Top Banner
Sains dan Teknologi: Suatu kelebihan atau kemudaratan? Ditulis oleh Norkumala binti Awang. Dalam era dunia tanpa sempadan, semua maklumat hanyalah dihujung jari. Sains dan teknologi membawa kita kepada suatu perubahan kehidupan. Kemajuannya tidak boleh dinafikan. Namun, dalam pada itu, ada juga yang menafikan tentang kesan sains dan teknologi. Pelbagai kesimpulan yang dibuat oleh individu berdasarkan pengamatan tentang kesan sains dan teknologi sama ada membawa kepada kemajuan mahupun kemusnahan alam sejagat. Tidak dapat dinafikan bahawa sains dan teknologi mempunyai peri pentingnya dalam pembangunan masyarakat sejagat. Namun ia juga tidak dapat disangkal mempunyai kesan buruk dalam pembangunan negara termasuk alam sekitar mahupun sosial. Semua ini tidak dapat dielakkan kerana kadang- kadang manusia sibuk mengejar kemajuan dan kecanggihan sehinggakan alpa dengan kesan buruk yang bakal menimpa. Segala penemuan dan ciptaan sains dan teknologi yang lahir dari akal manusia kadang tersasar dengan tujuan sebenar kerana tidak mengikut lunas-lunas yang telah digariskan oleh Islam. Tidak hairanlah jika kini banyak pengamalan sains dan teknologi juga mengundang kepada kemudaratan jika batas- batas penerokaan ilmu sains tidak menepati apa yang telah Islam utarakan. Kini, ciptaan yang cukup canggih hasil penemuan manusia dalam teknologi pertahanan mampu melindungi negara daripada diserang musuh. Pelbagai bentuk alat pertahanan daripada senjata sehinggalah alat kelengkapan perang turut mengiringi kemajuan sains dan teknologi. Dari satu sudut, ia mungkin membawa kebaikan kepada negara tapi jika difikirkan mungkin banyak lagi kesan yang timbul akibat penggunaan alat canggih hasil kemajuan sains dan teknologi. Pernahkah terfikir, bahawa kecanggihan alatan perang boleh membawa kemusnahan dunia termasuklah alam sekitar dan juga banyaknya jiwa yang terkorban dek kerakusan manusia sendiri. Contohnya, kesan penggunaan bom atau senjata api boleh memusnahkan alam sekitar. Walaupun sekadar untuk menguji keupayaan sesuatu ciptaan, kadang- kadang ia mengundangkan kepada kemusnahan alam sekitar seperti membawa kepada pencemaran alam. Sementara itu, tahap kepakaran yang tinggi dan peralatan canggih diperlukan untuk membina sendiri sebuah bom nuklear. Kini kawalan terhadap bahan radioaktif sebenarnya amat longgar memandangkan amalannya kian meluas. Kesan daripada letupan bom kotor mungkin tidak sedahsyat bom nuklear tetapi boleh menyebarkan bahan radioaktif dan menyebabkan radiasi ke kawasan yang lebih luas. Sudah tentu ia memberi kesan psikologi terhadap masyarakat yang kurang pengetahuan mengenai keselamatan sinaran. Mungkin ia juga menimbul kekalutan dan ketakutan yang akan menjejaskan kegiatan sesebuah masyarakat. Usaha pembersihan kawasan yang dicemari radiasi juga menelan belanja yang tinggi dan membabitkan tenaga kerja yang ramai dan peralatan yang canggih. Bukankah ia akan 1
25

BAHAN BAHAS 2014

Jan 19, 2023

Download

Documents

Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: BAHAN BAHAS 2014

Sains dan Teknologi: Suatu kelebihan atau kemudaratan?Ditulis oleh Norkumala binti Awang.Dalam era dunia tanpa sempadan, semua maklumat hanyalah dihujung jari. Sains dan teknologi membawa kita kepada suatu perubahan kehidupan. Kemajuannya tidak boleh dinafikan. Namun, dalam pada itu, ada juga yang menafikan tentang kesan sains dan teknologi. Pelbagai kesimpulan yang dibuat oleh individu berdasarkan pengamatan tentang kesan sains dan teknologi sama ada membawa kepada kemajuan mahupun kemusnahan alam sejagat. 

Tidak dapat dinafikan bahawa sains dan teknologi mempunyai peri pentingnya dalam pembangunan masyarakat sejagat. Namun ia juga tidak dapat disangkal mempunyai kesan buruk dalam pembangunan negara termasuk alam sekitar mahupun sosial. Semua ini tidak dapat dielakkan kerana kadang- kadang manusia sibuk mengejar kemajuan dan kecanggihan sehinggakan alpa dengan kesan buruk yang bakal menimpa. Segala penemuan dan ciptaan sains dan teknologi yang lahir dari akal manusia kadang tersasar dengan tujuan sebenar kerana tidak mengikut lunas-lunas yang telah digariskan oleh Islam.Tidak hairanlah jika kini banyak pengamalan sains dan teknologi juga mengundang kepada kemudaratan jika batas- batas penerokaan ilmu sains tidakmenepati apa yang telah Islam utarakan. 

Kini, ciptaan yang cukup canggih hasil penemuan manusia dalam teknologi pertahanan mampu melindungi negara daripada diserang musuh. Pelbagai bentukalat pertahanan daripada senjata sehinggalah alat kelengkapan perang turut mengiringi kemajuan sains dan teknologi. Dari satu sudut, ia mungkin membawa kebaikan kepada negara tapi jika difikirkan mungkin banyak lagi kesan yang timbul akibat penggunaan alat canggih hasil kemajuan sains dan teknologi. Pernahkah terfikir, bahawa kecanggihan alatan perang boleh membawa kemusnahan dunia termasuklah alam sekitar dan juga banyaknya jiwa yang terkorban dek kerakusan manusia sendiri. Contohnya, kesan penggunaan bom atau senjata api boleh memusnahkan alam sekitar. Walaupun sekadar untukmenguji keupayaan sesuatu ciptaan, kadang- kadang ia mengundangkan kepada kemusnahan alam sekitar seperti membawa kepada pencemaran alam. Sementara itu, tahap kepakaran yang tinggi dan peralatan canggih diperlukan untuk membina sendiri sebuah bom nuklear.

Kini kawalan terhadap bahan radioaktif sebenarnya amat longgar memandangkanamalannya kian meluas. Kesan daripada letupan bom kotor mungkin tidak sedahsyat bom nuklear tetapi boleh menyebarkan bahan radioaktif dan menyebabkan radiasi ke kawasan yang lebih luas. Sudah tentu ia memberi kesan psikologi terhadap masyarakat yang kurang pengetahuan mengenai keselamatan sinaran. Mungkin ia juga menimbul kekalutan dan ketakutan yang akan menjejaskan kegiatan sesebuah masyarakat. Usaha pembersihan kawasan yang dicemari radiasi juga menelan belanja yang tinggi dan membabitkan tenaga kerja yang ramai dan peralatan yang canggih. Bukankah ia akan

1

Page 2: BAHAN BAHAS 2014

memberi kesan kepada ketenteraman awam, menyebabkan kegawatan ekonomi negara malah ia turut tersebar melalui tiupan angin dan tekanan udara ke negara yang bersempadan. Kesan inilah yang turut dibimbangi oleh banyak pihak kerana penyalahgunaan kemajuan teknologi yang sedia ada.

Teknologi maklumat yang berkembang pesat sehingga ke hari ini memungkinkan semua lapisan masyarakat mendapat maklumat dengan begitu mudah. Pelbagai penerokaan maklumat boleh diperolehi tanpa ada batasan. Dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi, jalan dakwah terbuka luas untuk menyampaikan sesuatu yang berguna kepada masyarakat. Namun di sebalik kecanggihan dan kelebihan teknologi tersebut kini, terselit suatu keburukanyang jarang sekali difikirkan kerana ia timbul tanpa disedari. Ramai muda mudi kita terpengaruh dengan kelebihan teknologi maklumat. Kesannya kepada pembangunan sosial generasi kita terlalu besar di mana mereka leka dengan teknologi tersebut sehingga mengabaikan nilai murni. Contohnya, internet yang merupakan gedung ilmu, tetapi kadangkala muda mudi kita menyalahgunakan kelebihannya dengan melayari laman- laman web yang berunsurlucah dan tidak berakhlak. Ini akan mempengaruhi fikiran golongan tersebut dan akan merosakkan pembangunan nafs mereka.Kemajuan teknologi maklumat juga mendatangkan kesan buruk apabila kini berlaku pula pencerobohan maklumat yang disebut sebagai "penggodam" di manamaklumat sulit sesebuah negara boleh diceroboh dengan mudah. Melalui teknologi terkini juga, pengubahsuaian ke atas sesuatu gambar boleh dibuat.Kadangkala ia memberi kesan buruk kerana boleh menyebabkan fitnah.

Kini bioteknologi memacu negara ke arah pembangunan. Bidang kejuruteraan makanan menerusi teknologi terkini mampu menghasilkan makanan ubahsuaian genetik (Genetically Modified Food) yang mempunyai ciri- ciri terbaik seperti tahan lama, sedap dan bermutu, mudah, murah serta meningkatkan pengeluaran tanaman contohnya beras perang, tomato dan cili. Makanan yang dihasilkan adalah sama tetapi mempunyai sifat- sifat yang berbeza yang dimasukkan dengan pelbagai gabungan gen organisma lain. Apa yang menjadi persoalan ialah sumber genetik yang digunakan untuk menghasilkan makanan ubahsuaian tersebut dikhuatiri daripada benda-benda yang dilarang oleh syarak. GMF juga memberi kesan terhadap kesihatan manusia kerana mengandungi bendasing (allergen) yang tidak diketahui kesan buruknya.

Isu pengklonan juga mendapat perhatian hangat dari semua pihak. Hasil kemajuan teknologi mampu memindahkan genetik dari satu organisma ke organisma lain. Ini akan menghasilkan satu organisma yang sama dengan yang induk. Isu ini agak dibimbangi kerana takut disalahgunakan oleh pihak tertentu untuk tujuan pengklonan manusia. Hal ini terlalu menyimpang dari landasan agama yang sebenar. Begitu juga dengan teknologi "stem cell" yang banyak kelebihannya dalam membantu mengatasi pelbagai penyakit. Namun apa yang dikhuatiri jika penggunaan "embryonic stem cell" bakal disalahgunakan juga untuk pengklonan manusia.

Natijah daripada kemajuan sains dan teknologi kini sememangnya banyak membawa kepada kebaikan disamping terselit juga keburukan. Pokok pangkalnya, apa jua kemajuan yang dicapai perlulah berlandaskan nilai- nilai Islam dan mengikut batas- batas penerokaan ilmu yang telah

2

Page 3: BAHAN BAHAS 2014

ditetapkan. Barulah kemajuan dan pembangunan yang kita capai tidak terpesong dan tidak mendatangkan keburukan kepada ummah kerana kadangkala keburukan itu sebenarnya kita juga yang menciptakannya.

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Muslimin yang dirahmati Allah,MARILAH kita sama-sama meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah Subhanahu Wata'ala, dengan melakukan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya. Mudah-mudahan kita tergolong dikalangan hamba-hamba yang sentiasa melaksanakan amal makruf dan nahi mungkar dan mendapat keredhaan Allah Subhanahu Wata'ala didunia dan akhirat.

Muslimin yang berbahagia,Agama islam adalah agama yang mementingkan ilmu pengetahuan. Ilmu ibarat cahaya yang menyinari kegelapan, justeru itu islam menggalakkan umatnya supaya sentiasa berusaha mencari dan menimba ilmu sebanyak-banyaknya.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda dalam sebuah hadis maksudnya:Dari Anas bin Malik ia berkata: Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Menuntut ilmu adalah satu kefardhuan (wajib) keatas setiap muslim. (Riwayat Al Imam Ibnu Majjah)

Dari hadis tersebut jelas bahawa ilmu itu sangat penting kerana dengan ilmuseseorang itu boleh maju, membangun dan berjaya, bukan sahaja untuk dirinyatetapi untuk masyarakat dan negara. Tiada guna memiliki harta yang banyak jika tiada berilmu kerana harta itu tidak akan berkembang dan bermanfaat, bahkan boleh menyebabkan pemiliknya tertipu dan terpedaya. Ketahuilah bahawa kedudukan orang yang berilmu adalah tinggi disisi Allah Subhanahu Wata'ala sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Al-Mujadilah ayat 11, tafsirnya:

3

Page 4: BAHAN BAHAS 2014

Allah meninggikan darjah orang-orang yang beriman diantara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama dari kalangan kamu beberapa darjah. Dan ingatlah Allah Maha mendalam pengetahuan tentang apa yang kamu lakukan.

Sememangnya terdapat banyak cara untuk mendapatkan ilmu pengetahuan antaranya melalui teknologi maklumat. Teknologi maklumat merupakan teknologi yang telah banyak merubah cara hidup manusia. Teknologi pada dasarnya adalah untuk memudahkan sesuatu. Jika teknologi ini digunakan dengan niat yang betul maka akan membawa manfaat dan kesejahteraan hidup, tetapi jika disalahgunakan maka akan membawa perkara yang sia-sia yang merugikan.

Tidak dinafikan teknologi maklumat dan komunikasi mempunyai banyak kelebihannya, antaranya kita boleh memperolehi ilmu dan maklumat dengan mudah dan cepat. Selain itu kita juga boleh berhubung antara satu sama lain, melakukan transaksi perbankan, membuat pembayaran seperti membayar bil-bil, dan banyak lagi kemudahan yang boleh kita dapat melalui internet. Melihat kepada manfaat teknologi maklumat, kita hendaklah celik dan peka terhadap penggunaannya kerana kemudahan tersebut menawarkan maklumat dan ilmu yang sangat banyak, dan islam sememangnya juga menghendaki umatnya untuk sentiasa menimba dan meningkatkan ilmu pengetahuan.

Namun tidak dinafikan teknologi maklumat seperti internet juga mempunyai keburukan dan kesan negatif yang boleh mempengaruhi fikiran dan minda, boleh merosakkan moral dan akhlak, boleh menjejaskan keselamatan awam dan negara, dan lebih buruk lagi boleh mengugat akidah umat islam. Ini kerana melalui internet seorang itu boleh sahaja mendapatkan maklumat yang berkemungkinantidak betul atau kurang tepat berkenaan seseuatu perkara. Selain itu terdapat juga peristiwa atau laman web dinternet itu mempunyai unsur yang tidak beretika dan tidak bermoral seperti paparan gambar pornografi, penyebaran fahaman yang bertentangan dengan agama islam, perjudian dan sebagainya. Tidak kurang juga terdapat pihak yang melakukan penipuan dalam urusan jualbeli melalui internet.

Muslimin yang dirahmati Allah,Sudah menjadi trend pada masa ini ramai orang menggunakan laman sosial sebagai tempat untuk berhubung. Ini kerana mereka dapat berkomunikasi dengan keluarga dan teman dengan mudah dan secara tidak langsung dapat mengeratkan perhubungan yang baik sesama mereka, bahkan penggunaan komunikasi melalui kumudahan tersebut juga adalah lebih senang dan cepat. Selain itu mereka juga dapat mencari kenalan samada dalam dan diluar negeri. Namun terdapat juga keburukan disebalik kemudahan tersebut kerana tidak mustahil terdapat diantara pengguna yang menjadikannya sebagai tempatuntuk menyebarkan fitnah, mengutuk dan menghina, mendedahkan rahsia dan

4

Page 5: BAHAN BAHAS 2014

keaiban diri sendiri dan orang lain dan sebagainya. Semua perbuatan tersebut adalah berdosa dan dilarang oleh agama islam. Ketahuilah juga bahwa perbuatan memfitnah adalah lebih buruk dan dahsyat daripada membunuh.Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Al-Baqarah ayat 191, tafsirnya:Dan ingatlah bahawa angkara fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan.

Ahli jemaah yang dirahmati Allah,Ketahuilah bahawa kesan negatif akibat penyalahgunaan internet bukan sahajamembahayakan pengguna yang terdiri dari orang dewasa, bahkan juga kepada kanak-kanak. Tidak dinafikan kanak-kanak juga banyak menggunakan kemudahan internet untuk mendapatkan ilmu dan maklumat, belajar secara interaktif, melayari laman sosial, dan bermain game. Kemudahan ini secara tidak langsung mendedahkan mereka kepada bahaya kerana tidak mustahil mereka jugaboleh melayari laman web yang tidak baik untuk mereka. Kita tahu dan sedar bahawa fikiran anak-anak yang belum matang akan mudah percaya pada setiap maklumat yang diperolehinya melalui internet, dan lebih buruk lagi jika mereka terpengaruh untuk melakukan sesuatu yang tidak elok dan tidak baik sehingga boleh menjejaskan minda, akhlak dan tingkahlaku mereka. Ini keranamereka boleh melihat perkara yang tidak baik melalui internet seperti adengan yang tidak senonoh, adengan ganas, blackmetal dan sebagainya.

Apa yang menakutkan kita adalah kanak-kanak juga boleh terdedah kepada bahaya yang boleh menjejaskan keselamatan mereka. Perlu diketahui bahawa pada masa ini terdapat pemangsa yang mencari mangsanya yang terdiri dari kanak-kanak berumur dibawah lapan belas tahun dengan tujuan yang tidak baik, seperti rogol, culik, perdagangan manusia dan sebagainya. Oleh itu sebagai ibu bapa kita hendaklah sentiasa memantau dan mengambil tahu aktiviti anak-anak ketika melayari internet. Kita hendaklah mengetahui dengan siapa anak kita berkawan. Sememangnya kita tidak akan dapat memantausepenuhnya aktiviti anak-anak, lebih-lebih lagi kemudahan internet bukan sahaja boleh diperolehi melalui komputer dirumah, tetapi juga diluar rumah kerana terdapat banyak tempat yang menawarkan kemudahan wifi terutamanya kafe dan kedai-kedai makan, dan mereka juga mudah mengakses internet melalui telefon bimbit dan sebagainya. Namun para ibubapa hendaklah sentiasa berusaha mendekati anak-anak mereka dengan memberi bimbingan dan kesedaran terhadap bahaya dan implikasi negatif terhadap penyalahgunaan internet, memberi nasihat dan teguran secara berterusan, mengajar cara-carauntuk membezakan antara yang benar dan salah, yang bermanfaat dan sia-sia. Ibubapa hendaklah juga memberikan pendidikan agama dan menerapkan pembentukan akhlak yang mulia kedalam jiwa anak-anak. Anak-anak yang dididik dengan ajaran islam akan dapat memelihara diri mereka dari melakukan perkara yang berdosa dan melanggar hukum islam.

Selain itu ibubapa juga perlu tegas mendidik anak-anak untuk menggunakan

5

Page 6: BAHAN BAHAS 2014

internet bagi tujuan yang baik dan bermanfaat sahaja, mengatur masa dengan bijak kerana tidak dinafikan mereka mudah terlalai dan leka ketika melayariinternet sehingga tidak perasan bahawa mereka telah melayari internet hingga berjam-jam lamanya. Bagi anak-anak yang masih bersekolah sudah tentuperbuatan tersebut akan menjejaskan prestasi akademik kerana akibat leka melayari internet boleh menjejaskan masa anak-anak untuk belajar bahkan juga boleh menyebabkan kesihatan anak-anak terganggu. Tidak dinafikan juga terdapat anak-anak yang lebih gemar menghabiskan masa untuk melayari internet berbanding melakukan aktiviti fixikal diluar rumah seperti bersukan, memancing dan sebagainya. Perbuatan tersebut kurang sihat bagi pertumbuhan fizikal dan mental anak.

Muslimin yang dirahmati Allah,Kita hidup dizaman ini merasa kagum dengan perkembangan internet sehingga maklumat dan komunikasi dapat dilakukan dengan mudah, cepat dan jimat. Namun kita perlu sedar juga bahawa perkembangan tersebut turut membawa perubahan kepada hidup kita, seperti cara bersosial, berkomunikasi dan sebagainya. Selain itu kita hendaklah juga sentiasa berwaspada dan berhati-hati terhadap pihak yang sentiasa cuba untuk merosakkan akhlak dan minda serta akidah umat islam. Kita sebagai ibubapa, penjaga, guru dan masyarakatwajib melindungi kanak-kanak dengan sentiasa memberi bimbingan dan nasihat kepada mereka akan etika ketika melayari internet. Akhirnya marilah kita berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga kita dan ahli keluarga semua mendapat taufik dan perlindungan dari Allah Subhanahu Wata'ala serta negara kita beroleh sejahtera dan keamanan. Amin Yarrabal Alamin.

Surah At-Tahrim ayat 2, tafsirnya:Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarnya: Manusia dan batu berhala: Neraka itudijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar layanannya: Mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan

Malaysia Sebagai Negara Maju Sepenuhnya - Satu Takrif

Menjelang tahun 2020, Malaysia dapat menjadi negara bersatu, dengan masyarakat Malaysiayang yakin, mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh, hidup dalam masyarakat yangdemokratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang, adil dari segi pengagihan ekonomi,progresif dan makmur, dan mempunyai penguasaan sepenuhnya terhadap ekonomi yangbersaing, dinamik, cergas dan kental.

Tidak akan wujud Malaysia yang maju sepenuhnya sehingga kita akhirnya dapat mengatasisembilan cabaran strategik yang kita hadapi sejak kelahiran kita sebagai sebuah negaramerdeka. 

6

Page 7: BAHAN BAHAS 2014

Cabaran pertama ialah mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yangdikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayahdan kaum, hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuh- nya secara adil, dan terdiridaripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepadanegara.

Yang kedua ialah cabaran untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteramdan maju, dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, denganapa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia inimesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar akan semuapotensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain.

Cabaran ketiga yang sering kita hadapi ialah usaha mewujudkan dan membangunkanmasyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yangmempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepadabeberapa banyak negara membangun. 10. Keempat ialah cabaran untuk mewujudkan masyarakatyang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dankerohanian dan didokong oleh nilai etika paling tinggi.

Cabaran kelima yang selalu kita alami adalah untuk mewujudkan masyarakat liberal danbertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaandan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepadasatu negara.

Keenam ialah cabaran untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakatyang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahajamenjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologimasa depan.

Cabaran ketujuh untuk mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitusistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikaninsan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistemkeluarga yang kukuh. 

Kelapan ialah cabaran untuk memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Inimerupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dansaksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembanganekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaumberdasarkan fungsi ekonomi, dan pengenalan kemunduran ekonomi berdasarkan kaum.

Cabaran kesembilan ialah cabaran untuk mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyaiekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.

Kita sudah lama berusaha ke arah mencapai matlamat berkenaan. Kesembilan matlamat utamayang dinyatakan ini tidak semestinya menjadi urutan keutamaan kita untuk tiga dekad akandatang. Tentunya keutamaan dalam satu-satu masa mesti memenuhi keadaan khusus pada masaberkenaan. 

Tetapi tentulah memeranjatkan jika cabaran strategik pertama yang saya sebutkan -mewujudkan negara Malaysia bersatu - tidak akan menjadi keutamaan yang paling asas,paling pokok.

7

Page 8: BAHAN BAHAS 2014

Oleh sebab apa yang akan saya katakan pada pagi ini banyak tertumpu pada pembangunanekonomi, izinkan saya tekankan sekali lagi bahawa pembangunan sepenuhnya ke arahmasyarakat maju yang kita cita-citakan - walau macam mana setiap kita mahumentafsirkannya - tidak boleh dimaksudkan pada kemajuan kebendaan dan ekonomi sahaja.Pembangunan ekonomi tidak seharusnya menjadi satu-satunya matlamat paling utama untukmemenuhi keperluan negara kita.

Oleh sebab Majlis ini perlu menumpukan perhatian pada isu pembangunan ekonomi dankeadilan sosial ekonomi, yang bagi negara ini perlu diusahakan bersama-sama untuk masadepan yang lebih cerah, izinkan saya jelaskan tanggapan mengenai cabaran strategik utamayang berkaitan dengan dua matlamat penting ini.

Pada ketika ini, lebih baik kita jelaskan dengan lebih terperinci matlamat mewujudkankeadilan ekonomi dalam masyarakat.

Daripada serampang dua mata Dasar Ekonomi Baru (DEB), tiada sesiapa pun yang menentangpembasmian kemiskinan geografi. Semua tinggal di kawasan di selatan, utara, timur ataubarat, mesti dinaikkan daripada garis kemiskinan mutlak.

Negara ini mesti mampu menyediakan cukup makanan diatas meja supaya tidak ada seorangpun rakyat Malaysia yang mengalami masalah kekurangan zat makanan yang teruk. Kita mestimenyediakan secukupnya keperluan asas seperti tempat tinggal, hak mendapat kemudahankesihatan, dan semua keperluan asas yang lain. Malaysia yang maju perlu mempunyai kelasmenengah yang besar dan bertenaga dan menyediakan peluang secukupnya untuk mereka diperingkat bawahan keluar daripada belenggu kemiskinan relatif.

Mata serampang kedua, iaitu memansuhkan pengenalan kaum berasaskan fungsi ekonomi utama,juga diterima umum walaupun ada yang beranggapan bahawa ia boleh dicapai tanpa mengubahsebarang kedudukan. Jika kita ingin membina masyarakat adil, kita mesti menerimabeberapa tindakan tegas Ini bermakna dalam pelbagai sektor pekerjaan yang penting,campuran pelbagai kaum yang mewujudkan negara Malaysia patutlah ada. Melalui usaha yangsah, kita mesti memastikan imbangan yang adil dalam profesion dan semua kategoripekerjaan utama. Sudah tentu kita juga mesti menekankan mutu dan kebolehan. Tetapi kitamesti memastikan pembangunan sihat masyarakat Bumiputera yang mampu dan gigih dalambidang perdagangan dan perindustrian.

Malaysia maju tidak harus mempunyai masyarakat yang mengaitkan kemunduran ekonomi dengankaum. Ini membawa makna kesamarataan pendapatan individu, iaitu keadaan semua rakyatMalaysia mempunyai pendapatan yang sama. Ini mustahil individu, melalui kita, kita semuaakan mempunyai nilai ekonomi yang berlainan, dan akan menerima Kesamarataan dalampendapatan diperjuangkan oleh fahaman sahaja mustahil tetapi tidak ada ia satu formulauntuk kehancuran. 

Tetapi saya yakin bahawa merapatkan jurang pendapatan kaum, melalui persamaanperkhidmatan sosial dan infrastruktur yang lebih dekat, melalui pembangunan budayaekonomi yang sesuai dan melalui pembangunan sumber manusia sepenuhnya, adalah perlu danmemang dikehendaki. Kita mesti menanam cita-cita menjelang tahun 2020 hendak mencapaitahap tidak seorang pun dapat mengatakan kumpulan kaum tertentu pada asasnya mundur darisegi ekonomi manakala satu kaum lagi maju. Keadaan seperti itulah yang mesti kitausahakan - secara lancar, berkesan, dengan adil dan penuh dedikasi.

8

Page 9: BAHAN BAHAS 2014

"Perkongsian penuh dalam kemajuan ekonomi" tidak bermaksud perkongsian penuh dalamkemiskinan. Ia mestilah bermaksud imbangan adil dari segi penyertaan dan sumbangan semuakaum - termasuk Bumiputera Sabah dan Sarawak - dalam sektor ekonomi kita yang cepatmembangun dan moden. Ia mestilah bermaksud agihan yang adil dari segi kawalan,pengurusan dan hakmilik ekonomi moden.

Untuk mencapai matlamat keadilan ekonomi dalam masyarakat, kita mesti meningkatkanprogram kita untuk pembangunan sumber manusia dengan pesatnya. Memang ada keperluanuntuk menjamin kewujudan masyarakat Bumiputera yang mampu supaya setaraf denganmasyarakat bukan Bumiputera. Memang ada keperluan untuk revolusi mental dan perubahanbudaya. Semua tugas untuk memajukan diri perlu kita lakukan sendiri. Dalam usahamemperbetul ketidakseimbangan ekonomi, perlu wujud penekanan penuh untuk mencapaikemajuan dengan segera serta hasil yang produktif - pada kos paling rendah dari segiekonomi dan masyarakat.

Untuk mewujudkan masyarakat makmur, kita boleh menetapkan beberapa banyak matlamat yangberasaskan aspirasi. Saya yakin bahawa kita harus menetapkan matlamat yang munasabah(sebagai lawan kepada matlamat beraspirasi) untuk menggandakan Keluaran Dalam NegaraKasar (KDNK) sebenar kita setiap 10 tahun antara 1990 dan 2020. Jika kita lakukan ini,KDNK kita akan menjadi lapan kali lebih besar menjelang tahun 2020 berbanding 1990. KDNKkita pada 1990 ialah $115 bilion. KDNK kita pada 2020 patut menjadi kira-kira $920bilion dalam nilai sebenar (ringgit pada 1990).

Pertumbuhan pesat ini memerlukan pertumbuhan pada kadar purata kira-kira tujuh peratus(dalam nilai sebenar) setahun untuk 30 tahun akan datang. Diakui bahawa ini anggaranmenetapkan matlamat yang tinggi diri kita untuk gigih berusaha.

Kita mesti waspada akan 'keasyikan pertumbuhan', iaitu bahaya mengejar angka pertumbuhanyang ditetapkan tanpa menghirau iltizam yang perlu untuk menjamin kestabilan, mengawalkadar inflasi supaya sentiasa rendah,menjamin kadar pengekalan, membangunkan mutu hidupkita dan taraf hidup, dan pencapaian matlamat sosial lain. Ini akan menjadi usaha yangsukar dengan pelbagai kejayaan dan kegagalan. Tetapi saya yakin ini dapat dilakukan.

Pada 1960-an, pertumbuhan kita adalah pada kadar purata 5.1 peratus setahun; pada 1970-an, dekad pertama DEB, pertumbuhan Malaysia adalah pada kadar purata 7.8 peratus; pada1980-an kerana tahun-tahun kemelesetan, pertumbuhan kita ialah pada kadar purata 5.9pcratus setahun.

Jika kita mengambil 30 tahun lalu KDNK kita meningkat setiap tahun dalam nilai sebenarpada kadar purata 6.3 peratus setahun. Jika kita mengambil 20 tahun lalu, pertumbuhankita adalah pada kadar purata 6.9 peratus setahun. Yang diperlukan ialah tambahanpertumbuhan sebanyak 0.1 peratus. Sudah pasti jika kita berusaha sepenuhnya, Insya-Allah0.1 peratus ini dapat dicapai.

Jika kita berjaya, dan diandaikan kadar pertumbuhan penduduk tahunan ialah 2.5 peratus,menjelang tahun 2020, rakyat Malaysia akan kaya empat kali ganda (dalam nilai sebenar)berbanding 1990. Itulah ukuran masyarakat makmur yang kita inginkan dan harap dapatmencapainya. 

Perkara kedua dalam matlamat ekonomi kita ialah usaha menjamin kewujudan ekonomi yangbersaing. Ekonomi sedemikian patut dapat bertahan bagi tempoh yang lebih lama, bersifatdinamik, giat dan kental. Ia mesti membawa maksud, antara lainnya: Ekonomi yang pelbagai

9

Page 10: BAHAN BAHAS 2014

dan seimbang dengan sektor perindustrian yang matang dan luas asasnya, sektor pertanlanyang matang dan maju dan sektor perkhidmatan yang berkesan, produktif serta matang;Ekonomi yang cepat bertindak, pantas menyesuaikan n persaingan; Ekonomi yang mempunyaiteknologi yang cekap, mampu sepenuhnya disesuaikan, diubahsuai dan dicipta, ekonomi yangsemakin berpusat pada teknologi, bergerak kearah aras teknologi yang semakin tinggi;Ekonomi yang mempunyai hubungan perindustrian yang kukuh dan saling berkaitan dengankeseluruhan sistem; Ekonomi yang digerakkan oleh kuasa pemikiran, kemahiran danketekunan dalam menguasai kekayaan maklumat,dengan pengetahuan mengenai apa yang perludilakukan dan bagaimana melakukannya; Ekonomi yang mempunyai daya pengeluaran tinggi danterus meningkat dalam hubungannya dengan semua faktor pengeluaran; Ekonomi keusahawananyang berdikari, berpandangan luas, bersifat cergas dan berdaya usaha; Ekonomi yangdikekalkan dengan etika kerja contoh, kesedaran terhadap mutu dan usaha ke arahkecemerlangan; Ekonomi yang ditentukan sifatnya dengan kadar inflasi dan kos sara hidupyang rendah; dan Ekonomi yang dikuasai oleh disiplin dan kawalan

Ramai antara kita dalam Majlis ini tidak akan berada di sana pada pagi 1 Januari 2020.Tidak ramai, rasa saya. Beban memastikan satu generasi dari sekarang, sudah pasti akandilakukan oleh pemimpin yang kita. Tetapi kita mesti ankan tugas kita untuk yang kitamahukan. Dan marilah kita letakkan batu asas untuk mereka meneruskan pembinaannya.

PERANAN REMAJA DALAM MEMBANGUNKAN NEGARA

Lebih separuh abad kita menghela nafas kemerdekaan, namun remajayang merupakan bakal tunjangnegara masih terbelenggu oleh pelbagaikemelut sosial. Ternyata mentaliti remaja di negara kita belum lagimengalami anjakan paradigma selaras dengan arus pembangunan negarakita. Menurut kata mutiara sarjana, “Jika ingin melihat masa hadapansesebuah negara, lihatlah remajanya pada hari ini.” Presiden Soekarno pernahmengungkap, “Berikan saya 10 orang belia waja, nescaya akan saya gegarkandunia.” Ternyatalah di sini bahawa remaja yang berkualiti dapatmemperkasakan kegemilangan nusa dan bangsa. Oleh itu, setiap remajaperlu memainkan peranan mereka dengan penuh tanggungjawab untukmerencanakan pembangunan negara.

     Peranan signifikan remaja ialah mereka perlu belajarbersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan dari aspek akademik.Kecemerlangan akademik merupakan salah satu elemenyang maslahat untuk melahirkan remaja yang berkualiti demikepentingan negara. Intelek merupakan faktor perdana untuk menjanakecemerlangan tamadun bangsa. Sehubungan dengan itu, remaja kitaperlu proaktif menimba ilmu bukan sahaja di dalam kelas tetapi jugamenuntut segala pengetahuan, terutamanya ilmu Sains dan Matematikmelalui pelbagai wahana, seperti membaca buku, melayari lebuh rayamaklumat di dunia maya dan sebagainya. Ketekunan dan inisiatifmerupakan prasyarat untuk mencapai kecemerlangan akademik dan akanmenjauhi gelaran katak di bawah tempurung. Remaja juga tidak harus

10

Page 11: BAHAN BAHAS 2014

terbuai dalam dunia yang mengalpakan, iaitu terlalu khusyuk dalamdunia hiburan atau mengamalkan hedonisme. Ingatlah peribahasa, ikuthati mati, ikut rasa binasa. Tegasnya, tanpa remaja yang bijak pandai makapembangunan negara akan terbantut. 

     Walau bagaimanapun, kecemerlangan akademik semata-mata tidakdapat menjamin pembangunan negara jika remaja kita tidak memilikikesihatan fizikal dan mental. Remaja yang ingin membangunkan negaeaperlu memiliki kekuatan fizikal dan mental untuk menempuhi segalakekangan. Pada alaf baharu yang penuh dengan kompetitif, remaja kitaperlu memiliki kecergasan fizikal dan bersemangat waja diri tanpamengenal istilah putus asa supaya dapat berdiri sama tinggi, duduk samarendah dengan remaja di negara maju. Untuk mencapai kesihatanfizikal dan mental, remaja kita patut mengamalkan pemakananseimbang, menjaga kebersihan diri dan persekitaran, bersenam,bersukan, beriadah dan tidak terlibat dalam pelbagai angkara sosialseperti minum arak, merokok, kegiatan maksiat, najis dadah dan lain-lain lagi kerana terlajak perahu boleh diundur, terlajak laku buruk padahnya.Remaja kita harus sedar bahawa kesihatan merupakan aset yang tidakternilai. Tanpa kesihatan, segala-galanya tidak lagi membawa makna.Hal ini sangat bertepatan dengan slogan rakyat sihat, negara maju. Jadi,remaja yang sihat dan mempunyai jati diri yang mapan baru dapatmelaksanakan pembangunan negara.

     Selain itu, remaja juga mestilah memiliki etika ataupersonaliti yang luhur. Remaja kita harus disuntikkan ajaran agamadan nilai moral sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah darirebungnya. Lantaran itu, ibu bapa dan pihak sekolah memainkanperanan yang penting untuk mendidik remaja menjadi modal insan kelaspertama yang berakhlak mulia dan berjati diri unggul. Selainmenitikberatkan ajaran agama dan pendidikan moral, remaja kita harusdibimbing supaya melakukan kerja amal dan memberikan khidmat sosial,misalnya bergotong-royong, menziarahi rumah kebajikan orang-orangtua dan kanak-kanak yatim, mengutip derma untuk membantu mangsabencana alam serta terlibat dalam pelbagai aktiviti sukarela. Remajayang dangkal imannya sudah pasti akan terjerumus ke dalam kebejatansosial. Dengan kata lain, remaja berkepemimpinan harus bersahsiahmulia, berinsaniah, berbudi bahasa dan berkasih sayang agar dapatmelahirkan negara yang maju sama ada secara luarannya dan dalamannyapada suatu hari nanti.

     Seperkara lagi, remaja jugaperlu kreatif dan inovatif untuk memacu pembangunan negara yanggemilang. Hal ini terjadi demikian kerana hanya mereka yang sentiasaberani berkreatif dan mempelopori bidang yang baharudapat mengecapi kejayaan yang terbilang. Dalam industri teknologikomunikasi dan maklumat (ICT), umat yang gigih dan berani mencuba

11

Page 12: BAHAN BAHAS 2014

sesuatu yang baharu akan menikmati buah kejayaan yang manis.Rentetan daripada itu, remaja kita harus dilatih supaya beraniberimaginasi dan berkhayal tetapi disusuli dengan aplikasi yangteratur. Ibu bapa harus memberikan sokongan yang padu dan galakanyang tidak terhingga jika anak mereka melontarkan impian mereka.Namun demikian, impian itu bukan rekaan Mat Jenin yang tidak berasastetapi perlu disokong dengan praktikalnya. Dalam konteks ini,penglibatan remaja dalam pelbagai bidang sama ada kebudayaan, sukan,kepimpinan atau keusahawanan berupaya menjanakan kreativiti daninovasi remaja. Pendek kata, pembangunan negara akan tercapai jikanegara kita mempunyai barisan pelapis negara yang kreatif daninovatif.

     Akhir sekali, remaja juga dapat memainkan peranan merekauntuk membangunkan negara dengan memiliki sikap keterbukaan. Hal inikerana apabila golongan ini mempunyai sifat sedemikian, merekalazimnya dapat menerima teguran dan pandangan orang lain. Dalam nadayang serupa, remaja seumpama ini dapat memberi kesan kepada negarakita. Mereka dapat menjamin kestabilan politik, ekonomi dan sosialnegara. Mereka akan menjadipendukung untuk mencapai perpaduan negaraatau integrasi nasional demi mewujudkan kesejahteraan sosial. Merekasentiasa mengamalkan sikap toleransi dan bertolak ansur untukmencapai misi dan visi negara iaitu semua rakyat perlu bersatu padudi bawah satu bumbung yakni, satu bangsa satu bahasa dan satunegara. Maka, sifat keterbukaan remaja sudah pasti dapat memudahkanmereka menjadi pemimpin yang mampu membangunkan negaranya denganpenuh komited dengan dipayungi perpaduan antara rakyatnya.

   Intihanya, semua remaja mempunyai tanggungjawab dan obligasimasing-masing untuk menjana pembangunan negara kerana pemuda harapanbangsa, pemudi tiang negara. Remaja sebagai tunjang yang bakal menerajuikepimpinan negara kita haruslah merdeka daripada belenggu angkarasosial. Hanya remaja yang berkualiti akanmemangkinkan kecemerlangannegara. Jika remaja kita tidak diasuh, dibimbing dan dididikdengan kamil, tidak mustahil segala aspirasi negara hanya sekadarimaginasi semata-mata dan tidak dapat menjadi realiti. Oleh itu,remaja kita perlu terjaga daripada lena dan keasyikan sertamelengkapkan diri dengan ciri-ciri yang mulia supaya dapatmenempatkan diri sebagai modal insan yang cemerlang, gemilang danterbilang. Semoga negara kita dapat berdiri dengan gah di pentasantarabangsa bergandingan dengan negara maju yang lain dan terkenaldi seantero dunia.

KESAN CABARAN DUNIA SIBER DLM PEMBENTUKAN AKHLAK MASYARAKAT

12

Page 13: BAHAN BAHAS 2014

PENDAHULUANEra globalisasi dunia mencetuskan banyak perubahan dalam menghayati kehidupan selepas arus paskal permodenan. Perubahan terhadap gaya hidup berorientasikan teknologi dan kemajuan maklumat memberikan kesan dan menjadi cabaran terhadap nilai, budaya, pemikiran dan corak hidup yang bersendikan adat, tatasusila ketimuran dan penghayatan agama. Perubahan dunia masa kini amat pantas hasil ledakan teknologi maklumat. Setiap hari pelbagai hasil ciptaan baru dari inovasi teknologi. Teknologi danmaklumat telah berjaya menghapuskan batasan sempadan sesebuah negara. Malahan ia berjaya merubah bentuk pemikiran, ideologi, budaya dan berbagai elemen luar memasuki ruang negara lain tanpa sekatan dan kawalan. John Naisbitt (1990) meramalkan bahawa salahsatu daripada sepuluh kecenderungan manusia di awal abad kedua puluh satu ialah maklumat. Maklumat sangat berharga dalam dunia globalisasi hingga ia menadi penentu dan penggerak kepada masa depan. Kertas kerja ini mengupas isu di mana ledakan teknologi membawa cabaran dan impak yang kuat terhadap pegangan dan penghayatan nilai-nilai murni agama serta akhlak masyarakat dan pengaruh negatif yang merubah minda serta gaya hidup insan. Ia menghakis dan mengubah paradigma tauhid, syariah dan akhlak muliasehingga mengikis nilai-nilai keinsanan. Jesteru itu, suatu pendekatan dan tindakan yang menggunakan metodologi Islam perlu dilaksanakan bagi tujuan mengwal, mendidik dan menjamin agar pengaruh buruk ICT tidak menjadi barah kepada penyakit sosial yang sedia ada. Pendekatan Islam dikemukakan bagi tujuan mendidikdan mengawal individu daripada hanyut dan lemas dalam dunia tanpasempadan.[1]Kertas kerja saya dalam tugasan ini akan menerangkan sedikit sebanyak tentang cabaran dan kesan dunia siber dalam perkembanganakhlak masyarakat. Ia dilihat dari aspek kesan dan cabaran itu sendiri kepada golongan masyarakat. Setiap sesuatu itu ada pro dan kontranya dan tulisan kali ini akan menerangakn dari sudut kedua-dua aspek.

DEFINISIKesan menurut Tesaurus adalah efek, akibat, padah dan ekoran. Manakala menurut Kamus Dewan pula ialah yang turut terdapat (timbul, digunakan) selain yang asas atau yang utama – masalah kecil dan yang boleh diselesaikan – hasil-hasil yang turut diperoleh daripada usaha untuk menghasilkan sesuatu, hasil lain

13

Page 14: BAHAN BAHAS 2014

di samping hasil yang utama – kesan-kesan lain di samping kesan yang utama.[2]Cabaran menurut Kamus Dewan ialah hasil mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan) – ajakan (untuk berlawan ) – sesuatu (unsur, faktor) yang mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi).[3]Siber menurut Kamus Dewan adalah sesuatu yang berkaitan dengan komputer dan internet.[4] Internet ibarat pasar raksasa yang menemukan pembeli dengan penjual dalam ruang.Pembangunan menurut Kamus Dewan ialah perihal membangun, proses membangun (mencapai kemajuan, perkembangan) usaha atau kegiatan membangunkan (memajukan dan mengembangkan).[5]Akhlak menurut Ibn Miskawayh ialah sesuatu situasi yang terbentukdalam diri seseorang manusia dan ia berfungsi sebagai kuasa eksekutif yang mengarah orang tersebut melakukan semua perbuatannya.[6]Masyarakat ialah sekumpulan orang yg hidup bersama di sesuatu tempat dengan cara-cara dan peraturan-peraturan tertentu.[7]Istilah dunia siber atau ‘cyberworld’ pertama kali digunakan oleh William Gibson seorang penulis sains fiksyen dalam bukunya yang bertajuk Neuromancer( 1984), yang mana beliau gambarkan sebagai “suatu istilah tekno dan menggugat perasaan tetapi pada dasarnya tidak bermakna, yang berfungsi sebagai kata laluan untuk semua idea sibernatiknya.” Kini, isitilah ini menjadi suatu perkataan yang sangat biasa dan digunakan dengan meluas untuk menggambarkansegala sesuatu berkaitan dengan komputer, teknologi maklumat, internet dan pelbagai budaya internet. Secara mudahnya, ia merujuk kepada dunia atas talian, iaitu suatu tempat yang benar-benar wujud, walaupun sebagai media komunikasi berbanding suatu galaksi lain.[8]Secara tulisannya, definisi tajuk kertas kerja ini ialah melihat sejauh mana kesan dan cabaran yang dihadapi oleh kelompok masyarakat dalam menongkah arus kemodenan dunia komputer dan internet yang mana terdapat kesan positif dan juga negatif.  Dalam kertas kerja ini, penulisan lebih melihat kepada dunia siber dari segi pengunaan teknologi dan Information CommunicationTechnology (ICT).

CABARAN DAN KESAN DUNIA SIBER DALAM PEMBENTUKAN MASYARAKATJika dilihat dari sudut yang negatif, banyak cabaran yang perlu ditempuhi oleh golongan remaja terutamanya isu yang berkaitan

14

Page 15: BAHAN BAHAS 2014

dengan gejala sosial yang melibatkan penggunaan siber. Lebih-lebih lagi dengan perkembangan arus semasa, kebanyakan golongan remaja menggunakan siber untuk menjalinkan hubungan sosial seperti menerusi laman web Facebook, Twitter, Friendsterdan lain-lain lagi yang menawarkan pelbagai tawaran serta perkhidmatan yang menarik dan menyeronokkan yang sememangnya menarik minat para remaja untuk menyertainya. Sememangnya, tidak dapat dinafikan bahawa laman web sosial sebegin mempunyai banyak kebaikan dan kelebihan seperti dapat berhubung serta membincangkan isu-isu terkini melalui ruangan siber, namun begitujuga keburukannya kerana penggunaannya adalah tanpa kawalan. Laman-laman web sebegini juga menjadi tumpuan para penjenayah yang mahu menjadi remaja sebagai mangsa mereka. Terdapat juga para remaja mungkin tidak menyedari keperluan untuk menjaga maklumat peribadi mereka, ataupun gambar-gambar peribadi mereka daripada jatuh ke tangan pihak yang tidak dikenali dan sekaligus menjadi mangsa penjenayah-penjenayah dunia siber seperti terlibatdalam dunia pornografi, pelacuran, seks bebas, penculikan dan pemerdagangan manusia.Antara cabaran-cabaran yang terdapat dalam dunia siber adalah antaranya :

a)      Kesahihan maklumat.Berpandukan kepada dalil Naqli iaitu ayat al-Quran Allah berfirman yang bermaksud :

“Sekiranya datang kepadamu orang yang fasik(jahat) membawaberita maka hendaklah

kamu berwaspada(berhati-hati) akan kebenarannya”.[9]Maklumat yang tepat dan benar kesahihannya adalah penting bagi menjamin tidak berlaku penyelewengan dan kepalsuan fakta. Terutama sekali dalam soal ilmu keagamaan yang perlu dipastikan kebenarannya. Pihak yang tidak bertanggungjawab sentiasa mencari jalan bagi menyeleweng dan melakukan dusta bagi tujuan menyesatkan orang lain. Hal ini memberi cabaran terhadap proses tradisonal dalam mendapatkan maklumat yang sahih. Misalnya denganhanya merujuk kepada bahan dari internet seperti al-Quran kemungkinan berlaku kesalahan fakta seperti ayat dari versi Israeliyat. Oleh itu seseorang perlu merujuk kepada simber asal bagi mengesahkan maklumat dan mengelakkan kekeliruan. Kesan yang nyata dari amalan ini ialah ramai pencari maklumat mudah

15

Page 16: BAHAN BAHAS 2014

mempercayai bahan yang diperolehi dari internet. Rujukan maklumatsemata-mata kepada internet tanpa pengesahan akan menimbulkan masalah tentang kebenaran fakta sesuatu maklumat.

b)     Pelayaran Web Negatif.Minat dan kesukaan melawati laman-laman web yang tidak bermoral dan tidak berfaedahmemberi kesan negatif dalam perkembangan mindadan fizikal manusia. Ketagihan terhadap laman web negatif mencetuskan kerosakan maruah, nilai keperibadian, dorongan terhadap jenayah seksualiti, masalah perundangan, perhubungan interpersonal dan pembaziran wang serta masa.Kewujudan laman web lucah yang mudah diakses oleh sesiapa sahaja termasuk anak-anak sekolah, remaja dan golongan dewasa memberi kesan negatif terhadap perubahan nilai dan gaya hidup mereka. Larangan agama terhadap perlakuan yang boleh menghampiri zina tidak mampu menyekat remaja dan golongan dewasa daripada menghindari perbuatan tercela. Sebagaimana firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud

“Jangan kamu hampiri perbuatan Zina kerana ia adalah amalanyang sangat keji ‘.[10]

Ketagihan internet ini tertumpu kepada cybersex addiction dan comulsive gambling. Material berkaitan sex begitu mudah dan tersiar di internet dengan pelbagai dimensi dan ilustrasi pornografi dan chatroom yang membicarakan unsur-unsur seksual Kewujudan berbagai bentuk laman web negatif telah mencabar nilai dan gaya hidup insaniah sebagaimana yang diajar oleh Islam. Pendidikan Islam jelas mencegah umat dari terlibat dalam kegiatantidak bermoral. Pendidikan akhlak menurut Islam ialah pembentukanjiwa dan peribadi muslim yang mampu menjaga dan menjauhi amalanamalan buruk termasuk melayari laman web lucah. Impak kepada gejala ini maka merebaklah bermacam penyakit sosial akibatketagihan seks seperti perzinaan, pelacuran, penularan HIV/AIDS, Homoseksual dan Lesbian, penyakit kelamin, curang dalam hubungan dan melakukan seks sebelum kahwin di kalangan remaja. Menurut laporan akhbar dan kajian oleh penyelidik Universiti Malaya pada tahun 2005 ramai remaja sudah melakukan hubungan seks dalam menjalinkan perhubungan mereka. Malahan ada yang merakamkan untuksimpanan peribadi dan disebar untuk umum melalui internet dan telefon peribadi menggunakan teknologi 3G.

16

Page 17: BAHAN BAHAS 2014

Berdasarkan kajian Kementerian Kesihatan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Universiti Malaya dan sebuah syarikat swasta pada tahun lalu mendapati 13 peratus remaja berusia 15 hingga 21 tahun pernah mengadakan hubungan seks sebelum.Kajian itu mendapati 76 peratus daripada respondennya remaja lelaki manakala 61 peratus membabitkan remaja perempuan.[11]Dalam kajian lain Kementerian Kesihatan terhadap remaja bersekolah berumur 13 hingga 18 tahun mendapati 1.8 peratus daripadanya mengaku pernah terbabit dalam aktiviti seks. Walaupunisu seks bebas remaja membabitkan kedua-dua jantina lelaki dan perempuan, permasalah lebih besar sering melingkungi kaum hawa.

c)      Penyebaran Fitnah dan GossipKemudahan melalui ICT sering disalahgunakan untuk kepentingan peribadi. Gejala utama yang selalu dikaitkan dengan teknologi ICTialah penyebaran fitnah dan gossip oleh satu pihak bagi tujuan memburukkan, memalukan atau menjatuhkan pihak lain. Fitnah disebar menggunakan laman web internet, sms, mms dan media lain terutama di musim pilihanraya. Hal ini mencabar etika dan tatasusila hidup bermasyarakat dan bernegara. Menurut ajaran Islam, penyebaran fitnah adalah satu jenayah yang sangat besar. Fitnah memberi kesan terhadap maruah dan kedudukan seseorang individu serta keluarganya. Firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud:

“Fitnah itu lebih merbahaya dari membunuh”[12]d)     Permasalahan RemajaMinat remaja terhadap ICT terutama teknologi internet dan alat komunikasi mendorong mereka menghabiskan masa di cyber café ,internet café dan telefon tangan. Program seperti chatting,permainan video, sms, mms, 3G dan berbagai aktiviti melaluinya membawa kesan dan cabaran tersendiri. Kegilaan anak remaja ini memberi cabaran kepada ibubapa mereka. Ramai pelajar yang pontengsekolah, menyalahgunakan wang saku, meminjam wang teman bahkan ada yang sanggup menipu dan mencuri. Setiap ibubapa adalah pemimpin kepada anak-anak mereka.

Menurut ajaran Islam setiap pemimpin bertanggungjawab terhadap pengikut mereka. Kawalan dan penjagaan yang berterusan perlu bagimenjamin anak-anak tidak terlibat dalam kancah gejala sosial. Halini mencabar pengurusan sekolah, pihak berkuasa dan orangramai

17

Page 18: BAHAN BAHAS 2014

terhadap masalah pelajar yang mengunjungi pusat internet di waktupersekolahan dan selepas persekolahan. Kesannya ialah pembaziran masa kerana terlalu lama di cyber cafe, tidak ada kawalan keluarga dan berkembangbiaknya masalah serta gejala sosial di kalangan remaja. Hal ini menyebabkan kerajaan terpaksa bertindak mengawal aktiviti kunjungan remaja ke pusat-pusat internet.

e)      Aktiviti PerjudianPihak berkuasa tempatan, polis dan agensi yang terlibat mendapatiberlakunya penyalahgunaan pusat internet sebagai pusat judi. Permainan video yang berorientasikan judi mendapat perhatian di kalangan orang dewasa dan anak-anak remaja. Kegiatan perjudian mencabar nilai hidup Islam yang jelas mengharamkan judi. Firman Allah dalam al-Quran bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi,menenun nasib dan menyembah berhala adalah kotor dari amalan

syaitan . Oleh itu hendaklah kamu jauhi mudahan kamu berjaya”[13]f)       Perubahan Gaya Hidup dan Pencemaran BahasaPerpatah Melayu ada menyebut:

“Yang Kurik Itu Kendi, Yang Merah Itu Saga”

“Yang Elok Itu Budi, Yang Indah Itu Bahasa”

Pengaruh ICT yang menular dalam kehidupan moden hari ini jelas telah berjaya merubah paradigma sosiobudaya dan bahasa komunikasi. Penjajahan budaya hidup Barat dalam aspek pakaian, makanan, minuman, tingkahlaku, hiburan telah menukar jati diri manusia. Pakaian tradisonal setiap kaum dan bangsa hanya menjadi pakaian rasmi acara atau perayaan. Ia tidak lagi menjadi pakaian harian yang dibanggakan. Makanan seperti kuih tradisional bertukar dengan makanan impot dengan pelbagai jenama terkenal di dunia. Seperkara yang menarik dalam isu ICT ialah berlakunya tanpa disedari iaitu kerosakan bahasa. Bahasa sms dan chatting memerlukan tulisan yang ringkas dan mudah. Kesannya terbawa sehingga banyak pihak menerima pakai dalam komunikasi harian mereka terutama di kalangan anak remaja. Misalnya perkataan Assalamualaikum sudah diringkaskan dengan berbagai cara seperti Asm.,Akum, Aslam dan Salam mulai tersebar penggunaannya. Perkataan ini jelas tidak tepat dari susunan ejaan, kata-kata dan

18

Page 19: BAHAN BAHAS 2014

maknanya sendiri. Ianya jelas merosakkan penggunaan istilah, perkataan dan bahasa itu sendiri.

Dalam tugasan kertas kerja yang ringkas ini adalah tidak mungkin penulis dapat menghuraikan keseluruhan cabaran-cabaran dan isu-isu yang berkaitan dengan pengaruh dan penggunaan siber dalam proses modenisasi masyarakat Malaysia. penulis akan memfokuskan perbincangan kepada beberapa isu berkaitan dengan generasi muda dan beberapa contoh salah guna ICT. Di antara perkara yang akan disentuh adalah melayari sumber-sumber/cerita-cerita atau gambar-gambar yang tidak bermoral; berhubung rapat dengan orang yang tidak dikenali secara terbuka dan penuh percaya dan; terlibat atau melibatkan dengan penipuan-penipuan berbentuk kewangan secara terlindung.

Sebagai contoh yang pertama, melayari sumber-sumber/cerita-ceritaatau gambar-gambar yang tidak bermoral. Perkara ini nampak seolah-olah satu perkara kecil, tetapi mempunyai kesan yang besarkepada psikolgi dan tindak-tanduk remaja. Akibat daripada sistem pemakanan dan taraf hidup di Malaysia, (khususnya di kawasan Bandar) umumnya seseorang yang berumur 13 tahun ke atas telah mempunyai tahap kematangan biologi yang mencukupi untuk menjadi seorang ibu atau bapa. Bermakna seseorang perempuan itu telah mampu mengandung dan melahirkan bayi, (telah timbul keinginan sex) tetapi dari segi sosial (dan keperluan sosial dan ekonominya) seseorang itu dalam konteks masyarakat Malaysia kini dia masih belum mampu. Dia masih memerlukan masa di antara 8-10 tahun lagi bagi menamatkan pengajian, mendapatkan pekerjaan yang sesuai (terjamin kewanganya) dan kemudiannya mendirikan keluarga.Dengan melayari gambar-gambar dan cerita-cerita seks (atau berunsur seks) ini boleh meningkatkan ransangan dan keinginan melakukan hubungan seks. Seseorang remaja bukan tidak mengetahui bahawa hubungan sex luar nikah adalah berdosa, risiko yang besar dan akan menghadapi kesan yang buruk bagi masa depannya, tetapi ketidak-seimbangan rohani, sosial dan keinginan biologinya menyebabkan seseorang itu terdorong melakukan hubungan kelamin luar nikah. Meningkatnya bilangan remaja berumur di antara 13-20 tahun yang sanggup melakukan hubungan sex dengan rela dipercayai mempunyai hubungan dengan sumber-sumber gambar/cerita daripada ICT yang berleluasa dan tidak terkawal. Ianya juga mempunyai

19

Page 20: BAHAN BAHAS 2014

hubungan dengan kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa sejakkebelakangan ini.

Contoh yang seterusnya adalah berhubung rapat dengan orang yang tidak dikenali secara terbuka dan penuh percaya. Kemudahan ICT juga telah membuka ruang yang sangat luas bagi seseorang mengenali dan berhubung dengan seseorang secara lebih bebas dan terbuka. Seorang remaja yang mudah percaya kepada seseorang yang tidak dikenali (hanya kenal dan berhubung melalui ruang siber) akan membuka ruang seseorang yang berniat jahat mengambil peluangke atasnya. Tahap kematangan yang rendah serta pengaruh emosi serta tekanan keinginan biologi tanpa kawalan social dan undang-undang yang benar-benar ketat mendorong berlakunya hubungan rapatyang tidak sepatutnya berlaku. Struktur masyarakat, persekitaran kejiranan serta struktur keluarga memudahkan seseorang yang berniat jahat mengambil peluang ke atas sesorang. Misalnya seorang gadis yang tinggal di kawasan yang jiran-jirannya tidak saling mengenali di antara satu sama lain dan kedua-dua ibubapanya bekerja dengan kemudahan ICT akan memudah dan mendorong dia berhubung dengan seseorang yang tidak dikenalinya. Keadaan akan menjadi lebih mudah jika si-gadis itu berada dalam kesunyian serta si-lelaki yang dikenalinya itu pula benar-benar pandai berpura-pura bersifat baik padanya. Kes-kes gadis hilang dan mengikuti lelaki yang tidak sepatutnya dipercayai mempunyai hubungan dengan persoalan ini. Bahkan ada kes yang si-gadis yang berkenalan melalui alam siber ini, sanggup terbang ke luar negara(ke Amerika Syarikat dan ke United Kingdom dan sebagainya) semata-mata kerana benar-benar percaya berdasarkan semata-mata maklumat daripada komputer. Melalui ICT dan salah guna serta salahtafsir telah banyak gadis-gadis yang menjadi mangsa dan telah diperdagangkan dan dijadikan mangsa oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Manakala contoh yang terakhir berakaitan kesan dari sudut negatiftentang siber dalam sudut ICT adalah terlibat atau melibatkan dengan penipuan-penipuan berbentuk kewangan secara terlindung. Penipuan dalam bentuk kewangan ini telah semakin merebak dan semakin ramai mangsanya. Penipuan yang bermotifkan kewangan ini dilakukan dengan banyak cara di antara contohnya; tawaran hadiah tertentu kepada seseorang kerana telah terpilih berdasarkan sesuatu sebab (misalnya alamat e-mail anda bertuah melalui

20

Page 21: BAHAN BAHAS 2014

pilihan rambang); kerjasama dalam pengurusan membawa keluar dana-dana tertentu dalam jumlah yang besar (misalnya 2 juta USD) dan juga kategori yang lebih kecil jumlahnya seperti anda telah menerima sebuah kotak hadiah tetapi mesti membayar (melalui pindahan akaun bank atau kad kredit) sebelum hadiah itu dapat dihantar dan dituntut. Walaupun kadang-kadang mangsa terasa bahawa ianya mungkin ditipu, tetapi kadang-kadang penipuan terlindung ini licik dan banyak juga mangsa yang terkena tipu.

Walaubagaimanapun, terdapat juga kesan-kesan yang positif yang boleh dilihat dalam pembangunan akhlak masyarakat tentang kebejatan dunia siber hari ini. Jika dilihat kepada pengunaan kad-kad elektronik pada hari ini, banyak mendatangkan kesan positif. Sebagai contoh, pengunaan Mykad yang mana Mykad mempunyai potensi yang besar untuk menggerakkan masyarakat dalam satu jaringan elektronik kerana menyediakan perkhidmatan seperti ini kepada awam. Antara perkhidmatan yang boleh digunakan apabilamemiliki Mykad seperti berurusan secara dalam talian bagi mendapat maklumat peribadi, maklumat saman dan sebagainya. FungsiMykad yang lebih meluas seperti ini akan mendorong sepenuhnya potensi perkembangan masyarakat jaringan di Malaysia, maka wajarlah kerajaan Malaysia memperkenalkannya untuk kepentingan jangkamasa yang panjang walaupun wujud isu-isu seperti masalah jaringan dan prasarana, tahap keselamatan maklumat, mengenai kad mudah rosak dan sebagainya.

KEPERLUAN ETIKA ISLAM DALAM PENGGUNAAN SIBER (ICT)Tidak dapat dinafikan bahawa satu standard etika yang syumul dan menyeluruh amat diperlukan pada zaman ini bagi mengawal dan “mengadapkan” manusia. Dengan satu harapan suci lagi murni, melahirkan umat Malaysia khususnya dan dunia amnya yang akan disegani kerana keluhuran budi dan akalnya.

a. Nilai MurniNilai murni ialah nilai yang baik yang dapat membina keharmonian,kekuatan dan pembangunan individu serta masyarakat . Nilai ini perlu dikembangkan bagi membendung pelbagai krisis yang dihadapi oleh masyarakat. Antaranya termasuklah nilai kejujuran, kesetiaan, keadilan dan sebagainya. Dalam dunia siber ini, di mana Internet menjadi senjata utama manusia, maka amat perlu dipastikan mereka yang terlibat di dalam dalamnya sentiasa terpandu dengan nilai ini. Sebagai contoh seorang pengguna

21

Page 22: BAHAN BAHAS 2014

Internet wajar tahu setakat mana hak penggunaannya. Pembuat lamanweb mesti sedar apakah berita yang disebarkan itu akan menambah nilai kepada masyarakat atau sebaliknya. Pengamalan kepada nilai murni ini pastinya akan membimbing manusia ICT.

b. Nilai MoralIa merupakan nilai asas dan fundamental di dalam pembinaan individu dan masyarakat. Mempertahankan kebaikan dan menolak keburukan serta tindakan yang memperjuangkan kebenaran perlu dipertingkat di dalam masyarakat dewasa ini. Semua manusia mesti sedar moral individu yang baik maka akan lahirlah satu masyarakatyang cemerlang.

c. Nilai EtikaMasyarakat yang beretika ialah masyarakat yang mempertahankan tanggungjawab moral dan social, membentuk individu sebagai anggota masyarakat yang komited terhadap peraturan dan lunas-lunas yang berhemah. Islam sebagai contoh telah menyediakan asas etika dan akhlak yang luhur untuk diamalkan oleh semua peringkat manusia di zaman siber ini. Asas sifat seperti Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fataonah wajar dipraktiskan dalam seluruh generasi ICT. Sikap Siddiq yang bermaksud “benar” amat besar perananya dalam hidup manusia. Permasalahan kerakusan “manusia pornografi” akan dapat diatasi jika manusia seluruhnya sentiasa memastikan setiap tindakan mereka sentiasa benar. Hal ini hanya dapat dipastikan jika manusia itu punyai iman dan pekerti yang luhur. Amanah sebagai standard umum perbuatan manusia akan melahirkan generasi yang “success” dalam segenap lapangan. Penyebar maklumatyang amanah akan sentiasa memastikan bahan yang disebar adalah betul dan tepat dan akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari. Didikan terhadap perbuatan amanah ini mestilah dilakukan sejak manusia itu diperingkat “rebung”. Sifat Tabligh pula akan memastikan amalan menyuruh manusia berbuat kebaikan dan melarang manusia berbuat kejahatan akan berterusan. Setiap individu yang terlibat secara landsung ataupun tidak secara lansung dalam duniaInternet dan maklumat sewajarnya faham akan maksud “tabligh”. Manakala sifat atau standard Fatonah juga sewajarnya disebarluaskan dikalangan umat ICT. Fatonah yang bermaksud bijaksana akan mendorong manusia sentiasa berhati-hati dalam menyebarkan sesuatu di dalam Internet. Jika sifat ini berjaya ditanam dalam jiwa manusia seluruhnya maka standard etika yang

22

Page 23: BAHAN BAHAS 2014

cemerlang akan berjaya diaplikasikan dalam masyarakat dunia. Hal ini kerana, “the character of the Muslim community is not determined by the rituals alone”. Muslim mesti mengetahui bagaimana untuk memperbetulkan segala serangan dan dakyah yang dilontar terhadap mereka.

d. Nilai KerohanianNilai kerohanian tidak dapat dinafikan akan kepentingannya. Ia menjadi benteng ulung bagi membina kekuatan, ketahanan dan peribadi seseorang. Jiwa yang kuat akan melahirkan individu yang cemerlang. Sebagai sebuah masyarakat malaysia yang unggul maka sewajarnya kita biasakan diri dengan nilai kerohania yang mulia. Malaysia akan dipandang mulia jika masyarakatnya berhati budi dalam segenap perkara, samada dari aspek hubungan individu hinggalah ke aspek ICTnya.

e. Nilai BudayaNilai budaya ialah nilai-nilai yang mencorakkan kehidupan sesuatumasyarakat atau bangsa. Budaya masyarakat melayu terkenal dengan identiti tersendiri yang dipengaruhi kuat oleh adat, kepercayaan,tradisi, kemasyarakatn, bahasa, baik hati, dan lain-lain lagi. Nilai budaya yang baik . Jika dilihat Malaysia sebagai sebuah negara yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi negara maka sewajarnya nilai-nilai baik ini disebarluaskan diseluruh pelusUk negara. Kepenggunaan Internet harus diterima dengan hati yang terbuka, tetapi ia harus di pandu dengan etika dan akhlak mulia agar menjadi budaya masyarakat Malaysia, melayari Internet untuk mencari maklumat adalah satu kebiasaan dan maklumat yang diakses hanyalah maklumat yang dapat memantapkan minda dan hati nurani. Penyemaian nilai hormat wajar diberi keutamaan. Meletakkan nilai hormat yang tepat dan bersesuaian dengan kehendak ajaran mulia agama dalam institusi ICT dewasa ini adalah satu kemestian.

f. Nilai JujurKejujuran adalah asas dalam perlakuan manusia. Bagi seseorang muslim setiap amal mereka dinilai berdasarkan kepada eikhlasan dan kejujuran. Nabi Muhammad menjelaskan dalam hadis baginda yangbermaksud “ Setiap amal bermula dengan Niat”. Satu perkara yang dapat kita laksanakan ialah memaparkan pada papan skrin mengenai etika melayari laman web. Ia dapat membantu mendidik seseorang daripada melakukan sesuatu yang salah dan membina kejujuran diri.

23

Page 24: BAHAN BAHAS 2014

PENUTUPMalaysia sebagai sebuah negara yang aman dan makmur mestilah melengkapkan masyarakatnya dengan standard etika yang cemerlang bagi melayari alam siber yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Islam sebagai agama yang membawa rahmat hendaklah dijadikan rujukan utama di dalam penggubalan standard etika kepenggunaan Internet, sesuai dengan ciri Islam itu sendiri yang membawa perubahan menyeluruh samada dari sudut sosial, ekonomi dan sebagainya. Islam mewajibkan kepada seluruh kaum muslimin agar yang satu menghormati yang lainnya, yang seorang menjaga kemuliaan diri dan kawannya, keharuman namanya, kebagusannya dengan hati yang seikhlas-ikhlasnya.[14] Adalah menjadi harapan besar negara dengan adanya ketelusan dan ketulusan dalam zaman siber ini maka masyarakat akan lebih beruntung dan sejahtera. Tiada lagi unsur yang yang boleh merosak dan menghancurkan keutuhan masyarakat disebar melalui jaringan maya yang akan diakses oleh manusia sejagat. pengaruh ICT dalam tahap kemodenan dan kehidupan masa kini tidak dapat dielakkan dan mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan khususnya generasi muda. Ianya telah menjadi sebahagian daripada kehidupan moden kini yangakan terus meningkat penggunaan dan pengaruhnya dari masa ke semasa. Penggunaan dan pengaruh dalam kehidupan masyarakat Malaysia kini sudah tidak dapat dipisahkan dengan ICT dalam banyak aspek kehidupan. Bagi mengelak atau mengurangkan kesan negatif dan menghancurkan nilai-nilai positif agama dan budaya masyarakat kita serta menjamin survival nilai-nilai positif masyarakat, semua pihak dan dari berbagai peringkat mestilah memainkan peranan mengukuhkan nilai agama, moral dan etika masyarakat kita, khususnya bagi generasi muda bagi mengelak daripada kesan negatif yang akan semakin parah. Kesan negatif sukar dihapuskan sepenuhnya, tetapi apa yang mungkin dapat dilakukan adalah tingkatkan kesan positif dan kurang kan kesan yang negatif. Dasar-dasar kerajaan berkaitan dengan pendidikan dan budaya mestilah juga meletakkan isu salah guna dan kesan negatif ICT ini sebagai suatu yang penting bagi pemodenan dan pembangunan Negara bangsa Malaysia.[15] 

24

Page 25: BAHAN BAHAS 2014

25