INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG PROGRAM BINA INSAN GURU 4 (KEMBARA SOSIAL) PULAU TUBA, LANGKAWI Pada 28 Julai – 30 Julai 2011 Tempat PULAU TUBA, LANGKAWI, KEDAH Nama No KP Kump Akademik 1. Ku Mohd Farhan Bin Ku Ibrahim 2. Atikah Binti Abdul Ghani 3. Kaithery A/P N.Sukumaran 4. Mohd Shahidan Bin Mohd Latif 5. Nurul Hazwani Bt Mohd Sobri
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS PULAU PINANG
PROGRAM BINA INSAN GURU 4(KEMBARA SOSIAL)
PULAU TUBA, LANGKAWI
Pada28 Julai – 30 Julai 2011
TempatPULAU TUBA,
LANGKAWI, KEDAH
Nama No KP Kump Akademik
1. Ku Mohd Farhan Bin Ku Ibrahim
2. Atikah Binti Abdul Ghani
3. Kaithery A/P N.Sukumaran
4. Mohd Shahidan Bin Mohd Latif
5. Nurul Hazwani Bt Mohd Sobri
Pensyarah : En Anwar Hj Sulaiman
BINA INSAN GURU IVKEMBARA SOSIAL
1.0 PENGENALAN
Aktiviti kemasyarakatan dalam program Bina Insan Guru adalah bertujuan
untuk mendedahkan pelajar kepada pelbagai persekitaran komuniti dan melatih
mereka menjadi lebih peka kepada realiti persekitaran sama ada dari segi budaya,
taraf hidup serta keperluan pendidikan komuniti. Penglibatan pelajar dalam pelbagai
aktiviti kemasyarakatan ini juga dapat meningkatkan kesedaran sosial dan
kepentingan perkhidmatan komuniti serta berkeupayaan menguruskan hubungan
dengan komuniti pendidikan terutamanya keluarga dan masyarakat setempat.
Sehubungan itu, dua kumpulan akademik PISMP,T2SN2 dan T2SN1
Pengajian Sains ambilan Januari 2010 ingin menjadikan program ini sebagai
sebagai satu pendedahan kepada diri kami untuk berinteraksi dengan masyarakat
komuniti di perkampungan nelayan. Adalah diharapkan agar BIG 4 ini dapat
meningkatkan kesedaran sosial kepada kami sebelum menggalas tugas sebagai
guru di amsa akan datang.
2.0 OBJEKTIF
Program ini diharapkan dapat mencapai objektif berikut :
3.1Memahami konsep pembinaan insan yang seimbang meliputi aspek ilmu
pengetahuan kemahiran dan sahsiah keguruan.
3.2Membentuk pelajar yang seimbang dari aspek intelektual, rohani, emosi dan
jasmani
3.3Memahami peranan guru sebagai ejen perubahan, membina hubungan
komuniti dan memberi perkhidmatan kemasyaratan dengan mewujudkan
hubungan yang baik dengan masyarakat perkampungan nelayan.
3.0 MATLAMAT
Matlamat program ini adalah bertujuan untuk :
4.1 Melahirkan pelajar-pelajar yang cergas, sedia bekerjasama dalam organisasi,
mengamalkan nilai-nilai positif dan mempunyai ketrampilan diri yang baik.
4.2Memupuk para pelajar menjadi seorang warganegara yang berhemah kepada
sesama manusia.
4.3Mewujudkan interaksi pelatih dengan masyarakat dengan alam
persekitarannya melalui aktiviti kemahiran belajar, kemahiran berfikir dan
kemahiran sosial.
4.0JADUAL PROGRAM
Tarikh Masa Aktiviti
28 Julai 2011Khamis
8.00 pagi
10.00 pagi
1.30
3..00 petang
4.00 petang
4.30 petang
5.00 petang
7.30 malam
8.00 malam
9.00 malam
11.00
Bertolak ke jeti Kuala Perlis
Tiba di jeti Kuala PerlisPengurusan tiketKe Jeti Kuah, Langkawi
Latar Belakang Keluarga . Biodata ayahNama ayah : Haji Abdul Hamid Bt Mat RashidUmur : 55 tahunPekerjaan : 1. Imam masjid
2. Kakitangan sokongan, PPD 3. Ahli PIBG Sekolah Rendah Selat Bangan Nyoir dan Sekolah Menengah Selat Bangan Nyoir.
Tempat berasal : Kuala Yan, Sala, KedahAlamat terkini : Kampung Lubuk Cempedak, Pulau Tuba, Mukim
Kuah, 07000, Langkawi. No telefon : 010- 6007300Tempoh menetap di Langkawi : 35 tahunAnugerah yang diterima : 1. Diberi pangkat sebagai Pengawai Masjid
2. Mendapat anugerah imam cemerlang. 3. Bergiat dalam bidang politik pada tahun 1990
Biodata ibu. Nama ibu : Rodiah Binti OthmanUmur : 50 tahunPekerjaan : Pengusaha kantinTempat berasal : Kuala KedahNo telefon : 017- 4085572
Biodata anak- anakAnak pertama Nama : Mohd Sukran bin Haji Abdul HamidUmur : 23 tahunPekerjaaan : Juruteknik di Universiti Putra Malaysia
Anak keduaNama : Mohd Faud bin Haji Abdul HamidUmur : 19 tahunPengajian : Menjalani kursus perguruan di Institut Pendidikan Guru Kampus
Perlis.
Anak ketigaNama : Mohd Nawawi bin Haji Abdul HamidUmur : 16 tahunPengajian : Belajar di Sekolah Menengah Teknik , Perlis
Anak ke-empatNama : Mohd Ghazali bin Haji Abdul HamidUmur : 12 tahunPengajian : Belajar di Sekolah Rendah Selat Bangan Nyoir.
AKTIVITI YANG DILAKUKAN BERSAMA Memasak bersama
Makan bersama
Membantu mengemas rumah
Manjalankan aktiviti sukaneka bersama (bermain bola jaring, bola tampar,
blind partner, bola sepak)
Meronda- ronda di kawasan perkampungan bersama
Berbual dan bertukar pandangan serta pengalaman.
CABARAN KERJAYA KELUARGA TOK IMAMTok Imam merupakan seorang yang terikat dengan pelbagai
tanggungjawab , serta tugasan terhadap penduduk kampung beliau. Beliau
sentiasa sibuk dengan tugasan harian beliau. Setiap hari, beliau terpaksa
berdepan dengan pelbagai isu dan masalah dan mencari jalan penyelesaian
demi kebajikan penduduk kampung beliau. Begitu juga dengan isteri beliau
yang merupakan seorang penguasaha kantin. Beliau juga sentiasa sibuk
dengan tugasan menyediakan makanan di kantin. Kaerja beliau akan
bertambah sekiranya terdapat pengunjung yang mengunjungi sekolah di
tempat beliau bekerja. Oleh itu, beliau terpaksa menghantar anak- anak
mereka ke asrama untuk meneruskan pengajaran mereka kerana mereka
tidak dapat mangawasi anak- anak mereka. Walaubagaimanapun, Encik Haji
Abdul Hamid Bt Mat Rashid serta isteri beliau telah membesarkan anak
mereka dengan baik sekali walaupun terdapat banyak rintangan dalam
kehidupan mereka.
CARA DIDIKAN ANAK TUAN HAJI DAN ISTERI
Melalui perbualan panjang, sepanjang berada di kediaman pasangan ini,
banyak ilmu baru yang kami perolehi tentang cara mendidik anak dengan
baik.Pendekatan yang digunakan oleh Tuan Haji dan isteri cukup berkesan dalam
membangunkan dan mendidik anak-anak mereka sehingga berjaya menjadi insan
yang berjaya dan berguna dalam hidup.
Menurut Tuan haji, beliau tidak gemar menggunakan kekerasan dalam
membesarkan anak-anak sebaliknya melayan anak-anak seperti kawan yang perlu
sentiasa diajak berbual dan berbincang.Setiap kesalahan anak tidak dibiarkan begitu
saja mahupan dihukum dengan sewenang-wenangnya sebaliknya menasihati anak-
anak beliau dengan cara yang berhemah dan bijaksana.Sepanjang membesarkan 4
anak lelaki yang sedang meningkat dewasa, pasangan ini tidak pernah berhadapan
dengan masalah displin dan sikap anak yang serius.
Selain itu juga, Tuan Haji juga telah menghantar anak-anaknya untuk belajar
dan tinggal di asrama di kawasan lain.Menurut beliau, anak-anak harus diajar untuk
berdikari dan melihat dunia luar agar minda dan sikap mereka lebih terbuka.
Disamping itu juga, pasangan ini juga sangat peka terhadap tingkahlaku
anak-anak mereka.Menurut Mak cik Rodiah, anak bongsunya juga telah dihantar
untuk belajar di sekolah asrama walaupun baru seawal usia 10 tahun.Ini kerana
beliau khuatir melihat anaknya yang suka bermain dan bimbang terdedah dengan
gajala kurang sihat.Hasilnya, anak bongsu beliau, Ghazali, 12 tahun, lebih tekun
dalam pelajarannya malah sangat aktif dalam aktiviti kebudayaan di sekolah.Malah,
Ghazali juga akan ke Turki untuk menyertai satu aktiviti kebudayaan di sana
bersama pasukan sekolahnya.
HARAPAN
Laporan Sukaneka
Segala imu dan pengalaman baru yang diperolehi dapat dimanfaatkan di masa
hadapan sebagai panduan berguna apabila bergelar guru nanti.
Dapat terus menjalinkan ukhwah yang telah terbina antara kami dengan keluarga
angkat serta penduduk kampung .
Melalui pogram ini, dapat mendidik kami menjadi bakal guru yang mempunyai
jati diri serta berkepimpinan tinggi
Sekira ada peluang, dapat menyertai pogram seperti ini lagi di masa hadapan
Disamping dengan program Kembara Sosial yang dijalankan, kami juga telah
menjalankan aktiviti-aktiviti sukaneka dimana aktiviti-aktiviti ini dijalankan bersama-
sama dengan penduduk kampung yang tinggal di Pulau Tuba tersebut. Aktiviti
sukaneka ini dijalankan pada hari yang sama dengan program Kembara Sosial iaitu
pada 30 Julai 2011 bersamaan dengan hari Sabtu pukul 5.00 petang. Tujuan
diadakan aktiviti sukaneka ini adalah bertujuan untuk merapatkan lagi ukhuwah
ataupun silaturahim dan berkenal-kenalan antara kami dan juga penduduk kampung.
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti bola sepak, bola tampar, Blind
Partner, Tied partner, kerusi muzik dan lain-lain.
Bagi permainan bola sepak, pasukan yang terlibat adalah pasukan yang
diwakili oleh pihak kami menentang pasukan Kampung Pulau Tuba dimana
kemenangan adalah di pihak pasukan Kampung Pulau Tuba. Namun begitu,
pasukan kita yang turut disertai oleh para pensyarah tidak terus mengecewakan
apabila berjaya memperolehi kemenangan dalam permainan bola tampar. Selain itu,
kanak-kanak dan kaum wanita di Pulau Tuba juga tidak ketinggalan dalam
memeriahkan aktiviti-aktiviti sukaneka pada petang tersebut dengan menyertai
permainan seperti bola jaring yang banyak dimainkan oleh kaum wanita dan ibu di
Pulau Tuba bersama-sama dengan kami. Bagi kanak-kanak pula, aktiviti-aktiviti
yang disertai oleh mereka adalah seperti kerusi muzik, tied partner dan aktiviti-aktiviti
yang sesuai dengan mereka. Kehadiran keluarga angkat masing-masing pada
aktiviti sukaneka pada petang tersebut turut memeriahkan lagi suasana pada petang
tersebut.
Kesimpulannya, aktiviti sukaneka ini telah memperkukuhkan lagi ikatan yang
terjalin antara penduduk di Pulau Tuba dengan kami dimana ikatan yang lebih kukuh
adalah antara kami dan keluarga angkat masing-masing walaupun hanya sekejap
waktu yang mampu kami luangkan bersama-sama dengan mereka. Namun begitu,
ikatan ini tidak akan putus dan sentiasa wujud dalam hati kami dan mereka.
6.0 REFLEKSI INDIVIDU
Nama : ku Mohd Farhan Bin Ku Ibrahim
No. kp: 901031-02-6237
Kump. Akademik: T2 SN2
Program Bina Insan Guru edisi Ke-4 (BIG 4) ini telah berjaya dijalankan pada
28 hingga 30 Julai bertempat di Pulau Tuba, Langkawi. Program BIG yang
berlangsung selama tiga hari dua malam pada kali ini telah banyak memberi saya
pengalaman yang sangat berbeza dengan program-program BIG sebelum ini dan
sangat penting dan berguna kepada saya sebagai seorang bakal guru pada masa
hadapan.
Kebanyakkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada BIG kali ini tidak sia-sia
kerana setiap aktiviti-aktiviti ini memberikan saya kesedaran ilmu yang sangat
bermakna dan ternyata mencapai objektifnya. Antara aktiviti-aktivitinya ialah
Kembara Sosial dimana kami telah dibahagikan kepada lapan kumpulan dan
masing-masing diberikan keluarga angkat untuk satu kumpulan. Setiap kumpulan
akan berada di rumah keluarga angkat masing-masing dan diminta untuk
mengumpul maklumat tentang keluarga angkat yang telah diberi. Contoh maklumat
yang dikumpul adalah seperti latar belakang keluarga, pekerjaan, jumlah anak dan
lain-lain.
saya telah ditempatkan dalam kumpulan keempat dan telah diberikan
keluarga angkat daripada keluarga Tuan Haji Abdul Hamid. Nama sebenar beliau
adalah Haji Abdul Hamid Bt Mat Rashid yang juga merupakan Imam di Masjid Pulau
Tuba dan isteri beliau yang bernama Rodiah Binti Othman merupakan pengusaha
kantin. Kami telah disambut baik oleh Tuan Haji dan keluarganya. Tuan haji
mempunyai empat orang anak dan semua anaknya telah berjaya dan sekarang
sedang belajar di dalam institusi-institusi tinggi yang terdapat di luar sana dan
sewaktu kehadiran kami, hanya tinggal anaknya yang bongsu sahaja iaitu Ghazali
yang pada masa itu sedang bercuti.
Selama kami berada di rumah Tuan Haji, kami telah dilayan dengan baik dan
penuh mesra seolah-olah kami berada di dalam rumah kami sendiri dan mereka
umpama seperti keluarga kami sendiri. Kami semua berasa sangat selesa berada di
sana dan tidak malu untuk beramah mesra dengan mereka. Ini telah memberi
kesedaran dalam diri saya bahawa sifat ramah penting dalam mewujudkan satu
suasana yang mesra dan mewujudkan ikatan kepercayaan dan tolenrasi antara satu
sama lain yang boleh saya praktikan dalam pengawalan kelas pada satu hari nanti.
Saya juga mendapati ianya penting untuk mewujudkan suasana yang selesa dan
menjadikan sesebuah sekolah umpama rumah kepada pelajar kerana ianya dapat
memberi keselesaan kepada pelajar untuk belajar dan dapat mengelak gejala-
gejala sosial seperti ponteng kelas, lepak, rempit dan banyak lagi.
Sewaktu berada di rumah Tuan Haji, saya juga mendapati kebanyakkan
kehidupan penduduk di Pulau Tuba rata-ratanya adalah nelayan dan taraf ekonomi
mereka hanyalah sederhana dan tidak terlalu mewah. Kebanyakkan mereka
mempunyai anak yang ramai dan mereka mempunyai kesukaran dalam memberi
nafkah dan menyekolahkan anak-anak mereka. Jadi, saya terfikir nasib anak-anak
nelayan ini dalam keperluan mereka untuk membeli barang-barang persekolahan
dan membayar yuran sekolah. Di sini saya telah belajar untuk memahami keadaan
dan berempati terhadap status penduduk-penduduk di sini di mana ianya boleh
membantu saya untuk memahami pelajar yang serba kekurangan di sekolah nanti
berdasarkan latar belakang keluarga mereka. Ianya juga menyedarkan saya betapa
pentingnya peranan seorang guru dalam menjadi agen perubahan untuk mengubah
ekonomi anak-anak nelayan ini.
Semasa aktiviti sukaneka, saya mendapati bahawa pwnduduk-penduduk di
sini amat mesra bermain dengan kami. Kami seperti telah mempunyai ikatan yang
sangat rapat antara penduduk-penduduk di sini. Di sini, saya mendapati bahawa
kemahiran dalam berkomunikasi dan bersosial amat penting dalam meraih ikatan
hubungan erat dimana ianya dapat membantu saya untuk menyesuaikan diri dengan
persekitaran dimana saya akan ditempatkan ke sesuatu kawasan untuk saya
mengajar nanti.
Selain itu, peranan saya sebagai pengerusi BIG kali ini juga telah membantu
saya untuk memperolehi pengalaman dalam memimpin dan mengelolakan sesuatu
aktiviti. Ianya juga mengajar saya bukan mudah untuk memimpin dimana ianya telah
melatih saya untuk banyak bersabar, bertindak dengan cepat jika berlaku perkara
yang tidak diduga, memperbaiki teknik berkomunikasi dan percakapan saya,
meningkatkan kemahiran menguruskan sesuatu organisasi dan melatih saya untuk
berdikari.
Di sini juga, saya tidak ketinggalan untuk letakkan beberapa kekuatan,
kelemahan dan penambahbaikan untuk dijadikan sebagai panduan untuk masa-
masa mendatang.
Kekuatan:
Mencapai objektif yang diharapkan.
Penduduk kampung memberi kerjasama sepenuhnya dalam setiap aktiviti-
aktiviti.
Dapat mewujudkan ikatan silaturahim antara keluarga angkat dengan
kumpulan masing-masing.
Kelemahan:
Masa yang diperuntukkan terlalu singkat untuk aktiviti Kembara Sosial.
Pengurusan yang kurang memuaskan dan tidak tersusun dengan baik
Penambaikan:
Menguruskan masa dengan lebih baik dan sesuai untuk aktiviti yang
dijalankan.
Memastikan pengurusan yang lebih tersusun dan sistematik.
Kesimpulannya, program BIG kali ini berjalan dengan baik dan lancar. Segala
kekurangan yang berlaku ketika program perlulah diambil iktibar dan diperbaiki agar
tidak berulang lagi pada masa hadapan.
Makan Malam Istimewa ; Barbeque
Tinjauan Kepulauan Langkawi & Tempat Bersejarah
7.0 LAMPIRAN
GAMBAR-GAMBAR CONTOH
1. Pengisian Rohani bersama En Adnan Omar 2. Senaman Pagi – Poco-poco bersama Che Yusoff Che Hassan 3 Kembara Sosial : Bersama Keluarga Angkat
4. Permainan & Sukaneka 5. Makan Malam Istimewa ; Barbeque 6. Tinjauan Kepulauan Langkawi & Tempat Bersejarah 7. Tenaga Penggerak BIG 4
Fasilitor dan Warden SMK langkawi
Pulau Tuba Pulau LangkawiTerpahat dihati, ukiran BIG........................................