59 BAB TIGA METHADONE DAN PRAKTIKNYA DI MALAYSIA 3.1 METHADONE DI MALAYSIA Di Malaysia nama generic ubat ini ialah methadone. Antara satu contoh produk methadone di Malaysia adalah atas nama Aseptone Syrup di bawah kod MDC (Malaysian Drug Code) NO7BC02110L900101 dan Alphadone Syrup di bawah kod MDC NO7BC02110L900102. Huruf N di hadapan kod tersebut adalah menunjukkan ubatan atau drug berkaitan dengan sistem saraf. Dua angka yang tertera selepas huruf N adalah mewakili kegunaan drug tersebut untuk penyakit tertentu dari kategori penyakit sistem saraf iaitu N01 untuk Anesthetics, N02 untuk Analgesics, N03 untuk Antiepileptics, N04 untuk Anti-Parkinson, N05 untuk Psycholeptics, N06 untuk Psychoanaleptics dan N07 untuk drug yang selain daripada di atas iaitu drug untuk sistem saraf yang lain. methadone terletak di kategori N07 167 . Di samping itu, di Malaysia methadone dikeluarkan dalam bentuk pekatan (concentrate) dan dikategorikankan sebagai ubat terkawal 168 yang berklasifikasi B yang hanya boleh dipreskripsikan dan didispense oleh Pengamal Perubatan yang berdaftar 169 . Menurut seorang pegawai farmasi dari Klinik Kesihatan zon selatan yang terlibat di dalam program DST yang tidak mahu namanya dipaparkan dalam kajian ini 170 , mengatakan bahawa bahan mentah methadone diperolehi dari luar negara. Namun, beliau tidak menyatakan negara manakah bahan mentah ini diperolehi. Menurut beliau lagi bahan ini kemudian dikilangkan dan dikeluarkan di Malaysia. Setakat kajian pengkaji memperolehi maklumat sehingga Ogos 2008, syarikat yang mengeluarkan methadone di bawah nama pasaran Methadone dan Aseptone Syrup adalah Duopharma 167 http://www.pharmacy.gov.my bertarikh 2hb Ogos 2008. 168 http://www.pharmacy.gov.my bertarikh 2hb Ogos 2008. 169 Malaysian Index of Medical Specialties, MIMS: Official Drug Reference of the Malaysian Medical Association (2007), 110 th Edition , Petaling Jaya: United Medica Sdn. Bhd., h.308. 170 Seorang Pegawai Farmasi U41.Temubual melalui telefon pada 27 Jun 2008.
22
Embed
BAB TIGA METHADONE DAN PRAKTIKNYA DI …studentsrepo.um.edu.my/5281/6/6-_BAB_3..pdf · 59 BAB TIGA METHADONE DAN PRAKTIKNYA DI MALAYSIA 3.1 METHADONE DI MALAYSIA Di Malaysia nama
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
59
BAB TIGA
METHADONE DAN PRAKTIKNYA DI MALAYSIA
3.1 METHADONE DI MALAYSIA
Di Malaysia nama generic ubat ini ialah methadone. Antara satu contoh produk
methadone di Malaysia adalah atas nama Aseptone Syrup di bawah kod MDC
(Malaysian Drug Code) NO7BC02110L900101 dan Alphadone Syrup di bawah kod
MDC NO7BC02110L900102. Huruf N di hadapan kod tersebut adalah menunjukkan
ubatan atau drug berkaitan dengan sistem saraf. Dua angka yang tertera selepas huruf N
adalah mewakili kegunaan drug tersebut untuk penyakit tertentu dari kategori penyakit
sistem saraf iaitu N01 untuk Anesthetics, N02 untuk Analgesics, N03 untuk
Antiepileptics, N04 untuk Anti-Parkinson, N05 untuk Psycholeptics, N06 untuk
Psychoanaleptics dan N07 untuk drug yang selain daripada di atas iaitu drug untuk
sistem saraf yang lain. methadone terletak di kategori N07167
. Di samping itu, di
Malaysia methadone dikeluarkan dalam bentuk pekatan (concentrate) dan
dikategorikankan sebagai ubat terkawal168
yang berklasifikasi B yang hanya boleh
dipreskripsikan dan didispense oleh Pengamal Perubatan yang berdaftar169
.
Menurut seorang pegawai farmasi dari Klinik Kesihatan zon selatan yang
terlibat di dalam program DST yang tidak mahu namanya dipaparkan dalam kajian
ini170
, mengatakan bahawa bahan mentah methadone diperolehi dari luar negara.
Namun, beliau tidak menyatakan negara manakah bahan mentah ini diperolehi. Menurut
beliau lagi bahan ini kemudian dikilangkan dan dikeluarkan di Malaysia. Setakat kajian
pengkaji memperolehi maklumat sehingga Ogos 2008, syarikat yang mengeluarkan
methadone di bawah nama pasaran Methadone dan Aseptone Syrup adalah Duopharma
167
http://www.pharmacy.gov.my bertarikh 2hb Ogos 2008. 168
http://www.pharmacy.gov.my bertarikh 2hb Ogos 2008. 169
Malaysian Index of Medical Specialties, MIMS: Official Drug Reference of the Malaysian Medical
Association (2007), 110th
Edition , Petaling Jaya: United Medica Sdn. Bhd., h.308. 170
Seorang Pegawai Farmasi U41.Temubual melalui telefon pada 27 Jun 2008.
60
(M) Sendirian Berhad171
manakala methadone di bawah nama pasaran Alphadone Syrup
adalah Royce Pharma Manufacturing Sendirian Berhad172
dan Methadone Syrup iaitu
dari Sunward Pharmaceutical Sendirian Berhad173
. Walau bagaimanapun, apa-apa
sumber berkenaan methadone yang dikeluarkan oleh Duopharma Sdn. Bhd. lebih
mudah diperolehi berbanding kedua-dua syarikat yang tidak dapat dikesan secara
berautoriti.
Oleh yang demikian itu, sebagaimana makluman yang diperolehi menerusi
edaran informasi berkenaan methadone, ketiga-tiga syarikat mengedarkan methadone
berbentuk sirap yang terkandung 5 mg kandungan methadone hydrocloride untuk setiap
mL. Sehubungan dengan itu, ianya diletakkan di dalam bekas khas untuk sukatan 60mL,
500 mL, 1000 mL174
.
3.2 PENGENALAN PRAKTIK METHADONE
3.2.1 Rawatan Terapi Gantian (RTG) Dengan Methadone Atau Drug
Substitution Therapy With Methadone (DST)
Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia adalah pihak yang bertanggungjawab
sepenuhnya dalam mengendalikan program DST di Malaysia terutamanya polisi,
prosedur, dan pendispensan methadone. Oleh yang demikian itu, pengkaji hanya
mengkaji apa yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sahaja.
Di Malaysia, singkatan DST dengan methadone (Drugs Substance Therapy with
Methadone ) atau MMT (Methadone Maintenance Therapy) lebih dikenali dan banyak
digunakan dari ringkasan RTG dengan methadone (Rawatan Terapi Gantian dengan
methadone). Walau bagaimanapun ketiga-tiga ringkasan nama tersebut adalah perkara
yang sama.
171
Pamphlet berkenaan Methadone dan Asepthone oleh Duopharma(M)Sdn. Bhd, Klang:CCM
Duopharma Biotech Berhad. op.cit. Malaysian Index of Medical Specialties. 172
http://www.pharmacy.gov.my/html. Januari 10, 2009. 173
http://www.bfpk.gov.my. September 8, 2008 174
Ibid.
61
DST dengan methadone adalah satu komponen kaedah "Harm Reduction"
untuk penagih dadah tegar yang secara asasnya bertujuan untuk mencegah atau
mengurangkan kesan dan akibat dari kesihatan yang negatif yang berkaitan dengan
tingkahlaku mereka yang berisiko akibat dari suntikan dadah. Dengan itu, terapi secara
pengubatan berpreskripsi ini merupakan rawatan menggantikan dadah yang berbahaya
seperti heroin dan morfin dengan mempunyai tindakan yang serupa dengan kedua-dua
dadah tersebut tetapi berupaya mencegah tanda-tanda pengunduran atau tarikan dan
lebih rendah kesan penagihannya atau kesan sedatifnya.175
Kesimpulannya, menurut kenyataan Pakar Perunding Psikiatri dan Epidemiologi
Jabatan Psikiatri Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Salina Abdul Aziz dalam akhbar
Berita Harian memaklumkan bahawa, pendekatan DST berdasarkan harm reduction di
Malaysia adalah bermaksud mengurangkan gejala tarikan ketika penyahtoksinan kepada
penyesuaian semula fungsi otak normal. Ia juga bertindak menangani penyakit
berjangkit berkaitan seperti HIV, hepatitis C, hepatitis B berpunca dari perkongsian
jarum.176
3.2.2 Objektif DST
Secara umumnya perlaksanaan rawatan terapi ini adalah bertujuan untuk
memperbaiki status kesihatan dan kualiti hidup pengguna dadah. Manakala tujuan
khusus rawatan ini pula adalah untuk mengurangkan relaps di kalangan penagih dadah
yang bergantung penuh terhadap dadah opiat di samping untuk memperbaiki kondisi
fizikal dan mental mereka. Objektif khusus terapi ini juga adalah untuk mengurangkan
merebaknya jangkitan di kalangan pengguna dadah secara suntikan (IVDU -
intravenous drug users) dan di kalangan mereka yang sentiasa berkongsi jarum suntikan
175
Kementerian Kesihatan Malaysia (2005), 7 Maklumat Penting Rawatan Terapi Gantian Dengan
Metadon, Putrajaya: Unit Substans Dan Konsultansi, Cawangan Penyakit Tidak Berjangkit, Bahagian
Kawalan Penyakit, h: 1. Kementerian Kesihatan Malaysia, http://www.dph.gov.my /ncd/ mydst/mmt_
guidelines.htm, 6 Mac 2006. 176
Hafizah Iszahanid (2008): "Methadone Pulih Penagih". Berita Minggu, September 7 , h. 20
62
daripada jangkitan kuman HIV, Hepatitis B dan C. Rawatan ini juga bertujuan untuk
memperbaiki fungsi psikososial termasuk kemampuan untuk memperolehi pekerjaan,
untuk memperbaiki penyesuaian sosial dan percampuran mereka ke dalam masyarakat.
Di samping itu juga, objektif khusus terapi ini adalah untuk mengurangkan aktiviti
jenayah di kalangan penagih opiat177
.
Selain dari objektif umum dan khusus di atas, tujuan induksi pesakit dadah
terutamanya heroin ke rawatan methadone adalah bertujuan untuk
mengembalinormalkan individu melalui rawatan dengan cara mengurangkan tanda dan
simptom-simptom tarikan di samping untuk memastikan keselamatan individu tersebut.
Sasaran tujuan induksi rawatan methadone ini juga adalah untuk mengurangkan
simptom dan tanda-tanda tarikan ketika berlakunya pengurangan risiko rasa sedasi dan
keracunan (toxicity) secara serentak178
.
3.2.3 Program DST179
Kebanyakan ubat-ubatan gantian diambil secara oral melalui asas yang teratur
dan yang pentingnya ia mengurangkan kadar risiko HIV/AIDS akibat tingkahlaku
berkongsi jarum. DST menstabilkan kesihatan dan persekitaran sosial pengguna dadah
sebelum tujuan sasaran jangka masa panjang berfungsi, contohnya simptom tarikan
(withdrawal symptom) atau rawatan berdasarkan pengekangan (abstinence) dadah180
.
Rawatan gantian mampu menjadi satu komponen penting berdasarkan
pendekatan komuniti yang secara umumnya disediakan untuk pesakit luar. Tambahan
lagi, pesakit yang mengikuti program ini mendapat peluang menguruskan diri sendiri
177
National Policy And Standard Operating Procedures For Methadone Maintenance Therapy (2005),
First Edition December 2005, Substance and Consultancy Unit, Non-Communicable Disease Section
(NCD), Disease Control Division, Ministry of Health Malaysia, h. 6. 178