
Sajak: HARI GURU ( Selina S.F Lee )Sumber: Bahagian Pembangunan
Kurikulum ( KPM )
1Hari iniadalah hari kitamenjunjung amanahsandaran harapan insan
berjutayang bernama ibu dan bapamemikul misi murnimengasuh
mendidiktunas bangsaharapan nusa.Semasa sambutan Hari Guru, para
guru bertekad menunaikan amanah dan harapan para ibu bapa untuk
melaksanakan tugas mendidik anak-anak yang bakal menerajui
negara.
11Hari iniadalah hari yang menuntut kitabertafakurapakah tiang
azammasih tegak kukuhapakah perdu semangattak tergoncang
ributSambutan Hari Guru merupakan hari para guru bermuhasabah diri
tentang tanggungjawab dan keazaman mereka sama ada masih lagi kukuh
atau telah hilang kerana pelbagai dugaan.
111Hari iniada bunga dikalungkanada puji dilafazkanada jasa
dikenangada salam dihulurtanda hormat;pada insan yang bergelar
GURU.Hari guru merupakan hari para guru menerima penghormatan dan
penghargaan kerana jasa-jasa mereka.
Tema:Sajak ini mengemukakan tema tentang penghargaan kepada para
guru melalui sambutan Hari Guru.
http://cikguazharrodzi.blogspot.com/2011/01/sajak-persahabatan-komsas-tingkatan-2.html
Nilai
Nilai amanah
Rangkap I menunjukkan para guru memikul amanah para ibu bapa
untuk mendidik dan mengasuh anak-anak mereka.
Nilai tanggungjawab
Rangkap I mengatakan bahawa guru-guru bertanggungjawab untuk
melaksanakan tugas untuk membimbing anak bangsa.
Nilai penghargaan
Rangkap II ini dapat dilihat bahawa jasa guru dihargai dan
dikenang melalui sambutan hari guru.
Pengajaran
Para guru hendaklah menunaikan amanah ibu bapa untuk mendidik
anak-anak mereka.
Kita hendaklah menghargai peranan para pendidik (guru) dalam
usaha mendidik dan memberi ilmu kepada anak bangsa kita sambutan
hari guru merupakan salah satu cara yang dilakukan bagi menghargai
para pendidik.
Para guru hendaklah sedar peranan dan tanggungjawab yang dipikul
oleh mereka.
Kita hendaklah mengenang jasa orang yang banyak memberi ilmu
kepada kita jasa para guru hendaklah sentiasa kita kenang.
Sajak Laut (Ismail sharif)
Laut ini begitu birulaut ini begitu luaslaut ini begitu
indah.Betapa bahagianya hatilaut ini membuatku bahagialaut ini
begitu tenangbegitu kaya.
Kulihat pasir putihkulihat kerangkurasakan ombak menyapa
kakiangin pantai membelai.Seorang nelayan jauh di sanaberdiri di
atas perahu kecilmenebarkan jalamencari ikan untuk keluarga.
Burung-burung laut menari-nari di sanamengepak-ngepakkan
sayapnyabegitu gembira mereka bernyanyibagai berlumbadengan
nyanyian ombak.
Setengah matahari kulihat di seberangdi seberang laut biru
inibagai malu-malu ia mengintipnamun dengan setiamemberi
sinarnya.
Hai, laut biruhari ini juga aku nyatakankau adalah
saudaraku!
TemaKeindahan laut dan persekitarannya yang menyumbang terhadap
kehidupan makhluk lain.
Nilai
Nilai kesyukuranKeseluruhan rangkap menunjukkan nilai syukur
dengan nikmat keindahan alam yang mampu memberikan ketenangan dalam
hidup kita.
Nilai kegigihanRangkap tersebut mempamerkan nilai kegigihan
nelayan mencari rezeki untuk menyara keluarga.
Nilai kesabaranRangkap tersebut menyatakan nilai kesabar yang
dihadapi oleh nelayan dalam menempuhi ombak dengan perahu
kecilnya..http://rafnorhafiza.blogspot.com/2011/04/sajak-laut-kokmsas-tingkatan-2.html
Pengajaran
Kita hendaklah bersyukur dengan keindahan alam ciptaan tuhan
keindahan dan ketenangan di kawasan laut dapat memberi
ketenangan.
Kita perlulah gigih berusaha untuk mendapatkan rezeki nelayan
berusaha gigih bagi mendapatkan rezeki untuk menyara keluarga.
Kita seharusnya menghargai keindahan alam sekeliling kita.
http://tintalidaf.blogspot.com/2011/03/sajak-burung-burung-pagi.htmlSajak:
BURUNG-BURUNG PAGI ( A. Wahab Ali )Sumber: Bahagian Pembangunan
Kurikulum ( KPM )
Kau telah bangunMengirai sayapmuEntah siul keberapa kau
nyanyikanMembuka matakuKemunculan golongan pengemis pada awal pagi
untuk mencari rezeki telah menyedarkan penyajak.
Aku bangunMasih kuap sekali di pintuDan setompok cahaya matahari
di dadakuKerjaku sudah menantiPada ketika itu penyajak baru sahaja
bersiap-siap untuk keluar ke tempat kerja.
Kulihat kau mematuk pasir permataMelintas kota tandus dari
pepohonApakah ada ulat-ulat lemak bagimuAtau secebis roti busukDan
remah anak-anak sekolahRezekimuBagiku kota ini terlalu sempit
bagimuPenyajak memerhatikan golongan pengemis yang berusaha mencari
rezeki di tengah kota. Penyajak tertanya-tanya sama ada golongan
ini mampu terus mendapatkan sedikit rezeki atau lebihan makanan
daripada orang lain. Bagi penyajak, kota tersebut tidak sesuai bagi
golongan ini untuk terus mendapatkan rezeki.
Tapi kau yang hanyaSejemput dagingBegitu yakin denganSayapmu
yang kecilNamun penyajak dapat merasakan bahawa golongan ini begitu
yakin dengan kudrat dan kemampuan mereka walaupun serba
kekurangan.
Tema:
Sajak ini mengemukakan tema kehidupan golongan pengemis di
tengah kota - Golongan pengemis ini dilambangkan dengan
burung-burung yang keluar pada waktu pagi untuk mendapatkan
makanan.
Nilai:
Nilai keprihatinan. Contoh keprihatinan dengan nasib golongan
pengemis di kota.
Nilai kegigihan. Contoh: Pengemis berusaha mencari rezeki untuk
meneruskan kehidupan mereka.
Nilai keyakinan. Contoh: Golongan pengemis yakin dengan
kemampuan mereka untuk terus hidup di kota-kota besar.
Pengajaran
Kita hendaklah prihatin dengan kesusahan yang dialami oleh orang
lain contohnya penyajak prihatin dengan nasib golongan
pengemis.
Kita hendaklah gigih berusaha untuk mendapatkan rezeki contohnya
golongan pengemis keluar awal-awal pagi untuk mencari rezeki.
Kita seharusnya yakin dengan kemampuan diri contohnya golongan
pengemis yakin dengan kemampuan mereka untuk terus hidup dengan
usaha mereka mencari rezeki.