Bahagian Psikologi & Kaunseling Kementerian Pendidikan Malaysia Vol : 2/ 2018
Bahagian Psikologi & Kaunseling Kementerian Pendidikan Malaysia
Vol : 2/ 2018
Program Karnival Komuniti Orang Asli anjuran BPsK dan BPSH berharap dapat merapatkan hubungan dengan
pihak sekolah dengan masyarakat setempat, sejajar dengan anjakan 9 Pelan Pembangunan Pendikan Malaysia.
Program ini bermatlamat meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pendidikan kepada orang asli serta
mewujudkan hubungan yang akrab di antara warga pendidik dan penduduk setempat. Secara rasionalnya,
program ini ingin menerapkan nilai-nilai yang baik dari sudut akliah dan rohaniah untuk membina jati diri sekaligus
meningkatkan taraf kehidupan masyarakar orang asli supaya mampu bersaing dengan masyarakat lain di
Malaysia.
Program ini bermula di negeri Pahang di SK Titom dan SK Lanai, Kuala Lipis, Pahang pada 17 hingga 18 April
yang lalu.
Kemudian, diikuti di negeri Perak di SK Sg. Tiang, Gerik (26 Jun 2018) dan SK Chenderong Kelubi, Tanjung
Tualang (28 Jun 2018), serta di negeri Terengganu pada tarikh yang sama di SK Sg. Pergam, Kemaman dan SK
Sg. Berua di Hulu Terengganu.
Seterusnya, program telah bergerak ke SK Sayong Pinang, Kulai dan SK Segamat Kecil, Segamat bermula 24
Julai hingga 26 Julai 2018. Diikuti ke negeri Kelantan di SK Bihai dan SK Pasir Linggi, Gua Musang pada 14 dan
15 haribulan Ogos 2018.
Di negeri Selangor, SK (A) Bukit Kemandol, Kuala Langat menghangatkan karnival orang asli pada 28 Ogos
lepas dan diikuti ke SK Tun Abdul Razak, Hulu Selangor pada 30 Ogos 2018.
Bagi Negeri Sembilan, SK Sg. Sampo, daerah Jempol/Jelebu turut menjalankan program yang sama pada 28
Ogos dan diikuti pada keesokannya di SK Tekir, Labu, Seremban.
Bagi sekolah yang mempunyai ramai pelajar tahun 5 hingga tahun 6, para kaunselor BPsK dan JPN negeri serta
KOD akan memberi bengkel personaliti dan kerjaya untuk membantu mereka memahami keperluan kepribadian
mereka untuk akan datang.
Atas ingin memperluaskan peranan kaunseling dalam masyarakar setempat,
BPsK bersama Asyik fm (RTM) bergabung menyediakan segmen khas “Hey
OK! Hik OK!” khusus untuk komuniti orang asli.
Bertempat di studio Asyik fm (RTM), kaunselor BPsK telah membuat rakaman
mengikut jadual yang telah ditetapkan sejak awal bulan Jun 2018 hingga
terakhir pada 4 Julai 2018 . Rancangan itu mula beroperasi pada 4 Julai lalu
pada frekuensi 91.1 fm, pada setiap hari Rabu, jam 12.00 tengah hari hingga
12.30 tengah hari.
Pada 29 – 30 Jun 2018 (Jumaat – Sabtu), pihak Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11 (2) telah menjemput 2 orang fasilitator dari BPsK untuk mengendalikan Modul OMBAK, iaitu Pn. Salamiah Hasan dan En. Khairudin Mohamed. Program ini telah diadakan di Pusat Kokurikulum Melaka, Merlimau dan melibatkan seramai 81 orang guru dan staf. Hasil dari penilaian program menunjukkan rata-rata peserta sangat berpuas hati dengan aktiviti yang telah dijalankan.
Seterusnya, BPsK akan turun ke sekolah-sekolah di Putrajaya untuk menjalankan Modul OMBAK mengikut jadual di bawah :-
7 Julai 2018 - SMK Putrajaya Presint 14 (1)
14 Julai 2018 - SK Putrajaya Presint 14 (1)
SK Putrajaya Presint 18 (2)
SK Putrajaya Presint 16 (2)
SK Putrajaya Presint 5 (1)
“Mui num mui”
BICARA SANTAI 3.0 : HIJRAH LGBT – PENGALAMAN SEORANG MAKNYAH (CIKGU ERIN).
Unit Pofesionalisme Kaunselor (UPK) BPsK telah menganjurkan satu slot
Bicara Santai yang bertajuk Hijrah LGBT : Pengalaman Seorang
Maknyah pada 10 Ogos 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat BPsK.
Perkongsian diberikan oleh penceramah jemputan iaitu Cikgu Mohd.
Khairiri dari SK Kg. Raja Uda, Klang berdasarkan pengalaman sebenar
sebagai bekas maknyah yang telah terjebak dengan gejala ini sejak dari
bangku sekolah lagi. Slot ini juga membawakan pendedahan tentang
dunia sebenar kehidupan golongan maknyah yang bergelumang dengan
konflik dalaman diri serta bagaimana mereka berhadapan dengan
kehidupan seharian serta menempatkan diri mereka dalam masyarakat.
Slot Bicara Santai kali ini bertujuan untuk memberi pemahaman kepada
kaunselor supaya lebih memahami dunia sebenar gejala ini yang
semakin menjadi-jadi dan seterusnya membuka ruang untuk kaunselor
untuk membantu golongan ini dalam berhadapan dengan konflik serta
isu kehidupan mereka. Semoga dengan usaha kecil ini dapat membuka
ruang dan peluang untuk kaunselor menyalurkan kemahiran dan
keilmuan psikologi dan kaunseling dalam membantu membina
masyarakat yang sejahtera.
Bengkel Asas Penilaian Sesi Kaunseling (Klinikal Supervision)
Kaunselor Organisasi, Kementerian Pendidikan Malaysia Anjuran Bahagaian Psikologi Dan Kaunseling
7-9 Ogos 2018
Pada 7-9 ogos 2018, Unit Profesionalisme Kaunselor telah menjalankan Bengkel Asas Penyeliaan Sesi Kaunseling kepada 48
orang kaunselor organnisasi dari BPSK, Jabatan Pendidikan Negeri, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru Malaysia.
Tujuan bengkel ini adalah untuk melatih bakal penyelia sesi kaunseling Kementerian Pendidikan Malaysia yang akan memperolehi tauliah penyeliaan dari KPM dan Lembaga Kaunselor Malaysia. Pensyarah dan pemeriksa Refleksi Bertulis adalah Prof. Madya Dr Wan Marzuki Wan Jaafar , Ketua Jabatan Pendidikan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Putra Malaysia dan merangkap Presiden Lembaga Kaunselor Malaysia.
Semoga bengkel ini akan menghasilkan barisan penyelia sesi kaunseling yang kompeten sekaligus memberikan perkhidmatan terbaik kepada klien.
KURSUS DSM V DAN LAWATAN KE HOSPITAL BAHAGIA
TANJUNG RAMBUTAN, ULU KINTA PERAK.
Pada 15- 17 Julai 2018, Unit Profesionalisme Kaunselor BPsK telah mengadakan
kursus DSM-V dan Lawatan ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan. Kursus ini bertujuan
memberikan pendedahan berfokus kepada 40 orang kaunselor organisasi KPM berkaitan
kesihatan mental . Kursus ini disertai oleh 23 orang kaunselor organisasi dari BPsK, 2 orang
kaunselor IPG Ipoh, 2 orang kaunselor Kolej Matrikulasi Perak, 2 orang kaunselor dari Jabatan
Pendidikan Negeri Perak dan 9 orang kaunselor dari Pejabat Pendidikan Daerah Negeri
Perak.
Bermula pada 16 Julai 2018, bertempat di Kolej Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan
Shah, kursus DSM-V telah dijalankan dengan kerjasama Royal College of Medicine Perak
(RCMP) . Kursus ini telah dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Muhammad, pensyarah RCMP
yang juga merupakan pakar dalam bidang psikatrik. Pengajar dan makan minum telah ditaja
sepenuhnya oleh pihak RCMP.
Pada hari kedua kursus, para peserta
dibawa melawat ke Hospital Bahagia Ulu Kinta,
Ipoh Perak. Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat
dengan lebih jelas tentang diri pesakit mental, cara
rawatan , aktiviti dan persekitaran yang dibentuk
untuk membantu memulihkan para pesakit mental.
Bermula dengan taklimat oleh Dr. Shamini A/P
Arasalinggam, pakar psikatrik Hospital Bahagia, dan
kemudian para peserta dibawa untuk berinteraksi
dengan pesakit dibengkel kerja dan wad kebun.
Berdasarkan penilaian
program , 100 peratus
peserta ingin menjalani
kursus lanjutan manakala
90 peratus peserta
bersetuju untuk
menjalani program
penempatan kerja
sementara di sektor
kesihatan mental.
Dr. Shamini A/P Arasalinggam,
Bagi membugarkan kembali semangat dan motivasi kepada warga
organisasi BPsK. Bengkel Pemantapan Organisasi dilaksanakan
sebagai satu refreshment dalam semangat berpasukan atau
united.
Menggunakan konsep kerja berpasukan adalah satu pendekatan
yang unik tapi kreatif. Hal ini kerana pendekatan kerja berpasukan
mengenal pasti segala kekuatan dan kelebihan kesemua ahli,
mengembleng segala elemen positif dan mengabungkannya
sebagai satu punca tenaga yang baru (Francis & Young 1979).
Pemimpin atau pengurus boleh menjadikan satu pasukan kerja
yang lebih efektif dengan cara mengumpul semua ahlinya yang
berbakat serta memupuk dan memotivasikan semangat mereka
menjadi lebih positif demi mencapai matlamat pasukan kerja yang
ditetapkan.
Pada 3 hingga 4 Ogos lalu bertempat di Dusun Akin Resort, Batu
14, Hulu Langat , dusun buah-buahan ini dipilih untuk
mengurangkan tekanan fizikal dan mental walaupun
menjalankan tugasan kumpulan. Tugasan sangat santai dan
menguatkan ukhwah antara warga BPsK…..
Keratan-keratan akhbar yang tersiar di muka hadapan suratkhabr tempatan pada 29 dan 30 Ogos 2018
Pn. Normazwin Bt. Yahya,
Setiuasaha Bahagian, BPsK
diwawancara pemberita dari
beberapa akhbar tempatan
di SK Tekir, Negeri Sembilan
pada 29 Ogos 2018 yang lalu.
BENGKEL PEMBENTANGAN KAJIAN TINDAKAN DAN PELAPORAN PERKHIDMATAN
KAUNSELING TERHADAP MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK) DAN KAKITANGAN
ORANG KURANG UPAYA (OKU)
Pada 29 – 30 Ogos 2018, Unit Profesionalisme Kaunselor BPsK telah menganjurkan Begkel
Pembentangan Kajian Tindakan Dan Pelaporan Perkhidmatan Kaunseling Terhadap Klien MBK Dan
OKU. Bengkel ini melibatkan 30 orang kaunselor organisasi dari 3 buah daerah dan negeri serta guru
bimbingan dan Kaunseling dari 20 buah sekolah menengah intergrasi.
Bengkel ini merupakan fasa ke empat dari Program Pemantapan Perkhidmatan Kaunseling
Terhadap MBK dan OKU setelah para peserta menjalani Kursus Asas Pendidikan Khas dan
menjalankan perkhidmatan serta
kajian tindakan selama empat bulan
iaitu bermula bulan April hingga
Ogos 2018.
Moga program ini mencapai objektif
yang digariskan demi memartabatkan
lagi perkhidmatan Kaunseling di
Malaysia.