Top Banner
BIOLOGI 2.2 Organisasi Sel
23

Biologi TING.4 - 2.2 Organisasi Unisel

Jul 23, 2015

Download

Education

Atiqah Azmi
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Biologi TING.4 - 2.2 Organisasi Unisel

BIOLOGI

2.2 Organisasi Sel

Page 2: Biologi TING.4 - 2.2 Organisasi Unisel

ORGANISASI SEL

Struktur badan organisma diorganisasikan bagi membolehkannya berfungsi dengan sempurna. Lihatlah keunikan struktur yang berbeza dari

kepala hingga kaki. Perbezaan struktur-struktur ini menjadikan fungsi

semua anggota berbeza bagi membentuk organisma.

Page 3: Biologi TING.4 - 2.2 Organisasi Unisel

PROSES HIDUP ORGANISMA UNISEL

• Organisma unisel adalah organisma yang terdiri daripada satu sel sahaja (seperti Amoeba sp. dan Paramecium sp.)

• Organisma unisel menjalankan semua proses hidup di dalam sel tunggalnya.

Page 4: Biologi TING.4 - 2.2 Organisasi Unisel

PEMAKANAN

• PEMAKANAN

Pseudopodium digunakan makanan sehingga membentuk vakoul

makanan. Kemudian, lisosom mengeluarkan

enzim untuk mencernakan makanan

Amoeba sp.

Page 5: Biologi TING.4 - 2.2 Organisasi Unisel

PEMBIAKAN

Amoeba sp.

Page 6: Biologi TING.4 - 2.2 Organisasi Unisel

Belahan dedua merupakan

proses pembahagian

nukleus secara mitosis dan

diikuti dengan pembahagian sitoplasma.

• PEMBIAKAN

Nukleus membahagi kepada dua

Sitoplasma membahagi kepada dua

Dua sel baharu terbentuk

Amoeba sp.

Page 7: Biologi TING.4 - 2.2 Organisasi Unisel

PERKUMUHAN

Amoeba sp.

Page 8: Biologi TING.4 - 2.2 Organisasi Unisel

Amoeba sp.

• PERKUMUHAN

Air memasuki sel secara osmosis.

Air meresap ke dalam vakuol mengecut.

Vakoul membesar ke saiz maksimum

Vakoul bergerak ke pinggir sel

Vakoul mengecut dan menyingkirkan air

Vakoul mengecut menyingkirkan air

berlebihan yang masuk ke dalam sel (osmoregulasi).

Page 9: Biologi TING.4 - 2.2 Organisasi Unisel

PENGKHUSUSAN SEL DALAM ORGANISMA

• Organisma multisel adalah organisma yang mengandungi lebuh daripada satu sel.

• Contohnya, manusia memulakan hayat hidup bermula daripada satu sel tunggal yang disebut zigot

Page 10: Biologi TING.4 - 2.2 Organisasi Unisel

zigot 2 sel 4 sel 8 selSatu

bebola sel

(morula)

Sel darah merah

Sel darah putih

Sperma

Sel saraf

Page 11: Biologi TING.4 - 2.2 Organisasi Unisel

ORGANISASI SEL DALAM ORGANISMA MULTISEL

• Sel-sel yang mempunyai struktur yang sama diorganisasikan menjadi tisu.

• Sekumpulan tisu bergabung bersama membentuk organ untuk menjalankan suatu fungsi khusus.

• Beberapa organ dijumpai dalam satu sistem. Semua sistem bekerja secara bersepadu untuk membentuk organisma.

• Fungsi semua sistem dikoordinasi dan bekerjasama untuk kemandirian organisma.

Page 12: Biologi TING.4 - 2.2 Organisasi Unisel

Sel Tisu Epitelium

Organ

Organisma multisel sistem

Page 13: Biologi TING.4 - 2.2 Organisasi Unisel

ORGANISMA SEL DALAM HAIWAN

• TISU Tisu terbahagi kepada empat jenis iaitu:

tisu epiteliumtisu otottisu penghubungtisu saraf

Page 14: Biologi TING.4 - 2.2 Organisasi Unisel

TISU EPITELIUM

• tisu epitelium terdiri daripada daripada satu atau lebih lapisan sel.

• sel-sel tisu tersusun rapat antara satu sama lain membentuk satu lapisan berterusan yang melapisi permukaan luar (kulit dan ruang mulut).

• permukaan berongga dalam badan (rongga salur pencernaan dan kelenjar endokrin).

• tisu epitelium berfungsi sebagai halangan yang berupa pelindung daripada jangkitan, kecederaan mekanikal dan penyahidratan.

• tisu epiteliumyang melapisiusus manusia membentuk sel goblet yang merembes mukus ke dalam salur pencernaan.

• tisu epitelium yang melapisi trakea mempunyai sel panjang dengan unjuran seperti rambut yang dikenali sebagai silium.

Page 15: Biologi TING.4 - 2.2 Organisasi Unisel

TISU OTOT

• tisu otot merupakan tisu yang paling banyak terdapat dalm badan.• tisu otot terdiri daripada gentian otot.• terdapat tiga jenis otot iaitu otot licin (usus, salur darah, salur kencing,

salur pembiakan), otot rangka (tulang rangka badan) dan otot kardium (dinding jantung).

• pengecutan dan pengendoran otot licin bertanggungjawab terhadap aktiviti luar kawal badan seperti peristalsis di sepanjang salur pencernaan.

• otot licin mengecut lebih perlahan daripada otot rangka tetapi kekal engecut untuk jangka masa yang lebih lama.

• otot rangka terlibat dalam pergerakan terkawal.• otot rangka mengecut dan mengendur untuk menghasilkan

pergerakan tulang.• otot kardium mengecut untuk mengepamkan darah ke seluruh badan.• pengecutan otot kardium adalah luar kawal.

Page 16: Biologi TING.4 - 2.2 Organisasi Unisel

TISU SARAF

• tisu saraf terdiri daripada neuron atau sel saraf.

• setiap neuron terdiri daripada jasad sel dan gentian saraf yang disebut dendrit dan akson.

• neuron dikhususkan untuk mengesan rangsangan dan seterusnya mengutus maklumat dalam bentuk isyarat bioeletrik (impuls saraf) ke otot atau kelenjar.

• tisu saraf menyelaras dan mengawal aktiviti badan.

Page 17: Biologi TING.4 - 2.2 Organisasi Unisel

TISU PENGHUBUNG

Tisu penghubung terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu:-• tisu penghubung longgar.• tisu penghubung bergentian.• rawan.• tulang.• tisu darah.• tisu adipos(tisu lemak).

Page 18: Biologi TING.4 - 2.2 Organisasi Unisel

TISU PENGHUBUNG LONGGAR• tisu penghubung longgar merupakan tisu

penghubung yang paling banyak terdapat dalam badan.

• tisu ini berfungsi memautkan tisu epitelium dengan tisu di bawahnya dan menetapkan organ-organ pada kedudukannya.

TISU PENGHUBUNG BERGENTIAN• tisu penghubung bergentian mengandungi banyyak

gentian kolagen yang disusun rapat.• tisu penghubung jenis ini dijumpai dalam tendon

yang menyambungkan tulang kepada otot dan ligamen yang menyambungkan tulang kepada tulang.

Page 19: Biologi TING.4 - 2.2 Organisasi Unisel

RAWAN• rawan ialah tisu penghubung yang kuat dan

fleksibel.• rawan memberi sokongan kepada hidung, telinga

dan menutup hujung tulang pada sendi.• ceper yang didapati antara vertebra dan

bertindak sebagai kusyen untuk menyerap tekanan.

TULANG• tulang terdiri daripada sel-sel yang terbenam

dalam satu matriks kolagen dan dikeraskan oleh pengenapan mineral seperti kalsium fosfat.

• kombinasi ini menyebabkan tulang lebih keras daripada rawan.

• tulang melindungi organ dan menyokong badan.

Page 20: Biologi TING.4 - 2.2 Organisasi Unisel

TISU DARAH• tisu darah seperti sel darah merah dihasilkan

dalam sumsum tulang yang terletak di hujung tulang panjang.

• darah memainkan peranan dalam pengawalaturan,pengangkutan dan perlindungan.

TISU ADIPOS(TISU LEMAK)• tisu adipos terdiri daripada sel-sel yang tersusun

padat untuk menyimpan lemak.• tisu ini boleh dijumpai di dalam dermis kulit dan

di sekeliling semua organ utama.• tisu ini berfungsi memberi tenaga simpan dan

juga membekalkan penebatan dan perlindungan.

Page 21: Biologi TING.4 - 2.2 Organisasi Unisel

ORGAN• organ terdiri daripada dua atau lebih tisu yang bergabung

bersama untuk melakukan sesuatu fungsi yang khusus.• kulit merupakan organ yang melapisi seluruh badan.• kulit berfungsi sebagai pelindung terhadap jangkitan, kecederaan

fizikal dan penyahidratan.• kulit terdiri daripada dua lapisan utama iaitu epidermis(luar) dan

dermis(dalam).• lapisan epidermis terdiri daripada tisu epitelium.• sel-sel epitelium sentiasa menjalankan pembahagian sel.• dermis terdiri daripada tisu penghubung, tisu saraf, tisu epitelium

dan tisu otot..• darah dibekalkan kepada kulit melalui jaringan kapilari darah.• pelbagai hujung gentian saraf tersebar di seluruh dermis dan

epidermis.• hujung-hujung sarafmerupakan reseptor tekanan, suhu, sentuhan

dan kesakitan yang memancarkan impuls saraf ke bahagian sistem saraf yang lain.

Page 22: Biologi TING.4 - 2.2 Organisasi Unisel

SISTEM• setiap sistem terdiri daripada beberapa organ yang bekerja secara

bersepadu untuk melakukan sesuatu fungsi khusus.• terdapat pelbagai sistem yang menjalankan fungsi utama dalam

badan manusia.• fungsi semua sistem mesti berkoordinasi supaya organisma dapat

hidup dengan sempurna.• jenis-jenis sistem utama dalam badan manusia:-

sistem integumen sistem peredaran darah sistem endokrin sistem limfa sistem saraf sistem pencernaan  sistem otot sistem perkumuhan sistem rangka sistem respirasi sistem pembiakan

Page 23: Biologi TING.4 - 2.2 Organisasi Unisel

감사합니다