BAGAIMANA UNTUK MENUBUHKAN Manual Pelengkap kepada PEKELILING AMALAN PERNIAGAAN TERBAIK 1/2010 DI TEMPAT KERJA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK
BAGAIMANA UNTUKMENUBUHKAN
Manual Pelengkap kepadaPEKELILING AMALAN
PERNIAGAAN TERBAIK 1/2010
DI TEMPAT KERJA
TAMAN ASUHAN
KANAK-KANAK
PENGHARGAAN
Set Panduan mengenai Bagaimana untuk Menubuhkan
Taman Asuhan Kanak-Kanak di Tempat Kerja ini
diwujudkan melalui suatu usaha sama antara
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan UNICEF
Malaysia.
Set Panduan ini disediakan hasil dari input teknikal
daripada perunding UNICEF Malaysia, Amy Bala.
BANTUAN EDITORIAL DAN SUSUN ATUR
Shiao Eek Tee
Nur Ishqi Zakaria
Maya Faisal
Cara Kamaruddin
Dina Ramli
© Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan UNICEF
Malaysia, 2010.
Ulasan, ringkasan atau terjemahan sebahagian atau
keseluruhan penerbitan ini boleh dibuat secara bebas
dengan menyatakan penghargaan yang sewajarnya.
Penerbitan ini tidak boleh digunakan bersama dengan
tujuan komersial.
aii
KATA-KATA ALU-ALUANOLEH YABHG. DATIN PADUKA SERI ROSMAH MANSOR
Peringkat awal kanak-kanak merupakan tempoh yang amat penting dalam pembangunan manusia. Dengan memberikan asuhan dan pendidikan dari peringkat awal kanak-kanak, kita bukan sahaja membina asas yang
kukuh bagi kehidupan anak-anak tetapi juga bagi pembangunan Malaysia. Pembangunan awal kanak-kanak merupakan suatu pelaburan yang strategik bagi pembentukan modal insan yang berkualiti; memberikan pulangan yang paling tinggi dalam pembangunan ekonomi dan merupakan cara penjimatan kos yang terbaik bagi mengurangkan kemiskinan dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi.
Walaupun ibu bapa dan sedikit sebanyak pengasuh dan pendidik, sebahagian besarnya bertanggungjawab untuk memberikan asuhan awal kepada kanak-kanak, tanggungjawab itu bermula di peringkat tertinggi tadbir urus, di mana Kerajaan mengiktiraf, dan komited sepenuhnya dalam kewajipannya untuk memberikan asuhan awal kepada kanak-kanak sebagai suatu agenda yang penting dalam pembangunan negara.
Memandangkan Malaysia kini dalam proses menjadi negara yang membangun sepenuhnya menjelang tahun 2020, lebih ramai keluarga diminta supaya menyesuaikan persiapan mereka berkaitan penjagaan kanak-kanak memandangkan kedua-dua ibu bapa bekerja sepenuh masa. Kecekapan paraibu bapa boleh ditingkatkan dengan sebaik-baiknya jika mereka boleh mencapai keseimbangan yang mampan antara kerjaya dengan kehidupan, yang disokong oleh majikan, perniagaan dan perindustrian. Sebagai pihak yang berkepentingan kepada kesejahteraan seseorang pekerja, syarikat-syarikat berada di kedudukan utama untuk memastikan yang kakitangan boleh memenuhi tuntutan di tempat kerja dan di rumah.
Majikan yang menyokong penubuhan taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja mencerminkan komitmen mereka untuk mencapai konsep triple bottom line, dan memaparkan sikap mengambil berat tentang hal “insan” selari dengan sikap mengambil berat tentang hal “keuntungan”. Komitmen sedemikian adalah selari dengan prinsip 1Malaysia mengenai keadilan sosial dan agenda Kerajaan untuk menggalakkan tanggungjawab korporat melalui Rancangan Malaysia Ke-10.
Manual ini yang merupakan pelengkap kepada Pekeliling Amalan Perniagaan Terbaik oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan UNICEF Malaysia, adalah suatu sumbangan yang ketara hasil daripada kerjasama di antara kedua-dua pihak. Saya mengucapkan tahniah kepada kedua-dua organisasi kerana menggalakkan tanggungjawab korporat (CR) dalam persekitaran perniagaan dan menyeru syarikat-syarikat supaya menyokong dan melaksanakan program taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja.
Perkongsian ini mampu menjadi contoh kerjasama di Malaysia untuk membina suatu platform yang kukuh bagi membantu anak-anak kita mencapai kejayaan.
Terima kasih.
DATIN PADUKA SERI ROSMAH MANSOR
b
Kanak-kanak di Malaysia merupakan aset kita yang paling berharga. Mereka merupakan pengajaran dari masa lampau dan peninggalan nenek moyang kita, dan juga impian negara kita pada masa hadapan.
Walau bagaimanapun, apa yang kita lakukan untuk anak-anak kita pada hari ini adalah amat penting. Kita perlu memberikan keutamaan kepada pendidikan dan peluang untuk memajukan diri dengan sebaik mungkin kepada mereka.
Oleh yang demikian, kebanyakan ibu bapa juga menghadapi cabaran dalam menyediakan kehidupan yang selesa kepada keluarga, yang lazimnya bermakna kedua-dua ibu dan bapa perlu bekerja. Perkara ini menimbulkan suatu persoalan yang penting:
“Bagaimanakah kita memperoleh keseimbangan antara keperluan untuk memberikan asuhan dan pendidikan terbaik di peringkat awal kepada kanak-kanak dengan keperluan kedua-dua ibu bapa kanak-kanak untuk bekerja?”
Penyelesaian yang baik adalah melalui penubuhan taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja. Taman asuhan ini bukanlah hanya semata-mata menjadi tempat di mana ibu bapa yang bekerja boleh menempatkan anak mereka sementara mereka bekerja; taman asuhan perlu menjadi tempat di mana kanak-kanak boleh meluaskan imaginasi mereka dan meningkatkan potensi sebenar mereka.
Dalam hal ini, Manual yang diusahakan bersama oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Malaysia adalah amat berguna. Manual tersebut tidak memperincikan penubuhan taman asuhan kanak-kanak semata-mata, tetapi ia juga memberikan pendekatan yang komprehensif ke arah penjagaan kanak-kanak yang lebih baik. Ini termasuklah menggariskan isu-isu seperti kepentingan terbaik bagi kanak-kanak, selari dengan Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak; pengambilan kakitangan yang berkelayakan; keperluan dan kepentingan mempunyai program dan kurikulum yang memberikan tumpuan kepada kanak-kanak; keperluan dan kepentingan mempunyai kakitangan bagi tujuan pemantauan sistem; dan sumber kewangan untuk memenuhi kehendak bajet dalam menubuhkan dan menjalankan sesebuah taman asuhan kanak-kanak, dan seterusnya prosedur pendaftaran dan pembaharuan.
Kami berharap agar Manual ini akan menggalakkan penyediaan tempat asuhan yang baik kepada kanak-kanak dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara kita melalui produktiviti, dan hidup yang berkualiti serta peningkatan moral pekerja dapat dicapai dengan menempatkan taman asuhan kanak-kanak berdekatan tempat kerja kita.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memuji inisiatif yang diambil oleh SSM dan UNICEF Malaysia. Saya berharap akan ada lebih banyak inisiatif bersama yang bermanfaat pada masa hadapan antara kedua-dua organisasi ini.
DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB
iii
KATA ALU-ALUANOLEH MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN
c
Lazimnya, kita tidak ingat tentang pengalaman kita semasa di alam kanak-kanak sebelum umur tiga atau empat tahun. Perkara yang kita ingat mungkin hanya gambaran yang berasaskan deria kita: bau syampu ibu
atau perasaan memijak rumput semasa bermain-main dengan ayah di taman.
Walaupun hanya seketika, bayangan sepintas lalu tentang zaman awal kanak-kanak ini wujud disebabkan pengalaman berharga yang meninggalkan kesan yang berpanjangan semasa kehidupan seseorang kanak-kanak. Penyelidikan mengenai perkembangan awal kanak-kanak menunjukkan bahawa lima tahun yang pertama khususnya adalah penting bagi perkembangan otak kanak-kanak, dan pengalaman awal mempunyai kesan secara langsung terhadap cara kanak-kanak membangunkan kemahiran pembelajaran dan juga kemampuan dari segi sosial dan emosi.
Apabila diberikan jagaan dan asuhan yang baik pada tahun-tahun terawal mereka, kanak-kanak akan dapat hidup, membesar dengan cara yang sihat, kurang berpenyakit dan jarang dijangkiti penyakit, dan berkembang sepenuhnya dari segi kemahiran berfikir, berbahasa, emosi dan sosial. Apabila memasuki alam persekolahan, potensi mereka untuk berjaya menjadi bertambah baik. Dan sebagai remaja, mereka akan mempunyai nilai harga diri yang lebih tinggi. Seterusnya, mereka mempunyai peluang yang amat cerah untuk menjadi anggota masyarakat yang kreatif dan produktif.
Dengan mengiktiraf setiap hak kanak-kanak untuk hidup dan membesar dengan sempurna, UNICEF menyokong kuat perkembangan awal kanak-kanak dan prihatin dalam membantu setiap kanak-kanak mencapai potensi mereka dengan sepenuhnya. Selain itu, manfaat yang diperoleh daripada asuhan kanak-kanak pada peringkat awal dapat merungkaikan kitaran kemiskinan, penyakit dan keganasan, dan memacu proses pembangunan sesebuah negara.
Malaysia telah membuat pelaburan strategik dalam pendidikan dan penjagaan awal kanak-kanak melalui dasar pendidikan prasekolah, kerangka kerja perundangan yang komprehensif, dan penyediaan perkhidmatan kesihatan dan sosial. Kerajaan juga berpandangan luas dalam menggalakkan tanggungjawab korporat dalam isu kanak-kanak dan menggalakkan sektor swasta supaya menyumbang ke arah pencapaian hak kanak-kanak.
UNICEF benar-benar percaya kepada kuasa perkongsian dan mempunyai banyak pengalaman bekerja dengan sektor swasta. Perkongsian kami dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merupakan suatu komitmen ke arah mengubah kehidupan jutaan kanak-kanak dengan mengubah cara kami bekerja.
Sebagai salah satu langkah permulaan ke arah menggalakkan amalan perniagaan yang mesra kanak-kanak, UNICEF dan SSM telah menghasilkan manual ini sebagai panduan kepada majikan dalam menubuhkan taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja, berdasarkan kepada prinsip yang mendukung kepentingan terbaik bagi kanak-kanak. Di bawah perkongsian ini, lebih banyak inisiatif yang akan menggalakkan kesedaran yang tinggi mengenai hak kanak-kanak dan mewujudkan penyelesaian yang inovatif dalam hal yang melibatkan kanak-kanak.
Kami akan berusaha bersama-sama ke arah memastikan yang tahun-tahun terawal anak-anak kita dipenuhi dengan pengalaman yang bermanfaat, merangsangkan dan menggembirakan.
HANS OLSEN WAKIL KEPADA UNICEF MALAYSIA
iiiiiiiV
KATA ALU-ALUANOLEH HANS OLSEN
d
Syarikat dan perniagaan lazimnya dikenali sebagai entiti ekonomi yang berlandaskan keuntungan. Walaupun tidak salah bagi entiti tersebut untuk berusaha ke arah memaksimumkan hasil mereka, keadaan bidang
korporat dan perniagaan pada hari ini menuntut lebih daripada mereka bukan sahaja perlu memperoleh keuntungan malah mereka juga dikehendaki untuk memastikan bahawa perniagaan yang dijalankan tidak mewujudkan kesan negatif kepada persekitaran, masyarakat dan juga ekonomi secara umumnya. Kehendak ini lebih dikenali ramai sebagai “tanggungjawab korporat”.
Sebagai pengawal selia bagi bidang korporat dan perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menyedari bahawa ia boleh memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan pemahaman dan kesedaran mengenai tanggungjawab korporat dan menggalakkan budaya tanggungjawab korporat di kalangan syarikat dan perniagaan di Malaysia. Menyedari akan peranan yang penting ini, SSM telah mengusahakan beberapa inisiatif termasuk pembangunan Agenda Tanggungjawab Korporat yang telah dilancarkan pada 30 Jun 2009.
SSM juga telah mengadakan kerjasama strategik dengan pihak-pihak dari luar yang mempunyai matlamat yang sama berhubung dengan tanggungjawab korporat. Adakah kerjasama tersebut membuahkan apa-apa hasil setakat ini? Jawapan saya ialah “YA” dan lahirnya Manual ini membuktikan salah satu daripada hasil tersebut. Manual ini diusahakan bersama oleh SSM dan salah satu daripada rakan kongsi strategiknya, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Malaysia, hasil daripada persefahaman untuk mengadakan kerjasama ke arah meningkatkan kesejahteraan kanak-kanak di Malaysia dengan menggalakkan tanggungjawab korporat di kalangan golongan korporat dan ahli perniagaan.
Selain edisi pertama Pekeliling Amalan Perniagaan Terbaik (BBPC 1/2010) yang dilancarkan dahulu pada 28 Januari 2010, Manual ini juga menjadi panduan yang amat baik kepada majikan daripada sektor korporat dan perniagaan dalam menubuhkan taman asuhan kanak-kanak bagi pekerja mereka. Meliputi pelbagai topik daripada prinsip yang mendukung kepentingan terbaik bagi kanak-kanak hingga prosedur pendaftaran bagi taman asuhan kanak-kanak, saya benar-benar berharap agar Manual ini dapat mencapai objektifnya iaitu untuk memudahkan majikan daripada sektor korporat dan perniagaan dalam menubuhkan taman asuhan kanak-kanak bagi pekerja mereka.
Bagi pihak SSM, saya ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada UNICEF Malaysia atas kerjasama yang diberikan dan pengalaman serta pengetahuan yang dikongsikan dalam usahasama membangunkan Manual ini.
“Memacu Perniagaan Melebihi Keberuntungan”
DATO’ AZMI BIN ARIFFIN
v
KATA ALU-ALUANOLEH KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
Susunan Isi Kandungan
PEMERHATIAN LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENUBUHKAN TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK .................2
KESELURUHAN
BAB 1 PENGENALAN .................................................................................................................................................3
BAB 2 BAGAIMANA UNTUK MENUBUHKAN TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK:
BEBERAPA SOALAN ASAS .....................................................................................................................5
BAB 3 MENUBUHKAN TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK DEMI KEPENTINGAN TERBAIK
BAGI KANAK-KANAK ..................................................................................................................................9
Prinsip Kepentingan Terbaik Bagi Kanak-Kanak ...........................................................................10
Dasar, Garis Panduan dan Amalan ......................................................................................................10
Bagaimanakah Anda Memastikan Pelaksanaan Amalan Profesional di Taman Asuhan
Kanak-Kanak?...................................................................................................................................11
Merancang Aktiviti dan Kurikulum bagi Kanak-Kanak di Taman Asuhan Kanak-Kanak .....12
Kepentingan Mempunyai Program dan Kurikulum Berpusatkan Kanak-Kanak ..................13
Pengambilan Makanan bagi Kanak-Kanak di Taman Asuhan Kanak-Kanak ........................14
Pelan Susun Atur bagi Taman Asuhan Kanak-Kanak ....................................................................14
BAB 4 MENGAMBIL YANG TERBAIK UNTUK BEKERJA ...........................................................................15
Pengambilan pekerja ...............................................................................................................................16
Kakitangan Taman Asuhan Kanak-Kanak .........................................................................................17
Saringan – Kenapakah Perkara Ini Penting? ....................................................................................19
Kontrak dan Terma Pekerjaan – Adakah Anda Memerlukannya? .................................................19
Pengurusan Sumber Manusia .............................................................................................................20
BAB 5 MENCAPAI ASUHAN YANG BERKUALITI .........................................................................................21
Memantau Prestasi Kakitangan bagi Memastikan Asuhan yang Berkualiti ........................22
BAB 6 APAKAH SUMBER KEWANGAN YANG DIPERLUKAN? .............................................................25
Apakah Anggaran Belanjawan? ..........................................................................................................26
BAB 7 PROSEDUR DAN PEMBAHARUAN PENDAFTARAN ....................................................................29
Pembaharuan Perakuan Pendaftaran .............................................................................................30
Istilah Utama ................................................................................................................................................34
Sumber .............................................................................................................................................................34
Lampiran ..........................................................................................................................................................35
Lampiran 1: Latar Belakang Ringkas mengenai Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 .....35
Lampiran 2: Senarai Semak sebagai Panduan bagi Proses Penubuhan Taman Asuhan
Kanak-Kanak ..................................................................................................................................................36
Lampiran 3: Contoh Jadual Waktu .....................................................................................................38
Lampiran 4: Contoh Kurikulum .........................................................................................................40
Lampiran 5: Merancang Susun Atur Taman Asuhan ....................................................................44
Lampiran 6: Contoh Perihalan Kerja ...................................................................................................46
Lampiran 7: Contoh Surat Tawaran ..................................................................................................49
Lampiran 8: Butir-Butir Rekod yang perlu Disimpan di Taman Asuhan Kanak-Kanak .....50
Lampiran 9: Contoh Anggaran Belanjawan .....................................................................................51
2
Langkah-Langkah Untuk Menubuhkan Taman Asuhan Kanak-Kanak
PERSEDIAAN PENUBUHAN
PEMANTAUAN
• Kerangka Kerja Kajian & Pembangunan
• Pembangunan Alat Penilaian
• Pelantikan Penilai
• Sistem Pemantauan Melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
• Akreditasi Pusat/Kakitangan
• Latihan Yang Memerlukan Penilaian
• Modul Latihan
• Pensijilan/Praktikum
• Penilaian & Peperiksaan
• Kerangka Kerja/Tempoh Latihan
• Latihan/Orientasi Dalaman
• Luaran/Perkhidmatan dari luar
• Cadangan Projek
• Kerangka Kerja Kewangan
• Rakan Kongsi/Pemegang Tugas
• Kerangka Kerja Perundangan
• Kerangka Kerja Organisasi
• Kehendak Ruang Fizikal
• Modus Operandi
• Latihan dan Pembangunan Kapasiti
• Kerangka Kerja Kajian & Pembangunan
• Fasa Mereka Bentuk
• Fasa Pengubahsuaian
• Pemerolehan
• Penyerahan Tapak
• Pembinaan Di Tapak
• Pelancaran & Pemulaan Operasi
LATIHAN
PE
ME
RH
AT
IAN
KE
SE
LU
RU
HA
N L
an
gkah
-lan
gkah
un
tuk
Me
nu
bu
hkan
Tam
an
Asu
han
Kan
ak-K
an
ak
BAB 1PENGENALAN
4
BA
B 1
P
en
ge
nala
n
Tahun-tahun awal dalam kehidupan seseorang kanak-kanak diakui
sebagai waktu pembelajaran, pertumbuhan dan perkembangan yang
paling cepat. Penjagaan dan pendidikan anak-anak kecil merupakan
tanggungjawab yang berterusan bagi pengasuh utama, iaitu ibu bapa
mereka. Walau bagaimanapun, amalan penjagaan secara tradisional
berubah apabila ibu bapa berhadapan dengan halangan dari segi
ekonomi yang sebahagian besarnya mempengaruhi perancangan
tentang penjagaan anak-anak mereka. Dengan peningkatan kos sara
hidup dan kepesatan pembangunan ekonomi dan keperluan kedua-dua
ibu bapa untuk bekerja, ibu bapa perlu membuat perancangan tentang
penjagaan anak-anak mereka yang tidak mengikut tradisi, termasuk
penjagaan oleh saudara mara seperti ibu dan bapa saudara dan datuk
serta nenek.
Setiap kanak-kanak berhak disayangi dan menerima asuhan dan
sokongan yang sepatutnya mengikut keperluannya untuk berkembang.
Asuhan dan sokongan ini termasuklah penjagaan kesihatan dan
pendidikan yang berkaitan, serta peluang untuk bergaul dan dihargai dan
diterima sebagai seorang yang penting dalam keluarga dan masyarakat.
Oleh itu, adalah penting untuk mengadakan taman asuhan kanak-kanak
yang mudah diakses dan berpatutan bagi memastikan bahawa hak dan
kesejahteraan kanak-kanak dilindungi. Penyediaan taman asuhan kanak-
kanak yang berkualiti merupakan suatu tanggungjawab yang melibatkan
seluruh masyarakat, keluarga, majikan, penyedia taman asuhan kanak-
kanak dan Kerajaan.
Kerajaan telah mengambil langkah-langkah untuk mengawal selia dan
mengadakan perkhidmatan bagi kanak-kanak di bawah kerangka kerja
Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak1 (CRC).
Undang-undang dan dasar mengenai penjagaan kanak-kanak yang dinyatakan di bawah merupakan prinsip utama ke arah membangunkan suatu persekitaran yang selamat bagi kanak-kanak di Malaysia:
1. Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 19842
2. Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak
(Di Institusi) 19853
3. Akta Pusat Jagaan 19934
4. Akta Kanak-Kanak 20015
5. Dasar Perlindungan Kanak-Kanak 2009
Latar belakang ringkas mengenai Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak
1984, yang merupakan statut utama yang mentadbir penubuhan taman
asuhan kanak-kanak di Malaysia, disediakan dalam Lampiran 1.
Kajian mengenai taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja dan
dasar sokongan oleh pihak pengurusan telah menunjukkan bahawa
kedua-duanya menyumbang kepada keseimbangan kerja dan hidup
dan menambah baik produktiviti pekerja. Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengesyorkan agar majikan daripada
sektor swasta dan awam melaksanakan tanggungjawab menubuhkan
taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja bagi pekerja mereka.
Potongan cukai dan insentif khas disediakan bagi menggalakkan
penubuhan pusat-pusat sedemikian.
Setiap kanak-kanak berhak disayangi dan
menerima asuhan dan sokongan yang
sepatutnya mengikut keperluannya untuk
berkembang.
1. KonvensyenPertubuhanBangsa-BangsaBersatu
yang menetapkan hak kanak-kanak di bawah
umur18tahun.
2. Perundangan yang terletak di bawah Jabatan
KebajikanMasyarakatMalaysiayangmenetapkan
standardminimumbagiperkhidmatanpenjagaan
kanak-kanakalternatifbagikanak-kanakdibawah
umur4tahun.
3. PeraturanyangmenyokongAktaTamanAsuhan
Kanak-Kanak 1984 dan menetapkan kehendak
dari segi pentadbiran, pengendalian, kesihatan
dankeselamatan.
4. Perundangan yang terletak di bawah Jabatan
KebajikanMasyarakatMalaysiayangmenetapkan
standard minimum bagi pusat-pusat yang
menyediakan perkhidmatan penjagaan di rumah
atau jagaanharianbagipenjagaan,perlindungan
dan keselamatan orang tua, orang kelainan
upaya,juvana,wanitadankanak-kanak.
5. Perundangan yang terletak di bawah Jabatan
KebajikanMasyarakatMalaysiayangmengadakan
peruntukan bagi penjagaan dan perlindungan
kanak-kanakyangmenghadapihalkeadaanyang
sukar.
BAB 2BAGAIMANA UNTUK MENUBUHKAN TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK: BEBERAPA SOALAN ASAS
6
Soalan 1: Apakah yang perlu dilakukan sebelum menubuhkan taman asuhan kanak-kanak?
Mana-mana individu atau organisasi yang berminat untuk menubuhkan
taman asuhan kanak-kanak memerlukan maklumat utama daripada
Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 dan Peraturan-Peraturan Taman
Asuhan Kanak-Kanak (Di Institusi) 1985. Ini termasuklah mengambil
kira prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM) bagi proses pendaftaran taman asuhan kanak-kanak. Perakuan
Pendaftaran akan dikeluarkan oleh ibu pejabat JKM.
Langkah 1: Membeli Buku Garis Panduan Penubuhan Taman
Asuhan Kanak-Kanak daripada Pejabat JKM Daerah dengan
bayaran fi sebanyak RM10.00. Anda akan memperoleh garis
panduan, borang utama dan kehendak dan prosedur asas yang
ditetapkan oleh JKM, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba
& Penyelamat dan Jabatan Kesihatan.
Langkah 2: Selepas memahami garis panduan dan prosedur yang
terlibat, organisasi anda perlu membuat keputusan sama ada
hendak menubuhkan taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja
atau hanya menyediakan insentif penjagaan kanak-kanak6 bagi
pekerjanya.
Soalan 2: Apakah yang perlu dilakukan apabila anda membuat keputusan untuk menubuhkan taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja?
1. Mengenal pasti kumpulan umur yang akan diambil kira untuk
penjagaan. Adakah anda ingin menyediakan perkhidmatan
kepada semua kumpulan umur, atau hanya kanak-kanak di bawah
umur 4 tahun?
2. Membuat keputusan sama ada anda juga ingin menyediakan
perkhidmatan penjagaan sebelum/selepas waktu persekolahan
bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
3. Membuat keputusan mengenai waktu operasi pusat tersebut.
Adakah waktu operasi tersebut selari dengan waktu bekerja
rasmi atau boleh dilanjutkan masa untuk disesuaikan dengan
keperluan waktu kerja lebih masa, dsb?
4. Mengkaji ruang pejabat anda untuk menentukan sama ada
ruang itu boleh menampung permintaan daripada semua pekerja
yang memerlukan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak. Jika
tidak boleh, apakah pilihan yang lain yang boleh disediakan?
5. Menentukan pengambilan kakitangan bagi penjagaan kanak-
kanak adalah selaras dengan peruntukan undang-undang
BA
B 2
B
ag
aim
an
a u
ntu
k M
en
ub
uh
kan
Tam
an
Asu
han
Kan
ak-k
an
ak
6. Insentif penjagaan kanak-kanak merupakan
faedah kepada kakitangan yang memerlukan
perkhidmatanpenjagaankanak-kanakbagianak-
anak mereka. Faedah tersebut adalah dalam
bentuk bayaran tunai secara langsung atau
pemberiansubsidibagifipenjagaankanak-kanak
di mana-mana taman asuhan kanak-kanak yang
ditetapkan(ditetapkanataudipilihsamaadaoleh
majikanatauibu/bapa).
7
Bagaimanakah dengan kelayakan asas dan struktur gaji
mereka?
6. Membuat keputusan tentang bayaran fi oleh ibu bapa.
Berapakah peratusan fi yang boleh diberikan subsidi? Adakah
kadarnya sama rata bagi semua pekerja atau adakah kadar
ditentukan berdasarkan kepada skala gaji pekerja?
7. Membuat keputusan mengenai orang yang akan mengendalikan
pusat tersebut–calon hendaklah mempunyai kepakaran untuk
mengadakan dan melaksanakan suatu kurikulum yang
memberikan tumpuan kepada kepentingan terbaik bagi kanak-
kanak dalam jagaan.
BA
B 2
B
ag
aim
an
a u
ntu
k M
en
ub
uh
kan
Tam
an
Asu
han
Kan
ak-k
an
ak
Dalam membuat keputusan tentang pengambilan kanak-kanak, seseorang hendaklah mempertimbangkan perkara yang berikut:
1. Saiz taman asuhan – Kajian kebolehlaksanaan secara
dalaman mengenai keperluan kakitangan bagi
perkhidmatan penjagaan kanak-kanak mestilah dijalankan
bagi menentukan bilangan yang dijangkakan dan juga
kumpulan umur.
2. Kumpulan umur kanak-kanak – Mempertimbangkan
kenaikan kos jika anda ingin mengambil ramai kanak-kanak
dalam suatu kumpulan umur tertentu.
3. Reka bentuk ruang dan kemudahan – Untuk mengelakkan
kesesakan, pengurusan tahap hingar dan pengurusan
kakitangan, jadual aktiviti dan rutin secara keseluruhan
mestilah bersesuaian bagi perancangan ruang dan
kemudahan di taman asuhan tersebut. Sebaik-baiknya,
ruang hendaklah dihadkan kepada satu tingkat dengan akses
ke laluan kecemasan dan laluan bagi tujuan pengosongan
sekiranya berlaku kecemasan.
4. Menguruskan keperluan kanak-kanak – Mengatur
pengambilan kanak-kanak mengikut kumpulan umur
yang berbeza, terutamanya yang berumur 3 tahun dan ke
bawah. Pengasuh hendaklah bersiap sedia untuk memenuhi
keperluan yang disasarkan daripada semua kumpulan umur.
5. Akses – Taman asuhan mestilah mempunyai suatu tempat
yang selamat dan mudah bagi ibu bapa menghantar
dan mengambil anak-anak mereka. Bagi tujuan ini,
pengubahsuaian mungkin perlu dilakukan.
6. Persekitaran yang selamat – Bahagian luar dan dalam
taman asuhan mestilah dilengkapi ciri-ciri keselamatan
yang berkualiti.
7. Pengurusan amalan terbaik – Memastikan penyediaan
kurikulum, penjagaan kesihatan dan pemakanan, termasuk
menyediakan keperluan bagi kanak-kanak dengan keperluan
khas, dilaksanakan secara menyeluruh dan dengan cermat.
8
Soalan 3: Apakah sumber kewangan yang tersedia bagi membolehkan anda mengadakan program berpusatkan kanak-kanak?
Kos asas bagi mengendalikan sesuatu taman asuhan kanak-kanak
termasuklah yang berikut:
1. Kos penubuhan bagi reka bentuk susun atur, dan juga perabot
dan peralatan bagi semua bilik di bahagian dalam dan luar, dan
bagi sudut pembelajaran termasuk alat mainan dan buku.
2. Menentukan fi bagi prosedur/kelulusan pendaftaran yang
berkaitan.
3. Menghitung kos tetap bulanan yang ditanggung di setiap taman
asuhan. Ini termasuklah sewaan, kemudahan, kos bagi makanan
dan kelengkapan diri mengikut bilangan kanak-kanak, gaji dan
insentif kewangan bagi semua kakitangan, program latihan
yang berterusan bagi kakitangan, penggantian alat mainan dan
bahan-bahan bagi aktiviti, dan perbelanjaan lain yang
bersampingan seperti perubatan dan penyelenggaraan
keseluruhan.
Nota: Butir-butir lanjut mengenai kos dan anggaran belanjawan terdapat dalam Bab 6.
Soalan 4: Adakah anda perlu mendapatkan sumber bagi pembiayaan?
Geran Kerajaan adalah tersedia, tertakluk kepada syarat-syarat
tertentu:
1. Agensi Kerajaan yang menyediakan taman asuhan kanak-kanak
di tempat kerja mereka akan diberikan geran sebanyak
RM200,000 untuk mengubah suai dan melengkapi kemudahan
mereka. Agensi kerajaan berkenaan tidak mengendalikan taman
asuhan tersebut sendiri. Lazimnya, taman asuhan dikendalikan
oleh pihak luar seperti sesuatu persatuan atau individu yang
mengemukakan kertas kerja kepada Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat atas syor
agensi kerajaan yang berkaitan itu.
2. Majikan daripada sektor swasta yang menubuhkan taman asuhan
kanak-kanak diberikan pengurangan cukai tahunan sebanyak
10% atas kos penubuhan bagi tempoh 10 tahun. Ini hanyalah
bagi taman asuhan kanak-kanak yang ditubuhkan di tempat
kerja.
Suatu senarai semak mengenai bagaimana untuk menubuhkan taman
asuhan kanak-kanak disediakan dalam Lampiran 2.
BA
B 2
B
ag
aim
an
a u
ntu
k M
en
ub
uh
kan
Tam
an
Asu
han
Kan
ak-k
an
ak
BAB 3MENUBUHKAN TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK DEMI KEPENTINGAN TERBAIK BAGI KANAK-KANAK
10
Prinsip Kepentingan Terbaik Bagi Kanak-Kanak
Kepentingan terbaik kanak-kanak merupakan satu daripada prinsip
asas CRC. Pemakaiannya yang berkesan di taman asuhan kanak-kanak,
antara lain, adalah melalui pelaksanaan kurikulum berpusatkan kanak-
kanak, penguatkuasaan dasar perlindungan kanak-kanak, pengambilan
pengasuh yang dilatih secara profesional dan dengan mengadakan
perkongsian profesional dengan ibu bapa atau pengasuh kanak-
kanak. Selain itu, pertimbangan lain seperti susun atur taman asuhan
kanak-kanak dan pengambilan makanan oleh kanak-kanak di taman
asuhan tersebut juga penting memandangkan usaha sedemikian akan
menyumbang ke arah perkembangan potensi maksimum kanak-kanak.
“Dalam semua tindakan yang melibatkan kanak-kanak, sama ada yang diambil oleh institusi kebajikan masyarakat awam atau swasta, mahkamah, pihak berkuasa pentadbiran atau badan perundangan, kepentingan terbaik bagi kanak-kanak hendaklah menjadi perkara utama yang dipertimbangkan.”
Perkara 3(1) Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak
Dasar, Garis Panduan dan Amalan
Semua dasar, garis panduan dan amalan penjagaan kanak-kanak
hendaklah dirumuskan dan dilaksanakan selaras dengan prinsip-prinsip
CRC. Selain garis panduan dalam Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak7,
semua taman asuhan kanak-kanak perlu merumuskan dan melaksanakan
suatu dasar perlindungan kanak-kanak bagi memastikan kesejahteraan
kanak-kanak sepenuhnya.
Sebagai sebahagian daripada proses, semua kakitangan yang diambil
perlu melalui saringan dan menjalani latihan dari aspek perlindungan
kanak-kanak. Mereka perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran
bagi mewujudkan persekitaran yang selamat dan mampu mewujudkan
peluang yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak sepenuhnya
melalui aktiviti permainan dan santai.
7. Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak, atau (KAAK)
dirancang dan dibangunkan oleh Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM) mengikut kehendak
Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 dan
Peraturan-PeraturanTamanAsuhanKanak-Kanak
(Di Institusi) 1985. Pakej berkenaan dirancang
bagi memberikan pengetahuan mengenai
perkembangankanak-kanak,dan jugakemahiran
dalam merancang dan melaksanakan sesuatu
program yang merangkumi kepentingan terbaik
dalam asuhan kanak-kanak bagi kanak-kanak
di bawah umur 4 tahun. Kursus ini diwajibkan
bagisemuapengasuhkanak-kanakdandiperakui
oleh JKM. Sila hubungi Bahagian Perundangan
dan Advokasi, JKM, Kuala Lumpur bagi
mendapatkan senarai Agensi Latihan yang telah
diakreditasiolehJKM.
BA
B 3
M
en
ub
uh
kan
Tam
an
Asu
han
Kan
ak-k
an
ak d
em
i K
ep
en
tin
gan
Te
rbaik
bag
i K
an
ak-k
an
ak
Faktor-faktor yang menyumbang kepada asuhan kanak-kanak yang berkualiti tinggi:
1. Nisbah kanak-kanak dengan pengasuh yang rendah – ini akan
meningkatkan kebarangkalian perhatian khusus dapat
diberikan.
2. Persekitaran yang selamat dan sihat – ini akan menggalakkan
kanak-kanak untuk meneroka dan mengambil bahagian dalam
aktiviti.
3. Pengasuh kanak-kanak yang memberikan asuhan dan
berpengetahuan dalam perkembangan kanak-kanak –
pengasuh tersebut boleh merancang dan melaksanakan
aktiviti berpusatkan kanak-kanak.
4. Pengasuh yang memberikan sepenuh perhatian akan
mempengaruhi kehidupan kanak-kanak dengan konsisten dan
stabil – ini akan menyumbang kepada perkembangan kanak-
kanak yang mempunyai kestabilan emosi.
11
Bagaimanakah Anda Memastikan Pelaksanaan Amalan Profesional di Taman Asuhan Kanak-Kanak?
Bagi memastikan amalan profesional diterima pakai di taman asuhan
kanak-kanak, taman asuhan tersebut perlu mempunyai suatu program
yang mengandungi pernyataan bertulis dan dasar yang diamalkan bagi
memenuhi keperluan semua kanak-kanak dalam jagaan mereka yang:
Apabila seseorang kanak-kanak dihantar ke taman asuhan, prosedur
rujukan dan kemasukan yang jelas perlu ditetapkan bagi memastikan
kepentingan terbaik kanak-kanak itu. Maklumat mengenai program,
dasar, prosedur dan garis panduan tentang hak dan tanggungjawab
ibu bapa hendaklah tersedia, dan juga kehendak atau keperluan untuk
mematuhi kehendak undang-undang dan dasar.
Taman asuhan kanak-kanak hendaklah mengambil kira juga perkara
yang berikut:
BA
B 3
M
en
ub
uh
kan
Tam
an
Asu
han
Kan
ak-k
an
ak d
em
i K
ep
en
tin
gan
Te
rbaik
bag
i K
an
ak-k
an
ak
1. Menggariskan tujuan dan objektif, dan menyediakan secara
khusus tentang aspek kesihatan, pemakanan, keselamatan dan
perlindungan kanak-kanak dalam jagaan;
2. Memenuhi keperluan kanak-kanak dari segi kesesuaian
perkembangan dan budaya dengan menekankan penglibatan
ibu bapa; dan
3. Memberikan tumpuan kepada kepentingan terbaik bagi kanak-
kanak dan mengiktiraf sifat kanak-kanak yang unik dan
tersendiri, serta pilihan dan pendapat mereka.
1. Pemilihan kakitangan perlu diberikan tumpuan kepada
kualiti, dan pengasuh kanak-kanak perlu profesional dan
menunjukkan bahawa mereka menghargai kanak-kanak
secara semulajadi, tanpa mengambil kira latar belakang dan
kelakuan;
2. Kakitangan perlu menghormati hak asas setiap kanak-kanak;
3. Dasar dan amalan pengambilan perlu diadakan bagi semua
kakitangan, pelatih dan pekerja sukarela;
4. Semua kemudahan taman asuhan kanak-kanak perlu
mempunyai prosedur yang ditetapkan bagi menangani
penderaan kanak-kanak yang disyaki, termasuk dakwaan
terhadap kakitangan;
5. Mengadakan prosedur dan rekod yang lengkap berhubung
dengan kanak-kanak, kakitangan, taman asuhan dan aktiviti
yang melibatkan ibu bapa; dan
6. Kajian semula berkala dijalankan untuk menilai program dan
kemampuan kakitangan.
12
Merancang Aktiviti dan Kurikulum bagi Kanak-Kanak di TamanAsuhan Kanak-Kanak
Tahun-tahun awal yang merangkumi kanak-kanak di bawah umur 6 tahun
adalah merupakan tempoh yang penting bagi merealisasikan potensi
seseorang kanak-kanak. Tahun-tahun awal tersebut merupakan asas
bagi perkembangan kesihatan fizikal dan mental mereka, ketenteraman
emosi, pengenalan budaya dan diri, serta kemampuan yang diperlukan
untuk meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan mereka. Di
peringkat ini, anak-anak kecil:
Kurikulum merupakan suatu program aktiviti yang dirancang untuk
mencapai objektif pembelajaran tertentu. Dalam erti kata yang lebih
mudah, aktiviti mampu membentuk sebuah kurikulum. Bagi taman
asuhan kanak-kanak, adalah penting untuk mengadakan kurikulum
berpusatkan kanak-kanak bagi membantu perkembangan kanak-kanak.
Aktiviti yang dirancang sebagai sebahagian daripada kurikulum perlu
diberikan kebolehan kepada kanak-kanak menggunakan pancaindera
mereka untuk menerokai dan mengetahui, menghubung kait pengalaman
baru dengan pembelajaran terdahulu, dan berkongsi pengalaman dengan
yang lain.
BA
B 3
M
en
ub
uh
kan
Tam
an
Asu
han
Kan
ak-k
an
ak d
em
i K
ep
en
tin
gan
Te
rbaik
bag
i K
an
ak-k
an
ak
1. Melalui tempoh pertumbuhan fizikal yang paling cepat,
membina perkataan, meningkatkan kemahiran bertutur dan
keupayaan berfikir, dan mempunyai kemahiran bergaul dan
berinteraksi;
2. Membina hubungan yang rapat dengan ibu bapa atau
pengasuh kanak-kanak yang lain, yang daripadanya kanak-
kanak itu mendapatkan dan memerlukan asuhan, jagaan,
bimbingan dan perlindungan, dengan cara yang menghormati
pembinaan sifat tersendiri dan keupayaan pertumbuhan
mereka; dan
3. Berinteraksi dan membina hubungan di mana anak-anak
kecil belajar berbincang dan menyelaras aktiviti yang
dikongsi, menyelesaikan masalah, menjadi bersepakat dan
bertanggungjawab bagi orang lain.
Beberapa prinsip kurikulum adalah seperti yang berikut:
1. Setiap kanak-kanak perlu dihormati sebagai seorang individu;
2. Ibu atau bapa adalah merupakan pendidik utama bagi kanak-
kanak;
3. Keluarga dan masyarakat memainkan peranan utama dalam
pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak;
4. Setiap kanak-kanak mempunyai hak kesamarataan dari segi
peluang dan keadilan sosial; dan
5. Pendidikan merupakan suatu proses sepanjang hayat.
13
Pendekatan pembelajaran dengan cara ‘bermain’ dititikberatkan di
taman asuhan kanak-kanak memandangkan cara terbaik untuk kanak-
kanak belajar adalah melalui penyertaan secara aktif dari segi mental dan
fizikal, melalui process berfikir dan melakukan aktiviti. Apabila kanak-
kanak bermain, proses dan pengalaman pembelajaran merangsang
minda mereka dan mempengaruhi pembelajaran seumur hidup.
Bagi anak-anak kecil, bermain bukanlah suatu aktiviti rekreasi – ia bukanlah aktiviti di masa lapang mahupun aktiviti untuk mencuri masa. Bermain merupakan waktu untuk berfikir bagi anak-anak kecil. Waktu untuk bertutur. Waktu untuk mencari penyelesaian. Waktu untuk berfikir, membuat rancangan dan bertanya. Ia merupakan waktu untuk menyusun idea, apabila anak-anak kecil menggunakan tubuh dan kemahiran sosialnya dan segala tenaganya sebagai tindak balas kepada rangsangan yang diperolehnya.
James L. Hymes, Jr. (abad ke-20), Pakar perkembangan kanak-kanak di Amerika Syarikat, penulis. Mengajar Kanak-Kanak Di Bawah Enam Tahun, bab 1 (1968)
Bagi memastikan perkembangan secara menyeluruh, pengasuh perlu
merancang suatu jadual dan aktiviti yang bersamaan. Ini akan memastikan
bahawa kanak-kanak diberikan peluang untuk meningkatkan penguasaan
mereka dalam aspek yang berhubungan dengan kemahiran melihat,
mendengar dan melakukan pergerakan, bertutur dan membaca, pra-
matematik dan pra-sains. Ia juga perlu untuk membolehkan kanak-kanak
memahami konsep tekstur, warna, bentuk, ruang, arah dan masa. Selain
itu, terdapat keperluan untuk mengadakan aktiviti bagi menggalakkan
perkembangan dari segi sosial dan emosi dengan memupuk sifat
menghargai diri dan kemahiran hidup kendiri.
Mengikut prosedur pendaftaran, dua jadual aktiviti mingguan yang
dirancang perlu dilampirkan bersama-sama dengan borang permohonan.
Jadual ini , selepas ini dikenali sebagai jadual waktu, akan menunjukkan
aktiviti yang dijalankan oleh pengasuh. Jadual waktu mingguan akan
menunjukkan aktiviti selaras dengan tema yang telah disediakan bagi
setiap bulan. Pengasuh yang bertanggungjawab bagi kumpulan umur
tertentu akan memastikan bahawa aktiviti tersebut mencapai objektif
keseluruhan program taman asuhan berkenaan.
Contoh jadual waktu bagi kanak-kanak disediakan dalam Lampiran 3 sementara contoh kurikulum disediakan dalam Lampiran 4.
Kepentingan Mempunyai Program dan Kurikulum Berpusatkan Kanak-Kanak
Setiap kanak-kanak merupakan seorang individu. Pertumbuhan dan
perkembangannya amat dipengaruhi oleh pengalaman sosial dan budaya
yang diperoleh di rumah, dalam kawasan kejiranan dan di taman asuhan
kanak-kanak. Oleh yang demikian, adalah penting untuk merumuskan
suatu kurikulum berpusatkan kanak-kanak, termasuk program yang
menekankan hubungan dengan ibu bapa.
BA
B 3
M
en
ub
uh
kan
Tam
an
Asu
han
Kan
ak-k
an
ak d
em
i K
ep
en
tin
gan
Te
rbaik
bag
i K
an
ak-k
an
ak
14
Apabila sesuatu kurikulum memberikan perhatian kepada keperluan
asas setiap kanak-kanak, ia akan membolehkan kanak-kanak itu
membesar dan berkembang dalam persekitaran sosial dan budaya yang
bersesuaian. Ia juga akan membolehkan kanak-kanak itu membesar
mengikut tahap yang sewajarnya dan dengan mudah, serta berpeluang
untuk mencapai potensinya dengan maksimum.
Pengambilan Makanan bagi Kanak-Kanak di Taman Asuhan Kanak-Kanak
Taman asuhan kanak-kanak juga bertanggungjawab untuk menyediakan
makanan berkhasiat kepada kanak-kanak. Di bawah Peraturan-Peraturan
Taman Asuhan Kanak-Kanak (Di Institusi) 1985, makanan yang disediakan
bagi kanak-kanak hendaklah bersih dan mesti termasuk susu, makanan
berprotein, dan buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Selain itu, adalah
menjadi suatu syarat untuk tukang masak diberikan vaksin bagi penyakit
kepialu sebagaimana yang dikehendaki oleh Kementerian Kesihatan.
Suatu menu perlu disediakan selaras dengan garis panduan Kementerian
Kesihatan dan hendaklah dijadikan tersedia bagi pemeriksaan oleh pihak
berkuasa.
Makanan boleh dihidangkan di taman asuhan kanak-kanak sebanyak 3
atau 4 kali sehari. Bagi kanak-kanak dari golongan yang kurang bernasib
baik, sebaik-baiknya sarapan pagi disediakan, tetapi bagi kanak-kanak
dari golongan yang agak mewah, mereka dianggap telah mengambil
sarapan pagi sebelum dihantar ke taman asuhan. Makan malam
tidak digalakkan kerana adalah penting bagi kanak-kanak menikmati
sekurang-kurangnya satu waktu makan utama dengan keluarga mereka.
Pelan Susun Atur bagi Taman Asuhan Kanak-Kanak
Sesuatu taman asuhan kanak-kanak perlu mempunyai susun atur
yang selamat dan memenuhi keperluan khas kanak-kanak. Susun
atur taman asuhan perlu mewujudkan persekitaran yang sesuai bagi
pembelajaran kanak-kanak dan perkembangan potensi mereka.
Kehendak tertentu berhubung dengan susun atur di taman asuhan
kanak-kanak dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Taman Asuhan
Kanak-Kanak (Di Institusi) 1985.
Butir-butir mengenai pelan susun atur di taman asuhan kanak-kanak
boleh didapati dalam Lampiran 5.
Suatu menu perlu disediakan selaras
dengan garis panduan Kementerian Kesihatan dan hendaklah tersedia bagi pemeriksaan oleh
pihak berkuasa.
BA
B 3
M
en
ub
uh
kan
Tam
an
Asu
han
Kan
ak-k
an
ak d
em
i K
ep
en
tin
gan
Te
rbaik
bag
i K
an
ak-k
an
ak
BAB 4MENGAMBIL YANG TERBAIK UNTUK BEKERJA
16
Pengambilan pekerja
Sesuatu taman asuhan kanak-kanak bukan sahaja memerlukan program
terbaik tetapi juga kakitangan yang sesuai bagi melaksanakan program
dengan berkesan. Pencarian individu yang sesuai dengan pekerjaan
tersebut bermula dari proses pengambilan pekerja.
Proses pengambilan secara amnya melibatkan pengiklanan jawatan,
temu bual dan pemilihan pekerja/kakitangan baru. Sebelum mendraf
iklan bagi jawatan tertentu, penyelia mestilah terlebih dahulu menyatakan
kehendak bagi jawatan tersebut berdasarkan kepada perihalan kerja
yang berkaitan, dan menentukan saraan serta faedah lain.
Tidak kurang pentingnya bagi perihalan kerja kakitangan yang berbeza
dinyatakan dengan jelas. Ini akan membolehkan kakitangan tersebut
memahami dan menjalankan tugas mereka dengan berkesan.
Kekosongan jawatan boleh diiklankan melalui beberapa cara:
1. Secara lisan kepada kakitangan atau persatuan pengasuh kanak-
kanak berdaftar tempatan. Kakitangan dalam sesuatu taman
asuhan digalakkan untuk memohon jawatan yang lebih tinggi.
Perkara ini boleh memberikan motivasi kepada kakitangan untuk
bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh kerana usaha mereka
akan diiktiraf.
2. Melalui notis yang dipamerkan di tempat-tempat yang akan
dibaca oleh mereka yang berpotensi menjadi calon, seperti di
universiti atau kolej tempatan yang menawarkan kursus asuhan
awal kanak-kanak atau persatuan pengasuh kanak-kanak
berdaftar tempatan. Beberapa kolej dan universiti tempatan
menyediakan perkhidmatan penempatan bagi pelatih dan
siswazah mereka, dan akan berusaha untuk menyesuaikan pelatih
dan siswazah tersebut dengan mereka yang berpotensi menjadi
majikan.
3. Dalam surat khabar tempatan dan sebarang berita yang
berkaitan dengan zaman awal kanak-kanak. Pengeluaran iklan
dalam surat khabar lazimnya merupakan kaedah yang lebih
mahal, oleh itu iklan tersebut perlulah lebih ringkas. Walau
bagaimanapun, bagi taman asuhan yang baru ditubuhkan dan
mempunyai beberapa kekosongan jawatan, adalah lebih baik
jika dikeluarkan iklan yang lebih besar, mudah dilihat, terperinci
dan khusus di dalam surat khabar kerana ia akan menarik
perhatian lebih ramai calon yang ‘sesuai’.
Contoh perihalan kerja bagi seseorang pengasuh adalah sebagaimana
dalam Lampiran 6.
BA
B 4
M
en
gam
bil
yan
g T
erb
aik
un
tuk B
eke
rja
17
Kakitangan Taman Asuhan Kanak-Kanak
Kakitangan yang berhubung secara langsung dengan kanak-kanak
dikenali sebagai personel program utama. Mereka termasuklah
pengendali, penyelia dan pengasuh kanak-kanak. Kakitangan yang
berhubung secara tidak langsung dengan kanak-kanak tetapi berperanan
sebagai pembantu dikenali sebagai personel program sokongan. Mereka
termasuklah kerani, tukang masak, pencuci dan pekebun.
Kakitangan boleh bekerja sepenuh masa atau separuh masa. Pengasuh
kanak-kanak, penyelia dan pengendali lazimnya bekerja sepenuh masa
(8 jam sehari), pada setiap hari taman asuhan itu beroperasi. Pekerja
separuh masa hanya bekerja beberapa jam dalam seminggu, atau hanya
apabila perkhidmatan mereka diperlukan. Sebagai contoh, seorang
pekebun hanya perlu bekerja selama satu hari dalam seminggu.
Nisbah minimum pengasuh kepada kanak-kanak yang dikehendaki di
bawah Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Di Institusi)
1985 adalah seperti yang berikut:
Bilangan pengasuh
Bilangan Kanak-kanak
1 5 orang kanak-kanak di bawah umur 3 tahun
110 orang kanak-kanak berumur antara3 hingga 4 tahun
1 4 orang kanak-kanak kelainan upaya
Walau bagaimanapun, perlu dinyatakan bahawa nisbah ini tidak
bersamaan dengan tahap kualiti memandangkan pengasuh kanak-
kanak tidak boleh menjalankan tugasnya dengan berkesan pada tahap
minimum sedemikian. Bayi dan todler sentiasa memerlukan penjagaan
secara perseorangan dan seorang pengasuh kanak-kanak tidak boleh
diberikan tanggungjawab untuk menjaga lebih daripada 2 bayi dalam
satu masa. Kanak-kanak yang lebih besar, terutamanya yang melebihi 2
tahun tetapi di bawah 3 tahun, boleh mengikut arahan yang mudah dan
mempelajari kemahiran hidup kendiri, oleh itu pengasuh kanak-kanak
boleh menyelia hingga 5 orang kanak-kanak dalam satu masa.
Bilangan pengasuh yang dicadangkan bagi 60 orang kanak-kanak
adalah seperti di bawah:
KumpulanUmur
Bilangan Kanak-kanak
NisbahKakitangan:
Kanak-kanak
Bilangan Kumpulan
BilanganPengasuh
Kanan
JumlahKaki-
tangan
0 - 8 bulan 10 1:3 3 1 4
8 -12 bulan 10 1:3 3 0 3
12-18 bulan 5 1:5 1 0 1
18-24 bulan 5 1:5 1 0 1
2 tahun 10 1:5 2 1 3
3 tahun 10 1:5 2 0 2
4 tahun 10 1:5 2 0 2
JUMLAH 60 - 14 2 16
BA
B 4
M
en
gam
bil
yan
g T
erb
aik
un
tuk B
eke
rja
18
Kelayakan kakitangan adalah berbeza mengikut jawatan. Akta Taman
Asuhan Kanak-Kanak 1984 menyatakan bahawa pengasuh kanak-
kanak perlu diberikan latihan tentang asuhan kanak-kanak, mempunyai
pengalaman yang mencukupi dalam penjagaan kanak-kanak dan
menghadiri dengan jayanya Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak yang
diakreditasi oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kursus ini hanya
menyediakan asas bagi perkembangan kanak-kanak, dan menjalankan
aktiviti yang sesuai berdasarkan kepada prinsip perkembangan kanak-
kanak dan kehendak Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984.
Selain latihan penting yang diwajibkan ini, setiap pengasuh kanak-
kanak perlu mempunyai latihan tambahan yang diakreditasi dalam
Penjagaan dan Perkembangan Awal Kanak-Kanak (ECCD). Pada masa
ini, kelayakan minimum iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diperlukan
untuk bekerja sebagai pengasuh, tetapi dicadangkan supaya pengasuh
perlu mempunyai sekurang-kurangnya sijil atau diploma.
Kelayakan yang dicadangkan bagi kakitangan di taman asuhan kanak-
kanak adalah seperti di bawah:
# Jawatan Kelayakan Pengamalan
1Pengarah atau Penyelia Taman Asuhan
Ijazah/Diploma dalam ECCD, Kejururawatan atau KAAKK
3 - 5 tahun
2 Pengasuh KananDiploma/Sijil dalam ECCD, KAAK atau Kejururawatan
3 - 5 tahun
3 PengasuhDiploma/Sijil dalam ECCD, KAAK atau Kejururawatan
2 tahun
4Pembantu Pengasuh Kanak-Kanak
Sijil (KAAK) 1 tahun
5Tukang Masak/Pembantu Rumah
SPM, Lulus Kursus Makanan dan Keselamatan
3 tahun
6Pembantu Tukang Masak/Pembantu Rumah
SPM, Lulus Kursus Makanan dan Keselamatan=
1 tahun
Cabaran tugas ‘menjaga kanak-kanak’ sering dipandang remeh, dari segi
pengambilan, latihan, ketetapan penyeliaan dan penilaian perkhidmatan
yang diberikan, dan dari segi wang yang diperuntukkan bagi perkara
di atas. Kanak-kanak dalam jagaan berada pada tahap pembentukan
dan secara purata mereka menghabiskan masa selama 8-10 jam di
taman asuhan. Oleh yang demikian, tumpuan dan penekanan perlu
diberikan kepada pengambilan kakitangan yang berkelayakan yang
mampu, komited dan bertanggungjawab untuk mengadakan program
berpusatkan kanak-kanak.
BA
B 4
M
en
gam
bil
yan
g T
erb
aik
un
tuk B
eke
rja
Cabaran tugas ‘menjaga kanak-kanak’
sering dipandang remeh, dari segi
pengambilan, latihan, ketetapan penyeliaan
dan penilaian perkhidmatan yang diberikan, dan dari
segi wang yang diperuntukkan.
19
Saringan – Kenapakah Perkara Ini Penting?
Menjadi perkara yang amat penting bukan sahaja untuk memastikan
pemilihan kakitangan memenuhi semua kehendak minimum bagi
jawatan mereka masing-masing iaitu mengikut kelayakan akademik
dan pengalaman, tetapi juga untuk memastikan yang individu
berkenaan mempunyai perwatakan yang sesuai dan pandangan positif
terhadap kanak-kanak dan asuhan kanak-kanak. Selaras dengan dasar
perlindungan kanak-kanak di setiap taman asuhan, iaitu memastikan
keselamatan setiap kanak-kanak, adalah penting untuk menghubungi
orang yang menyokong permohonan pemohon untuk bertanya tentang
sifat dan pengalaman lampau pekerja yang bermungkinan diambil
bekerja.
Kontrak dan Terma Pekerjaan– Adakah Anda Memerlukannya?
Ya... apakah ini?
Kontrak atau perjanjian personel merupakan suatu komitmen bertulis
antara majikan dengan pekerja yang memberikan jaminan pekerjaan.
Kontrak tersebut perlu ditandatangani, diberikan tarikh dan disaksikan.
Kandungan yang Dicadangkan bagi Kontrak:
1. Pihak-pihak kepada kontrak.
2. Tempoh kontrak – bila perkhidmatan bermula.
3. Tempoh latihan–tempoh sebelum kontrak penuh berkuat
kuasa, lazimnya 3 – 6 bulan.
4. Gaji selama tempoh yang diliputi oleh kontrak.
5. Faedah sampingan – bilangan hari cuti tahunan, cuti sakit,
cuti kecemasan.
6. Faedah perubatan.
7. Caruman wajib kepada KWSP dan PERKESO.
8. Syarat-syarat bagi penamatan perkhidmatan oleh majikan
atau peletakan jawatan oleh pekerja. .
(Rujuk Lampiran 7 bagi contoh surat tawaran)
BA
B 4
M
en
gam
bil
yan
g T
erb
aik
un
tuk B
eke
rja
20
Pengurusan Sumber Manusia
Memandangkan pengambilan kakitangan telah dibuat, apakah langkah
seterusnya?
Kakitangan memerlukan garis panduan yang jelas mengenai dasar
yang berbeza di taman asuhan dan arahan mengenai peranan dan
tanggungjawab mereka, dengan demikian adalah penting untuk
menyediakan Buku Panduan Kakitangan.
Buku Panduan Kakitangan perlu mengandungi semua dasar yang
berhubungan dengan kakitangan, dan juga maklumat tentang taman
asuhan dan program. Dasar-dasar hendaklah dinyatakan dengan jelas,
ringkas dan teratur mengikut bahagian-bahagian yang sewajarnya. Ia
memberikan maklumat kepada pekerja baru tentang tugas dan menjadi
sumber rujukan. Sekiranya pekerja tidak jelas tentang amalan tertentu,
Buku Panduan Kakitangan perlu memberikan penjelasan, dan jika timbul
sebarang masalah, ia juga perlu menyediakan penyelesaian kepada
masalah tersebut.
Kandungan yang Dicadangkan bagi Buku Panduan Kakitangan
1. Carta organisasi dan garisan tanggungjawab di taman asuhan
2. Perihalan kerja bagi pelbagai jawatan
3. Dasar mengenai kesihatan, kemalangan dan keselamatan
4. Hari dan waktu bekerja
5. Waktu masuk dan keluar
6. Cuti umum dan cuti berbayar
7. Kalendar yang menunjukkan tarikh permulaan penggal dan cuti
8. Faedah sampingan
9. Prosedur mengenai aduan/rungutan
10. Penamatan pekerjaan
Selain Buku Panduan Kakitangan dijadikan rujukan oleh kakitangan di
taman asuhan kanak-kanak, adalah lebih baik untuk mengadakan dan
menyimpan rekod tentang kakitangan, kanak-kanak dan juga taman
asuhan kanak-kanak, bagi memastikan pengurusan taman asuhan
kanak-kanak berjalan dengan lancar.
Butir-butir rekod ini boleh dilihat dalam Lampiran 8.
Penyelia taman asuhan kanak-kanak bertanggungjawab bagi memantau
dan menyelenggara rekod tersebut, walaupun penyelia boleh mewakilkan
tugas menyimpan dan mengemas kini rekod tersebut kepada pengasuh.
BA
B 4
M
en
gam
bil
yan
g T
erb
aik
un
tuk B
eke
rja
BAB 5MENCAPAI ASUHAN YANG BERKUALITI
22
Memantau Prestasi Kakitangan bagi Memastikan Asuhan yang Berkualiti
Setelah program dirumuskan dan pengurusan kakitangan ditentukan,
penyelia perlu memastikan bahawa mutu dikekalkan. Suatu sistem untuk
memantau dan menilai perkhidmatan mesti dirancang, dan semua
kakitangan perlu dilatih untuk melaksanakan sistem tersebut.
Semua kanak-kanak di bawah jagaan memerlukan persekitaran yang
selamat dan sesuai bagi merangsang dan menggalakkan interaktif
positif. Pengurus dan/atau penyelia taman asuhan kanak-kanak
bertanggungjawab bagi prestasi kakitangan mereka. Mereka juga perlu
peka dan memberikan tumpuan sepenuhnya. Selain itu, pelaksanaan
sistem yang memantau dan menilai kakitangan dan program yang
dijalankan di taman asuhan kanak-kanak akan memastikan kualiti asuhan
yang diberikan.
Pengurus atau penyelia taman asuhan kanak-kanak perlu peka dan
memberikan tumpuan sepenuhnya.
Bagi memastikan tahap kualiti yang tinggi dikekalkan, perkara yang berikut merupakan beberapa amalan yang perlu dipatuhi oleh penyelia:
1. Mengetahui standard bagi asuhan yang berkualiti (bukan
sahaja standard minimum).
2. Memastikan semua kakitangan mengekalkan standard.
3. Bertindak untuk membetulkan keadaan jika standard tidak
dipatuhi mengikut cara yang ditetapkan.
Terdapat beberapa kaedah yang boleh diamalkan oleh penyelia untuk
memantau dan mengurus prestasi kakitangan.
Kaedah-kaedah yang dicadangkan supaya diamalkan oleh penyelia adalah seperti yang berikut:
1. Pemeriksaan mengejut yang dilakukan secara tidak
langsung.
2. Menjalankan pemeriksaan secara mingguan ke atas pelan
pembelajaran, rekod tugasan dan penilaian pengasuh
kanak-kanak tentang aktiviti yang dijalankan oleh mereka.
3. Pemerhatian – penyelia memerhati kakitangan yang
menjalankan tugas, mengambil perhatian tentang kekuatan
dan kelemahannya, berdasarkan kepada kriteria tertentu
yang dipilih.
4. Memeriksa kehadiran dan ketepatan masa.
BA
B 5
M
en
cap
ai
Asu
han
yan
g B
erk
uali
ti
23
Pemerhatian dan penilaian juga merupakan sebahagian daripada proses
pemantauan.
Proses pemantauan termasuklah perkara yang berikut:
1. Memerhati dan menilai kemajuan kanak-kanak dengan
memerhati, mendengar dan berbincang, dan
mengumpul hasil kerja kanak-kanak.
2. Memerhati dan menilai pengasuh kanak-kanak dan kakitangan lain berdasarkan kepada peranan dan
tanggungjawab mereka.
3. Memerhati dan menilai penglibatan ibu bapa dalam
menyokong proses perkembangan anak-anak mereka.
Merekod, menganalisa dan menggunakan maklumat yang diperoleh
melalui pemerhatian dan latihan penilaian merupakan komponen
penting dalam proses penilaian. Perkara ini adalah penting bagi
memastikan perancangan perkembangan yang berterusan. Selepas
penilaian dijalankan, suatu rekod bertulis tentang penilaian tersebut
perlu disediakan, berserta syor bagi penambahbaikan. Kakitangan
perlu membaca laporan tersebut, dan menandatanganinya. Satu salinan
perlu disimpan dalam fail kakitangan, dan satu salinan diberikan kepada
kakitangan berkenaan.
Pemantauan merupakan suatu aktiviti yang berterusan. Kajian semula,
yang merupakan suatu proses yang membolehkan amalan pemantauan
dipertimbangkan dengan lebih terperinci, perlu dijalankan terutamanya
ke atas bidang yang amat khusus dalam pengendalian taman asuhan
kanak-kanak. Bidang khusus tersebut termasuklah, tetapi tidak terhad
kepada, program sedia ada, prosedur kewangan, garis panduan
kesihatan dan keselamatan, dan juga latihan kakitangan. BA
B 5
M
en
cap
ai
Asu
han
yan
g B
erk
uali
ti
24
BAB 6APAKAH SUMBER KEWANGAN YANG DIPERLUKAN?
26
BA
B 6
A
pakah
Su
mb
er
Kew
an
gan
yan
g D
ipe
rlu
kan?
Apakah Anggaran Belanjawan?
Perkara ini merupakan komponen yang amat penting memandangkan
anggaran belanjawan perlu disediakan secara terperinci sebelum
menubuhkan taman asuhan.
Anggaran belanjawan ialah rancangan perbelanjaan perniagaan.
Perancangan bermula dengan meramal hala tuju perniagaan di masa
hadapan yang dijangkakan. Ini akan digambarkan dalam bentuk fakta dan
angka dengan tujuan untuk melihat sama ada boleh dilaksanakan dan
berdaya maju. Ini bermakna menganggar perbelanjaan, mendapatkan
sumber pendapatan untuk membiayai perbelanjaan tersebut dan
mencari pilihan lain yang mungkin ada untuk mengurangkan kos dan
meningkatkan pendapatan.
Soalan dan Jawapan: Anggaran Belanjawan
Berkenaan dengan anggaran belanjawan, soalan yang berikut perlu dipertimbangkan:
S : Apakah yang perlu anda lakukan terlebih dahulu?J : Mula merancang dengan melakukan suatu “analisis keperluan”.
S : Apakah yang anda inginkan?J : Menentukan falsafah, fahaman, matlamat dan objektif program bagi kanak-kanak yang akan berada di bawah jagaan taman asuhan, dan meninjau pasaran untuk melihat keperluan sebenar dan aliran semasa dalam bidang ini, di dalam dan luar negara.
S : Apakah yang anda perlukan terlebih dahulu? J : Suatu senarai mengenai semua perabot dan kelengkapan, peralatan, bahan-bahan dan sumber manusia yang diperlukan untuk mengendalikan taman asuhan.
S : Bilakah anda perlu mendapatkannya?J : Mengikut keutamaan – antara keperluan segera dengan keperluan masa hadapan.
S : Berapa lamakah anda perlu menunggu bagi pendaftaran penuh?J : Membuat ramalan dan unjuran. Memperuntukkan wang simpanan bagi menjelaskan semua perbelanjaan sehingga taman asuhan beroperasi sepenuhnya dan pendapatan boleh menanggung kos/beberapa kos.
S : Berapakah bilangan kakitangan yang perlu diambil terlebih dahulu?J : Ditentukan mengikut ramalan dan unjuran dengan mematuhi Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984.
S : Dimanakah anda perlu mendapatkan sumber kewangan?J : Anda perlu mendapatkan sumber kewangan yang paling murah dan sesuai.
27
Prinsip Asas ialah anggaran belanjawan mestilah sentiasa seimbang.
Anggaran Perbelanjaan = Anggaran Pendapatan
Terdapat dua jenis anggaran belanjawan:
Anggaran Belanjawan Penubuhan Anggaran Belanjawan Pengendalian
BA
B 6
A
pakah
Su
mb
er
Kew
an
gan
yan
g D
ipe
rlu
kan?
Anggaran belanjawan penubuhan
atau perbelanjaan modal (capex) –
merujuk kepada kos penubuhan dan
pengubahsuaian sekali dan juga kos
tahunan sekali yang diperlukan untuk
melengkapkan ruang sebagai taman
asuhan kanak-kanak, yang termasuklah:
1. Kos pengubahsuaian dan
pembaharuan;
2. Peralatan keselamatan dan
kesihatan;
3. Lekapan dan kelengkapan, perabot
dan perhiasan;
4. Perabot bersaiz kanak-kanak bagi
ruang aktiviti kanak-kanak;
5. Peralatan pejabat dan pentadbiran
dan alat tulis permulaan;
6. Peralatan di ruang yang digunakan
setiap hari seperti dapur, bilik
mandi, tandas, bilik stor;
7. Sumber dan bahan kurikulum,
permainan dan peralatan untuk
bermain;
8. Peralatan taman permainan;
9. Deposit bagi sewa dan bil
kemudahan;
10. Lesen; dan
11. Insurans bangunan dan liabiliti
awam.
Anggaran belanjawan pengendalian
atau perbelanjaan operasi (opex) –
merujuk kepada anggaran belanjawan
operasi tahunan yang diperlukan untuk
meneruskan operasi taman asuhan kanak-
kanak, yang termasuklah:
1. Bilangan kanak-kanak dan
kumpulan umur – lebih tinggi
bilangan bayi, lebih banyak wang
yang diperlukan;
2. Bilangan kakitangan yang
diperlukan;
3. Keperluan makanan; dan
4. Kehendak pengurusan dan
pentadbiran iaitu perbelanjaan
berulang seperti sewa dan bil
kemudahan bulanan, penambahan
peralatan, program penglibatan
ibu bapa, latihan kakitangan dan
penyelenggaraan.
28
Seseorang mesti memastikan yang anggaran belanjawan tersebut
boleh bertahan selama sekurang-kurangnya 6 bulan, memandangkan
pendaftaran permulaan mungkin tidak mencukupi untuk membiayai
perbelanjaan operasi dan gaji kakitangan. Pendaftaran hanya akan
meningkat selepas 3 bulan, jadi adalah penting untuk mempunyai
simpanan bagi membiayai kos tetap bagi perniagaan tersebut dan
beberapa kos boleh ubah. Kos tetap ialah kos yang tidak akan berubah
selama sekurang-kurangnya satu tahun. Sebagai contoh, sewa, ansuran
pinjaman dan gaji. Kos boleh ubah merupakan kos yang berubah
mengikut jumlah. Contohnya, keperluan mengambil lebih ramai
kakitangan apabila bilangan pendaftaran meningkat. Contoh anggaran
belanjawan bagi taman asuhan kanak-kanak yang mempunyai 60 orang
kanak-kanak disediakan dalam Lampiran 9.
BA
B 6
A
pakah
Su
mb
er
Kew
an
gan
yan
g D
ipe
rlu
kan?
BAB 7PROSEDUR DAN PEMBAHARUANPENDAFTARAN
30
Terdapat empat agensi kerajaan utama yang bertanggungjawab bagi
memastikan yang keperluan kanak-kanak dipenuhi, iaitu:
1. Pihak berkuasa tempatan – mengenai kesesuaian tempat dan
saiz bangunan. Setiap daerah mempunyai undang-undang
kecil mereka sendiri berkenaan dengan pemilihan premis dan
proses permohonan;
2. Jabatan Bomba & Penyelamat – mengenai unsur keselamatan
sekiranya berlaku kebakaran;
3. Jabatan Kesihatan – berkenaan dengan kehendak-kehendak
dari segi kesihatan; dan
4. Jabatan Kebajikan Masyarakat – bertanggungjawab bagi
memastikan yang prosedur pengurusan dan operasi adalah
mesra kanak-kanak dan suai perkembangan.
Pembaharuan Perakuan Pendaftaran
Pindaan kepada Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak (2007) telah
memberikan peruntukan bagi tempoh Perakuan Pendaftaran untuk
jangka masa selama 5 tahun. Oleh yang demikian, pembaharuan
daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat diperlukan setiap 5 tahun.
Perlu diberi perhatian bahawa, walau bagaimanapun, prosedur bagi
agensi lain yang berkaitan (seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan
Bomba & Penyelamat, dan Jabatan Kesihatan) masih tidak berubah dan
pembaharuan perlu dibuat pada setiap tahun.
Penyelia perlu membeli borang permohonan yang berharga RM4.00
daripada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang terletak berdekatan
dengan taman asuhan kanak-kanak yang dicadangkan itu. Setelah
borang ini diperolehi, penyelia mesti terus mendapatkan kelulusan
daripada pihak berkuasa berkaitan yang lain, seperti Pihak Berkuasa
Tempatan, Jabatan Bomba & Penyelamat, dan Jabatan Kesihatan.
Setelah memperolehi kelulusan tersebut, borang permohonan boleh
dikemukakan kepada Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah yang
berkaitan. Fi sebanyak RM50.00 setiap tahun perlu dibayar setelah
kelulusan diperoleh.
Pada masa pendaftaran dan pembaharuan, taman asuhan kanak-kanak
perlu mematuhi kehendak-kehendak Jabatan Kesihatan (sebagai contoh,
kakitangan telah menerima suntikan yang berkaitan) dan Jabatan
Bomba dan Penyelamat (sebagai contoh, terdapat alat pemadam api
yang mencukupi).
BA
B 7
P
rose
du
r d
an
Pe
mb
ah
aru
an
Pe
nd
aft
ara
n
31
Carta Aliran bagi Proses Pendaftaran
Langkah-Langkah Yang Diambil oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah bagi Kelulusan Akhir
Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah akan memproses permohonan dan dokumen yang berikut:
1. Pelan susun atur yang menetapkan dengan jelas ukuran dan penggunaan ruang/sudut pembelajaran bagi semua kanak-kanak daripada semua peringkat umur.
2. Jadual yang menggariskan aktiviti perkembangan yang sesuai bagi kanak-kanak – satu jadual bagi kanak-kanak yang berumur di bawah 2 tahun dan satu jadual bagi kanak- kanak yang berumur 2-4 tahun.
3. Menu yang sesuai dengan keperluan kanak-kanak iaitu satu menu bagi kanak-kanak yang berumur di bawah 2 tahun dan satu menu bagi kanak-kanak yang berumur 2-4 tahun.
4. Senarai kakitangan, yang menyatakan kelayakan dan pengalaman, selari dengan nisbah yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Di Institusi) 1985.
Apabila langkah-langkah di atas telah diambil, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah akan mengemukakan
laporan kepada Pejabat Kebajikan Negeri bagi pengeluaran Perakuan Pendaftaran. Perakuan Pendaftaran
tersebut hendaklah diperbaharui setiap 5 tahun.
Akhir sekali dan tidak kurang pentingnya…
Apabila anda telah melakukan semua persediaan dan mengambil semua langkah awal, luangkan masa
dengan melawat beberapa taman asuhan kanak-kanak yang stabil bagi mendapatkan pengetahuan
secara langsung mengenai kegembiraan dan cabaran dalam memberikan asuhan kepada kanak-kanak.
BA
B 7
P
rose
du
r d
an
Pe
mb
ah
aru
an
Pe
nd
aft
ara
n
SELAMAT BERJAYA !
Pemohon membeli buku kecil yang berkaitan yang juga merupakan borang permohonan daripada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah – yang paling dekat dengan lokasi
taman asuhan kanak-kanak.
Setelah memutuskan untuk mengendalikan suatu taman asuhan kanak-kanak, pemohon berhubung dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia bagi maksud pendaftaran dan/atau
permohonan bagi penggunaan nama taman asuhan kanak-kanak.
Pemohon melengkapkan borang dan mengemukakannya kepada:
• Pihak Berkuasa Tempatan
• Jabatan Bomba & Penyelamat
• Jabatan Kesihatan
32
ISTILAH UTAMA, SUMBER & LAMPIRAN
34
ISTILAH UTAMA
Akta Pusat Jagaan 1993 :
Perundangan di bawah skop bidang kuasa Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia yang menetapkan standard minimum bagi pusat-pusat yang menyediakan perkhidmatan penjagaan di rumah atau jagaan harian bagi penjagaan, perlindungan dan keselamatan orang-orang tua, orang kelainan upaya, juvana, wanita dan kanak-kanak.
Akta Kanak-Kanak 2001 :Perundangan di bawah skop bidang kuasa Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia yang mengadakan peruntukan bagi penjagaan dan perlindungan kanak-kanak dalam menghadapi hal keadaan yang sukar.
Asuhan Kanak-Kanak : Memberikan asuhan kepada kanak-kanak di bawah umur 4 tahun.
Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 :Perundangan di bawah skop bidang kuasa Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia yang menetapkan standard minimum bagi perkhidmatan asuhan kanak-kanak alternatif bagi kanak-kanak di bawah umur 4 tahun.
Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Di Institusi) 1985
:Peraturan-Peraturan yang memperkukuh Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 dan menggariskan kehendak-kehendak dari segi pentadbiran, operasi, kesihatan dan keselamatan.
Pengasuh Kanak-Kanak :Orang yang diambil bekerja di taman asuhan kanak-kanak untuk memberikan asuhan dan dorongan kepada kanak-kanak di taman asuhan kanak-kanak.
Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak
:Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menggariskan hak kanak-kanak di bawah umur 18 tahun.
SUMBER BAGI TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK
Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut, sila rujuk kepada pihak-pihak yang berkenaan seperti berikut:
• Jabatan Kebajikan Masyarakat, Malaysia (www.jkm.gov.my)
• Kementerian Kesihatan Malaysia (www.moh.gov.my)
• Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984
• Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Di Institusi) 1985
• Tatacara Pengendalian TASKA Di Tempat Kerja – Jabatan Kebajikan Masyarakat, Malaysia
• Garis Panduan – Prosedur Memproses Permohonan Penubuhan – TASKA – Jabatan Kebajikan
Masyarakat, Malaysia
• Pakej Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak – Jabatan Kebajikan Masyarakat, Malaysia
Isti
lah
Uta
ma, S
um
be
r &
Lam
pir
an
35
LAMPIRAN 1: Latar Belakang Ringkas mengenai Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984
Malaysia merupakan negara pertama di wilayah Asia Tenggara yang mengadakan kerangka kerja perundangan bagi
mengawal selia perkhidmatan asuhan kanak-kanak bagi kanak-kanak di bawah umur 4 tahun. Akta Taman Asuhan Kanak-
Kanak 1984 (Akta 308) dirangka untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, kawalan dan pemeriksaan taman
asuhan kanak-kanak dan bagi maksud yang berkaitan dengannya. Akta itu, yang menggariskan struktur utama, proses
dan prosedur untuk mengadakan standard minimum bagi perkhidmatan asuhan kanak-kanak alternatif, telah dipinda pada
tahun 2007 dengan mengadakan peruntukan bagi penubuhan empat kategori taman asuhan kanak-kanak.
Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 mentakrif taman asuhan kanak-kanak sebagai:
“mana-mana premis yang empat orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat tahun dari lebih daripada satu isi
rumah diterima masuk untuk dijaga dengan upah”. Dan tidak termasuk apa-apa penjagaan kanak-kanak oleh mana-mana
saudara.
Empat kategori taman asuhan kanak-kanak tersebut ialah:
1. Taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja;
2. Taman asuhan kanak-kanak di institusi;
3. Taman asuhan kanak-kanak komuniti; dan
4. Taman asuhan kanak-kanak di rumah.
Tiga daripada kategori tersebut iaitu (a) hingga (c), merujuk kepada asuhan di pusat yang menerima lebih daripada 10
orang kanak-kanak. Kategori keempat merujuk kepada asuhan di rumah, di mana kurang daripada 10 orang kanak-kanak
diterima bagi asuhan di rumah pengasuh. Akta itu mengandungi, antara lain:
1. Peruntukan untuk mengadakan program perkembangan yang menekankan aspek kesihatan dan keselamatan,
untuk memberikan sokongan yang mencukupi kepada kanak-kanak bagi menggalakkan perkembangan
sepenuhnya, dan memenuhi potensi mereka sebagai seorang individu dalam persekitaran budaya mereka.
2. Pengecualian kepada program yang dijalankan oleh kerajaan bagi anak-anak kecil, yang termasuk taman asuhan
kanak-kanak di hospital, tadika atau mana-mana rumah kanak-kanak yang dikendalikan oleh Kerajaan atau
Kerajaan Negeri.
3. Penalti untuk mencegah pelanggaran kehendak-kehendak asas yang berhubungan dengan pendaftaran dan
pengurusan kakitangan dan pelaksanaan aktiviti perkembangan.
Bagi melengkapkan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984, Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Di Institusi)
1985 dikeluarkan, yang kemudiannya telah dipinda pada tahun 1993. Ia memperuntukkan butir-butir bagi pengambilan dan
tugas pekerja, keperluan struktur, dan kegunaan taman asuhan, amaran kebakaran, kesihatan dan kebersihan, penglibatan
ibu bapa dan maklumat lain. Dalam usaha untuk memberikan tumpuan kepada kanak-kanak dan menggambarkan peranan
pengasuh, suatu pindaan penting yang dibuat pada tahun 1993 ialah menggantikan istilah “penjaga kanak-kanak” dengan
istilah “pengasuh kanak-kanak”.
Standard minimum bagi perkhidmatan asuhan adalah berdasarkan kepada keperluan kanak-kanak di Malaysia, sebagaimana
yang digambarkan dalam hasil kaji selidik negara mengenai status asuhan kanak-kanak di Malaysia (Laporan Rundingan
1983), dan prinsip-prinsip universal tentang perkembangan kanak-kanak. Di Malaysia, sektor swasta dilihat sebagai pemberi
utama dalam perkhidmatan asuhan kanak-kanak alternatif.
Terdapat kemajuan yang ketara dalam memastikan perkhidmatan asuhan kanak-kanak yang berkualiti. Dasar Kebangsaan
bagi Kanak-Kanak mempunyai objektif yang khusus untuk meningkatkan kualiti, dan memastikan perkhidmatan asuhan
kanak-kanak yang mudah diakses dan berpatutan bagi semua kanak-kanak yang memerlukan asuhan alternatif. Dasar
Perlindungan Kanak-Kanak mengadakan peruntukan bagi keselamatan semua kanak-kanak.
Jabatan Kebajikan Masyarakat memantau pemerakuan taman asuhan kanak-kanak dan pengasuh kanak-kanak melalui
suatu sistem akreditasi. Program latihan dalam bidang berhubung dengan Asuhan dan Perkembangan Awal Kanak-Kanak
bagi semua pemegang kepentingan (Kerajaan, pemberi perkhidmatan dan ibu bapa), oleh jabatan dan juga sektor swasta,
telah meningkat. Walau bagaimanapun, program latihan ini adalah lebih mudah diakses di kawasan bandar.
LA
MP
IRA
N 1
B
rie
f B
ackg
rou
nd
on
th
e C
hil
d C
are
Ce
ntr
e A
ct
198
4
36
LAMPIRAN 2: Senarai Semak sebagai Panduan bagi Proses Penubuhan Taman Asuhan Kanak-Kanak
Apabila mengemukakan borang permohonan, anda mesti melampirkan satu salinan yang berikut:
Pelan lantai - yang menunjukkan jumlah ruang dan kegunaan setiap bilik di dalam bangunan.
Jadual aktiviti – dua set jadual (setiap satu bagi tempoh satu minggu) yang disediakan secara berasingan bagi
kanak-kanak di bawah umur 2 tahun dan bagi kanak-kanak yang berumur 2-4 tahun.
Menu – satu bagi kanak-kanak di bawah umur 2 tahun dan satu bagi kanak-kanak berumur 2-4 tahun. Dua sampel
perlu dikemukakan.
Senarai kakitangan – nama, kelayakan dan pengalaman.
Apabila pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat memeriksa taman asuhan kanak-kanak, dia perlu memastikan
yang taman asuhan tersebut mematuhi perkara yang berikut:
Kehendak-kehendak bagi operasi
Nisbah ruang sebanyak 3.5 meter persegi bagi seorang kanak-kanak – bilangan maksimum kanak-kanak di taman
asuhan tidak melebihi nisbah (tidak termasuk keluasan ruang bagi tandas, dapur, stor, anjung dan pejabat).
Nisbah kakitangan dengan kanak-kanak sebagaimana yang dinyatakan dalam Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak
1984 (dipinda pada 2007).
Keperluan latihan – kakitangan hendaklah menghadiri Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak yang diakreditasi oleh
Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Kehendak-kehendak bagi kesihatan – semua kakitangan diperakui sihat dari segi perubatan untuk bertugas di
samping kanak-kanak.
Peralatan dan perabot yang sesuai – saiz, tekstur, warna dan ciri keselamatan adalah sesuai bagi kanak-kanak
daripada semua peringkat umur.
Mengadakan persekitaran yang memberikan dorongan – persekitaran pembelajaran berpusatkan kanak-kanak di
dalam dan di luar yang mempunyai sudut pembelajaran yang bersesuaian dengan umur, dan poster/gambar yang
digantung pada ketinggian kanak-kanak. Semua bahan pameran dan pembelajaran perlu menggambarkan budaya
pelbagai kaum. Susunan perabot hendaklah membolehkan pergerakan bebas dan interaksi sosial antara kanak-
kanak, dan memudahkan penyelia dan kakitangan memantau aktiviti yang sedang berjalan.
Kedudukan bilik/susun atur hendaklah mengambil kira keperluan harian kanak-kanak – bilik bayi perlu mempunyai
bilik mandi atau berdekatan dengan bilik mandi, atau ruang tidur yang luas dan tidak mempunyai banyak perabot
(sebagai contoh, peralatan tempat tidur yang boleh dilipat/disimpan) supaya ruang tersebut boleh digunakan
untuk aktiviti lain.
Jadual aktiviti:
Nama Taman Asuhan Kanak-Kanak dinyatakan dengan jelas – mesti bermula dengan perkataan ‘TASKA’.
Mesti menyatakan kumpulan umur – mengadakan jadual bagi 2 kumpulan umur yang berbeza, dengan 2 sampel
bagi setiap satu kumpulan umur.
Semua aktiviti mestilah sesuai dengan peringkat umur dan mesti memberikan tumpuan kepada peningkatan
perkembangan kanak-kanak sepenuhnya. Slot masa yang berkenaan perlu diadakan bagi setiap aktiviti, dengan
menjalankan aktiviti yang bukan rutin selama lebih daripada 30 minit. Aktiviti hendaklah meliputi permainan di
luar dan pelbagai aktiviti dalaman bagi mewujudkan peluang bermain secara tenang, aktif, bersendiri,
berkumpulan, terancang dan bebas. Jika kanak-kanak berada di taman asuhan lebih daripada 4 jam, jadual
berkenaan perlu memasukkan waktu rehat dan waktu makan.
LA
MP
IRA
N 2
S
en
ara
i S
em
ak s
eb
ag
ai
Pan
du
an
bag
i P
rose
s P
en
ub
uh
an
Tam
an
Asu
han
Kan
ak-k
an
ak
37
Menu:
Nyatakan nama taman asuhan dan kumpulan umur – menu perlu disediakan bagi 2 kumpulan umur yang berbeza,
dengan 2 sampel bagi setiap kumpulan umur.
Memastikan diet yang seimbang, tanpa makanan remeh atau makanan/minuman yang mengandungi bahan
pengawet. Digalakkan supaya mengadakan suatu menu halal dan menyediakan makanan yang dinikmati oleh
bangsa-bangsa yang berbeza di Malaysia. Ruang yang digunakan bagi penyediaan minuman dan makanan, dan
semua peralatan hendaklah sentiasa berada dalam keadaan bersih. Cara penyimpanan makanan mestilah bersih
dan selamat.
Kehendak-Kehendak Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba & Penyelamat dan Jabatan Kesihatan:
Pelan Bangunan/Lantai dilukis oleh arkitek yang berkelayakan.
Gambar lokasi dan keluasan ruang.
Jika beroperasi di dalam bangunan yang disewa, dapatkan kebenaran daripada jiran terdekat.
Jika beroperasi di dalam bangunan yang bertingkat-tingkat, taman asuhan itu mestilah ditempatkan sama ada di
tingkat bawah, pertama atau kedua. Jika taman asuhan itu terletak di dalam sesebuah kilang, perlu mendapatkan
kelulusan tambahan daripada Kementerian Kesihatan. Pintu masuk dan keluar yang berasingan hendaklah
disediakan.
Bagi mengelakkan kesesakan lalu-lintas, premis yang dikenal pasti tidak boleh berhadapan dengan jalan utama,
dan perlu mempunyai kemudahan pandu masuk dan medan letak kereta yang luas.
Premis hendaklah mempunyai ruang yang luas bagi aktiviti dalaman dan bilik sakit bagi kanak-kanak. Ruang yang
berasingan perlu disediakan bagi bayi dan kanak-kanak yang lebih dewasa.
Premis perlu mempunyai ruang permainan di luar bagi kanak-kanak.
Ruang dapur tidak boleh diakses oleh kanak-kanak.
Memastikan terdapat kemudahan air bersih, dan mengasingkan ruang membasuh dan ruang mandi.
Semua peralatan elektrik hendaklah berada dalam keadaan yang selamat dan boleh digunakan, disimpan di
tempat yang tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak.
Peti pertolongan cemas hendaklah sentiasa lengkap. Kakitangan perlu diberikan latihan mengenai Pertolongan
Cemas.
Pemadam api yang diluluskan hendaklah sentiasa tersedia dan kakitangan perlu diberikan latihan mengenai
penggunaannya dan juga dalam menjalankan latihan kebakaran.
Pemeriksaan perubatan bagi semua kakitangan secara tahunan, panel doktor hendaklah ada pada setiap masa,
dan kakitangan yang bertugas di dapur perlu mendapatkan suntikan yang berkaitan.
Haiwan (anjing, kucing, burung dsb.) tidak dibenarkan masuk ke dalam taman asuhan.
Semua papan tanda hendaklah dalam bahasa kebangsaan.
LA
MP
IRA
N 2
S
en
ara
i S
em
ak s
eb
ag
ai
Pan
du
an
bag
i P
rose
s P
en
ub
uh
an
Tam
an
Asu
han
Kan
ak-k
an
ak
38
LA
MP
IRA
N 3
C
on
toh
Jad
ual
Waktu
LAMPIRAN 3: Contoh Jadual Waktu bagi kanak-kanak yang berumur 2-3 tahun
TASKA A
Jadual Aktiviti Harian – Minggu pertama bulan Mei 2010
Umur kanak-kanak : 2-3 tahun
Hari/ Masa 8.00am – 9.00am 9.00am - 10.00am 10.00am – 10.30am 10.30am – 11.00am
Isnin Menerima kanak-kanak – bermain di luar
Membersihkan diri/tandas, diikuti dengan kudapan
Aktiviti bersendiri: Seni kolaj, mengoyak/memotong dan menampal
Aktiviti berkumpulan: Mengenal tema mingguan, waktu berkumpul dalam bulatan
SelasaMenerima kanak-kanak – bermain di luar
Membersihkan diri/tandas, diikuti dengan kudapan
Aktiviti bersendiri: Mengenal bentuk, mewarna dengan krayon
Aktiviti berkumpulan: Lagu berserta aksi (mengikut tema mingguan)
RabuMenerima kanak-kanak – bermain di luar
Membersihkan diri/tandas, diikuti dengan kudapan
Aktiviti bersendiri: Mengenal nombor bongkah-bongkah/ mengira objek
Aktiviti berkumpulan: Waktu bercerita melalui buku (mengikut tema mingguan)
KhamisMenerima kanak-kanak – bermain di luar
Membersihkan diri/tandas, diikuti dengan kudapan
Aktiviti bersendiri: Mengenal warna, aktiviti melukis dengan cat air
Aktiviti berkumpulan: Waktu bercerita menggunakan boneka dan alatan lain (mengikut tema mingguan)
JumaatMenerima kanak-kanak – bermain di luar
Membersihkan diri/tandas, diikuti dengan kudapan
Aktiviti bersendiri: Seni kolaj menggunakan daun kering, ranting dan kapas dsb.
Aktiviti berkumpulan: Lagu berserta aksi dengan menggunakan alat bunyi-bunyian.
39
LAMPIRAN 3: Contoh Jadual Waktu bagi kanak-kanak yang berumur 2-3 tahun
TASKA A
Jadual Aktiviti Harian – Minggu pertama bulan Mei 2010
Umur kanak-kanak : 2-3 tahun
Hari/ Masa 8.00am – 9.00am 9.00am - 10.00am 10.00am – 10.30am 10.30am – 11.00am
Isnin Menerima kanak-kanak – bermain di luar
Membersihkan diri/tandas, diikuti dengan kudapan
Aktiviti bersendiri: Seni kolaj, mengoyak/memotong dan menampal
Aktiviti berkumpulan: Mengenal tema mingguan, waktu berkumpul dalam bulatan)
SelasaMenerima kanak-kanak – bermain di luar
Membersihkan diri/tandas, diikuti dengan kudapan
Aktiviti bersendiri: Mengenal bentuk, mewarna dengan krayon
Aktiviti berkumpulan: Lagu berserta aksi (mengikut tema mingguan)
RabuMenerima kanak-kanak – bermain di luar
Membersihkan diri/tandas, diikuti dengan kudapan
Aktiviti bersendiri: Mengenal nombor bongkah-bongkah/ mengira objek
Aktiviti berkumpulan: Waktu bercerita melalui buku (mengikut tema mingguan)
KhamisMenerima kanak-kanak – bermain di luar
Membersihkan diri/tandas, diikuti dengan kudapan
Aktiviti bersendiri: Mengenal warna, aktiviti melukis dengan cat air
Aktiviti berkumpulan: Waktu bercerita menggunakan boneka dan alatan lain (mengikut tema mingguan)
JumaatMenerima kanak-kanak – bermain di luar
Membersihkan diri/tandas, diikuti dengan kudapan
Aktiviti bersendiri: Seni kolaj menggunakan daun kering, ranting dan kapas dsb.
Aktiviti berkumpulan: Lagu berserta aksi dengan menggunakan alat bunyi-bunyian.
11.00am – 12.30pm12.30pm –
2.30pm 2.30pm - 3.15pm 3.15pm - 3.45pm 3.45pm - 4.15pm 4.15pm - 5.00pm
Mandi/tandas, diikuti dengan makan tengah hari
Permainan yang tidak bising: susun suai gambar/manipulatif dll.
Tidur sekejap/rehat
Membersihkan diri/tandas, diikuti dengan kudapan
Aktiviti berkumpulan: muzik dan pergerakan
Sudut lakonan watak/permainan bebas
Bersiap untuk pulang ke rumah
Waktu tenang: Membelek buku
Mandi/tandas, diikuti dengan makan tengah hari
Permainan yang tidak bising: susun suai gambar/manipulatif dll.
Tidur sekejap/rehat
Membersihkan diri/tandas, diikuti dengan kudapan – membuat sandwic sendiri
Aktiviti berkumpulan: Mainan bongkah
Sudut lakonan watak/permainan bebas
Bersiap untuk pulang ke rumah
Waktu tenang: Membelek buku
Mandi/tandas, diikuti dengan makan tengah hari
Permainan yang tidak bising: susun suai gambar/manipulatif dll.
Tidur sekejap/rehat
Membersihkan diri/tandas, diikuti dengan kudapan
Aktiviti berkumpulan: Bermain dengan playdough
Lakonan watak/permainan bebas
Bersiap untuk pulang ke rumah
Waktu tenang: Membelek buku/sudut lakonan watak
Mandi/tandas, diikuti dengan makan tengah hari
Permainan yang tidak bising: susun suai gambar/manipulatif dll.
Tidur sekejap/rehat
Membersihkan diri/tandas, diikuti dengan kudapan
Aktiviti berkumpulan: berkongsi mainan susun suai gambar
Lakonan watak/permainan bebas
Bersiap untuk pulang ke rumah
Waktu tenang: Membelek buku/sudut lakonan watak
Mandi/tandas, diikuti dengan makan tengah hari
Permainan yang tidak bising: susun suai gambar/manipulatif dll.
Tidur sekejap/rehat
Membersihkan diri/tandas, diikuti dengan kudapan – membuat sandwic sendiri
Aktiviti berkumpulan: muzik dan pergerakan
Lakonan watak/permainan bebas
Bersiap untuk pulang ke rumah
Waktu tenang: Membelek buku/sudut lakonan watak
LA
MP
IRA
N 3
C
on
toh
Jad
ual
Waktu
40
LAMPIRAN 4: Contoh Kurikulum
Proses perancangan
Kurikulum bagi kanak-kanak yang berumur 2–3 tahun
Pengasuh kanak-kanak perlu memastikan aktiviti yang dirancang adalah ditumpukan ke arah menggalakkan perkembangan
sepenuhnya. Bagi merancang aktiviti yang sesuai, seseorang pengasuh kanak-kanak perlu peka tentang perkembangan
kanak-kanak. Beberapa perkembangan adalah sebagaimana yang dinyatakan di bawah:
Perkembangan Fizikal bagi yang berumur Dua hingga Tiga Tahun
Kanak-kanak akan boleh :
Melompat dengan kedua-dua belah kaki.
Berlari dan bermain kejar-kejar.
Menunggang basikal roda tiga.
Memanjat tangga dengan memegang rel.
Memegang krayon bersaiz besar dan menconteng atas kertas.
Mengenakan pakaian dengan sendiri.
Makan dengan sendiri.
Memulakan latihan menggunakan tandas.
Sepanjang tempoh ini, semua gigi susu telah tumbuh.
Perkembangan Pembelajaran bagi yang berumur Dua hingga Tiga Tahun
Kanak-kanak akan boleh :
Memahami perbezaan saiz dan tekstur.
Membezakan antara besar dengan kecil, rendah dengan tinggi, lembut dengan keras.
Memberikan gerak balas kepada bunyi dan menggunakan perkataan untuk menyatakan perasaan dan keperluan.
Berkata-kata sebanyak 50 patah perkataan dan menghasilkan perkataan pendek.
Menamakan lima bahagian tubuh yang berbeza.
Memberitahu anda namanya.
Mengenal pasti beberapa warna apabila ditanya.
Bermain permainan pura-pura dan olok-olok.
Mencerminkan kelakuan orang dewasa yang dikenalinya.
Mencuba bahan-bahan, mengenali rasa dan tekstur yang berbeza.
Memahami hubung kait ruangan dan pembentukan corak.
Menyelesaikan masalah yang mudah melalui permainan dan perkara rutin.
Mengenal pasti peristiwa dan rutin biasa.
LA
MP
IRA
N 4
C
on
toh
Ku
riku
lum
41
Perkembangan Emosi bagi yang berumur Dua hingga Tiga Tahun
Di peringkat ini, kanak-kanak :
Mula menamakan perasaan, seperti gembira, sedih, marah.
Tahu apa yang disukainya dan tidak disukainya.
Mula membuat perangai apabila marah.
Berminat untuk bermain dengan atau berada di sekeliling kanak-kanak lain yang sebaya dengannya.
Menunjukkan rasa diri sendiri yang mula timbul.
Menyalahkan diri sendiri jika dia melakukan kesilapan.
Mempunyai rasa penguasaan dan pencapaian dan kemampuan yang bertambah untuk menjaga kelakuan sendiri.
Cenderung untuk berjaya dan berkembang mengikut rutin – semakin cekap dalam pengurusan diri.
Menunjukkan kemampuan untuk bermain dengan kanak-kanak lain dan memberikan gerak balas
kepada perasaan kanak-kanak lain.
Penerangan tentang objektif dan hasil dalam sesuatu kurikulum:
Aktiviti yang Dirancang
dalam Jadual Waktu
Objektif aktivitiPeralatan/Bahan yang
DigunakanHasil Pembelajaran Apa yang Dijangkakan
Bermain di
luar
Mewujudkan peluang
bagi perkembangan
pergerakan dan
koordinasi otot yang
lancar melalui gerakan
kecil yang khusus
dengan menggunakan
mata, mulut, tangan
dan kaki.
Mengadakan peluang
untuk memegang,
menolak, merasa,
mengangkat,
menggolek,
menggenggam dan
memusing.
Menggalakkan
kemahiran pergerakan
sepenuhnya,
koordinasi dengan
membaling,
menghayun dsb.
Mengadakan peluang
untuk belajar
berkongsi peralatan
dan kelengkapan yang
tersedia.
Mengadakan peluang
untuk berinteraksi
dengan kawan-
kawan mereka dan
persekitaran.
Pelbagai peralatan–
seperti buaian,
jongkang-jongkit dan
alat mainan tambahan
(bola getah kecil, alat
mainan dalam air yang
mengeluarkan bunyi,
gelung kecil, tali dsb.).
Menunjukkan
kemahiran koordinasi
semasa bergerak
dan dalam aktiviti
permainan.
Boleh membaling
bola ke arah sasaran,
memanjat tangga
gelungsur, berjalan
di atas palang
pengimbang.
Menunjukkan
kemampuan untuk
berlari, melompat
dengan kedua-dua
belah kaki.
Mula bergerak dengan
keseimbangan dan
kawalan apabila
bermain aktiviti
permainan aktif.
Memerhati kanak-
kanak dengan teliti
semasa mereka
bermain:
• bagi memastikan
keselamatan kanak-
kanak;
• bagi menyokong
dan menggalakkan
perkembangan;
• bagi memastikan
semua kanak-kanak
mempunyai peluang
yang sama dalam
permainan;
• supaya dapat
membantu apabila
kanak-kanak berebut
alat mainan,
peralatan atau
kelengkapan; dan
• supaya dapat
membantu apabila
kanak-kanak tidak
bersetuju antara satu
sama lain dan
tersisih, atau
meninggalkan ruang
permainan.
LA
MP
IRA
N 4
C
on
toh
Ku
riku
lum
42
Aktiviti yang Dirancang
dalam Jadual Waktu
Objektif aktivitiPeralatan/Bahan yang
DigunakanHasil Pembelajaran Apa yang Dijangkakan
Kerja kolaj-memotong, mengoyak dan menampal.
Bermain playdough, mewarna, aktiviti melukis.
Bermain susun suai gambar yang berbeza/ tekstur berbeza, permainan bebas – sudut lakonan watak, teka-teki, mainan bongkah, membelek buku dsb.
Mainan bongkah, alat mainan manipulatif.
Mengukuhkan jari-jari dan meningkatkan kelancaran pergerakan dan koordinasi tangan dengan mata supaya kemahiran pratulisan dan lukisan boleh dikembangkan.
Mengenal tekstur yang berbeza.
Memberikan peluang untuk memilih warna bagi menyesuaikan dengan dan menghasilkan kerja kreatif mereka sendiri.
Memberikan peluang untuk mempelajari nama, perkataan yang berbeza dan membina perbendaharaan kata mereka.
Memberikan peluang bagi perkembangan secara kognitif semasa bermain dengan tekstur dan warna yang berbeza.
Meningkatkan keyakinan dan daya kreatif melalui proses penghasilan kerja kanak-kanak itu sendiri.
Mengadakan peluang untuk memberikan tumpuan dan bekerja secara bersendirian.
Membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan kawan-kawan dan persekitaran mereka.
Jenis kertas yang berbeza, dengan ketebalan yang berbeza (majalah, surat khabar, iklan daripada pasar raya, cetakan komputer terpakai dsb. yang berwarna dan berkilat).
Daun kering, polistirena, kapas, batang ais krim terpakai dsb.
Menunjukkan koordinasi mata dengan tangan semasa bermain dan mengenal objek, mainan dan alat permainan
Boleh menconteng dengan menggunakan pelbagai alat menulis – krayon, pensil, berus, kayu dsb.
Mencucuk, menumbuk, menggenggam dan membina melalui playdough.
Menggunakan deria sentuh, rasa, lihat dan dengar untuk mengenali objek yang berbeza.
Menzahirkan pencapaian dan menyatakan kegembiraannya secara lisan.
Menunjukkan penggunaan putaran pergelangan tangan yang jelas semasa melengkapkan susun suai gambar
Menggunakan ibu jari dan hujung jari untuk memegang atau mengambil objek yang kecil.
Semua bahan dan peralatan yang digunakan adalah selamat untuk kanak-kanak.
Kanak-kanak tidak bertelagah dan bergaduh disebabkan bahan-bahan yang disediakan.
Kanak-kanak tidak bekerjasama.
Kanak-kanak menjadi bosan.
Tidak memberikan tekanan kepada kanak-kanak dalam menyempurnakan kerja.
Menerima apa saja keputusan akhir – memuji dan meminta penjelasan daripadanya. Menerima daya kreatifnya.
AP
PE
ND
IX 4
S
am
ple
Cu
rric
ulu
m
Aktiviti yang Dirancang
dalam Jadual Waktu
Objektif aktivitiPeralatan/Bahan yang
DigunakanHasil Pembelajaran Apa yang Dijangkakan
Kerja kolaj- memotong, mengoyak dan menampal.
Bermain playdough, mewarna, aktiviti melukis.
Bermain susun suai gambar yang berbeza/ tekstur berbeza, permainan bebas – sudut lakonan watak, teka-teki, mainan bongkah, membelek buku dsb.
Mainan bongkah, alat mainan manipulatif.
Mengukuhkan jari-jari dan meningkatkan kelancaran pergerakan dan koordinasi tangan dengan mata supaya kemahiran pratulisan dan lukisan boleh dikembangkan.
Mengenal tekstur yang berbeza.
Memberikan peluang untuk memilih warna yang sesuai dan menghasilkan kerja kreatif mereka sendiri.
Memberikan peluang untuk mempelajari nama, perkataan yang berbeza dan membina perbendaharaan kata mereka.
Memberikan peluang bagi perkembangan secara kognitif semasa bermain dengan tekstur dan warna yang berbeza.
Meningkatkan keyakinan dan daya kreatif melalui proses penghasilan kerja kanak-kanak itu sendiri.
Mengadakan peluang untuk memberikan tumpuan dan bekerja secara bersendirian.
Membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan kawan-kawan dan persekitaran mereka.
Jenis kertas yang berbeza, dengan ketebalan yang berbeza (majalah, surat khabar, iklan daripada pasar raya, cetakan komputer terpakai dsb. yang berwarna dan berkilat).
Daun kering, polistirena, kapas, batang ais krim terpakai dsb.
Menunjukkan koordinasi mata dengan tangan semasa bermain dan mengenal objek, mainan dan alat permainan
Boleh menconteng dengan menggunakan pelbagai alat menulis – krayon, pensil, berus, kayu dsb.
Mencucuk, menumbuk, menggenggam dan membina melalui playdough.
Menggunakan deria sentuh, rasa, lihat dan dengar untuk mengenali objek yang berbeza.
Menzahirkan pencapaian dan menyatakan kegembiraannya secara lisan.
Menunjukkan penggunaan putaran pergelangan tangan yang jelas semasa melengkapkan susun suai gambar
Menggunakan ibu jari dan hujung jari untuk memegang atau mengambil objek yang kecil.
Semua bahan dan peralatan yang digunakan adalah selamat untuk kanak-kanak.
Kanak-kanak tidak bertelagah dan bergaduh disebabkan bahan-bahan yang disediakan.
Kanak-kanak tidak bekerjasama.
Kanak-kanak menjadi bosan.
Tidak memberikan tekanan kepada kanak-kanak dalam menyempurnakan kerja.
Menerima apa saja keputusan akhir – memuji dan meminta penjelasan daripadanya. Menerima daya kreatifnya.
43
Aktiviti yang Dirancang
dalam Jadual Waktu
Objektif aktivitiPeralatan/Bahan yang
DigunakanHasil Pembelajaran Apa yang Dijangkakan
Muzik dan pergerakan, lagu berserta aksi dengan menggunakan alatan yang berbeza- boneka, alat bunyi-bunyian dsb.
Penceritaan dan lakonan watak.
Memberikan peluang bagi perkembangan bahasa.
Menambahkan perbendaharaan kata, meningkatkan daya kreatif, dan menggalakkan penghasilan permainan sendiri, bagi rangsangan secara sentuhan dan pembezaan auditori.
Memberikan peluang untuk memberikan tumpuan dan bekerja secara bersendirian dan bersama-sama dengan kanak-kanak lain.
Memberikan peluang untuk kanak-kanak berinteraksi dengan kawan-kawan dan persekitaran mereka.
Pelbagai bahan- yang dibeli, dibuat dan membuat prototaip, bagi saiz, bentuk, bunyi dan tekstur yang berbeza.
Boleh bergerak dengan seimbang dan kawalan apabila bergerak mengikut muzik atau alatan.
Boleh menggunakan alatan yang berbeza – memegang, menggenggam , menghayun, dsb.
Boleh meniru lagu, pergerakan jari dan suka pergerakan yang kreatif (pergerakanseperti haiwan).
Boleh menyertai nyanyianberkumpulan,meniru aktiviti nyanyian bagi tempoh yang singkat dan menyertai persembahan yang dramatik.
Boleh menggunakan alat untuk menghasilkan “muzik”.
Semua bahan dan peralatan yang digunakan adalah selamat untuk kanak-kanak.
Kanak-kanak tidak bertelagah dan bergaduh disebabkan bahan-bahan yang disediakan.
Kanak-kanak tidak bekerjasama atau kanak-kanak menjadi bosan (mencelah dengan sewajarnya).
Aktiviti rutin – makan, mandi, tidur
Membolehkan kanak-kanak berdikari.
Memberikan peluang untuk kanak-kanak membina keyakinan dan harga kendiri mereka.
Pelbagai bahan- bersaiz kanak-kanak dan selamat, cth. sink, tandas, kelengkapan tandas, kutleri, perabot, alatan tempat tidur dsb.
Boleh menyertai aktiviti membantu diri termasuk rutin penjagaan diri – menanggalkan seluar, pakaian dalam, Kemeja-T, menyikat rambut mereka, memberus gigimereka, memakai kasut, memegang makanan, minum dari gelas yang mempunyai pemegang, membantu dalam penyediaan makanan dengan mencarikkan daun salad, mengupas pisang, menyapukan mentega/jem pada biskut/roti.
Boleh membasuh dan mengeringkan tangan dengan sendiri, memakai seluar sendiri, memakai stokin dan kasut dengan bantuan.
Mengutamakan pakaian, alat mainan dan rutin kegemaran.
Mula menegaskan diri mereka secara lisan – “tidak”.
Semua bahan dan peralatan yang digunakan adalah selamat untuk kanak-kanak.
Kanak-kanak dipantau dengan teliti, diberikan galakan dan sokongan.
Menggalakkan kanak-kanak supaya berdikari, walau bagaimanapun jangan memberikan tekanan kepada kanak-kanak untuk melakukan sesuatu perkara dengan sendiri
AP
PE
ND
IX 4
S
am
ple
Cu
rric
ulu
m
44
LAMPIRAN 5: Merancang Susun Atur Taman Asuhan
Merancang susun atur taman asuhan kanak-kanak memerlukan perkara yang berikut dipertimbangkan:
Ruang dalaman
Kehendak bagi ruang dalaman dalam meter persegi di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-
Kanak 1984 ialah 3.5 meter persegi bagi setiap kanak-kanak, tidak termasuk ruang seperti
tandas, bilik mencuci, dapur, stor, pejabat dan anjung.
Ruang bagi bayi dan
todler Bayi dan todler memerlukan suatu bilik yang berasingan daripada yang berumur 3-4 tahun.
Ruang bagi aktiviti
tertentu
Keperluan ruang aktiviti yang berasingan atau ruang pelbagai guna bagi perkara yang berikut
perlu dipertimbangkan:
• Ruang lukisan dan kraf.
• Sudut rumah/sudut masakan.
• Sudut pakaian/ lakonan watak
• Aktiviti yang tidak bising – iaitu sudut pra-bacaan, sudut bongkah, sudut pembinaan kata
Taman asuhan kanak-kanak juga memerlukan ruang bagi perkara yang berikut:
• Penyediaan makanan/dapur atau pantri.
• Ruang makan (yang boleh digunakan juga sebagai ruang aktiviti).
• Ruang tidur/rehat (yang boleh juga dijadikan sebagai ruang aktiviti).
• Penstoran.
Kemudahan yang berasingan hendaklah juga tersedia bagi kakitangan taman asuhan kanak-
kanak.
TandasSatu tandas bagi setiap 10 orang kanak-kanak. Bilik mandi yang berasingan diperlukan bagi
kanak-kanak di bawah umur 2 tahun berserta kemudahan menyalin lampin yang bersih.
Ruang permainan
di luar
Ini perlu sesuai bagi semua kumpulan umur, termasuk bayi dan todler. Bagi anak-anak kecil,
ruang itu perlu selamat dan mempunyai kemudahan yang bersesuaian dengan umur.
Akses ke taman
asuhan kanak-kanak
Memastikan terdapat akses yang sesuai bagi kanak-kanak, ibu bapa dan kakitangan (iaitu bagi
menghantar dan meletak kenderaan)
Semua premis baru perlu mempertimbangkan kemudahan yang menyediakan perkhidmatan
kepada kanak-kanak yang memerlukan keperluan khas seperti akses bagi kerusi roda.
LA
MP
IRA
N 5
M
era
ncan
g S
usu
n A
tur
Tam
an
Asu
han
45
Perkara yang berikut merupakan keperluan ruang yang disyorkan bagi ruang kanak-kanak dan juga bagi semua kemudahan
pentadbiran yang lain. Ini hanya merupakan panduan untuk menyediakan ruang yang mencukupi bagi bilangan yang
dicadangkan iaitu seramai 60 orang kanak-kanak.
Kemudahan Keperluan Ruang Bil. Jumlah Ruang
Ruang aktiviti TASKA3.5 meter persegi bagi setiap kanak-
kanak60 210 meter persegi
Pejabat Pentadbiran/Bilik Kakitangan 8m x 5m 1 40 meter persegi
Dapur/Pantri & Bilik Bayi 10m x 3m 1 30 meter persegi
Ruang Penstoran/Pusat Sumber 5m x 5m 1 25 meter persegi
Tandas/Bilik Mandi/Bilik Pakaian bersaiz
kanak-kanak
1 tandas bagi setiap 10 orang kanak-
kanak (nisbah 1:10), dengan 3 bagi
lelaki dan 3 bagi perempuan
6 80 meter persegi
Tandas orang dewasa 2 (lelaki/wanita) 2 12 meter persegi
Tempat Makan 5m x 5m 1 25 meter persegi
Bilik Tidur bagi Kanak-Kanak yang
berumur 2-4 tahun
10m x10m (anggaran 30 orang
kanak-kanak)1 100 meter persegi
Perpustakaan 6m x 5m 1 30 meter persegi
Bilik sakit 4m x 5m 1 20 meter persegi
Bilik Mesyuarat (mesyuarat ibu bapa) 4m x 5m 1 20 meter persegi
Tempat menyambut tetamu 4m x 5m 1 20 meter persegi
Bilik istirahat (ibu bapa/pelawat) 4m x 5m 1 20 meter persegi
Bilik Audio Visual/Aktiviti Kumpulan
Ramai5m x 8m 1 40 meter persegi
Taman Permainan di Dalam atau Taman
Permainan di Luar15m x 10m 1 150 meter persegi
JUMLAH KEPERLUAN RUANG YANG
DICADANGKAN
862 METER
PERSEGIA
PP
EN
DIX
5
Pla
nn
ing
th
e L
ayo
ut
of
the
Ce
ntr
e
46
LAMPIRAN 6: Contoh Perihalan Kerja
Perihalan kerja bagi jawatan tertentu merupakan dokumen atau kerangka kerja yang menyatakan semua kewajipan dan
tanggungjawab, termasuk tugas harian dan sambilan, yang perlu dijalankan oleh seseorang individu dalam program
tertentu.
Perihalan kerja perlu dinyatakan dengan jelas, terkini dan khusus bagi program tertentu. Perihalan kerja lazimnya
termasuklah:
1. Nama pekerjaan;
2. Orang yang kepadanya kakitangan tersebut bertanggungjawab;
3. Kelayakan – pendidikan, pengetahuan, pengalaman, kesihatan diri, kemampuan fizikal;
4. Kewajipan dan tanggungjawab utama;
5. Kewajipan tambahan;
6. Syarat-syarat pekerjaan; dan
7. Gaji dan faedah.
Contoh perihalan kerja bagi pengasuh kanak-kanak (mengasuh mereka yang berumur antara 0 hingga 2 tahun dan 2
hingga 4 tahun)
TajukPengasuh Kanak-Kanak bagi Program Bayi-
Todler (0 – 2 tahun)Pengasuh kanak-kanak bagi 2 – 4 tahun
Pemerhatian
keseluruhan
Pengasuh kanak-kanak bertanggungjawab
bagi asuhan, keselamatan dan kemajuan
perkembangan bayi dan todler di bawah
jagaannya.
Mestilah seorang yang penyayang, lemah
lembut dan komited untuk menjalankan
peranan dan tanggungjawabnya dengan
amat berhati-hati dan prihatin. Dia
bertanggungjawab secara langsung kepada
penyelia.
Pengasuh kanak-kanak bertanggungjawab
bagi asuhan, keselamatan dan kemajuan
perkembangan kanak-kanak yang berumur
antara 3 hingga 4 tahun di bawah jagaannya.
Mestilah seorang yang penyayang, lemah
lembut dan komited untuk menjalankan
peranan dan tanggungjawabnya dengan
amat berhati-hati dan prihatin. Dia
bertanggungjawab secara langsung kepada
penyelia.
Kelayakan/
Pengalaman
Mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.
Diperakui layak dari segi fizikal, perubatan dan
mental.
Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia/yang
setaraf.
Lulus Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak yang
diakreditasi oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat
dan kursus asas dalam Pertolongan Cemas.
Mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.
Diperakui layak dari segi fizikal, perubatan dan
mental.
Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia/yang
setaraf.
Lulus Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak yang
diakreditasi oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat
dan kursus asas dalam Pertolongan Cemas.
Hak
Layak memperoleh caruman Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja dan Pertubuhan Keselamatan
Sosial, dan faedah lain seperti cuti, perubatan,
dsb. menurut undang-undang/peraturan-
peraturan yang terpakai.
Layak memperoleh caruman Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja dan Pertubuhan Keselamatan
Sosial, dan faedah lain seperti cuti, perubatan,
dsb. menurut undang-undang/peraturan-
peraturan yang terpakai.
LA
MP
IRA
N 6
C
on
toh
Pe
rih
ala
n K
erj
a
47
TajukPengasuh Kanak-Kanak bagi Program Bayi-
Todler (0 – 2 tahun)Pengasuh kanak-kanak bagi 2 – 4 tahun
Kewajipan &
Tanggungjawab
LA
MP
IRA
N 6
C
on
toh
Pe
rih
ala
n K
erj
a
1. Memastikan standard asuhan dan
dorongan yang tinggi bagi kanak-kanak
dalam kumpulannya.
2. Bekerjasama dengan pengasuh kanak-
kanak lain dalam program tersebut.
3. Memastikan bahawa keperluan asas
fizikal kanak-kanak di bawah jagaannya
dipenuhi. Merancang, menyediakan dan
menjalankan suatu program aktiviti
bagi perkembangan sepenuhnya setiap
kanak-kanak di bawah jagaannya.
4. Membuat perancangan bagi kanak-
kanak secara individu, mengambil kira
peringkat perkembangan, kepentingan,
keperluan dan cara pembelajaran
mereka.
5. Memerhati dan menilai perkembangan
dan kemajuan setiap kanak-kanak.
6. Menyimpan rekod tentang kesihatan,
kemajuan dan kemalangan/kecederaan
yang dialami oleh kanak-kanak.
7. Menyediakan laporan kemajuan untuk
disampaikan kepada ibu bapa semasa
mesyuarat ibu bapa atau jika diminta.
8. Merancang dan menyediakan
semua bahan yang diperlukan untuk
melaksanakan program.
9. Mengekalkan kebersihan, daya tarikan
dan keselamatan persekitaran fizikal,
peralatan, dan bahan-bahan.
10. Menyambut kanak-kanak apabila mereka
tiba, dan menyerahkan mereka kepada
ibu bapa selepas program tersebut.
1. Memastikan standard asuhan yang tinggi
bagi bayi dan todler dalam kumpulannya.
2. Bekerjasama dengan pengasuh kanak-
kanak lain dalam program tersebut.
3. Memastikan bahawa keperluan asas
fizikal kanak-kanak di bawah jagaannya
dipenuhi.
4. Melaksanakan jadual individu setiap bayi
selaras dengan jadual ibu bapa yang sedia
ada.
5. Merancang, menyediakan dan
menjalankan aktiviti bagi perkembangan
sepenuhnya setiap kanak-kanak di bawah
jagaannya.
6. Menyimpan rekod tentang kesihatan,
kemajuan dan kemalangan atau
kecederaan yang dialami oleh kanak-
kanak.
7. Mengekalkan kebersihan dan keselamatan
persekitaran fizikal, peralatan dan bahan-
bahan.
8. Menyediakan laporan kemajuan untuk
disampaikan kepada ibu bapa semasa
mesyuarat ibu bapa atau jika diminta.
9. Menyambut kanak-kanak apabila mereka
tiba, dan menyerahkan mereka kepada ibu
bapa selepas program tersebut.
10. Berkomunikasi, berhubung dengan
dan menyokong ibu bapa dan anggota
keluarga yang lain, dan memastikan
asuhan berterusan antara rumah dan
taman asuhan.
48
TajukPengasuh Kanak-Kanak bagi Program Bayi-
Todler (0 – 2 tahun)Pengasuh kanak-kanak bagi 2 – 4 tahun
Kewajipan &
Tanggungjawab
LA
MP
IRA
N 6
C
on
toh
Pe
rih
ala
n K
erj
a
11. Berkomunikasi, berhubung dengan
dan menyokong ibu bapa dan anggota
keluarga yang lain, untuk mengekalkan
asuhan yang berterusan dan konsisten
antara rumah dan taman asuhan
12. Menjalankan kerja-kerja rumah tertentu
dalam program tersebut cth. mengelap
tumpahan, membersihkan muntah.
13. Mengekalkan kerahsiaan kanak-kanak,
ibu bapa dan keluarga mereka, dan
kakitangan lain.
14. Menghadiri dan menyertai mesyuarat
kakitangan mingguan, kursus latihan
dan aktiviti perancangan.
15. Mengekalkan sikap profesional dan
rasa setia terhadap taman asuhan pada
setiap masa.
16. Mengetahui polisi taman asuhan,
yang hendaklah termasuk tetapi tidak
dihadkan kepada yang berikut:
(a) Polisi Kesihatan dan
Keselamatan
(b) Polisi Pertolongan Cemas dan
Perubatan pada Waktu
Kecemasan
(c) Pemindahan semasa
Kebakaran
(d) Laporan Penderaan Kanak-
Kanak
(e) Polisi Kakitangan
11. Menghadiri mesyuarat kakitangan
mingguan.
12. Menjalankan kerja-kerja rumah tertentu
dalam program tersebut, seperti
menyediakan makanan, membasuh
botol-botol.
13. Menghadiri semua latihan semasa
bekerja yang disediakan oleh majikan.
14. Mengekalkan kerahsiaan kanak-kanak,
ibu bapa dan keluarga, dan kakitangan
lain.
15. Mengekalkan sikap profesional dan rasa
setia terhadap taman asuhan pada setiap
masa.
16. Mengetahui polisi taman asuhan,
yang hendaklah termasuk tetapi tidak
dihadkan kepada yang berikut:
(a) Polisi Kesihatan dan
Keselamatan
(a) Polisi Pertolongan Cemas dan
Perubatan pada Waktu
Kecemasan
(a) Pemindahan semasa Kebakaran
(d) Laporan Penderaan Kanak-
Kanak
(e) Polisi Kakitangan
49
LAMPIRAN 7: Contoh Surat Tawaran
Tarikh: 22 Mei 2009
Cik Siti binti Zainal Hussain,
100 Jalan Damansara,
Petaling Jaya.
Cik Siti,
PER: PELANTIKAN SEBAGAI PENGASUH KANAK-KANAK
Merujuk perkara di atas, saya berbesar hati untuk menawarkan anda jawatan sebagai pengasuh kanak-kanak di Taska
Murni, mulai 1hb Julai 2009.
Terma-Terma dan Syarat-Syarat Pekerjaan adalah seperti yang berikut:
1. Anda akan dibayar gaji bulanan sebanyak RM800.00 sebulan.
2. Tempoh percubaan anda adalah selama tiga bulan. Sekiranya prestasi anda tidak memuaskan, tempoh percubaan
anda boleh dilanjutkan selama tiga bulan lagi.
3. Anda dan majikan hendaklah mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan PERKESO pada kadar
caruman menurut perundangan yang terpakai.
4. Anda layak mendapat cuti tahunan dan cuti perubatan mengikut peraturan-peraturan dalam Undang-Undang
Buruh.
5. Tempoh bagi notis penamatan perkhidmatan atau gaji sebagai ganti adalah seperti yang berikut:
a) Semasa Percubaan – 1 bulan
b) Selepas Percubaan – 3 bulan
6. Terma-terma pekerjaan yang lain adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam Buku Panduan Kakitangan.
Sila tandatangan salinan surat ini yang dilampirkan dan kembalikannya kepada saya bagi menyatakan penerimaan
pelantikan ini, berserta semua terma dan syaratnya.
Yang benar,
Puan Murni binti Ahmad
Pengendali
Saya, yang bertandatangan di bawah, telah membaca Buku Panduan Kakitangan, Perihalan Kerja dan dengan ini
menerima pelantikan ini berserta semua terma dan syaratnya.
Tandatangan : ………………………………...................................…….
Nama : ………………………………...................................…….
No. K.P. : ………………………………...................................…….
Tarikh : ………………………………...................................…….
LA
MP
IRA
N 7
C
on
toh
Su
rat
Taw
ara
n
50
LAMPIRAN 8: Butir-Butir Rekod yang perlu Disimpan di Taman Asuhan Kanak-Kanak
Penyimpanan rekod yang berkesan merupakan suatu komponen yang penting di mana-mana taman asuhan kanak-kanak.
Ia adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa kategori rekod yang berbeza yang perlu disenggara mempunyai
tahap kerahsiaan yang berbeza. Rekod yang paling penting adalah sebagaimana yang diperihalkan di bawah.
Rekod Kakitangan
Rekod kakitangan disimpan dalam fail peribadi, dan mengandungi maklumat mengenai setiap kakitangan. Kandungannya
termasuklah:
1. Borang permohonan, yang memberikan semua maklumat peribadi;
2. Salinan sijil kelayakan;
3. Surat rujukan;
4. Rekod kesihatan peribadi;
5. Rekod insurans;
6. Rekod pekerjaan;
7. Rekod penilaian; dan
8. Persidangan/latihan yang dihadiri.
Hanya penyelia mempunyai akses secara langsung kepada rekod kakitangan. Kakitangan yang berkenaan mesti
memperoleh kebenaran penyelia jika dia perlu mengakses rekodnya sendiri.
Rekod Kanak-Kanak
Rekod disimpan dalam fail peribadi, dan mengandungi maklumat mengenai setiap kanak-kanak. Kandungannya termasuklah:
1. Semua maklumat peribadi;
2. Rekod kesihatan peribadi;
3. Rekod kehadiran; dan
4. Rekod penilaian.
Maklumat sulit hanya boleh diakses oleh penyelia. Kakitangan, walau bagaimanapun, bertanggungjawab untuk
menyenggara suatu fail yang berasingan bagi maklumat berkaitan dengan kemajuan dan aktiviti.
Rekod Taman Asuhan Kanak-Kanak
Ini termasuklah semua rekod yang berkaitan dengan:
1. Inventori semua peralatan dan perabot.
2. Pembiayaan dan penyelenggaraan taman asuhan.
3. Latihan kebakaran.
4. Aktiviti Penglibatan Ibu Bapa (termasuk kaedah perhubungan antara ibu bapa dengan pengasuh – buku pesanan,
salinan notis yang dikeluarkan, poster/keratan surat khabar yang ditampalkan pada papan kenyataan dsb.).
Rekod pentadbiran dan kewangan hanya boleh diakses oleh penyelia dan kakitangan pengurusan (pegawai
pentadbiran/pegawai kewangan).
LA
MP
IRA
N 8
B
uti
r-B
uti
r R
eko
d y
an
g p
erl
u D
isim
pan
di
Tam
an
Asu
han
Kan
ak-K
an
ak
LA
MP
IRA
N 9
C
on
toh
An
gg
ara
n B
ela
nja
wan
FI PERUNDINGAN (JIKA ADA)
KOS OPERASI PENTADBIRAN
KOS GAJI
BULANAN
LAMPIRAN 9: Contoh Anggaran Belanjawan
Contoh Anggaran Belanjawan bagi Taman Asuhan Kanak-Kanak yang mempunyai 60 orang kanak-kanak
PENDAPATAN
Penajaan
Fi
JUMLAH PENDAPATAN
Pengubahsuaian/Pembaharuan/Papan Tanda
Peralatan Keselamatan/Kesihatan (Kebakaran/CCTV/Perubatan)
Lekapan/Kelengkapan/Perabot/Perhiasan
Perabot bagi Pusat Aktiviti Kanak-Kanak
Peralatan Pejabat & Pentadbiran & Alat Tulis Permulaan
Peralatan Ruang Rutin (Dapur/Bilik Mandi/Stor)
Sumber Kurikulum, Mainan & Peralatan Permainan
Peralatan Taman Permainan
Lesen – DBKL/JKM/Kesihatan
Insurans (Liabiliti Awam/Peralatan)
Deposit Sewa & Kemudahan
Sewa
Makanan Lekapan/Kelengkapan/Perabot/Perhiasan
Kemudahan:
Elektrik
Air
Telefon/Faksimile
Pembetungan
Insurans bagi Kanak-Kanak
Isian semula – Kit Pertolongan Cemas/Kelengkapan Tandas
Alat Pencuci/Bekalan Gas
Alat Bantuan Mengajar/Alat Lukisan/Alat Tulis
Peristiwa Khas/Lawatan Bertema
Latihan Kakitangan
Program Penglibatan Ibu Bapa
Penyelenggaraan/Pembaikan
Hal Luar Jangka/Tunai Runcit
Eksekutif Taman Asuhan/Pengarah/Penyelia
Pegawai Pentadbiran/Kewangan
Pengasuh Kanan (bayi) – 1 kakitangan
Pengasuh Kanan (2-4 tahun) 1 kakitangan
Pengasuh – Bayi (0-8 bulan) – 3 kakitangan
Pengasuh – Bayi (8-12 bulan) – 3 kakitangan
Pengasuh – Todler (13-24 bulan) – 2 kakitangan
Pengasuh – Todler (2-3 tahun) – 2 kakitangan
Pengasuh – Kanak-Kanak (3-4 tahun) – 4 kakitangan
Tukang Masak/Pekerja Am – 2 kakitangan
KWSP & PERKESO
Kerja Lebih Masa
Jumlah Perbelanjaan Modal
Jumlah Perbelanjaan Operasi (Kos Operasi Pentadbiran + Gaji)
PERBELANJAAN MODAL & KOS PERMULAAN
JUMLAH PERBELANJAAN MODAL (CAPEX)
JUMLAH KOS OPERASI PENTADBIRAN
JUMLAH KOS GAJI
PERBELANJAAN KESELURUHAN
TAHUNAN
Ibu Pejabat
Menara SSM @ Sentral
No. 7, Jalan Stesen Sentral 5
Kuala Lumpur Sentral
50470, Kuala Lumpur
T (+6.03) 2299 4400
F (+6.03) 2299 4411
E-mel : [email protected]
United Nations Children’s Fund
(Dana Kanak-Kanak Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu)
Malaysia Country Office
Wisma UN, Block C, 2nd Floor
Kompleks Pejabat Damansara
Jalan Dungun, Damansara Heights
50490 Kuala Lumpur, MALAYSIA
T (+6.03) 2095 9154
F (+6.03) 2093 0582
E-mel : [email protected]