BIDANG KEPEGAWAIAN Dalam aspek bidang kepegawaian, tugas seseorang guru adalah lebih tertumpu kepada perancangan dan pengurusan sesuatu aktiviti kejohanan, temasya atau perkhemahan. Contohnya dalam aktiviti kejohanan sukan atau temasya permainan setiap guru dalam konteks kepegawaian perlulah memahami serta menyusun atur penglibatan setiap guru dalam jawatankuasa yang dibentuk supaya segala aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan jayanya. Pada dasarnya setiap guru yang bertindak sebagai pegawai dalam sesuatu aktiviti perlulah membuat perancangan serta menguruskan aktiviti yang dirancang dengan baik dan tersusun. Pada kebiasaannya, terdapat dua bentuk jawatankuasa dalam mengendalikan sesuatu kejohanan atau pun aktiviti. Yang pertama ialah jawatankuasa induk dan kedua ialah jawatankuasa pengelola. Jawatankuasa induk ialah jawatankuasa utama dan penting untuk mengatur serta menentukan perbelanjaan kewangan serta kelicinan sesuatu kejohanan atau aktiviti. Manakala, jawatankuasa pengelola pula adalah jawatankuasa yang secara langsung terlibat dalam pelaksanaan setiap kejohanan atau pun aktiviti. Pada umumnya terdapat beberapa jawatankuasa yang diwujudkan dalam melaksanakan sesuatu kejonan ataupun aktiviti, iaitu: Pengarah projek; Timbalan pengarah projek; Pengelola projek (pengerusi jawatankuasa pengelola); Setiausaha; Penolong setiausaha; Bendahari; Urus setia; i. Jawatankuasa kewangan; ii. Jawatankuasa teknikal alatan; iii. Jawatankuasa teknik pertandingan; iv. Jawatankuasa teknik kepegawaian; v. Jawatankuasa buku program; vi. Jawatankuasa atur cara; vii. Jawatankuasa protokol;
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
BIDANG KEPEGAWAIAN
Dalam aspek bidang kepegawaian, tugas seseorang guru adalah lebih tertumpu
kepada perancangan dan pengurusan sesuatu aktiviti kejohanan, temasya atau
perkhemahan. Contohnya dalam aktiviti kejohanan sukan atau temasya permainan
setiap guru dalam konteks kepegawaian perlulah memahami serta menyusun atur
penglibatan setiap guru dalam jawatankuasa yang dibentuk supaya segala aktiviti yang
dirancang dapat dijalankan dengan jayanya. Pada dasarnya setiap guru yang bertindak
sebagai pegawai dalam sesuatu aktiviti perlulah membuat perancangan serta
menguruskan aktiviti yang dirancang dengan baik dan tersusun. Pada kebiasaannya,
terdapat dua bentuk jawatankuasa dalam mengendalikan sesuatu kejohanan atau pun
aktiviti. Yang pertama ialah jawatankuasa induk dan kedua ialah jawatankuasa
pengelola. Jawatankuasa induk ialah jawatankuasa utama dan penting untuk mengatur
serta menentukan perbelanjaan kewangan serta kelicinan sesuatu kejohanan atau
aktiviti. Manakala, jawatankuasa pengelola pula adalah jawatankuasa yang secara
langsung terlibat dalam pelaksanaan setiap kejohanan atau pun aktiviti. Pada
umumnya terdapat beberapa jawatankuasa yang diwujudkan dalam melaksanakan
sesuatu kejonan ataupun aktiviti, iaitu:
Pengarah projek;
Timbalan pengarah projek;
Pengelola projek (pengerusi jawatankuasa pengelola);
Setiausaha;
Penolong setiausaha;
Bendahari;
Urus setia;
i. Jawatankuasa kewangan;
ii. Jawatankuasa teknikal alatan;
iii. Jawatankuasa teknik pertandingan;
iv. Jawatankuasa teknik kepegawaian;
v. Jawatankuasa buku program;
vi. Jawatankuasa atur cara;
vii. Jawatankuasa protokol;
viii. Jawatankuasa jemputan;
ix. Jawatankuasa sambutan;
x. Jawatankuasa perbarisan;
xi. Jawatankuasa pengacaraan;
xii. Jawatankuasa promosi / publisiti;
xiii. Jawatankuasa hiasan;
xiv. Jawatankuasa khemah peserta;
xv. Jawatankuasa audio dan visual;
xvi. Jawatankuasa keceriaan / persiapan;
xvii. Jawatankuasa kebersihan;
xviii. Jawatankuasa disiplin dan keselamatan;
xix. Jawatankuasa pendaftaran peserta;
xx. Jawatankuasa bantu mula (first aids);
xxi. Jawatankuasa hadiah dan cenderamata;
xxii. Jawatankuasa jamuan/makanan;
xxiii. Jawatankuasa pengangkutan;
xxiv. Jawatankuasa fotografi;
xxv. Jawatankuasa alatan;
xxvi. Jawatankuasa persembahan;
xxvii. Jawatankuasa tugas-tugas khas;
xxviii. Jawatankuasa penginapan; dan
xxix. Lain-lain jawatankuasa yang sesuai mengikut keperluan.
DENDA / HUKUMAN PERMAINAN
(a) Amaran / Kad Kuning
-kerap melakukan kesalahan atau melanggar peraturan permainan
-perlakuan yang dilakukan tanpa semangat kesukanan
(b) Hukuman / Gantung Dua Minit
-tidak meletakkan bola ke lantai selepas sesuatu kesalahan
-penggantian pemain yang tidak sah
-perlanggaran peraturan permainan
-kurang sopan dan tidak mempunyai semangat kesukanan
(c) Pembatalan / Pemberhentian Pemain
-melakukan kesalahan secara sengaja terhadap pihak lawan
-telah melakukan kesalahan pergantungan dua minit untuk kali ketiga
-tingkah laku dan tindakan yang keterlaluan dan merbahaya
-mengugut pemain di luar gelanggang pemain
-kekasaran hingga mencederakan pihak lawan
-kesalahan yang dilakukan oleh pegawai pasukan dan pasukan itu boleh
-dibatalkan penyertaan
Rajah 1: Pemain dikenakan pergantungan dua minit oleh pengadil
Rajah 2: Pemain dilayangkan kad amaran oleh pengadil
Rajah 3: Penyingkiran daripada perlawanan (dalam kes keganasan)
ISYARAT TANGAN PENGADIL
Rajah 1: Menyentuh atau memasuki kawasan gol dan salah tangkap, salah lantun atau
salah kawal bola
Rajah 2: Berjalan lebih 3 langkah atau memegang bol dan membuang masa lebih tiga
saat
Rajah 3: Memukul pemain dan menangkap pemain
Rajah 4: Salah laku penyerang
menolak dan jaringan gol
merempuh ke arah lawan
Rajah 5: Balingan masuk dan balingan gol
Rajah 6: Balingan percuma kepada pihak lawan, balingan pengad dan jarakkan diri
sejauh tiga meter
Gambaran lebih jelas tetang isyarat tangan pengadil
Balingan ke Dalam Balingan Percuma Lihat Arah
Balingan Gol Balingan Pengadil Lebih 3 Langkah atau Memegang Bola Lebih daripada 3 Saat
Menolong, Berlari Buang Masa Gol! atau Melompat ke Dalam
Memasuki Kawasan Gol Memukul/ Tidak Tepat
Menepis/Tangkis Menangkap/Menahan Tidak Dibenarkan
Memegang Jarak 3 Meter Amaran (Kad Kuning)
Singkir (Kad Merah)
Berhentikan Permainan Gantung 2Minit Buang Padang/Batal
UNDANG-UNDANG PERMAINAN
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 10
BALINGAN PERMULAAN
10.1 Untuk memulakan permainan, balingan permulaan akan dilakukan:
1. Oleh pasukan yang memenangi lambungan syiling atau undian dan memilih
untuk memulakan permainan.
2. Pihak lawan berhak untuk memilih gelanggang
Melainkan jika pasukan yang menang lambungan syiling memilih gelanggang
(maka pihak lawan mengambil balingan permulaan)
Pasukan akan bertukar tempat pada separuh masa kedua. Balingan permulaan
dibuat oleh pasukan yang tidak mengambil balingan permulaan pada masa
pertama.
Lambungan syiling dilakukan pada setiap masa tambahan.
10.2 Selepas jaringan dilakukan: Balingan permulaan akan dilakukan oleh pasukan
yang kena gol.
10.3 Balingan permulaan diambil dari tengah gelanggang (1.5 meter dari tengah)
kawasan permainan dengan sebelah kaki di atas garisan tengah dan balingan
dilakukan ke mana-mana arah dikehendaki.
1. Balingan permulaan dilakukan dalam masa 3 saat selepas pengadil
membunyikan wisel.
2. Pemain yang mengambil balingan permulaan mesti memijak garisan tengah
dengan sebelah kaki sehingga bola dilepaskan.
Rakan pasukan pembaling tidak boleh melepasi garisan tengah sebelum wisel
berbunyi.
10.4 Untuk membuat balingan permulaan pada setiap separuh masa (termasuk masa
tambahan) semua pemain mesti berada di kawasan masing-masing.
Walau bagaimanapun, balingan permulaan selepas jaringan gol dilakukan,
pihak lawan (pihak yang menjaring) dibenarkan berada di kedua-dua belah
gelanggang. (Selepas satu jaringan, pasukan bertahan boleh berada di kedua-
dua kawasan).
Dalam kedua-dua keadaan, pihak lawan mesti berada sekurang-kurangnya 3
meter dari pemain yang membuat balingan permulaan.
Nota:
Balingan permulaan dilakukan apabila:
1. Memulakan permainan / perlawanan.
2. Selepas jaringan gol.
3. Selepas separuh masa ke dua bermula.
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 11
11. BALINGAN KE DALAM
(Apabila keseluruhan bola melepasi garisan tepi di atas tanah atau di udara atau
garisan gol setelah disentuhi oleh pemain yang bertahan kecuali penjaga gol)
11.1 Balingan ke dalam diberikan apabila keseluruhan bola melepasi garisan tepi atau
bila pemain gelanggang yang bertahan adalah orang terakhir menyentuh sehingga bola
melepasi garisan gol.
11.2 Balingan ke dalam diambil tanpa menunggu tiupan wisel referi atau
pengadil oleh pasukan lawan yang menyentuh bola sebelum bola melepasi garisan.
11.3 Balingan ke dalam hendaklah dibuat di tempat bola itu keluar dari garisan tepi.
Jika melepasi garisan gol, balingan ke dalam di sudut dibuat di sebelah
mana bola keluar.
11.4 Pembaling mesti memijak garisan tepi gelanggang sehingga bola dilepaskan.
Pembaling TIDAK DIBENARKAN meletakan bola di atas gelanggang dan
mengambilnya semula atau melantun atau menangkap semula.
11.5 Semasa balingan ke dalam, jarak pemain pasukan lawan mesti berada tidak
kurang 3 meter daripada pemain yang membuat balingan. tetapi pemain lawan
dibenarkan berada di luar kawasan garisan gol kurang 3 meter ketika balingan ke
dalam berada dalam kawasan 9 meter.
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 12
12. BALINGAN GOL
12.1 Balingan gol diberikan bila penjaga gol mengawal bola dalam kawasannya atau
bila keseluruhan bola melepasi garisan gol selepas disentuh kali terakhir oleh penjaga
gol atau pemain lawan.
Ini bermakna, dalam kedua-dua situasi ini, bola dianggap sebagai di luar
permainan. (Peraturan 13:3 boleh digunakan jika terdapat kesalahan di
pihak pasukan penjaga gol selepas balingan gol diberikan dan sebelum
ianya dilakukan)
12.2 Balingan gol diambil oleh penjaga gol, tanpa menunggu tiupan wisel referi atau
pengadil dari kawasannya selepas melepasi garisan kawasan gol sendiri.
Balingan gol dianggap telah diambil bila bola yang dibaling telah melepasi
garisan gol (garisan 6 meter).
Pemain dari pasukan lawan dibenarkan berada di luar garisan gol (garisan 6
meter) tetapi tidak boleh menyentuh bola sehingga bola melepasi garisan
penjaga gol.
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 13
13. BALINGAN PERCUMA
13.1 Referi atau pengadil akan memberhentikan permainan atas kesalahan yang
dilakukan oleh:
1. Pasukan yang memegang boal (Peraturan 4:23)
2. Pasukan bertahan.
13.2 Referi atau pengadil boleh meneruskan permainan tanpa memberikan balingan
percuma:
1. Peraturan 13:1(1) - Pasukan bertahan mengawal bola selepas berlaku
kesalahan.
2. Peraturan 13:1(2) - Referi atau pengadil tidak akan memberhentikan perlawanan
sehingga pasukan menyerang hilang kawalan bola atau seandainya tidak dapat
meneruskan serangan disebabkan kesalahan yang dilakukan oleh
pihakbertahan. (keuntungan / Advantange rule)
Hukuman Individu
Referi atau pengadil akan memberikan hukuman kepada pemain yang melakukan
kesalahan selepas satu kelebihan diberikan kepada pasukan menyerang. peraturan
13:2 tidak diguna pakai jika berlaku peraturan 4:2-3 atau 4:5-6 (Kesalahan pegawai dan
pertukaran pemain).
13.3 Kesalahan 13.1 (1-2) berlaku semasa bola diluar permainan, pemainan akan
dimulakan dengan keadaan yang sepatutnya.
13.4 Balingan percuma akan diberikan walaupun tanpa berlaku kesalahan undang-
undang:
1. Pasukan yang sedang mengawal bola akan membuat balingan percuma.
2. Jika kedua-dua tidak mengawal bola, pasukan akhir yang mengawal bola akan
memdapat balinga percuma.
3. Jika perlawanan di dalam dewan, bola terkena siling atau lain-lain, pasukan
lawan akan membuat balingan percuma.
4. Peraturan 13.2 tidak diguna pakai dalam situasi 13.4
13.5 Jika kesalahan berlaku pemain hendaklah meletakkan bola serta merta selepas
wisel referi dibunyikan.
13.6 Balingan percuma boleh diambil tanpa tiupan wisel referi kecuali peraturan 15.3
(Balingan 7 meter / permulaan)
1. Peraturan 13.4 (1, 2 dan 3) balingan percuma hendaklah dibuat selepas tiupan
wisel.
2. Jika terdapat gangguan dari pegawai teknikal atau penjaga masa disebabkan
kesalahan yang dilakukan oleh pegawai atau pemain pasukan bertahan,
balingan percuma akan diambil oleh pihak lawan di tempat di mana berlakuknya
kesalahan selepas tiupan wisel oleh referi. Kesalahan 4.2.3, 4.5.6 dan 7.10
boleh diguna pakai peraturan di atas.
3. Semua balingan percuma tidak boleh diambil di dalam kawasan gol atau
kawasan 9 meter pasukan lawan (mesti dibawa keluar garisan 9 meter).
Semasa balingan percuma diambil, pihak lawan hendaklah berada pada jarak
tidak kurang dari 3 meter.
13.7 Pemain yang akan membuat balingan percuma tidak boleh meletakkan dan
mengambil semula bola atau melantun bola.
13.8 Pemain penyerang tidak boleh menyentuh atau memasuki kawasan balingan
percuma (kawasan 9 meter) sebelum balingan percuma diambil atau dilakukan.
1. Referi atau pengadil hendaklah membetulkan kedudukan pemain yang berada di
kawasan balingan percuma (kawasan 9 meter).
2. Balingan ini hendaklah dimulakan selepas tiupan wisel. Jika kesalahan yang
sama dilakukan sebelum bola dilepaskan, balingan percuma akan diberikan
kepada pihak lawan.
13.9 Pemian bertahan mestilah berada pada jarak 3 meter semasa balingan percuma
dilakukan oleh pihak penyerang.
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 14
14. BALINGAN 7 METER
14.1 Balingan 7 meter akan diberi apabila:
1. Peluang menjaringkan gol dimusnahkan oleh pemain atau pegawai pihak lawan.
2. Gangguan wisel daripada luar semasa penyerang hendak menjaringkan gol.
3. Gangguan daripada luar (penonton masuk gelanggang)
14.2 Jika pemain penyerang dapat mengawal bola dengan badan walaupun berlaku
kesalahan, balingan 7 meter tidak perlu diberikan.
14.3 Semasa balingan 7 meter hendak dilakukan, permainan hendaklah diberhentikan
(isyarat 'Time Out' diberikan)
14.4 Balingan 7 meter hendaklah dibaling ke arah gol selepas 3 saat wisel
dibunyikan.
14.5 Pemain yang membuat balingan 7 meter tidak boleh memijak atau melintasi
garisan 1 meter (garisan had balingan 7 meter) sebelum balingan dilakukan.
14.6 Setelah bola dibaling, bola tersebut TIDAK DIBENARKAN disentuh oleh mana-
mana pemain sehingga ianya disentuh oleh penjaga gol atau terkena bahagian gol.
14.7 Semua pemain TIDAK DIBENARKAN berada di dalam kawasan balingan
percuma (kawasan 9 meter) semasa balingan 7 meter dilakukan kecuali pembaling 7
meter.
1. Jika pihak penyerang melintasi garisan balingan percuma (garisan 9 meter)
sebelum bola dilepaskan dari tangan pembaling 7 meter, balingan percuma akan
diberikan kepada pihak bertahan.
14.8 Jika pemain pertahanan memasuki kawasan balingan percuma (garisan 9 meter)
semasa balingan 7 meter dibuat, balingan akan diulang semula jika tidak gol dan jika
gol, jaringan akan terus disahkan sebagai gol.
14.9 Jika penjaga gol melintasi garisan sempadan 4 meter sebelum bola dilepaskan
pembaling 7 meter, balingan 7 meter akan diulang semula jika tidak gol dan dikirakan
jaringan jika masuk gol.
14.10 Pertukaran penjaga gol TIDAK DIBENARKAN setelah pembaling sedia
membuat balingan 7 meter. Sebarang percubaan untuk membuat pertukaran akan
diberikan hukuman 16.1(4) dan 16.3(3).
Situasi balingan 7 meter dilakukan
Aksi pembaling melakukan balingan 7 meter
Penjaga gol mengawal gawangnya ketika balingan 7 meter