Top Banner
Bagaimanakah aspek seni bina masjid Cordova mencerminkan kegemilangan Islam? SENI BINA MASJID CORDOVA DEKORAS I KEKUKUHA N STRUKTUR DAN REKA BENTUK
5

Bagaimanakah Aspek Seni Bina Masjid Cordova Mencerminkan Kegemilangan Islam

Nov 16, 2015

Download

Documents

Amir Fikri

SEJARAH FORM 4 FORM 5
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript

Bagaimanakah aspek seni bina masjid Cordova mencerminkan kegemilangan Islam?

Masjid Cordova di Sepanyol merupakan antara masjid yang paling penting dalam sejarah islam. Masjid ini dibangun oleh Khalifah Bani Umayyah yang bernama Abdurrahman III. Masjid ini memiliki seni bina yang tinggi dan indah.Reka bentuk dan struktur masjid ini merupakan yang paling canggih semasa zaman pembinanaanya.Tinggi menaranya ialah 36 meter.Masjid ini diperbuat daripada 1293 tiang yang terbuat dari berbagai macam marmar bermotif papan catur.

Masjid ini juga mempunyai kubah yang beralaskan kayu berukir.Di bahagian selatan terdapat 19 pintu berlapiskan gangsa dengan dekorasi yang sangat menakjubkan. Sementara pintu tengahnya berlapiskan kepingan-kepingan ukiran yang diperbuat daripada emas. Panjang Masjid Cordoba dari utara ke selatan mencapai 175 meter dan lebarnya dari timur ke barat 134 meter.Manakala tingginya mencapai 20 meter tidak termasuk menaranya.

Setiap gerbang atau lengkungan antara sesebuah tiang dan tiang yang lain di masjid itu diperbuat daripada batu-bata merah dan batu putih. Gabungan unsur batu-batu tersebut mampu mewujudkan konsep jaluran yang menakjubkan. Konsep jaluran merah-putih itu banyak mempengaruhi seni bina bangunan di Sepanyol. Hiasan dindingnya disemarakkan unsur flora dan inskripsi dari al-Quran dalam bentuk ukiran kapur, kaca, marmar dan mozaik emas.Bangunan masjid ini sangat kukuh dan tahan gempa, bahkan satu gempa bumi yang kuat terjadi tahun 1793 (gempa bumi Lisabon) dan tidak ada sedikitpun keretakan yang terjadi pada masjid ini. Sedangkan bangunan Kathedral dalam bahagian masjid ini yang didirikan pada awal abad ke-13 masihi telah mengalami keretakan yang masih boleh dilihat pada hari ini.

Selain itu, kemegahan dekorasi pada ruang solat juga sangat mengagumkan terutamanya di ruang mihrab.Hiasan-hiasan diletakkan pada ruangan kecil berbentuk okatagon. Konfigurasi dan dekorasi yang menakjubkan pada mihrab tersebut menjadikannya sebagai salah satu pusat perhatian. Kemegahan Masjid Cordoba yang bertahan hingga sekarang menjadi saksi zaman keemasan Islam di benua Eropah.

Pada malam hari, masjid itu diterangi 4.700 buah lampu yang menggunakan 11 tan minyak setahun.Hal ini kerana masjid ini menjadi pusat pelbagai jenis aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan terutamanya perdagangan dan pendidikan.