Top Banner
BAGAIMANA MEMULAKAN BISNES? NOTA BISNES PUAN AINON MOHD
10

Bagaimana Memulakan Bisnes?

May 12, 2015

Download

Business

Yusry Yusopp

Koleksi nota-nota bisnes Puan Ainon Mohd. di Ainon Business School (ABS)
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Bagaimana Memulakan Bisnes?

BAGAIMANAMEMULAKAN

BISNES?

NOTA BISNES PUAN AINON MOHD

Page 2: Bagaimana Memulakan Bisnes?

Jangan terjun ke dalam dunia bisnes dengan membuka bisnes yang mempunyai ciri-ciri ini:

Page 3: Bagaimana Memulakan Bisnes?

1. Bisnes itu modalnya besar, sampai kita terpaksa gunakan semua wang simpanan kita.

Sebagai contoh, kita bersara lalu kita gunakan semua wang KWSP untuk membuka bisnes.

Page 4: Bagaimana Memulakan Bisnes?

2. Jangan meminjam duit modal bisnes sampai kita terpaksa mencagarkan hartanah kepada bank.

Ingat 93% semua bisnes ditutup dalam tempoh 3 tahun selepas dibuka.

Nanti bisnes gulung tikar, hartanah pula dilelong oleh bank.

Page 5: Bagaimana Memulakan Bisnes?

3. Jangan meminjam duit adik beradik ataupun kaum keluarga.

Nanti sudahlah bisnes kita tutup, bergaduh pula dengan adik beradik dan ipar-duai.

Page 6: Bagaimana Memulakan Bisnes?

4. Jangan menyewa kedai.

Gagal membayar sewa kedai adalah punca utama bisnes kita terpaksa ditutup.

Page 7: Bagaimana Memulakan Bisnes?

5. Jangan buat bisnes yang skillnya tidak ada pada kita.

Jangan buka kedai makan kalau kita tidak pandai masak.

Nanti tukang masak lari, kita terpaksa tutup kedai.

Page 8: Bagaimana Memulakan Bisnes?

6. Jangan buka bisnes francais.

Francais memaksa kita membuat pinjaman bank dan menggadaikan hartanah.

Page 9: Bagaimana Memulakan Bisnes?

7. Jangan buka kilang.

Kos membuka kilang sangat tinggi.

Ia memaksa kita membuat pinjaman bank.

Page 10: Bagaimana Memulakan Bisnes?

LawatiSLIDESHARE‘StartUpABS’

KLIK