1.0 PENGENALAN Program Bina Insan Guru (BIG) mula dilaksanakan pada bulan Januari 2001 untuk memenuhi keperluan Latihan Perguruan Pra perkhidmatan. Sukatan pelajaran yang disediakan ini menekankan kepada unsur-unsur hidup bermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam proses pembinaan insan guru. Model Konseptual Pendidikan Guru elemen elemen intelek, jasmani, rohani, sosial dan – emosi diberi penekanan dalam program ini. Satu sukatan pelajaran yang standard bagi semua program pra perkhidmatan di Institut perguruan Malaysia (KDPM/KPLI/KPLI-SR/PPPR4PT) telah disediakan untuk program ini. Semua pelajar pra perkhidmatan diwajibkan bagi melayakkan mereka ditauliahkan dengan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Malaysia. Sukatan pelajaran ini mengandungi tiga tema utama iaitu konsep dan ciri-ciri dalam Pembinaan Insan Guru, Pembangunan Insan Guru serta peranan dan tanggungjawab insan Guru. Tanpa matlamat yang ingin dicapai, Program Bina Insan Guru (BIG) tidak akan mencapai objektif yang ingin ingin ditujui untuk para guru Institut Pendidikan Guru. Oleh itu terdapat beberapa matlamat yang berteraskan pembinaan insan guru yang berpaksikan kepada pegangan Prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antaranya peserta peserta kursus akan dapat menimba pengetahuan – dan pengalaman praktikal asas mengenai persediaan dan pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan. Selain itu juga, peserta peserta kursus akan – mendapat pengetahuan, pengalalaman dan kemahiran aktiviti aktiviti – utama dan sampingan dalam masyarakat malah peserta juga dapat mengamati, menghayati dan menghargai kemahiran bersosial dan berkomuniti. Selain daripada itu juga, peserta peserta kursus dapat – mengukuhkan sikap nilai nilai murni melalui interaksi antara satu – sama lain dan bersama komuniti. Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 Page | 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1.0 PENGENALAN
Program Bina Insan Guru (BIG) mula dilaksanakan pada bulan Januari
2001 untuk memenuhi keperluan Latihan Perguruan Pra perkhidmatan. Sukatan
pelajaran yang disediakan ini menekankan kepada unsur-unsur hidup bermoral
dan beragama sebagai fokus utama dalam proses pembinaan insan guru. Model
Konseptual Pendidikan Guru elemen – elemen intelek, jasmani, rohani, sosial
dan emosi diberi penekanan dalam program ini.
Satu sukatan pelajaran yang standard bagi semua program pra
perkhidmatan di Institut perguruan Malaysia (KDPM/KPLI/KPLI-SR/PPPR4PT)
telah disediakan untuk program ini. Semua pelajar pra perkhidmatan diwajibkan
bagi melayakkan mereka ditauliahkan dengan Ijazah Sarjana Muda Perguruan
Malaysia. Sukatan pelajaran ini mengandungi tiga tema utama iaitu konsep dan
ciri-ciri dalam Pembinaan Insan Guru, Pembangunan Insan Guru serta peranan
dan tanggungjawab insan Guru.
Tanpa matlamat yang ingin dicapai, Program Bina Insan Guru (BIG) tidak
akan mencapai objektif yang ingin ingin ditujui untuk para guru Institut
Pendidikan Guru. Oleh itu terdapat beberapa matlamat yang berteraskan
pembinaan insan guru yang berpaksikan kepada pegangan Prinsip Rukun
Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antaranya peserta – peserta
kursus akan dapat menimba pengetahuan dan pengalaman praktikal asas
mengenai persediaan dan pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan. Selain itu juga,
peserta – peserta kursus akan mendapat pengetahuan, pengalalaman dan
kemahiran aktiviti – aktiviti utama dan sampingan dalam masyarakat malah
peserta juga dapat mengamati, menghayati dan menghargai kemahiran bersosial
dan berkomuniti. Selain daripada itu juga, peserta – peserta kursus dapat
mengukuhkan sikap nilai – nilai murni melalui interaksi antara satu sama lain dan
bersama komuniti.
Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 Page | 1
Justeru, para guru memerlukan kekuatan serta kemantapan dalam diri
mereka dari semua aspek sama ada jasmani, emosi, rohani, intelek atau sosial.
Sebagai insan yang bergelar guru juga adalah suatu kewajipan untuk
menampilkan peribadi dan jati diri yang baik di samping meningkatkan kualiti dan
keterampilan diri. Oleh itu, pengisian – pengisian positif, penerapan nilai- nilai
murni serta pengalamannya juga perlu dalam diri guru agar ia menjadi contoh
dan ikutan kepada anak didik khususnya dan masyarakat amnya dalam
mengharungi cabaran pada era globalisasi.
2.0 RASIONAL
Program ini dilaksanakan dengan harapan dapat membina insan guru
yang mempunyai ketahanan fizikal dan mental serta cemerlang dalam semua
aspek, sesuai dengan cabaran profession perguruan masa kini. Dengan adanya
program ini, diharapkan guru – guru PISMP dapat membina semangat juang
yang tinggi dan sentiasa bersedia menyumbangkan masa dan tenaga
sepenuhnya kepada diri, keluarga, masyarakat dan bangsa.
Sehubungan dengan itu, kursus ini juga akan mendedahkan pelajar
dengan domain pembangunan diri insan guru yang seimbang, guru dan
hubungan dengan komuniti, guru dan akauntabiliti profesionalisme, aktiviti
kemasyarakatan, khidmat pendidikan kepada komuniti, berakauntabiliti, amanah,
kreativitidan inovatif. Ini bertujuan untuk mencapai cita – cita murni membentuk
peribadi seorang insan yang dinamik seterusnya membantu merealisasikan
wawasan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 Page | 2
3.0 OBJEKTIF
Selepas mengikuti Program Bina Insan Guru, para guru PISMP diharapkan dapat :
1. Meningkatkan kemahiran berfikir pada aras yang tinggi dalam menganalisis
masalah dan situasi kompleks untuk membuat keputusan yang jitu dan
menyelesaikan masalah serta berupaya berfikir secara reflektif untuk
melaksanakan penambahbaikkan secara berterusan.
2. Bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang
berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam kepelbagaian
budaya.
3. Dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi mengikut persekitaran dan
kepelbagaian budaya dalam sesuatu komuniti.
4. Menghayati dan menampilkan ciri – ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak
keguruan.
5. Meningkatkan sifat kepimpinan dengan kemahiran mengurus dan
mengorganisasi sesuatu program dengan baik.
6. Meningkatkan daya ketahanan dan kekuatan individu dari aspek fizikal, mental,
emosi, rohani dan sosial.
Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 Page | 3
4.0 LAPORAN PENUH BIG
GOTONG-GOTONG (KHIDMAT MASYARAKAT)
Setiap guru pelatih yang menuntut di Institut Pendidikan Guru diwajibkan
untuk menyertai program Bina Insan Guru (BIG) bagi setiap semester untuk
melengkapkan bilangan kredit kursus yang di ikuti. Oleh itu, guru pelatih PISMP
semester 3 Ambilan Januari 2011 Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus
Darulaman dengan kerjasama pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah merancang
untuk menjalankan Program Bina Insan Guru.
Program berbentuk khidmat sosial ini telah diadakan di Taman
Perumahan Mahsuri, 06000 Jitra, Kedah dari tarikh 24 Februari 2012 bermula
jam 7.00 pagi hingga jam 1.00 petang.
4.1 REFLEKSI PROGRAM GOTONG-ROYONG
4.1.1 Laporan Sebelum BIG
Pada semester kali ini iaitu semester tiga PISMP, kami telah
diwajibkan menjalankan program BIG iaitu khidmat masyarakat. Sebelum
itu, seluruh ahli kelas telah beberapa kali bermesyuarat untuk menentukan
organisasi untuk menguruskan aktiviti di dalam program BIG ini. Sebelum
program itu, pelbagai persiapan telah dilakukan. Antaranya ialah pemilihan
tempat, kertas kerja, bajet dan lain-lain yang dirasakan perlu. Setelah
perbincangan dibuat, kami telah bersetuju untuk memilih Taman Perumahan
Mahsuri dikawasan Jitra, Kedah Darul Aman untuk dijadikan tempat
program BIG dilaksanakan. Kami telah bergabung dengan semua kumpulan
PISMP Semester Tiga ambilan Januari 2011 untuk menjalankan program
BIG ini. Kami telah menghantar beberapa orang wakil yang diwakili oleh
setiap kelas masing-masing yang bertindak selaku penyelaras program
untuk bertemu dan berbincang tentang akitiviti BIG ini bagi pihak kami
Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 Page | 4
dengan jawatankuasa taman perumahan tersebut. Pihak Jawatankuasa
perumahan tersebut telah memberi maklum balas yang positif dengan niat
suci kami iaitu mahu mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan
perumahan mereka. Kami juga telah bekerjasama dengan Skuad Umno
Bahagian Darul Aman untuk sama-sama muafakat dan tolong menolong
untul membersihkan taman perumahan tersebut. Kami berasa bangga dan
terharu dengan penerimaan itu.
4.1.2 Laporan Semasa BIG
Kami telah berkumpul di perkarangan Institut Perguruan seawal jam 6.45
pagi lagi sebelum berlepas ke tempat program. Setelah semua peserta tiba,
penyelaras atau mentor kepada kelas masing-masing telah memberikan taklimat
ringkas berkaitan aktiviti yang akan dijalankan disana. Disebabkan bilangan
peserta yang ramai iaitu melebihi 200 orang, kami disyorkan berkongsi kereta
untuk mengelakkan kesesakan tempat parkir ketika tiba di kawasan Taman
Perumahan Mahsuri tersebut. Ada juga pelajar yang terus pergi ke tempat
gotong-royong tersebut bagi menguruskan beberapa peralatan disana dan
menolong orang perumahan disitu mengatur perjalanan pada hari itu dengan
baik
Kami berlepas secara konvoi tepat pada jam 7.00 pagi dan tiba di Taman
Perumahan Mahsuri tersebut 10 minit kemudian. Sebelum kami memulakan
program gotong-royong,kami telah berkumpul di satu khemah khas yang telah
disediakan oleh pihak Umno bahgian dan kami telah dijamu dengan sarapan
pagi untuk mengalas perut sebelum memulakan aktiviti gotong-royong tersebut.
Selepas semua selesai, kami telah diberikan taklimat tentang kerja-kerja yang
perlu dilakukan dikawasan perumahan tersebut oleh wakil yang mengetuai
gotong-royong pada hari itu. Di antara tugasan yang kami laksanakan ialah
seperti membersihkan kawasan masjid, membersihkan kawasan perumahan
tersebut, membersihkan longkang-longkang yang tersumbat, membuang sisa-
Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 Page | 5
sisa bahan binaan dan menebas semak-samun di kawasan perumahan
tersebut. Untuk memudahkan perlaksanaan tugasan, kami telah dibahagikan
kepada beberapa kumpulan dimana setiap kumpulan akan diberi seorang wakil
dari perumahan tersebut untuk dijadikan ketua kumpulan. Kami telah mendapat
ketua yang dikenali sebagai Pak Ajis untuk mengetuai kumpulan kecil kami
dalam aktiviti gotong-royong ini. Kami telah dibahagikan kepada 10 kumpulan
untuk bergerak ke setiap kawasan yang diberikan dan kumpulan kami telah
diamanahkan untuk membersihkan Lorong perumahan 7 terlebih dahulu.
Sebelum memulakan gotong-royong, kami telah diberi peralatan seperti
parang, penyapu, penyodok, kereta sorong, beg plastik sampah dan sarung
tangan untuk melancarkan lagi program ini serta menjaga aspek keselamatan
orang yang melakukan aktiviti pada hari ini. Kami telah melaksanakan tugasan
masing-masing setelah taklimat selesai diberikan wakil penduduk disitu. Semua
peserta telah menjalankan tugasan masing-masing dengan tekun. Semua
tugasan telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan kawasan perumahan
Mahsuri yang sebelum ini kelihatan kurang ceria telah menjadi lebih ceria
dengan bersih dan tidak mempunyai sampah sarap yang menutupi longkang dan
semak samun juga ditebas.
Pada jam 10.45 pagi, kami berehat sebentar untuk menikmati minuman
pagi dan kuih-muih yang telah disediakan oleh pihak Jawatankuasa Perumahan
mahsuri. Ketika minum, kami sempat berbual-bual mesra dengan Jawatankuasa
Perumahan Mahsuri. Mereka berterima kasih kepada kumpulan kami yang telah
sudi menghulurkan tenaga untuk menceriakan kawasan perumahan mereka dan
berharap agar kegiatan seumpama ini dapat dijalankan lagi pada masa-masa
akan datang.
Setelah berehat selama setengah jam, kami meneruskan semua kerja-
kerja gotong-royong yang belum selesai dilaksanakan. Kami menjalankan kerja-
kerja akhir seperti mengemas semua segala peralatan yang digunakan.
Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 Page | 6
Kawasan Perumahan Mahsuri kini kelihatan bersih dan ceria kerana tiada lagi
kelihatan sampah yang bersepah-sepah di sana-sini. Kami berasa bangga
kerana dapat mencurahkan bakti kepada masyarakat setempat.
4.1.3 Laporan Selepas BIG
Pada jam 1.15 petang, kami berhenti seketika untuk solat Zohor secara
berjemaah. Selepas selesai Solat Zohor, satu sesi telah diadakan dan majlis
penyampian cenderahati kepada peserta diadakan. Kami juga disaji dengan
pelbagai jenis pondok yang mempamerkan pelbagai barang yang dianjurkan
oleh bahagian Umno bahagian. Selain itu juga, setelah selesai sesi gotong-
royong, kami telah diberi ceramah oleh wakil rakyat daripada kawasan tersebut
dan beliau berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh kami. Kami juga
disediakan makanan tengah hari untuk menghilangkan penat lelah kami dan
kami menjamu selera bersama-sama dengan penduduk taman perumahan
dikawasan tersebut.
Sebelum program berakhir, kami telah melancarkan tabung derma kilat di
kalangan kami untuk memungut dana bagi didermakan kepada Masjid Taman
Perumahan tersebut tersebut. Kami telah berjaya mengumpulkan sejumlah wang
derma. Wang itu telah diserahkan oleh penyelaras program ini kepada Ketua
Taman Perumahan Mahsuri tersebut sebelum kami bersurai. Ahli jawatankuasa
perumahan dan AJK Masjid kawasan itu berasa terharu di atas sumbangan
tenaga dan kewangan kepada Taman Perumahan dan Masjid tempat beliau
tinggal. Beliau berharap agar program seumpama ini diadakan lagi pada masa
akan datang.
Penyelaras program pula mengucapkan ribuan terima kasih kepada kami
yang bekerjasama dan bersungguh-sungguh untuk menjayakan program ini.
Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 Page | 7
Katanya lagi, jika tiada sokongan daripada kami semua, maka program di masjid
ini tidak akan dapat dijalankan dengan lancar. Penyelaras juga berterima kasih
kepada pihak jawatankuasa perumahan yang membenarkan perlaksanaan
program ini dijalankan untuk memenuhi kehendak sukatan pelajaran PGSR di
bawah subjek Bina Insan Guru. Sebelum bersurai, kami bersalam-salaman
dengan beberapa orang ahli jawatankuasa perumahan itu. Jelas terbayang
bahawa mereka berasa begitu bangga dengan usaha-usaha yang dijalankan
oleh kumpulan kami.
Setelah selesai semuanya, terdapat mesyuarat kecil telah diadakan bagi
membincangkan perkara yang perlu dilakukan selepas itu. Selain daripada itu,
kami diminta membuat suatu laporan serta refleksi bagi setiap individu mengenai
program khidmat masyarakat tersebut. Semua laporan itu haruslah dihantar
kepada mentor kelas sendiri mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Walaupun
penat sepanjang program itu tetapi berbaloilah dengan apa yang kami perolehi
sepanjang program itu dijalankan.
Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 Page | 8
5.0 LAPORAN PENUH BENGKEL BIG
5.1 REFLEKSI PROGRAM BENGKEL
5.1.1 Laporan Sebelum Bengkel
Program Bina Insan Guru (BIG) bagi fasa III / 2012 telah mengadakan
beberapa kali perjumpaan iaitu pada 27 Mac 2012, 29 Mac 2012 dan 3 April
2012 sebelum menjalankan Program Bengkel Etiket Sosial dan Protokol pada
tarikh yang telah ditetapkan iaitu pada 15 April 2012. Dalam perjumpaan –
perjumpaan tersebut, semua peserta telah hadir iaitu seramai 121 orang dalam
membincangkan pemilihan organisasi jawatankuasa serta pengendalian program
tersebut. Semua peserta terdiri daripada enam buah kelas PISMP semester 3
iaitu Pendidikan Khas MP – PR (1,2,3), Matematik, Bahasa Cina dan Pengajian
Islam (BA/PQ). Dalam menghadiri perjumpaan serta taklimat tersebut, para
peserta telah diberitahu rancangan untuk mengemaskini perancangan
terutamanya sebelum menjalankan program tersebut.
Di dalam kekuatan BIG ini, terdapat sebuah ahli jawatankuasa telah dipilih
hasil daripada rundingan bersama yang dipolopori oleh pengerusi iaitu
Muhammad Afiq bin Hassan, naib pengerusi iaitu Solehuddin bin Zainol Abidin,
setiausaha iaitu Muhammad Solehin bin Ahmad Bidrul dan bendahari iaitu Abdul
Raqib bin Abdul Rahman serta baris – baris ahli jawatankuasa yang lain seperti