Bidang Minat Bidang-bidang minat Persatuan ini meliputi teori, konsep, dan teknik sains dan kejuruteraan yang digunakan untuk penderiaan jauh Bumi, lautan, atmosfera, dan angkasa, termasuk pemprosesan, tafsiran dan penyebaran maklumat yang berkiatan. · Penderiaan Jauh tentang proses-proses Tanah dan Permukaan · Penderiaan Jauh tentang Atmosfera dan Lautan · Penderiaan Jauh tentang Cryosphere · Penderiaan Jauh tentang proses-proses Bumi Pepejal dan Geodinamik · Penderiaan Jauh dan Pengurangan Bencana Alam · Teknik Analisis untuk Penderiaan Jauh · Elektromagnetik dan Teori Pemindahan Radiatif · Penderia dan Platform · Pendidikan dan Dasar AHLI-AHLI GRSS MEMPUNYAI LATAR BELAKANG SAINTIFIK DAN KEJURUTERAAN. Mereka yang mempunyai latar belakang kejuruteraan sering memberi sokongan kepada penyelidikan geo-saintifik melalui rekaan dan pembangunan perkakasan dan teknik pemprosesan data, di mana mereka perlu biasa dengan geosains seperti geofizik, geologi, hidrologi, meteorologi, dan bidang berkaitan. Sebaliknya, saintis mendapati GRSS adalah sebuah forum untuk penilaian dan penyebaran kerja-kerja berkaitan dengan penderiaan jauh. Gabungan antara disiplin geologi dan kejuruteraan ini telah memberi GRSS suatu ciri yang unik dan peranan yang menarik dalam memajukan sains dan teknologi penderian jauh. Persatuan Geosains dan Penderiaan Jauh (GRSS) berusaha untuk memajukan sains dan teknologi dalam bidang geosains, penderiaan jauh dan bidang-bidang yang berkaitan melalui persidangan, pendidikan, dan sumber-sumber lain. MISI KAMI www.grss-ieee.org JAWATANKUASA TEKNIKAL GRSS Persatuan Geosains dan Penderiaan Jauh (Geoscience and Remote Sensing Society, GRSS) telah menubuhhkan beberapa Jawatankuasa Teknikal untuk mempromosikan perbincangan dan kemajuan dalam bidang teknikal secara aktif demi kepentingan ahli-ahli. Aktiviti-aktiviti Jawatankuasa Teknikal termasuk rangkaian dalam topik saintifik, penganjuran bengkel tematik, pendidikan untuk profesional muda, dan penganjuran sesi khas di IGARSS bersama-sama dengan mesyuarat jawatankuasa yang terbuka kepada semua peserta IGARSS. INFORMATIK SAINS BUMI (EARTH SCIENCE INFORMATICS, ESI) Misi Jawatankuasa Teknikal Informatik Sains Bumi (ESI TC) adalah untuk memajukan aplikasi informatik kepada masyarakat geosains dan penderiaan jauh, menyediakan lokasi kepada profesional ESI untuk bertukar maklumat dan pengetahuan, dan memberi nasihat teknologi kepada inisiatif utama ESI di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. PERUNTUKAN FREKUENSI DALAM PENDERIAAN JAUH (FREQUENCY ALLOCATIONS IN REMOTE SENSING, FARS) Misi Jawatankuasa Teknikal Peruntukan Frekuensi Dalam Penderiaan Jauh (FARS TC) adalah untuk menjadi perantaramuka di antara ahli-ahli GRSS dengan proses pengawalan frekuensi. Ini termasuk memberi pendidikan kepada ahli-ahli mengenai isu semasa tentang pengurusan frekuensi, proses- proses dan usaha mempengaruhi badan pengawalan dengan menganjurkan maklum balas GRSS. Kami menyelaraskan cadangan teknikal dan maklum balas kepada badan-badan pengawalseliaan. Kami juga mengenalpasti keperluan spektrum pengguna semasa dan masa depan, menyiasat isu-isu gangguan isyarat yang berpotensi berlaku dan menggalakkan pembangunan teknik-teknik pengurangan gangguan isyarat. INSTRUMENTASI DAN TEKNOLOGI MASA DEPAN (INSTRUMENTATION AND FUTURE TECHNOLOGIES, IFT) Misi Jawatankuasa Teknikal Instrumentasi dan Teknologi Masa Depan (IFT TC) adalah untuk memberi bantuan dan penyelarasan di antara ahli-ahli GRSS serta komuniti secara umumnya: untuk menilai teknologi dan alat-alat penderiaan jauh yang terkini; mengenalpasti konsep-konsep baru dan trend teknologi yang berkaitan, serta mengiktiraf teknologi yang boleh membantu dalam pembanguan instrumen masa depan. Kami juga menggalakkan penggunaan alat-alat penderiaan jauh dan memberi maklumat-maklumat berkaitan pembangunan teknologi kepada institusi dan industry. ANALISIS IMEJ DAN GABUNGAN DATA (IMAGE ANALYSIS AND DATA FUSION, IADF) Jawatankuasa Teknikal IADF (IADF TC) adalah satu forum perbincangan global untuk pakar gabungan data, industri dan orang awam, di mana kami menggalakkan analisis imej dan gabungan data penderiaan jauah untuk mengatasi cabaran-cabaran masyarakat yang terbaru. Kami menumpu perhatian kepada masalah 'pelbagai+': pelbagai-masa, pelbagai-sumber, pelbagai-resolusi dan secara amnya data pelbagai-modal. Sejak 2006, IADF TC telah menganjurkan pertandingan tahunan gabungan data, iaitu satu cabaran saintifik yang bertujuan untuk mempromosi dan menilai kaedah- kaedah baru berkaitan dengan cabaran baru 'pelbagai+' dan gabungan data. PENGIMEJAN SPEKTROSKOPI GEOSAINS ANGKASA (GEOSCIENCE SPACEBORNE IMAGING SPECTROSCOPY, GSIS) Jawatankuasa Teknikal Pengimejan Spektroskopi Geosains Angkasa (GSIS TC) menyediakan satu komuniti amalan untuk semua pihak yang terlibat dalam pengimejan spektroskopi angkasa, terutamanya dalam aplikasi geosains. Misi GSIS TC adalah untuk berkongsi maklumat mengenai misi pengimejan spektroskopi angkasa (hyperspectral) yang akan datang, memberikan peluang untuk perkongsian baru di antara agensi-agensi angkasa kebangsaan, pembekal data pengimejan spektroskopi angkasa, institut penyelidikan dan komuniti pengguna, serta membina pangkalan maklumat untuk membolehkan penggunaan spektroskopi pengimejan spaceborne oleh komuniti geosains. PEMODELAN DALAM PENDERIAAN JAUH (MODELLING IN REMOTE SENSING, MIRS) Misi Jawatankuasa Teknikal Pemodelan Dalam Penderiaan Jauh (MIRS TC) adalah menjadi satu teknikal dan profesional forum untuk memajukan sains peramalan pemerhatian penderiaan jauh dari teori asas pertama. MIRS TC bertujuan merapatkan jurang antara asas-asas teori elektromagnetik dan data yang dikumpulkan oleh instrumentasi penderiaan jauh. Ia menumpu pengajian kepada model-model dan teknik-teknik untuk mendapatkan gambaran geometri, volumetrik dan komposisi bahan atas sesuatu kawasan, bersama-sama dengan parameter elektromagnetik (misalnya, penyebaran, penyerapan, pelepasan, optik BRDF, sifat dielektrik, dll.), dan meramalkan permerhatian yang akan terhasil daripada alat penderiaan jauh. Jawatankuasa Teknikal: JOM SERTA! http://www.grss-ieee.org/community/technical-committees/