Top Banner

of 33

Modul Sajak

Oct 08, 2015

Download

Documents

Nor Aida Salleh

sajak komsas form 2
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript

PERSAHABATAN ISeorang kanak-kanak berbaju kurung nampak cantikberlesung pipit beralis lentikbermain-main riang, keseoranganpada wajahnya meriak gembirapada bibirnya menguntum ceriaberderai ketawa mengocak suasana.

IISeorang kanak-kanak Berpakaian ceongsam bertocang dua Bergincu pipi tampak ceria tiba-tiba datang menerpa bertegur sapa menghulur senyum dan ketawa manjapada wajahnya menyerlah kerianganmereka bermain alang-kepalangberkejar-kejaran tanpa halangan

IIISeorang kanak-kanak Bersari bergelang kaki Bertindik hidung menguntum seriMelihat saja telatah manja si comel berdua, bermain, dan tertawadirinya bagai digamit bermain bersamaberkongsi kemesraan menterjemah makna kejiranan

IVAh, kanak-kanak biar berlainan agamabiar berlainan bangsamereka saling bersalaman dan berpeluk mesratanpa menghiraukan adat dan budayamembina keakraban tanpa curigamembentuk perpaduan tanpa prasangka bersatu hati membentuk jati dirike arah wawasan lebih bererti

SET 11. Apakah yang menyebabkan kanak-kanak bersari itu ingin bermain bersama-sama? A kerana melihat gelagat kanak-kanak yang sedang bermain-main B kerana terdengar dua orang kanak- kanak itu memanggilnya bermain C kerana melihat keriangan dua orang itu bermain-main D kerana melihat dua orang kanak-kanak itu menggamitnya dengan mesra 2. Yang berikut ialah tindakan yang dilakukan oleh kanak-kanak dalam sajak ini, kecuali A berkejar-kejaran B saling bersalaman C belajar bersama-sama D berpeluk mesra

Bersatu hati membentuk jati diri3.

Pengulangan huruf t dalam baris sajak di atas merupakan unsur A responsi B inversi C asonansi D aliterasi

4. Nilai yang manakah yang tidak terdapat dalam sajak ini? A keadilan B kemesraan C perpaduan D kasih saying

5. Yang manakah antara yang berikut bukan pengajaran yang terkandung dalam sajak Persahabatan? A Kita perlu membiarkan anak-anak kita bermain-main di taman permainan B Kita hendaklah sentiasa menjaga keharmonian kaum C Janganlah kita bersikap prasangka hanya disebabkan oleh perbezaan bangsa dan budaya D Kita hendaklah hisup sepakat dan berbaik-baik antara pelbagai kaum

SET 2

1. Antara berikut yang manakah sama ertinya dengan perkataan curiga yang terdapat pada rangkap keempat baris ketujuh sajak Persahabatan? A Takut B Seram C Sangsi D Terkejut

2. Berikut merupakan persoalan utama yang ditekankan dala sajak Persahabatan, kecuali A perpaduan B perbalahan C semangat kejiranan D hormat-menghormati

Berderai ketawa mengocak suasana3.

Gaya bahasa yang digunakan pada baris sajak di atas ialah A hiperbola B metafora C anafora D personifikasi

4. Antara yang berikut, nada yang digunakan oleh pengarang dalam sajak Persahabatan ialah A sinis B romantis C melankolik D patriotism

Membina keakraban tanpa curigaMembentuk perpaduan tanpa prasangkaBersatu hati membentuk jati diri5.

Apakah pengajaran yang ingin disampaikan oleh penyajak dalam baris di atas? A Kita hendaklah menanamkan sifat kasih saying dalam diri agar dapat menjalinkan persahabatan yang lebih bermakna B Kita haruslah menanamkan sikap bersatu padu agar hidup kita lebih harmoni C Kita haruslah mengekalkan budaya hidup masing-masing dalam masyarakat yang berbilang kaum D Kita hendaklah saling bertegur sapa dan tidak sombong untuk menjalinkan ikatan persahabatan antara kaum

SET 3 1. Yang berikut ialah gambaran kanak-kanak berbaju kurung yang sedang bermain, kecuali A sentiasa tersenyum B berlari-larian C ketawa riang D ada riak gembira pada wajahnya

2. Maksud frasa menterjemah makna kejiranan ialah A mengetahui siapa jiran mereka B memahami siapa kawan mereka C mengamalkan semangat kejiranan D mengingati jasa jiran mereka

Bertindik hidung menguntum seri3.

Pengulangan vokal i dalam baris sajak di atas merupakan unsur gaya bahasa A responsi B inversi C asonansi D aliterasi

4. Apakah pengajaran yang dapat diambil daripada sikap kanak-kanak dalam sajak Persahabatan? A Kita hendaklah sentiasa bersikap gembira B Kita hendaklah berkawan dengan semua orang C Kita perlu berbaik-baik dengan jiran D Kita perlu berbuat baik dengan orang yang berbuat baik dengan kita

5. Tema sajak Persahabatan karya Mohd Amran Daud ialah A perbezaan kaum B perpaduan kaum C hubungan kekeluargaan D keindahan zaman kanak-kanak

SET 4

1. Bahagian II sajak ini, pengarang memfokuskan seorang kanak-kanak perempuan yang A berketurunan Melayu B berketurunan Cina C berketurunan India D berketurunan Orang Asli

2. Antara yang berikut, manakah tidak berkaitan dengan kanak-kanak seperti yang dinyatakan dalam sajak di atas? A Kanak-kanak pelbagai bangsa yang dalam kehidupan riang B Kanak-kanak pelbagai bangsa yang hidup berjiran dan berbaik-baik C Kanak-kanak pelbagai bangsa yang bersatu padu tanpa curiga D Kanak-kanak pelbagai bangsa yang diawasi oleh ibu bapa ketika mereka bermain bersama-sama

3. Antara tema sajak ini ialah A Kehidupan kanak-kanak miskin B Ragam kanak-kanak di negara kita C Perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat D Ke arah memupuk jati diri dalam kalangan masyarakat di negara kita

Biar berlainan agama Biar berlainan bangsa4.

Unsur gaya bahasa yang digunakan dalam baris-baris di atas ialah A pengulangan B personifikasi C metafora D similie

5. Apakah nilai yang tidak terdapat dalam sajak ini? A Kasih saying B Bekerjasama C Menghormati D Berdikari

SAJAK HARI GURU

IHari ini adalah hari kitamenjunjung amanahsandaran harapan insan berjutayang bernama ibu dan bapamemikul misi murnimengasuh mendidiktunas bangsa harapan bangsa

IIHari iniadalah hari yang menuntut kitabertafakurapakah tiang azamapakah perdu semangattak tergoncang rebutAtaukah langkah kita sudah pincang tertusukduri-duri duga?

IIIHari ini ada bunga dikalungkanada puji dilafazkanada jasa dikenangada salam dihulurtanda hormatpada insan yang bergelar GURU

SET 1

1. Apakah misi murni yang dimaksudkan oleh penyajak dalam rangkap pertama sajak di atas? A mengajar para pelajar agar menyayangi guru B mendidik para pelajar di sekolah C mengasuh para pelajar agar menghargai guru D mengajar para pelajar cara-cara untuk mengadakan sambutan Hari Guru

adalah hari yang menuntut kita 2.

Kata kita dalam baris sajak di atas ditujukan kepada A pelajar B para guru C pengetua D pemimpin

tunas bangsa3.

Unsur gaya bahsa yang terdapat dalam frasa di atas ialah A simile B sinkope C metafora D personifikasi

4. Pilih nilai yang terdapat dalam rangkap ketiga sajak Hari Guru. A amanah B kesetiaan C kepatuhan D penghormatan

5. Nada sajak Hari Guru ialah A melankolik B patriotik C protes D sinis

SET 2

1. Golongan yang mengharapkan guru-guru mendidik generasi muda ialah A masyarakat sekeliling B para murid C ibu bapa D pemimpin

ataukah langkah kita sudah pincang tertusukduri-duri duga?2.

Baris-baris sajak di atas membawa maksud A murid-murid yang sering menduga guru-guru B masalah atau cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru C guru-guru tidak menyangka tugas mereka menjadi berat D murid hanya mahu menguji guru-guru mereka dengan pelbagai cabaran

apakah tiang azammasih tegak kukuh3.

Frasa tiang azam dalam baris sajak di atas merujuk unsur gaya bahasa A personifikasi B metafora C inversi D simile

4. Nilai yang agak penting dalam rangkap terakhir sajak ini ialah A kasih sayang B bekerjasama C menghormati D berdikari

5. Apakah tema sajak ini? A masalah-masalah yang dihadapi oleh guru B Kenangan murid terhadap gurunya C Jasa dan pengorbanan guru D Cita-cita menjadi guru

SET 3

1. Antara berikut, perkataan manakah sama ertinya dengan perkataan kukuh yang terdapat pada rangkap kedua baris kelima sajak Hari Guru? A Teguh B Rapuh C Lemah D Lemah

2. Penyajak menjadikan golongan _________________ sebagai watak utama dalam sajak Hari Guru. A polis B pendidik C jurutera D doktor

duri-duri duga3.

Gaya bahasa yang digunakan dalam baris di atas ialah A simile B metafora C anafora D personifikasi

4. Apakah teknik gaya bahasa yang digunakan dalam rangkap ketiga sajak Hari Guru? A Hiperbola B Epifora C Anafora D Metafora

5. Antara berikut, yang manakah tidak terkandung dalam sajak Hari Guru? A Bertanggungjawab B Penghargaan C Iri hati D Amanah

SET 4

1. Mengapakah kita menjadi sandaran harapan kepada insan berjuta? A kerana mempunyai daya kecekalan yang tinggi dalam mendidik B kerana berupaya untuk memikul tugas ibu bapa C kerana berperanan besar dalam mendidik murid-murid D kerana dipertanggungjawabkan oleh para ibu bapa untuk mendidik anak mereka

2. Rangkap kedua sajak ini meminta para guru agar A berdiam diri dan berfikir sejenak tentang diri mereka B memikirkan peranan dan keazaman mereka dalam mendidik murid-murid C berfikir tentang langkah-langkah bagi memperbaiki mutu pengajaran D berfikir tentang sumbangan mereka dalam menjayakan Hari Guru

tunas bangsa, tiang azam, perdu semangat3.

Unsur gaya bahasa yang terdapat dalam frasa-frasa di atas ialah A sinkope B simile C personifikasi D metafora

4. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang sajak Hari Guru. A Sajak ini berbentuk terikat B Terdiri daripada tiga rangkap C Setiap baris mengandungi antara satu hingga lima patah kata. D Setiap baris terdiri daripada empat hingga sebelas suku kata sebaris

5. Tema sajak Hari Guru ialah A pengorbanan para pendidik yang berkhidmat di negara ini B sikap para guru yang mengharapkan penghormatan C tanggungjawab yang dipikul oleh setiap guru D penghormatan terhadap para guru yang banyak berjasa

SAJAK BURUNG-BURUNG PAGI

Kau telah bangun Mengirai sayapmuEntah siul keberapa kau nyanyikanMembuka mataku

Aku bangunMasih kuap sekali di pintuDan setompok cahaya matahari di dadakuKerjaku sudah menanti

Kulihat kau mematuk pasir pertamaMelintas kota tandus dari pepohonApakah ada ulat-ulat lemak bagimuAtau secebis roti busukDan remah anak-anak sekolah Rezekimu Bagiku kota ini terlalu sempit bagimu

Tapi kau yang hanyaSejemput dagingBegitu yakin denganSayapmu yang kecil

SET 1

1. Kata tandus dalam rangkap ketiga bermaksud A kawasan yang dipenuhi tumbuhan menghijau B kawasan yang tidak ditumbuhi apa-apa C kawasan yang dilanda bencana alam D kawasan yang amat luas

2. Semua yang berikut ialah sifat-sifat burung yang terdapat dalam sajak, kecuali A tubuhnya kecil B gigih mencari rezeki C pandai bernyanyi D berkeyakinan tinggi

Melintas kota tandus dari pepohon3.

Pengulangan konsonan t dalam baris sajak di atas merupakan unsur A responsi B inversi C aliterasi D asonansi

4. Contoh imej alam yang dapat ditemukan dalam sajak Burung-burung Pagi ialah A remah B kota C roti busuk D cahaya matahari

5. Apakah tema yang dikemukakan dalam sajak di atas ialah A Rutin hidup seekor burung B Kegigihan mencari rezeki C Masalah yang dihadapi ketika mencari rezeki D Rajin berusaha pasti berjaya

SET 2

1. Apakah yang hendak disampaikan oleh penyajak dalam sajak? A Kesedihan seekor burung B Kesaktian seekor burung C Kecekalan seekor burung D Kesakitan seekor burung

2. Pada perangkap manakah yang memerihalkan tentang penyajak? A Rangkap 1 B Rangkap 2 C Rangkap 3 D Rangkap 4

3. Berikut ialah nilai-nilai yang terdapat dalam sajak, kecuali A kegembiraan B kegigihan C ketabahan D kesedaran

4. Berikut ialah persoalan yang terdapat dalam sajak, kecuali A sentiasa yakin dengan diri sendiri B mudah berputus asa C tabah dalam menjalani kehidupan D cekal mengharungi dugaan

5. Baris melintas kota tandus dari pepohon dalam rangkap ketiga bermaksud A terkurung dalam sangkar B hinggap di pepohon C melebarkan sayapnya D berterbangan bebas

SET 3

1. Kata remah yang terdapat dalam sajak di atas bermaksud A makanan yang sudah basi B sisa-sisa atau lebihan makanan C lebihan makanan semalam D bekalan anak-anak untuk dibawa ke sekolah

2. Berdasarkan sajak Burung-burung Pagi, apakah perkara yang menyebabkan penyajak terjaga daripada tidurnya? A cahaya matahari yang masuk ke biliknya B suara kanak-kanak yang hendak ke sekolah C terdengar siulan burung yang seakan-akan bernyanyi D bunyi burung-burung sedang mematuk makanan

3.Frasa kota tandus dalam rangkap ketiga sajak adalah contoh gaya bahasa A simile B inversi C metafora D personifikasi

4. Penggunaan unsur alam yang terdapat dalam sajak ini ialah A roti B pasir C bangun D sekolah

5. Semua yang berikut ialah nilai yang dapat ditemukan dalam sajak ini, kecuali A kegigihan B kesyukuran C kerajinan D kerjasama

SET 4

1. Cabaran utama bagi burung seperti yang digambarkan dalam sajak di atas ialah A manusia yang tidak mengendahkan kehidupan burung B kesukaran burung untuk mendapatkan makanan C manusia yang memburu burung D pencemaran alam

2. Jasa burung kepada manusia ialah terdapat dalam rangkap pertama sajak ialah A menjadi lambing kebebasan kepada manusia B dagingnya boleh dimakan oleh manusia C memberi kesedaran kepada manusia D mengejutkan manusia daripada tidur

3. Apakah persoalan yang terdapat dalam sajak ini? A Ketabahan mencari rezeki B Konflik manusia dengan alam C keindahan alam ciptaan Tuhan D Kesukaran manusia memperoleh rezeki

Kerjaku sudah menanti4.

Unsur gaya bahasa yang digunakan oleh penyajak dalam bari di atas ialahA personifikasiB anaforaC inversiD simile

5. Apakah nilai yang terdapat dalam rangkap keempat sajak ini?A KerajinanB KerjasamaC KeyakinanD Menghormati

Sajak KetenanganAku terus berjalan tanpa menghiraukan rintangancabaran yang mengahalangair mataku menitisjiwaku merabahatiku terseksamencari ketenangan jiwa

Ketenangan kini kutemuimusuasana sepi menjadi riangsuasana gelap menjadi terang

Kini kusedari bahawa ketenangan bukan datangnya dari kesenangankekayaan dan kemewahan

berilmu dan berimandi situ ia datangmenjadikan jiwaku tenteramapabila aku mendekatinya.

(Dipetik daripada antologi sepi Gadis Genius)

SET 11. Menurut penyajak , ketenangan hanya dapat dipelolehi apabila..A. mengingati perbuatan masa lampau B. kembali ke landasan yang benarC. melupakan semua keperluan di dunia iniD. kejayaan dan kekayaan sebenar dikecapi

2. Semua yang berikut ialah keadaan penyajak sebelum ketenangan ditemuinya kecualiA. kesayuanB. kekosonganC. kebahagianD. kesepian

3. unsur gaya bahasa yang terdapat pada frasa jiwaku meraba ialahA. anaforaB. simileC. personifikasiD. hiperbola

4. Apakah nada sajak iniA.sinisB. romantikC. melankolikD. patriotik

5. Rima akhir rangkap kedua dalam sajak ketenangan ialahA. aabbB. abacC. abbcD. abcc

SET 2 1. Apakah yang sedang dicari-cari oleh penyajak?A. kekayaanB. ketenanganC. kesenanganD. kejayaan

2. Tanggapan penyajak tentang ketenangan ialahA.terlalu sukar untuk diperolehiB. tidak semestinya berpunca daripada kekayaanC. hanya diperolehi oleh mereka yang senang-lenangD. akan diperolehi selepas menempuh pelbagai cabaran.

Suasana sepi menjadi riangSuasana gelap menjadi tenang

3. unsur gaya bahasa yang digunakan dalam baris-baris sajak ketenangan ialahA. simileB. metaforaC. anafora D. inverse

4. Apakah pengajaran yang terdapat dalam sajak ini.A. mesti berusaha untuk mencari rezekiB. mesti mengakui kebesaran TuhanC. mesti pandai menjaga diri sendiriD. mesti menjalin persahabatan

5. 1.Maksud rangkap pertama sajak ini ialahA. penyajak tidak menghiraukan rintangan dan cabaran yang datang untuk mencari ketenangan jiwanyaB. penyajak menyedari bahawa kebahagian hidup bukannya datang daripada kesenangan dan kemewahanC. ketenangan itu datangnya daripada ilmu dan iman dan menjadikan jiwa penyajak tenteram apabila mendekatinyaD. manusia perlu meneruskan hidup dalam apa jua keadaan

SET 3

1. Semua yang berikut sama maksudnya dengan kata tenteram kecualiA. amanB. sentosaC. damai D. selesa

2. Penggunaan gaya bahasa anafora dapat ditemukan pada rangkapA. pertamaB. keduaC. ketigaD. keempat

3. Nilai yang dapat diperolehi dalam sajak Ketenangan karya Nor Rasidah mohd ialahA, kejujuranB. kegigihanC. kasih sayangD. keinsafan

4. Pilih baris sajak yang mempunyai unsure gaya bahasa personifikasi A. jiwaku merabaB. suasana gelap menjadi terangC. kekayaan dan kemewahanD. apabila aku mendekatiNya

SET4

1.Maksud rangkap ketiga sajak ini ialahA. penyajak tidak menghiraukan rintangan dan cabaran yang datang untuk mencari ketenangan jiwanyaB. penyajak menyedari bahawa kebahagian hidup bukannya datang daripada kesenangan dan kemewahanC. ketenangan itu datangnya daripada ilmu dan iman dan menjadikan jiwa penyajak tenteram apabila mendekatinyaD. manusia perlu meneruskan hidup dalam apa jua keadaan

2. Sajak ketenangan ini juga dikenali sebagaiA. puisi Melayu tradisionalB. puisi Melayu modenC. prosa Melayu rakyatD. puisi Melayu rakyat.

3.Apakah pengajaran yang dapatt diperolehi daripada sajak iniA. kita mestilah tabah dalam mencari kebahagian dan ketenangan dalam kehidupanB. kita perlu rakus untuk mencapai cita-cita dan impian hidupC. kita digalakkan bertindak zalim demi mengejar cita-cita dan kejayaanD. kita harus ada perasaan iri hati terhadap kejayaan orang lain

4. Berapakah bilangan rangkap yang terdapat dalam sajak ketenangan iniA. 2B. 3C. 4D. 5

5.Maksud rangkap terakhir sajak ini ialahA. penyajak tidak menghiraukan rintangan dan cabaran yang datang untuk mencari ketenangan jiwanyaB. penyajak menyedari bahawa kebahagian hidup bukannya datang daripada kesenangan dan kemewahanC. ketenangan itu datangnya daripada ilmu dan iman dan menjadikan jiwa penyajak tenteram apabila mendekatinyaD. manusia perlu meneruskan hidup dalam apa jua keadaan

Sajak LautLaut ini begitu biruLaut ini begitu luasLauit ini begitu indah

Betapa bahagianya hatiLaut ini membuatku bahagiaLaut ini begitu tenangBegitu kaya

Kulihat pasir putihKulihat kerangKurasakan ombak menyapa kakiDan kurasakan Angin pantai membelai

Seorang nelayan jauh di sanaBerdiri di atas perahu kecil Menenarkan jalaMencari ikan untuk keluarga

Burung laut menari-nari di sanaMengegap-ngepak sayapnyaBegitu gembira mereka bernyanyiBagai berlumbaDengan nyanyian ombak

Setengah matahari kulihat di seberangSi seberang laut biru ituBagai malu-malu ia mengintipNamum dengan setiaMember sinarnya

Hai, laut biruHari ini juga aku nyatakan Kau adalah saudaraku

(Dipetik daripada antologi sepi Gadis Genius)

SET1 1. Apakah persoalan yang terdapat dalam rangkap pertama sajak iniA. laut yang menberi ketenangan jiwaB. kekaguman penyajak terhadap lautC. laut sebagai sumber mencari rezekiD. laut yang membahayakan nyawa

Menebarkan jalaMencari ikan untuk keluarga2. berdasarkan baris-baris sajak di atas, laut dijadikan oleh manusia sebagai tempat untukA. menikmati keindahanB. mencari rezekiC. berehatD. bersuka ria

bagai malu-malu ia mengintip3. Apakah unsur gaya bahasa yang terdapat dalam baris sajak di atasA. simileB. aliterasiC. personifikasiD. metafora

4. Nada Sajak Laut ialahA. sinis B. patriotikC. romantikD. melankolik

5. Apakah amanat penyajak melalui sajak ini ialahA.manusia perlu menghargai alam sekitarB. manusia perlu menghadapi segala dugaan hidupC. manusia perlu peka akan keadaan sekelilingD. manusia tidak akan menghadapi masalah dengan isi alam

SET21. Apakah maksud rangkap kedua sajak di atas.A. penyajak menggambarkan laut yang biru dan luasB. penyajak berasa bahagia dan tenang apabila memerhatikan lautC. penyajak menceritakan keadaan nelayan yang mencari rezeki untuk keluargaD. penyajak mengakui bahawa laut adalah saudaranya

2. Penyajak mangatakan bahawa laut adalah saudaranya keranaA. laut memberikan ketenangan kepadanyaB. laut memberikan rezeki kepada para nelayan C. kehidupan di laut amat rapat dengan dirinyaD. keadaan di laut amat cantik dan berharga

3. pilih persoalan yang tidak terdapat dalam Sajak LautA. bersahabat dengan lautB. menghayati keindahan alam C. nelayan mencari rezeki di lautD. mencari ketenangan dengan menghayati unsur alam

Angin pantai membelai4. Merupakan gaya bahasaA. metaforaB. hiperbolaC. epiforaD. personifikasi

5. Apakah amanat penyajak melalui sajak iniA. manusia perlu menghargai alam skitarB. manusia perlu menghadapi segala dugaan hidupC. manusia perlu peka akan keadaan sekelilingD. manusia tidak akan menghadapi masalah dengan isi alam

SET31. Apakah tema sajak iniA. kecintaan penyajak terhadap kehidupan lautB. kesabaran dan ketenangan penting dalam menangani segala kesulitanC. kehidupan yang kekal abadiD. perjalanan manusia merentasi laut yang luas

2. Pilih baris sajak yang menggambarkan perasaan penyajak terhadap lautA. laut ini membuatku bahagiaB. kurasakan ombak menyapa kakiC. mencari ikan untuk keluargaD. begitu gembira mereka bernyanyi

3. Apakah yang ingin disampaikan oleh penyajak dalam rangkap terakhir sajak iniA. penyajak amat menghargai lautB. penyajak ingin sentiasa berada berhampiran dengan lautC. penyajak berasa amat senang hati sekiranya berasa di lautD. penyajak amat gemar melihat laut

4. Unsur gaya bahasa yang terdapat pada baris ombak menyapa kaki ialahA. simileB. aliterasiC. metaforaD. personifikasi

5. Pilih tema sajak lautA. laut dan kehidupan di dalamnyaB. kehidupan seorang nelayanC. menghayati keindahan lautD. keindahan alam semesta

SET4 1. Apakah maksud rangkap pertama sajak di atas.A. penyajak menggambarkan laut yang biru dan luasB. penyajak berasa bahagia dan tenang apabila memerhatikan lautC. penyajak menceritakan keadaan nelayan yang mencari rezeki untuk keluargaD. penyajak mengakui bahawa laut adalah saudaranya

2. Apakah maksud rangkap terakhir sajak di atas.A. penyajak menggambarkan laut yang biru dan luasB. penyajak berasa bahagia dan tenang apabila memerhatikan lautC. penyajak menceritakan keadaan nelayan yang mencari rezeki untuk keluargaD. penyajak merasakan bahawa laut dan dirinya amat akrab bagaikan saudara.

3.Nyatakan nada yang terdapat dalam sajak di atasA. sinis B. patriotikC. romantikD. melankolik

4. Rima akhir rangkap keenam dalam sajak Laut ialahA. aabbdB. abcddC. abbcD. abcc

5. Melalui sajak di atas, pengajaran yang dapat kita perolehi ialahA. kita wajar menghargai keindahan laut B. kita seharusnya memelihara keindahan lautC. kita janganlah mencemarkan laut D. kita hendaklah cinta akan laut

Warkah Kepada GenerasiGenerasiku tercintaKalian adalah kelompok bertuahYang sempat berteduh di langit alaf baruDengan keberanian sebagai bangsa bermaruahDi tanah merdeka milik abadi kita

Generasiku yang bijak bestariIni bumi suci perjuangan nenek moyang Yang bersumpah setia memartabatkan bangsaMendaulatkan tanah air, mencipta kebebasan Membina istana merdeka yang kalian diami

Penutup warkah ini Ingin kuingatkan : jangan biarkan akar sejarah Tercabut dari bumi bertuah ini

(Dipetik daripada antologi sepi Gadis Genius)

SET 11. Siapakah yang dimaksudkan oleh penyajak dengan generasikuA. rakyat pada zaman sekarangB. anak-anak penyajakC. ibu bapa penyajakD. nenek moyang

2. Apakah pesan pesan generasi kepada generasi kiniA. sentiasa bersikap beraniB. tidak melupakan sejarahC. menghargai kemodenan negaraD. bersumpah untuk mendaulatkan tanah air3. Nada sajak ini ialahA. sinisB. patriotikC. romantikD. melankolik

ingin kuingatkan jangan biarkan akar sejarah 4. Unsur gaya bahasa yang terdapat dalam baris sajak di atas ialah A. repetisiB. aliterasiC. asonansiD. personifikasi

dengan keberanian sebagai bangsa bermaruah5. Unsur gaya bahasa yang terdapat dalam baris sajak di atas ialah A. repetisiB. aliterasiC. asonansiD. personifikasi

SET21. Apakah tema sajak ini.A. patriotismB. perjuangan C. keberanianD. kemasyarakatan

2. Nyatakan rima akhir akhir bagi rangkap kedua sajakA. abcdaB. abcdeC. abcddD. abccd

3. Apakah nilai penting yang terdapat dalam sajak ini.A. berjimat cermatB. pemurahC. keberanianD. bertolak ansur

4. Apakah harapan penyajak dalam rangkap terakhir sajak iniA. mahu generasi muda mempertahankan negara daripada musuhB. mahu generasi muda bercucuk taman di negara bertuah iniC. mahu generasi muda berusaha di tanah bertuah ini

5. Frasa istana merdeka dalam baris sajak di atas meruju unsure gaya bahasaA. personifikasiB. metaforaC. inversiD. simile

SET31. Yang manakah antara yang berikut bukan persoalan sajak Warkah kepada GenerasiA. rakyat pada zaman ini bertuah B. memelihara kemerdekaan tanah airC. mengenang sejarah perjuangan nenek moyangD. tanggungjawab rakyat zaman ini untuk menjaga negara

2. Siapakah kalian yang dimaksudkan oleh penulis dalam baris kedua pada rangkap pertamaA. warga tuaB. kanak-kanakC. golongan mudaD. nenek moyang

3. Apakah yang dimaksudkan istana merdeka dalam baris kesepuluh, rangkap kedua.A. istanaB. negaraC. rumahD. sekolah

4. istana merdeka yang terdapat dalam baris kesepuluh dalam rangkap kedua merupakan gaya bahasaA. simileB. metaforaC. anaforaD. sinkope

5. Apakah nilai yang terdapat dalam sajak tersebutA. kasih sayangB. keberanianC. hemah tinggiD.kejujuran

SET41. Berdasarkan sajak tersebut, langkah-langkah yang berikut dapat diambil untuk memelihara kemerdekaan negara,kecualiA. berani ke hadapan demi mempertahankan maruah negaraB. membina negara moden yang penuh dengan kemajuanC. menghayati dan meghargai kemerdekaan negaraD. mendaulatkan tanah air

2. Yang berikut merupakan unsur gaya bahasa metafora yang terdapat dalam sajak di atas. KecualiA. akar sejarahB. bumi bertuahC. nenek moyangD.tanah merdeka

3.Nyatakan rima akhir bagi rangkap ketiga sajakA. abcB. abcC.abaD. bbc

4. Yang manakah bukan pengajaran sajak Warkah kepada Generasi A. janganlah kita melupakan sejarah yang banyak mengajar manusia tentang kesusahanB. kita hendaklah mengingati jasa pejuang kemerdekaanC. janganlah kita memecahbelahkan perpaduan di negara kitaD. kita hendaklah bersyukur kerana kita hidup dalam negara merdeka

5. Mengapakah penyajak mengatakan bahawa generasi kini bertuahA. mereka mempunyai maruah dah harga diriB.mereka hidup dengan kaya raya pada zaman iniC. mereka hidup dengan aman dan damai pada zaman modenD. mereka tidak perlu lagi bersusah payah untuk menentang musuh