Bottom of FormTuesday, 27 November 2012
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)Sistem Pentaksiran
Pendidikan Kebangsaan (SPPK)adalah satusistem pentaksiran yang
diperkenalkan dalamtransformasi pendidikan. SPPK
merupakantransformasi daripada sistemyang menumpukankepadaujian
pencapaian dan peperiksaan(berorientasi peperiksaan) kepadasistem
yang lebih holistik. Tujuannya ialah untuk menyediakan satu set
indikator untuk menilai potensi muriddankesediaan untuk belajar,
selainmenguji penguasaan dan pencapaian.
Pentaksiran adalah komponen penting dalam pendidikan kerana ia
memberi maklumat mengenai perkembangan murid kepada guru, ibubapa
dan murid itu sendiri. Hasil pentaksiran boleh membantu guru
menilai kaedah pengajaran dan aktiviti yang dilaksanakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
Kementerian prihatin terhadap dakwaan bahawa sistem pendidikan
Negara terlalu berpaksikan peperiksaan. Justeru,Mesyuarat Jemaah
Menteri bertarikh 17 Disember 2010 telah bersetuju supaya
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan sebagai
sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan.PBS merupakan
satu usaha untuk membangunkan modal insan secara holistik melalui
penekanan terhadap penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual,
pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai, etika serta moral
yang tinggi seperti tercatat di dalam Pelan Induk
PembangunanPendidikan (PIPP), Pelan Integriti Nasional (PIN) dan
seperti yang dihasratkan dalam Misi Nasional.
PBS mula dilaksanakan di Sekolah Rendah pada tahun 2011 dan
diperkenalkan di peringkat Sekolah Menengah pada tahun 2012.
Justeru pada tahun 2016 murid-murid sekolah rendah akan menduduki
UPSR yang telah ditambahbaik. Pada tahun 2014 pula PMR akan
dilaksanakan sepenuhnya dalam bentuk PBS.
1APAKAH PBS?
PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik yang mampu
menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan
psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
PBS dioptimumkan untuk mentaksir bidang akademik dan bukan
akademik. PBS memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk
melaksanakan pentaksiran formatif (pentaksiran yang dijalankan
semasa proses pembelajaran berlangsung) dan sumatif (pentaksiran
yang dijalankan di akhir satu unit pembelaran) yang berasaskan
sekolah .
Komponen PBS dalam sistem pentaksiran kebangsaan
merangkumi:Pentaksiran SekolahPentaksiran PusatPentaksiran Aktiviti
Jasmani,Sukan dan KokurikulumPentaksiran Psikometrik
Pentaksiran Sekolah (PS) dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa,
direkod dan dilapor oleh guru sekolah di sekolah. Contoh instrumen
pentaksiran yang boleh digunakan ialahlembaran
kerja,pemerhatian,kuiz,senarai semak,laporan tugasan,tugasan
rumahdan ujian.
Pentaksiran Pusat (PP) pula ditadbir, diperiksa, direkod dan
dilapor di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan dan
skema pemarkahan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam
tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran.
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
dilaksanakan di peringkat sekolah dan ditadbir, direkod dan
dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid
dalam aktiviti jasmani dan kesihatan,sukan dan permainan, aktiviti
kokurikulum danaktiviti ekstrakurikulum (contohnya penglibatan
sebagai ahli kumpulan marhaban yang dianjurkan oleh JK Surau tempat
murid tinggal dan aktiviti bermanfaat lain yang dianjurkan oleh
pihak luar selain sekolah).
Pentaksiran Pkisometrik pula dilaksanakan di peringkat sekolah
dan/atau pusat untuk mengukur kebolehan (innate abilityandacquired
ability) semulajadimurid, kemahiran berfikir, kemahiran
menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti
murid. Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum.
2.APAKAH OBJEKTIF PBS?
Objektif pelaksanaan PBS adalah untuk:mendapatkan gambaran
secara keseluruhan tentang potensi individumemantau pertumbuhan dan
membantu meningkatkan potensi individumembuat pelaporan bermakna
tentang pembelajaran individu
Kesimpulannya PBS akan memastikan murid yang melalui sistem
pendidikan negara mencapaitaraf antarabangsa dalam bidang ilmu
pengetahuan, kemahiran dan kecekapan..3SUBJEK APAKAH YANG DINILAI
MELALUI PBS?
Semua subjek yang diajar di sekolah rendah dan menengah akan
dinilai melalui PBS.
4BAGAIMANAKAH GURU MELAKSANAKAN PBS?
Bagi memastikan kelicinan pelaksanaan PBS, guru seharusnya
menggunakan Dokumen Standard Kurikulum yang mengandungi
perkara-perkara yang patut dipelajari dan perlu disampaikan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran manakala Dokumen Standard
Prestasi adalah rujukan utama untuk mentaksir dan mengukur
penguasaan murid.
Guru diberi pengiktirafan dan autonomi untuk menjalankan
pentaksiran secara formatif semasa pengajaran dan pembelajaran
ataupun secara sumatif diakhir unit pembelajaran atau pun di akhir
tahun.
Untuk mentaksir guru tidak semestinya menyediakan lembaran kerja
bagi setiap kemahiran yang hendak dinilai. Evidens atau bukti
penguasaan murid boleh diperolehi melalui pemerhatian, jawapan
lisan, latihan dalam buku latihan atau buku kerja dan juga kerja
rumah. PBS tidak membataskan kreativiti guru yang sudah tentunya
lebih mengenali murid mereka.
5APAKAH KELEBIHAN PBS?
Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada,
Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan, iaitu
menggunakanStandard Prestasiuntuk melihat kemajuan dan
pertumbuhan(growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi
seseorang murid. Ia merupakan proses mendapatkan maklumat tentang
sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai
apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang
ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan
dalam dokumen kurikulum.
Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian
seseorang murid dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid
dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan dan
pertumbuhan(growth) murid dalam pembelajaran dengan merujuk kepada
pernyataan standard.
Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu
dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran
dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak
sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk
data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek
tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang
bertanggung jawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan
memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan
mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan
bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing.
6APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN BAND?
Dalam PBS pencapaian murid dilaporkan berdasarkan band dan bukan
lagi sebagai skor mentah seperti81% atau pun gred A,B,C,D.
BANDSTANDARD
6Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
5Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
4Tahu, Faham dan Boleh Buatdengan Beradab
3Tahu, Faham dan Boleh Buat
2Tahu dan Faham
1Tahu
Di Band 1, murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan
kemahiran asas atau memberi maklum balas terhadap perkara yang asas
contohnya bagi Matematik murid di Band 1 mampu mengenal angka 1,2,3
....
Di Band 2, murid menunjukkankefahaman untuk menukar bentuk
komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah
dipelajari contohnya murid tahu dan faham nilai angka seperti 24
lebih banyak dari 10 dan 55 kg lebih berat daripada 48 kg.
Di Band 3, murid boleh menggunakan pengetahuan untuk
melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi. Bagi matematik
Band 3 menunjukkan murid telah menguasai operasi mudah tambah,
tolak, darab dan bahagi.
Murid yang telah mencapai Band 3 dianggap telah menguasai
kemahiran asas dalam subjek tersebut.
Di Band 4, murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab,
seperti tertib atau melaksanakan sesuatu mengikut prosedur dan
secara sistematik seperti menyelesaikan operasi tolak dengan
mendahulukan rumah sa.
Di Band 5, murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab
pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik,
serta tekal dan bersikap positif. Bagi matematik murid yang
mencapai Band 5 mampu menyelesaikan masalah seperti Berapa biji
telurkah yang boleh dibeli oleh Ali dengan wang RM10.00 jika sebiji
telur berharga 20 sen?
Dan akhir sekali,di Band 6,muridmampu menzahirkan idea yang
kreatif dan inovatif,mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk
mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian
serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat
menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi
contoh secara tekal. Di Band 6 murid boleh membuat keputusan dalam
masalah seperti membuat pilihan di antara kemeja biru yang berharga
RM30.00 tetapi diberi diskaun 50% dan baju tawaran terbaik (best
buy) yang sama kualiti dengan harga RM20.00.
Band 3 boleh disamatarafkan dengan gred lulus. Justeru guru
perlu merangka aktiviti pemulihan bagi membantu murid mencapai Band
minima 3.
PBS memberi autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran
berdasarkan kesediaan murid. PBS membantu guru dan murid
mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid semasa pengajaran dan
pembelajaran berjalan. Sehubungan dengan itu guru bolehlah
menyesuaikan aktiviti pengayaan atau pemulihan mengikut keperluan
murid.
Wajar diingat bahawa PBS tidak membandingkan murid dengan murid
lain. Sebaliknya kejayaan murid diukur bersandarkan Standard yang
harus dicapai di sesuatu tahap pembelajaran. Adalah diharapkan
dengan cara ini tekanan ke atas murid dan guru dapat dikurangkan
kerana murid tidak dibandingkan dengan kumpulan yang lebih cerdas
atau terpaksa menunggu rakan lain yang belum menguasai sepenuhnya
sesuatu kemahiran yang diajar untuk maju. Sekiranya dilaksanakan
dengan baik dan terancang PBS bakalmewujudkan persekitaran yang
harmonis dalam kelas untuk untuk perkembangan individu.
7ADAKAH PBS AKAN MENAMBAH BEBAN TUGAS GURU?
Sekiranya diurus dan dilaksanakan dengan bijak, guru akan
mendapati bahawa PBS memberi banyak manfaat dan mampu mengurangkan
beban tugas guru.
Bagi membantu guru melaksanakan PBS, dua aplikasi ICT telah
dibangunkan untuk memastikan guru tidak dibebani dengan tugas-tugas
perkeranian. SPPBS (Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasakan
Sekolah) and PAJSK (Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan
Kokurikulum) dibangunkan bagi merekod, menyimpan dan melapor
perkembangan murid. Data yang disimpan boleh dicetak sebagai
laporan apabila diperlukan.
8BOLEHKAH GURU DIPERCAYAI UNTUK MENILAI MURID SENDIRI?
Kebolehpercayaan kepada pentaksiran yang dijalankan oleh guru
ditingkatkan melalui penjaminan kualiti. Semua hasil kerja murid
dijadikan evidens yang perlu difailkan sebagai bukti yang
menunjukkan murid telah menguasai kemahiran yang diajar.
Penjaminan kualiti bagi pelaksanaanPBS dapatdicapai
melalui:a.Pementoranb.Penyelarasanc.Pemantauand.Pengesanan
Pementoran adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing
guru untuk melaksanakan PBS mengikut prosedur dan peraturan yang
telah ditetapkan dan boleh dilaksanakan secara formal dan tidak
formal.
Penyelarasan adalah proses penyeragaman skor dengan merujuk
kepada Standard Prestasi yang disediakan bagi memastikan skor yang
diberikan oleh guru adalah sah dan boleh dipercayai.
Pemantauan pula ialah proses memastikan pelaksanaan PBS mengikut
prosedur dan garis panduan yang ditetapkan bagi memastikan arahan
pelaksanaan PBS dipatuhi dan mengelakkan penyelewengan dan
ketidakakuran. Pemantau Dalaman yang dilantik di peringkat sekolah
dan Pemantau Luaran yang terdiri daripada pegawai PPD, JPN dan KPM
terlibat dalam proses ini.
Pengesanan pula adalah proses memastikan kekuatan dan
keberkesanan instrumen pentaksiran yang digunakan bagi meningkatkan
kesahan, kebolehpercayaan dan kebolehtadbiran instrumen
pentaksiran. Pengesanan turut melibatkan guru dan pegawai KPM.
Penjaminan Kualiti oleh guru mata pelajaran, Guru
Cemerlang,Ketua Panitia, Ketua Bidang, Guru Besar, pegawai Pejabat
Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian
Pelajaran MalaysiamemastikanPBS dilaksanakan dengan baik seperti
dirancang.Setiap individu yang terlibat dalam pembangunan atau
pelaksanaan sistem pentaksiran pendidikan adalah bertanggungjawab
menjamin kualiti dan mutu pentaksiran yang dikendalikan. Kualiti
hendaklah menjadi tumpuan utama dalam semua aspek dan peringkat
pentaksiran.
9ADAKAH PBS SATU KONSEP BARU?
PBS bukan konsep baru. Soalan, kuiz, latihan dalam kelas, kerja
rumah dan projek adalah kaedah yang sering diguna pakai oleh guru
untuk mengukur penguasaan murid dalam setiap kemahiran yang
diajar.
10PENUTUP
Pentaksiran pendidikan di Malaysia bertujuan mendapatkan
maklumattentang prestasi muridbagi memperkembangkan sepenuhnya
potensi setiap individu sebagai modal insan yang harmonis dan
seimbang selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Apa yang jelas, proses penambahbaikan yang diperkenalkan
Kementerian Pelajaran menerusi PBS ini memberi gambaran bahawa
sistem peperiksaan berpusat seperti UPSR dan PMR bukan lagi bentuk
penilaian tunggal dalam mengukur pencapaian murid menguasai
pembelajaran. Lebih dari itu, ia diharap mampu melahirkan murid
yang lebih cemerlang dalam semua aspek kerana pentaksirannya
dilakukan daripada peringkat awal dan bukan sahaja terhad kepada
bidang akademik tetapi juga merangkumi sahsiah, sukan dan
kokurikulum.
Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu
dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran
dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak
sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk
data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek
tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang
bertanggung jawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan
memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan
mempunyai potensi untuk menyumbang .
Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang
tepat dan menunjukkan keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran
murid. Maklumat yang tepat boleh membantu pembuat dan penentu dasar
melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan pengajaran dan
pembelajaran.
LEMBAGA PEPERIKSAANKEMENTERIAN PELAJARANPosted byKEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIAat09:39ARKIB : 30/06/2014Ibu bapa yakin anak
mereka lebih cemerlangOleh ANGELINA SINYANG, ROKIAHABDULLAH, ABDUL
RAZAK IDRIS,MOHD. SAHRUL MOHD. dan AZIZI MAJID
SITI Nur Zakirah Mohd. Zaki, pelajar SMK Perempuan Bandaraya
(kanan), Chia Jun Hang, pelajar SMK Maxwell (tengah) dan Y.
Vindhini dari SMK (P) Taman Petaling antara yang terlibat dengan
pelaksanaan PT3.KUALA LUMPUR 29 Jun - Golongan ibu bapa
rata-ratanya teruja dengan pelaksanaan Pentaksiran Tingkatan 3
(PT3) menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mulai esok,
kerana meyakini sistem penilaian pelajar yang baru diperkenalkan
itu mampu membantu anak-anak mereka lebih berminat dengan
pembelajaran.DI ALOR SETAR, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG) Sekolah Menengah Sri Gunung, Zubair Hussain, 50, yakin
pelaksanaan sistem pentaksiran baharu itu akan turut membangkitkan
minat para pelajar yang lemah dalam bidang akademik untuk ke
sekolah menuntut ilmu."Daripada apa yang saya faham, para pelajar
akan dinilai mengikut kemampuan mereka dalam bidang tertentu dan
bukannya akademik semata-mata."Sudah tentu mereka akan berusaha
bersungguh-sungguh dalam bidang yang mereka minati untuk mendapat
markah yang baik."Setidak-tidaknya mereka yang lemah dalam akademik
tidak bosan untuk ke sekolah," katanya kepada Utusan Malaysia,
baru-baru ini.Beliau seperti ibu bapa lain bagaimanapun berharap
sesi penerangan mengenai konsep ini diperbanyakkan bagi
menghilangkan keraguan terhadap kebaikan PBS.Bagi kebanyakan
generasi lama katanya, mungkin ada yang tidak bersetuju dengan PBS
kerana beranggapan sistem penilaian pelajar berasaskan peperiksaan
berpusat yang diamalkan selama ini merupakan cara terbaik untuk
menilai pelajar."Namun kita perlu akur dengan peredaran masa.
Apabila kementerian sudah buat keputusan begini yang tentunya
dinilai oleh para pakar, saya fikir mereka perlu diberi peluang
untuk membuktikannya," ujarnya.Sementara itu, seorang bapa,
Loganathan Rajendra, 44, turut bersetuju PT3 yang merupakan salah
satu segmen pentaksiran di bawah Pentaksiran Bersepadu Sekolah
(PBS) mampu mendidik individu menjadi lebih berkemahiran dalam
menjalani kehidupan."Tidak guna kita melahirkan individu yang
cemerlang di atas kertas peperiksaan tetapi akhirnya gagal
berkomunikasi dengan baik. Saya fikir PBS dan PT3 mampu memberi
jawapan kepada masalah itu selain mendidik anak-anak supaya kerap
berfikir bagi menyelesaikan masalah dan isu."Namun cara bagaimana
ia diimplementasi perlu diperjelaskan," katanya.Di SARAWAK, seorang
bapa, Abdul Aziz Harun, 49, berkata, dia memang teruja dengan
pelaksanaan PBS dan PT3 setelah dimaklumkan sistem penilaian
terbaru itu memberi banyak kebaikan kepada pelajar."Saya mempunyai
seorang anak yang akan memasuki tingkatan tiga tahun depan dan
menjadi antara kumpulan pelajar terawal di negara ini bakal
menggunakan PBS dan PT3."Memandangkan saya sebagai ibu bapa belum
memahami sepenuhnya sistem itu, saya berharap pihak sekolah dapat
memberikan taklimat dan penerangan kepada ibu bapa agar lebih
memahami PBS dan PT3," katanya.Seorang ibu, Teo Siok Cheng, 36,
turut menyokong penuh sistem penilaian baharu diperkenalkan itu
kerana yakin mampu memberi kebaikan kepada anaknya dalam
pembelajaran."Anak perempuan saya, Celine Chang Li Xin akan
memasuki Tingkatan 3 tahun depan dan pasti dia berasa gembira
kerana tidak perlu lagi berasa terbeban untuk menduduki PMR,"
katanya.Di IPOH, pekerja swasta, Mardiati Rahim, 40, berkata, dia
dimaklumkan oleh anaknya yang PT3 ini lebih baik bukan sahaja
kerana tidak lagi berorentasikan peperiksaan tetapi corak
penilaiannya lebih mudah kerana memberi ruang dan peluang kepada
pihak sekolah menilai sendiri pelajar mereka."Pada saya ia amat
baik kerana sebelum ini ibu bapa memberi penekanan berlebihan
terhadap peperiksaan menyebabkan aktiviti kokurikulum anak mereka
terabai sedangkan sudah terbukti aktiviti tersebut dapat membentuk
dan membina keupayaan pelajar selain mengembangkan bakat
kepimpinan, membina sahsiah dan keperibadian mereka,"
katanya.Pengurus Jualan, Nur Airini Norzid, 40, pula berkata,
selain guru dan pelajar, ibu bapa juga memainkan peranan penting
dalam memastikan kecemerlangan seseorang pelajar tersebut.Justeru,
dia berharap ibu bapa didedahkan dengan setiap program yang diikuti
pelajar di sekolah termasuk sistem baru yang ingin dilaksanakan
kerajaan supaya golongan itu tahu peranan yang patut mereka
laksanakan.Di SHAH ALAM, seorang bapa yang mempunyai anak di
Sekolah Menengah Seksyen 24 (2), Shah Alam, Dr. Faizal Md. Aris
berkata, PT3 perlu diterima oleh semua ibu bapa kerana sistem
pendidikan berubah selaras dengan perkembangan semasa.Jelasnya,
sebagai ibu bapa atau penjaga, mereka perlu benar-benar memahami
bagaimana perubahan sistem pendidikan dilaksanakan oleh Kementerian
Pendidikan mengikut keperluan dan tuntutan masa depan."Ada pihak
yang masih keliru dengan perubahan dalam sistem penilaian pelajar
tanpa peperiksaan berpusat seperti PMR kerana mereka sudah terbiasa
dengannya."Di bawah PT3, bukan pemeriksa kertas peperiksaan PMR
yang menilai prestasi pelajar Tingkatan 3 tetapi guru-guru mereka
sendiri meliputi semua subjek termasuk Sivik dan Pendidikan Seni,"
ujarnya.Tambahnya, ibu bapa harus memahami bahawa PT3 adalah
peperiksaan di bawah PBS yang disediakan oleh pihak sekolah sebagai
penilaian untuk memilih pelajar ke sekolah berasrama penuh selepas
tingkatan tiga.Di PULAU PINANG pula, peniaga kecil, Abdul Aziz Man,
54, yakin matlamat pelaksanaan PBS dan PT3 adalah untuk membantu
meningkatkan mutu pendidikan negara.Bapa kepada seorang anak yang
bakal menduduki PT3 tahun hadapan ini berkata, sebagai rakyat, dia
meletakkan kepercayaan penuh kepada Kementerian Pendidikan dalam
usaha mencorak dan memajukan taraf pembelajaran anak-anak generasi
akan datang.Sementara itu, Pembantu Hal Ehwal Islam Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Azizi Jasa, 43, menyokong usaha
kerajaan melakukan perubahan dalam sistem pendidikan yang
disifatkan perlu ke arah mencapai negara maju pada 2020.
Artikel
Penuh:http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20140630/pe_07/Ibu-bapa-yakin-anak-mereka-lebih-cemerlang#ixzz3TGePmdy6
Utusan Melayu (M) Bhd
TEKS UCAPAN< PreviousTopNext >TEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO
HJ MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP
MENTERI PELAJARAN MALAYSIA DI MAJLIS DIALOG NASIONAL PENDIDIKAN
NEGARA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2012 PADA 29 APRIL 201202 May
2012
TEKS UCAPANYAB TAN SRI DATO HJ MUHYIDDIN BIN HJ MOHD
YASSINTIMBALAN PERDANA MENTERIMERANGKAP MENTERI PELAJARAN
MALAYSIADI MAJLIS DIALOG NASIONAL PENDIDIKAN NEGARAKEMENTERIAN
PELAJARAN MALAYSIA 2012PADA 29 APRIL 2012; PUKUL 10.30
PAGIBERTEMPAT DI DEWAN PICCBismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam
1Malaysia.YBhg. Dato Dr Rosli MohamedKetua Setiausaha Kementerian
Pelajaran MalaysiaYBhg.Dato Sri Abd. Ghafar MahmudKetua Pengarah
Pelajaran MalaysiaYBhg. Tan Sri Dato Dr Wan Mohd Zahid bin Wan Mohd
NoordinPengerusi Panel Dialog Nasional Pendidikan NegaraYBhg. Tan
Sri Dato Dzulkifli bin Abdul RazakPengerusi Panel Penilai Bebas
Kajian Semula PendidikanTan Sri-Tan Sri, Dato-Dato, Datin-Datin,
tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.1. Pertamanya,
marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana
dengan limpah kurnia dan izinNya kita dapat sama-sama berhimpun
pada pagi yang berbahagia ini untuk menyempurnakan majlis
Pelancaran Dialog Nasional Pendidikan Negara. Kehadiran saudara dan
saudari pada hari ini amat bermakna bagi diri saya, yang tidak
mampu saya ungkapkan dengan kata-kata. Kesanggupan mengorbankan
cuti hujung minggu sudah cukup menggambarkan betapa saudara dan
saudari begitu mengambil berat tentang pendidikan anak-anak dan
masa depan negara kita.2. Sesungguhnya, siri Dialog Nasional
Pendidikan Negara yang dimulakan pada hari ini dan berterusan untuk
tempoh tiga bulan akan datang menawarkan peluang yang terbaik untuk
saudara dan saudari serta seluruh rakyat Malaysia menyumbangkan
buah fikiran dan saranan bagi meningkatkan taraf dan kualiti sistem
pendidikan di negara kita. Kita mulakan usaha ini kerana kita tahu
tidak ada apa yang lebih bermakna untuk kita wariskan kepada
generasi masa hadapan negara melainkan pendidikan yang terbaik
untuk mereka. Saya bagi pihak kerajaan amat berbesar hati untuk
mendengar segala pandangan anda, mendengar harapan anda, aspirasi
anda dan gerak hati anda untuk membolehkan kita mencari formula
terbaik dalam menjayakan agenda transformasi pendidikan
negara.PENCAPAIAN PENDIDIKAN NEGARASaudara dan saudari yang saya
hormati sekalian,3. Bidang pendidikan di negara kita telah melalui
beberapa fasa transformasi sejak Malaysia mencapai kemerdekaan.
Transformasi yang pertama bermula dengan penggubalan Penyata Razak
1956 yang bertujuan untuk merapatkan jurang antara kaum dan memupuk
perpaduan nasional melalui penggunaan bahasa kebangsaan sebagai
bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah kebangsaan. Pelbagai
peristiwa yang melatari hubungan kaum di negara kita pada zaman
awal selepas merdeka telah menimbulkan kesedaran tentang betapa
pentingnya pendidikan dijadikan wahana utama dalam usaha untuk
memupuk perpaduan kaum dan membina negara bangsa yang bersatu padu.
Justeru, teras perpaduan nasional dalam sistem pendidikan kita
telah diperkukuhkan lagi oleh Laporan Rahman Talib 1960, Akta
Pelajaran 1961 dan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974 dan 1979.
Jelasnya, pelaksanaan pelbagai perakuan dalam laporan-laporan ini
telah memberi sumbangan besar kepada usaha memupuk dan
memperkukuhkan perpaduan nasional di negara kita.4. Transformasi
yang kedua tercetus apabila Falsafah Pendidikan Kebangsaan
diperkenalkan pada tahun 1988. Buat julung kali dalam sejarah,
pendidikan di negara kita diberikan satu hala tuju yang jelas untuk
memupuk nilai-nilai murni melalui pembinaan sahsiah yang seimbang.
Di bawah lembayung Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan di
negara kita menjadi wahana utama untuk memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani.5. Dalam konteks ini, pendidikan di negara kita berperanan
untuk melahirkan rakyat yang bukan sahaja berilmu pengetahuan,
tetapi juga berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berketrampilan.
Inilah prinsip asas yang menjadi panduan kepada segala usaha
pembangunan pendidikan di negara kita selama ini. Dalam menempuhi
pelbagai cabaran di pentas dunia global hari ini, kita berharap
agar insan seimbang yang dilahirkan oleh sistem pendidikan kita
berupaya bukan sahaja untuk mencapai kesejahteraan diri tetapi juga
memiliki kekuatan moral untuk meberi sumbangan yang bermakna kepada
masyarakat dan negara. Matlamat pendidikan yang murni ini akan
terus kita pertahankan dalam merencana halatuju pendidikan negara
pada masa hadapan.6. Seterusnya, transformasi ketiga dalam sistem
pendidikan negara kita tercetus apabila hasrat untuk melihat
Malaysia muncul sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020
menjadi agenda utama negara. Sejak dari itu, sektor pendidikan di
negara kita memberi tumpuan kepada usaha melahirkan sumber manusia
yang berilmu dan berkemahiran untuk memacu kemajuan negara dalam
persekitaran global yang lebih mencabar. Tanpa mengkesampingkan
pendidikan yang holistik dan bersepadu, keutamaan diberikan kepada
penguasaan ilmu sains dan teknologi yang merupakan nadi kepada
pembangunan dan kemajuan negara. Fasa ketiga transformasi
pendidikan ini menjadi lebih penting apabila negara kita pada awal
dekad 1990-an mula menghadapi cabaran besar arus globalisasi.7.
Sesungguhnya, ketiga-tiga fasa transformasi yang dilalui oleh
sektor pendidikan di negara kita telah membuahkan hasil yang
membanggakan. Sepanjang tempoh ini, kita telah mencatat beberapa
kejayaan penting. Antaranya ialah kejayaan memperluaskan akses
kepada pendidikan untuk semua rakyat. Pada tahun 1970, lebih satu
pertiga daripada kanak-kanak di negara kita tidak berpeluang untuk
mengikuti persekolahan. Tetapi hari ini jumlah kanak-kanak yang
mengikuti sekurang-kurangnya pendidikan asas telah meningkat kepada
95 peratus.8. Begitu juga dengan kadar literasi. Jika kita menoleh
ke belakang, kita dapati pada tahun 1970 hanya 75 peratus rakyat
Malaysia yang boleh membaca dan menulis. Namun hari ini, kadar
literasi di negara kita telah meningkat kepada lebih 90 peratus.
Demikian juga halnya dengan taraf sosio-ekonomi rakyat. Dengan
menyediakan pendidikan yang berkualiti, kita telah berjaya
mengeluarkan rakyat daripada belenggu kemiskinan. Kadar kemiskinan
isi rumah di negara kita telah berjaya dikurangkan daripada 49.3
peratus pada tahun 1970 kepada kurang 4 peratus sekarang. Pada masa
yang sama, pendapatan per kapita rakyat telah meningkat daripada
hanya RM1,159 pada tahun 1970 kepada RM28,000 pada tahun
2011.CABARAN SISTEM PENDIDIKANSaudara dan saudari yang saya hormati
sekalian,9. Banyak lagi kejayaan yang telah dicapai oleh negara
kita hasil daripada transformasi yang berlaku dalam sistem
pendidikan negara sepanjang 55 tahun kita merdeka. Meskipun begitu,
kita tidak boleh leka dan lalai dengan kejayaan ini. Dalam
perlumbaan menuju negara maju, kita perlu sentiasa meningkatkan
kualiti pendidikan negara supaya kita tidak ketinggalan dalam
menghadapi persaingan global yang semakin sengit. Untuk menjadi
sebuah negara maju berpendapatan tinggi, Malaysia perlu terus
membangunkan sumber manusia yang berpengetahuan dan berkemahiran
tinggi melalui pendidikan yang berkualiti.10. Maka, pada hemat saya
sudah tiba masanya kita melalui satu lagi fasa tranformasi
pendidikan untuk menganjak kedudukan negara kita daripada sebuah
negara membangun berpendapatan sederhana kepada negara maju
berpendapatan tinggi. Untuk meralisasikan hasrat ini, kita perlu
melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif serta berdaya
saing di peringkat antarabangsa. Kita sedar bahawa modal insan yang
mempunyai keupayaan untuk bersaing di peringkat antarabangsa hanya
akan lahir melalui sistem pendidikan yang bertaraf dunia. Justeru,
kita mensasarkan dalam tempoh 15 tahun akan datang, Malaysia bakal
meraih kejayaan seperti negara Korea, Finland, Jepun, New Zealand
dan Singapura yang berada pada kedudukan teratas dalam pencapaian
pentaksiran di peringkat antarabangsa.11. Untuk tujuan itu,
Kementerian Pelajaran kini sedang berusaha untuk menghasilkan Pelan
Pembangunan Pendidikan yang menyeluruh berdasarkan satu kajian
semula pendidikan negara yang melibatkan pandangan semua pihak
berkepentingan dan masyarakat awam. Kajian ini akan membolehkan
kita memahami pencapaian dan cabaran pendidikan di peringkat rendah
dan menengah, yang kemudiannya boleh dijadikan asas untuk
menentukan dasar dan halatuju pendidikan di peringkat pengajian
tinggi pula.SEMBILAN BIDANG UTAMA KAJIAN SEMULA PENDIDIKAN12. Dalam
kajian semula pendidikan ini, sembilan bidang utama yang dianggap
kritikal untuk mentranformasi pendidikan negara akan diberikan
perhatian oleh kerajaan.13. Pertama, ialah memartabatkan profesion
keguruan. Sebagaimana kita tahu, kecemerlangan pendidikan hanya
dapat dicapai melalui kecemerlangan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Dapatan kajian antarabangsa menunjukkan bahawa guru
yang berkualiti mampu meningkatkan pencapaian pelajar sebanyak 50
peratus dalam tempoh 3 tahun berbanding guru-guru lain. Untuk itu,
Kementerian Pelajaran akan memberi fokus kepada usaha meningkatkan
kualiti guru melalui pengambilan calon-calon guru yang memiliki
keputusan akademik yang cemerlang serta meningkatkan kualiti
latihan pra-perkhidmatan dan dalam perkhidmatan untuk guru-guru. Di
samping itu, untuk tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran, kementerian telah menambah bilangan guru dengan ratio
1 guru bagi setiap 13 orang murid, iaitu melebihi purata
antarabangsa 1 guru bagi setiap 16 orang murid. Selaras dengan
usaha untuk meningkatkan kualiti guru, kerajaan juga akan
memastikan peluang perkembangan kerjaya guru di negara kita adalah
setanding dengan apa yang dinikmati oleh guru-guru di negara-negara
maju.14. Keduanya ialah meningkat kualiti kepimpinan sekolah.
Sepertimana guru, pemimpin sekolah juga menyumbang kepada
peningkatan kualiti pendidikan. Kajian menunjukkan bahawa pemimpin
sekolah yang berwibawa berupaya meningkatkan pencapaian pelajar
sebanyak 20% berbanding pemimpin sekolah yang lain. Dalam usaha
untuk memantapkan kualiti kepimpinan sekolah, Kementerian Pelajaran
telah memperkenalkan Baiah atau tawaran baru dengan memberikan
ganjaran kepada pengetua dan guru besar yang menunjukkan pencapaian
cemerlang dalam meningkatkan prestasi sekolah. Namun begitu, saya
percaya masih terdapat ruang-ruang untuk memantapkan kualiti
kepimpinan sekolah melalui pemilihan pengetua dan guru besar
berasaskan merit dan pelan peralihan kepimpinan sekolah yang
berkesan. Saya berharap agar aspek-aspek ini dapat diberikan
perhatian utama dalam proses kajian semula pendidikan yang sedang
dilaksanakan.15. Ketiganya ialah meningkatkan kualiti sekolah yang
merupakan elemen penting dalam usaha meningkatkan kualiti
pengajaran dan pembelajaran. Dalam era teknologi maklumat hari ini,
sekolah yang berkualiti perlu mempunyai prasarana ICT yang lengkap
untuk membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan
dengan lebih berkesan. Untuk tujuan ini, kerajaan membekalkan
kemudahan ICT kepada sekolah termasuk kemudahan jalur lebar dan
internet berkelajuan tinggi bagi memudahkan murid mengakses
maklumat di dunia maya. Pelbagai bahan ilmiah yang diperolehi
melalui pembelajaran maya pastinya dapat meningkatkan penguasaan
ilmu di kalangan pelajar dan seterusnya merapatkan jurang
pengetahuan antara sekolah.16. Keempat, memantapkan kualiti
kurikulum dan pentaksiran untuk menyediakan modal insan abad ke-21.
Sesungguhnya, asas kepada kejayaan sistem pendidikan terletak pada
kualiti kurikulum sekolah yang akan menentukan kualiti modal insan
yang dilahirkan. Justeru, keutamaan Kementerian Pelajaran dalam
proses kajian semula pendidikan ini adalah untuk membina satu
kurikulum yang memenuhi piawai antarabangsa dengan menekankan aspek
kemahiran kreatif, penyelesaian masalah dan inovasi yang merupakan
ramuan utama untuk melahirkan modal insan yang mampu untuk bersaing
di peringkat global.17. Kelima, meningkatkan penguasaan pelbagai
bahasa di kalangan murid. Kita sedar akan kepentingan penguasaan
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai
bahasa kedua di negara kita. Kementerian pelajaran sentiasa
berusaha untuk meningkatkan penguasaan murid dalam kedua-dua bahasa
ini. Namun, adalah lebih baik sekiranya murid di negara kita dapat
menguasai satu lagi bahasa seperti Mandarin, Tamil, Arab, Iban dan
bahasa-bahasa antarabangsa. Apatah lagi dengan kemunculan kuasa
baru ekonomi dunia yang sebahagiannya bertumpu di negara-negara
Asia , penguasaan satu lagi bahasa selain bahasa Inggeris sebagai
bahasa kedua sudah tentu dapat meningkatkan daya saing negara kita
di persada antarabangsa.18. Keenam ialah penglibatan ibu bapa,
sektor swasta dan masyarakat sebagai rakan kongsi dalam pendidikan.
Seperti yang kita sedia maklum, proses pembelajaran tidak hanya
berlaku sewaktu murid berada di sekolah. Jika kita ingin
memperluaskan sistem pembelajaran, bermakna kita perlu
memperluaskan persekitaran dan peluang pembelajaran melangkaui
sempadan sekolah. Justeru, satu aspek yang ingin diberikan
penekanan dalam kajian semula pendidikan ini ialah peranan pihak
berkepentingan di luar lingkungan sekolah untuk berganding bahu
dengan pihak sekolah dalam usaha meningkatkan pencapaian murid.19.
Ketujuh ialah meningkatkan kesediaan murid untuk merebut peluang
dalam pendidikan tinggi dan pasaran kerja. Terbukti, murid yang
berjaya melanjutkan pendidikan ke peringkat pengajian tinggi akan
memperolehi peluang kerjaya yang lebih baik, dan dengan itu
mengecap kehidupan yang lebih selesa. Untuk itu, sistem pendidikan
kita perlu dipastikan dapat menyediakan peluang lepasan menengah
yang lebih baik untuk murid-murid kita. Kita perlu melengkapkan
mereka dengan ilmu dan kemahiran yang akan membolehkan mereka
memasuki pasaran kerja dalam sektor yang berdaya saing. Untuk
tujuan ini, di samping menguasai literasi dan numerasi, murid-murid
kita juga perlu dilengkapkan dengan kemahiran-kemahiran abad ke-21
seperti kualiti kepimpinan, kemahiran menyelesaikan masalah,
pemikiran aturan tinggi (higher order thinking) dan kebolehan
berkomunikasi dengan berkesan.20. Kelapan ialah memperbaiki
kecekapan dan keberkesanan pengurusan sumber. Bagi tahun 2012,
sebanyak 16 peratus daripada belanjawan negara diperuntukkan kepada
Kementerian Pelajaran, iaitu peratusan yang terbesar berbanding
kementerian-kementerian lain. Dengan jumlah peruntukan yang besar
ini, pihak kementerian tekad untuk melaksanakan program yang
berimpak tinggi bagi meningkatkan mutu pendidikan di negara kita.
Cabaran Kementerian adalah untuk mengurus sumber dengan cekap bagi
mengelakkan ketirisan dan pembaziran serta memastikan sumber diagih
secara optima agar pulangan yang maksimum terhasil daripada setiap
ringgit yang dibelanjakan untuk pendidikan.21. Dan yang kesembilan
ialah membina kemampuan serta keupayaan sistem penyampaian
pendidikan. Pada masa ini, terdapat kira-kira 10,000 orang pegawai
di peringkat kementerian, 6,000 di peringkat negeri, 4,000 di
peringkat daerah dan 420,000 orang guru di sekolah. Inilah pasukan
yang menggerakkan sistem penyampaian pendidikan di negara kita.
Kejayaan sistem pendidikan kita bergantung pada sejauh mana sistem
penyampaian di setiap peringkat berupaya untuk berfungsi dengan
cekap dan berkesan. Oleh itu, kajian semula pendidikan ini akan
melihat bagaimana aspek kecekapan penyampaian pendidikan dapat
ditingkatkan untuk memantapkan lagi kualiti pendidikan di negara
kita. Dalam konteks ini, kualiti kepimpinan dan susunan urustadbir
kementerian akan diberikan perhatian yang utama dalam usaha untuk
meningkatkan kecekekapan dan keberkesanan fungsi pegawai di setiap
peringkat.DIALOG NASIONAL PENDIDIKAN NEGARASaudara dan saudari yang
saya hormati sekalian,22. Dalam merangka hala tuju pendidikan
negara, kerajaan berhasrat untuk mendengar pandangan pelbagai
lapisan masyarakat mengenai pencapaian dan cabaran masa depan
sistem pendidikan kita. Walaupun pihak Kementerian menetapkan
sembilan bidang utama kajian semula pendidikan, atas semangat
musyawarah dan keterbukaan dalam memberi dan menerima pandangan,
pihak Kementerian mengalu-alukan sebarang bentuk pandangan dan
saranan berkaitan dengan soal pendidikan. Berilah pandangan yang
konstruktif, rasional dan bertanggungjawab dengan niat yang ikhlas
untuk meningkatkan kualiti dan martabat pendidikan di negara
kita.23. Untuk itu, kerajaan mempelawa semua lapisan masyarakat
untuk menyampaikan pandangan dan suara hati kepada kerajaan melalui
siri Dialog Nasional Pendidikan Negara yang bermula pada hari ini.
Selepas perhimpunan ini, beberapa siri dialog akan diadakan di
seluruh negara sehingga pertengahan bulan Julai nanti. Selain
daripada siri dialog, pandangan juga boleh disampaikan melalui
twitter, facebook dan laman sawang kajian semula pendidikan.
Setelah kajian ini selesai, satu laporan awal akan disediakan dan
rakyat sekali lagi dipelawa untuk memberikan pandangan sebelum
dokumen Pelan Hala Tuju Pendidikan Negara dimuktamadkan.24. Siri
dialog ini adalah satu inisiatif yang bersejarah kerana buat
pertama kali kerajaan mempelawa pandangan masyarakat umum dalam
skala yang besar untuk bersama-sama merangka pelan pembangunan
pendidikan negara ketika kita sedang melangkah memasuki fasa baru
transformasi. Oleh itu, rebutlah peluang keemasan ini untuk kita
bersama-sama mencorak masa depan pendidikan negara yang
melambangkan aspirasi rakyat seluruhnya.25. Namun begitu, harus
diingatkan bahawa siri dialog ini bukanlah medan untuk mengutarakan
tuntutan-tuntutan melampau yang bercanggah dengan perkara-perkara
asas yang termaktub dalam Perlembagaan, undang-undang dan
Rukunegara. Tumpukan perhatian kepada hal-hal yang berkaitan dengan
peningkatan kualiti pendidikan yang akan memanfaatkan semua pihak.
Saya juga ingin menegaskan bahawa kajian semula pendidikan ini
bertujuan untuk meningkatkan kualiti semua sekolah dalam sistem
pendidikan kebangsaan dan ini termasuklah sekolah kebangsaan,
sekolah jenis kebangsaan cina, sekolah jenis kebangsaan tamil,
sekolah mubaligh dan sekolah agama bantuan kerajaan. Jangan ada
pihak yang merasakan hanya sekolah-sekolah tertentu sahaja yang
akan menerima manfaat daripada kajian semula pendidikan ini,
manakala sekolah-sekolah yang lain pula terabai. Untuk memastikan
mutu pendidikan negara dapat ditingkatkan secara keseluruhannya,
maka kualiti semua sekolah mesti kita tingkatkan.26. Selanjutnya,
sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama, kelestarian
kemajuan dan kemakmuran negara kita terletak pada keupayaan kita
semua untuk memupuk perpaduan dan keharmonian kaum yang berkekalan.
Oleh yang demikian, fungsi sistem pendidikan kita sebagai wadah
pembina negara bangsa dan perpaduan nasional berlandaskan
prinsip-prinsip Rukunegara mesti terus disemarakkan. Sehubungan
itu, saya amat mengalu-alukan pandangan saudara dan saudari
sekalian mengenai cara bagaimana untuk kita tingkatkan lagi peranan
sistem pendidikan kita sebagai wadah perpaduan nasional.27. Akhir
kata, saya mengajak saudara dan saudari sekalian untuk turut serta
dalam satu proses bersejarah yang akan mengangkat martabat sistem
pendidikan kita dan menentukan kedudukan negara kita di peta dunia
pada masa hadapan. Sesungguhnya, kelestarian pendidikan yang
berkualiti bukan setakat menyediakan rakyat untuk menempa taraf
negara maju, tetapi lebih dari itu untuk kekal maju dan berdaya
saing. Untuk itu, sertailah Dialog Nasional Pendidikan Negara dan
berilah sokongan padu anda kepada usaha kerajaan untuk mewujudkan
pendidikan berkualiti yang lestari dan seterusnya mengangkat sistem
pendidikan negara kita ke satu tahap yang disegani di peringkat
antarabangsa. Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim saya dengan
sukacitanya melancarkan Dialog Nasional Pendidikan Negara
2012.Wabillahi al-taufik walhidayah, wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.
Diterbitkan oleh Unit Komunikasi Korporat
Harian MetroSelasa,03 Mac 2015
UTAMASETEMPATMUTAKHIRBISNESARENAGLOBALRAPFOTOVIDEOHatiEkstraBestariAgroIT@MetroSantaiNuansaDekotamanGen
YSelebritiMajalah MBestariMembahayakan perkembangan pelajar00Google
+000CetakOleh Ruhaiza RusminSukar untuk menafikan hakikat bahawa
sebahagian besar ibu bapa masih menganggap keputusan peperiksaan
adalah aspek terpenting dalam menentukan kejayaan masa depan
pelajar.Meskipun, transformasi dunia pendidikan negara sudah
dipelbagaikan dalam mekanisme tertentu termasuk menggabungkan nilai
kemahiran sebagai antara prasyarat penilaian pembangunan pelajar,
kejayaan akademik masih dijadikan penanda aras utama.Malah,
ketaasuban pada keputusan peperiksaan biarpun pada aspek lain ada
kelebihannya, namun masih dikhuatiri mampu meninggalkan impak
sampingan, sekali gus melahirkan golongan pelajar seperti robot
yang diprogramkan dengan kecemerlangan menerima arahan, tetapi
gagal berfikir sendiri.
Justeru, sejauh manakah keberkesanan usaha untuk membantu
pelajar, masyarakat dan ibu bapa agar menerima hakikat bahawa
keputusan peperiksaan hanya sebahagian proses menjana
kecemerlangan?
BIARKAN pelajar menikmati pembangunan diri dengan cara
tersendiri dan tidak membebankan mereka dengan paksaan untuk
cemerlang dalam peperiksaan. - Gambar hiasan.
Bagaimana mahu meyakinkan bahawa masih banyak lagi aspek lain
boleh dijadikan penanda aras bagi mengukur erti kejayaan dan bukan
sekadar bergantung harap pada akademik semata-mata?
Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
merangkap Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia, Profesor Datuk Dr
Mohd Noh Dalimin berkata ketaasuban ibu bapa terhadap peperiksaan
sebagai penentu utama masa depan pelajar sukar diubah melainkan
mereka memahami bahawa aspek itu boleh membahayakan perkembangan
diri.
Menurutnya, tidak salah meletakkan peperiksaan sebagai pengukur
kejayaan, namun sikap itu boleh memberi tekanan hingga membantutkan
perkembangan normal lain yang seharusnya dinikmati pelajar.
Adakalanya ibu bapa tidak sedar tindakan itu satu penyeksaan
kepada anak (pelajar) kerana mereka dinafikan hak untuk menikmati
perkara lain dalam hidup.
Memang tidak salah ibu bapa menzahirkan hasrat untuk melihat
kecemerlangan, namun mesti tahu cara atau batasnya.
Jangan berterusan memberikan tekanan atau meletakkan sasaran
untuk anak, kerana dikhuatiri timbul pula masalah lain,
katanya.
Katanya, kebiasaannya pelajar turut meletakkan sasaran untuk
meraih keputusan cemerlang, malah ada desakan lebih daripada ibu
bapa.
Dalam aspek ini, ibu bapa adalah pihak yang lebih mendesak dan
ternyata ia memang tidak baik untuk perkembangan emosi anak.
Ibu bapa diminta memberi peluang anak meniti kedewasaan dan
kematangan. Kejayaan bukan hanya melalui peperiksaan atau akademik
saja, tapi juga boleh digilap berdasarkan kelebihan diri dalam
aspek lain, katanya.
Beliau turut mengakui ibu bapa di negara ini masih melihat
akademik sebagai kewajaran utama berbanding kemahiran lain.
Itulah masalah atau dilema sektor pendidikan negara kita kerana
ibu bapa masih kuat dibelenggu mentaliti sedemikian, sedangkan
aspek kemahiran juga ada peranannya dalam sistem pendidikan
negara.
Cuma kita kurang mengiktirafnya berbanding negara lain di dunia.
Namun, Kementerian Pelajaran tetap berusaha mengubah persepsi itu
seperti menaikkan taraf sekolah teknik dan vokasional kepada kolej
supaya ibu bapa nampak ada nilai lain yang boleh membentuk
kejayaan, katanya.
Ditanya sama ada mentaliti sedemikian boleh diubah, sedangkan
masyarakat sudah tepu dengan pemikiran itu, beliau berkata
perubahan boleh dibuat, tetapi mengambil masa lama.
Budaya peperiksaan akuinya, sudah sebati dalam sistem pendidikan
negara dan sudah menggantikan budaya ilmu.
Bagaimanapun, usaha mengubahnya sudah dilakukan sedikit demi
sedikit seperti perubahan yang dibuat pada sistem pentaksiran
negara.
Sebagai contoh, di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
(STPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sudah ada elemen sistem
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang bukan saja menilai
pelajar menerusi peperiksaan bertulis tapi kerja projek, kajian
luar dan amali.
Pengenalan ini selari hasrat kementerian untuk membangunkan
modal insan seimbang serta memperluaskan pendidikan lebih holistik,
katanya.
Beliau bagaimanapun tidak menafikan bahawa sistem peperiksaan
masih relevan bagi menilai keupayaan pencapaian pelajar terutama
dari segi pemahaman terhadap proses pembelajaran dan
pengajaran.
Peperiksaan masih relevan kerana di situlah kita boleh menilai
sejauh mana hasil pemahaman pelajar dalam proses pembelajaran dan
pengajaran.
Cuma pengubahsuaian dan penambahbaikan dalam sistem atau format
peperiksaan perlu dilakukan bagi melahirkan pelajar yang mampu
menjana kecemerlangan dalam seluruh aspek global, katanya mengakui
antara impak negatif yang ketara menerusi sistem peperiksaan ialah
budaya menghafal untuk peperiksaan.
Pelajar memang giat belajar, tapi bukan untuk memahami,
sebaliknya menghafal demi menjawab dalam peperiksaan selain
melupakan perkara yang gigih dipelajari sebaik tamat
peperiksaan.
Dengan kata lain, sistem pendidikan kita hanya menggalakkan
budaya menghafal bukannya pemikiran menyebabkan pelajar lebih
cenderung bergantung kepada jawapan contoh, hafalan dan soalan
ramalan berbanding memahami konsep dan teori.
Ini yang kebanyakannya berlaku menyebabkan peperiksaan tidak
boleh dijadikan penanda aras kepada keupayaan pelajar sebaliknya
budaya ilmu perlu diterapkan, katanya.
Beliau menekankan bahawa konsep peperiksaan adalah untuk
mengesan perkembangan pelajar secara menyeluruh mengenai prestasi
mereka dalam mencapai sasaran pembelajaran, untuk mengenal pasti
kekuatan dan kelemahan dalam pembelajaran dari semasa ke semasa,
mengetahui keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, memantau
kemajuan serta merangsang pencapaian lebih tinggi, selain
mengetahui pencapaian objektif pembelajaran.
Konsep peperiksaan boleh dilihat dari tiga sudut, iaitu
penilaian untuk pembelajaran, penilaian sebagai pembelajaran dan
penilaian pembelajaran.
Sebab itu, banyak pembaharuan sudah dibuat supaya golongan
sasaran celik mata dan minda bahawa sistem pendidikan kita sudah
tidak lagi terlalu berfokus pada peperiksaan tapi budaya
mendapatkan ilmu, katanya.- See more at:
http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/2013091605561020130916055610/Article/index_html#sthash.fkT7Z8Qm.dpuf
Isu 2 : Aplikasi Pendidikan Holistik
Aplikasi Pendidikan Holistik Dapat Menyumbang Kepada Pembangunan
Negara.
Pendidikan ialah proses pembangunan insan sepanjang
hayat.Pendidikan adalah salah satu bentuk perwujudan kebudayaan
manusia yang dinamis dan sarat dengan perkembangan. Perubahan atau
perkembangan pendidikan adalah perkara yang seharusnya dilakukan
seiring dengan perubahan budaya kehidupan manusia yang sentiasa
berubah-ubah. Perubahan pendidikan yang menuju kearah pendidikan
yang jitu, padu dan sempurna pada semua peringkat perlu terus
menerus dilakukan sebagai intipati kepentingan masa depan negara.
Maka ia tidak boleh diserahkan kepada satu ajensi sahaja.
Pendidikan tidak formal dalam masyarakat melalui berbagai saluran
dan pendidikan formal disekolah semuanya mempunyai saham tertentu
dalam pembangunan modal insan( Kamal Hassan, 1988).
Pendidikan yang mampu mendukung pembangunan di masa hadapan
adalah pendidikan yang mampu mengembangkan potensi individu
seseorang pelajar dan bukannya menilai individu berasaskan
keputusan gred semata-mata, sehinggalah individu tersebutmampu
menghadapi cabaran dan menyelesaikan masalah kehidupan yang bakal
dihadapinya. Pendidikan harus menyentuh potensi rohani mahupun
potensi kompetensi seseorang pelajar. Mengikut teori Dr. Howard
Gardner, beliau menyatakan setiap individu mempunyai kecerdasan dan
potensi yang berbeza-beza yang berkaitan dengan berbagai fungsi.
Semua kecerdasan tersebut dipergunakan tetapi pada kadar-kadar yang
berlainan dan mestilah berada dalam keadaan yang aktif untuk
membolehkan proses penjanaan idea-idea baru. Maka teori kecerdasan
Gardner ini telah merevolusikan pengajaran dan pembelajaran pada
masa kini serta boleh dijadikan panduan untuk perubahan ke arah
perkembangan pendidikan negara.
Justeru, konsep pendidikan haruslah mengalami perubahan seiring
dengan perubahan budaya kehidupan manusia.Apa yang berlaku pada
masa kini adalah,masyarakat terlalu berkehendakkan pendidikan yang
mampu mengikuti kehendak mereka dimana pendidikan tidak lagi
dipandang sebagai suatu wadah yang mampu membina keutuhan
masyarakat,kerana Semua ini berlaku akibat sentimen kebendaan yang
semakin menular akibat daripada pengaruh sekularisma dan arus
perubahan globalisasi ( Edupres Jurnal, 2011). Bertitik tolak dari
inilah terasa semakin penting apabila seseorang pelajar yang akan
membesar memasuki kehidupan bermasyarakat dan berkerjaya, kerana
mereka harus mampu menerapkan apa yang dipelajari di sekolah untuk
menghadapi masalah dan cabaran yang dihadapi dalam kehidupan
sehari-hari mereka mahupun yang akan datang.
Pendidikan merupakan proses sistematik untuk meningkatkan
martabat manusia secara holistik. Justeru itu, kerajaan haruslah
mengambil satu langkah baru sebagai inisiatif untuk melakukan
perubahan dalam bidang pendidikan. Ditambah pula dengan sejarah
menunjukkan sistem pendidikan negara kita sudah lama tidak dirombak
iaitu sejak 1979 lagi. Rombakan menyeluruh dasar pendidikan yang
diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini memberi seribu satu makna
kepada sistem pendidikan negara pada masa akan datang. Pada
asasnya, sistem pendidikan negara tidak boleh sesekali statik,
sebaliknya perlu sentiasa dinamik mengikut keperluan pada masa kini
dan hadapan. Untuk merealisasikan dasar pendidikan yang baru ini,
satu langkah harus dibuat iaitu dengan menerapkan pendidikan secara
holistik bersama-sama dengan pendidikan arus perdana yang tersedia
ada bagi mempersiapkan pelajar untuk menghadapi cabaran seharian
dan masa hadapan mereka.
Kajian yang dilakukan oleh Tonia T. Lennox dalam tesis beliau
yang bertajuk Education Towards Integration: An Alternative
Programme,2009 menyatakan, sistem pendidikan yang lama haruslah
mengalami perubahan dalam menghadapi cabaran globalisasi pada masa
kini. Beliau berpendapat pendidikan secara holistik amat membantu
dimana pendidikan ini menekankan aspek matlamat seseorang individu,
pembelajaran melalui pengalaman serta, nilai sensitiviti
perhubungan sesama manusia dan alam sekitar. Manakala berbeza
dengan Kaedah pendidikan tradisional, digambarkan sebagai yang
dikawal oleh kalendar dan jadual waktu, di mana peluang kepada
pelajar adalah terhad serta menggalakkan kaedah pembelajaran
hafalan buku teks atau lembaran kerja berjilid dan berpusatkan
guru.
Ini amat bertepatan dengan pendapat berdasarkan daripada satu
rencana yang penulis baca dari Utusan Malaysia bertarikh 20 Mac
2012, bertajuk Kearah sistem pendidikan Holistik yang dikarang oleh
Rohami Shafie, Pensyarah Kanan di Kolej Perniagaan, Universiti
Utara Malaysia. Beliau menyatakanbahawa masih terdapat kelemahan
dalam sistem pendidikan negara. Paling ketara sistem pendidikan
negara terlalu menumpukan aspek kejayaan meritokrasi melalui
penilaian berasaskan peperiksaan semata-mata dengan meminggirkan
aspek akhlak mulia para pelajar. Beliau berpendapat perkara inilah
yang perlu dikaji sedalam-dalamnya dan bukan sekadar melahirkan
generasi muda yang dikatakan amat berjaya mengikut acuan sistem
meritokrasi sedia ada. Beliau mengesyorkan agar sistem meritokrasi
ini dikaji secara menyeluruh kerana tidak mustahil ia boleh membawa
bahana kepada negara. Dengan menerapkan sistem pendidikan yang
lebih holistik dan menyeluruh kelemahan sistem pendidikan negara
yang ada sekarang dapat dikurangkan dan diatasi secara tidak
langsung. Ini kerana pendidikan holistik merupakan suatu konsep
yang memastikan setiap individu merasai dan menikmati kehidupan
mereka serta menghargai dan menilai semula pembelajaran, potensi
dalaman seperti kecerdikan, kreativiti dan nilai-nilai
kerohanian.
Pendidikan holistik adalah satu bidang pendidikan yang sangat
mendalam untuk dikaji. Terdapat ramai tokoh-tokoh pendidikan yang
membahaskan dan mencetuskan pendapat dalam konsep pembelajaran
secara holistik ini. Antaranya ialah Ron Miller (2005), beliau
berpendapat pendidikan holistik merupakan suatu falsafah pendidikan
yang terwujud daripada pemikiran bahawa pada dasarnya seorang
individu dapat menemukan identiti, makna dan tujuan hidup melalui
hubungannya dengan masyarakat, lingkungan alam, dan nilai-nilai
spiritual. Jelas beliau juga pendidikan holistik ini berkeupayaan
menanam kecintaan terhadap pembelajaran. Secara historis,
pendidikan holistik sebenarnya bukan perkara yang baru.Pendidikan
holistik berkembang sekitar tahun 1960-1970 akibat daripada
keprihatinan terhadap krisis ekologi,pencemaran nuklear, kimia dan
radiasi, serta kehancuran keluarga dimana hilang dan hancurnya
nilai-nilai tradisional serta institusinya.
Tujuan pendidikan holistik adalah membantu mengembangkan potensi
individu dalam suasana pembelajaran yang lebih menyenangkan dan
menggairahkan, demoktarik dan menerapkan nilai-nilai kemanusiaan
melalui pengalaman dalam berinteraksi dengan persekitarannya.
Melalui pendidikan holistik juga, pelajar diharapkan dapat menjadi
dirinya sendiri dalam erti kata lain dapat memperolehi kebebasan
psikologi, mengambil keputusan yang baik, belajar melalui cara yang
sesuai dengan dirinya, memperoleh kecekapan sosial, serta dapat
mengembangkan karakter dan emosionalnya (Basil Bernstein,
2000).Pendidikan holistik sebenarnya membabitkan pelbagai aspek
seperti proses pembelajaran, cara berfikir, kemahiran
berkomunikasi, proses pengajaran lebih menarik seperti menerusi
permainan dan pengendalian aktiviti luar, disiplin diri, keyakinan
diri, tanggungjawab, pemikiran kreatif dan kebolehan menyelesaikan
masalah.Hasil pembacaan dan pengamatan penulis, boleh dirumuskan
bahawa terdapat elemen-elemen yang terkandung dalam pendidikan
holistik di mana pendidikan ini menitikberatkan kepada potensi
setiap individu dari aspek kepandaian, emosi, sosial, fizikal,
kesenian, kreatif dan keupayaan rohani. Jelas menunjukkan bahawa,
pendidikan holistik ini masih sejajar dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan Malaysia yang mana pendidik perlu berusaha
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis daripada segi
intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada tuhan.
Hujahan ini dapat disokong lagi dengan laporan yang penulis baca
daripada laporan berita pendidikan Berita Harian, bertajuk
Pendidikan Holistik yang diberitakan oleh wartawan Noor Azlina
Zainudin.Rangkuman maklumat berita tersebut beliau perolehi di
Perbincangan Meja Bulat Mengenai Pendidikan Holistik anjuran
Institusi Pendidikan Kanak-kanak dan Remaja, WynKids di Kota
Damansara. Panel-panel yang terlibat di dalam perbincangan ini
rata-rata berpendapat bahawa sistem pendidikan negara sekarang
adalah berasaskan peperiksaan dan perlu diperbaiki. Situasi yang
berlaku mengakibatkan pelajar diarah mendengar penerangan guru
dalam kelas, bukan bertanya apabila tidak faham. Keadaan ini
menyebabkan pelajar berasakan bertanya soalan adalah satu kesalahan
dan mereka cuma perlu mendengar, mengumpul seberapa banyak
pengetahuan termasuk menunggu maklumat. Apabila berada di institusi
pengajian tinggi, mereka terpaksa bekerja keras mencari maklumat
sendiri, tanpa bantuan guru. Justeru, sebahagian besar pelajar
tidak mampu berdikari dan akhirnya menemui kegagalan.
Justeru, menurut mereka, hanya pelaksanaan pendidikan holistik
pada peringkat awal mampu melahirkan generasi muda serba boleh dan
membantu perkembangan keseluruhan pelajar dalam pelbagai aspek dan
bukan sekadar kecemerlangan akademik. Pelaksanaan pendidikan secara
holistik perlu membabitkan penyertaan pelbagai pihak termasuk
pelajar, guru, ibu bapa, masyarakat dan kerajaan sebagai usaha
memastikan generasi muda memperoleh manfaat sepenuhnya. Ini kerana
pendidikan holistik atau menyeluruh bukan menekankan kecemerlangan
akademik semata-mata tetapi membabitkan perkembangan dan
peningkatan potensi lain dalam diri setiap pelajar.
Selaras dengan dasar pendidikan yang baru diumumkan kerajaan,
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), Pelan Integriti Nasional
(PIN) dan seperti yang dihasratkan dalam Misi Nasional. satu
langkah yang boleh dibuat ialah dengan menerapkan pendidikan secara
holistik bersama-sama dengan pendidikan arus perdana yang tersedia
ada.Penulis amat bersetuju dengan langkah awal yang dilaksanakan
oleh kerajaan memperkenalkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
bagi menggantikan sistem peperiksaan sedia ada yang juga sebahagian
daripada Program Transformasi Pendidikan. Ini kerana Sistem PBS
adalah salah satu usaha kerajaan melalui Kementerian Pelajaran
membangunkan modal insan secara holistik dengan menekankan
penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap
progresif dan pengamalan nilai, etika dan moral yang tinggi. PBS
merupakan satu pentaksiran bersifat holistik yang dianggap
berkemampuan menilai aspek kognitif (intelek), efektif (emosi dan
rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Selaian daripada itu, Untuk mengubah sistem pendidikan sedia ada
kepada pendidikan holistik, metodologi pengajaran sangat penting
dan guru perlu dilatih melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran membabitkan penyertaan pelajar secara aktif, bukan
sekadar pendengar dan menghafal apa yang diajar. Justeru, kurikulum
yang dirancang juga harus diarahkan untuk mencapai tujuan
pembentukan manusia secara holistik. Pendidikan holistik dapat
diaplikasikan dalam proses pembelajaran dengan beberapa cara,
diantaranya dengan menerapkanIntegrated Learningatau pembelajaran
terintergrasi atau terpadu iaitu suatu pembelajaran yang
menggabungkan berbagai elemen yang berkaitan holistik dalam satu
bidang pembelajaran. Tujuan pembelajaran ini adalah agar pelajar
memahami kaitan di antara satu elemen dengan elemen lainnya, iaitu
antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran lain yang boleh
diaplikasikan dengan pengalaman hidup mereka.
Dalam pendidikan holistik, guru juga harus memainkan peranan
utama mereka dengan mengubah sifat yang hanya memimpin dan
mengawal, tetapi harus menunjukkan sikap sebagai kawan, mentor,
fasilitator, atau seorang teman yang berpengalaman kepada pelajar
mereka (Forbes, 1996). Kesinambungannya, guru juga harus mengajar
mengikut metodologi pembelajaran yang berbeza dan berpusatkan
murid. Kerana cara pembelajaran setiap individu adalah berbeza.
Dengan itu, metodologi pengajaran juga perlulah bersesuaian dengan
keupayaan setiap individu bagi membantu mereka memperolehi
pengalaman, kebijaksanaan dan keyakinan diri dalam menghadapi
cabaran di masa hadapan. Tambahan pula, sektor pekerjaan juga
memerlukan warga mahir yang bukan saja memiliki pengetahuan tetapi
individu bersifat holistik yang mampu menyelesaikan permasalahan
selain boleh berinteraksi dengan baik dan bekerjasama dalam satu
kumpulan. Walaubagaimanapun, Sekolah ataupun institusi pendidikan
juga hendaklah menjadi tempat pelajar dan guru bekerja secara
kondusif agar mencapai tujuan yang saling menguntungkan. Di mana,
dapat mewujudkan suasana komunikasi yang terbuka dan jujur, serta
menghargai perbezaan individu yang wujud dan mengutamakan sifat
kerjasama berbanding sifat untuk bersaing.
Pendidikan holistik juga menganjurkan beberapa strategi yang
boleh dijadikan panduan untuk menangani persoalan bagaimana untuk
mengajar seseorang dan bagaimana seseorang itu belajar. Idea
holistik itu sendiri menyokong kepada pendidikan yang dilaksanakan
secara transformasi bukannya melihat pendidikan sebagai satu proses
penghantaran ilmudan penerimaan ilmu semata-mata. Pembelajaran
transformasi melibatkan perubahan yang dapat dijana oleh pemikiran
pelajar itu sendiri. Perubahan ini dipengaruhi oleh pandangan mata
, tabiat minda, dan persepsi mereka terhadap dunia. Dengan erti
kata mudah, pelajar dapat menjana ilmu, nilai-nilai murni dan
pengalaman pembelajaran yang mereka terima dan mengaplikasikan
dengan kehidupan harian mereka.Dengan itu dapat disenaraikan
beberapa perkara yang boleh dipertimbangkan dalam mengembangkan
strategi pembelajaran holistik, antaranya ialah menggunakan
pendekatan pembelajaran transformatif, prosedur kurikulum
pembelajaran yang fleksibel, penyelesaian masalah melalui lintas
disiplin ilmu, pembelajaran yang bermakna dan, pembelajaran yang
melibatkan persekitaran individu itu berada.
Secara keseluruhannya, perubahan haruslah dilakukan untuk
mencapai satu sistem pendidikan yang dapat melahirkan insan yang
tabah menghadapi cabaran, bertamadun, serta mampu mendukung
pembangunan di masa hadapan, berakhlak mulia, mempunyai sifat
kerohanian yang tinggi dan nilai-nilai moral masyarakat. Justeru
itu, untuk melestarikan sistem pendidikan yang sedia ada, tindakan
harus diambil dengan mewujudkan pembelajaran yang mampu
mengembangkan potensi indidivu berbanding akademik semata-mata.
Pengajaran dan pembelajaran secara menyeluruh dan holistik yang
diterapkan di dalam sistem pendidikan negara secara tidak langsung
dapat membantu mengatasi kebejatan sosial masyarakat Malaysia.
Selain itu, pendidikan holistik yang dilaksanakan secara bersepadu
membantu negara melahirkan golongan yang bukan terpelajar, tetapi
juga mempunyai pakej lengkap sekali gus penyumbang ke arah
pembangunan negara.