1 BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan telah bermula apabila Allah mencipta Nabi Adam a.s untuk menjadi khalifah di bumi dan berkesinambungan sehingga hari ini. Di dalam al-Qur‟an banyak ayat yang menyentuh dasar dan matlamat pendidikan. Antaranya firman Allah S.W.T tentang kedudukan orang yang berilmu: Maksudnya: Allah meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang berilmu dengan beberapa darjat. (Surah al-Mujadalah,58:11) Ayat di atas menjelaskan bahawa matlamat pendidikan adalah untuk memperoleh darjat atau ketinggian sebagai insan khalifah Allah di bumi. Kurniaan Allah akan darjat manusia adalah untuk meninggikan kedudukan manusia sebagai makhluk ciptaan Tuhan yang akan mentadbir alam. Menurut Dr. Muhammad Fadhil Al-Jamali, tujuan pendidikan al-Qur‟an adalah membina pengetahuan atau kesedaran manusia atas dirinya, sistem kemasyarakatan Islam dan sikap serta rasa tanggungjawab sosial di samping memberi kesedaran terhadap alam sekitar dan ciptaan Allah serta mengembangkan ciptaanNya bagi kebaikan umat manusia. Tetapi yang penting ialah ma‟rifah kepada Allah dan beribadah kepadaNya dengan cara mentaati segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya. 1 1 Drs. Hanafi Mohamed (1996), Falsafah Pendidikan Menurut al-Quran. Selangor: Pustaka Ilmi , h. 112.
165
Embed
BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
BAB PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun
manusia. Pendidikan telah bermula apabila Allah mencipta Nabi Adam a.s untuk
menjadi khalifah di bumi dan berkesinambungan sehingga hari ini. Di dalam al-Qur‟an
banyak ayat yang menyentuh dasar dan matlamat pendidikan. Antaranya firman Allah
S.W.T tentang kedudukan orang yang berilmu:
Maksudnya: Allah meninggikan orang-orang yang beriman di
antara kamu dan orang-orang yang berilmu dengan beberapa
darjat. (Surah al-Mujadalah,58:11)
Ayat di atas menjelaskan bahawa matlamat pendidikan adalah untuk memperoleh darjat
atau ketinggian sebagai insan khalifah Allah di bumi. Kurniaan Allah akan darjat
manusia adalah untuk meninggikan kedudukan manusia sebagai makhluk ciptaan Tuhan
yang akan mentadbir alam.
Menurut Dr. Muhammad Fadhil Al-Jamali, tujuan pendidikan al-Qur‟an adalah
membina pengetahuan atau kesedaran manusia atas dirinya, sistem kemasyarakatan
Islam dan sikap serta rasa tanggungjawab sosial di samping memberi kesedaran
terhadap alam sekitar dan ciptaan Allah serta mengembangkan ciptaanNya bagi
kebaikan umat manusia. Tetapi yang penting ialah ma‟rifah kepada Allah dan
beribadah kepadaNya dengan cara mentaati segala perintahNya dan menjauhi segala
laranganNya.1
1 Drs. Hanafi Mohamed (1996), Falsafah Pendidikan Menurut al-Quran. Selangor: Pustaka Ilmi , h. 112.
2
Proses pendidikan berlangsung sepanjang hayat. Ia bermula sejak dilahirkan dan
sehingga ke liang lahad. Secara terperinci, bentuk pendidikan terbahagi kepada dua iaitu
secara tidak formal dan secara formal. Pendidikan tidak formal biasanya dirujuk kepada
pendidikan yang berlaku di rumah dalam lingkungan keluarga. Manakala pendidikan
formal ialah pendidikan asas yang berlaku di institusi pendidikan seperti sekolah.
Pendidikan boleh disampaikan dengan pelbagai metodologi atau pendekatan. Al-
Qur‟an merupakan sumber rujukan dan pedoman yang amat lengkap dan sempurna
dalam penyampaian pengajaran dan pendidikan2. Di antara metodologi atau pendekatan
pendidikan yang digariskan di dalam al-Qur‟an ialah pengajaran dan
nasihat(maw‟izah)3, peringatan (tazkirah)
4, penceritaan atau kisah
5, tanya jawab atau
diskusi (muhadharah)6, perbandingan
7, janji dan ancaman (targhib dan tarhib)
8, teladan
yang baik (qudwah)9, amar ma‟ruf dan nahi mungkar
10, perumpamaan (tamthil)
11 dan
seruan jihad12
.
Oleh itu, kajian ini dilakukan tertumpu kepada salah satu metodologi pendidikan
iaitu janji dan ancaman ataupun dikenali sebagai targhib dan tarhib. Kajian ini akan
meneliti konsep targhib dan tarhib menurut al-Qur‟an. Pengkaji ingin melihat
2 Ibid , h. 195 3 Contoh ayat: Surah Ali „Imran :ayat 138, Surah Taha:ayat 44, Surah al-„Araf:ayat 68 dan Surah al-„Asr:ayat 1-3.
tingkah laku, menanamkan minat dan nilai- nilai yang diingini.23
Sementara Pendidikan
Islam dalam kajian ini adalah merujuk kepada mata pelajaran Pendidikan Islam dalam
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).Mata Pelajaran ini wajib dipelajari
dan diambil oleh setiap murid Islam di semua sekolah menengah di Malaysia. Justeru
itu, pengajaran dan pembelajaran dalam kajian ini adalah merujuk kepada proses
pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Islam di dalam kelas.
Guru Pendidikan Islam di Shah Alam
Guru Pendidikan Islam dalam kajian ini merujuk guru –guru yang mengajar
mata pelajaran Pendidikan Islam (Teras) dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM).
Sementara Pendidikan Islam dalam kajian ini adalah merujuk kepada mata
pelajaran Pendidikan Islam dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
Mata Pelajaran ini wajib dipelajari dan diambil oleh setiap murid Islam di semua
sekolah menengah di Malaysia
Shah Alam pula merupakan salah sebuah daripada sembilan daerah di negeri Selangor.
23 Abdullah Ishak (1995), Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan
Kementerian Pendidikan Malaysia, h. 66.
10
1.8 Ulasan Kepustakaan
Ulasan kepustakaan atau dikenali sebagai kajian literatur merupakan bahagian yang
penting dalam penyelidikan di mana pengkaji membuat tinjauan ke atas kajian-kajian
lepas untuk memperoleh maklumat yang berkaitan dengan kajian.24
Ulasan Kepustakaan
berperanan sebagai panduan kepada penyelidik untuk mengetahui tentang apa yang
perlu diselidiki, data yang perlu dikumpul dan jenis analisis yang perlu digunakan.25
Pengkaji telah meneliti beberapa kajian berkaitan dengan targhib dan tarhib
iaitu:
1. Jamil bin Hashim (1990)26
“Persoalan targhib dan tarhib menurut perspektif
Aqidah Islamiah”. Beliau mengkaji dan menyelidik sikap sebenar umat Islam
terhadap targhib dan tarhib dan meneliti sejauhmana wujudnya hubungan dan
konteksi di antara persoalan targhib dan tarhib dengan „Aqidah Islamiah dan
Ibadah. Kajian ini membataskan kepada Jama‟ah Tabligh dan al-Arqam sebagai
responden untuk menilai penerimaan manusia terhadap konsep targhib dan
tarhib.
2. Jamiah bte Minhaj (1997)27
“Kedudukan Uslub targhib dan tarhib dalam
Da‟wah”. Latihan ilmiah ini mengupas konsep targhib dan tarhib, contoh-
contoh yang terdapat dalam al-Qur‟an dan Hadith serta membincangkan
penggunaan uslub tersebut dalam dakwah.
24 Chua Yan Piaw (2006), Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill, h. 35.
25 Ahmad Sunawari Long (2009), Pengenalan Metodologi Penyelidikan Pengajian Islam. Bangi: Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam UKM, h.44.
26 Jamil Hashim (1990), “Persoalan Targhib dan Tarhib menurut perspektif „Aqidah Islamiah”, (Latihan Ilmiah , Fakulti Usuluddin
Akademi Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur).
27 Jamiah Minhaj (1997), “Kedudukan Uslub Targhib dan Tarhib dalam Da‟wah”, (Latihan Ilmiah, Fakulti Usuluddin Akademi
Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur).
11
3. Ahamad Asmadi bin Sakat, Mohd Najib bin Abdul Qadir dan Aroma bin Abdul
Wahid (2002)28
“Perbandingan Antara Teori Motivasi Barat dengan Metode al-
targhib dan al-tarhib menurut al-Qur‟an dan al-Sunnah: Pelaksanaannya dalam
konteks Dakwah Serantau”. Kertas kerja ini membincangkan perbandingan
keunggulan metodologi al-targhib dan al-tarhib menurut al-Qur‟an dan al-
Hadith dengan teori motivasi Barat. Skop kajian kertas kerja ini adalah tertumpu
kepada pelaksanaan al-targhib dan al-tarhib dalam konteks dakwah Islamiyyah.
4. Sulaiman Muhammad Hasan (2003)29
“Tahqiq dan Takhrij Kitab Hidayat al
Habib Fi al-targhib wa al-tarhib oleh Syeikh Nur al-Din al-Raniri”. Kajian ini
bertujuan untuk menghidupkan kembali karya-karya Syeikh Nur al-Din al-Raniri
dan melihat sejauhmana kesahihan hadith-hadith yang digunakan di dalam Kitab
Hidayat al Habib Fi al-targhib wa al-tarhib. Bagaimanapun kajian ini tidak
membincangkan konsep al-targhib dan al-tarhib di dalam al-Qur‟an, ia hanya
tertumpu kepada kajian atau tahqiq Kitab.
5. Abdul Razzak Abdul Rahman Al-Sa‟di (2003)30
“Konsep Irhab di dalam Al-
Qur‟an dan Al-Sunnah Mengikut Pengertian Barat”. Kertas kerja ini
membincangkan pendirian al-Qur‟an dan Hadith mengenai konsep Irhab iaitu
keganasan di dalam Islam. Kajian ini juga melakukan perbandingan antara
konsep Irhab menurut al-Qur‟an dan Hadith dengan pengertian yang diberikan
oleh pihak Barat. Walaupun perkataan Irhab adalah kata terbitan yang
membawa maksud menakutkan dan menggerunkan, kajian ini tidak
28 Ahamad Asmadi Sakat et al. (2002), “Perbandingan Antara Teori Motivasi Barat dengan Metode al-Targhib dan al-Tarhib
menurut al-Qur‟an dan al-Sunnah: Pelaksanaannya dalam konteks Dakwah Serantau” (Seminar Antarabangsa Pengajian Dakwah Malaysia-Indonesia di Medan,Indonesia, 18 Mei 2002).
29 Sulaiman Muhammad Hasan (2003). “Tahqiq dan takhrij Kitab Hidayat al Habib Fi al-Targhib Wa al-Tarhib oleh Syeikh Nur al-
Din al-Raniri”, (Disertasi, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor).
30 Abdul Razzak Abdul Rahman Al-Sa‟di (2003), “Konsep Irhab Di Dalam Al-Qur‟an Dan Al-Sunnah Mengikut Pengertian Barat”,
(Kertas Kerja 13, Muttaqa Ulama Sedunia, Putrajaya, 10-12 Julai 2003).
12
membincangkan secara khusus mengenai uslub targhib dan tarhib di dalam al-
Qur‟an.
6. Syed Abdurahman bin Syed Hussin (2005)31
“Pendekatan targhib dan tarhib
Dalam Penyampaian Dakwah” telah mengupas bentuk-bentuk dan contoh
targhib dan tarhib yang terdapat di dalam al-Qur‟an secara umum. Manakala
skop artikel ini membataskan konsep dan kepentingan targhib dan tarhib dalam
penyampaian dakwah.
7. Khader bin Ahmad, Muhammad Faidz bin Mohd Fadzil, Mohd Aizul bin
Yaakob dan Khairul Saufil Hadi bin Muhamad (2010)32
“Pendekatan Al- targhib
dan Al- tarhib Dalam Membentuk Remaja dan Belia Cemerlang”. Skop
perbincangan artikel ini adalah berkaitan pendekatan targhib dan tarhib ke arah
membentuk jiwa remaja dan belia yang mengikut telunjuk al-Qur‟an dan hadith
dalam membina peribadi dan membentuk akhlak mulia dalam diri.
Walaubagaimanapun artikel ini hanya membincangkan konsep al- targhib dan
al- tarhib menurut al-Qur‟an secara umum sahaja.
8. Bahrudin (2006)33
. “Metode targhib dan tarhib dalam Pendidikan Islam
(Analisis Hadith Nabi saw)”. Skop perbincangan kajian ini adalah analisis
hadith-hadith yang berkaitan targhib dan tarhib. Beliau melakukan takhrij
hadith dari segi sanad, matan dan asbab al-wurud. Berdasarkan penelitian,
kajian ini tidak membincangkan targhib dan tarhib menurut al-Qur‟an secara
terperinci.
31 Syed Abdurahman Syed Hussin (2005), “Pendekatan Targhib Dan Tarhib Dalam Penyampaian Dakwah”, Jurnal Usuluddin, Bil. 21, Julai 2005, h. 117-138.
32 Khader bin Ahmad et al. (2010), “Pendekatan al-targhib dan al-tarhib Dalam Membentuk Remaja dan Belia Cemerlang”, dalam Mustaffa Abdullah et al. (eds.), Kemelut Peradaban Remaja di Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi
Pengajian Islam, h. 241-257.
33 Perpustakaan IAIN Walisongo Semarang, http://library.walisongo.ac.id/digilib/gdl.php?mod=browse&op=read&id=jtptiain-gdl-
Bani bt Syed Bidin (2009) “Impak Uslub Tabshir dan Indhar dalam membentuk
personaliti: kajian di Sekolah Henry Gurney, Teluk Mas dan Batu Gajah, Perak.”36
Selain istilah al-Targhib wa al-Tarhib, penggunaan istilah al- Tabshir wa Indhar juga
mempunyai konsep yang sama iaitu memberi galakan melakukan kebaikan dengan
pengkhabaran gembira dan menakutkan dengan sesuatu ancaman daripada melakukan
sebarang kemungkaran.37
Beliau mengkhususkan bidang kajian berkaitan uslub tabshir
dan Indhar di dalam al-Qur‟an . Kajian ini merupakan kajian lapangan yang
membataskan kepada penghuni dua buah Sekolah Henry Gurney38
.
Berdasarkan penyelidikan terhadap kajian – kajian lepas yang telah dijalankan, tidak
terdapat kajian yang tertumpu kepada pelaksanaan uslub al-targhib dan al-tarhib dalam
bidang pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan. Walaupun kajian yang dijalankan
oleh Sharifah Norshah Bani tertumpu di sekolah, namun terdapat perbezaan dari segi
responden yang berlainan. Ini menunjukkan, keperluan satu kajian yang menyelidik
tentang konsep al-targhib dan al-tarhib menurut al-Qur‟an dan bagaimanakah ia
dilaksanakan sebagai modul atau kaedah dalam pendidikan.
36 Sharifah Norshah Bani bt Syed Bidin (2009), “Impak Uslub Tabshir dan Indhar dalam membentuk personaliti: kajian di Sekolah Henry Gurney, Teluk Mas, Melaka dan Batu Gajah, Perak”. (Tesis PHD, Jabatan al-Qur‟an dan al-Hadith, Akademi Pengajian
Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur).
37 Khader bin Ahmad et al. (2010), op cit, h. 243.
38 Sekolah Henry Gurney (SHG) merupakan institusi pemulihan akhlak di bawah Jabatan Penjara Malaysia. Di Malaysia, terdapat
empat buah SHG iaitu dua buah di Semenanjung Malaysia iaitu SHG Telok Mas (SHGTM) dan SHG Wanita Batu Gajah (SHGWBG), sementara dua buah lagi terletak di Sabah, iaitu Sekolah Henry Gurney Kota Kinabalu (Wanita) dan Sekolah Henry
Gurney II Keningau.
15
1.9 Metodologi Kajian
Metodologi kajian ialah kaedah yang akan digunakan sama ada untuk mengumpul data
atau menganalisa data.39
Kajian ini difokuskan kepada Guru Pendidikan Islam di
Sekolah Menengah Harian di sekitar Shah Alam. Pengkaji akan menganalisa konsep
targhib dan tarhib menurut al-Qur‟an dan juga mengkaji pengaplikasiannya dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Kebangsaan,
Shah Alam.
1.9.1 Rekabentuk kajian;
i. Kajian Tinjauan.
Secara umumnya, kajian ini adalah bersifat kuantitatif yang menggunakan kaedah
tinjauan (survey) dan deskriptif 40
sebagai metodologi kajian. Melalui metode ini
pengkaji akan berusaha sedaya upaya mencari , mengumpul dan mengupas beberapa
data yang dapat dikumpulkan melalui instrumen kajian iaitu soal selidik, temu bual,
instrumen pemerhatian dan pengamatan (observasi) dan seterusnya menentukan serta
memastikan kebenaran data yang diperolehi.
ii. Kajian Perpustakaan .
Di samping itu, pengkaji akan menggunakan kajian perpustakaan dalam mencari bahan-
bahan bertulis berbentuk fakta dan sebagainya seperti dokumentasi , histori seperti al-
Qur‟an dan al-Hadith sebagai rujukan utama, buku- buku , jurnal dan majalah.
39
Ahmad Sunawari Long (2009), Op cit., h. 42.
40
Penyelidikan deskriptif bertujuan menjelas dan mentafsir terhadap “apakah dia (what is)”. Ia memfokuskan kepada fenomena
kontemporari dan belum diselidik atau kemungkinan sudah diselidik tetapi ditumpukan kepada aspek lain. Ibid, h. 24.
16
1.9.2 Persampelan
Untuk instrumen soal selidik dan temubual, kajian ini melibatkan guru Pendidikan
Islam sebagai responden.Terdapat 20 buah Sekolah Menengah Kebangsaan di Shah
Alam. Berdasarkan populasi, terdapat 167 Guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah
Kebangsaan di sekitar Shah Alam. Mengikut Krejcie dan Morgan (1970), saiz sampel
bagi populasi 160 ialah 113 41
dan ia menepati 30% dari populasi.Oleh itu, pengkaji
akan menggunakan persampelan rawak mudah bagi menentukan pemilihan sampel
tersebut.
1.9.3 Instrumen kajian:
Instrumen yang akan dibina dan digunakan oleh penyelidik untuk kajian ini:
i. Borang soal selidik.
Satu set soal selidik akan digunakan iaitu soal selidik kepada Guru Pendidikan Islam
bagi mengetahui pelaksanaan metode targhib dan tarhib dalam pengajaran dan
pembelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan, Shah Alam
ii. Temubual
Temubual akan dijalankan kepada guru yang dipilih secara rawak untuk mengetahui
tahap kefahaman mereka terhadap metode pengajaran berlandaskan targhib dan tarhib.
iii. Instrumen pemerhatian dan pengamatan (observasi)
Pengkaji membuat observasi ke atas responden terbabit semasa aktiviti pengajaran dan
pembelajaran (P&P) berlangsung. Perkara ini penting kerana dengan cara ini pengkaji
dapat mengetahui perkara sebenar yang berlaku di dalam kelas.
41 Chua Yan Piaw (t.t), Op. cit, h. 186.
17
1.10.3 Kaedah analisis data
Data – data yang bersifat kuantitatif akan dianalisa menggunakan perisian komputer
Pemerosesan Data SPSS. Pengkaji akan membentangkan hasil kajian dalam bentuk
jadual yang mudah dan akan membuat ulasan ke atas data dan keputusan kajian yang
diperolehi.
Maklumat yang diperolehi dalam bentuk temubual dianalisa berdasarkan rekod
dan catatan semasa sesi temubual bagi menjawab persoalan kajian. Data berdasarkan
temubual ini akan dapat membantu bagi mengetahui lokasi kajian dengan lebih tepat
dan juga pandangan-pandangan responden mengenai metode targhib dan tarhib.
1.10 PENUTUP
Cendikiawan-cendikiawan ilmu tarbiyyah (pendidikan) bersepakat bahawa penggalakan
dan memberi ganjaran adalah perkara yang penting dalam pendidikan apabila anak
melakukan perkara-perkara yang baik. Begitu juga hukuman perlu dibuat untuk
mengatasi perkara yang sebaliknya dan perkara ini diperakui oleh cendekiawan-
cendekiawan ilmu psikologi.42
Al-Qabisi43
mengatakan bahawa sanjungan atau galakan adalah salah satu
pendekatan pendidikan di mana ia mempunyai kesan dalam mendorong seseorang
pelajar untuk tekun sehingga mereka dihormati. Al-Qabisi juga berpesan kepada guru
agar tidak menjalankan hukuman kecuali setelah dipergunakan segala bentuk
penggemaran. Ini bertujuan mendalamkan hubungan kasih sayang antara guru dan
pelajar di mana hubungan guru dan pelajar samalah seperti hubungan bapa dan anak.44
42 Zahazan Mohamed (2006), Anakku Hebat Anakku Soleh. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd, h. 24-25. 43 Namanya yang lengkap ialah Abu al-Hasan „Ali bin Muhammad bin Khalaf al-Mu‟afiri al-Qairani. Beliau dilahirkan di Qairawan
pada tahun 935 Masihi. Beliau seorang yang banyak meriwayat, mengetahui Hadith, „illah-„illahnya dan tokoh-tokohnya, mengetahui fiqh dan usulnya, seorang yang petah berbicara, baik tindak tanduknya dan beliau merupakan seorang yang buta. Antara
hasil karyanya ialah Risalah fi al-„Itiqadat, Risalah fi al-Zihri wa al-Du‟a, Mulakhkhas al-Muwatta‟, al- Risalah al-Mufassilah li Ahwal al-Muta‟alimin wa Ahkami al-Mu‟alimin wa al-Muta‟alimin dan lain- lain lagi.
44
„Abdullah Al-Amin Al-Na‟miy (1994), Kaedah dan Teknik Pengajaran menurut Ibn Khaldun dan al-Qabisi. Mohd Ramzi Omar
(terj.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 241.
18
Al-Ghazali berkata dalam Ihya‟ „Ulumuddin, semua perkara baik yang
ditunjukkan oleh anak perlulah dipuji dan dianugerahkan dengan balasan yang baik
kerana kelakuannya itu merupakan sesuatu yang bermanfaat.45
Menurut Dr. „Abdullah Nashih Ulwan, metode pendidikan dengan menggunakan
uslub targhib (iaitu memberi dorongan dengan kata-kata yang baik atau memberikan
hadiah) dan tarhib (iaitu memberikan hukuman) adalah amat penting dalam membina
iman dan akhlak seorang pelajar.46
Berdasarkan kata-kata tokoh ilmuan di atas, pendekatan targhib dan tarhib amat
penting dan merupakan metodologi pendidikan yang berkesan dalam membina jatidiri
pelajar yang cemerlang di dunia dan akhirat. Pendekatan ini banyak disebut di dalam al-
Qur‟an yang menganjurkan manusia berfikir tentang implikasi yang akan diterima
berdasarkan perbuatan atau amalannya. Setiap perbuatan dan tindakan yang baik akan
membawa kesenangan dan kenikmatan hidup dan sebaliknya perbuatan dan amalan
yang jahat atau buruk akan mengakibatkan kesusahan dan penderitaan hidup di dunia
dan akhirat.
Oleh itu, satu kajian yang mendalam diperlukan dalam mengkaji sejauhmana
metode targhib dan tarhib ini digunakan oleh para pendidik dalam pengajarannya dan
kesannya terhadap pembinaan jatidiri murid.
45
Al-Syeikh Muhammad Jamaluddin al-Qasimi Ad-Damasqi (2006), Intipati Ihya‟ „Ulumuddin Pengajaran Bagi Orang-Orang
Mukmin Imam Al-Ghazali. Abu Hasan Din Al-Hafiz (terj.), Kuala Lumpur: Darul Fajr, h. 726. 46 „Abdullah Nashih Ulwan (1996), Pedoman Pendidikan Anak-Anak dalam Islam. Saifullah Kamalie et al.(terj.), j.2. Kuala
Lumpur: Victory Agencie, h. 63-64.
19
BAB 1
KONSEP TARGHIB DAN TARHIB MENURUT AL-QUR’AN
1.0 Pendahuluan
Al-Qur‟an adalah wahyu Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW
untuk menjadi pedoman dan pegangan hidup seluruh umat manusia. Malah al-Qur‟an
juga merupakan kitab suci dari Allah yang mengandungi peraturan yang amat lengkap
dan sempurna dalam mengatur segala aspek kehidupan manusia yang wajib diimani dan
dinyakini untuk mencapai kebahagian hidup didunia dan di akhirat. Segala usaha untuk
menyingkap rahsia-rahsia yang terkandung di dalam al-Qur‟an dapat menambahkan
kenyakinan terhadap kebenaran al-Qur‟an sebagai satu-satunya pegangan dan jalan
untuk mencapai kebahagiaan dan keredhaan Allah. Firman Allah:
Maksudnya: Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya
(tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula
menjadi petunjuk bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa.
Al-Baqarah (2):2
Al-Qur‟an menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa47
atau yang berusaha
membentuk diri mematuhi perintah-perintah Allah dan menjauhi laranganya. Oleh itu,
jika diteliti terdapat pelbagai metodologi atau pendekatan yang digunakan dalam al-
Qur‟an untuk menarik manusia ke arah ketakwaan kepada Allah. Diantara metodologi
yang sering diperkatakan ialah metode targhib dan tarhib. Metode ini sering
47
Takwa ialah memelihara atau melindungi diri dari sesuatu yang ditakuti atau dibimbangkan. Bertakwa kepada Allah ialah
memelihara diri dari sesuatu yang membawa kepada siksaan dan kemurkaan Allah dengan menjalankan undang-undang
peraturannya serta hukum perintahnya. „Abdullah Muhammad Basmeih (1983), Tafsir Pimpinan ar-Rahman, c.6. Kuala Lumpur:
Dar al-Fikr, h. 6.
20
diperbincangkan dalam bidang dakwah dan juga pendidikan. Ini kerana matlamat
kedua-dua bidang ini adalah untuk melahirkan insan yang mantap „aqidah, membentuk
akhlak mulia dan pembersihan rohani dan jasmani untuk mencapai martabat insan soleh
dan bertaqwa kepada Allah swt.
1.1 Konsep Targhib Dan Tarhib
1.1.1 Definisi al-targhib
Kalimah al-targhib berasal daripada perkataan Bahasa Arab iaitu kata nama yang
diambil daripada kata kerja رغب . Kalimah رغب telah disebut sebanyak lapan kali di
dalam al-Qur‟an dalam pelbagai bentuk iaitu fi‟il mudari‟ marfu‟ )تزغبىن( 48
dan
(يزغب(49
, fi‟il mudari‟ mansub )يزغبىا( 50
, fi‟il amar mabni )فارغب( 51
, hal ) رغبا( 52
,
khabar muqaddam )راغب( 53
serta khabar ان 54)راغبىن( . Berdasarkan terjemahan ayat
bagi kalimah tersebut, ia membawa maksud suka, membenci, mengasihi, gemar, ingin
atau harapan55
. Walaubagaimanapun, hanya ayat 9 Surah at-Taubah menunjukkan ayat
yang menggunakan metode targhib dalam jihad iaitu:
Qaherah:Dar al-Hadith,h. 396. Lihat Muhammad Sayyid Tantawi (1997), Mu‟jam I‟rab al-Alfaz al-Qur‟an al-Karim. Nashirun: Maktabah Lubnan, h. 127.
49 Surah Al-Baqarah (2):130. Ibid. Lihat Muhammad Sayyid Tantawi, ibid, h25.
50 Surah At-Taubah (9):120. Ibid. Lihat Muhammad Sayyid Tantawi, ibid, h263. 51 Surah Al-Syarh (94): 8. Ibid. Lihat Muhammad Sayyid Tantawi, ibid, h 813.
52 Surah Al-Anbiya‟ (21): 90. Ibid. Lihat Muhammad Sayyid Tantawi, ibid, h 430.
53 Surah Maryam (19):46. Ibid. Lihat Muhammad Sayyid Tantawi, ibid, h 400 . 54 Surah At-Taubah (9): 59 Ibid. Lihat Muhammad Sayyid Tantawi, ibid, h 250 dan Surah Al-Qalam (68):32. Ibid. Lihat
Muhammad Sayyid Tantawi, ibid, h759 . 55 Abdullah Muhammad Basmeih (1983), opcit.
21
Maksudnya:Tidaklah patut bagi penduduk Madinah dan orang-
orang yang di sekeliling mereka dari orang-orang "A'rab"
ketinggalan daripada (turut berperang bersama) Rasulullah; dan
tidaklah patut mereka mengasihi diri mereka sendiri dengan
tidak menghiraukan Rasulullah. Yang demikian kerana
Sesungguhnya (tiap-tiap kali) mereka merasai dahaga, dan
merasai penat lelah, dan juga merasai lapar (dalam perjuangan)
pada jalan Allah; dan (Tiap-tiap kali) mereka menjejak sesuatu
tempat yang menimbulkan kemarahan orang-orang kafir; dan
juga (Tiap-tiap kali) mereka menderita sesuatu yang
mencederakan dari pihak musuh - melainkan semuanya itu
ditulis bagi mereka: (pahala) amal yang soleh. Sesungguhnya
Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang Yang berusaha
memperbaiki amalannya.
Surah at-Tawbah (9):120
Ayat ini merupakan teguran keras Allah kepada penduduk Madinah yang
membelakangi Rasullullah dalam perang Tabuk yang dikenali orang „Arab. Allah juga
memberi rangsangan dan motivasi semangat kepada mereka dengan menyatakan
bahawa setiap apa juga bentuk kesusahan yang mereka terima dalam usaha memberi
sokongan kepada Rasullullah s.a.w. itu akan dicatat sebagai amalan soleh yang akan
diberikan ganjaran pahala56
. Ini merupakan bukti bahawa kebanyakan metode targhib di
dalam al-Qur‟an tidak menggunakan perkataan raghaba, tetapi ia memerlukan
penelitian terhadap maksud dan tafsiran ayat.
Dari segi pengertian, kalimah al-targhib yang berasal daripada kata kerja رغب
mempunyai dua maksud iaitu :
1. Perkataan رغب apabila diikuti selepasnya dengan harf jar في yang bererti
menghendaki , menyintai , menyukai, gemar atau memberangsangkan .
2. Perkataan tersebut apabila diikuti selepasnya dengan عن bererti enggan atau
56 Ibnu Kathir (2000), Tafsir al-Qur‟an al-„Azim , Muhammad „Abdul Rahman al-Mar‟ashli (ed.), j.2. Beyrout: Dar Ehia al-Tawrath
al-„Arabi, h. 398. Lihat juga Salahuddin Abdullah et al. (2009), Tafsir Mubin, J.3. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Pustaka, h.23.
22
benci kepada sesuatu dan meninggalkannya (seperti ayat 130: Surah al-
Baqarah). 57
Daripada dua pengertian di atas dapat dirumuskan bahawa al-targhib itu ialah
sesuatu yang disukai dan digemari yang menyebabkan atau menimbulkan rasa benci
terhadap sesuatu yang tidak disukai atau tidak digemari.
Ia adalah suatu bentuk galakkan , rangsangan dan motivasi kepada umat manusia
sejagat agar mereka sentiasa mempertingkatkan ketakwaan dan ibadat mereka kepada
Allah S.W.T. Al- targhib juga dimaksudkan sebagai janji- janji baik dan ganjaran
pahala kepada orang – orang soleh. Ia boleh didapati di dalam dua sumber utama di
dalam Islam iaitu al-Qur‟an dan al-Hadith. Antara contoh – contoh al- targhib adalah
seperti galakkan supaya sentiasa ikhlas di dalam amalan, benar dalam perbuatan dan
lain- lain lagi.58
1.1.2 Definisi al-Tarhib
Al-tarhib juga berasal daripada perkataan bahasa Arab iaitu kata nama yang diambil
daripada kata kerja رهب yang bererti takut atau gerun59
. Kalimah رهب telah disebut
sebanyak dua belas kali dalam pelbagai bentuk iaitu fi‟il mudhari‟ marfu‟ )يزهبىن (60
,
fi‟il amar mabni )فارهبىن ( 61
, fi‟il mudhari‟ marfu‟ ) تزهبىن( 62
, fi‟il madhi mabni
57 Mahmud Yunus dan Muhammad Qasim Bakri (1930), al-Qamus al-Dhahabi. Misr: al-Matba‟ah al-Rahmaniyyah, h. 130. Lihat juga al-Bustani , al- Mu‟allam Butrus (1987), Muhit al-Muhit : Qamus mutawwal li al-Lughat al-A‟rabiyyah. Bayrut: Maktabah
Lubnan, h. 341. Lihat Seminar Ahamad Asmadi Sakat et al. (2002), “Perbandingan Antara Teori Motivasi Barat dengan Metode
al-Targhib dan al-Tarhib menurut al-Qur‟an dan al-Sunnah: Pelaksanaannya dalam konteks Dakwah Serantau” (Kertas Kerja Seminar Antarabangsa Pengajian Dakwah Malaysia-Indonesia di Medan,Indonesia, 18 Mei 2002), h.1.
58 Al-Mundhiri, Imam al-Hafiz Zaki al-Din „Abd al-„Azim Ibn „Abd al-Qawiyy (1994), al-Targhib wa al-Tarhib, j. 1. al-Kaherah:Dar al-Hadith, h.19.
59 Ibn Manzur. Abu al-Fadl al-Din Muhammad al-Mukarram(1968), Lisan al-A‟rab, j. 4. Bayrut: Dar al-Bayrut, h. 436.
60 Surah Al-A‟raf (7):154. Fuad „Abdul Baqi,Ibid, h.399. Lihat Muhammad Sayyid Tantawi, ibid, h 216.
61 Surah Al-Baqarah (2): 40 dan Surah An-Nahl (16): 51. Ibid. Lihat Muhammad Sayyid Tantawi, ibid, h. 9 dan 352.
23
) استزهبىهم(63
,majrur ) 64
)الزهب , tamyis) 65
)رهبة , ma‟tuf ) رهبا( 66
, ma‟tuf ) الزهبان ( 67
,
ma‟tuf) رهبانا( 68
, ma‟tuf ) رهبائهم( 69
dan ma‟tuf) رهبانية( 70
.
Al-tarhib membawa erti menakutkan dan menggerunkan manusia dalam pengabdian
diri kepada Allah dengan cara menunaikan segala perintah Allah dan meninggalkan
segala larangan Allah dengan pelbagai bentuk dalam kehidupan71
. Ia menyebabkan
seseorang itu merasa takut, gerun dan perasaan benci kepada sesuatu yang buruk dan
seterusnya menyebabkan seseorang itu meninggalkannya.
Ia adalah satu bentuk peringatan dan ancaman kepada manusia supaya mereka
sentiasa menghindarkan diri daripada sebarang bentuk kejahatan dan kemaksiatan
samaada zahir ataupun batin . Al-tarhib ini dapat diketahui dari dua sumber utama di
dalam Islam iaitu al-Qur‟an dan al-Hadith.
Kesimpulannya , al-targhib merupakan suatu galakan dan rangsangan (motivation)
kepada umat manusia seluruhnya di dalam bentuk ganjaran pahala dan balasan baik
supaya mereka sentiasa berbuat baik dan meninggalkan segala tegahan sepanjang
menjalani liku- liku kehidupan di dunia ini.
62
Surah Al-Anfal (8):60. Ibid. Lihat Muhammad Sayyid Tantawi, ibid, h236. 63 Surah Al-A‟raf (7):116. Ibid. Lihat Muhammad Sayyid Tantawi, ibid, h210.
64 Surah Al-Qasas (28):32. Ibid. Lihat Muhammad Sayyid Tantawi, ibid, h511.
65 Surah Al-Hasyr (59):13. Ibid. Lihat Muhammad Sayyid Tantawi, ibid, h732.
66 Surah Al-Anbiya‟(21):90. Ibid. Lihat Muhammad Sayyid Tantawi, ibid, h430.
67 Surah At-Taubah (9):34. Ibid. Lihat Muhammad Sayyid Tantawi, ibid, h246.
68 Surah Al-Mai‟dah(5):82. Ibid. Lihat Muhammad Sayyid Tantawi, ibid, h153.
69 Surah At-Taubah (9):31. Ibid. Lihat Muhammad Sayyid Tantawi, ibid, h245.
70 Surah Al-Hadid (57):27. Ibid. Lihat Muhammad Sayyid Tantawi, ibid, h723.
71 Yusuf al-Qardawi (1993), al-Muntaqa Min al-Targhib wa al-Tarhib lil Mundhiri, c.1. al-Mansurah: Dar al-Wafa‟ al-Taba‟ah wa
Nasr wa al-Tawzi‟, h. 9.
24
Manakala al-tarhib pula lebih merupakan ancaman (warning) 72
dan peringatan
(reminder) dari Allah s.w.t kepada manusia di dalam bentuk dosa dan balasan azab
supaya tidak melakukan sebarang kejahatan dan seterusnya berusaha untuk mematuhi
segala perintahNya.Tegasnya, manusia mestilah bertakwa kepada Allah dengan
melaksanakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.
1.1.3 Persamaan dan perbezaan targhib dan tarhib.
Berdasarkan definisi, al- targhib mempunyai perbezaan dengan al- tarhib dari segi
maksud. Al- targhib bermaksud menyemarakkan, menarik perhatian dan mendorong
kearah ketaatan kepada Allah. Manakala al- tarhib pula bermaksud mengancam dan
menjauhkan diri daripada larangan Allah.
Namun terdapat persamaan dari segi sumber dan tujuan. Kedua- dua istilah adalah
berasal dari sumber al-Qur‟an dan al-Hadith. Allah menggunakan uslub targhib dan
tarhib di dalam al-Qur‟an untuk memberi perangsang kepada manusia melakukan
kebaikan dan meninggalkan kejahatan serta untuk mencapai ketaatan kepada Allah.
1.2 Bentuk targhib dan tarhib dan contohnya yang terdapat dalam al-Qur’an.
Uslub targhib dan tarhib adalah uslub al-Qur‟an dan banyak disebut di dalam al-
Hadith juga. Ia menerangkan mengenai janji dan ugutan )الىعد و الىعيد(, perihal akhirat,
gambaran syurga dan neraka, ganjaran orang mukmin yang bertakwa dengan
kenikmatan yang kekal dan balasan bagi orang yang kufur dengan azab yang pedih.
Dalam al-Qur‟an terdapat banyak ayat menggemarkan kepada menerima kebenaran
dan menggerunkan terhadap kekufuran dan akibat darinya. Uslub targhib dan tarhib
banyak disebut di dalam al-Qur‟an, khususnya dalam ayat-ayat Makiyyah dan tertumpu
72
Khalid M. Hussain et al. (1995), Kamus dwi bahasa : Bahasa Inggeris – Bahasa Melayu, c. 10. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, h. 1418.
25
pada dua juzu‟ yang terakhir iaitu juzu‟ dua puluh sembilan dan tiga puluh.73
Antara
gaya bahasa dan tajuk yang diperbincangkan dalam ayat Makki ialah dakwah kepada
tauhid dan beribadah hanya kepada Allah, pembuktian mengenai risalah, hari
kebangkitan dan hari pembalasan, hari kiamat dan kedahsyatannya, neraka dan
seksaannya serta syurga dan nikmatnya.74
Uslub targhib dan tarhib dalam syariah datang mengikut pelbagai keadaan, pelbagai
bentuk kejiwaan, dan pelbagai sikap yang diambil. Ia datang dalam bentuk penyelesaian
kepada halangan, juga bentuk berita gembira dan amaran. Ini kerana terdapat
kepelbagaian emosi dan mentaliti manusia. Jiwa manusia yang sukakan perkara
kebaikan akan mudah menerima uslub targhib sebagai suatu motivasi untuk menjadi
lebih baik. Manakala manusia yang gemar kepada kebendaan dan kemungkaran, perlu
dikejutkan dengan tarhib, disekat dengan amaran serta diperingatkan dengan perkara
yang menakutkan mereka terhadap akibat daripada perbuatan yang dilakukan mereka.
Dalam konteks pendidikan, al-Qur‟an telah menggariskan beberapa petunjuk untuk
membimbing manusia ke jalan yang benar yang diredhai Allah. Oleh itu, uslub targhib
dan tarhib yang terdapat dalam al-Qur‟an merupakan salah satu pendekatan untuk
mencapai tujuan pendidikan. Antara tujuan pendidikan menurut al-Qur‟an ialah untuk
mengabdikan diri kepada Allah, bertakwa kepada Allah, membentuk insan soleh,
mewujudkan kemakmuran di muka bumi dan mewujudkan kebahagiaan hidup,
Berdasarkan tujuan pendidikan menurut al-Qur‟an, uslub targhib dibahagikan
kepada dua bentuk iaitu menggesa dan mendorong ketaatan kepada Allah dan
pembinaan sakhsiah diri yang mulia. Kedua- dua bentuk ini saling berkaitan, ketaatan
kepada Allah akan mendorong melakukan ibadat dan seterusnya ibadat pula akan
menghalang sifat keji dan mungkar serta mendidik jiwa manusia ke arah akhlak mulia
Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan
tamadun manusia. Tahap pendidikan menentukan sejauhmana ketamadunan sesuatu
bangsa. Islam memandang tinggi terhadap ilmu pengetahuan bagi melahirkan insan
yang bertanggungjawab terhadap diri dan Pencipta. Al-Attas memandang pendidikan
sebagai proses penanaman nilai pada diri manusia. Hassan Langgulung pula
memandang pendidikan sebagai usaha mengubah dan memindahkan nilai budaya
kepada setiap individu dalam masyarakat yang dilakukan melalui proses tertentu.
Manakala Ali Ashraf melihat pendidikan sebagai sebuah aktiviti sistematik yang
memiliki maksud tertentu untuk mengembangkan daya kreativiti individu secara
menyeluruh. Zamroni pula mendefinisikan pendidikan sebagai proses mengembangkan
potensi anak didik yang meliputi aspek pandangan hidup, sikap dan ketrampilan
manakala H.M Ariffin memandang pendidikan sebagai satu proses yang sistematik
dalam mengarahkan manusia mencapai tujuan tertentu.99
Berdasarkan definisi daripada sebilangan sarjana di atas, pendidikan adalah satu
proses untuk mengubah peribadi dan tingkah laku seseorang ke arah lebih positif bagi
mencapai matlamat tertentu dalam kehidupan.
99 Noraziah Ahmad Nadzim et al (2010), “Cabaran Guru Pendidikan Islam Dalam membentuk generasi Pelajar Rabbani”(Kertas
kerja pada 1st International Conference On Islamic Education di Holiday Villa Hotel & Suites Subang, Malaysia, 29 November
hingga 1 Disember 2010), h.536.
46
2.1 Pendidikan menurut al-Qur’an
Pendidikan sering disebut dalam al-Qur‟an dan al-Hadith dalam beberapa bentuk istilah
bahasa Arab seperti ta‟lim, tarbiyyah, ta‟dib, tarbib, tadris, tazkiyyah dan riyadah.
Terdapat pelbagai perbincangan di kalangan tokoh pendidikan mengenai perkataan
bahasa Arab yang paling tepat dengan pendidikan.
Kalimah ta‟lim ialah nama terbitan yang berasal daripada kata dasar allama
yang bererti mengajar. Sebutan itu bersesuaian dengan firman Allah:
Maksudnya: Dan ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan
Segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian
ditunjukkannya kepada malaikat lalu ia berfirman:
"Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika
kamu golongan Yang benar".
Surah al-Baqarah(2):31
Ayat ini menggambarkan bagaimana Allah mengajar Adam segala nama benda
yang terdapat di dunia yang bakal dihuninya. Tujuan pengajaran ini untuk kemudahan
baginda dan zuriatnya tinggal di dunia sehingga hari kiamat.
Selain itu, pendidikan juga dikenali sebagai tarbiyyah. Perkataan tarbiyyah adalah
berasal daripada kata dasar rabba (رب) yang membawa erti mengasuh, memelihara dan
memimpin. Kata-kata ini juga dapat diertikan sebagai memiliki, mentadbir, menguasai
dan memperbaiki selain erti memimpin atau mendidik. Kalimah „rabbun‟ mengandungi
dua konotasi iaitu Tuhan dan Yang mendidik alam. Allah menjadikan alam bukanlah
dengan sia-sia bahkan tiap-tiap ciptaan mempunyai tujuan dan kepentingan tertentu,
terutamanya bagi kemaslahatan manusia. Allah sentiasa memberi bimbingan dan
47
pemeliharaan supaya masing-masing dapat berperanan bagi mengabdikan diri kepada
Penciptanya sesuai dengan sifat dan kepentingannya100
.
Maksudnya: Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan
Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Surah al-Fatihah (1):2
Syeikh Abduh dalam Tafsir al-Manar juga mengatakan bahawa lafaz Rabb bukan
hanya membawa maksud Tuhan dan pemilik sahaja, bahkan ia membawa makna
mendidik dan memperkembangkan101
.
Di samping itu perkataan ta‟dib juga digunakan untuk maksud pendidikan,
seperti sebuah Hadith Rasullullah s.a.w
Terjemahan: Allah mendidikku, maka Ia memberikan
kepadaku sebaik-baik pendidikan. (Ibn Mas‟ud)102
Menurut al-Attas , konsep ta‟dib sudah merangkumi unsur ilmu („ilm), pengajaran
(ta‟lim) dan penyuburan yang baik (tarbiyyah)103
. Beliau mendefinisikan pendidikan
sebagai proses penitisan sesuatu (ilmu/adab) ke dalam diri manusia. Oleh itu, beliau
berpendapat konsep al-ta‟dib dalam pendidikan sangat penting untuk diketengahkan
kerana gejala keruntuhan akhlak di kalangan umat Islam bukan disebabkan mereka
100 Abdullah Ishak (1995), Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h.5.
101 Muhammad „Abduh (1947), Tafsir al-Manar. Di ta‟lif oleh Sayyid Muhammad Rashid Redho, j.1. Kaherah: Huquiq al-Tab‟ah wa al-Tarjamah Mahfuzah liwarath tuhu , h. 36.
102 Al-Imam Jalaluddin „Abdul Rahman As-Suyuti (4991), Jami‟ al-Ahadith al-Jami‟ al-Saghir wa Zawai‟duhu wa al-Jami‟ al-
As-Suyuthi menyebutkan hadis sebagaimana berikut,namun tidak dipaparkan sanad secara lengkap pada hadis ini kecuali
dinyatakan hadis ini daripada Ibnu al-Sama‟ni dalam Adab al-Imla‟:
(
103 Wan Mohd Nor Wan Daud (2005), Falsafah dan Amalan Pendidikan Islam Syed M.Naquib Al-Attas satu Huraian Konsep Asli
Islamisasi. Kuala Lumpur:Penerbit Universiti Malaya, h.118.
48
tidak mempunyai pendidikan dan ilmu pengetahuan, tetapi kerana mereka telah
kehilangan adab.
Oleh kerana wujud ketidakseragaman dalam penggunaan istilah pendidikan di
kalangan umat Islam, maka sarjana-sarjana Islam telah mengambil inisiatif untuk duduk
bersama mencari penyelesaian. Persidangan Dunia Pertama mengenai Pendidikan Islam
yang diadakan di Mekah pada tahun 1977 menegaskan bahawa pendidikan didefinisikan
sebagai al-Tarbiyyah, al-Ta‟lim dan juga al-Ta‟dib secara bersama.104
Menurut Islam, matlamat pendidikan adalah untuk membentuk dan
mengembangkan aspek-aspek kesempurnaan manusia yang mencakupi fizikal, spiritual,
mental dan sosial menurut pembentukan rabbani bagi melahirkan insan kamil dan
Mukmin yang bertaqwa untuk mengabdikan diri kepadaNya105
. Pentakrifan ini
bertepatan dengan matlamat utama penciptaan manusia iaitu mengabdikan diri kepada
Allah seperti yang dinyatakan dalam Surah al-Dhariyat (51): ayat56.
Maksudnya: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan
manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat
kepadaKu.
Surah al-Dhariyat (51): 56
Menurut Ibnu Kathir, kewajipan beribadah kepada Allah adalah supaya mereka
mengenali Allah dan bukan kerana Allah berhajat kepada mereka106
. Peringatan tentang
peranan dan tugas manusia perlu dilakukan secara berterusan agar manusia tidak lalai
hidup di dunia ini. Oleh itu, pendidikan memainkan peranan penting dalam memberi
104 Ibid.
105 Abdullah Ishak (1995), op. cit, h.12. 106 Ibnu Kathir (2000), Tafsir al-Qur‟an al-„Azim , Muhammad „Abdul Rahman al-Mar‟ashli (ed.), j.4. Beyrout: Dar Ehia al-
Tawrath al-„Arabi, h. 230.
49
peringatan tersebut dan seterusnya dapat melahirkan individu yang cemerlang dari
sudut akhlak dan akademik.
Ibn Khaldun menyatakan bahawa untuk sampai kepada matlamat dan tujuan
pendidikan yang diinginkan, terdapat dua saranan utama yang harus diberi perhatian
sewajarnya oleh sistem pendidikan iaitu:
Pertama: dari segi ilmu pengetahuan atau kokurikulum pendidikan yang sesuai
harus diajarkan kepada murid.
Kedua : Kaedah dan langkah yang harus digunakan oleh guru dalam Pendidikan107
.
Berdasarkan saranan Ibn Khaldun, Kementerian Pelajaran Malaysia memainkan
peranan dalam menggubal silibus dan kokurikulum pendidikan dalam semua
matapelajaran. Kurikulum Pendidikan Islam KBSM yang sedang dijalankan juga
menepati asas pendidikan yang diutarakan oleh Luqman al-Hakim dalam ayat 12-19
surah Luqman iaitu „aqidah, ibadah dan akhlak108
. Manakala guru pula sebagai
pengantara dalam penyampaian ilmu pengetahuan perlu menggunakan pelbagai kaedah
untuk mencapai matlamat utama pendidikan iaitu melahirkan individu yang berakhlak
mulia dan mengabdikan diri kepada Allah khusus untuk mukmin.
Manhaj yang telah digariskan oleh al-Qur‟an dan al-Sunnah telah berjaya merubah
perilaku orang yang beriman melalui pengajaran dan pembelajaran „aqidah dan nilai-
nilai Islam dengan cara beberapa pendekatan utama yang signifikan iaitu motivasi,
pengulangan, menarik perhatian, penyertaan aktif dan berkesan, belajar secara beransur-
ansur, meneladani, membuat penelitian, menegur dan memberi nasihat secara langsung.
Segala pendekatan yang digariskan di dalam al-Quran dan al-Sunnah juga
107 Abd Munir Mohamed Noh (2010), “Falsafah Pendidikan Menurut Ibn Khaldun dan John Dewey: Kajian Perbandingan”,
(Disertasi Sarjana Usuluddin, Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, APIUM), h. 78. 108 Kamarul Ariffin b. Mohd Sharif (1998), “Konsep Pendidikan di dalam Surah Luqman dan kaitannya dengan Kurikulum
Pendidikan Islam KBSM: Penekanan kepada ayat 12-19 Surah Luqman”, (Disertasi Sarjana Pendidikan, Fakulti Pendidikan,
Universiti Malaya).
50
diperkembangkan oleh Sarjana Pendidikan Islam melalui penggunaan beberapa strategi,
kaedah dan aktiviti yang sesuai dengan keperluan semasa bagi menghasilkan kesan
pendidikan yang lebih mantap.
2.2 Metode targhib dan tarhib dalam pendidikan menurut tokoh pendidikan Islam.
Al-Quran dan al-Sunnah telah menggunakan pelbagai pendekatan dalam memberi
motivasi pendidikan rohani kepada orang beriman seperti membangkitkan semangat,
memberikan harapan, janji ganjaran (targhib) dan ancaman seksaan (tarhib), bercerita
serta mengambil manfaat dan pengajaran daripada peristiwa-peristiwa yang berlaku.
Targhib dan tarhib atau dalam Bahasa Melayu dikenali sebagai galakan dan ancaman
merupakan salah satu teknik motivasi yang sering digunakan dan berkesan dalam
pendidikan. Ia juga merupakan metodologi pendidikan yang sering digunakan oleh
Rasullullah bagi mendidik umat manusia. Selain galakan dan ancaman, terdapat
beberapa istilah lain yang mempunyai maksud yang sama dengan Targhib dan tarhib
iaitu dorongan, ganjaran, rangsangan, motivasi, peringatan dan hukuman.
Metode targhib dan tarhib merupakan suatu rangsangan yang dapat menggerakkan
jiwa dan hati seseorang kepada yang lebih baik. Ini kerana pendidikan bukan sahaja
sekadar memenuhi otak dengan segala ilmu yang belum diketahui tetapi bermaksud
mendidik akhlak dan jiwa, menanam kesedaran, membiasakan pelajar dengan
kesopanan yang tinggi dan mempersiapkan mereka untuk suatu kehidupan yang suci
serta ikhlas dan jujur. Ia seiring dengan pendapat Ibn Khaldun dan Al-Ghazali bahawa
aspek pendidikan sangat luas bidangnya, yang mana bukan sekadar proses memberi dan
menerima ilmu malah ia lebih dari itu iaitu merupakan proses membentuk akhlak dan
peribadi seseorang pelajar menjadi manusia yang berguna. Al-Ghazali berkata: “Tujuan
pendidikan ialah mendekatkan diri kepada Allah, bukan pangkat, harta, menipu orang
bodoh atau bermegah-megah dengan kawan-kawan.” Oleh itu pendidikan itu tidak
51
terkeluar daripada pendidikan akhlak. Tujuan murid mempelajari segala ilmu pada masa
kini adalah untuk kesempurnaan dan keutamaan jiwanya.109
Al-Ghazali menjelaskan terdapat beberapa prinsip dasar dalam proses pengajaran
dan pembelajaran yang patut dipegang oleh setiap pendidik dan pelajar iaitu110
:
Pertama: Hubungan guru dan murid adalah positif. Hubungan dibina atas dasar kasih
sayang, lemah lembut, saling mempercayai dan hormat menghormati. Apabila
hubungan ini tercipta maka mesej setiap guru dan pelajar mudah terlaksana dan
menggembirakan. Sebaliknya jika pelajar menjauhkan diri daripada guru atau berasa
tidak tenteram akibat kekasaran guru menyebabkan kegagalan proses pendidikan.
Kedua: Kebersihan jiwa dan hati pelajar. Al-Ghazali menjelaskan murid perlu memiliki
sifat-sifat seperti tawadduk, jiwanya suci daripada amalan tercela, setia dan ikhlas
dalam hatinya supaya mereka dapat mengambil manfaat daripada proses pengajaran.
Ketiga: Kesesuaian ilmu dengan keupayaan pelajar. Al-Ghazali mengakui wujud
perbezaan individu dari sudut persediaan akal dan kemampuan. Oleh itu, beliau
menyarankan supaya proses pendidikan hendaklah selari dengan kemampuan akal
pelajar.
Keempat: Mempelajari ilmu mudah kepada kompleks. Guru perlu ilmu empirikal
tentang jiwa, watak atau tingkah laku murid dalam rangka melaksanakan tugas. Dalam
erti kata, psikologi adalah satu subjek yang sangat penting dikuasai oleh bakal guru.
Proses pengajaran dan pembelajaran haruslah dilakukan secara berperingkat-peringkat
mengikut tahap kemampuan pelajar.
109 Abdul Salam Yussof (2010), Idea-idea Pendidikan berkesan Al-Ghazali dan Konfusius. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia,
h. 41. 110 Ibid, hlm. 85-87.
52
Kelima: Guru perlu memberi idea dan pandangan yang dapat membimbing murid.
Pandangan itu boleh meningkatkan pengalaman dan maklumat mereka.
Berdasarkan lima prinsip dasar pendidikan yang dikemukakan oleh Al-Ghazali, guru
perlulah melengkapkan diri dengan pelbagai aspek samada aspek tingkah laku, aspek
minat dan tumpuan proses pengajaran dan pembelajaran, aspek kemahiran serta
keterampilan mengajar dan aspek ilmiah serta cintakan kebenaran. Apabila hubungan
guru dan murid terbina dengan baik, segala perilaku dan kata-kata guru akan mudah
diikuti oleh murid. Maka metode targhib dan tarhib yang terdiri dari pelbagai bentuk
samada ganjaran syurga, ancaman neraka, kata-kata pujian, pemberian hadiah dan
hukuman akan memberi kesan kepada diri murid dari segi sahsiah diri ataupun
pembelajarannya.
Menurut al-Qabisi, sanjungan dan hukuman merupakan salah satu faktor bagi
mewujudkan iklim pembelajaran yang baik. Sanjungan dan hukuman adalah salah satu
bentuk yang terdapat dalam metode targhib dan tarhib. Sanjungan ialah rasa kepuasan
oleh seseorang ketika diganjari atas sesuatu yang dilakukan. Hukuman pula ialah rasa
sakit seseorang dikenakan tindakan. Targhib atau pemberian sanjungan akan
mendorong seseorang pelajar untuk tekun belajar dan mewujudkan tingkah laku yang
baik. Al-Qabisi telah berpesan agar guru tidak menggunakan metode tarhib kecuali
setelah menggunakan pelbagai metode targhib. Ini bertujuan untuk merapatkan
hubungan kasih sayang antara guru dan pelajar seperti hubungan bapa dan anak. Ia
seiring dengan pendapat Al-Nawawi dalam Kitab Riyad al Solihin, bahawa metodologi
targhib perlu diutamakan berbanding tarhib dari segi metodologi penyampaian
pendidikan dengan nisbah 6:4.111
Tujuan pendidikan untuk membangunkan
pembangunan insan. Justeru, sewajarnya pendidik memperbanyakkan metode targhib
111 Kamarul Azmi b. Jasmi (2002), “Paradigma Imam al-Nawawi dalam Pembangunan Insan: Satu kajian Teks Terhadap Kitab
Riyad Al-Solihin”. (Disertasi Sarjana Pendidikan, Universiti Malaya) h. 126.
53
berbanding tarhib, kerana penggunaan targhib dapat menimbulkan kegembiraan
beramal dan rasa harap. Sebaliknya tarhib pula menimbulkan rasa takut untuk
melakukan kejahatan. Metode targhib sudah memadai untuk manusia secara umumnya.
Walaubagaimanapun, untuk manusia yang banyak berdalih dan berdegil hanya metode
tarhib sahaja yang dapat memberi kesan kepada mereka.112
Imam al-Nawawi
berpendapat bahawa sekalipun metode targhib melebihi tarhib kerana kepentingannya
tersendiri, tetapi terdapat juga kepentingan metode tarhib dalam pendidikan bagi
menghalang umat manusia daripada melakukan kejahatan dengan panduan yang jelas.
Antara bentuk tarhib yang sering diperbincangkan oleh tokoh pendidikan Islam
ialah hukuman pukulan. Abd Allah Nasih Ulwan menghuraikan pemeringkatan dalam
memberi hukuman ini dengan panjang lebar iaitu ia bermula dengan kecaman,
pemulauan, pukulan dan pukulan yang dilakukan di khalayak ramai. Oleh itu hukuman
dalam mendidik murid tidak semestinya terus kepada pukulan sebaliknya perlu bermula
dengan memberi kecaman. Seandainya kecaman tidak berfungsi dalam mengubah
tingkah laku yang negatif maka pendidik boleh beralih kepada konsep pemulauan113
.
Menurut al-Qabisi, tujuan hukuman adalah untuk melatih dan memperbaiki tingkah laku
pelajar kepada tingkah laku yang lebih baik.Sebarang hukuman perlulah jauh daripada
unsur-unsur kekerasan dan pembalasan dendam. Ibn Khaldun pula berpendapat
seseorang guru tidak harus mengambil tindakan yang keras terhadap kesalahan yang
dilakukan oleh pelajarnya. Ini kerana kekerasan terhadap pelajar akan merosakkan
mereka dan sangat berbahaya terutamanya bagi anak-anak yang masih kecil. Tindakan
112 Kamarul Azmi Jasmi et al ( 2007), Pendidikan Islam kaedah Pengajaran dan Pembelajaran. Johor: Universiti Teknologi
Malaysia, h. 46-47. 113 „Abd Allah Nashih Ulwan (1994), Tarbiyyah al-Awlad fi al-Islam , j. 2, c.25. Kaherah: Dar al-Salam , h. 720.
54
ini menyamai kebiasaan yang buruk di kalangan pelajar114
. Islam telah menetapkan
beberapa syarat dalam pelaksanaan hukuman fizikal seperti hukuman rotan iaitu115
:
1. Hukuman fizikal dilaksanakan setelah pendidik gagal membetulkan murid
dengan nasihat, celaan, amaran dan ugutan.
2. Mengelak daripada menggunakan hukuman fizikal dalam keadaan emosional.
3. Ketika merotan, hendaklah menghindari anggota badan yang sensitif seperti
kepala, muka, dada dan perut.
4. Pukulan yang pertama hendaklah tidak terlalu keras dan tidak menyakitkan
pada kedua tangan atau kaki. Al-Qabisi berpendapat hukuman rotan tidaklah
melebihi tiga pukulan. Namun guru boleh merotan melebihi tiga pukulan
dengan keizinan dan murid tersebut mampu menahan pukulan yang lebih
itu.
5. Jika kesalahan murid adalah untuk pertama kali, perlulah diberi kesempatan
untuk tidak mengulangi kesalahan tersebut atau memberi kesempatan
untuknya meminta maaf.
6. Pendidik perlulah menjalankan hukuman rotan dengan tangannya sendiri.
Islam amat menitikberatkan pelaksanaan sebarang hukuman kepada murid. Pendidik
perlulah memiliki sikap ramah tamah, kasih sayang dan lemah lembut dalam ketegasan.
Murid-murid perlulah dididik dengan pendidikan Rabbani. Pendidik perlulah
membentuk murid yang muraqabah Allah dan takut kepadaNya. Murid-murid yang
terbentuk dalam nilai pendidikan Rabbani akan merasa takut akan kehidupan akhirat
114 Abd Munir Mohamed Noh (2010), Opcit , h. 90.
115 „Abdullah Nashih Ulwan (1996), Pedoman Pendidikan Anak-Anak dalam Islam. Saifullah Kamalie et al.(terj.), j.2. Kuala
Lumpur: Victory Agencie, h. 166-168. Lihat juga „Abdullah Al-Amin Al-Na‟miy (1994), Kaedah dan Teknik Pengajaran menurut
Ibn Khaldun dan al-Qabisi. Mohd Ramzi Omar (terj.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 243-245.
55
dan ancaman kehidupan dunia. Seterusnya, ia akan memberi kesan kepada jiwa dan
lahirlah tingkah laku serta akhlak yang mulia.
Al-Qur‟an dan Sunnah telah menunjukkan metode targhib dan tarhib adalah antara
metode yang paling efektif dalam membentuk iman dan memperbaiki akhlak seseorang.
Pelaksanaan metode targhib dan tarhib dalam pendidikan boleh diaplikasikan pelbagai
bentuk seperti janji-janji Allah syurga, pahala, dorongan kata-kata yang baik, pujian,
pemberian hadiah, balasan-balasan Allah neraka, dosa, amaran guru dan hukuman rotan.
Oleh itu, seorang pendidik perlulah bijak menggunakan pelbagai metode pengajaran
supaya dapat melahirkan generasi yang cemerlang dari sudut jasmani, emosi, rohani dan
intelektual.
2.3 Teori-teori pembelajaran Barat dan tokoh-tokohnya berkaitan ganjaran dan
hukuman.
Kemunculan pelbagai teori seperti Skinners‟s Reinforcement Theory dan Teori
Pembelajaran Sosial (Social Learning Theory) bagi membentuk akhlak atau moral
manusia di Barat adalah petunjuk kepada kenyakinan mereka perihal tindak tanduk
manusia dapat diubah dan dimanipulasi ke arah motif yang dikehendaki. Para pengkaji
Barat membuat kesimpulan umum untuk semua tindak tanduk manusia berasaskan teori
motivasi. Teori ini cuba memberikan jawapan kepada persoalan. Apakah yang
menyebabkan manusia melakukan sesuatu perbuatan? Mereka mengatakan pada setiap
perbuatan atau perlakuan manusia mesti ada sebab yang mencetuskannya. Mereka juga
sedar faktor utama yang mendorong manusia melakukan „tindakan‟ atau „behavior‟
adalah disebabkan faktor ganjaran dan hukuman.116
B.F Skinner (1904-1990) dalam teori galakan (Skinners Reinforcement Theory)
mengatakan perlakuan manusia dikawal oleh faktor ganjaran luaran seperti hadiah,
116 Mohd Khairul Nizam ( 2012), Motivasi gaya Rasullullah. Selangor: PTS Millennia Sdn. Bhd., h. 67-68.
56
kenaikan gaji, bonus dan sebagainya. Ganjaran positif menggalakkan individu
melakukan tindakan sesuai dengan motif dan ganjaran. Manakala ganjaran negative
akan membuatkan seseorang meninggalkan perlakuan itu. Katanya, “Behavior is under
the control of external rewards”. Teori ini merupakan salah satu teori pembelajaran
behaviourisme yang menjelaskan bahawa terdapat perkaitan antaran peneguhan
berbentuk ganjaran dan hukuman dengan tingkahlaku atau pembelajaran yang
berkesan.
Selain teori pembelajaran behaviourisme, Albert Bandura telah mewujudkan satu
lagi teori personaliti yang dinamakan teori pembelajaran sosial. Teori ini
mengemukakan bahawa pembelajaran boleh berlaku melalui proses pemerhatian atau
role model. Murid boleh membentuk tingkah laku yang baik apabila guru memberi
peneguhan positif yang dilakukan oleh rakan sebaya dan dalam masa yang sama
memberi peneguhan negatif untuk tingkah laku yang tidak baik.
Mengikut Gagne (seorang ahli motivasi), pembelajaran bermula daripada
rangsangan-rangsangan di luar. Sama ada rangsangan – rangsangan yang dipilih
menjadi bahan pembelajarannya adalah bergantung kuat kepada motivasi dalaman dan
juga luaran. Motivasi dalam konteks pembelajaran merujuk kepada galakan dalaman
pelajar untuk belajar mengikut kehendak sendiri. Ini bermakna pelajar itu sendiri yang
berhasrat untuk belajar tanpa disuruh atau dipaksa oleh sesiapa. Secara umumnya
motivasi merujuk kepada kecenderungan yang wujud dalam diri individu yang dapat
mempengaruhi pemikiran dan tingkah lakunya117
.
Motivasi ini dapat dirangsang melalui insentif dan juga motif. Insentif merupakan
galakan samada luaran dan dalaman yang dapat mendesak seseorang bertindak untuk
mendapatkan ganjaran. Dalam bilik-bilik darjah, guru boleh memberi insentif dalam
117 Shahabuddin et al (2003), Psikologi Pembelajaran dan Personaliti. Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd., h. 16-17.
57
bentuk penghargaan iaitu pujian, gred, kedudukan dalam kelas, hadiah dan sebagainya.
Walaubagaimanapun faktor insentif kebendaan yang keterlaluan akan menyebabkan
pelajar hanya belajar apabila insentif ditawarkan dan tidak apabila tiada ganjaran di
sebalik pembelajaran tersebut. Motif pula merujuk kepada kecenderungan individu yang
menggerakkan dan mendorong individu untuk bertindak bagi mencapai sesuatu
matlamat walaupun melalui satu tempoh masa yang lama. Misalnya pelajar didedahkan
dengan peluang-peluang pekerjaan yang akan diperolehi apabila mereka berjaya dalam
pelajaran. Pelajar akan terdorong untuk belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai
motif tersebut.
Maslow (1908-1970) dalam bukunya Motivation and Personality, telah
mengemukakan teori keperluan manusia yang menjadi motivasi untuk manusia
melakukan sesuatu iaitu:
i) keperluan fisiologi - makan, minum dan rehat
Ii) keperluan keselamatan - bebas daripada rasa takut
Iii) keperluan kasih sayang- menyayangi dan disayangi
Iv) keperluan penghargaan diri - memerlukan penghargaan atau pengiktirafan diri
V) keperluan kepuasan diri - perlu kepada kesempurnaan diri.118
Berdasarkan hierarki keperluan yang digariskan oleh Maslow, peneguhan atau
galakan merupakan antara cara untuk menerapkan motivasi dalam proses pembelajaran
termasuklah tingkah laku baik. Beliau membahagikan unsur peneguhan ini kepada
peneguhan positif (rewards) dan peneguhan negatif. Contoh peneguhan positif ialah
memberi hadiah, memberi penghormatan ketika perhimpunan, pujian dan penghargaan.
118 Maslow, Abraham H. (1970), Motivation and Personality, c.2. NewYork: Harper & Row Publishers, h. 35-46.
58
Manakala peneguhan negatif (punishment) pula adalah berbentuk celaan, sindiran,
amaran, denda dan pukulan. Segala bentuk hukuman tersebut merupakan satu bentuk
motivasi ekstrinsik yang boleh menimbulkan ketegangan di dalam diri sehingga murid
mengelakkannya dengan bertingkah laku baik119
.
2.4 Perbandingan metode targhib dan tarhib dengan ganjaran dan hukuman
menurut Barat.
Asas utama metode targhib dan tarhib dapat difahami daripada kata-kata Allah
dalam Surah an-Nahl (16), ayat 96 iaitu :
Maksudnya: (sebenarnya) apa Yang ada pada kamu akan habis
dan hilang lenyap, dan apa Yang ada di sisi Allah tetap kekal;
dan Sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar Dengan
memberikan pahala Yang lebih baik dari apa Yang mereka telah
kerjakan.
Surah an-Nahl (16): 96
Dua asas utama targhib dan tarhib atau konsep ganjaran dan hukuman yang dapat
difahami adalah120
:
1. Konsep targhib dan tarhib adalah bersifat kekal dan akan berterusan sehingga ke
alam akhirat berdasarkan ayat “… dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal.”
2. Konsep targhib dan tarhib adalah bersifat jauh lebih daripada apa yang mereka
kerjakan di atas dunia. Ini berdasarkan ayat, “Kami akan memberi balasan
kepada orang – orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik.”
119 Blair et al.(1954), Educational Psychology. New York: The Macmillan Company, h. 176. 120 Mohd Khairul Nizam ( 2012), Motivasi gaya Rasullullah. Selangor: PTS Millennia Sdn. Bhd., h. 45-46
59
Metode targhib dan tarhib ini adalah benar-benar mutlak daripada Allah s.w.t serta
bersifat imani. Segala pengisiannya adalah bersifat syumul dari pelbagai aspek sama ada
ibadah, muamalat, jenayah dan sebagainya. Ianya mementingkan akhirat disamping
tidak lupa juga keduniaan bagi menjadi insan berjaya sama ada didunia dan juga akhirat.
Manakala ganjaran dan hukuman teori barat pula hanyalah bersifat keduniaan semata-
mata dan bukan datangnya daripada Allah s.w.t.
Metode targhib dan tarhib ini adalah bersifat universal, kekal dan abadi. Ianya
bukan hanya ditujukan kepada golongan,bangsa ataupun individu tertentu sahaja namun
adalah untuk semua umat manusia tidak kira zaman dan sesiapa. Hukum metode targhib
dan tarhib ini adalah kekal. Manakala sesetengah hukuman dan ganjaran teori barat pula
hanya ditujukan buat golongan ataupun tempat tertentu. Ianya tidak bersifat universal.
Hukuman dan ganjaran metode targhib dan tarhib ini adalah berlandaskan al-Qur‟an
dan as-Sunah. Segala hukum adalah diambil daripada al-Qur‟an dan sekiranya tiada nas
dalam masalah tertentu maka akan dikaji pula melalui as-Sunah. Maka al-Qur‟an dan
as-Sunnah merupakan sumber utama menetapkan hukuman dan ganjaran metode ini.
Manakala hukuman teori barat digubal mengikut pandangan ahli falsafah dan golongan
ilmuan semata-mata. Namun manusia ini bersifat terbatas akal fikirannya dan sentiasa
melakukan khilaf walaupun siapapun mereka. Dalam menentukan sesuatu biasanya
menusia cenderung mengikut pandangan sendiri demi mementingkan dan memikirkan
diri sendiri berbanding menekankan kemaslahatan masyarakat sekelilingnya. Ini adalah
bersifat zalim dan tidak adil.Berbanding dengan hukuman dan ganjaran metode targhib
dan tarhib yang bersifat adil dan tidak zalim kerana datangnya daripada Allah swt.
Selain itu, hukuman dan ganjaran metode ini adalah pembuktiannya secara ghaib di
akhirat kelak. Sekiranya sesiapa melanggar kesalahan hukum Allah mereka tidak akan
lepas daripadai siksaan di akhirat. Berbeza dengan metode hukuman Barat yang mana
60
ganjaran dan hukuman adalah nyata dan dilaksanakan secara terus. Maka sesiapa yang
terlepas dari terkena hukuman di dunia maka bererti terlepaslah mereka daripada
hukuman di atas kesalahan tersebut. Ini kerana tidak dijanjikan dalam hukuman Barat
bahawa akan terkena hukuman di akhirat bagi yang terlepas hukumannya di dunia.
Walaupun terdapat perbezaan dari segi sumber dan konsep, matlamat targhib dan
tarhib serta ganjaran dan hukuman Barat adalah untuk memotivasikan seseorang supaya
menjadi yang lebih baik. Ia merupakan metodologi penyampaian pendidikan yang
berkesan dalam menentukan keberkesanan pengajaran dan membantu pembinaan
pembangunan insan.
Bagi menghasilkan pengajaran yang berkesan, seorang guru hendaklah menguasai
kaedah- kaedah pengajaran, pengetahuan yang mendalam terhadap isi pengajaran yang
hendak disampaikan, mengetahui ilmu-ilmu yang berkaitan dengan bidang pendidikan
seperti psikologi pendidikan, sosiologi pendidikan, pedagogi pendidikan dan juga hasrat
yang terkandung di sebalik kurikulum yang disediakan serta lain-lain bidang yang
berkaitan. Antara ciri-ciri pengajaran yang berkesan ialah guru berjaya memotivasikan
murid ke arah kesedaran perihal kepentingan pelajaran dan menguasai isi pengajaran
dengan memberi sepenuh perhatian. Selain itu, kejayaan guru mengawal disiplin kelas
dan murid pula dapat mendisiplinkan diri sepanjang pembelajaran berlaku121
.
Seorang guru yang mengaplikasi metode targhib dan tarhib dalam pengajarannya
dengan penuh ikhlas semata-mata kerana Allah mampu mendidik murid berakhlak
mulia dan bertakwa kepada Allah. Sebagai contoh, guru memotivasikan murid supaya
belajar bersungguh-sungguh dengan memberitahu tentang janji Allah terhadap orang
berilmu iaitu meletakkan orang yang beriman dan berilmu pengetahuan ke tahap yang
paling tinggi seperti yang ditegaskan dalam al-Qur‟an:
121 Ahmad Mohd Salleh (2003), Pendidikan Islam Falsafah Sejarah dan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran.
Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., h. 205-206.
61
……. ……
Maksudnya:… Allah meninggikan darjat orang-orang Yang
beriman di antara kamu, dan orang-orang Yang diberi ilmu
pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat.
Surah al-Mujadalah (58): 11
Cara guru menerangkan tentang janji Allah kepada orang yang berilmu dengan
penuh semangat dan ikhlas akan mendorong murid menumpukan perhatian terhadap
pengajaran dan disiplin kelas dapat dikawal dengan baik.
Metode targhib dan tarhib bukan sahaja berkaitan psikologi pendidikan, bahkan ia
merupakan salah satu metode yang penting untuk menerangkan dan menerapkan akidah
yang benar dalam diri murid serta penghuraian hukum-hakam dalam ibadah. Oleh itu,
pelaksanaan metode targhib dan tarhib dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Islam amat diperlukan terutamanya dalam menerangkan tajuk berkaitan aqidah, ibadah
dan adab.
2.5 Aplikasi Metode targhib dan tarhib dalam Pendidikan Islam
Dalam konteks pelaksanaan Pendidikan Islam di Malaysia, mata pelajaran
Pendidikan Islam dalam kurikulum pendidikan kebangsaan adalah salah satu
matapelajaran yang diwajibkan kepada pelajar Islam pada peringkat Kurikulum
Bersepadu Sekolah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
Pada peringkat KBSM, mata pelajaran ini mengandungi komponen Tilawah al-Qur‟an,
Akidah, Ibadah, Akhlak dan Tamadun. Matlamat yang dinyatakan dalam Sukatan
Pelajaran Pendidikan Islam adalah untuk menghasilkan muslim yang mulia berdasarkan
al-Qur‟an dan sunnah supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertakwa dan
menyumbang ke arah meningkatkan tamadun bangsa dan Negara.
62
Sasaran utama pembelajaran pendidikan Islam adalah untuk menyemai benih
iman dalam diri murid bagi proses pembentukan Muslim sejati. Oleh itu, fokus utama
pembelajaran adalah pada hati, di mana hakikatnya bersifat lembut dan amat sensitif
serta mudah dipengaruhi oleh sifat mahmudah dan mazmumah. Guru-guru berperanan
menggalakkan murid mentarbiyah hati melalui pelbagai proses, contohnya penyucian,
pembersihan, pengawalan dan penyuburan. Selain itu, guru juga berperanan menanam
rasa kecintaan, kerinduan, kasih sayang serta penghargaan, pengiktirafan dan tidak
ketinggalan doa dan fadail untuk motivasi. Apabila hati telah terdidik, maka mudahlah
tujuan pendidikan Islam untuk membangunkan minda dan membentuk akhlak akan
tercapai.
Guru merupakan perantara atau motivator yang mampu mendorong murid
mentarbiyah hati atau „jiwa dalam‟ dan menggerakkan fizikal manusia bagi melakukan
ketaatan kepada Allah. Perbuatan hasil daripada gerakan „jiwa dalam‟ membuatkan
manusia itu mampu bertahan dan terus konsisten dan istiqamah dalam beribadah.
Kaedah bercerita tentang kisah yang termaktub dalam al-Qur‟an mampu mentarbiyah
hati seseorang. Dalam pendidikan Islam, guru yang hendak bercerita mestilah ikhlas
dan bercerita semata-mata kerana Allah untuk mendidik pendengar supaya berakhlak
mulia dan bertakwa kepada Allah. Guru perlulah menggunakan bahasa yang betul
sesuai dengan kefahaman para pendengar. Gaya juga hendaklah mesra, sopan dan
menarik. Sebagai contoh, guru menerangkan akibat melakukan homoseksual dan
lesbian dengan mengambil iktibar kisah bala bencana yang menimpa kaum Nabi Luth
seperti dalam Surah Hud (11): ayat 82:
63
Maksudnya: maka apabila datang (Masa perlaksanaan) perintah
kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus
Segala Yang ada di muka buminya) dan Kami menghujaninya
Dengan batu-batu dari tanah Yang dibakar, menimpanya
bertalu-talu.
Surah Hud (11): 82
Metode tarhib yang terdapat dalam ayat al-Qur‟an di atas akan menimbulkan rasa
gerun murid tentang janji balasan Allah terhadap akibat menyalahi fitrah kelelakian dan
keperempuanan. Ia akan membantu murid memahami fenomena semulajadi yang
berlaku di sekeliling mereka seperti orang yang mengamalkan seks luar tabi‟i akan
mudah terkena penyakit merbahaya seperti Aids dan Sipilis. Tadabbur pada ayat-ayat
al-Qur‟an akan merangsang kefahaman bahawa setiap perintah dan larangan adalah
bertujuan menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Selain mentarbiyah hati, metode targhib dan tarhib juga digunakan dalam
menjelaskan fadhilat sesuatu hukum ibadah seperti hukum melaksanakan solat fardhu
secara berjemaah ialah fardu kifayah dan orang yang melaksanakannya dikurniakan
Allah pahala yang berlipat kali ganda.
Maksudnya: Daripada Abdullah bin Umar r.a, Rasullullah s.aw
bersabda: Solat berjamaah lebih afdhal daripada solat
berseorangan dengan dua puluh tujuh darjat.122
122 Al-Hafiz Abi Al-Hussain Muslim bin Al-Hajjaj bin Muslim Al-Qusyairi An-Naisaburi (t.t), Sahih Muslim, Bab Fadlu Solat al-
Jamaah, No. Hadith : 650. Riyad : Dar As-Salam, h. 302.
Hadith riwayat Muslim :
64
Hadith diatas menggalakkan umat Islam umat Islam melaksanakan solat secara
berjamaah kerana pahalanya sangat besar berbanding solat bersendirian. Secara tidak
langsung metode targhib yang terdapat dalam hadith di atas memotivasikan seseorang
untuk taat pada perintah Allah.
Metode targhib dan tarhib banyak di sebut dalam al-Qur‟an dan Hadith. Metode
ini digunakan oleh Rasullullah s.a.w dalam mendidik umat Islam terdahulu dan ia masih
digunakan dalam bidang pendidikan tanpa disedari. Menurut kajian yang dijalankan
oleh Sharifah Norshah Bani, targhib dan tarhib mempunyai konsep yang sama dengan
Tabshir dan Indhar iaitu galakan dan hukuman. Beliau telah mengklasifikasikan jenis-
jenis galakan dan hukuman yang diterima penghuni di dua buah Sekolah Henry Gurney
(SHG) iaitu diTeluk Mas, Melaka dan Batu Gajah, Perak.
Jadual 2.1: Jenis-jenis Ganjaran dan hukuman di SHG123
:
Bil Ganjaran Hukuman
1 Wang Saku Di tahan Wang Saku
2 Bercuti Tidak dibenarkan bercuti
3 Keluarga datang melawat Ditegur secara kasar oleh
pembimbing
4 Lawatan/ aktiviti luar Tidak dibenarkan menerima
lawatan
5 Pujian/ galakan dari
pembimbing
Dirotan
6 Dilantik sebagai
ketua/imam
Dikurung dalam bilik asingan
(panel grade)
7 Naik peringkat Didenda
8 Disyorkan untuk
pembebasan awal
Turun fasa pemulihan
9 Hadiah/ anugerah kerana
sesuatu kejayaan / tingkah
laku baik
Tidak dibenarkan mengikuti
lawatan /aktiviti luar
Sumber: Tesis PHD Sharifah Norshah Bani.
Berdasarkan klasifikasi yang dikemukakan, penulis membuat kesimpulan
bahawa metode targhib dan tarhib dalam pendidikan Islam terbahagi kepada dua iaitu
123 Sharifah Norshah Bani, op. cit, h. 296.
65
bentuk duniawi dan ukhrawi. Sebarang tindakan dan kata-kata guru yang bertujuan
menggalakkan murid berakhlak mulia dan beramal ibadah adalah diklasifikasikan
sebagai targhib. Manakala tindakan dan kata-kata guru yang berbentuk ancaman,
amaran dan hukuman pula diklafisikasikan sebagai tarhib.
Rajah 2.1 : Bentuk Targhib dalam pendidikan.
Targhib dalam bentuk ukhrawi banyak disebut dalam al-Qur‟an dan merupakan
ganjaran ghaib yang akan diperolehi di akhirat. Manakala targhib dalam bentuk duniawi
pula ialah sebarang bentuk ganjaran yang diperolehi di dunia lagi atau pun ketika
pembelajaran berlaku.
Antara saranan Imam Nawawi yang ditinjau dari perspektif pendidikan „Matan al-
Arbain‟ ialah peka terhadap persekitaraan pelajar dan perkembangan emosi pelajar
ketika pengajaran dan pembelajaran berlaku124
. Oleh itu, guru perlulah mengenal pasti
terlebih dahulu jika terdapat masalah yang dihadapi oleh pelajar. Kemudian,
memberikan nasihat dan dorongan agar pelajar membetulkan kesalahan dan berubah
menjadi baik. Memberi dorangan bolehlah dengan memberikan kata-kata semangat
bagi menaikkan motivasi kedalam hati dan jiwa pelajar.
124 Zawawi Ahmad (1990), “Sumbangan Imam Nawawi Dalam Pendidikan”, (Kertas Kerja Seminar Pemikiran Islam Ketiga, B.H.E.
Islam Jabatan Perdana Menteri kerjasama Akademi Islam UM, Kuala Lumpur, 18-20 Disember1990), h. 143.
TARGHIB DALAM PENDIDIKAN
CONTOH TARGHIB
BENTUK UKHRAWI/ GHAIB
1. Pahala
2. Syurga
3. Pengampunan dosa dari Allah
4. Pahala yang berganda
CONTOH TARGHIB
DALAM BENTUK DUNIAWI
1. Pujian
2. Pemberian hadiah
3. Anugerah
4. Memberi dorongan/ nasihat
66
Selain itu, guru juga boleh mengunakan cara memberi hadiah sebagai salah satu cara
menaikan rasa minat pelajar. Contohnya,memberi hadiah sekiranya pelajar berjaya
dalam peperiksaan mereka. Pemberian hadiah bukan sahaja akan menggembirakan
pelajar malahan akan meningkatkan lagi daya usaha mereka untuk terus belajar dan
mencapai kejayaan. Ia turut memberikan semangat kepada pelajar yang tidak berjaya
untuk belajar bagi mendapatkan penganugerahan tersebut. Secara tidak langsung akan
wujudnya persaingan yang sihat antara pelajar. Hadiah ini juga adalah sebagai tanda
penghargaan terhadap usaha mereka. Namun, seorang pelajar yang pandai dan selalu
menunjukkan hasil pekerjaan yang baik tidak perlu selalu diberikan hadiah kerana
dikhuatiri hal tersebut berubah menjadi upah dan akhirnya ia tidak bertujuan untuk
mendidik lagi. Maka kebijaksanaan seorang guru menjadikan pemberian hadiah ini
perlulah sesuai dengan tujuan dan situasi.
Amalan membaca doa pada permulaan pengajaran juga merupakan metode targhib.
Doa yang dibaca dengan khusyuk dan penuh tawaddu‟ dapat melembutkan hati dan
menghindari gangguan syaitan. Apabila hati lembut, lebih mudah bagi seseorang untuk
menerima ilmu dan menerima kata nasihat dan tunjuk ajar oleh guru.
Mengambil kira perbezaan pelajar merupakan salah satu teknik dan cara mengajar
yang berkesan oleh Rasullullah s.a.w. Guru perlulah memerhatikan tahap pemikiran
anak murid dan berbicara mengikut tahap penerimaan mereka. Terdapat murid yang
boleh berubah sikap dengan metode targhib seperti berubah menghormati guru kerana
mahu mencapai keredhaan Allah dan keberkatan ilmu. Namun, terdapat murid yang
memerlukan metode tarhib sebagai agen pengubah seperti memberi ugutan kepada para
pelajar untuk memberitahu kepada ibubapa mereka jika mereka tidak mendengar kata
dan tidak melakukan apa yang diminta oleh guru. Selain itu, cara sindiran dan teguran
juga boleh digunakan untuk mencegah murid daripada sesuatu akhlak yang tidak baik.
67
Namun, sindiran dan teguran yang diberi perlulah dilakukan secara berhikmah dan
menggunakan cara yang bijaksana serta tidak kasar sama ada dari segi perlakuan
ataupun ucapan.
Bagi murid yang melakukan kesalahan berulang kali dan gagal mendengar kata
guru, perlulah dikenakan hukuman. Hukuman yang dikenakan adalah bertujuan untuk
mendidik dan mestilah tidak dikuasai oleh nafsu amarah dan dendam. Hukuman tidak
memberatkan dan cukup sekadar telah menyedarkan murid bahawa apa yang mereka
lakukan adalah salah. Hukuman yang dilarang, seperti memukul wajah, kekerasan yang
berlebihan, perkataan buruk, memukul ketika marah, menendang dengan kaki .
Manakala,hukuman yang yang disarankan seperti memberikan nasihat dan pengarahan,
mengerutkan muka, menyindir, mendiamkan, teguran, hukuman rotan dan pukulan
ringan.
Rajah 2.2: Bentuk tarhib dalam pendidikan
Sebagai seorang pendidik, jiwa keibubapaan mestilah wujud. Haruslah mempunyai
nilai kasih sayang yang tinggi. Menganggap murid seperti anak sendiri dan sebagai
rakan. Bersikap peramah dan mudah tersenyum bagi membuatkan murid berasa tidak
takut akan guru dan berasa lebih dekat perhubungan antara guru dan murid itu.
TARHIB DALAM PENDIDIKAN
CONTOH TARHIB
BENTUK UKHRAWI/ GHAIB
1. Neraka
2. Dosa
3. Cerita iktibar bala bencana
yang terdapat dalam al-Qur’an
dan Hadith
CONTOH TARHIB DALAM
BENTUK DUNIAWI
1. Sindiran
2. Teguran
3. Hukuman Rotan
4. PSP
5. Denda
68
Sekiranya ada nilai kasih sayang maka sudah pastinya proses pembelajaran akan
menjadi lebih berkesan dan pelajar akan mudah mendengar kata guru mereka.
Nilai kasih sayang merupakan perkara utama dalam pengaplikasian metode targhib
dan tarhib. Ia akan mewujudkan komunikasi dua hala yang baik antara guru dan murid.
Ini kerana kedua-dua metode ini amat berkaitrapat dengan respons orang yang
mendengar. Jika guru memotivasikan murid agar berakhlak mulia dengan ganjaran
pahala dengan muka yang masam dan antonasi suara yang agak tinggi, maka sudah
tentu murid tidak akan dapat menerima kata-kata guru tersebut dan objektif membentuk
akhlak yang mulia tidak akan tercapai.
2.6 Kesimpulan
Jiwa yang ada pada diri manusia sememangnya memiliki potensi positif dan negatif.
Namun pada hakikatnya, potensi positif mendominasi jiwa berbanding potensi negatif.
Cuma pengaruh persekitaran yang kuat menyebabkan jiwa cenderung kepada potensi
atau sikap negatif125
. Buktinya Allah s.w.t menyatakan ini dalam firmannya:
Maksudnya: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa
yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan yang
diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang
diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai
Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika
Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah
125 Dr. H. Rifat Syauqi Nawawi (2000), Metodologi Psikologi Islami. Yogyakarta: Pustaka Pelajar, h. 13.
69
Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat
sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang
Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah
Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya
memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta
ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami.
Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk
mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.
Surah al-Baqarah (2): 286
Muhammad Abduh mentafsirkan ayat tersebut sebagai manusia mudah tertarik
kepada hal yang baik, oleh kerana itu didahulukan sebutan pahala untuk amalan
kebajikan manusia berbanding seksaan untuk amalan jahat yang dilakukan126
. Oleh itu,
metode targhib perlulah didahulukan sebelum menggunakan metode tarhib dalam
pengajaran.
Kesimpulannya berdasarkan huraian yang diberikan, ternyata pendidikan menerusi
metode hukuman antara metode yang efektif bagi membangunkan akhlak remaja. Ia
mencetuskan rasa takut dan bimbang yang menyebabkan remaja meninggalkan akhlak
yang buruk. Tetapi sesuatu yang perlu diambil perhatian ialah metode hukuman wajar
digunakan sebagai alternatif terakhir setelah metode pendidikan yang lain tidak berjaya
membentuk akhlak.
Manusia perlulah mengamalkan segala ajaran yang termaktub dalam al-Qur‟an dan
Sunnah untuk kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Sebarang tindakan
menyelesaikan masalah berdasarkan akal fikiran manusia tanpa berlandaskan wahyu
Allah akan menyebabkan kesesatan dan kegagalan. Sejarah peradaban manusia
membuktikan kelemahan manusia dalam menyusun dan meletakkan satu mekanisma
terbaik dalam mengawal tingkah laku manusia dengan tepat dan berkesan. Sebagai
126 Muhammad „Abduh (1954), Tafsir al-Qur‟an al-Hakim al-Mushtahar bi Ism Tafsir al-Manar, j.3. Kaherah: T.P, h.146. Lihat
Fathiyah Mohd Fakhruddin, “Pembangunan Akhlak Remaja menurut Al- Qur‟an: Kajian tentang pendekatannya terhadap pelajar Tingkatan Empat di Sekolah- sekolah Menengah di Ampang Selangor Darul Ehsan”. (Disertasi Sarjana Usuluddin, Bahagian
Pengajian Bersama Akademi Pengajian Islam, UM, 2002) h. 144.
70
contoh, seorang tokoh teori kemoralan yang terkenal bernama Lawrenc Kohlberg
(1927-1987) dengan Teori Perkembangan Moral yang memperkenalkan teori dorongan
dan hukuman dalam aktiviti. Perkara yang tidak dapat diterima akal adalah tokoh ini
mati dengan cara membunuh diri. Dia menenggelamkan dirinya di dalam lautan
Atlantik akibat tekanan dan penderitaan penyakit yang merebak pada waktu itu.127
127 Mohd Khairul Nizam ( 2012), op. cit, h. 48.
71
BAB KETIGA
METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pendahuluan
Bab ini membincangkan secara terperinci tentang reka bentuk kajian yang digunakan,
lokasi kajian, responden kajian dan metodologi kajian. Metodologi yang dijalankan
merangkumi beberapa bentuk iaitu metode pengumpulan maklumat, metode kajian
lapangan dan metode analisis data. Ketiga-tiga metode tersebut signifikan dalam
melakukan analisa terhadap dua (2) skop kajian iaitu kitab-kitab rujukan dan Guru-guru
Pendidikan Islam. Seterusnya bab ini juga menghuraikan kebolehpercayaan dan kesahan
teknik yang digunakan, prosedur kajian, analisis data dan rumusan berkaitan bab ini.
Bab ini merupakan bahagian yang amat penting memandangkan ianya menjelaskan cara
hasil dapatan diperolehi bagi menjamin kualiti sesuatu kajian yang dijalankan.
3.1 Metode Pengumpulan Maklumat
Metode dokumentasi ialah metode pengumpulan yang didapati dengan melakukan
kajian terhadap dokumen-dokumen yang ada hubungan dengan masalah yang dikaji.
Manakala dokumen ialah sesuatu yang bertulis atau bercetak yang digunakan sebagai
rekod atau bukti128
.
Kajian yang dijalankan memerlukan pengumpulan maklumat khususnya dalam
menjelaskan kerangka teori dengan membuat rujukan kepada kitab-kitab, buku-buku
dan kajian ilmiah melalui kaedah kajian perpustakaan (literature review). Di samping
128 Noresah bt Baharom et al. (eds) (2002), Kamus Dewan, c.6. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 311.
72
itu, kaedah historis juga dijalankan bagi menjelaskan sesuatu perkara yang berkaitan
sejarah dan sebab penurunan ayat al-Quran yang berkaitan.
3.1.1 Dokumentasi Melalui Kajian Perpustakaan (Literature Review)
Pengumpulan maklumat yang dijalankan lebih menumpukan untuk mengeluarkan
contoh-contoh metode targhib dan tarhib yang terdapat dalam al-Qur‟an berdasarkan
matlamat pendidikan. Selain itu, huraian mengenai metode targhib dan tarhib dan juga
ganjaran dan hukuman mengikut pandangan tokoh pendidikan Islam dan Barat akan
dikaji untuk proses pengkajian.
3.2 Metode Kajian Lapangan
Kajian lapangan dijalankan memfokuskan kepada skop kajian terhadap guru-guru
Pendidikan Islam. Oleh itu, guru-guru Pendidikan Islam adalah merupakan responden
dalam kajian lapangan ini. Kajian ini menggunakan metod borang soal selidik bagi
mendapatkan data mengenai faktor demografik, kefahaman metode targhib dan tarhib
dan aplikasi metode targhib dan tarhib dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah
menengah. Penyelidikan ini juga menggunakan kaedah pengamatan atau pemerhatian
bagi memperolehi maklumat tambahan yang sukar diperolehi melalui pengedaran
borang soal selidik.
3.2.1 Pemilihan Responden
Guru-guru Pendidikan Islam (GPI) merupakan responden dalam kajian lapangan yang
melibatkan seramai 138 orang dari seluruh sekolah-sekolah menengah Kebangsaan di
Shah Alam. Responden seramai seratus tiga puluh lapan (138) orang ini adalah
merupakan sampel yang dipilih bagi mewakili populasi keseluruhan guru-guru
Pendidikan Islam di seluruh Shah Alam iaitu 167 orang. Jumlah 138 orang GPI
(sampel) adalah mewakili 82.6% daripada 167 orang GPI (populasi) di seluruh sekolah
73
menengah Kebangsaan di Shah Alam. Oleh itu, sampel 138 adalah bertepatan dengan
saiz sampel yang ditetapkan oleh Krejcie dan Morgan (1970)129
iaitu jika populasi bagi
suatu kajian ialah 160, maka bilangan responden yang diperlukan ialah 113. Ia akan
menghasilkan keesahan keputusan kajian yang akan menggambarkan keseluruhan tahap
kefahaman dan pengaplikasian metode targhib dan tarhib di kalangan GPI, Shah Alam.
3.2.1 (a). Latarbelakang Guru-guru Pendidikan Islam
Guru-guru Pendidikan Islam (GPI) ialah guru-guru yang mengajar matapelajaran
Pendidikan Islam. Pendidikan Islam merupakan pelajaran wajib yang perlu dipelajari
oleh semua pelajar Islam. Peruntukan masa bagi matapelajaran Pendidikan Islam di
peringkat menengah rendah ialah 240 minit yang boleh dibahagikan kepada enam waktu
dengan 40 minit bagi satu waktu. Tiga waktu diajar dalam waktu persekolahan biasa,
dua waktu diajar dalam masa tambahan dan satu waktu untuk amali solat. Di peringkat
menengah atas pula, peruntukan masa ialah 160 minit seminggu yang boleh dibahagikan
kepada tiga waktu pengajaran biasa dan satu untuk amali solat. Pelajaran jawi menjadi
sebahagian daripada pelajaran Pendidikan Islam. Di sekolah menengah, penggunaan
jawi dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam tulisan jawi.
Kebanyakan guru-guru Pendidikan Islam (GPI) di sekolah menengah adalah guru-
guru yang mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda bidang-
bidang tertentu dalam Pengajian Islam seperti berikut:
i) Usuluddin
ii) Syariah Islamiah
iii) Pendidikan Islam
iv) Bahasa Arab
v) Pengajian Islam
129 Chua Yan Piaw (2006), Kaedah Penyelidikan. Mc Graw Hill Education: Kuala Lumpur, h.186. Lihat juga Ahmad Sunawari
Long (2009), Pengenalan metodologi Penyelidikan Pengajian Islam. Fakulti Pengajian Islam UKM: Bangi, h.81.
74
vi) Lain-lain ( yang lebih mengkhususkan sesuatu bidang tetapi mempunyai
kaitan dengan pengajian Islam seperti kewangan Islam, al-Qur‟an dan al-
Sunnah, dakwah dan kepimpinan dan sebagainya)
Selain Pendidikan Islam, terdapat matapelajaran lain yang perlu diajar oleh guru
Pendidikan Islam seperti matapelajaran pengkhususan bidang agama seperti:
i) Pengajian Syariah Islamiah
ii) Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah
iii) Bahasa Arab Komunikasi dan Bahasa Arab Tinggi
iv) Tasawwur Islam
Walaubagaimanapun, kajian ini hanya mengambil kira guru-guru yang mengajar
matapelajaran Pendidikan Islam sahaja kerana tidak semua sekolah menengah yang
menawarkan kesemua matapelajaran tersebut berbanding matapelajaran Pendidikan
Islam yang dipelajari oleh semua pelajar Islam di sekolah menengah.
3.2.1 (b). Latarbelakang Sekolah-sekolah Menengah Kebangsaan di Shah Alam
Shah Alam merupakan bandaraya yang terletak di antara Klang dan Petaling Jaya, kira-
kira 25 km di barat bandar raya Kuala Lumpur. Berdasarkan data yang diperolehi,
terdapat 20 Sekolah Menengah Kebangsaan di daerah Shah Alam iaitu:
1. SMK Alam Megah, Seksyen 27 Shah Alam
2. SMK Alam Megah (2), Seksyen 28 Shah Alam
3. SMK Seksyen 9, Shah Alam.
4. SMK TTDI Jaya, Seksyen U2 Shah Alam.
5. SMK Setia Alam, Seksyen U13 Shah Alam.
6. SMK Seksyen 19, Shah Alam.
7. SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 2 Shah Alam.
75
8. SMK Seksyen 24(2), Shah Alam.
9. SMK Taman Sri Muda, Seksyen 25 Shah Alam.
10. SMK Subang Bestari, Seksyen U5 Shah Alam.
11. SMK Seksyen 27, Shah Alam.
12. SMK Seksyen 18, Shah Alam.
13. SMK Seksyen 7, Shah Alam.
14. SMK Bukit Jelutong, Seksyen U8 Shah Alam.
15. SMK Seksyen 16, Shah Alam.
16. SMK Seksyen Sebelas, Shah Alam.
17. SMK Seksyen 24(1), Shah Alam.
18. SMK Subang, Kampung Melayu Subang, Shah Alam.
19. SMK Jalan Kebun, Seksyen 32 Shah Alam.
20. SMK Kota Kemuning, Seksyen 31 Shah Alam.
Semua Sekolah Menengah Kebangsaan yang terdapat di Shah Alam adalah di
bawah pengurusan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Petaling Perdana kecuali SMK Jalan
Kebun dan SMK Kota Kemuning adalah di bawah pengurusan Pejabat Pelajaran Daerah
(PPD) Klang.
3.2.2 Soal selidik yang dijalankan
Data dikumpulkan melalui soal selidik, temubual dan pemerhatian. Kaedah soal selidik
diperlukan kerana data yang diperoleh daripada responden adalah sistematik dan terarah
untuk dianalisis bagi menjawab persoalan kajian berkaitan pelaksanaan metode targhib
dan tarhib di kalangan GPI di Shah Alam.
Soalan-soalan yang dirangka dalam soal selidik dibahagikan kepada empat
bahagian. Pertama, faktor demografik berkaitan kefahaman metode targhib dan tarhib
dan tiga bahagian lagi merangkumi item-item soalan berkaitan dengan aplikasi metode
76
targhib dan tarhib dalam pengajaran dan pembelajaran serta kesan pengaplikasian
metode targhib dan tarhib terhadap pengajaran dan pembelajaran.
3.2.2 (a). Faktor Demografik
Dalam kajian ini, faktor demografik merangkumi jantina, umur, status perkahwinan,
tahun pengalaman bekerja, jawatan yang dipegang sekarang, tingkatan pelajar yang
pernah diajar, tahap tertinggi kelulusan pendidikan, pengkhususan pendidikan ijazah
pertama dan tempat kelulusan pendidikan,
Selain itu, responden juga dikemukakan persoalan tentang tahap penguasaan
bahasa Arab yang merangkumi penguasaan pembacaan, penulisan, pendengaran dan
percakapan.
Disamping itu, beberapa soalan umum yang berkaitan kajian diajukan seperti berikut:
i) Adakah responden mengetahui maksud targhib dan tarhib.
ii) Bagaimanakah responden mengetahui metode targhib dan tarhib.
iii) Adakah responden pernah memberitahu kepada murid tentang balasan
syurga dan neraka.
iv) Berapa kalikah amaran yang diberikan oleh responden kepada murid yang
melakukan kesalahan sebelum diambil tindakan.
Soalan umum tersebut bertujuan untuk mengetahui kefahaman responden terhadap
metode targhib dan tarhib dan amalan responden berkaitan metode targhib dan tarhib
secara umum. Ia juga untuk membuktikan bahawa terdapat hubungkait diantara GPI
yang tidak mengetahui maksud targhib dan tarhib dengan amalan GPI dalam
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.
Seterusnya, penyelidikan ini akan mengkaji pengaplikasian metode targhib dan
tarhib dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam berdasarkan amalan guru
77
dan juga keutamaan GPI menggunakan metode targhib dan tarhib ketika berhadapan
dengan sesuatu tujuan atau permasalahan.
3.2.2 (b). Amalan guru terhadap aplikasi targhib dan tarhib dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Islam
Amalan guru merupakan suatu kebiasaan130
yang dilakukan oleh guru ketika
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Bagi menentukan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa perkara yang perlu dilaksanakan seperti
penyampaian isi secara sistematik dan lancar, penggunaan alat bantu mengajar serta
penilaian proses pengajaran dan pembelajaran. Secara amnya, penyampaian isi
pengajaran merangkumi tiga peringkat iaitu peringkat permulaan pengajaran, peringkat
perkembangan dan peringkat penutup. Bahan bantu mengajar pula berfungsi untuk
membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Manakala penilaian proses pengajaran
dan pembelajaran pula adalah untuk menilai kekuatan dan kelemahan pengajaran
guru131
.
Berdasarkan kriteria tersebut, penyelidik telah membahagikan aplikasi atau
pelaksanaan targhib dan tarhib dalam pengajaran dan pembelajaran kepada 5 bahagian
untuk mengkaji amalan guru, iaitu:
1. Permulaan Pengajaran
2. Perkembangan Pengajaran
3. Penutup Pengajaran
4. Bahan Bantu Mengajar
5. Pengalaman
130 Noresah bt Baharom et al. (eds) (2002), Kamus Dewan, c.6. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 33. 131 Ahmad Mohd Salleh (2003), Pendidikan Islam Falsafah, Sejarah dan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran. Shah Alam:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, h.206-210.
78
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti amalan guru terhadap aplikasi targhib
dan tarhib dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam berdasarkan skala
kekerapan mengikut persepsi GPI.
Selain itu, objektif kajian ini juga untuk mencari hubungan diantara amalan GPI
mengaplikasi metode targhib dan tarhib dengan kesan pengaplikasiannya dari segi
pengalaman. Objektif ini penting bagi menilai keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan pengalaman yang berlaku terhadap GPI.
3.2.2 (c). Kesan pengaplikasian metode targhib dan tarhib pada Pengajaran dan
Pembelajaran Pendidikan Islam
Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah bergantung kepada konsep
dan pendekatan yang digunakan untuk mencorak suasana pembelajaran di dalam bilik
darjah. Dalam memilih konsep dan pendekatan P&P, guru perlu sentiasa memikirkan
cara untuk menjamin wujudnya penglibatan dan interaksi kelas yang aktif. Penggunaan
metode dan teknik yang bersesuaian boleh memberi kesan yang besar terhadap kejayaan
dalam pembelajaran. Oleh itu, kajian ini akan mengkaji kesan pengaplikasian metode
targhib dan tarhib terhadap P&P Pendidikan Islam berdasarkan tiga perkara utama
iaitu:
a. Pembinaan iman
b. Pembentukan sakhsiah diri
c. Pembinaan pembelajaran kondusif
Ketiga-tiga perkara utama yang disebutkan merupakan unsur penting dalam
ajaran Islam yang merangkumi aspek keimanan, ilmu dan akhlak. Ia juga bertepatan
79
dengan pendapat al-Nahwi bahawa asas falsafah pendidikan dalam Islam terdiri
daripada tiga iaitu132
:
a. Keimanan kepada Allah swt, meninggikan kalimah-Nya dan menyeru
kepada jalan-Nya.
b. Manhaj rabbani, iaitu penghayatan kepada al-Qur‟an dan al-Sunnah.
c. Kesedaran dan penerokaan terhadap realiti alam dan manusia yang
berteraskan kepada dua asas di atas.
Kesan pembinaan iman dikalangan murid dinilai berdasarkan persepsi GPI
terhadap tingkah laku murid seperti beribadah dengan tenang, istiqamah beribadah,
sentiasa melakukan ibadah sunat dan khusyuk beribadah. Manakala kesan pembinaan
sakhsiah diri pula, pengkaji menganalisanya berdasarkan dua aspek iaitu sifat murid dan
persepsi GPI terhadap pernyataan Metode targhib dan tarhib sebagai penggerak
perubahan sifat negatif kepada sifat positif.
Selain itu, pembinaan pembelajaran kondusif pula dikaji berdasarkan dua aspek
iaitu sifat murid dan persepsi GPI terhadap pernyataan kesan targhib dan tarhib dari
sudut negatif dan positif. Pembelajaran kondusif merupakan salah satu bukti
keberkesanan sesuatu P&P. Oleh itu, pengkaji akan menyelidik persepsi GPI terhadap
tingkah laku murid dari segi penglibatan aktif dalam pembelajaran, meningkatkan
motivasi murid, kawalan disiplin dan merangsang Kemahiran Berfikir Kreatif Kritis
(KBKK).
Persepsi guru dalam menilai kesan terhadap P&P adalah tepat kerana antara
peranan guru ialah sebagai penilai proses P&P serta melaksanakan pengukuran dan
penilaian terhadap kemajuan murid. Kelemahan yang didapati hasil daripada penilaian
132 Al-Nahwi, Adnan „Ali Rida (2000), Al-tarbiyyah fi al-Islam: al-Nazariyyah wa al-Manhaj. Riyad: Dar al-Nahwi, h.127-128.
80
tersebut perlu diperbaiki oleh guru dalam pengajaran yang berikutnya dan begitulah
seterusnya sehingga guru tersebut dapat mencapai tahap guru yang paling berkesan133
.
3.2.2 (d). Soalan Terbuka ( Open-Ended Questions)
Pada akhir bahagian item soal selidik, pengkaji telah menyediakan tiga soalan
terbuka menggunakan item bebas. Item bebas merupakan item yang meminta
responden untuk menyatakan pendapat mereka sendiri tanpa diberi sebarang pilihan
atau kategori134
. Objektif tiga soalan bercapah yang disediakan adalah untuk:
a. Mengenalpasti masalah atau halangan yang dihadapi oleh GPI dalam
mencapai matlamat Pendidikan Islam iaitu melahirkan pelajar yang
cemerlang dunia dan akhirat.
b. Mencadangkan aktiviti atau program untuk melahirkan pelajar yang
cemerlang dari segi rohani, akhlak dan akademik.
c. Mengenalpasti tindakan pertama GPI apabila terdapat murid Islam yang
melakukan kesalahan curi makan ketika bulan Ramadhan.
Soalan terbuka atau bercapah merupakan amat sesuai untuk mendapat
pandangan , cadangan dan sikap responden terhadap sesuatu kajian tanpa dipengaruhi
oleh sebarang pilihan yang diberi135
. Ini akan membantu penyelidik mendapatkan
insight terhadap tingkahlaku sampel yang dikaji.
133 Kamarul Azmi Jasmi et al (2007), op. cit,h. 80
134 Chua Yan Piaw (2006), Kaedah Penyelidikan. Mc Graw Hill Education: Kuala Lumpur, h.270. 135 Mok Soon Sang (2010), Penyeledikan dalam Pendidikan Perancangan dan Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan. Perak:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd., h. 213.
81
3.2.3 Pemerhatian
Pemerhatian merupakan satu kaedah pengumpulan data yang berbentuk „non-
verbal‟ bagi meneliti situasi atau kejadian sebenar disamping memikirkan secara kritikal
terhadap tingkah laku informan. Dalam Islam, pemerhatian sering digalakkan oleh al-
Qur‟an supaya dapat dijadikan pengajaran kepada manusia dan menjadi sumber kepada
pengesahan maklumat. Dalam epistemologi, pancaindera memberikan ¾ maklumat
kepada manusia. Kaedah pemerhatian mempunyai tiga kelebihan iaitu136
:
1. Penyelidik dapat memerhati secara langsung tingkah laku subjek kajian.
2. Dapat mengelak daripada kesilapan tanggapan memberi tafsiran dan
membuat kesimpulan.
3. Meneroka isu secara mendalam dan berkemungkinan memperolehi
maklumat di luar jangkaan.
Teknik pemerhatian digunakan untuk memerhati pelbagai fenomena seperti
tingkah laku fizikal, tingkah laku verbal, gambaran zahir manusia seperti mimik muka
dan nada suara, keadaan hubungan dan objek fizikal seperti gantungan kata-kata hikmah
di dinding sekolah. Bagi kajian ini, pengkaji telah menjalankan dua klasifikasi
pemerhatian iaitu:
1. Pemerhatian tanpa penyertaan dan tanpa kawalan
Kaedah ini digunakan bagi mendapatkan maklumat ringkas tentang
penghayatan agama dikalangan murid, hubungan GPI dan murid Islam dan
adab terhadap tetamu. Kaedah ini membolehkan pemerhati menggarap
suasana persekitaran secara live dan tanpa unsur-unsur pura-pura. Pengkaji
menjalankan pemerhatian kepada 10 buah SMK yang mewakili populasi 20
136
Ahmad Sunawari Long (2009), Pengenalan metodologi Penyelidikan Pengajian Islam. Fakulti Pengajian Islam UKM: Bangi,
h.54-55.
82
buah SMK di daerah Shah Alam. Pengkaji telah mengunakan satu senarai
semak bagi memudahkan pemerhatian tanpa penyertaan dan tanpa kawalan
ini.
2. Pemerhatian terkawal
Pemerhatian terkawal adalah pemerhatian secara tidak turut serta dalam
pengajaran dan pembelajaran guru Pendidikan Islam di dalam kelas. Ini
bermakna pengkaji tidak terlibat dalam suasana (setting) kajian tetapi hanya
sekadar memerhati apa yang dilihat dan merekodkan pemerhatiannnya137
.
Pengkaji telah menjalankan pemerhatian terhadap dua orang GPI dari
belakang bilik darjah. Responden yang dipilih berdasarkan beberapa kriteria
iaitu mempunyai pengalaman mengajar Pendidikan Islam melebihi 5 tahun,
mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan di Shah Alam serta mewakili
GPI lelaki dan perempuan. Bagi memudahkan proses pemerhatian, pengkaji
menggunakan satu senarai semak untuk merekod metode targhib dan tarhib
yang digunakan oleh GPI semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah.
Kaedah pemerhatian ini amat penting bagi memperolehi data yang bersifat meluas dan
abstrak atau sukar diperoleh ketulenannya melalui kaedah soal selidik dan temubual138
.
Selain itu, pemerhatian juga adalah penting bagi mengukuhkan maklumat yang
diperolehi dari kaedah soal selidik.
137 Sabitha Marican. (2005). Kaedah Penyelidikan sains sosial. Petaling Jaya : Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn. Bhd, h. 137.
138 Mohd Hairudin Amin et al. (2011), Sekolah Agama Penjana Generasi Berakhlak. Skudai; UTM, h.145.
83
3.2.4 Temubual
Temubual adalah kaedah secara langsung mendapatkan maklumat berbentuk
pandangan daripada responden. Pengkaji telah menggunakan kaedah temubual tidak
berstruktur melibatkan pelbagai kelompok informen yang terdiri guru pendidikan Islam,
murid, pentadbir sekolah dan pegawai pendidikan pelajaran di Jabatan Pelajaran Negeri
Selangor dan Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana. Kelebihan temubual tidak
berstruktur ialah penemuramah dan responden berkeadaan natural dan selesa serta dapat
menerokai banyak maklumat kerana perbualan tidak tertumpu untuk menjawab soalan
kajian semata-mata139
.
Data yang diperolehi daripada temu bual sangat penting untuk mengkaji
pengalaman pihak yang terlibat dengan pelaksanaan Pendidikan Islam bagi
mengenalpasti sikap, persepsi, kecenderungan GPI melaksanakan metode P&P
Pendidikan Islam dan masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan P&P Pendidikan
Islam. Pengkaji telah merekodkan segala maklumat temubual melalui catatan nota.
Kaedah temubual digunakan bagi menguatkan maklumat penyelidikan yang diperolehi
melalui pengedaran soalselidik.
3.3 Metode Analisis Data
Maklumat dan data-data yang diperolehi daripada metode pengumpulan
maklumat dan metod kajian lapangan akan dianalisa dengan menggunakan metod
komparatif dan metod induktif. Melalui metode pengumpulan maklumat, penyelidik
telah meneliti secara mendalam berkaitan Metode targhib dan tarhib menurut Al-
139 Ahmad Sunawari Long (2009), Pengenalan metodologi Penyelidikan Pengajian Islam. Fakulti Pengajian Islam UKM: Bangi,
h.66.
84
Qur‟an, pelaksanaan metode targhib dan tarhib menurut tokoh pendidikan Islam serta
konsep ganjaran dan hukuman menurut tokoh pendidikan Barat.
Data-data daripada kajian lapangan pula dianalisa mencakupi kefahaman,
pengaplikasian dan kesan metode targhib dan tarhib menurut persepsi responden.
Semua data kuantitatif dianalisa secara deskriptif dan seterusnya kesimpulan umum
dibuat dengan sokongan data kaedah temubual dan pemerhatian yang telah dijalankan.
3.3.1 Metode Komparatif
Metode Komparatif ialah cara membuat kesimpulan dengan menjalankan perbandingan
antara beberapa data yang diperolehi, di mana kesemua data dan pendapat ahli yang
berauthoriti dikumpulkan dan dilakukan perbandingan seterusnya kesimpulan dibuat
beserta generalisasi dan dalil.
Justeru, metode komparatif diaplikasikan dengan kaedah perbandingan skop
kajian iaitu perbandingan antara pelaksanaan metode targhib dan tarhib menurut tokoh
Islam dan konsep ganjaran dan hukuman menurut tokoh Barat. Perbandingan kedua-dua
metode ini adalah untuk mencari penjelasan terhadap pelaksanaan dan kesan metode
targhib dan tarhib dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.
3.3.2 Metode Induktif
Metode Induktif adalah satu kaedah analisa data yang dilakukan untuk mengeluarkan
kesimpulan secara umum melalui pemerhatian yang dilakukan secara khusus.
Pendekatan induktif adalah proses pemahaman masalah kajian atau mencari
penyelesaiannya berlaku secara generatif atau berterusan di mana maklumat dikumpul
85
dan terus dikumpul sehingga terjelas masalah tersebut atau dirumuskan
penyelesaiannya140
.
Metode ini digunakan bagi menghuraikan metode targhib dan tarhib dengan
mengambil beberapa contoh ayat al-Qur‟an berkaitan targhib dan tarhib.
Selain itu, metode ini juga digunakan dalam merumuskan dapatan yang
diperolehi dari soalselidik dan pemerhatian yang dijalankan secara khusus untuk
mengukur kefahaman dan amalan pengaplikasian metode targhib dan tarhib dikalangan
responden iaitu Guru-guru Pendidikan Islam (GPI) khususnya di Sekolah Menengah
Kebangsaan daerah Shah Alam.
3.4 Metode Pengukuran, Skala Pengukuran dan Aplikasi Perisian SPSS
Metode pengukuran hasil dapatan yang diperolehi daripada kajian lapangan dianalisa
dengan menggunakan aplikasi statistic melalui perisian Statical Package for Social
Science (SPSS). Untuk melakukan analisa tersebut, soalan yang dikemukakan dalam
soal selidik kajian lapangan adalah berdasarkan kepada kerangka teori dengan aplikasi
teknik skala dimana ianya boleh diukur. Maka jawapan yang akan dikemukakan oleh
responden tertakluk kepada jenis kadar skala yang ditentukan.
Di samping itu, pembolehubah-pembolehubah perlu ditentukan sama ada pembolehubah
bergantung atau pembolehubah yang tidak bergantung untuk mengenalpasti hubungan
signifikan di antara dua pembolehubah.
3.4.1 Pembolehubah dan Pemilihan Jenis Pembolehubah
Model penyelidikan kuantitatif memfokuskan pembolehubah-pembolehubah dalam
populasi. Pembolehubah lazimnya diklasifikasi kepada pembolehubah independen dan
pembolehubah dependen.
140 Idris Awang (2009), Penyelidikan Ilmiah Amalan dalam Pengajian Islam. Shah Alam; Kamil dan Shakir Sdn. Bhd., h.101.
86
i) Pembolehubah (variables) Independen.
Pembolehubah independen merujuk pembolehubah input yang membawa atau
menyebabkan, sebahagian atau jumlahnya, sesuatu hasilan (outcome) atau akibat. Ia
merupakan sebagai rangsangan yang digunakan untuk mempengaruhi respons atau
faktor yang dimodifikasikan di bawah keadaan eksperimental untuk mempengaruhi
hasilan atau akibatnya.
ii) Pembolehubah (variables) Dependen.
Pembolehubah dependen pula merupakan sebagai sesuatu kesan atau akibat
daripada, atau respons kepada sesuatu pembolehubah independen.
Di dalam penyelidikan , interaksi di antara pembolehubah independen dan dependen
menjadi fokus kajian yang utama. Oleh itu, „Metode targhib dan tarhib‟ merupakan
pembolehubah independen untuk mengkaji pelaksanaannya di kalangan GPI dalam
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam yang merupakan pembolehubah
dependen atau dikenali sebagai pembolehubah respons141
.
3.4.2 Skala Pengukuran
Skala pengukuran dalam konteks Sains Sosial ialah proses mengukur perbezaan
persepsi, jawapan atau sikap antara satu individu dengan individu lain (responden)
terhadap sesuatu isu142
. Terdapat beberapa jenis skala pengukuran piawai yang telah
diterima pakai dalam penyelelidikan seperti skala Likert, skala Thurstone, dan skala
Perbezaan Semantik. Walaubagaimanapun, teknik pengukuran yang digunakan dalam
kajian ini untuk mengukur elemen-elemen dalam pembolehubah ialah dengan
menggunakan skala Likert.
141 Mok Soon Sang (2010), Penyelidikan dalam Pendidikan Perancangan dan Pelaksanaan
Penyelidikan Tindakan. Perak: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd., h. 403-404. 142 Ahmad Sunawari Long (2009), Pengenalan metodologi Penyelidikan Pengajian Islam. Fakulti Pengajian Islam UKM: Bangi ,
h. 62
87
Skala likert ialah teknik skala pengukuran yang digunakan untuk mengenalpasti dan
mengukur kadar persetujuan terhadap pernyataan-pernyataan pembolehubah yang
dikemukakan. Skala yang diasaskan oleh Rensis Likert pada tahun 1932 ini banyak
digunakan dalam penyelidikan untuk menggambarkan sikap responden terhadap sesuatu
objek. Setiap persoalan yang dikemukakan dalam soal selidik perlu dipilih oleh setiap
responden satu jawapan berdasarkan skala likert yang disediakan.
Pada asasnya, skala Likert menggunakan 5 skala143
dan ia bertepatan dengan 5 skala
yang digunakan dalam kajian ini iaitu:
a. Menggunakan skala „kekerapan‟ bagi menganalisa amalan pengaplikasian Metode
targhib dan tarhib dalam P&P Pendidikan Islam
1. Tidak Pernah (TP)
2. Tidak Kerap (TK)
3. Agak Kerap (AK)
4. Kerap (K)
5. Sangat Kerap (SK)
b. Menggunakan skala „setuju‟ bagi menyatakan pandangan responden tentang kesan
pengaplikasian metode targhib dan tarhib dalam P&P Pendidikan Islam.
1. Sangat Tidak Setuju (STS)
2. Tidak Setuju (TS)
3. Kurang Setuju (KS)
4. Setuju (S)
5. Sangat Setuju (SS)
143 Chua Yan Piaw (2006), Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill, h.232. Lihat juga Ahmad Sunawari Long (2009),
ibid, h.62.
88
3.4.3 Analisa Secara Statiskal melalui aplikasi perisian SPSS
Berdasarkan data-data hasil dapatan yang diperolehi daripada soal selidik kajian
lapangan, kesemuanya dianalisa secara statiskal dengan menggunakan aplikasi perisian
Statiskal Package for Social Science (SPSS). Data-data tersebut dianalisa secara
deskriptif berdasarkan kekerapan (Frekuensi) dan peratusan.
Penganalisaan yang dilakukan adalah seperti berikut:
i) Analisa Pembolehubah Secara Deskriptif Kekerapan (Frekuensi)
Berdasarkan data-data pembolehubah-pembolehubah yang diperolehi,
kesemuanya akan dianalisa secara deskriptif kekerapan (frekuensi) yang
merangkumi perkara-perkara seperti berikut:
Faktor demografi di kalangan guru-guru Pendidikan Islam
Penguasaan Bahasa Arab di kalangan guru-guru Pendidikan Islam
Kaedah mengetahui targhib dan tarhib di kalangan guru-guru
Pendidikan Islam
ii) Menganalisa dan mengenalpasti Hubungan Di antara Pembolehubah-
pembolehubah.
Berdasarkan data-data pembolehubah, kajian akan mengenalpasti hubungan
di antara pembolehubah-pembolehubah yang merangkumi perkara-perkara
berikut:
1. Mengenalpasti hubungan di antara metode targhib dan tarhib dengan
keberkesanannya dari segi pengalaman GPI
a. Galakan Tilawah al-Qur‟an dengan gandaan pahala dan kesannya
terdapat murid yang berjumpa GPI untuk mempelajari tilawah al-
Qur‟an.
89
b. Penceritaan azab api neraka dan kesannya terdapat murid yang
menangis kerana takut akan neraka.
c. Motivasi pelajar dengan membina hubungan akrab guru dan
murid dan kesannya terdapat murid yang mahu berkongsi
masalah dengan guru.
d. Amaran berjumpa dengan ibubapa jika murid melanggar
peraturan sekolah dan keberkesanannya dalam menyelesaikan
masalah.
3.5 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Kajian
Kesahan (validity) dan kebolehpercayaan (realibility) adalah aspek terpenting
dalam sesebuah kajian kerana ia akan mengesahkan sejauh mana hasil dapatan kajian
mempunyai kredibiliti yang boleh dipercayai. Kesahan (validity) merujuk kepada
keupayaan suatu pengukuran yang dilakukan untuk mengukur nilai sebenar konsep
dalam hipotesis. Kesahan dikatakan tinggi jika instrumen yang dibina benar-benar
mengukur konsep yang dinayatakan dalam hipotesis144
. Sementara kebolehpercayan
(realibility) pula merujuk kepada ciri-ciri ketekalan atau ketepatan dalam alat
pengukuran. Ia juga merupakan keadaan di mana skor atau ukuran bebas daripada
kesalahan pengukuran145
.
Kesahan dalam penyelidikan kuantitatif bererti definisi konsep-konsep di dalam
peringkat konseptual mestilah selaras dengan definisi konsep-konsep tersebut dalam
peringkat operasional. Bagi mendapat kesahan, pengkaji telah menemui seorang pakar
144 Chua Yan Piaw (2006), op. cit, h.212.
145 Ahmad Sunawari Long (2009), Pengenalan Metodologi Penyelidikan Pengajian Islam. Bangi: Jabatan Usuluddin dan Falsafah,
Fakulti Pengajian Islam UKM, h.84.
90
dalam Pendidikan Islam untuk memastikan variabel-variabel dalam kajian didefinisikan
dengan jelas dan tepat.
Selepas memperolehi pengesahan dari pakar, pengkaji menjalankan kajian rintis
(pilot study) untuk melihat kebolehlaksanaan atau kemunasabahan sesuatu kajian yang
bakal dilakukan.
3.5.1 Kajian Rintis
Kajian rintis merupakan bahagian penting bagi sebuah kajian yang baik. Tujuan
kajin rintis ialah untuk mempastikan bahawa kaedah yang direka itu mempunyai nilai
kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi yang mampu mengumpul data setepat dan
secekup yang diperlukan146
.
Penyelidik telah menjalankan kajian rintis menggunakan soalselidik kepada 20
orang subjek kajian rintis. Ciri utama subjek kajian rintis ini ialah guru Pendidikan
Islam yang mengajar di luar kawasan daerah Shah Alam. Penyelidik telah
menggunakan beberapa langkah untuk meningkatkan kesahan instrumen kajian seperti
menyoal subjek kajian rintis untuk memberi maklum balas tentang sebarang kekeliruan
yang timbul dalam item-item yang dijawabnya dan mencatat masa yang diperlukan
untuk menjawab soalselidik. Subjek kajian rintis memerlukan 20 minit bagi menjawab
soalselidik yang disediakan, ini bertepatan dengan pendapat Chua Yan Piaw bahawa
responden hanya dapat menumpukan perhatian pada soal selidik selama 10-20 minit
sahaja.
146 Idris Awang (2009), Penyelidikan Ilmiah Amalan dalam Pengajian Islam. Shah Alam; Kamil dan Shakir Sdn. Bhd., h. 91.
91
Semua respons yang diberikan oleh subjek kajian rintis diproses menggunakan