B ismillahirrahmanirrahim dan Assala- mualaikum. Kita semua tahu bahawa Allah itu ada, memer- hatikan kita. Dia melihat dan mengetahui apa yang kita lakukan secara terang, dan mengeta- hui segala apa yang terdampar di dasar hati. Tiada rahsia lagi! Dan rahasiakanlah perkataanmu atau la- hirkanlah; Sesungguhnya dia Maha Mengeta- hui segala isi hati. Apakah Allah yang menciptakan itu tidak men- getahui (yang kamu lahirkan atau rahasiakan); dan dia Maha halus lagi Maha Mengetahui? [Al-Mulk, 67 : 13-14] Namun adakah kita meyakini kehadiran-Nya sepanjang masa? Mungkin ada yang akan menjawab, “Ya, saya yakin sangat tentang itu.” Bagus jawapan itu, kerana sudah pasti itu ber- makna mereka sentiasa melakukan segala perintah Allah DAN meninggalkan larangan- Nya, bukan begitu? “DAN” ya, bukan “ATAU”. Allah memberikan kita Islam untuk kita ikuti sepenuhnya, bukan ambil separuh- separuh. Sekarang ini, tanya soalan tersebut kepada diri kita sendiri. Saya yakin dan saya pasti, tidak ada sesiapa pun yang mampu untuk menjawab YA, meskipun kesemua kita mahu menjawab dengan jawapan itu. Kerana kita semua tidak maksum dan tidak terlepas daripada dosa. Daripada mengumpat dan mengata orang lain, berhasad dengki, tidak memelihara pandangan mata, dan bermacam-macam lagi dosa, se- benarnya terlalu banyak dosa yang kita lakukan kepada-Nya. Dan ya, kita ialah Muslim. Justeru itu, apakah beza antara kita dengan orang- orang kafir di luar sana? Bukankah kita selaku Muslim dan insya-Allah mukmin seharusnya tamayyuz (berbeza) daripada orang-orang kafir? Kitalah yang seharusnya menjadi qud- wah kepada mereka. Qudwah, sepertimana yang ditonjolkan oleh akhlak mulia Rasulullah dan para sahabat, hinggakan berbondong- bondong manusia memeluk Islam kerana terpi- kat dengan keindahan akhlak mereka. Kita banyak dosa, itu sememangnya pasti. Namun, adakah itu menjadi asbab untuk kita terus melakukan dosa, dengan alasan seperti, “Alah, dah banyak dosa la…tak guna dah nak bertaubat”? Ketahuilah pintu taubat Allah sentiasa terbuka. Tidak percaya? Nah, ambillah kalam-kalam cinta daripada-Nya: TEAM BICARA MSM: 1 Bersambung ke muka 2 … Harapan Itu Masih Ada Harapan Itu Masih Ada Harapan Itu Masih Ada Harapan Itu Masih Ada Buletin Rasmi Majlis Syura Muslimun UK & Eire w w w . m s m o n l i n e . i n f o Shahrir Kasjoo Izzuddin Yussof Ammar Roslizar Shahkang Wan Zulhilmi Raja Abdullah Hakim Kamal Haziq Fadzilah Hanim Nurul Iman
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
BBBB ismillahirrahmanirrahim dan Assala-
mualaikum.
Kita semua tahu bahawa Allah itu ada, memer-
hatikan kita. Dia melihat dan mengetahui apa
yang kita lakukan secara terang, dan mengeta-
hui segala apa yang terdampar di dasar hati.
Tiada rahsia lagi!
Dan rahasiakanlah perkataanmu atau la-
hirkanlah; Sesungguhnya dia Maha Mengeta-
hui segala isi hati.
Apakah Allah yang menciptakan itu tidak men-
getahui (yang kamu lahirkan atau rahasiakan);
dan dia Maha halus lagi Maha Mengetahui?
[Al-Mulk, 67 : 13-14]
Namun adakah kita meyakini kehadiran-Nya
sepanjang masa? Mungkin ada yang akan
menjawab, “Ya, saya yakin sangat tentang itu.”
Bagus jawapan itu, kerana sudah pasti itu ber-
makna mereka sentiasa melakukan segala
perintah Allah DAN meninggalkan larangan-
Nya, bukan begitu? “DAN” ya, bukan
“ATAU”. Allah memberikan kita Islam untuk
kita ikuti sepenuhnya, bukan ambil separuh-
separuh.
Sekarang ini, tanya soalan tersebut kepada diri
kita sendiri. Saya yakin dan saya pasti, tidak
ada sesiapa pun yang mampu untuk menjawab
YA, meskipun kesemua kita mahu menjawab
dengan jawapan itu. Kerana kita semua tidak
maksum dan tidak terlepas daripada dosa.
Daripada mengumpat dan mengata orang lain,
berhasad dengki, tidak memelihara pandangan
mata, dan bermacam-macam lagi dosa, se-
benarnya terlalu banyak dosa yang kita lakukan
kepada-Nya. Dan ya, kita ialah Muslim. Justeru
itu, apakah beza antara kita dengan orang-
orang kafir di luar sana? Bukankah kita selaku
Muslim dan insya-Allah mukmin seharusnya
tamayyuz (berbeza) daripada orang-orang
kafir? Kitalah yang seharusnya menjadi qud-
wah kepada mereka. Qudwah, sepertimana
yang ditonjolkan oleh akhlak mulia Rasulullah
dan para sahabat, hinggakan berbondong-
bondong manusia memeluk Islam kerana terpi-
kat dengan keindahan akhlak mereka.
Kita banyak dosa, itu sememangnya pasti.
Namun, adakah itu menjadi asbab untuk kita
terus melakukan dosa, dengan alasan seperti,
“Alah, dah banyak dosa la…tak guna dah nak
bertaubat”? Ketahuilah pintu taubat Allah
sentiasa terbuka. Tidak percaya? Nah, ambillah
kalam-kalam cinta daripada-Nya:
TEAM BICARA MSM:
1
Bersambung ke muka 2 …
Harapan Itu Masih AdaHarapan Itu Masih AdaHarapan Itu Masih AdaHarapan Itu Masih Ada
Buletin Rasmi Majlis Syura Muslimun UK & Eire
w
w
w
.
m
s
m
o
n
l
i
n
e
.
i
n
f
o
Shahrir Kasjoo Izzuddin Yussof Ammar Roslizar Shahkang Wan Zulhilmi
Raja Abdullah Hakim Kamal Haziq Fadzilah Hanim Nurul Iman
Harapan Itu Masih AdaHarapan Itu Masih AdaHarapan Itu Masih AdaHarapan Itu Masih Ada
“Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-
murninya. Mudah-mudahan Rabbmu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkanmu
ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghina-
kan nabi dan orang-orang mukmin yang bersama Dia; sedang cahaya mereka memancar di hada-
pan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: "Ya Rabb kami, sempurnakanlah
bagi kami cahaya kami dan ampunilah Kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala se-
suatu."
[At-Tahrim, 66 : 8]
Tidak cukup dengan itu? Ada lagi:
“Orang-orang yang mengerjakan kejahatan, kemudian bertaubat sesudah itu dan beriman; Sesung-
guhnya Tuhan kamu sesudah taubat yang disertai dengan iman itu adalah Maha Pengampun lagi
Maha Penyayang.”
[Al-A’raf, 7 : 153]
Lihat betapa Maha Pengampunnya Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya. Itulah salah satu tanda
kasih sayangnya kepada kita, sebagai hamba-hamba-Nya. Sesungguhnya Allah sangat menyayangi
hamba-hamba-Nya yang selalu bertaubat. Kalau kita sebagai manusia, sekiranya ada seseorang itu
melakukan kesalahan secara berterusan kepada kita, mungkin amat sukar atau tidak dapat kita men-
gampunkannya. Muhasabah kembali ya.
Sedangkan Rasulullah SAW yang sudah kita ketahui maksum boleh beristighfar 100 kali sehari,
apatah lagi kita ini yang penuh dengan dosa…sebenanrnya kitalah yang lebih perlu untuk bertaubat!
Oh ya, jangan gentar, dan jangan risau. Banyak mana pun dosa yang kita lakukan, Allah SWT den-
gan rahmat-Nya akan mengampunkan kita, dengan syarat kita bertaubat dengan bersungguh-
sungguh. Mari, kita bertaubat kepada-Nya? Kerana…harapan itu masih ada…
Daripada Anas r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Allah Ta'ala
berfirman: Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan mengharapkan Aku, Aku
akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada dirimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam!
Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah awan langit kemudian engkau memohon ampun
kepada-Ku, nescaya Aku akan ampunkan bagimu. Wahai anak Adam! Sesungguhnya engkau, an-
dainya engkau datang mengadap-Ku dengan dosa-dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datang
menghadap-Ku tanpa engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan mengurniakan
untukmu keampunan sepenuh isi bumi."
(Hadis Riwayat at-Tirmizi. Beliau berkata ia adalah hadis hasan sahih. - Dipetik daripada Hadis 40
Panggilan dari Kak Salbiah sedikit mengganggu konsentrasi bacaan. Ku sahut panggilan dengan
seadanya. Tapi, suara Kak Salbiah kedengaran cemas.
“Atiqah masih di airport lagi ke?”
“Ya Kak Sal. Atiqah tunggu abang Zarith.”
“Kak Sal dengan ustaz nak pergi airport ambil Atiqah, tapi jalan jammed la. Kitorang terperangkap
dalam traffic ni. Atiqah boleh pergi Hospital Prague tak?”
“Sekarang ke Kak Sal? Abang Zarith...”
“Zarith di hospital, dia kemalangan”
“Ya Allah!” mulutku terkunci. Hanya istighfar yang mampu ku lafazkan.
Aku sampai di hospital. Istighfar masih tak putus-putus. Fikiran ku terlalu kusut memikirkan
pelbagai benda dan satunya yang membuatku menangis - andainya aku kehilangan dia...
“Abang mahu isteri abang semulia Atiqah binti Amru. Wanita cantik, cerdik yang tak pernah
menangis...”
Aku mengesat air mata. Atiqah takkan menangis bang...
“Atiqah binti Amru mungkin menangis sewaktu kecil...”
“Oh...tak lah Atie, abang maksudkan dia redha menerima taqdir Allah termasuklah dinikahkan
dengan orang yang hodoh pada pandangan masyarakat; Sa’ad As-sulami”
“kalau Atiqah jadi Atiqah binti Amru, Atiqah doakan abang jadi Sa’ad As-sulami...mujahid islam”
Air mataku tidak mampu dibendung. Bukan kerana takutkan hari ini tetapi kerana memori itu. Aku
tewas dengan tangisan.
Di luar dewan bedah, aku menanti pasrah. Ramai junior tahun pertama yang turut sama menunggu.
Masing-masing menunggu penuh sabar dengan munajat doa yang tidak putus-putus. InshaAllah,
segalanya pasti berakhir nanti.
Seorang lelaki dari kalangan junior datang menyerahkan sebuah log book. Kulit merah usang yang
tebal itu punya identitinya sendiri. Ianya milik suamiku.
“Abang tak nak kehilangan ilmu yang setiap satunya bernilai melebihi dunia dan isinya”
Pintu dewan bedah terbuka, membawa keluar berita yang menakutkan.
“I’m sorry madam. It was too late.We’ve try our best”
Waktu itu aku seperti hilang separuh anggota badan. Berat ujian-Mu ya Allah. Kuatkan hatiku
seperti Atiqah.
Buku catatan merah dipeluk erat.
“...abang akan berikan mahar yang lebih mahal dari Baitul Syifa’...”
8
Salju Sakinah: Bukan Sekadar Naratif
Oleh: Shahkang
http://www.norshah.com Merenung pada kulit hadapan, segelintir khalayak pembaca mungkin
beranggapan tiada beza karya ini dengan novel-novel bernuansa cinta
Islamik yang lain. Lenggoknya pasti serupa dan klise. Namun jelas
tanggapan tersebut terpesong. Salju Sakinah bukan novel yang men-
ghidangkan angan-angan kosong kepada pembaca dengan pengisian
yang sifar. Hakikatnya, ia bukan sekadar naratif tetapi kesepaduan
antara ilmu dan aspek kreatif.
Citra wanita yang disampaikan pengarang menerusi watak Sumayyah
kelihatan begitu santai dengan garapan bahasa yang mudah dihadam
pembaca. Setiap detik cabaran yang dialami Sumayyah dimanfaatkan
pengarang sebagai medium dakwah yang berkesan. Dari isu jodoh,
perniagaan keluarga sampailah kepada kupasan masalah akidah. Pen-
ceritaan bukan hanya naratif kebiasaan yang sering kali dilakukan
pengarang novel pop-Islami masa kini. Malah, pengarang telah berjaya
menyelitkan penceritaan dengan isu dakwah dan secara tidak langsung
mengheret pembaca menghabiskan bacaan dan menikmati intipati
Islam dalam masa yang sama. Pujian juga harus diberikan kepada
pengarang kerana penerapan bahan-bahan pengajaran tidak bersifat
khutbah yang boleh mencacat-celakan nilai kreatif sesebuah karya.
Pengarang juga banyak menampilkan istilah-istilah Arab bagi menye-
suaikan latar novel tersebut yang bertempat di Jordan. Istilah-istilah
asing ini sedikit sebanyak mampu menokok pengetahuan khalayak
pembaca dengan kemudahan glosari di halaman-halaman terakhir.
Sebahagian daripada konflik yang dialami Sumayyah turut di-
hadiahkan pengarang dengan potongan ayat Al-Quran untuk direnungi pembaca. Di samping itu,
perwatakan Sumayyah sebagai muslimah ideal yang digambarkan melalui setiap bibit cabaran hidup-
nya sudah pasti diharapkan untuk menjadi ikutan pembaca. Sudah tidak bersembunyi kenyataan
bahawa pengarang ingin menegakkan karya ini sebagai salah satu wahana penyampaian Islam dan
pembentukan moral dengan gayanya yang tersendiri.
Pengarang turut sama bijak mengaitkan isu perjuangan dan cabaran wanita dengan nama
yang dipilih untuk watak utama – Sumayyah. Kita sedia maklum, Sumayyah dikenali sebagai salah
satu tokoh dalam sejarah Islam yang ketabahan dan perjuangannya dihayati saban hari. Oleh yang
demikian, nama yang dipilih pengarang seolah-olah berfungsi untuk menjentik kesedaran pembaca
bahawa novel ini mengusung erti yang khusus untuk difahami.
Secara keseluruhan, kemapanan Zaid Akhtar dalam menumpahkan idea dan penyampaian
risalah Islam dalam kancah bersifat naratif tidak dapat dinafikan lagi. Lewat kejayaannya turun naik
pentas Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) menerusi sebilangan novel remajanya, pembaca
sememangnya tidak akan kecewa dengan method penyampaiannya dakwahnya yang bersahaja. Citra
Sumayyah yang dibantu watak-watak lain bukan bertindak sebagai coretan kosong yang biasa.
Malah hasrat penulis dilihat ada kaitan dengan penerapan nilai-nilai tertentu untuk santapan pem-
baca. Lantaran itu, tidak mustahil novel ini dilabelkan sebagai ‘The National bestseller’ dan telah
berjaya berlabuh pada tangga ketiga carta jualan laris yang dikeluarkan pihak PTS.
Sumber gambar: http://www.pts.com.my
9
Ulasan BukuUlasan BukuUlasan BukuUlasan Buku
Nama Buku: Salju Sakinah
Penulis: Zaid Akhtar
(http://
myzaidakhtar.blogspot.com)
Penerbit: PTS Litera Utama
10
MSM SANA SINIMSM SANA SINIMSM SANA SINIMSM SANA SINIOleh: Shahrir Kasjoo
SHEFFIELD, 27 Feb 2010 - Alhamdulillah, Misi Kasih Palestin (MKP) anjuran MSM Sheffield
telah membuka 'booth' jualan barang-barang Palestin semasa berlangsungnya 'Sheffield Games'.
'Booth' MKP dibuka pada pukul 9 pagi dan ditutup pada pukul 6 petang. Pelbagai barangan telah
dijual seperti 'merchandise' Palestin, 'muffins' Misi Kasih Palestine, halal 'marshmellow' dan produk
HPA selain daripada aktiviti utama iaitu kutipan tabung Misi Kasih Palestin. Sambutan daripada
para pengunjung amat menggalakkan. Peluang ini juga telah digunakan untuk mempromosi MKP
dan MSM serta memberi kesedaran tentang isu Palestin sebagai isu sejagat dan perlu mendapat
sokongan bersama. Semoga Allah Taala memberkati usaha ini.
Misi Kasih Palestin di ‘Sheffield Games’
NOTTINGHAM, 3 Mac 2010 – Alhamdulillah, program
sambutan Maulidur Rasul bertemakan ’From Mecca to
Jerusalem’ telah berjaya diadakan di Dunkirk & Old Lenton
Community Centre (DCC). Tetamu kehormat adalah ustaz
kita yang tidak asing lagi, iaitu Ustaz Maszlee Malik dengan
dipengerusikan oleh saudara Hosni. Walaupun terdapat
beberapa kesilapan teknikal, namun pengisian Ustaz Maszlee
Malik berjaya memberikan input yang sangat bermakna
kepada hampir 60 orang yang hadir ke program ini. Semoga
usaha ini diberkati Allah Taala dan semoga menjadi
pemangkin dalam usaha membuktikan kecintaan kita
terhadap Nabi Muhammad SAW.
‘From Mecca to Jerusalem’ di Nottingham Memberi Input Bermakna‘From Mecca to Jerusalem’ di Nottingham Memberi Input Bermakna‘From Mecca to Jerusalem’ di Nottingham Memberi Input Bermakna‘From Mecca to Jerusalem’ di Nottingham Memberi Input Bermakna
11
MSM SANA SINIMSM SANA SINIMSM SANA SINIMSM SANA SINI Oleh: Shahrir Kasjoo
BUCKINGHAM PALACE, 19 Feb 2010 – Pihak MSM UK & Eire
merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Noor Zaitun
Yahaya sekeluarga di atas pencapaian akademik yang sangat
membanggakan. Puan Noor Zaitun merupakan seorang pelajar
ijazah doktor falsafah (PhD) di University of Leeds dan telah dipilih
sebagai penerima “The Queen’s Anniversary Awards” apabila
kajiannya mengenai sistem pemantauan dan pengawalan
pencemaran udara di kawasan bandar mendapat pengiktirafan
Kerajaan United Kingdom. Menurut beliau, kesemua ahli delegasi
University of Leeds ini adalah warganegara Britain kecuali beliau,
rakyat Malaysia.
Melihat kepada reputasi yang hebat dan para penyelidik, pemilihan
beliau menyertai delegasi yang dipilih daripada 40 pelajar PhD dari
seluruh dunia untuk diamanahkan membawa pulang pingat dan sijil
merupakan suatu saingan yang amat hebat dan telah diperhalusi dari pelbagai aspek sepertimana
pernyataan daripada The Royal Anniversary Trust London:
“Please give high priority in your selection of proposed student invitees to those
working in the field of your prizes scheme entry. The Queen and the Duke of
Edinburgh are always keen to meet young people directly involved with the prize
winning work”.
The Royal Anniversary Trust London
Delegasi ini bukan sahaja menghadap Baginda
Ratu Elizabeth, malah berpeluang menerangkan
kajian masing-masing kepada Baginda, Duke of
Edinburgh, Princess Anne, The Trustees and the
Awards Council of the Royal Anniversary Trust
serta tetamu Diraja yang lain. Pengalaman ini
adalah merupakan pengalaman yang besar dan
sangat bermakna kepada beliau sebagai ahli
akademik. Sesungguhnya pencapaian ini
menjadi qudwah buat kita semua khasnya ahli-
ahli MSM UK & Eire. Sila ikuti wawancara
khas bersama beliau di dalam Buletin Bicara
ini.
Tahniah Puan Noor Zaitun Yahaya
TEMURAMAH EKSKLUSIFBersama: Puan Noor Zaitun Yahaya (Pener
Diolah oleh: Ammar Roslizar dan Raja Abdullah Hakim
Penemuramah : Assalamualaikum Puan Zaitun. Boleh cerita sedikit tentang
pengalaman mendapat anugerah daripada Queen Elizabeth yang berlaku
beberapa hari lepas?
Puan Zaitun : Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Taala
Wabarakatuh. Terima kasih kepada yang bertanya. Bagi pihak Majlis Syura Mus-
limun, saya mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada Majlis Syura Mus-
limun kerana memberi peluang kepada saya untuk hari ini berkongi pengalaman
dan peluang yang Allah telah berikan kepada saya. Terlebih dahulu saya ucapkan
Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan
limpah kurnia-Nya dan perencanaan-Nya yang telah memilih saya untuk mewakili
atau bersama dengan delegasi University of Leeds bagi mendapat panggilan men-
gadap baginda Ratu Elizabeth semalam. Jadi, saya juga mengambil kesempatan ini
mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang telah menaja pengajian
saya di sini, Universiti Malaysia Terengganu, dan juga kepada Jabatan Penuntut
Malaysia. Selain daripada itu, saya juga merakamkan terima kasih kepada suami
dan anak-anak serta rakan-rakan di Leeds. Tidak juga lupa khususnya kepada per-
satuan-persatuan Malaysia di UK yang telah banyak membantu saya mewujudkan
suasana harmoni pembelajaran yang selesa untuk saya. Dan juga dapat secara tidak
langsung memberi satu sokongan dan semangat kepada saya untuk terus belajar
dan bekerja di sini.
Penemuramah: Mungkin boleh cerita tentang bagaimana perasaan bila ber-
jumpa dengan Queen Elizabeth sendiri dan menerima anugerah yang sangat
tinggi itu.
Puan Zaitun : Okay Cik Aisyah. Saya sebenarnya mengetahui dipilih mewakili
Institute for Transport Studies (ITS) ini pada bulan November semasa saya balik ke
Malaysia. Untuk pengetahuan semua, Institute for Transport Studies ialah pusat
pengajian dan penyelidikan peringkat universiti dalam bidang ini yang terbesar di
Eropah dan tersohor di dunia. Jadi ia sangat disegani di peringkat antarabangsa.
Bermakna, apabila anda terpilih mewakili institut ini dalam apa-apa upacara - per-
sidangan, workshop, forum - anda telah mewakili satu institusi yang sangat ternama
dan terkemuka. Jadi khususnya yang dikatakan The Queen Anniversary Award ini,
majlis penganugerahan saya untuk menghadiri bersama-sama mereka, pemilihan itu
sudah melalui saringan yang agak sengit kerana saya terpaksa bersaing dengan
lebih kurang 40 pelajar PhD dari seluruh dunia. Untuk pengetahuan juga, di Insti-
tute for Transport Studies, kita hanya ada dalam 5 hingga 6 perempuan daripada 40
orang itu. Pihak istana hanya mengkehendaki ITS menamakan hanya 2 orang yang
mewakili institut tersebut. Pemilihan untuk menganggotai delegasi itu juga ber-
dasarkan kepada apa yang dinyatakan oleh the Royal Anniversary Trust London,
“Please give high priority in your selection or propose to the invitees to those who
working in the field of your prizes scheme entry. And the Queen and the Duke of
Edinburgh are always keen to meet young people directly involved with the prize
winning work.” Jadi bermakna, pemilihan itu mereka telah teliti dan perhalusi
memastikan 2 calon PhD itu adalah mereka yang telah banyak menyumbang dan
tahu tentang apa yg sedang dijalankan di ITS tersebut.
12
TEMURAMAH EKSKLUSIF Bersama: Puan Noor Zaitun Yahaya (Penerima The Queen’s Anniversary Awards)
Penemuramah : Mungkin boleh ceritakan faktor penyumbang kepada ke-
jayaan Puan.
Puan Zaitun : Pada tahun penilaian ini dibuat, saya boleh bahagikan kepada dua
bahagian, satu aktiviti akademik sebagai pensyarah universiti dan calon PhD. Aktiv-
iti akademik merupakan aktiviti yang sangat utama dalam karier. Jadi, pertamanya
tentang kajian PhD yang saya buat. Jadi kajian saya ini merupakan satu kajian yang
terbaru sebab PNC dalam bidang air pollution merupakan satu bidang yang belum
banyak diterokai dan kajian-kajian ini tidak banyak dilaksanakan apatah lagi di Asia
Tenggara dan Asia. Dan kemudian keduanya, saya juga terpilih mendapat undangan
dan tajaan pembentangan di Persidangan Clean Air Asia yang ditaja oleh Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di bawah unit Chapter Asia di Bangkok pada 2008.
Saya juga mendapat undangan menyertai forum dan menjadi keynote speaker yang
mewakili Asia Tenggara dalam Persidangan Urban Environment Management and
Air Quality in Less Developed Countries di Copenhagon yang berlaku pada 2007,
dan banyak lagi. Selain itu, saya juga banyak membantu ITS mengendalikan kursus-
kursus dan seminar. Jadi itu mungkin diantara aktiviti saya dan banyak lagilah. Tak
perlulah saya ceritakan.
Penemuramah: Bagaimana Puan membahagikan masa antara belajar dan
aktiviti masyarakat dan sebagainya?
Pn Zaitun: Dia nampak macam banyak tetapi sebenarnya bagi saya, bila kita bela-
jar, ia adalah kehidupan. Ianya kehidupan yang normal. Jadilah seorang pelajar yang
kehidupannya normal. Maksudnya kalau pada masa itu kita belajar, kita belajar.
Kalau pada masa itu kita perlu bersama dengan keluarga kita, maka kita berilah masa
itu untuk keluarga kita. Dan InshaAllah kalau kita sebagai seorang Islam, masa yang
Allah SWT berikan selama 24 jam inshaAllah cukup kalau kita betul-betul me’man-
age’ dan bagi saya kejayaan ini sebenarnya adalah hasil daripada petunjuk daripada
Allah SWT. Maknanya setelah lama saya berpengalaman belajar dalam dan luar
negara dan pengalaman hidup saya juga banyak jadi saya rasa saya juga perlu men-
genal pasti priority, mana satu yang nak diutamakan dan mana satu yang nak dibe-
lakangkan. Akhirnya, dalam kita sibuk-sibuk begitu beini, sebaiknya kita serahkan
segala-galanya urusan hidup kita kepada Allah SWT. Jadi itulah maknanya, saya
sangat bergantung, bukan hanya pada usaha, tetapi kepada perancangan Allah SWT.
Penemuramah: Ada apa-apa nasihat untuk para pelajar di UK Ireland sama
ada pasca-siswazah atau siswazah sendiri untuk mencapai kejayaan seperti
mana Puan telah capai?
Pn Zaitun: Saya rasa dimana-mana pun orang akan bertanyakan soalan yang sama.
Pertamanya saya rasa pengalaman saya bertemu dengan baginda Queen semalam
merupakan satu booster untuk saya sendiri. Memberi satu suntikan semangat
yang..MashaAllah..kerana saya merasakan bila saya berada dan berjalannya saya
memasuki Buckingham Palace itu, kerana saya yang dikatakan sebagai Malaysian
13
PhD Student, pelajar PhD pertama, pelajar Malaysia pertama yang masuk ke Buckingham Palace, di
sana merupakan suatu yang besar sangat maknanya setiap langkah ke dalam itu, dan apabila saya
berada di dalam itu juga, ermm melihat bagaimana majlis itu dilaksanakan dengan..kita panggil apa
eh adat istiadat ke..British dan sebagainya, saya tidak pernah duga sama sekali, saya anak kampung,
dipilih untuk turut sama menjadi salah seorang tetamu Queen Elizabeth pada hari itu. Siapa yang
tidak mahu berjumpa dengan baginda Queen kan? Jadi, terkedu juga tiba-tiba berada dihadapan
dengan yang dikatakan Ratu Elizabeth. Dan Alhamdulillah selepas sesi penyerahan sijil dan juga
plaque itu, kita ada sesi dimana kita menerangkan kajian dan apa saja kerja kita kepada Ratu Eliza-
beth dan Alhamdulillah Ratu Elizabeth sangat berminat; walaupun umurnya sudah mencapai ling-
kungan 80 tahun, tetapi very motherly, nampak nak la juga mendengar walaupun kita bukanlah
orang British. Dan untuk makluman juga, hanya sayalah agaknya, dalam kumpulan itu hanya saya
yang bukan British.
Penemuramah: Pn Zaitun, apakah nasihat dan harapan kepada para pelajar siswazah dan
pasca-siswazah supaya kami dapat mencontohi kejayaan yang dimiliki oleh puan?
Pn Zaitun: Pertamanya seperti yang saya katakan tadi, pemilihan saya untuk bersama delegasi ini
adalah satu pengiktrafan yang besar daripada institute, tetapi jauh daripada itu, sebenarnya ia adalah
pengiktirafan kepada rakyat Malaysia itu sendiri kerana pada masa tahun penilaian ini dibuat, hanya
saya saja pelajar Malaysia yang belajar disitu dan daripada Southeast Asia. Secara tidak langsung,
saya menjadi duta kepada rakyat Malaysia disitu. Ianya merupakan pengiktirafan yang besar kepada
agama, bangsa dan negara kita. Dengan itu suka saya berkongsi disini ataupun mengingatkan diri
saya sendiri bahawa walaupun saya bukanlah seorang yang terbaik tetapi dengan pencapaian ini
sebenarnya satu kecemerlangan itu bukanlah sesuatu yang mustahil untuk kita capai. Pokoknya kita
hendaklah berusaha, berdisiplin, dan buatlah suatu perkara itu seikhlas mana yang mungkin kerana
apabila kita melaksanakan sesuatu dengan ikhlas kerana Allah SWT, InshaAllah Allah SWT akan
melihat segala amalan kita itu, dan akan membalasi apa yang kita laksanakan itu dengan sebaik-
baiknya yang kita tidak sangka-sangka. Saya juga suka menyatakan disini bahawa selain daripada
kita berusaha dengan sedaya upaya, kita menyusun strategi pembelajaran, kita mengurus dengan
baik, yang paling utama itulah hendaklah kita bertawakal kepada Allah SWT. Berdoa dan bertawa-
kal kepada Allah SWT. Beranilah kita untuk melakukan perubahan kerana dari semasa ke semasa
kita sentiasa memperbaiki diri dan kemahiran kita. Yakinlah bahawasanya sebagai seorang Islam,
semuanya itu adalah daripada Allah SWT dan kepadaNyalah kita bersyukur. Semoganya dengan
kejayaan saya ini memberi makna yang besar kepada diri saya, keluarga, agama, bangsa dan negara.
Ianya adalah satu perkongsian yang besar yang saya harapkan dapat seterusnya melahirkan ramai
lagi mereka-mereka yang jauh lebih Berjaya daripada saya inshaAllah. Sehingga itu, wabillahit-