Top Banner

of 19

BAB2.Rumpum.bahasa.asia

Feb 17, 2018

Download

Documents

Nur Zieyma
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
  • 7/23/2019 BAB2.Rumpum.bahasa.asia

    1/19

    Bab 2: Rumpum Bahasa di Asia

    1

    BAB 2: RUMPUN BAHASA DI ASIA

    4.1Apakah Bahasa?

    4.2Rumpun Bahasa Asia

    Sino-Tibetan

    Indo-Eropah

    Altaic

    Semitic

    Austro-Asiatic

    Austroonesia

    Dravidian Tai-Kadai

    4.3

    Bahasa Rasmi

    4.4

    Kepupusan Bahasa

    Kata Kunci

    RINGKASAN

    Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat:

    a)

    Menerangkan perbezaan bahasa yang ditutur oleh penduduk Asia

    b)

    Membincangkan ciri-ciri bahasa di Asia

    c) Menjelaskan isu kepupusan bahasa

  • 7/23/2019 BAB2.Rumpum.bahasa.asia

    2/19

    Bab 2: Rumpum Bahasa di Asia

    2

    Bahasa ialah simbol bersuara yang digunakan oleh manusia dalam berkomunikasi. Bahasa

    ialah sistem bunyi-bunyi vokal dan konsonan dengan urutan bunyi yang digunakan dalam

    komunikasi oleh sekumpulan manusia. Bahasa juga merefleksi pemikiran, keinginan,

    perasaan dan budaya sekelompok manusia.

    Tiga unsur utama sesuatu bahasa, ialah pertuturan yang terangkum di dalamnya bunyi,

    perkataan dan ayat, manuskrip atau bahan bertulis dan adab atau sopan santun.

    Bahasa digunakan oleh manusia untuk menyampaikan maklumat serte menerima maklumat

    daripada persekitaran, sama ada dalam bentuk rangsangan lisan atau pun tulisan.

    Adalah dijangkakan terdapat kira-lira 7000 bahasa yang digunakan oleh manusia dimerata

    dunia. Beribu-ribu bahasa digunakan oleh penduduk di Benua Asia yang telah pun

    dikategorikan kepada beberapa rumpun. Rumpun bahasa adalah sekumpulan bahasa-bahasa

    yang mempunyai asal-usul dan ciri-ciri yang hampir sama. Secara umum bahasa-bahasa yang

    dikelompokkan dalam sesuatu rumpun berkongsi kosa kata asas dan morfologi. Bagaimana

    pun, bahasa-bahasa dalam sesuatu rumpun mungkin berbeza kerana perubahan-perubahan

    sepanjang masa.

    Jadual 2.1 Lapan Rumpun Bahasa Asia

    1. Sino-Tibetan

    Cina

    Tibeto-Burman

    5. Austro-Asiatic

    Vietnamese

    Khmer

    Lao

    2. Indo-Eropah

    Indic

    Iranian

    Turkic

    6. Austronesia

    Indonesia

    Bahasa Melayu

    Tagalog

    3. Altaic Japanese

    Korean

    Mongolian

    Turkic

    7. Dravidian Tamil

    Malayalam

    Telegu

    Kannada

    4. Semitic

    Arab

    Hebrew

    Amharic

    8. Tai-Kadai

    Thai

    Lao

    2.1 APAKAH BAHASA?

    2.2 RUMPUN BAHASA ASIA

  • 7/23/2019 BAB2.Rumpum.bahasa.asia

    3/19

    Bab 2: Rumpum Bahasa di Asia

    3

    Contohnya, rumpun Austronesia terdiri daripada kira-kira 1200 bahasa. Bahasa yang paling

    luas digunakan di bawah rumpun ini ialah Bahasa Indonesia (di Indonesia), Bahasa Melayu

    (di Malaysia) dan Tagalog (di Filipina). Perlu ditegaskan bahawa terdapat beberapa kaedah

    mengklasifikasi beribu-ribu bahasa yang ditutur oleh penduduk Asia. Jadual 2.1 yang

    membahagikan bahasa-bahasa Asia kepada LAPAN RUMPUNumum adalah salah satu cara

    mengklasifikasi bahasa-bahasa Asia yang mungkin tidak dipersetujui oleh sesetengah pakar

    etnolinguistik.

    Cina Jepun Semitik Dravidian

    Tibeto-Burman Mongolia Tai-Kadai

    Indic Turkic Austro-Asiatic

    Iran Korea Austronesia

    Rajah 2.1 Peta Menunjukkan Taburan Rumpun Bahasa Asia

    Lihat Rajah 2.1 yang menujukkan taburan rumpun-rumpun bahasa benua Asia. Secara umum,

    bahasa-bahasa utama yang ditutur oleh penduduk benua Asia boleh dikelompokkan kepada

    LAPAN rumpun utama.

    Mongolia

    Cina

    Semitic

    Dravidian

    Iran Indic

    Austro-Asiatic

    Austronesia

    Tibeto-Burman

    Je un

    Turkic

    Tai-Kadai

  • 7/23/2019 BAB2.Rumpum.bahasa.asia

    4/19

    Bab 2: Rumpum Bahasa di Asia

    4

    1. RUMPUN SINO-TIBET

    Rumpun Sino-Tibet terdiri daripada 250 jenis bahasa yang meliputi Bahasa Cina, Bahasa

    Bahasa Tibet dan Bahasa Burma.

    Bahasa Cinaditutur oleh penduduk di China, Taiwan, Hong Kong dan disapora

    Cina di Asia Tenggara, Amerika Syarikat dan Kanada. Lihat Jadual 2.1. Bahasa

    kebangsaan negara Cina ialah Mandarin yang dipanggil Putonghua yang

    merupakan bahasa pertuturan Cina Han (Han Chinese). Kira-kira 850 juta oranga

    bertutur dalam Mandarin. Terdapat juga bahasa-bahasa Cina lain seperti Wu, Min

    dan Yue. Wuterdiri dariapda beberapa dialek yang ditutur oleh 90 juta penduduk

    terutama di wilayah Zheijiang, wilayah Jiangsu dan bandaraya Shanghai. Yueatau

    Kantonis di ditutur oleh 70 juta penduduk di selatan China serta di Hong Kong

    dan Macau. Kantonis juga ditutur di Asia Tenggara, Australia dan Amerika

    Syarikat.

    Jadual 2.1 Bahasa-Bahasa Cina

    Sementera itu, dialek-dialek Min (ditutur oleh 50 juta penduduk) ditutur oleh

    penduduk di tenggara China (seperti di wilayah Fujian, Guangdong dan pulauHainan), Taiwan dan penduduk Cina di Filipina, Pulau Pinang di Malaysia dan

    Thailand. Antara dialek-dialek Min Dan ialah Hokkien, Teochew dan Hainanese.

    Walau pun bahasa-bahasa Cina berbeza dariapada bahasa pertuturan, hampir semua

    bahasa menggunakan skrip yang sama.

    Bahasa Burmaditutur oleh 42 juta penduduk di negara Burma (atau Myanmar).

    Bahasa ini menggunakan skrip Burma yang berasal daripada skrip Brahmi yangmerupakan skrip yang tertua di India. Skrip Burma telah melalui pelbagai

    perubahan dengan mengambil kira kaum-kaum etnik yang menggunakan bahasa

    berkenaan sebagai bahasa komunikasi dan lingua franca.

    Ditutur oleh:

    Mandarin 850 juta penduduk

    Wu 90 juta penduduk

    Yue (Kantonis) 70 juta penduduk

    Min Dan (Teochew,Hainanese & Hokkien) 50 juta penduduk

    Bahasa Cina

    W jio Nama saya ialah .. Nho ma? Apa khabar?

    Xi xi Terima kasih

  • 7/23/2019 BAB2.Rumpum.bahasa.asia

    5/19

    Bab 2: Rumpum Bahasa di Asia

    5

    Bahasa-Bahasa Lain:o Bahasa Tibetdi tutur oleh kira-kira 6 juta penduduk di Tibet yang kini

    dibawah jagaan Cina. Bahasa Tibet juga terdiri daripada beberapa dialek.

    2. RUMPUN ALTAIC

    Rumpun bahasa ini terdiri daripada bahasa Turki, Mongolia, Tungusic, Japonic dan

    Korea. Rumpun bahasa ini mendapat namanya daripada Pergunungan Altai di Asia

    Tengah. Masih dipertikaikan tentang rumpun bahasa ini. Contohnya, sesetengah pendapat

    tidak bersetuju bahawa bahasa Jepun dan bahasa Korea dikategorikan dalam rumpun

    Bahasa Altaic. Dicadangkan bahawa kedua-dua bahasa ini mempunyai ciri-ciri tersendiri

    dan patut di anggap sebagai berasingan.

    Bahasa Jepunditutur oleh 120 juta penduduk di negara Jepun dan ditempat-tempat

    lain yang diduduki orang keturunan Jepun seperti di Hawaii. Bahasa Jepun telahbanyak menggunakan kata dasar dan morfologi Bahasa Cina tetapi tidak

    dikategorikan dalam rumpun bahasa yang sama.

    Bahasa Turkiditutur oleh 200 juta penduduk di negara Turki dan Balkans.

    Bahasa Mongolia ditutur oleh penduduk di Mongolia dan kawasan-kawasansekeliling. Dianggarkan kira-kira 5.2 juta penduduk berkomunikasi dalam bahasa

    Mongolia.

    3. RUMPUN INDO-EROPAH

    Rumpun ini terdiri daripada ratusan bahasa dan dialek dan merupakan rumpun bahasayang paing besar. Seramai 3 billion manusia dalam dunia bertutur dalam salah satu

    rumpun bahasa indo-eropah. Semua bahasa di Eropah dikelompok sebagai rumpun indo-

    eropah dan anataranya ialah bahasa Sepanyol, Inggeris, Jerman, Rusia, Portuguese,

    Perancis dan Itali. Di benua Asia, rumpun Indo-Eropah terdiri daripada

    Bahasa Iran atau Parsi yang ditutur oleh 110 penduduk di Iran, kawasan-kawasan

    tertentu di Afghanistan dan Takijkistan. Bahasa Parsi terdiri daripada perkataan

    daripada bahasa Turki, Arab dan Hindustani.

    Bahasa Jepun

    Tanaka-san ni agete kudasai "Sila berikannya kepada En. Tanaka."

    Nihon ni ikitai "Saya mahu pergi ke Jepun."

  • 7/23/2019 BAB2.Rumpum.bahasa.asia

    6/19

    Bab 2: Rumpum Bahasa di Asia

    6

    Bahasa Indic yang meliputi bahasa Hindustani, bahasa Urdu, bahasa Bengali danbahasa lain yang ditutur oleh penduduk di utara India dan utara Pakistan dan negara-

    negara berhampiran. Banyak kosa kata Bahasa Hindustani diperolehi daripada

    Bahasa Parsi, Arab dan Sanskrit.

    4. RUMPUN SEMITIK

    Rumpun ini terdiri daripada beberapa bahasa yang ditutur oleh 270 juta penduduk

    merentasi Tumur Tengah, Utara Africa dan Semenanjung Africa (Horn of Africa), dan

    antaranya ialah:

    Bahasa Arabyang ditutur oleh 206 juta penduduk yang tinggal di Arab Saudi,

    Yemen, Oman, Kesatuan Emiriyah Arab, Jordan, Syria, Kuwait dan Oman.

    Bahasa Arab telah meminjam perkataan daripada Hebrew, Yunani dan Farsi.

    Bahasa-bahasa seperti Inggeris, Perancis, German, Hindustani, Indonesia, Bahasa

    Melayu, Malayalam, Pashto dan Punjabi pula telah meminjam perkataan-

    perkataan Arab. Bahasa Arab lisan mungkin berbeza mengikut kawasan tetapi

    bahasa tulisan adalah sama. Contohnya, Bahasa Arab yang ditutur oleh penduduk

    di Afrika Utara berbeza dengan Bahasa Arab yang ditutur di Kuwait atau Bahrain.

    Bahasa FARSI

    Selamat Petang Asr be kheyr

    Terima Kasih Mamnoon

    Nama saya ialah. Esm e man.. ...

    Bahasa HINDUSTANI

    HeloNamastey

    Selamat Petang Shubh sundhyaa

    Berapakah harga ini? Yeh kaisey diyaa?

    Bahasa Arab

    Hi

    Salam

    Boleh saya

    tolong anda?Hal beemkani mosaadatuk?

    Berapakahharga ini?

    Kam howa thamanoh?

  • 7/23/2019 BAB2.Rumpum.bahasa.asia

    7/19

    Bab 2: Rumpum Bahasa di Asia

    7

    a) Nyatakan bahasa-bahasa yang dikategorikan sebagai Rumpun Sino-Tibetan.

    b) Apakah ciri-ciri bahasa Rumpun Altaic?

    c) Manakah rumpun bahasa yang paling luas ditutur?

    d) Jelaskan ciri-ciri bahasa dikategorikan sebagai Rumpun Semitik.

    Bahasa Amharicditutur dengan meluas di Ethiopia dan merupakan bahasa rasminegara berkenaan bagi kira-kira 27 juta penduduk.

    Bahasa Hebrew ditutur oleh 7 juta penduduk yang kebanyakkannya tinggal di

    Israel.

    Bahasa Tigrinya ditutur oleh 6.7 juta penduduk di Eritrea di Ethiopia.

    5. RUMPUN AUSTRO-ASIATIC

    Rumpun ini terdiri daripada 168 bahasa yang ditutur di negara-negara Asia Tenggara.

    Berhati-hati anda tidak keliru dengan mengaitkan perkataan austro dengan Australia!.

    Frasa austro-asiatic berasal daripada perkataan Latin yang bermakna selatan dan

    Asia.Lihat Rajah 2.2 yang menunjukkan taburan bahasa Austro-Asiatic.

    Bahasa Vietnamese(Vietic) ialah bahasa rasmi di Vietnam. Bahasa Vietnamesetelah meminjam banyak perkataan daripada bahasa Cina dan dipengaruhi oleh

    bahasa Perancis. Perancis telah menjajah Vietnam

    Rajah 2.2 Petamenunjukkan taburan

    bahasa-bahasa

    Austro-Asiatic

  • 7/23/2019 BAB2.Rumpum.bahasa.asia

    8/19

    Bab 2: Rumpum Bahasa di Asia

    8

    Bahasa Khmer ditutur oleh kira-kira 10 juta penduduk Khmer di Cambodia.

    Bahasa Khmer dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit dan juga bahasa Thai, Lao dan

    Vietnamese

    Bahasa Mon (Monic) ditutur oleh orang Mon yang tinggal di Myanmar dan

    Thailand. Adalah dianggarkan kira-kira sejuta orang bertutur dalam bahasa Mon

    yang kini sedang merosot dikalangan orang muda yang kurang menggunakannya.

    Bahasa-Bahasa lain seperti Bahnaric, Palaungic, Katuic, Pearic dan Nicobarese

    ditutur oleh kumpulan-kumpulan minoriti.

    6. RUMPUN TAI-KADAI

    Pada suatu ketika, rumpun bahasa Tai-Kadai dikelompok bersama rumpun Sino-Tibet

    tetapi kini diklasifikasikan sebagai rumpuan berasingan. Rumpun bahasa terdiri daripada

    bahasa-bahasa yang ditutur oleh penduduk di selatan China, Vietnam, Thailand,

    Myanmar da Assam (India). Ini termasuk bahasa Thai yang merupakan bahasa rasmi

    Thailand, dan bahasa Lao yang merupakan bahasa rasmi Laos. Kira-kira 100 jutapenduduk bertutur dalam kedua-dua bahasa ini. Terdapat banyak perkataan-perkatan

    bahasa-bahasa Tai-Kadai yang dipinjam daripada bahasa-bahasa Sino-Tibet (Ostapirat,

    2005).

    7. RUMPUN AUSTRONESIA

    Rumpun ini terdiri daripada 1,268 bahasa yang ditutur oleh kira-kira 380 juta orang di

    Indonesia, Malaysia dan Filipina. Bahasa Austronesia juga ditutur di New Zealand

    (bahasa Maori), Pulau Hawaii dan Madagascar (bahasa Malagasi). Lihat Rajah 2.3.

    Rajah 2.3 Peta menunjukan Taburan Bahasa Austronesia

  • 7/23/2019 BAB2.Rumpum.bahasa.asia

    9/19

    Bab 2: Rumpum Bahasa di Asia

    9

    Istilah austronesia berasal daripada perkataan auster yang bermakna bayu selatan dan

    perkataan Yunani nesos yang bermakna pulau. Jika dicantumkan, austronesia;

    bermakna pulau-pulau selatan yang sungguh tepat kerana bahasa-bahasa austronesia

    ditutur dengan meluas di pulau-pulau.

    Rumpun bahasa Austronesia ini pula terbahagi kepada empat kelompok yang lebih kecil

    Bahasa-bahasa Kepulauan Melayu atau Bahasa Nusantara. Contoh : bahasa

    Melayu, Aceh, Jawa, Sunda, Dayak, Tagalog, Solo, Roto, Sika dan lain-lain.

    Bahasa-bahasa Polinesia. Contoh : bahasa Hawaii, Tonga, Maori, Haiti

    Bahasa-bahasa Melanesia. Contoh : bahasa-bahasa di Kepulauan Fiji, Irian and

    Kepulaun Caledonia.

    Bahasa-bahasa Mikronesia. Contoh : bahasa-bahasa di Kepulauan Marianna,

    Marshall, Carolina dan Gilbert.

    Mengikut pakar-pakar linguistik, Bahasa Austronesia berasal dari Cina Selatan apabila

    penduduk bermigrasi ke pulau Taiwan dan dari sana bermigrasi ke Filipina, Indonesia,

    Malaysia dan kemudian ke Madagascar dekat benua Afrika dan ke seluruh lautan Pasifik.

    Kini terdapat ratusan bahasa Austronesia dan di antaranya ialah Bahasa Melayu, Bahasa

    Indonesia, Bahasa Tagalog, Bahasa Sunda, Bahasa Jawa, Bahasa Batak Bahasa Bali,

    Bahasa Aceh dan lain-lain. Kebanyakan bahasa Austronesia mempunyai bilangan penutur

    yang kecil.

    Jadual 2.2 Persamaan dan Perbezaan Di Antara Bahasa Melayu dan Tagalog

    Lihat Jadual 2.2. Perkataan tahun dalam Bahasa Melayu ialah

    taon dalam Bahasa Tagalog. Sebaliknya, kedua-dua bahasa

    menggunakan perkataan yang sama untuk mata. Pasir

    dalam Bahasa Melayu disebut sebagai Pasig untuk maksud

    yang sama. Pada umumnya, Bahasa Melayu dan Bahasa

    Indonesia lebih rapat berbanding dengan Bahasa Tagalog.

    Bahasa Melayu Bahasa TagalogBerat Bigat

    Mata Mata

    Ikan Isda

    Telur Itlog

    Tahun Taon

    Air Tubig

    Lidah Dila

    Api Apoy

    Masin Asin

    Bulan Buwan

    Pasir Pasig

    Tahun Tulug

    TAHUKAH ANDA

    Bahasa Melayu ditutur

    oleh 180 juta orang dan

    merupkan bahasa yang ke

    8 kerap digunakan dalam

    dunia.

  • 7/23/2019 BAB2.Rumpum.bahasa.asia

    10/19

    Bab 2: Rumpum Bahasa di Asia

    10

    8. RUMPUN DRAVIDIAN terdiri daripada kira-kira 85 jenis bahasa yang ditutur oleh

    penduduk di selatan India, kawasan tertentu di timur dan pertengahan India (Lihat Rajah

    4.4). Bahasa-bahasa Dravidian yang paling luas ditutur ialah:

    Bahasa Tamil ditutur di wilayah Tamil Nadu dan bahagian utara Sri Lanka.Bahasa Tamil ialah bahasa yang paling tua selepas bahasa Sanskrit di India. Juga

    sastera Tamil adalah kaya dengan pelbagai hasil karya yang telah wujud 2000

    tahun yang lampau.

    Bahasa Teleguditutur dengan meluas di wilayah Andhra Pradesh. Bahasa Telegu

    telah memimjam banyak perkataan daripada Sanskrit. Terdapat bukti-bukti yang

    menunjukkan bahawa tulisan-tulisan Telegu wujud pada 400 S.M. (kira-kira 2500

    tahun yang lampau).

    Rajah 4.4 Peta

    Menunjukkan

    Bahasa- Bahasa

    Dravidian di

    Selatan India

    Bahasa Tamil

    Apakah ini? Ithu yenna? ?

    Bolehkah saya tolong anda? Naan unakku uthavalaamaa? ?Apakah nama anda? Un peyar yenna?

    ?

    Berapakah harga ini? Ithu yenna vilai? ?

  • 7/23/2019 BAB2.Rumpum.bahasa.asia

    11/19

    Bab 2: Rumpum Bahasa di Asia

    11

    Bahasa Kannadaditutur dengan meluas di wilayah Karnataka dan terdapat bukti-bukti bahawa bahasa ini wujud pada 230 S.M. (iaitu 2240 tahun yang lampau).

    Bahasa Kannada mempunyai skripnya yang tersendiri yang berasal daripada skrip

    Brahmi seperti bahasa-bahasa India lain.

    Bahasa Malayalamditutur oleh 33 juta penduduk di wilayah Kerala. Banyak

    perkataan dalam bahasa Malayalam berasal daripada bahasa Tamil klasik serta

    Sanskrit. Sebelum abad ke 14, bahasa Tamil digunakan di wilayah Kerala. Dengan

    kedatangan dan pengaruh agama Kristian dan Islam, dan Nambudiri Brahmin

    bahasa Malayalam telah berkembang dan menggantikan bahasa Tamil sebagai

    bahasa pertuturan penduduk wilayah Kerala.

    Oleh kerana penduduk Asia bertutur dalam pelbagai jenis bahasa, komunikasi di antara

    penduduk dalam sesebuah negara boleh terjejas. Kadang-kala orang yang tinggal

    berhampiran tidak memahami sama sendiri kerana bahasa atau dialek yang digunakan adalah

    berlainan.

    Untuk mengatasi masalah ini, kerajaan di negara tertentu telah memperkenalkan Bahasa

    Rasmi. Contohnya, di India bahasa rasmi ialah Hindi (bersama Bahasa Inggeris) manakala

    di China, bahasa rasmi ialah Mandarin. Di Filipina, bahasa rasmi ialah Bahasa Tagalog dan

    di Indonesia, bahasa rsami ialah Bahasa Indonesia. Lihat Jadual 2.3

    2.3 BAHASA RASMI

  • 7/23/2019 BAB2.Rumpum.bahasa.asia

    12/19

    Bab 2: Rumpum Bahasa di Asia

    12

    NEGARA BAHASA RASMI

    Afghanistan Pashto

    Azerbaijan Azeri

    Bahrain Arab

    Bangladesh Benggali

    Bhutan Bhutan

    Brunei Melayu

    Cambodia Khmer

    China Mandarin

    India Hindi

    Indonesia Indonesia

    Iraq ArabIran Parsi

    Israel Hebrew

    Jepun Jepun

    Jordan Arab

    Kazakhstan Kazakh

    Korea Selatan Korea

    Korea Utara Korea

    Kuwait Arab

    Kyrgyzstan Kyrgyz

    Laos Lao

    NEGARA BAHASA RASMI

    Lebanon Arab

    Malaysia Melayu

    Maldives Dhivehi

    Mongolia Khalka Mongol

    Nepal Nepali

    Oman Arab

    Palestin Arab

    Pakistan Urdu

    Filipina Tagalog

    Qatar Arab

    Arab Saudi ArabSri Lanka Sinhala

    Syria Arab

    Taiwan Mandarin

    Tajikistan Tajik

    Thailand Thai

    Turki Turki

    Turkmenistan Turkmen

    Vietnam Vietnam

    Yemen Arab

    Jadual 2.3 Bahasa Rasmi Beberapa Negara Asia

    a) Namakan bahasa-bahasa yang dikategorikan di bawah Rumpun Tai Kadai.

    b) Berikan contoh-contoh perbezaan dan persamaan di antara Bahasa Tagalog

    dan Bahasa Melayu.c) Senaraikan bahasa-bahasa di bawah Rumpun Dravidian.

    d) Mengapakah bahasa rasmi penting bagi sesebuah negara?

  • 7/23/2019 BAB2.Rumpum.bahasa.asia

    13/19

    Bab 2: Rumpum Bahasa di Asia

    13

    Seperti tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar mengalami kepupusan, sesetengah bahasa Asia

    juga mengalami masalah kepupusan. Bahasa yang terancam kepupusan adalah kerana tidak

    ada orang lagi yang bertutur dalam bahasa berkenaan atau orang berpindah penggunaan

    sesuatu bahasa kepada bahasa yang lain dan mengabaikan bahasa asal. Akhirnya, bahasa

    berkenaan akan pupus. Adalah dianggarkan bahawa hampir 50% daripada 7000 bahasa dalam

    dunia akan pupus dalam tempoh 100 tahun. Separuh daripada 3054 bahasa yang menghadapi

    masalah kepupusan adalah bahasa-bahasa Asia. Sherley Wetherhold (2012) dalam artikel

    Going, Going, Gone: Five of Asias Most Endangered Language telah mengenal past lima

    bahasa di Asia yang menghadapi kepupusan.

    Di selatan Taiwan terdapat 300 orang daripada

    kumpulan etnik Saaroa (Lihat gambar disebelah).

    Kini hanya enam orang yang fasih dalam bahasa

    Saaroa dan dalam beberapa tahun akan datang bahasa

    ini akan pupus sama sekali.

    Di Jepun terdapat kaum asli bernama Ainuyang menetap di

    pulai Hokkaido (Lihat Gambar disebelah). Pada masa kini

    hanya generasi tua yang masih bercakap bahasa Ainu dan

    apabila orang-orang tua ini meninggal dunia, bahasa

    berkenaan akan pupus kerana generasi muda dihalang oleh

    kerajaan Jepun mempelajari bahasa berkenaan. Terdapat

    sumber-sumber yang mengatakan hanya sepuluh orang yang

    boleh berbahasa Ainu hari ini.

    Di tengah Nepal terdapat sekumpulan penduduk

    yang bertutur dalam bahasa Kusunda yang

    berasal daripada Papua New Guinea. Laporan

    terkini mencadangkan hanya terdapat dua orang

    sahaja yang boleh bertutur dalam bahasa berkenaan

    (Lihat gamber sebelah). Akhirnya, bahasa ini akan

    2.4 BAHASA-BAHASA YANG TERANCAM KEPUPUSAN

  • 7/23/2019 BAB2.Rumpum.bahasa.asia

    14/19

    Bab 2: Rumpum Bahasa di Asia

    14

    pupus kerana generasi muda tidak ingin mempelajari bahasa Kusunda.

    Dinasti Manchu merupakan dinasti yang akhir

    memerintah China di antara 1644 hingga 1912 (Lihat

    Gambar disebelah). Hari ini terdapat kira-kira 10 juta

    kaum etnik Manchu di China tetapi hanya 20 orang

    boleh bertutur dalam bahasa Manchu. Ini adalah

    kerana hampir semua kaum Manchu telah diterima

    sebagai China Han dan menguasai bahasa Mandarin.

    Bahasa Manchu akan pupus dalam berapa tahun akan

    datang.

    Kaum Jarawa ialah orang asli yang tinggal di

    Pulau Andaman, India. Di antara 300 orang

    Jarawa yang tinggal, hanya 10 hingga 30 orang

    masih boleh bertutur dalam bahasa Jarawa (Lihat

    gamber disebelah). Jika tindakan tidak diambil,

    bahasa Jarawa akan pupus seperti bahasa Bo juga

    di Pulau Andaman yang telah pupus sejak tahun

    2010.

    Kajian Kes: Bahasa Kelabit Diancam Kepupusan

    MIRI 18 Jun, 2012. Bahasa Kelabit merupakan bahasa kaum minoriti

    Kelabit dan dipercayai digunakan sejak 200 hingga 300 tahun dahulu.

    Setakat ini, bahasa ini dituturkan oleh kira-kira 6,000 penduduk Kelabit

    yang berasal dari tanah tinggi Bario di utara Sarawak. Namun kini, bahasa

    Kelabit yang merupakan salah satu daripada bahasa tertua di dunia,

    berhadapan dengan ancaman kepupusan kerana bilangan penutur dikalangan generasi muda yang bercakap dalam bahasa itu semakin

    mengecil.

    Bahasa Kelabit merupakan salah satu daripada 7,000 bahasa dunia yang

    sedang mengalami kepupusan berikutan jumlah penutur terutama di

    kalangan generasi muda kian berkurangan. jika tidak ada usaha untuk

    memelihara, bahasa Kelabit akan pupus daripada permukaan bumi dalam

    tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.

  • 7/23/2019 BAB2.Rumpum.bahasa.asia

    15/19

    Bab 2: Rumpum Bahasa di Asia

    15

    Menurut pakar bahasa, bahasa yang

    pupus memberi kesan terhadap

    kebudayaan sesuatu komuniti, nilai,

    identiti termasuk cara hidup yangdiwarisi daripada nenek moyang

    mereka. Pengerusi Unit Pendidikan

    RKS, Lucy Bulan berkata, jumlah

    kaum Kelabit yang boleh bertutur

    dalam bahasa Kelabit kini

    berkurangan.

    Beliau berkata, setakat ini tidak

    sampai 1,000 penduduk Kelabit tinggal di Bario dan majoriti mereka

    adalah generasi tua. Hanya generasi tua yang tinggal di kampung fasih

    bertutur dalam bahasa Kelabit. Kebanyakan generasi muda Kelabit kini

    dibesarkan di bandar yang mana persekitarannya sudah jarang

    menggunakan bahasa ibunda dalam kehidupan seharian.

    Selain itu, kebanyakan kaum Kelabit yang berkahwin dengan kaum lain

    tidak lagi menuturkan bahasa Kelabit menyebabkan anak-anak hasil

    perkahwinan campur berkenaan tidak dapat bertutur dalam bahasa

    tersebut,katanya. Lucy berkata, ramai kaum Kelabit terutama generasi

    muda menggunakan bahasa Melayu dan Inggeris dan ini secara tidak

    langsung menjejaskan penggunaan bahasa ibunda mereka dengan begitu

    teruk.

    Di samping itu, kaum Kelabit tidak mempunyai sebarang dokumentasi

    yang ditulis dalam bahasa itu sendiri dan keadaan ini menyukarkan

    mereka untuk mengembangkan bahasa itu kepada generasi muda.

    Menurut Lucy, usaha mendokumentasikan perkara berkaitan kaum

    Kelabit hanya berlaku sehingga pendidikan diperkenalkan di tanah tinggi

    Bario, kira-kira 40 tahun lalu, namun itu pun dalam bahasa Inggeris.

    Usaha menerbitkan bahan seperti Kamus Kelabit Inggeris dan cerita

    rakyat dalam bahasa Kelabit hanya wujud sejak beberapa tahunkebelakangan ini. Walaupun usaha itu agak lambat, namun setidak-

    tidaknya sudah ada kesedaran dan usaha untuk menghidupkan semula

    bahasa Kelabit secara bertulis, katanya. Ujarnya, antara kekangan utama

    yang dihadapi dalam memelihara dan mengembangkan bahasa ini ialah

    ketiadaan kajian lanjut mengenai asal usul bahasa Kelabit dan sistem

    ejaan yang standard.

    Katanya, RKS kini menghadapi cabaran untuk menulis pertuturan bahasa

    Kelabit ke dalam bentuk tulisan kerana setakat ini belum ada standard

    yang boleh digunakan untuk rujukan. Lucy memberitahu, mereka

  • 7/23/2019 BAB2.Rumpum.bahasa.asia

    16/19

    Bab 2: Rumpum Bahasa di Asia

    16

    memerlukan sistem ejaan yang standard bagi memudahkan usaha

    dokumentasi bahasa dilakukan. Apa yang menyedihkan, ramai orang tua

    yang mahir berbahasa Kelabit dan arif mengenai cerita rakyat sudah

    tiada. Kami mempunyai banyak lagu-lagu rakyat yang belum sempatdikumpulkan selain cerita rakyat.

    Justeru kita perlu mempercepatkan usaha ini untuk mengumpul

    maklumat sebanyak mungkin daripada mereka yang masih tinggal. Jika

    tidak, kita tidak mempunyai sumber lagi dan mustahil untuk mengumpul

    maklumat, tegasnya. Setakat ini sebanyak 25 cerita rakyat Kelabit sudah

    ditulis semula dan dalam simpanan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan

    Sarawak antaranya Agan Tadun, Balang Ramudan, Dayang Meterik dan

    Siyok dan Uging.

    Bimbang dengan kepupusan bahasa Kelabit, RKS kini mengorak langkah

    dengan menubuhkan sebuah lagi Pusat Pembelajaran Kelabit atau Tawaq

    Raut untuk pra sekolah di Miri yang dijangka bermula pada tahun ini.

    Menurut Lucy, pusat ini bertujuan untuk mengajar anak-anak ahli yang

    berusia antara lima hingga enam tahun untuk bertutur dan menulis dalam

    bahasa Kelabit. Setakat ini kita sudah menghantar dua orang guru untuk

    menjalani latihan di Kuching. Kita juga sedang berusaha mengumpul

    murid-murid untuk diajar, katanya.

    Dua orang lagi guru yang mengajar di Bario Asal dan Pa Ukat turut

    menjalani latihan yang sama di Kuching setiap tahun sejak tahun lepas.Tambahnya, Tawaq Raut pertama kali ditubuhkan di Bario pada 2007 dan

    mendapat sambutan amat menggalakkan daripada penduduk tempatan.

    Setakat ini dua Tawaq Raut dibuka iaitu di Bario Asal dan Pa Ukat yang

    mengajar dan mendidik anak-anak Kelabit berusia antara tiga hingga lima

    tahun.

    Pusat pembelajaran di Bario menempatkan kira-kira 20 murid. Kita

    berharap dapat mengumpul lebih banyak dana untuk membiayai kos

    penyelenggaraan dan operasi kelas terbabit, ujar Lucy. Bagi melancarkan

    proses pengajaran dan pembelajaran, Unit Pendidikan RKSbertanggungjawab mengeluarkan sendiri bahan bantuan mengajar

    termasuk buku bacaan dalam bahasa Kelabit.

    Setiap Tawaq Raut ini perlu dibekalkan dengan bantuan mengajar dan ini

    memerlukan kos yang tinggi. Di Bario Asal dan Pa Ukat misalnya, kita

    terpaksa menghantar bahan bantuan mengajar menggunakan pesawat.

    Sumber kewangan yang tidak mencukupi dan kekurangan kemudahan

    merupakan cabaran utama yang kita hadapi dalam melaksanakan kelas

    ini.

  • 7/23/2019 BAB2.Rumpum.bahasa.asia

    17/19

    Bab 2: Rumpum Bahasa di Asia

    17

    Selain itu, penerbitan buku dalam bahasa Kelabit untuk kegunaan kelas

    memerlukan tenaga kerja tambahan selain latihan berterusan, katanya.

    Lucy berkata, RKS akan terus melipatgandakan usaha untuk mengumpul

    dana bagi memastikan ketiga-tiga Tawaq Raut ini dapat berjalan denganlancar.

    Ahli akademik, Marcus Gatuman Raja, 53, berkata, sebagai bahasa

    minoriti, bahasa Kelabit sedang berhadapan dengan kemungkinan

    kepupusan jika tidak ada usaha dilakukan untuk mengekalkannya. Justeru

    katanya, pendedahan mengenai bahasa ini terutama di kalangan generasi

    muda perlu dilakukan sebelum ia terlambat. Kanak-kanak Kelabit perlu

    didedahkan dengan penggunaan bahasa ibunda seawal usia tiga hingga

    enam tahun. Tempoh ini amat sesuai kerana otak mereka sedang

    berkembang dan mudah menerima sesuatu yang baru,katanya.

    Menurut Marcus pada usia tersebut, mereka lebih mudah mempelajari

    dan memahami pelbagai bahasa dalam satu masa terutama bahasa

    ibunda. Lebih kerap anak-anak itu didedahkan dengan bahasa ibunda,

    lebih tinggi potensi mereka untuk menguasai bahasa asing. Mahu tidak

    mahu, masyarakat Kelabit harus mempertimbangkan langkah untuk

    mengajar anak-anak mereka bertutur dalam bahasa sendiri, katanya.

    [sumber:Utusan Malaysia Online. 18 Jun, 2012]

    Bahasa-bahasa di Asia yang telah wujud beratusan tahun kini menghadapai masalah

    kepupusan. Apakah yang menyebabnya? Salah satu fakor dikaitan dengan globalisasi yang

    mementingkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilimu dan bahasa komunikasi

    antarabangsa. Ini telah menyebabkan sesetengah komuniti mengabaikan mempelajari bahasa

    ibunda dan memilih untuk mempelajari Bahasa Inggeris. Disesetengah komuniti, generasai

    muda dikehendaki menguasai Bahasa Rasmi atau Bahasa Kebangsaan masing-masing dan

    ini secara tidak langsung menyebabkan mereka mengabaikan bahasa ibunda yang seterusnya

    menghadapai masalah kepupusan.

    Projek ENDANGERED LANGUAGES

    Salah satu usaha menyelematkan bahasa-bahasa daripada terus pupus ialah Projek

    Endangered Languages (Bahasa Terancam) oleh Alliance for Linguistic Divesity. Lihat

    laman web halaman 18,. Tujuan Projek ini ialah untuk mengumpul dan berkongsi maklumat

    tentang bahasa-bahasa yang terancam serta cara menyelamatkan bahasa-bahasa yang

    mungkin pupus. Projek ini juga bertujuan membantu komuniti-komuniti yang ingin

    memelihara bahasa-bahasa yang menghadapi masalah kepupusan.

  • 7/23/2019 BAB2.Rumpum.bahasa.asia

    18/19

    Bab 2: Rumpum Bahasa di Asia

    18

    a) Apakah yang menyebabkan sesuatu bahasa mengalamai kepupusan?b) Nyatakan contoh-contoh bahasa yang akan pupus jika tindakan tidak

    diambil.

    c) Rujuk kepada Laman Web Endangered Languages.

    - Klik pada Explore

    - Gunakan peta dan kenal pasti bahasa-bahasa yang mengalami

    kepupusan di negara-negara Asia

    - Pastikan bilangan orang yang masih bertutur bahasa-bahasa

    berkenaan

    URL Laman Web:http://www.endangeredlanguages.com/

    http://www.endangeredlanguages.com/http://www.endangeredlanguages.com/http://www.endangeredlanguages.com/http://www.endangeredlanguages.com/
  • 7/23/2019 BAB2.Rumpum.bahasa.asia

    19/19

    Bab 2: Rumpum Bahasa di Asia

    19

    KATA KUNCI

    Bahasa ialah simbol bersuara yang digunakan oleh manusia dalam berkomunikasi.

    Tiga unsur utama sesuatu bahasa, ialah pertuturan yang terangkum di dalamnyabunyi, perkataan dan ayat, manuskrip atau bahan bertulis dan adab atau sopan

    santun.

    Rumpun bahasa adalah sekumpulan bahasa-bahasa yang mempunyai asal-usul danciri-ciri yang hampir sama.

    Rumpun Sino-Tibet terdiri daripada 250 jenis bahasa yang meliputi Bahasa Cina,

    Bahasa Tibet dan Bahasa Burma.

    Rumpun bahasa ini terdiri daripada bahasa Turki, Mongolia, Tungusic, Japonic

    dan Korea.

    Rumpun Semitik terdiri daripada beberapa bahasa yang ditutur oleh 270 juta

    penduduk merentasi Tumur Tengah, Utara Afrika dan Semenanjung Afrika.

    Rumpun Tai-Kadai terdiri daripada bahasa-bahasa yang ditutur oleh penduduk di

    selatan China, Vietnam, Thailand, Myanmar da Assam (India).

    Seperti tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar mengalami kepupusan, sesetengah

    bahasa Asia juga mengalami masalah kepupusan.

    Dravidian

    Tai-Kadai

    Bahasa Rasmi

    Kepupusan bahasa

    Sino-Tibetan

    Indo-Eropah

    Altaic

    Semitic

    Austro-Asiatic

    Austroonesia