KENALI KANAK-KANAK
Dalam perbincangan mengenai kanak-kanak ini, akan difokuskan
kepada kanak-kanak pertengahan dan akhir. kanak-kanak pertengahan
dan akhir ialah kanak-kanak yang berumur sekitar 6-12 tahun. Dengan
kata lain kanak-kanak ini baru sahaja memasuki alam persekolahan
iaitu sekolah rendah pada tahap umur ini. Perubahan rutin harian
mereka amat ketara memandangkan sebelum tahap umur ini mereka belum
memulakan sesi persekolahan. Di samping itu, mereka juga mula
membina hubungan dan interaksi sosial dengan individu-individu di
sekeliling mereka termasuklah ibu bapa, guru-guru dan rakan sebaya
yang lain. Fokus utama perbincangan adalah Aspek-aspek Perkembangan
Kanak-Kanak Pertengahan dan Akhir. Tumpuan akan diberikan kepada
aspek Kognitif, Sosio-Emosi dan juga Fizikal.
DI SEBALIK LUKISAN KANAK-KANAK
Pepatah mengatakan bahawa seribu patah perkataan tidak mampu
untuk menterjemahkan sebuah lukisan. Mungkin kata-kata ini benar
kerana lukisan bukan untuk dihurai tetapi untuk dihayati. Pada
tahap kanak-kanak pertengahan, peningkatan terhadap kemahiran motor
kasar dan halus mereka membolehkan mereka mengekspresikan diri
mereka melalui sebuah lukisan. Mereka mampu menggambarkan perasaan
mereka melalui sebuah lukisan. Lazimnya mereka melukis sesuatu yang
disukai, yang disayangi dan perkara atau benda yang membuatkannya
gembira dan sebaliknya jika emosi mereka sedih dan sebagainya. Mari
kita lihat beberapa contoh lukisan kanak-kanak.
Melalui lukisan-lukisan ini jelas menunjukkan bahawa kanak-kanak
gemar melukis sesuatu yang menjadi milik mereka atau ibu bapa
mereka. Contohnya seperti binatang peliharaan mereka seperti
kucing, anjing dan sebagainya, kereta ibu bapa mereka, rumah dan
lain-lain lagi.
ASPEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Aspek Perkembangan kanak-kanak akan dibahagikan kepada tiga
bahagian iaitu FIZIKAL, MENTAL dan SOSIO-EMOSI.
PERKEMBANGAN FIZIKAL
Perkembangan fizikal kanak-kanak merangkumi pertumbuhan fizikal,
kemahiran pergerakan kasar dan halus.
Pertumbuhan Fizikal
Berat badan
Berat badan betambah dengan cepat pada peringkat awal
kanak-kanak. Namun ketika peringkat kanak-kanak pertengahan dan
akhir iaitu sebelum mereka baligh, berat kanak-kanak akan meningkat
sebanyak paun 2.5 kilogram (5 paun) setiap tahun. Walau
bagaimanapun, berat badan kanak-kanak perempuan adalah kurang berat
daripada lelaki pada umur yang sama.
Ketinggian badan
Pada ketika ini, ketinggian badan kanak-kanak akan bertambah
sebanyak 5 hingga 7.5 sentimeter (2-3 inci) setiap tahun.
Kanak-kanak perempuan lebih rendah daripada kanak-kanak lelaki
sebelum usia sebelas tahun. Kemudian pada usia dua belas atau tiga
belas tahun, kanak-kanak perempuan menjadi lebih tinggi daripada
kanak-kanak lelaki.
Pertumbuhan gigi
Manusia mempunyai dua set pertumbuhan gigi dalam seumur hidup.
Pada ketika umur kanak-kanak 7 tahun, gigi susu mula
tanggal.pertukaran gigi susu ke gigi kekal mengambil masa yang
lama, iaitu dari hujung peringkat prasekolah hingga hujung
peringkat kanak-kanak atau kira-kira dua belas tahun.
Rangka tulang
Pertumbuhan tulang berlaku dalam tiga cara, iaitu menjadi
bertambah pnjng, lebih keras, dan berkurang atau bertambah dari
segi jumlah pada bahagian tertentu. Pertambahan saiz tulang amat
ketara di tulang panjang di bahagian kaki dan lengan. Tulang
tersebut akan memanjang, menebal dan membesar secara tetap
sepanjang zaman kanak-kanak. Pembesaran tulang rangka berlaku
dengan pembesaran kaki dan tangan diikuti leh pembesaran pinggul,
dada, bahu, dan akhir sekali badan memanjang.
pergerakan motor kasar dan halus
Kemahiran pengawalan pergerakan kanak-kanak merangkumi kemahiran
motor kasar dan halus.
Kemahiran motor kasar kanak- kanak sekolah (7-11 tahun)
Dalam masa pertengahan dan akhir peringkat kanak-kanak,
kemahiran motor kanak-kanak menjadi semakin halus dan lebih
terurus, berbanding peringkat awal kanak-kanak. Contohnya, mereka
sudah boleh menunggang basikal, memanjat, berlari, menari dan
bersukan.
Disamping itu mereka juga lebih diberi tanggungjawab menjalankan
aktiviti seperti membantu ibu menyapu dan mengemas rumah, memasak,
menjahit serta membasuh dn melipat pakaian.
Kemahiran fizikal menjadi suatu keseronokkan dan merupakan
pencapaian yang berguna kepada kanak-kanak. Penting bagi
kanak-kanak untuk melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan sukan
pada peringkat sekolah rendah.
Kemahiran motor halus kanak-kanak sekolah (7-11 tahun)
Semasa kanak-kanak mulai masuk kea lam perseklahan, otot mata
dan tangan mencapai koordinasi yang baik dan bersedia untuk belajar
menulis, ,membaca, mengira dan melakukan aktiviti permainan di luar
bilik darjah.
Mereka memperoleh kemahiran tersebut apabila otot-otot kecil
bertambah terutama dibahagian tangan dan kaki. Dengan itu, segala
aktiviti dan pergerakan, seperti menulis dan menjahit dapat dikawal
dengan lebih sempurna.
PERKEMBANGAN MENTAL
Perkembangan mental kanak-kanak peringkat pertengahan dan akhir
dibahagikan kepada 3 bahagian:
Perkembangan persepsi kanak-kanak
Deria sentuhan
Pada peringkat prasekolah, deria sentuhan kanak-kanak sudah
cukup berkembang sehingga membolehkan mereka membezakan objek yang
kasar dengan yang halus, panas dengan yang sejuk dan
sebagainya.
Deria rasa dan bau
Pada peringkat ini, kanak-kanak sudah dapat membezakan rasa
sekunder, misalnya manis gula berbeza daripada manis kicap atau
masam limau dengan masam cuka. Ketika ini juga, kanak-kanak boleh
membezakan antara bau yang lebih rumit seperti bau rempah dan
cili.
Deria pendengaran
Kanak-kanak pada ketika ini sudah mampu balajar dan menumpukan
kepada maksud perkataan. Sekiranya mereka dibiasakan dengan
aktiviti mendengar cerita dan menyanyi, kebolehan mengingat perkara
baru akan meningkat. Seperti contoh, mereka sudah pandai menghafal
dan menyanyikan laku penyanyi pujaan mereka.
Deria penglihatan
Manusia bergantung lebih kepada penglihatan, berbanding
deria-deria yang lain semasa meneroka persekitaran mereka. Menurut
Elanor dan James Gibson, kematangan otak menyumbang kepada
peningkatan dalam integrasi sistem penglihatan dan sistem
motor.Teori differensiasi menerangkan bagaimana kanak-kanak
membezakan symbol tulisan. Mereka mula mengenal huruf dalam
pasangan. Huruf-huruf yang hampir serupa seperti C dan G, E dan F,
selalu mengelirukan mereka (Gibson,1970). Penulisan huruf yang
sngsang adalah kebiasaan yang berlaku di kalangan kanak-kanak.
Pembacaan buku yang banyak dapat meningkatkan kepekaan persepsi
kanak-kanak dalam mengesan perkataan bertulis.
Perkembangan Intelektual Kanak-Kanak
Perkembangan intelektual kanak-kanak merupakan paras pengetahuan
dan keupayaan kanak-kanak menggunakan pengetahuan tersebut untuk
memahami dunia di sekitar mereka. Menurut Jean Piaget, ketika ini
kanak-kanak mengalami tahap perkembangan intelektual peringkat
operasi konkrit iaitu mereka sudah mampu membentuk pemikiran logik
yang terhad kepada objek maujud. Mereka mula memahami konsep
pengekalan objek, iaitu bilangan, ruang atau isipadu objek tidak
berubah walaupun diubah bentuk, susunan atau bekas. Mereka juga
boleh menerima pendapat orang lain mungkin berbeza daripada
pendapat mereka, Antara ciri-ciri pemikiran dalam peringkat ini
seperti berikut:
Kefahaman pembalikan atau reversibiliti, iaitu keupayaan
memahami konsep pembalikan dari segi ruang, kuantiti, masa, sebab
musabab dan isipadu. Misalnya, sekiranya air yang ditukarkan kepada
bekas yang berlainan saiz atau bentuk tidak akan berubah
isipadunya.
Desentrasi, iaitu keupayaan menumpukan perhatian kepada lebih
daripada satu aspek dan tidak terhad maklumat persepsi sahaja.
Keupayaan mengklasifikasi objek dengan mengambil kira dua kelas
yang berbeza dan memilih kelas yang lebih tinggi sebagai merangkumi
beberapa kelas yang lebih rendah.
Keupayaan menyusun bjek dengan menumpukan kepada lebih daripada
satu dimensi contohnya dari segi saiz, bentuk dan warna.
Kefahaman konsep serasi, iaitu keupayaan mengatur objek mengikut
turutan misalnya daripada pendek ke panjang dan sebaliknya.
Berkebolehan membanding dan menyusun objek secara mental.
Keupayaan beroperasi dan memanipulasi secara ruang, berkebolehan
mengekal jarak, perhubungan jarak, masa dan kelajuan. Kebolehan ini
membantu kanak-kanak dalam membentuk peta mental yang tersusun yang
mewakili persekitaran biasa, dengan mengambil kira pelbagai sudut
atau perspektif.
Pada peringkat prasekolah, kanak-kanak dapat memberikan gambaran
yang tepat tetapi tidak tersusun tentang persekitaran biasa. Pada
usia 6-7 tahun, mereka dapat membayangkan peta mental secara
tersusun manakala kanak-kanak yang berumur 9-10 tahun melukis peta
mental yang lengkap yang mengandungi tanda peta dan jalan yang
berhubungan.
Perkembangan mental kanak-kanak berlaku secara dekalag
horizontal, iaitu penguasaan konsep logikal meningkat mengikut
turutan. Kefahaman mengenai pengekalan nombor akan berlaku sebelum
pengekalan cecair. Seterusnya mereka menguasai konsep pengekalan
kwasan atau ruang, dan akhirnya disudahi dengan pengekalan
berat.
Kanak-kanak yang didedahkan kepada komputer pada umur satu tahun
berkebolehan menggunakan komputer tersebut secara berkesan pada
umur prasekolah dan menghasilkan program yang ringkas pada usia 8
tahun dan program yang lebih kompleks pada usia 12 tahun.
Seterusnya mereka juga suka menggalakkan adiknya yang lain dalam
permainan komputer.
Persekitaran dan cara didikan daripada ibu bapa juga akan
mempengaruhi tahap intektual kanak-kanak. Perhatian daripada
kedua-dua ibu bapa semasa bermain akan meningkatkan proses
pembelajaran anak mereka.
Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak
Bahasa merupakan satu bidang penting dalam perkembangan
kanak-kanak. Melalui bahasa, kanak-kanak berkemahiran untuk
berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain secara
berkesan.
Kebolehan bertutur dan menggunakan bahasa bukan sahaja dapat
merapatkan hubungan kanak-kanak dengan orang lain tetapi
kanak-kanak boleh membina konsep tentang alam dan manusia di
sekelilingnya (Rice & Woodsmall, 1988).
Terdapat 4 komponen dalam perkembangan bahasa kanak-kanak:
1. Perkembangan Fonologikal : pemahaman dan pengeluaran bunyi
bahasa pertuturan. Ciri-ciri:
Memahami penekanan khas yang membezakan maksud perkataan
sebatang pensel dan batang kayu.
Penukaran penekanan apabila perkataan berubah daripada perbuatan
kepada nama.
Memahami senikata lagu atau puisi.
2. Perkembangan Semantik: pemahaman makna perkataan dan
kombinasi perkataan. Ciri-ciri:
Dapat menamakan objek atau kejadian dan mengkategorikan.
Perbendaharaan kata bertambah kepada 14000 perkataan
Memahami cerita lisan atau yangdibaca dalam buku
Memahami dan menghafal senikata lagu atau puisi
Dapat mengubah suai senikata lagu atau puisi.
3. Perkembangan Tatabahasa: bentuk atau struktur
bahasaCiri-ciri:
Pada peringkat sekolah, kanak-kanak dapat membentuk cerita yang
panjang (satu muka surat yang terdiri daripada sepuluh ayat) dan
tepat mengenai sesuatu pengalaman atau peristiwa yang pernah
dilalui oleh mereka.
Pada hujung peringkat sekolah, mereka dapat mencipta seni kata
lagu dan puisi serta menceritakan tentang peristiwa atau pengalaman
secara kompleks dengan menambah ulasan, tafsiran atau pengajaran
yang didapati daripada peristiwa tersebut.
4. Perkembangan Pragmatik: gaya sesuatu perkataan digunakan
dalam sesuatu
perbualan, mengikut konteks dan budaya. Ciri-ciri:
Boleh menggunakan speech registers seperti apa khabar atau
tumpang lalu secara berkesan.
Pandai mengubah topik perbualan atau perbincangan secara
beransur-ansur mengikut keadaan.
Dapat bertanya balik apabila disoalkan.
Dengan perkembangan ini, mereka mula mampu untuk mengendalikan
dunia secara simbolik dengan menggunakan bahasa yang mudah seperti
tanda-tanda, lambang, objek dan perkataan.
PERKEMBANGAN EMOSI
Emosi memainkan peranan penting dalam kehidupan kanak-kanak.
Lazimnya apabila sesuatu pengalaman emosi itu menyenangkan, mereka
akan berasa terdorong untuk mencapai sesuatu matlamat itu. Emosi
menambahkan keseronokkan kepada pengalamannya sehari-hari, menjadi
penggerak kepada tindakan, dan memberikan makna kepada bentuk
tindakan yang diambilnya.
Emosi Diskrit
Emosi diskrit adalah emosi asas yang dapat di kesan melalui air
muka, misalnya suka, takut, marah, sedih atau duka, minat, terkejut
dan jijik. Pada peringkat kira-kira 6 tahun, rasa segan, bimbang,
putus harap dan iri hati berkembang daripada perasaan duka dan
harapan serta kasih sayang terhadap orang dewasa berkembang
daripada emosi suka. Pernyataan emosi yang lebih halus seperti yang
terdapat pada orang dewasa daripada kematangan dan pembelajaran
yang seterusnya berlaku pada zaman kanak-kanak dan remaja.
Emosi Kesedaran Kendiri
Selain emosi diskrit, Perkembangan emosi kanak-kanak juga
merangkumi emosi yang berkaitan dengan kesedaran kendiri atau emosi
yang berkaitan dengan kendiri kanak-kanak, seperti perasaan malu,
bangga, dengki dan bersalah.
Pada peringkat prasekolah, perasaan cemburu tehadap kawan-kawan
sekelas adalah perkara biasa kerana mereka masih memerlukan rasa
kasih saying daripada ibu bapa dan guru. Kanak-kanak pada peringkat
ini juga kerap mengalmi emosi kesedaran diri dan menjadi semakin
sensitive pada pujian dan kritikan orang lain (Lewis,1995; Lewis,
Allesandri & Sullivan,1992). Sekiranya kanak-kanak selalu
dipuji, mereka akan berasa bangga dan yakin terhdp kebolehan mereka
sendiri. Sebaliknya, jika mereka dimarah kerana salah laku, mereka
akan rasa bersalah, walaupun perkara itu merupakan satu kemalangan
atau dilakukan dengan tidak sengaja (Graham, Doubleday &
Guarino, 1984).
Bandura (1986,1989) menyatakan bahawa perkembangan emosi
kanak-kanak juga diperoleh dengan cara peniruan. Mereka meniru
tingkah laku emosi yang diperhatikan pada orang lain. Cara
kanak-kanak menyatakan emosinya bergantung kepada apa yang
dipelajari disekelilingnya.
Memahami dan bertindak balas kepada emosi.
Satu lagi emosi yang berkembang pada peringkat kanak-kanak
adalah empati. Kanak yang bertindak dengan empati lebih suka
berkongsi dan menolong apabila mereka melihat seseorang dalam sedih
(Eisenberg & Fabes,1998). perkembangan empati bergantung kepada
perkembangan intelektual dan bahasa dan disokong leh personaliti
dan pengalaman mereka.
Kanak-kanak pada peringkat prasekolah yang lebih suka bersosial
dan mahir dalam mengawal emosi lebih cenderung bersifat empati
(Eisenberg, 1992,1996). Pada awal umur prasekolah, kanak-kanak
merujuk kepada sebab, akibat dan tanda perbuatan untuk mentafsir
keadaan emosi.
Pada peringkat umur 7 tahun hingga 9 tahun, kanak-kanak mula
sedar akan perasaan orang lain. Mereka mula belajar memahami
perasaan orang lain melalui pengalaman dan interaksi dengan rakan
sebaya. Kanak-kanak ini suka membuat sesuatu untuk menarik
perhatian orang lain. Kanak-kanak pada peringkat ini sangat perasan
terhadap kritikan dan cemuhan. Mereka mendapati susah untuk
menyesuaikan diri dengan kegagalan.
Ketika berumur 9 tahun hingga 12 tahun, kanak-kanak menghadapi
dilema kerana nilai-nilai dan norma-norma kumpulan rakan sebaya
berbeza dengan nilai norma ibu bapa atau orang dewasa. Mereka ingin
akan penerimaan daripada rakan sebaya tetapi pada masa yang sama
mereka masih bergantung kepada ibu bapa. Kanak-kanak juga gemar
menolong melaksanakan pelbagai tugasan, suka menerima tanggungjawab
dan membantu orang lain tanpa mengharap ganjaran.
Tingkah Laku Prososial vs Tingkah Laku Anti Sosial
Perasaan empati kanak-kanak akan membawa kepada perkembangan
sosial ke arah membantu orang lain, iaitu tingkah laku prososial.
Sebagai contoh, kanak-kanak menunjukka perasaan prihatin terhadap
mereka yang lemah dan membantu dalam penjagaan adik.
Kanak-kanak yang berumur 6 tahun hingga 7 tahun lebih cenderung
untuk menunjukkan sikap bekerjasama apabila bermain dengan rakan
mereka.
Manakala tingkah laku anti sosial pula seperti tingkah laku
agresif, intrusive, asertif, dan suka mengawal orang alin atau
melakukan keganasan dan mencederakan orang lain.
Kelakuan antisocial yang bermasalah dihadapi pada zaman
kanak-kanak ialah bercakap bohong, bergaduh, mencuri dan lari dari
rumah. Terdapat beberapa penerangan mengapa seseorang itu menjadi
anti sosial. Salah satu daripadanya ialah tanggapan bahawa tingkah
laku antisosial itu sebenarnya akibat daripada proses modeling,
misalnya melalui model-model atau cerita-cerita yang dipaparkan di
televisyen.
PERKEMBANGAN SOSIAL
Perkembangan sosial merupakan satu proses apabila kanak-kanak
belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat
diterima oleh masyarakat dan budayanya. Proses tersebut melibatkan
cara berfikir tentang kendiri, orang lain dan perhubungan
sosial.
Melalui proses sosialisasi yang bermula sejak seseorang bayi
dilahirkan, diharapkan kanak-kanak ini dapat membuat penyesuaian
sosial mengikut pengharapan masyarakat apabila mereka besar.
Perkembangan sosial kanak-kanak terdiri daripada berinteraksi
dengan orang lain, pembentukan kendiri, penghargaan kendiri dan
kawalan kendiri.
Kemahiran Berinteraksi
Dalam lingkungan usia 5 tahun kanak-kanak mula bercampur dan
menjalankan hubunagn sosial semasa bermain dalam kumpulan serta
saling bercakap antara satu sama lain (Garvey,1990;
Howes,1992).
Mereka lebih berkemampuan untuk meramal tindakan teman
sepermainan mereka dan lebih suaka berkongsi objek dan bekerjasama
semasa bermain dalam kumpulan (Cassidy,1992; Dunn,Brown &
Magure,1995; Gardner,Jones & Miner,1994).
Tingkah laku sosial kanak-kanak terdiri daripada meniru,
bertanding, berkawan, bekerjasama dan bersimpati. Berikut adalah
tingkah laku sosial kanak-kanak ketika bermain.
JENIS
CIRI-CIRI
Peniruan
Meniru sikap dan tingkah laku individu yang disukainya.
Pertandingan
Cuba melakukan sesuatu yang lebih baik atau supaya dapat
menang.
Berkawan kesetiaan
Senyum, mendekati, bercakap, bermain bersama, menunjukkan
kemesraan pada kawan.
Bekerjasama
Melibatkan diri secara bantu-membantu ke arah pencapaian
matlamat bersama dalam aktiviti berkumpulan, dan bermain bersama
tanpa menggangu atau merebut permainan orang lain.
Simpati
Menunjukkan perasaan kasihan apabila melihat orang lain dalam
keadaan yang menyedihkan.
Pengiktirafan sosial
Ingin menarik perhatian supaya diberi penghormatan oleh rakan
sebaya.
Perkembangan Kendiri
Konsep kendiri merupakan suatu konsep yang kompleks. Secara
umumnya, knsep kendiri bermaksud anggapan menyeluruh tentang diri
sendiri. Sebagai contoh, seseorang itu tahu akan jantina, latar
belakang keluarga, bangsa dan agamanya sendiri.
Seperti bola yang mempunyai sifat yang tertentu seperti dapat
bergolek dan bergerak, begitu juga dengan kendiri kanak-kanak yang
ada kualiti dan sifat tertentu seperti kemahiran berjalan dan
perasaan malu atau berani. Berikut merupakan komponen dalam
pembentukan kendiri kanak-kanak:
KOMPONEN KATEGORI KENDIRI
CIRI-CIRI
Barangan saya (material me)
Tubuh, pakaian, keluarga, rumah dan segala hak milik
Pergaulan saya (social me)
Siapa diri kita pada pandangan orang lain yang mempersepsi kita
dengan pelbagai cara
Kerohanian saya (spiritual me)
Trait personaliti seperti sikap, nilai, keyakinan,
kepercayaan,persepsi sosial, kebolehan, kecekapan dan
sebagainya
Perkembangan konsep kendiri kanak-kanak pertengahan (6-11
tahun).
Konsep kendiri menekankan ciri-ciri personaliti
Penghargaan kendiri menurun apabila membuat perbandingan,
kemudian naik semula.
Perhubungan persahabatan menekankan kepercayaan dan bantuan.
Strategi penyelesaian maslah yang teliti, berpandu kepada
keperluan khusus sesuatu masalah.
Menekankan kecekapan dalam pergaulan sosial.
Walau bagaimanapun, konsep kendiri kanak-kanak pada peringkat
prsekolah sangat terhad kepada pemikiran dan perbuatan yang nyata
dan khusus (Stipek, 1992). Fikiran yang kukuh tentang diri juga
membenarkan kanak-kanak untuk bekerjasama buat kali pertama dalam
menyelesaikan masalah kecil semasa bermain (Brownnell &
Carriger, 1990; Caplan,1991).
Apabila ditanyakan tentang siapa diri mereka, kanak-kanak sudah
dapat melabel dirinya dengan berbagai-bagai cara selain namanya
seperti menyatakan jantinanya dan saiz badannya, samada besar atau
kecil.
Apabila kanak-kanak membesar, mereka berupaya untuk meluahkan
penerangan diri fizikal dan perasaan mereka serta bercakap tentang
diri mereka atau kendiri saya (Harter,1998). Apabila konsep-kendiri
saya ini semakin berkembang, mereka akan menumpu kepada pengetahuan
tentang diri sendiri dan penilaian sifat kendiri. Mereka akan
mempunyai konsep kendiri yang terdiri daripada kebolehan, kelakuan,
sifat dan nilai yang memaparkan dirinya sebagai seorang individu
yang berlainan daripada orang lain.
Mereka mula mengira, lebih banyak mengetahui hal sekolah,
memanjat, bermain lompat tali dan juga mempunyai ramai kawan. Namun
begitu mereka belum mengetahui kelemahan mereka.
Selepas memulakan persekolahan pada peringkat rendah, konsep
kendiri kanak-kanak menjadi semakin abstrak. Salah satu daripada
aspek ini ilah gambaran kendiri yang menjadi lebih signifikan.
Contohnya mereka melihat diri mereka tidk sekadar seorang yang
pintar tetapi membandingkan keblehan sendiri dengan rakan-rakan
(Ruble & Dweck,1995; Ruble & Flett,1988; Pomerantz,1995).
Kanak-kanak prasekolah mula membayangkan cita-cita mereka seperti
hendak menjadi doktor apabila besar nanti.
Menurut Eric Erikson (1963), perkembangan konsep kendiri kanak
kanak yang berumur 6 hingga 11 tahun, konflik yang akan dihadapi
adalah ketekunan lawan rendah diri. Kanak-kanak belajar membentuk
ketekunan dan usaha menjayakan sesuatu aktiviti dari rumah serta
sekolah. Kanak-kanak yang telah menguasai sesuatu kemahiran akan
berasa penghargaan kendiri apabila mampu melakukan sesuatu tugasan.
Sebaliknya, mereka berasa rendah diri apabila mereka tidak berjaya
menghasilkan sesuatu.
Persahabatan
Konsep kanak-kanak tentang persahabatan amat berbeza daripada
konsep orang dewasa. Orang dewasa memandang berat nilai
persahabatan kerana bagi mereka sahabat adalah teman setia yang
berada di sisi semasa suka duka. Kanak-kanak pula mengangap sahabat
bagi mereka sebagai rakan sepermainan sahaja. Mereka tidak begitu
mementingkan nilai persahabatan. Menurut Damon (1977), ciri-ciri
persahabatan kanak-kanak ketika berumur 6 hingga 11 tahun
ialah:
Seorang kanak-kanak yang tinggal berdekatan dengan rumahnya,
mempunyai banyak alat permainan serta berminat pada
aktiviti-aktiviti yang sama.
Persahabatan dieratkan lagi melalui perkongsian dan pemberian
barang-barang permainan.
Hubungan persahabatan senang dimulakan. Contohnya seorang
kanak-kanak bertemu jirannya yang suka bermain bola sepak lalu
sebentar kemudian menjadi kawan baik.
Persahabatan tidak tahan lama dan mudah dihapuskan. Contohnya
apabila kanak-kanak itu jarang bertemu, bertengkar atau seseorang
kanak-kanak lain enggan berkongsi barang permainan, maka
kanak-kanak itu bukan sahabatnya lagi.
Setelah masuk alam persekolahan, persahabatan merupakan satu
hubungan dua hala iaitu saling membantu dan mempercayai antara satu
sama lain.
Jangkaan kanak-kanak terhadap sahabat meningkat pada peringkat
ini. Sahabat dianggap seorang teman yang setia, dapat dipercayai
serta dapat diharapkan untuk membantu mereka pada bila-bila
masa.
Hubungan persahabatan lebih sukar dimulakan. Keikhlasan dan
kejujuran penting untuk mengeratkan tali persahabatan dan akan
terputus selepas hilang kepercayaan.
Kanak-kanak juga gemar meniru tingkah laku sahabatnya. Biasanya
kanak-kanak meniru tingkah laku kanak-kanak yang popular dan
sesiapa sahaja yang telah membentuk hubungan yang rapat dengannya
(Hartup,1983).
Pengaruh sahabat penting dalam memperkembangkan tingkah laku
sosial seseorang kanak-kanak. Tidak dinafikan kanak-kanak yang
kurang sahabat akan cenderung menjadi anti sosial dan tidak dapat
menyesuaikan diri apabila berinteraksi dengan orang lain.
Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan penting dalam perkembangan
sosial kanak-kanak untuk menawarkan rasa selamat kepada anak
manakala rakan sebaya membolehkan kanak-kanak memperoleh semangat
bersaing serta kemahiran penyesuian dengan orang lain.
Menguruskan Tingkahlaku Makan Anak-Anak.
Isu makanan merupakan satu apek penting dalam masyarakat. Oleh
kerana makanan penting dalam kehidupan dan boleh memastikan
perkembangan fizikal yang sihat, semua ibu bapa berharap agar anak
mereka gemar makan makanan berkhasiat. Walaubagaimanapun tidak
semua menu hidangan ibu bapa disukai oleh kanak kanak.
Beberapa jenis masalah yang berhubungkait dengan makanan bleh
timbul di kalangan kanak kanak:
1. Makan memilih
2. Tidak mahu makan
1. Makan memilih
Banyak terdengar keluhan ibu bapa yang amat risau dengan cara
pemakanan anak anak mereka, terutama sekali bagi anak anak yang
tidak suka makan sayur sayuran. Selain itu ada di kalangan kanak
kanak yang hanya memilih sejenis makanan setiap hari tanpa jemu.
Ada pula kanak kanak yang hanya memilih makanan ringan seperti
keropok dan gula gula untuk di makan. Makan seperti ini boleh
menimbulkan masalah pada kesihatan mereka kelak.
Cara mengatasinya :
i. Ibu bapa digalakkan makan semeja besama kesemua anak anak
mereka pada waktu makan dan makan bersama anak mereka. Dalam
suasana makan bersama, ibu bapa perlu makan makanan berkhasiat
terutama sekali sayur sayuran yang dimakan dengan selera sekali.
Pendek kata apa sahaja makanan yang ibu bapa mahu anak mereka
makan, ibu bapa perlu memakannya di hadapan anak anak mereka dengan
penuh selera dan rasa enak. Kanak kanak yang melihat keadaan ini
tentu sekali ingin mencuba dan meniru gelagat ibu bapa mereka.
ii. Anak anak tidak perlu dimarah sekiranya mereka makan dalam
keadaan bersepah. Hal ini kerana ibu bapa juga perlu memastikan
bahawa suasana semasa makan adalah tenteram dan tidak penuh kritik
untuk mengelakkan anak kecil menjadi takut pada waktu makan. Ibu
bapa seharusnya membiarkan sahaja keadaan bersepah yang berlaku dan
melatih anak mereka sedikit demi sedikit supaya tidak makan dalam
keadaan demikian.
iii. Untuk membantu anak anak mudah gemarkan makanan ialah
melalui proses pembelajaran dengan memperkenalkan rasa pelbagai
makanan.
2. Tidak mahu makan
Masalah tidak mahu makan di kalangan kanak kanak boleh
meringsingkan ibu bapa, terutama sekali apabila kanak kanak
kelihatan kurus walaupun masih ligat berlari dan bermain. Antara
puncanya:
i. Kanak kanak mungkin kerap makan makanan ringan. Makanan
ringan mengandungi bahan yang menjadi bahan tenaga kepada
kanak-kanak. Oleh itu, walaupun mereka tidak makan nasi mereka
tetap bertenaga.
ii. Masa ibu bapa memberi anak mereka makan adalah tidak sesuai.
Ada di kalangan ibu bapa gemar memberi anak mereka makan lebih awal
dari mereka. Pada masa yang sama anak anak mungkin sedang asyik
bermain. Dalam keadaan begitu kanak kanak tidak berminat langsung
untuk makan dan menganggap makanan adalah pengacau.
iii. Bagi kanak kanak yang tidak mesra dengan ibu bapa mereka,
makanan boleh dijadikan bahan untuk melawan kehendak ibu bapa
mereka.
iv. Kanak-kanak yang sudah kenyang kerana terlau banyak minum
air menyebabkan kanak-kanak kenyang dan tidak mahu makan.
v. Kanak-kanak yang susah hati, dalam keadaan risau, sedih,
gelisah atas sebab-sebab tertentu menyebabkan kanak-kanak tidak
mahu makan.
Cara mengatasinya :
i. Ibu bapa perlu meneliti sama ada kesihatan fizikal anak-anak
mereka tidak terjejas. Kanak-kanak yang tidak mahu makan, berat
badan mereka tidak meningkat, kelihatan lesu, dan lemah.
ii. Ibu bapa perlu memastikan anak mereka tidak dibenarkan makan
benda-benda lain sebelum sampai waktu makan yang sbenarnya.
iii. Sekiranya anak-anak tidak mahu makan, ibu bapa tidak patut
memaksa dan menggunakan cara kekerasan. Hal ini mungkin boleh
menyebabkan kanak-kanak melawan dengan tidak mahu makan.
iv. Ibu bapa perlu membiarkan anak meraka yang sudah berunur
lebih 6 tahun boleh mengawal diri unuk makan.
v. Sekiranya berat badan kanak-kanak semakin menurun walaupun
mereka kelihatan aktif bermain, ibu bapa perlu membawa mereka ke
klinik atau hospital untuk pemeriksaan.
Mengurus kanak-kanak yang di masukkan ke hospital.
Kemasukan ke hospital untuk mendapatkan rawatan merupakan satu
keadaan yang boleh merisaukan kepada sesiapa sahaja apatah lagi
golongan kanak-kanak. Kebanyakkan kanak kanak menganggap hospital
sebagai satu tempat yang membawa perasaan takut dan bimbang.
Antaranya puncanya:
i. Takut kerana takutkan sakit, takut doktor, takutkan suntikan,
takut darah dan takut mayat. Ada sesetengah ibu bapa suka
menakutkan anak-anak mereka dan mengugut akan menghantar mereka ke
hospital untuk di suntik sekiranya mereka nakal dan jahat.
ii. Yang lebih teruk ada pula ibu bapa apabila berhadapan dengan
doktor mereka akan menakutkan anak lelaki mereka bahawa doktor akan
menyunat mereka, dan ada gunting besar untuk membedah mereka
jikalau mereka jahat. Oleh itu setiap kali seseorang kanak-kanak
perlu berjumpa doktor apabila sakit mereka akan meronta dan
merengek ketakutan dan enggan bersemuka dengan doktor.
Cara mengatasinya :
i. Adalah lebih baik sekiranya kanak-kanak dapat dibawa melihat
di persekitaran hospital sekiranya sudah ditentukan oleh doktor
bahawa kanak-kanak itu dimasukkan ke hospital.
ii. Ibu bapa perlu mengetahui daripada pihak doktor tentang apa
yang dilakukan kepada anak mereka supaya dapat pula mereka memberi
penjelasan kepada anak mereka. Adalah penting bagi ibu bapa untuk
memberi keterangan secara berulang ulang kepada anak mereka kerana
ia akan mengurangkan kebimbangan.
iii. Ibu digalakkan masuk ke wad bersama-sama anak yang sakit.
Adalah dirasakan bahawa dengan adanya ibu di wad bersama anak,
tidak kira sama ada ibu itu sendiri dalam keadaan cemas atau
tenang. Kehadiran ibu memberi keyakinan dan rasa selamat kepada
anak yang sakit.
iv. Kanak-kanak juga digalakkan membawa bersama kedalam wad
alat-alat permainan kegemaran mereka seperti anak patung,
kereta-kereta ataupun bantal busuk.
v. Suasana di hospital kanak-kanak juga penting untuk memastikan
ketenteraman kanak-kanak. Bilik wad dan hospital itu sendiri
perlulah kelihatan menarik mulai dari pintu masuk hospital
hinggalah ke tempat tidurnya
vi. Tempat bermain juga perlu disediakan dalam kawasan hospital
supaya kanak-kanak dapat bermain sebaik sahaja mereka bertenaga,
boleh main dan igin bermain. Ini kerana untuk memastikan keiginan
bermain kanak-kanak itu berterusan tidak kira di mana mereka
berada.
vii. Suasana di hospital perlulah tidak jauh berbeza daripada
suasana di rumah dan kehadiran ahli keluarga yang sentiasa melawat
boleh memastikan keadaan ini. Kanak-kanak sebaik baiknya dibenarkan
memakai pakaian sendiri yang dibawa dari rumah tanpa perlu memakai
pakaian hospital.
viii. Ibu bapa dinasihatkan supaya tidak menakut-nakutkan anak
mereka tentang doktor dengan cerita yang bukan-bukan dan tidak
betul tentang tugas dan kerja seorang doktor seperti memberi
suntikan kalau jahat atau menyunat mereka kalau terlalu degil.
Mengurus Permusuhan di antara Adik Beradik.
Dua atau lebih adik beradik yang suka bergaduh ataupun sering
berlumba-lumba, terutama sekali dalam usaha untuk mendapat
perhatian dan kasih sayang yang lebih, memang merupakan perkara
biasa. Tetapi keadaan ini boleh membawa akibat buruk sekiranya ibu
bapa atau penjaga tidak mengendalikan permusuhan biasa ini dengan
baik.
Cara mengatasinya :
i. Seseorang kanak-kanak mesti di tanam sikap menghagai diri dan
meghormati orang lain, tidak kira siapa sama ada yang lebih tua
ataupun yang lebih muda darinya.
ii. Ibu bapa pula jangan sekali kali menggunakan pendekatan yang
sukar difahami atau membohongi kanak-kanak. Kanak-kanak akan
menjadi keliru kerana kurang faham tujuan ibu bapa dan akan
kehilangan kepercayaan terhadap ibu bapa sekiranya mendapati orang
dewasa itu berbohong.
iii. Dalam apa jua keadaan, kanak kanak yang sihat dan mengenali
diri mereka serta kebolehan mereka tanpa dibeza-bezakan akan berasa
yakin dan ini boleh menjauhkan diri dari berlakunya permusuhan
diantara adik beradik.
iv. Jika anak-anak masih terlalu kecil untuk memahami konsep
hidup mesra dan saling membantu, ibu bapa boleh merancang langkah
yang mudah untuk membolehkan anak-anak belajar hidup bersama dan
saling sayang menyayangi. Cara yang mudah adalah mencari suatu
tugas dan tanggungjawab untuk mereka berkongsi, seperti memelihara
seekor binatang kesayangan bersama.
v. Seterusnya ibu bapa tidak digalakkan membahagikan
tanggungjawab penjagaan seperti abang diletakkan di bawah jagaan
bapa dan adik pula dijaga oleh ibu walaupun tingal dibawah satu
bumbumg.
vi. Untuk meredakan satu pergaduhan antara adik beradik salah
satu pendekatan yang boleh digunakan ialah mengadakan satu
pendekatan terbuka dalam suasana kekeluargaan dan ibu bapa tidak
memihak kepada sesiapa pun dalam perbincangan itu. Peranan ibu bapa
hanya sebagai pembimbing dan pengasuh.
Pembuangan Najis dalam Seluar.
Jenis masalah pembuangan najis dalam seluar boleh dibahagikan
kepada dua jenis iaitu,
1. Jenis menahan najis sehingga timbulnya terkincit. Ia adalah
disebabkan oleh dua perkara iaitu:
a) Masalah fizikal
Termasuk penyakit dan luka dibahagian dubur
Kanak-kanak berasa sakit setiap kali cuba hendak membuang air
besar.
Juga disebabkan penyakit Hirshprung yang menyebabkan lama
kelamaan najis keluar tanpa disedari.
b) Gangguan emosi
Dikaitkan dengan menahan perasaan gelisah dan kebimbangan
Semakin lama kanak-kanak menahan najis (seperti menahan perasaan
marah ) menyebabkan najis bertahan dalam usus besar dan menyebabkan
usus besar menjadi kembang.
Najis semakin keras sukar untuk dibuang.
2. Jenis tidak menahan najis. Ia dibahagi kepada dua jenis.
a) Jenis berterusan
Masalah pembuangan najis dalam seluar berlaku semenjak
lahir.
b) Jenis tidak berterusan
Kanak-kanak berkenaan tidak pernah dilatih dengan jayanya untuk
boleh mengawal diri supaya tidak membuang najis di dalam
seluar.
Perangai agresif kanak-kanak yang membuang najis di dalam seluar
atau pada mana- mana tempat boleh dilihat dari dua sudut.
i. Perangai pasif- agresif, iaitu agresif yang ditonjolkan
secara tidak langsung kerana anak itu telah menyembunyikan
najisnya.
ii. Bagi kanak- kanak yang memberi kain bungkusan najis mereka
boleh dianggap sebagai kanak-kanak yang bersifat agresif secara
terbuka.
Ibu bapa yang kurang memahami anak-anak mereka boleh menyebabkan
masalah menjadi lebih rumit.
Di mana ibu bapa yang menghukum anak mereka yang berperangai
sedemikian akan menyebabkan lahirnya perasaan benci anak terhadap
ibu bapa.
Anak juga boleh berasa dirinya terhina dan berpotensi untuk
mendapat gangguan jiwa jenis kemurungan dan mencederakan dirinya
sendiri.
Tidur dan Gangguan.
TIDUR adalah penting untuk kesihatan sama ada dari segi fizikal
atau mental. Bagi kanak-kanak suasana tenteram sebelum masuk tidur
amatlah penting untuk menjamin keselesaan dan kesihatan diri
sewaktu tidur. Kanak-kanak hanya perlu tidur selama 8-10 jam dalam
sehari.
1) Tidur jenis rapid-eye movement (REM), iaitu ada pergerakan
mata yang cepat dan mengambil 20% masa tidur.
2) Tidur jenis non-rapid eye movement (NON-REM) iaitu tanpa
pergerakan mata yang cepat dan mengambil 8% masa tidur.
Apa akan jadi jika anak-anak tidur bersama ibubapa ?
Kebiasaannya anak-anak kurang mendapat gangguan tidur melainkan
jikalau mereka ada penyakit seperti demam, sakit perut dan
sebagainya.
Lebih selesa, terjamin dan sentiasa merasa bahawa mereka tidak
bersendirian.
Kurang gangguan tidur seperti mengigau.
Jika berterusan sehingga besar?
Tiada keberanian untuk tidur bersendirian.
Terlalu bergantung pada ibu bapa.
Jenis gangguan tidur di kalangan kanak-kanak yang bukan
disebabkan penyakit fizikal.
1) Mimpi-mimpi takut (Nightmare)
2) Night Terror- berlaku semasa dalam tidur jenis bukan R.E.M
(tanpa pergerakan mata). Dalam keadaan ini kanak-kanak yang
terlibat akan menjerit dalam tidurnya.
3) Dalam tidur (Somnambulisme)
4) Berjalan Kencing malam
5) Tidak mahu tidur
6) Bruxism-Tooth Grinding- boleh timbul sekiranya seseorang itu
menghadapi tekanan pada waktu siang harinya.
Punca gangguan tidur
1) Masalah perpisahan dengan ibu bapa- contoh ditinggalkan oleh
ibu bapa untuk beberapa hari.
2) Kanak-kanak yang sering bermimpi contoh mimpi hantu yang
menakutkan.
3) Tekanan lain seperti di sekolah, masalah rakan sebaya,
tekanan menghadapi peperiksaan dan sebagainya.
4) Suasana dalam rumah sebelum kanak-kanak hendak tidur- contoh
perasaan takut ataupun sedih.
Cara membantu kanak- kanak untuk tidur berasingan daripada ibu
bapa.
1) Boleh menemani anak didalam biliknya untuk beberapa ketika
(5-10 minit) sekiranya dia berasa takut.
2) Menyediakan lampu kecil yang sentiasa menyala pada waktu
malam.
3) Ibu bapa perlu memberitahu kepada anak bahawa walaupun mereka
tidur berasingan dengan ibu bapa, mereka masih dan tetap akan
sentiasa memberi layanan yang menyenangkan diri mereka.
4) Boleh membiarkan pintu-pintu bilik anak dan ibu bapa terbuka
pada permulaannya dan hari demi hari kedua-dua pintu bilik boleh
dirapatkan sedikit demi sedikit setelah anak tadi merasa yakin
tidur di bilik sendirinya.
5) Perlu diberi kepada anak setiap hari apabila mereka bangun
tidur.
6) Perlu pastikan suasana adalah tenang, selesa dan meyenangkan
sebelum anaknya tidur. Contoh mengelakkan membaca atau menonton
cerita-cerita seram dan elakkan menunjukkan perasaan marah kepada
anak-anak walaupun mereka perlu dimarahi.
Bercakap Gagap.
GAGAP adalah satu gangguan dalam pertuturan yang biasanya
bermula apabila seseorang kanak-kanak sudah mula boleh bercakap
dengan menggunakan dua atau tiga patah perkataan dalam ayat. Ini
adalah kerana:
Kerap mengulang semasa menyebut awal perkataan yang serupa,
seperti ma-ma-ma-ma-ma-kan atau
a) Memanjangkan bunyi perkataan yang hendak disebut, seperti
ma-ma-aa-aa-kan, atau
b) Perkataan yang hendak disebut terhenti-henti mengikut suku
kata perkataan, seperti ma-ma-ka-ka-kan.
Akibat pada masa depan
a) Biasanya tidak akan berjaya untuk berkomunikasi secara lancar
dengan orang lain.
b) Kanak-kanak ini menggunakan cara lain untuk berkomunikasi
seperti menggunakan tanda isyarat.
c) Boleh menjadi murung, kerana mereka berfikir mereka tidak
cekap bercakap lantas.
Punca masalah gagap
1. Keturunan dan Baka.
2. Alam Persekitaran
Tatacara ibu bapa, saudara mara, guru dan ahli keluarga lain
yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak berkenaan.
Juga disebabkan oleh tekanan emosi yang terlalu meruncing tahap
trauma yang dialaminya adalah terlalu berat.
3. Konflik dalam diri kanak-kanak.
Konflik mahu menjadi pasif atau agresif.
Pertuturan boleh dianggap sebagai satu fungsi agresif oleh
seseorang kanak.
Peranan ibu bapa untuk mengelakkan gagap.
v Ibu bapa perlu berwaspada dan sentiasa memberi masa kepada
anak-anak untuk mengeluarkan buah fikiran mereka walaupun
butir-butir perkataan yang hendak disebut mungkin tidak memberi
makna yang jelas.
v Perlu sabar untuk mendengar.
v Jangan mencelah atau membantu perkataan yang sedang cuba
disebut oleh anak.
v Jangan membuatkan anak-anak takut semasa bercakap, contoh
marah.
v Tunjukkan bahawa kita hendak dengar apa yang mereka cakap.
v Perlu menjadi contoh yang baik kepada anak, contohnya cara
berkomunikasi yang baik seperti bercakap secara jelas dan tidak
tergopah gapah.
MASALAH-MASALAH LAZIM KANAK-KANAK.
1. LELAH
Lelah atau asma adalah penyakit paru-paru yang kerap di kalangan
kanak-kanak. Apakah yang dimaksudkan dengan lelah atau asma? Untuk
memahami dengan lebih lanjut saya akan jelaskan serba sedikit
mengenai paru-paru. Di dalam paru-paru terdapat salur paru-paru
yang membawa udara yang kita sedut ke hujung paru-paru. Ia
dipanggil alveolar. Di sini udara yang beroksigen akan menyerap ke
dalam salur darah dan menyebabkan kandungan oksigen dalam darah
adalah tinggi. Apa yang dimaksudkan lelah ialah keadaan di mana
salur paru-paru kecil (bronchiol) menjadi radang sekali gus
menyebabkan salur paru-paru itu sempit.
a) Apakah tanda-tanda lelah?Secara klasiknya lelah menyebabkan
kanak-kanak akan mengalami batuk berterusan, nafas yang berbunyi
dan semput. Biasanya batuk yang dialami oleh kanak-kanak itu adalah
basah (wet cough) iaitu berkahak. Bagaimanapun, terdapat sebahagian
daripada kanak-kanak yang tidak mempunyai tanda-tanda klasik lelah.
Ini menyukarkan diagnosis lelah dibuat dan kebanyakan kanak-kanak
ini akan mengalami batuk berterusan yang tidak baik walaupun sudah
makan banyak ubat.
Tanda-tanda yang penting bagi ibu bapa untuk mengenalpasti
kemungkinan anak mereka mengalami asma atau lelah:1. Batuk
berterusan terutama lebih kerap pada waktu malam atau awal pagi.2.
Batuk berterusan yang bermula dari batuk selesema biasa. Biasanya
batuk selesema akan hilang dalam masa antara empat hingga enam hari
tetapi kanak-kanak ini akan terus batuk untuk jangka masa yang
lebih lama.3. Batuk selepas bermain atau menjalankan aktiviti. 4.
Batuk apabila suhu persekitaran yang sejuk seperti di dalam bilik
berhawa dingin. Selepas meminum air sejuk atau makan ais krim.
Batuk ini juga mungkin berlaku selepas memakan buah-buahan seperti
oren5. Semput
Jika terdapat juga simptom alahan seperti ruam, resdung atau
selesema awal pagi, ini lebih meninggikan lagi kemungkinan asma
atau lelah. Kanak-kanak yang mempunyai masalah lelah atau asma
senang dijangkiti kuman pada paru-paru. Disebabkan lelah selalu
dicetuskan selepas deman selesema biasa, ini menyebabkan kadar
kemasukan hospital lebih tinggi di kalangan kanak-kanak menghidap
lelah. Seperti apa yang diperkatakan oleh saudara Izam masalah
lelah itu menyebabkan anaknya kerap mendapat jangkitan kuman dan
dimasukkan di hospital. Ada beberapa faktor yang boleh mencetuskan
simptom lelah antaranya ialah habuk atau hama habuk( house dust
mites), asap rokok, buah-buahan citrus dan sebagainya. Walaupun
perkara yang menyebabkan lelah itu berbeza dari seorang ke seorang
tetapi secara umumnya apa yang dinyatakan di atas ialah punca
utama.
b) Apakah rawatan untuk lelah?Tiada rawatan yang boleh
menyembuhkan lelah. Ubat-ubatan yang dimakan kanak-kanak menghidap
lelah hanyalah untuk mengawal simptom itu tetapi tidak menyembuhkan
seseorang itu daripada masalah lelah. Kebanyakan kanak-kanak yang
menghidap lelah ini akan pulih dengan sendiri apabila mereka besar
atau mencapai peringkat remaja.
c) Terdapat dua jenis kategori ubat ketika memberi rawatan1.
Ubat-ubatan yang mencegah kanak-kanak daripada lelah.2. Ubat-ubatan
yang mengurangkan simptom lelah ketika kanak-kanak mengalami
lelah.
Apabila kanak-kanak sering mendapat simptom lelah, kanak-kanak
itu perlu memakan ubat yang boleh mencegah simptom lelah itu
berulang. Ubat ini memerlukan penggunaan setiap hari dan oleh itu
ramai ibu bapa berasa takut kononnya kanak-kanak itu terpaksa
bergantung kepada ubat. Ini tidak benar, apa yang berlaku ialah
pada mulanya ubat itu perlu diberi setiap hari kepada kanak-kanak
terbabit dan apabila kawalan lelah itu beransur baik, ubat-ubatan
ini akan dikurangkan secara perlahan sehingga diberhentikan.
Kebanyakan ubat pencegahan lelah mengandungi steroid. Ramai ibu
bapa yang bimbang dengan bahan itu tetapi oleh kerana ubat
berkenaan digunakan secara topikal ia adalah selamat dan tidak
membawa kesan sampingan. Saya sendiri ketika zaman kanak-kanak
berhadapan dengan masalah lelah. Pada masa itu disebabkan tiadanya
ubat yang boleh mengawal lelah dengan baik banyak perkara yang
tidak boleh dilakukan seperti aktiviti sukan, tidak boleh minum air
sejuk dan lebih menyedihkan setiap kali hari raya saya akan semput
disebabkan asap bunga api. Apa yang kita inginkan dalam rawatan
lelah ialah kanak-kanak itu dapat melakukan aktiviti biasa dan
tidak terasa ketinggalan disebabkan oleh lelah. Mengenai pemakanan
dan lelah, tiada bukti kukuh yang menunjukkan vitamin mencegah
lelah bagaimanapun, pemakanan yang baik akan meningkatkan lagi
sistem imun badan dan ini akan mengurangkan jangkitan virus dan
secara tidak langsung mungkin mengurangkan kekerapan lelah.
Kesimpulannya, daripada apa yang diterangkan di atas, kemungkinan
besar kawalan lelah anak saudara Izam masih kurang memuaskan dan
ini menyebabkan anak saudara kerap mendapat lelah dan paru-parunya
dijangkiti kuman.
PENYAKIT KAKI TANGAN DAN MULUT
SECARA berseloroh seorang teman berkata, dia dan keluarganya
tidak lagi minum susu segar atau makan daging kerana bimbang
diserang penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) seperti yang
berlaku di Sarawak sekarang. Kenyataan beliau menyebabkan beberapa
teman lain terdiam, tetapi ada yang tertawa kecil kerana hakikatnya
kedua-dua penyakit itu sangat berbeza dan tiada kaitan langsung,
walaupun mempunyai nama sama. Sehingga artikel ini ditulis,
sebanyak 3,520 kes HFMD di kesan dengan lima kematian dan
menyebabkan 488 tadika dan 10 sekolah rendah ditutup sementara
untuk memutuskan rantaian jangkitan serta mengelak penyakit ini
merebak.
Walaupun kebanyakan kes dicatatkan di Sarawak, ibu bapa dan
pengurus pusat jagaan kanak-kanak serta tadika di Semenanjung juga
perlu tetap berhati-hati kerana ia turut berlaku di sini. Menurut
Perunding Paediatrik, Dr Syed Nazir MS Kadir, HFMD adalah penyakit
biasa di kalangan bayi dan kanak-kanak kerana virus penyebabnya
sentiasa ada di sekeliling kita. Jangkitan boleh berlaku apabila
faktor kebersihan diabaikan. Jika di negara empat musim, catatan
kes lebih tinggi pada musim bunga dan luruh, tetapi di negara kita
ia boleh berlaku sepanjang tahun. Ada yang bertanya mengapa kes di
Sarawak lebih banyak. Tiada siapa tahu jawapan sebenarnya, tetapi
berdasarkan kajian cetusan HFMD berlaku setiap tiga tahun bermula
pada 1997, 2000, 2003 dan tahun ini.
Apa yang menyebabkan HFMD?
HFMD berpunca daripada jangkitan virus. Kajian menunjukkan lebih
70 jenis virus boleh menyebabkan penyakit tangan, kaki dan mulut,
tetapi jenis paling biasa ialah virus coxsackie A16 (CxA16) dan
enterovirus 71 (EV71). Kes dilaporkan di Sarawak disebabkan virus
Cx A16.
HFMD juga boleh disebabkan enterovirus lain, tetapi ia jarang
berlaku. Kumpulan enterovirus ini termasuk virus polio, coxsackie,
echovirus dan enterovirus lain.HFMD pada manusia tidak sama dengan
HFMD pada lembu atau kambing kerana ia disebabkan jangkitan virus
berbeza. Jadi tidak perlu takut untuk minum susu segar atau makan
daging.
Dr Syed Nazir, berkata jangkitan HFMD biasanya lemah dan tidak
berbahaya. Ia biasanya menyerang kanak-kanak di bawah 10 tahun,
tetapi boleh berlaku pada orang dewasa.
a) Adakah jangkitan ini serius?
Jangkitan disebabkan coxsackie A16 biasanya lemah dan hampir
semua pesakit boleh sembuh tanpa rawatan dalam masa tujuh hingga 10
hari. Bagaimanapun, jangkitan enterovirus 71 lebih berbahaya, boleh
menyebabkan meningitis, enchephalitis dan kadangkala membawa maut
jika tidak diberikan rawatan segera.
b) Siapa yang berisiko dijangkiti?
Sebenarnya semua orang berisiko mendapat HFMD. Bagaimanapun,
lazimnya berlaku pada kanak-kanak di bawah 10 tahun, tetapi orang
dewasa juga boleh mendapat HFMD.
Namun, jika ia berlaku pada orang dewasa, kesannya sangat lemah
kerana orang dewasa mempunyai antibodi daripada pendedahan pada
masa lalu terhadap virus ini.
Kanak-kanak yang dihantar ke pusat jagaan harian mempunyai
risiko lebih tinggi. Ini sebabnya kerajaan mengarahkan supaya
tadika dan sekolah ditutup bagi memutuskan rantaian jangkitan
virus.
Jangkitan membolehkan badan seseorang membina antibodi terhadap
virus berkenaan, tetapi orang yang pernah mendapat penyakit ini
boleh mendapat HFMD kali kedua jika ia disebabkan jangkitan virus
lain.
c) Apakah gejala HFMD?Sebaik dijangkiti, virus mengambil masa
tiga hingga enam hari untuk membiak dalam badan dan ini dipanggil
tempoh inkubasi. Selepas tempoh ini pesakit akan mula mengalami
gejala penyakit seperti:
Demam (38C) selama dua atau tiga hari
Sakit mulut
Berhingus
Ulser dalam mulut (pada lelangit lembut, bibir bahagian dalam
atau lidah)
Sakit tekak
Hilang selera makan
Keletihan
Ruam dan melepuh pada tapak tangan, tapak kaki dan punggung
tetapi ia tidak gatal atau menyebabkan rasa sakit
Sakit perut
d) Bagaimana virus merebak?Walaupun tidak berbahaya, HFMD mudah
berjangkit, terutama pada kanak-kanak. Ia merebak melalui sentuhan
langsung kepada najis, air liur, hingus dan cecair daripada kulit
melepuh orang yang dijangkiti. Jangkitan juga boleh berlaku melalui
udara apabila orang dijangkiti bersin. Virus boleh hinggap di atas
permainan, buku, pensil atau peralatan yang dipegang orang yang
dijangkiti.
Virus ini juga boleh hidup lebih lama di luar badan manusia
berbanding virus lain, oleh itu jika aspek kebersihan diabaikan ia
akan merebak dengan cepat kepada orang lain. Jangkitan mudah
berlaku dalam minggu pertama seseorang itu dijangkiti. Najis bekas
pesakit masih mengandungi virus, walaupun ia sudah sembuh dan
perkara ini boleh berlarutan sehingga lima minggu.
Justeru, Dr Syed Nazir menegaskan supaya setiap orang, terutama
ibu bapa dan petugas pusat jagaan kanak-kanak, sentiasa
menitikberatkan soal kebersihan. Tangan perlu dicuci dengan bersih
setiap kali selepas menukar lampin, keluar dari tandas, mengelap
hingus, air liur atau cecair dari kulit melepuh kanak-kanak yang
dijangkiti. Jangkitan juga boleh berlaku pada anak dalam kandungan
jika si ibu dijangkiti sebelum bersalin. Bayi boleh mengalami
masalah jantung, meningitis (keradangan selaput otak) atau mati
jika dijangkiti ketika dilahirkan.
e) Adakah rawatan khas untuk HFMD?
Menurut Dr Syed Nazir, tiada rawatan khas bagi penyakit ini.
Kebanyakan pesakit boleh sembuh dalam masa tujuh hingga 10 hari
tanpa mengambil ubat. Ubat diberikan hanya untuk meredakan
ketidakselesaan yang dialami pesakit seperti ubat demam, ulser atau
lepuh.
f) Bolehkah ia dicegah?
Kaedah pencegahan paling berkesan ialah melalui pemberian
vaksin, tetapi sehingga kini tiada vaksin untuk HFMD kerana ia
membabitkan jenis virus yang banyak. Bagaimanapun, cara pencegahan
paling mudah ialah menjaga kebersihan. Pada musim cetusan penyakit
seperti sekarang ini, elakkan membawa anak ke tempat sibuk dan
sesak seperti pusat beli-belah dan kolam renang awam.
Tutup mulut ketika batuk atau bersin. Basuh tangan dengan sabun
setiap kali selepas ke tandas. Jangan lupa untuk kerap membersihkan
peralatan yang digunakan kanak-kanak. Malah, pengusaha tadika yang
diarahkan tutup kerana penyakit ini juga perlu membersihkan semua
peralatan dalam premis mereka sebelum ia dibuka semula. Langkah ini
penting untuk mengelakkan jangkitan berulang kerana virus Cx A16
boleh hidup lama di luar badan manusia, katanya.
TEKNIK MENCUCI TANGAN:
1 - Lumur tangan dengan sabun dan gosokkan kedua-dua tapak
tangan.
2 - Masih pada kedudukan tapak tangan bertemu tapak tangan,
gosok dicelah jari.
3 - Letakkan tangan kanan di belakang tangan kiri dan gosok.
4 - Bengkokkan jari (dengan menggenggam tangan) supaya kekotoran
pada bahagian sendi dapat dibersihkan.
5 - Genggam ibu jari dan gosok dengan cara putaran.
6 - Beralih ke tapak semula dan gosok dengan cara putaran. Ulang
semua langkah 3 hingga 6 untuk tangan kanan.
PENDARAHAN HIDUNG
PENDARAHAN hidung mungkin dianggap masalah biasa, terutama di
kalangan kanak-kanak, tetapi masalah ini tidak boleh dipandang
ringan kerana ia mungkin memberi petanda seseorang itu menghidap
penyakit lain yang lebih kronik.
Hidung berdarah boleh disebabkan pelbagai penyakit termasuk
penyakit hidung, sinus, darah tinggi, demam denggi dan penyakit
darah.
Namun, biasanya pendarahan hidung berlaku akibat luka pada
lapisan dalam hidung.Permukaan dalaman hidung dilapisi membran
mukosa (lapisan lembap yang menggalas struktur berongga seperti
saluran pernafasan) supaya kulit sentiasa lembap.
Membran mukosa ini mempunyai banyak salur darah yang sensitif
dan mudah luka. Kedudukan hidung di tengah muka juga menyebabkan ia
sentiasa terdedah kepada risiko trauma seperti hentakan apabila
terjatuh, dipukul atau berlaku kemalangan jalan raya.
Pendarahan hidung boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu
anterior (pendarahan bermula pada bahagian septum iaitu dinding
yang memisahkan dua lubang pada hidung). Septum mempunyai banyak
salur darah yang mudah luka apabila kita menghembuskan nafas
terlalu kuat atau terkena objek tajam seperti hujung kuku. Darah
akan mengalir keluar melalui satu daripada lubang hidung.
Pendarahan hidung anterior juga boleh disebabkan cuaca terlalu
panas dan kering. Kekeringan membran hidung (lapisan luar dalam
hidung) akan menyebabkan ia retak, menggelupas dan berdarah seperti
yang biasa berlaku pada kanak-kanak.
Jenis kedua ialah pendarahan posterior (pendarahan boleh bermula
di bahagian hidung paling dalam yang mengalir ke mulut dan tekak
ketika pesakit berdiri atau duduk. Bagaimanapun jenis ini jarang
berlaku).
Pakar Perunding Hidung, Telinga dan Tekak, Dr Mohamad Hamzah,
berkata punca pendarahan hidung boleh dibahagikan kepada empat
iaitu:
Trauma
Trauma kecil berlaku apabila seseorang mengorek hidung dengan
kuku tajam atau jari pada mukosa hidung yang radang. Ia juga
terjadi apabila seseorang itu bersin dengan kuat.
Trauma membawa kepada luka pada lapisan membran hidung yang kaya
dengan saluran darah.
Tahap pendarahan bergantung kepada saiz dan jenis pembuluh darah
terbabit. Jika satu arteri besar seperti yang terbabit, maka
pendarahan menjadi serius dan tidak terkawal.
Penyakit hidung
Rinitis ialah penyakit dalam rongga hidung yang berlaku akibat
radang pada membran mukosa yang diserang virus atau bakteria atau
sebagai satu tindak balas kepada alahan. Hingus yang keras dan
melekat pada membran mukosa akan menyebabkan luka bila hidung
dikorek. Perkara ini kerap berlaku kepada kanak-kanak.
Pendarahan biasanya sedikit dan berhenti dengan sendiri, tetapi
boleh berulang. Pendarahan boleh dicegah dengan mengubati penyakit
rinitis.
Kadangkala penyakit resdung juga boleh menyebabkan pendarahan.
Begitu juga lapisan mukosa hidung yang terlalu kering akibat udara
terlalu panas atau terlalu sejuk.
Sinus, kanser hidung dan nasofarinks
Kanser nasofarinks (pangkal hidung) kerap berlaku di Malaysia,
terutama kepada masyarakat keturunan Cina. Simptom paling biasa
ialah hidung berdarah, terutama kepada mereka yang menjangkau umur
empat atau lima puluhan ke atas.
Kanser rongga hidung dan sinus yang juga boleh mengakibatkan
pendarahan hidung ialah sejenis ketumbuhan di pangkal hidung yang
boleh berlaku kepada kanak-kanak lelaki berumur belasan tahun yang
boleh berdarah dengan banyak.
Penyakit lain
Sesetengah pesakit berumur yang menghidap darah tinggi mengalami
pendarahan hidung. Pendarahan juga berlaku kerana pembuluh darah
tidak mengecut disebabkan penyakit darah. Ada pelbagai penyakit
darah seperti myeloma, leukemia dan limfoma boleh menyebabkan
pendarahan.
Kanak-kanak yang hidungnya sentiasa berhingus serta gatal
mungkin berpunca daripada penyakit rinitis.
Namun, katanya, orang dewasa yang sering mengalami hidung
berdarah mungkin disebabkan penyakit lebih serius seperti kanser
nasofarinks atau kanser sinus.
Kesan sampingan ubat-ubatan
Penggunaan ubat seperti aspirin, warfarin dan ubat
antikeradangan bukan steroid (NSAIDs) boleh menyebabkan pendarahan.
Rawatan kecemasan hidung berdarah perlu dilakukan segera untuk
memberhentikan pendarahan dan mencari puncanya.
Ini sebabnya pendarahan hidung tidak boleh dipandang ringan
kerana ia mungkin berkait dengan penyakit serius dan berbahaya.
Sesiapa yang ada masalah hidung berdarah perlu segera berjumpa
doktor untuk mengetahui sebab pendarahan.
Antara maklumat diperlukan ialah kuantiti darah (sedikit atau
banyak) setiap kali mengalami pendarahan, berdarah dari lubang
hidung kiri, kanan atau kedua-duanya, katanya.
Selain itu, doktor perlu mengetahui sama ada pendarahan keluar
melalui lubang hidung atau keluar melalui belakang hidung dan terus
masuk ke mulut. Pendarahan akan berhenti dalam masa beberapa minit
atau terus berdarah tanpa henti. Pendarahan berlaku buat pertama
kali atau sudah sebaliknya.
Jika berdepan pesakit hidung berdarah, antara langkah rawatan
kecemasan yang perlu diambil ialah:
Arahkan pesakit bertenang, duduk (jangan baring), dongakkan
kepala dan bernafas melalui mulut dengan perlahan-lahan.
Picit bahagian lembut hidung di bawah tulang hidung selama 10
minit.
Arah pesakit meludah atau mengeluarkan darah dari mulut.
Lepaskan picitan selepas 10 minit dan tengok sama ada pendarahan
sudah berhenti.
Jika pendarahan belum berhenti, ulang picitan sekali lagi.
Dr Mohamad berkata, dalam kebanyakan kes pendarahan akan
berhenti selepas tindakan di atas. Jika pendarahan masih
berterusan, segera bawa pesakit ke hospital.
Katanya, langkah seterusnya dilakukan di hospital atau klinik
ialah memberi resusitasi kepada pesakit dan melakukan pemeriksaan
endoskopi hidung untuk mencari tempat dan saiz pendarahan serta
puncanya.
Langkah ini mungkin memerlukan pemeriksaan lanjut seperti
pemeriksaan fizikal pesakit, tekanan darah, ujian darah dan
pemeriksaan radiologi, jika perlu.
Larangan untuk pesakit hidung berdarah sehingga betul-betul
pulih:
Elakkan mengangkat benda berat.
Jangan letak kepala bawah paras jantung untuk jangka masa
lama.
Jangan menghembus hidung dengan kuat.
Usah biarkan hidung menjadi terlalu kering (anda mungkin
perlukan ubat sapu antibiotik pada hidung atau sentiasa membasahkan
hidung dengan air)
Jangan memasukkan sesuatu ke dalam hidung seperti kertas tisu
atau mengorek dengan jari.
Untuk mengelak pendarahan hidung berulang, pastikan anda
tidak:
Memicit atau menghembus nafas terlalu kuat.
Menundukkan badan untuk mengangkat benda berat.
Pastikan kedudukan kepala sentiasa tinggi daripada jantung,
terutama ketika baring atau tidur.
KANAK-KANAK OBES
MENYURUH kanak-kanak mengambil makanan seimbang dan menyihatkan
bukan perkara mudah kerana kebanyakan daripada mereka lebih suka
kepada makanan segera dan beraneka jenis snek yang dianggap menarik
dan enak. Apatah lagi dengan tarikan pelbagai iklan makanan segera
yang turut menawarkan hadiah berbentuk alat permainan atau anak
patung comel. Bukan kanak-kanak saja, malah orang dewasa sanggup
beratur panjang di restoran makanan segera bagi mengumpul hadiah
ditawarkan.
Selain itu, penjualan makanan segera di kantin dan kehadiran
penjual snek di luar pagar pintu pagar sekolah makin menyukarkan
usaha membentuk tabiat pemakanan sihat di kalangan kanak-kanak.
Bahkan, tindakan ibu bapa yang terlalu sibuk untuk menyiapkan
sarapan atau bekal dan memberi kebebasan sepenuhnya untuk anak
berbelanja membeli makanan kegemaran mereka juga akan memburukkan
keadaan.
Semua faktor ini memberi sumbangan kepada masalah tidak cukup
zat, walaupun pada zahirnya kebanyakan kanak-kanak dilihat cukup
makan. Pengambilan makanan segera dan snek ini juga sebenarnya
meningkatkan risiko anak mengalami masalah berat badan berlebihan
dan obesiti.
Kajian menunjukkan kanak-kanak obes akan membesar menjadi
individu obes kerana sel lemak yang terhasil ketika kecil akan
kekal dalam badan. Walaupun kebanyakan orang mengalami masalah
obesiti selepas masuk ke alam dewasa, obesiti ketika kanak-kanak
biasanya akan berlanjutan sehingga dewasa.
Mungkin ramai antara kita tidak sedar bahawa cukup makan (atau
banyak makan) bukan bermakna kita mendapat cukup zat, kecuali jika
mengamalkan pemakanan seimbang dan mengambil pelbagai jenis
makanan. Ini sebabnya ramai mengambil pil makanan tambahan seperti
vitamin dan garam galian. Malah, ada yang turut mengambil beraneka
jenis herba bagi melengkapkan keperluan harian.
Keadaan sama juga berlaku pada kanak-kanak. Seperti orang
dewasa, mereka boleh mengalami masalah kurang zat kerana makanan
pilihan mereka biasanya kurang berkhasiat. Apatah lagi, kebanyakan
kanak-kanak sangat pantang apabila terlihat ada sayur (walau
sehalus ikan bilis pun) dalam makanan mereka.
Cara terbaik untuk melengkapkan sajian mereka ialah melalui
pengambilan pil makanan tambahan seperti vitamin dan mineral kerana
ketika ini kanak-kanak sangat memerlukan semua zat supaya boleh
membesar dengan baik. Persoalannya, sejauh mana keperluan zat ini
kepada kanak-kanak? Tidak cukupkah dengan zat sedia ada dalam
makanan? Ibu bapa yang sangat cerewet dalam soal makanan pun tidak
dapat memastikan kandungan zat dalam sajian yang dihidangkan kepada
anak.
Walaupun makanan itu disediakan di rumah, jika tidak
berhati-hati, banyak vitamin akan hilang ketika makanan dimasak.
Secara umumnya, vitamin yang larut lemak seperti A, D, E dan K
boleh tahan dengan suhu masakan biasa, tetapi vitamin A dan E mudah
hilang jika terdedah lama kepada udara. Manakala vitamin larut air
seperti B1, B6 dan asid folik pula mudah musnah apabila makanan
dimasak pada suhu tinggi. Vitamin B12 mudah hilang jika terkena
suhu tinggi dan cahaya, sementara vitamin C akan musnah jika
terdedah pada udara. Sikap kanak-kanak yang cerewet memilih makanan
juga akan menambah kepada masalah tidak cukup zat.
Rasanya semua ibu tahu kepentingan vitamin untuk anak mereka,
tetapi ramai tidak pasti mengenai mineral. Sebenarnya baik vitamin
atau mineral, kedua-duanya memainkan fungsi sama penting. Bezanya
mineral atau garam galian diperlukan dalam kuantiti kecil. Tanpa
mineral, badan tidak dapat menggunakan vitamin yang ada. Antara
garam galian yang penting ialah kalsium, kromium, magnesium, iodin,
besi, zink, kuprum, selenium, manganese dan molibdenum. Semua
mineral ini diperlukan setiap hari.
Kajian ke atas 245 kanak-kanak sekolah di Amerika Syarikat
berumur enam hingga 12 tahun selama tiga bulan mendapati,
kanak-kanak yang diberikan multivitamin dan mineral lebih cerdas
berbanding kanak-kanak yang mengambil pil ujian (tidak mengandungi
vitamin dan mineral).
Bagaimanapun, tidak semua pil makanan tambahan boleh dikunyah.
Pil makanan tambahan untuk mineral biasanya mempunyai rasa kurang
enak berbanding pil vitamin seperti vitamin C. Terpulang kepada
kebijaksanaan ibu bapa memujuk anak untuk mengambilnya.Selain itu,
gunakan kreativiti anda untuk menarik minat anak untuk mengamalkan
pemakanan sihat.
Cara galak anak makan:
Antara cara yang boleh dilakukan bagi menggalakkan anak makan
ialah:
> Menyediakan makanan sebaik waktu makan sampai (makan pada
waktu tetap).
> Jadikan waktu makan sebagai waktu untuk berkumpul seisi
keluarga.
> Galakkan anak menghabiskan makanannya. Berikan pujian
setiap kali dia berjaya menghabiskan makanannya. Cara ini memberi
rangsangan positif kepada minda anak.
> Elak memberi makanan ringan ketika menghampiri waktu makan
kerana ia boleh menjejaskan selera anak.
> Jadikan masa makan sebagai waktu yang menggembirakan.
> Hiaskan makanan dengan cara kreatif untuk menarik minat
anak untuk makan. Kebanyakan kanak-kanak suka makanan yang cantik
dan menarik. Mereka akan lebih berselera untuk menikmati makanan
yang cantik.
> Pelbagaikan jenis hidangan untuk anak. Beri anak peluang
mencuba jenis makanan baru setiap hari bagi mengelakkan rasa
jemu.
> Hidangkan buah-buahan yang dipotong kecil dan disusun
menarik untuk menggalakkan anak makan buah.
> Gantikan air kordial dengan jus buah yang diproses sendiri.
Melalui cara ini anda dapat mengawal kandungan gula dan
menggalakkan pengambilan serat untuk si kecil.
Pesanan Buat Anak-Anak (Petikan Ayat dari Surah dalam
Al-Quran)
SURAH LUQMAN Ayat 13
(Perhatikanlah), ketika berkata Luqman kepada anaknya, sedang
dia memberi pengajaran kepadanya (katanya) : Hai anakku! Janganlah
engkau mempersekutukan Allah. Sesungguhnya mempersekutukan itu
adalah aniaya yang besar.
SURAH LUQMAN Ayat 17
Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah orang membuat maaruf
(yang baik) dan laranglah buat yang mungkar (haram), serta sabarlah
atas cubaan yang menimpa engkau. Sesungguhnya demikian itu
pekerjaaan yang dicita-citakan.
SURAH AL-ISRAA' Ayat 23
Tuhanmu memerintahkan supaya janganlah kamu sembah, kecuali Dia
dan berbuat baiklah kepada ibu bapa. Jika seorang di antara
keduanya telah tua atau keduanya, janganlah engkau katakan cis
kepada keduanya dan jangan pula engkau herdik keduanya dan
ucapkanlah kepada keduanya perkataan mulia (lemah lembut) bercakap
lembut dengan orang tua.
SURAH AL-AHQAAF Ayat 15
Kami wasiatkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu
bapa. Ibunya mengandung dengan susah payah dan melahirkannya dengan
susah payah pula. Masa mengandungnya sampai menceraikannya dari
susuan, tiga puluh bulan lamanya. Sehingga bila ia sampai dewasa
dan sampai umur 40 tahun, ia berkata : Ya Tuhanku, taufiqkanlah aku
(tunjukilah hatiku) buat mensyukur nikmat engkau, yang telah engkau
berikan kepadaku dan kepada kedua orang ibu bapaku dan supaya aku
kerjakan amalan salihyang engkau sukai dan perbaikilah bagiku
anak-anak cucuku (keturunanku). Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu
dan aku termasuk orang-orang islam.
Hadith & Dalil
1. Sabda Rasulullah SAW.. Kewajiban setiap ayah terhadap anaknya
ialah memberikan nama yang baik, mendidik dengan akhlak yang baik,
mengajarkan menulis, berenang, dan memanah; dan janganlah
memberikan makanan kecuali makanan yang baik, dan nikahkanlah,
apabila ia sudah baligh (H.R. Hakim)
2. Allah SWT berfirman: sesungguhnya harta dan anak-anakmu,
hanyalah cobaan (bagimu); dan disisi Allah lah pahala yang besar.
(Q.S. At-Tagabun:15).
3. Allah SWT berfirman: Para ibu hendaklah menyusui anak-anaknya
selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnkan
penyusuannya. Dan kewajiban ayah memberi mkan dan pakaian kepada
para ibu dengn cara yang layak (Q.S.Al-Baqarah:233).
4. Sabda Rasulullah SAW.. Setiap anak dilahirkan dalam keadaan
fitrah, sungguh kedua orang tuanya yang menentukan apakah ia
menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi. (H.R. Bukhari dan Muslim).
5. Sabda Rasulullah SAW.. Awasilah anak-anakmu, dan didiklah
budi pekerti merek. Tidak ada sesuatu pemberian orang tua kepada
anak-anaknya paling berharga, kecuali budi pekerti yang baik (H.R.
Tarmizi)
6. Allah SWT berfirman: Ingatlah olehmu tatkala Luqman mendidik
anaknya seraya berkata: Wahai annakku. Jangnlah kamu berbuat syirik
kepada Allah, sesungguhnya syirik itu adalah dosa yang sangat
besar. (Q.S.Luqman: 13).
7. Sabda Rasulullah SAW.. Perintahkanlah anak-anakmu untuk
mengerjakan salat sewaktu umurnya meningkat tujuh tahun, dan
pukullah dia apabila enggan mengerjakannya, diwaktu usianya
meningkat sepuluh tahun. (H.R Abu Dawud).
8. Allah SWT berfirman: Wahai anakku, tegakkanlah solat, dan
suruhlah manusia untuk berbuat kebajikan, dan cegahlah dari
perbuatan mungkar,serta bersabarlah kamu dalam menghadapi setiap
musibah yang menimpamu, sesungguhnya semua itu adalah
masalah-masalah yang utama. (Q.S. Lukman:17).
Rujukan di atas dipetik daripada:
Abdul Qadir Djaelani. 2001. Keluarga sakinah. Shah Alam: Pustaka
Dini
9. Allah berfirman dalam surah Al-Kahfih ayat 46:
Harta dan anak adalah perhiasan kehidupan dunia..
10. Ibu bapa berasa senang jika anak-anaknya soleh seperti yang
digambarkan di dalam Al-Quran surah Al-Furqan ayat 74.
Rujukan di atas dipetik daripada:
Hassan Al-Asymawi. 1996. Mengajar dan mendidik anak-anak
menghayati Islam. Terj. Mohd Sofwan Amrullah. Selangor: Pustaka
Ilmi.
11. Nabi SAW bersabda,
Allah ingin kalian berlaku adil diantara anak-anak kalian,
termasuk dalam ciuman. (al-hadits)
12. Imam Al-Ghazali menegaskan Jangan terlampau banyak mencela
anak setiap saat kerana perkataan takkan lagi berpengaruh dalam
hatinya. Hendaknya ayah menjaga kewibawaan nasihat. Dia hanya
menasihati anaknya sewaktu-waktu sahaja sehingga ibu dapat
menakut-nakuti dan mengekang anak dari keburukan dengan kewibawaan
ayah.
13. Jika anak mengulangi kesalahan yang sama, tegurlah dengan
halus dan tunjukkan urgensi kesalahannnya, misalannya dengan
mengatakan, itu nanti dilihat orang sehingga aibmu diketahui orang
lain. (Al-Ghazali).
14. Allah taala berfirman, janganlah seorang ibu dan seorang
bapak menderita kesengsaraan kerana anaknya. (Al-Baqarah:233).
15. Al-Aqra bin Habis pernah melihat Nabi SAW Mencium al-Hasan
bin Ali ra, dia berkata, aku mempunyai 10 orang anak, namun aku
tidak pernah mencium seorang pun, Nabi SAW bersabda, Barangsiapa
yang tidak menyayangi, maka tidak akan disayangi (al-hadits).
Rujukan di atas dipetik daripada:
Ahmad Ali Budaiwi. 2002. Imbalan dan hukuman; pengaruhnya bagi
pendidikan anak. Jakarta: Gema Insani.
Didikan Anak Tauladan
SEBAB ANAK-ANAK DERHAKA
Sabda nabi saw, "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu
hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik
atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak
asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan
ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)." dimana yang
nak dipukul tu? tapak kakinya.... bukan muka, punggung, telinga dan
ditempat-tempat yang sensitif.... itu salah.
"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan
sekolah,ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka
sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun
jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula
merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka".
Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama,
latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka
tidak akan tergamak menderhaka. "Saya pernah tinjau, anak-anak yang
lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat
letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam.
Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan
rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang
penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.
"Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana
sibuk.Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak
sudah tidur,pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap
subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup,".
Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada
kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan
perkataan "bodoh,kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang
merupakan doa kepada mereka".. inilah yang menyebabkan mereka
derhaka kepada kita.
DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka
bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa
ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar.Sayyidina Umar
berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima.
Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak
kecil,Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak
berdosa.
Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil
endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah
orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun
dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak
dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu bila jumpa kawan baik
tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa
padah.
BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat.
Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu
hidupnya kita derhaka dan melawan mereka?
Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan b acakan
ayat-ayatsuci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau
jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah
ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal,
minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.
Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil
kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau
bala turun.
Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari.
Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar,
selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana
hubungan kita dengan Tuhan,jika semuanya baik turun ke peringkat
kedua, bagaimana pula hubungandengan ibu?
"Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak
rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah
terlalu panjang untuk bersama kita."
HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk per asaan
kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa
sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau
berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu
barulah sekali kepada bapa".
"Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar
sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan
nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan
melawan di depan mereka. "Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua
mencabar kesabaran kita.
Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita
wajib mentaati dan menghormati golongan tua."
USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
"Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua
sendiri.Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya
hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang
melahirkannya juga?" "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam
perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya.
Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama
seperti ibu bapa kandung," jelasnya. Kewajipan anak lelaki, pertama
kepada Allah , kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat
bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri.Isteri kena faham,
kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.
"Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan
ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah
adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana
mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim
dengan anaknya Nabi Ismail, suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah
anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun
tidak kenal dengan mentuanya. "Menantu berkasar menyebabkan Nabi
Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada
menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila
Nabi Ismail balik isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut
menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya.
"Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa
isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu
diceraikan. "Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih
tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan
menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal
siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik
berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan
jangan ditukar kepada yang lain." bukan saya nak bawa kisah ni
untuk mudah orang nak bercerai dak pakat elok-elok.
Membentuk Kepimpinan Anak
Di dalam konteks sebuah keluarga, sudah tentu ibu bapa sangat
mengharapkan yang anak sulung mereka sendiri yang akan mengemudi
dan menerajui perjalanan dan kesinambungan keluarga tersebut. Bukan
orang lain yang tidak ada kaitan. Iaitu apabila ibu ayah sudah
lanjut usia atau sudah pergi meninggalkan alam yang fana. Bagi anak
sulung pula, hendaklah ia akur dengan perjalanan dan pusingan hidup
ini. Mahu tidak mahu akhirnya beban kepimpinan keluarganya itu
nanti hendaklah ditangani dan dipikul olehnya dengan penuh rasa
tanggungjawab, prihatin dan penuh kasih sayang.
Bagi setiap ibu dan ayah, perkara ini hendaklah diambil berat
dan diberi keutamaan. Proses memindahkan kepimpinan kepada anak
sulung itu hendaklah dilakukan seawal mungkin dengan penuh cermat
dan bijaksana. Melihat kepada takah dan perkembangan umurnya.
Selalunya anak sulung pada awalnya tidak akan mernahami dan
mengesan tujuan perpindahan tugas dan kepimpinan ini.Yang penting
adalah penerapan sifat-sifat mulia dan sifat kepimpinan dari awal
lagi. Untuk itu ibu bapa boleh mengikuti langkah-langkah berikut
mudah-mudahan seisi keluarga kita beroleh manfaat dan kebaikan yang
banyak dan berkekalan.
1. Sebenarnya ia bermula dari kepimpinan ibu dan ayah itu
sendiri. Sebagaimana yang disifatkan, kepimpinan melalui teladan.
Suarni memimpin isteri. Isteri memimpin dan mendidik anak sulung
dan anak yang sulung memimpin dan melatih adik-adiknya yang lain
pula.
2. Memimpin anak sulung akan lebih berkesan apabila ibu dan ayah
menjadi contoh atau role model terdekat kepadanya. Contohnya
dalam
akhlak, pergaulan, kasih-sayang dan silaturrahim. Apa yang
dilihat oleh anak sulung daripada contoh baik ibu bapa tadi secara
perlahan-lahan akan dihadamkan di dalam fikiran dan sanubarinya
kemudian diteladani semula di dalam kehidupan sehariannya. la bukan
tindakan yang mudah dan segera. Namun bagi ibu bapa yang prihatin
dan rnithali, inilah jalan yang perlu ditempuh. Perlu diingat
bahawa sifat sabar dan kuat kemahuan perlu ada dalam merealisasikan
rancangan kecemerlangan masa depan keluarga ini.
3. Selain dibiarkan anak sulung melihat dan memahami cara
bagaimana ibu bapa mengendali dan menyelesaikan masalah keluarga,
mereka juga hendaklah mula diberikan kepercayaan dan tanggungjawab.
Cara begini akan menyuburkan keyakinan diri dan rasa optirnis yang
tinggi dalam jiwanya. Tanggungjawab itu hendaklah diberikan secara
bertahap-tahap kepadanya mengikut usia, kemampuan dan
kesediaannya.
4. Sekiranya anak sulung didapati melakukan kesalahan dan
kesilapan, teguran hendaklah dibuat secara berhikmah. Wibawanya di
depan dan di mata adik-adiknya hendaklah dijaga. Teguran yang tidak
tepat akan membuatkan ia hilang keyakinan diri, rasa malu tidak
bertempat dan suka mengasingkan diri daripada adik- adiknya.
Pakar-pakar psikologi menjelaskan bahawa kata-kata kesat, kasar dan
'amukan' ibu dan ayah selain membuahkan kebencian dan ketakutan
(fobia), ia juga akan melenyapkan sejumlah besar sel positif di
dalam rnindanya. Oleh itu, wibawa dan ketrampilan anak sulung
mestilah dijaga dan dibina.
5. Akhir sekali, janganlah lupa berdoa untuk anak-anak mereka
terutamanya kepada anak sulung. Doa inilah senjata kita.
Sesungguhnya doa dan pergantungan dengan Allah menjadi teras dalam
memupuk kepimpinan anak sulung.
Sabda Rasullah s.a.w. "Wahai Ali ! Peliharalah wasiatku ini
sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a.s"
1.Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika allah
mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua
yang bengis.
2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika allah
mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan
darah.
3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua
suami dan isteri berwuduk. Jika allah mengurniakan anak ia akan
menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.
4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban. Jika allah
mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda yang jelek pada muka dan
rambutnya.
5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2hari). Jika
dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka
meminta-minta.
6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan
(adik ipar). Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong
dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya membuat
Kebinasaan kepada banyak manusia.
7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika allah
mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau
yang melewati batas.
8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar
bermusafir. Jika allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan
harta pada jalan yang tidak haq.
9. Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir
dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika allah mengurniakan anak ia
akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim.
10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum
isyak). Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang
ahli sihir, dan menghendaki dunia daripada akhirat.
Cara berjimak yang dituntut :-
1. Berjimak pada malam Isnin. Jika allah mengurniakan anak ia
akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab allah dan
redha terhadap segala pembahagian allah s.w.t.
2. Pada malam selasa. Jika allah kurniakan anak ia akan mendapat
nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan allah tidak akan
azabkannya (turun bala) kepadanya bersama-sama orang musyrikin.
Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih
lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.
3. Pada malam Khamis. Jika allah mengurniakan anak ia akan
menjadi seorang yg bijaksana di kalangan yg bijaksana atau org alim
di kalangan orang alim.
4. Sewaktu matahari di tengah langit. Jika allah mengurniakan
anak ia tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi
seorang yang faqih serta allah s.w.t rezekikan kepadanya
keselamatan agama dan dunia.
5. Pada malam Jumaat. Jika allah mengurniakan anak ia akan
menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.
6. Hari Jumaat selepas asar. Jika allah mengurniakan anak ia
akan menjadi seorang anak yang terkenal,masyhur dan alim.
7. Malam Jummat selepas Isyak yang akhir. Jika allah
mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.
8. Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika allah kurniakan
anak ia tidak dimudaratkan oleh syaitan selama-lamanya.