1.0 PENGENALAN
Program Khidmat Masyarakat merupakan salah satu aktiviti yang
perlu dijalankan dalam mata program Bina Insan Guru (BIG) peringkat
3 bagi pelajar yang mengikuti program PPG - IPG Kampus Tun Hussein
Onn. Melalui aktiviti ini, pelajar dikehendaki merancang,
melaksanakan dan membuat laporan berkenaan projek yang
dilaksanakan. Oleh itu, kertas kerja ini dirancang bertujuan untuk
memenuhi kehendak kursus yang memerlukan pelajar menjalankan satu
program khusus untuk semester ini.Aktiviti kemasyarakatan yang baik
akan memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat , terutamanya
dari segi pengalaman pengajaran dan pembelajaran mahupun ilmu
pengetahuan. Oleh itu, aktiviti kemasyarakatan ke sekolah adalah
bertujuan untuk mengembangkan kemampuan guru dari segi kemahiran
interpersonal dan pengurusan. Di samping itu, melalui aktiviti
kemasyarakatan ini, guru juga berpeluang untuk berkhidmat untuk
masyarakat. Program ini berhasrat untuk melaksanakan Program
Gotong-royong membersihkan Taman Sains Dan Makmal Sains. Idea ini
telah dicetuskan atas kesedaran bahawa murid-murid adalah pelengkap
kepada sebuah masyarakat yang aman dan harmoni. Mereka juga
merupakan tunjang yang akan menggerakkan negara pada masa akan
datang. Insan guru adalah pembina generasi cemerlang, pembentuk
jati diri dan menjadi suri teladan kepada masyarakat. Justeru, guru
harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan situasi serta
mampu menangani cabaran era globalisasi dan sosiolisasi.Adalah
diharapkan melalui program ini, kami mendapat kemahiran merancang,
mengurus dan melaksanakan program khidmat masyarakat.Juga
diharapkan program ini akan dapat meninggalkan impak yang positif
terhadap komuniti setempat ataupun secara globalnya kepada
negara.
2.0 RASIONAL
Aktiviti kemasyarakatan ini dijalankan adalah bertujuan untuk
menyediakan guru supaya mendapatkan pengalaman dan ilmu pengetahuan
tentang sekolah. Aktiviti yang berfaedah ini juga dapat
meningkatkan sahsiah dan etika profesion penguruan. Jadi, aktiviti
ini adalah untuk menjadikan guru lebih bersedia untuk menyesuaikan
diri di persekitaran sekolah dan menyempurnakan kewajipan yang
diberi oleh sekolah secara dedikasi.
3.0 MATLAMAT Projek ini berhasrat memberi sumbangan kepada
masyarakat dan negara. Di samping itu, ia juga bertujuan melahirkan
warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap
masyarakat dan negara. Aktiviti ini diharapkan dapat melahirkan
guru yang berilmu dan . berkemahiran tinggi di sekolah. Di samping
itu, aktiviti ini juga membolehkan guru lebih memahami keperluan
dan suasana sekolah
4.0 OBJEKTIF
Selepas mengikuti projek ini, peserta dapat :4.1 Menunjukkan
kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada komuniti serta
mendekatkan diri dengan masyarakat.4.2 Menampilkan dan menghayati
ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan nilai keguruan yang
positif.4.3 Merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama dan
mengambil peranan secara peranan secara aktif dalam kumpulan. 4.4
Memupuk semangat kecintaan terhadap budaya tolong-menolong, bantu-
membantu sesama masyarakat serta berganding bahu.
5.0 MAKLUMAT PROJEK
Nama Projek : Program gotong-royong Taman Sains Tarikh Projek :
6 Jun 2014 ( Jumaat) Tempat Projek : Taman Sains dan Makmal Sains
SK Taman Skudai Baru 2 Johor Darul Takzim. Jumlah Peserta : Pelajar
IPG 3 orang Pelajar 30 orang
6.0 JADUAL PROJEK3.30 petang:Pelajar IPG, murid-murid
berkumpul
3.40 petang: Taklimat gotong-royong
3.50 petang:Aktiviti gotong-royong bermula
4.50 petang :Minum petang
5.00 petang:Bersurai
7.0 TUGAS PELAKSANA
BilAJK
Bidang Tugas
1.Dokumentasi & Fotografi Membuat dokumentasi bergambar
perjalanan projek sebelum, semasa dan selepas. Menyediakan
kamera
2.Makanan Menguruskan jamuan / makanan peserta dan murid-murid
Memastikan agihan makanan kepada semua
3.Peralatan Menguruskan peralatan yang akan digunakan Memastikan
peralatan mencukupi
4.Keselamatan & Kebajikan Menjaga keselamatan dan kebajikan
peserta sepanjang pelaksanaan projek.
5.Aktiviti Menyediakan kemudahan alat dan tempat yang sesuai
untuk riadah
6.Pengacaraan Mempengerusikan majlis / aktiviti yang diadakan
Memastikan kelancaran aktiviti
9.Buku Program Menyediakan buku program untuk diedarkan pada
hari perasmian pembukaan dan penutupan.
Pengurus projek : Pn. Juliah Binti SarjuSetiausaha: Pn. Fauziah
Binti BabaBendahari : Pn. Wan Noor Malinja binti Wan Chik
Jawatankuasa Bersama 1) Jawatankuasa Teknikal / PA Sistem : En.
Suhadi b Salleh 2) Jawatankuasa Makan Dan Jamuan : Pn Wan Noor
Malinja bt Wan Chik 3) Jawatankuasa Fotografi : En. Kamalruzaman b
Ahmad 4) Jawatankuasa Keselamatan : En. Azri b Ali 5) Jawatankuasa
Kebersihan/ Keceriaan : Pn. Fauziah bt Baba
6) Jawatankuasa Pengacaraan : Pn. Juliah bt Sarju
7) Jawatankuasa Peralatan : En. Muhammad B Mahlil
8) Jawatankuasa Buku Program : Cik Zalina bt Zainuddin
8.0 ANGGARAN PERBELANJAANSumber kewangan : Sumbangan Unit HEM SK
Taman Skudai Baru 2 : RM 160
BILPERKARAJUMLAH
1.Makanan MuridMi Goreng + Kuih + air sirap 30 X RM2.50= RM
75.00
Makanan Peserta IPG dan guru SK Bandar UDA 2Nasi Ayam + Air teh
O 8 X RM5.00 = RM 40.00RM 115.00
2.Buku ProgramRM2.00 X 10 naskahRM 20.00
3.Peralatan:FotostatCDBateriDLLRM 25.00
4.JUMLAHRM160.00
9.0 SENARAI NAMA PELAJAR IPG
BILNAMA
NAMA SEKOLAH
1.JULIANA BINTI SARJUSK LEDANG
2.FAUZIAH BT BABASK TAMAN SKUDAI BARU 2
3.WAN NOOR MALINJA BINTI WAN CHIKSK PERUMAHAN TAMPOI 2
10.0PENUTUP
Adalah diharapkan dengan adanya aktiviti kemasyarakatan
sebegini, pelajar-pelajar dapat menimba pengetahuan dan pengalaman
serta kemahiran dalam pelaksanaan program di sekolah rendah kelak.
Kerjasama dan sokongan dalam bentuk idea dan sumbangannya amatlah
dihargai. Diharapkan juga projek ini dapat diterima dan diluluskan
oleh ahli mesyuarat. Semoga projek ini berjalan dengan lancar dan
mencapai matlamat serta objektifnya. Kerjasama dan sokongan tuan
puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Disediakan oleh,
................... ( FAUZIAH BINTI BABA )Setiausaha,Program
Bina Insan BIG Fasa 2,IPG Kampus Tun Hussein Onn,Batu Pahat.
Tarikh : 20 Mei 2014
IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN BATU PAHATLAPORAN AKTIVITI
KEMASYARAKATAN PROGRAM BINA INSAN GURU PERINGKAT 3TAHUN 2014
NAMA PELAJAR: JULIANA BINTI SARJUAMBILAN: PPG JUN 2011SEMESTER:
SEMESTER 7OPSYEN: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU PPG AMBILAN JUN
2011PERINGKAT: FASA 23TARIKH: 6 JUN 2013TEMPAT: TAMAN SAINS, SK
TAMAN SKUDAI BARU 2KUMPULAN: PSV 1KEHADIRAN PESERTA : PELAJAR IPG 3
ORANG MURID TAHUN 4 30 ORANG
LAPORAN REFLEKTIF:
TAJUK : GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN TAMAN SAINS DAN MAKMAL
SAINS
(A) LAPORAN AKTIVITI/PERISTIWA :(Sila sertakan gambar sebagai
lampiran)
Gotong royong membersihkan Taman Sains dan Makmal Sains anjuran
Unit Hal Ehwal Murid ( HEM ) SK Taman Skudai Baru 2 dan pelajar PPG
ambilan Februari 2012 telah pun dilaksanakan pada 6 Jun 2014.
Gotong royong yang melibatkan murid-murid Tahun 3 ini dijalankan
bermula jam 3.00 petang hingga 5.30 petang. Program ini melibatkan
seramai 30 orang pelajar dari Tahun 4 dan seramai 3 orang pelajar
PPG serta 5 orang guru SK Bandar UDA 2.Murid-murid telah
dibahagikan kepada 2 kumpulan bagi dua kawasan iaitu kumpulan
pertama di Taman Sains manakala kumpulan kedua di Makmal Sains yang
berhadapan dengan Taman Sains. Program ini telah memberi pengalaman
baru kepada semua murid-murid dan guru-gurubergaul dengan lebih
mesra sertamenambah pengetahuan mereka. Di sampingitu program
inijuga telah memberipendedahan kepada murid-murid mengenai
peraturan, cara dan panduan mengurusdiri apabila mengikuti sebarang
aktiviti riadah Gotong royong ini merupakan aktiviti yang dapat
mendidik murid dengan tujuan dan objektif yang di gariskan iaitu:
Menjadikan sekolah sebagai sekolah yang bersih,kemas ,baik dan
selamat untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran.
Memupuk semangat kerjasama antara warga Sekolah Kebangsaan
Skudai Baru 2 yang terdiri daripada guru,murid dan pekerja
serta
menanam sikap cintakan kebersihan dan keceriaan.
Mengalakkan murid membuat tugasan dengan rasa tanggungjawab
dan
cintakan sekolah serta membudayakan slogan sekolahku
syurgaku
dengan rasa gembira.
Aktiviti ini dapat dijalankan dengan lancar dan baik. Hasilnya
dapat memberikan manfaat dan keselesaan yang berterusan. Kawasan
sekolah yang bersih dan bilik-bilik yang kemas dan bersih ini
diharapkan dapat membantu dalam meningkatkan sistem pembelajaran
sekolah dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi sekolah.Sekalung
tahniah dan syabas serta terima kasih kepada semua yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Program Gotong
Royong membersihkan makmal sains dan taman sains.
Laporan Bergambar :
Murid-murid sedang diberikan taklimat oleh guru. Murid-murid
telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan pertama akan
membersihkan Taman Sains dan kumpulan kedua akan membersihkan
Makmal Sains. Murid-murid telah dibekalkan dengan kain buruk,
penyapu, penyodok dan plastik hitam.
Kumpulan yang membersihkan Taman Sains. Sampah-sampah
dikumpulkan di dalam plastik hitam. Semua murid diminta
berhati-hati semasa mengutip sampah di kawasan kolam kerana keadaan
yang agak licin akibat hujan yang turun sebelum itu.
Murid-murid yang menjalankan gotong royong ini terdiri daripada
murid-murid tahun 4. Mereka telah dibahagikan kepada dua kumpulan
iaitu satu kumpulan ditugaskan untuk membersihkan makmal sains dan
satu kumpulan lagi ditugaskan untuk membersihkan Taman sains yang
terletak berhadapan dengan makmal sains.
ISU / MASALAH : Kawasan dan Cuaca:
Masalah yang saya hadapi ialah Kawasan kolam ikan taman sains
yang agak licin kerana hujan yang turun sebelum aktiviti dijalankan
memerlukan pemantauan yang lebih kerana murid amat teruja untuk
mendekati kolam tersebut. Persekitaran dan kawasan gotong royong
yang mempunyai pokok yang agak rimbun dan ditakuti ada serangga
atau binatang berbisa seperti lipan atau kala jengking.
( D ) Analisis SWOT:
(i) KEKUATAN
1. Semua guru , pihak sekolah dan murid yang terlibat memberi
komitmen yang tinggi dan bekerjasama dalam semua aktiviti yang
dijalankan. 2. Oleh kerana murid yang terlibat agak sedikit
jumlahnya, semua aktiviti yang dijalankan mudah dikendalikan dan
masa yang diperuntukan mencukupi bagi semua yang dirancang.
3. Kos yang diperlukan untuk mengendalikan Program gotong royong
ini tidak banyak kerana program dilaksanakan di dalam sekolah,
semua kemudahan asas mencukupi seperti kemudahan tenaga elektrik ,
penggunaan kantin, tandas, dan sebagainya.
(ii) KELEMAHAN:
1. Kawasan kolam yang agak sempit dan berhampiran dengan
longkang besar menyebabkan kawasan kurang selamat kepada semua
murid yang terlibat.
2. Oleh kerana kekangan masa di sekolah dengan pelbagai program
yang dirancang, murid yang terlibat dengan aktiviti agak sedikit
dan kawasan goto royang agak terhad.PELUANG:1. Semua AJK program
dan murid dapat menunjukkan semangat kerjasama yang sangat baik
dalam mengendalikan aktiviti dan aktiviti yang dirancang berjalan
dengan lancar.
2. Semua murid berpeluang terlibat dalam semua aktiviti yang
dirancang sepanjang program dan mereka amat berbesar hati untuk
melaksanakannya pada masa-masa yang akan datang.
(iii) ANCAMAN:
1 Persekitaran dan kawasan gotong royong yang mempunyai pokok
yang agak rimbun dan ditakuti ada serangga atau binatang berbisa
seperti lipan atau kala jengking.
(1) REFLEKSI KENDIRI:
(i) MANFAAT PROGRAM BIG:1. Semua guru yang terlibat dalam
aktiviti perkhemahan ini boleh mengendalikan sesuatu program dengan
baik, berkesan dan melaksanakan dalam bentuk terancang.
2. Pengendalian program yang dilaksanakan memberi ruang kepada
semua guru menunjukkan kreativiti, kerjasama dan sikap toleransi
antara kumpulan bagi menyelesaikan segala permasalahan yang timbul
.
3. Program ini berhasrat untuk membina insan guru yang berakhlak
mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal
mental , rohani dan bermanfaat kepada diri, keluarga dan
masyarakat, negara selaras dengan nilai-nilai keguruan. Proses
pembinaan insan guru dilihat dari aspek kesedaran bahawa profesioan
perguruan adalah profesion yang mulia. Insan guru adalah pembina
generasi cemerlang. pembentukan jati diri dan mempunyai role model,
serta mampu menyesuaikan dan menangani pelbagai cabaran dalam
perubahan zaman dalam era globalisasi.
4. Program ini juga mampu membentuk akhlak mulia, membina daya
kepimpinan dan memupuk sikap bertanggungjawab, berfikiran kritis
dan kreatif serta menghayati misi dan visi FPK (Falsafah Pendidikan
Kebangsaan).Sepanjang menjalani aktiviti ini, saya berpeluang untuk
menilai diri saya sendiri dan sentiasa berusaha untuk mengatasi
segala kelemahan diri agar dapat memberi persaingan yang sihat
kepada rakan-rakan saya yang lain di samping menjadi seorang
pendidik yang berkualiti.
(ii) PENAMBAHBAIKAN:
1. Disiplin dalam diri perlu ditingkatkan lagi agar matlamat
yang dirancangkan dapat dicapai. Masa yang telah ditetapkan
perlulah dipatuhi dan digunakan sebaik mungkin dalam pengendalian
semua aktiviti.
2. Perlu menguasai semangat kepimpinan yang tinggi bagi
melahirkan barisan pendidik yang boleh memimpin anak-anak bangsa
kita di masa hadapan dan boleh melaksanakan pelbagai aktiviti dalam
apa jua situasi dan halangan.
3. Perlu melakukan perancangan dengan lebih awal dan perlu
pandai menguruskan masa dengan lebih efisien. Perancangan perlulah
dilakukan dengan lebih teliti agar tidak timbul lagi masalah
sewaktu menjalankan aktiviti. Segala masalah, perancangan dan
makluman aktiviti perlulah dirujuk kepada orang yang lebih
arif.
Tandatangan pelapor; ( JULIANA BINTI SARJU) PPG AMBILAN JUN 2011
PSV1
KERTAS KERJA PROGRAM
LAPORAN AKTIVITI
MAKLUMAT DIRI
NAMA JULIANA BINTI SARJU
PPG AMBILAN JUN 2011
KUMPULANPSV 1
TARIKH LAHIR 18 JANUARI 1978
ALAMAT TEMPAT BERTUGASLEDANG, JALAN SIALANG, 84900 TANGKAK
NO. TEL 0196591801
NAMA PENYELIA TUAN HAJI JAMEL BIN HAJI ISMAIL
PENGHARGAAN
Bersyukur saya ke hadrat Allah kerana di atas limpah rahmatnya
dapat saya menyudahkan tugasan yang diberi. Tanpa keberkatan dari
Nya, saya tidak akan dapat memperoleh maklumat-maklumat yang
penting dalam menyiapkan tugasan ini.Saya ingin mengambil
kesempatan di sini untuk mengucapkan ribuan terima kasih dan
penghargaan yang tak terhingga kepada pensyarah saya, Tuan Haji
Jamel bin Haji Ismail di atas sokongan dan bimbingan yang diberi
semasa taklimat BIG dan juga di dalam telefon . Saya sangat
menghargai kebaikan dan keprihatinan yang telah ditunjukkan oleh
beliau. Segala maklumat yang diberi amat berguna dan tanpa
bimbingan serta tunjuk ajar beliau, saya rasa tidak tahu apa yang
perlu dibuat.Tidak lupa juga, ucapan jutaan terima kasih saya
kepada Guru Besar SK Taman Skudai Baru 2 Johor Darul Takzim dan 2
orang rakan guru yang terlibat dengan program BIG, semua guru SK
Bandar Baru Uda murid-murid serta rakan-rakan sekelas yang banyak
membantu di dalam menyiapkan tugasan ini. Sokongan, pertolongan dan
perkongsian ilmu yang dihulurkan amat saya hargaiKepada suami dan
anak-anak , kalian adalah insan yang hebat. Terima kasih kerana
memahami perasaan dan emosi saya, sentiasa bersabar , selalu
memberi kata-kata semangat dan sentiasa berada di sisi apabila
diperlukan. Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada rakan-rakan
sekerja yang banyak memberi galakan. Budi kalian, akan saya kenang
sepanjang hayat .
Terima kasih, semua.
ISI KANDUNGANPERKARA
1. Penghargaan2. Isi Kandungan
3. Laporan Sahsiah Oleh Guru Besar
4. Kertas Kerja Program- Agihan tugas dan jawatankuasa- Jadual
program
5. Surat Panggilan dan Minit Mesyuarat
6. Pengenalan BIG
7. Laporan Bina Insan Guru
8. Refleksi
9. Maklum balas ( Penilaian Kendiri)
10. Laporan Kewangan
11. CD Rakaman Program BIG12. Laporan Bergambar Program BIG
REFLEKSI
Bersyukur saya kerana dengan limpah kurniaan dan nikmat-Nya,
saya dan ahli kumpulan yang lain telah berjaya mengadakan program
Bina Insan Guru pada 6 Jun 2014 ( Jumaat ) bertempat di Sek. Keb.
Taman Skudai Baru 2. Tujuan utama program ini dijalankan adalah
untuk memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab
dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan. Sepanjang program ini,
saya telah banyak mendapat pengalaman dan pengetahuan umum dalam
usaha saya dan ahli kumpulan yang lain untuk menjayakan program
ini. Program Bina Insan Guru merupakan satu program yang memberi
banyak impak, pengetahuan dan pengalaman yang berguna kepada semua
peserta. Segala input yang diperoleh amat berguna bagi menambah
ilmu pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada untuk diaplikasi
kepada para pelajar sebagai model insan yang bermakna.Dalam program
BIG kali ini, saya pelajari apa itu kerja dalam kumpulan. Tanpa ada
bantuan daripada ahli kumpulan, tidak mungkin akan menghasilkan
kerja dan melakukan sesuatu kerja dengan baik, berkesan dan berjaya
dengan seorang diri. Oleh itu, kerjasama dalam kumpulan amat
penting dalam mengadakan program yang sebegini.Segala cabaran,
halangan atau kenangan pahit manis kami berkongsi bersama. Selain
itu, saya pelajari pelbagai nilai-nilai murni yang amat berguna.
Nilai yang paling ketara ialah semangat setia kawan dan
bekerjasama. Selain itu, saya dapat melihat nilai toleransi dan
kesepakatan berlaku dalam kumpulan kecil mahupun besar. Dalam satu
kumpulan, jika tiada kesepakatan dan toleransi, maka semua tugasan
akan menjadi berat dan tidak akan berjaya. Sebagai seorang guru,
kita haruslah mempunyai nilai bekerjasama, toleransi dan mempunyai
permuafakatan yang baik dengan semua orang di sekeliling kita.
Dengan ini, segala tugasan atau masalah akan menjadi mudah dan
kehidupan akan menjadi harmoni. Seterusnya saya belajar untuk yakin
kepada kebolehan diri sendiri dan jangan mudah mengalah. Ini saya
pelajari semasa aktiviti mengecat sudut Bahasa Inggeris. Saya tidak
pernah mengecat namun demi tugas, saya memberanikan diri mengecat.
Dengan kesihatan yang kurang memuaskan, saya menggagahkan diri
untuk mengecat. Walaupun hasilnya tidak seperti juru cat terlatih,
saya berpuas hati dengan apa yang saya lakukan dengan bantuan rakan
lain dan murid-murid. Selain itu, saya juga mempelajari nilai
kepercayaan kepada ketua. Ketua dilantik untuk mengetuai ahlinya.
Namun tanpa kepercayaan dan kesefahaman daripada ahli-ahli di
bawahnya, ketua tersebut tidak akan berjaya melaksanakan tugasnya
sebagai seorang ketua. Puan Mallar, walaupun sibuk dengan urusan
rasmi sebagai GPK di sekolah, beliau merupakan ketua yang
berdedikasi dan bertanggungjawab melaksanakan tugasnya sebagai
ketua dengan membahagikan kerja dengan saksama. Dia merupakan ketua
yang peka terhadap tugas sebagai ketua dan saya telah memberi
kepercayaan sepenuhnya kepada beliau untuk mengurus dan membelanja
kewangan. Di samping itu, saya juga pelajari sikap sentiasa ingin
mencari ilmu yang baru. Untuk merancang aktiviti Latihan Dalam
Kumpulan dan juga bahan-bahan Bahasa Inggeris, saya telah membuat
beberapa rujukan dari bahan bacaan dan juga internet. Semua benda
yang berada di sekeliling kita ialah ilmu yang berguna kepada kita
dan guru boleh sentiasa memberi pelbagai ilmu kepada murid. Dalam
kehidupan seorang guru, ilmu di dada haruslah mencukupi. Ilmu yang
harus ada pada seorang guru bukan sahaja dari segi intelek, malah
dari semua aspek supaya boleh menghadapi pelbagai cabaran dan
dugaan dalam kehidupan seharian. Ini kerana guru dijadikan tempat
rujukan dan mendapatkan apa jua maklumat. Maka, kita haruslah terus
mencari ilmu-ilmu yang baru untuk memantapkan lagi ilmu yang sedia
ada supaya lebih mantap. Semasa membuat program ini, saya tidak
dapat menafikan bahawa terdapat sedikit kekurangan. Salah satunya
ialah jarak yang jauh di antara ahli menyebabkan kami tidak dapat
berjumpa selalu untuk mengadakan perbincangan. Namun masalah itu
dapat saya atasi dengan bantuan e-mel, telefon dan whatsapp. Kami
sentiasa berhubung bagi memastikan segala aktiviti yang dirancang
akan dapat dilaksanakan dengan baik. Selain daripada itu, faktor
cuaca juga telah menyebabkan aktiviti padang tidak dapat
dijalankan. Murid-murid kelihatan sedikit hampa pada mula akibat
hujan lebat. Namun begitu, mereka kembali ceria apabila aktiviti
sukaneka dijalankan. Hujan lebat juga telah menyukarkan kami untuk
melakukan proses pembersihan dan mengecat sudut Bahasa Inggeris.
Saya dan beberapa rakan ahli yang lain tetap meneruskan kerja dalam
kebasahan bagi memastikan sudut tersebut berwajah baru dan
ceria.Dari maklum balas para peserta sebelum majlis penutupan,
semua murid bersetuju bahawa aktiviti yang dijalankan sangat
menarik, mudah difahami dan senang untuk dilakukan. Mereka juga
bersetuju bahawa segala ilmu yang dipelajari sepanjang program akan
diamalkan dalam kehidupan seharian mereka. Mereka juga dapat
belajar untuk bekerjasama, saling bantu-membantu dan bertolak ansur
di antara ahli kumpulan. Ketika aktiviti dijalankan, mereka juga
telah dapat mematuhi segala arahan yang diberi serta dapat memberi
tindak balas yang positif. Keyakinan diri yang bertambah dan
disiplin diri yang diterapkan dapat membantu mereka untuk lebih
berjaya serta memperoleh keputusan yang lebih cemerlang dalam
UPSR.Dengan adanya program seperti ini, saya dan rakan yang
terlibat lebih memahami nilai- nilai pentingnya mempunyai kekuatan
mental yang tinggi dan konsisten dalam menangani arus pendidikan
yang semakin mencabar pada masa kini. Semoga program ini dapat
memberi pengisian yang berguna kepada semua peserta BIG yang
terlibat dalam melahirkan insan yang lebih cemerlang dalam semua
aspek.. Saya juga berharap program ini dapat melahirkan murid-murid
yang memiliki keyakinan diri yang tinggi, berketerampilan,
mempunyai semangat kerjasama, berinovatif serta mempunyai sahsiah
diri yang terpuji dan jitu. Akhir kata ingin saya merakamkan jutaan
terima kasih kepada pensyarah saya, Tuan Haji Jamel b. Haji Ismail
di atas bimbingan dan panduan dalam merancang program BIG, kepada
rakan kumpulan saya yang terlibat dalam memastikan apa yang
dirancang dapat dilaksanakan dengan baik, budi kalian dalam ingatan
saya selalu. Tidak lupa juga, ucapan terima kasih saya kepada Guru
Besar, guru-guru dan murid-murid SK Taman Skudai Baru 2 yang telah
memberi kerjasama yang baik semasa program Bina Insan Guru ini
dijalankan. Hanya Allah SWT jua yang dapat membalasnya. Akhirnya
doakan kejayaan saya dan segala yang baik datangnya dari Allah dan
segala kekurangan dari kelemahan diri saya sendiri, Kita mampu
merancang hanya Allah SWT juga yang maha menentukannya. Sekian,
terima kasih.