BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Pembelajaran merupakan kaedah memperoleh ilmu pengetahuan atau kemahiran melalui pengalaman, amalan yang dipelajari atau yang diajarkan. Pembelajaran secara tradisional seperti yang diamalkan oleh kebanyakan pelajar adalah pembelajaran yang pasif. Mereka menghabiskan kebanyakan masa persekolahannya dalam suasana pembelajaran yang pasif dengan menghafal semua maklumat yang disampaikan oleh guru secara syarahan tanpa ada penglibatan pelajar dalam pembelajaran. Pelajar hanya mendengar syarahan dan mengingati fakta yang diberikan oleh guru. Kaedah ini lebih pada pembelajaran berpusatkan guru (Elizabeth et al., 2002). Pembelajaran yang pasif ini perlu berubah kepada kaedah pembelajaran dan pengajaran yang aktif untuk membolehkan pelajar memberi tumpuan dalam pembelajaran. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang aktif dapat merangsang pelajar dengan mengaktifkan pengetahuan yang sedia ada dan dihubungkaitkan dengan pengetahuan baru. Pengetahuan yang baru diperolehi ini pula terus boleh diguna pakai pada masa hadapan (Khoo, 2003).
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Pembelajaran merupakan kaedah memperoleh ilmu pengetahuan atau kemahiran melalui
pengalaman, amalan yang dipelajari atau yang diajarkan. Pembelajaran secara tradisional
seperti yang diamalkan oleh kebanyakan pelajar adalah pembelajaran yang pasif. Mereka
menghabiskan kebanyakan masa persekolahannya dalam suasana pembelajaran yang pasif
dengan menghafal semua maklumat yang disampaikan oleh guru secara syarahan tanpa ada
penglibatan pelajar dalam pembelajaran. Pelajar hanya mendengar syarahan dan mengingati
fakta yang diberikan oleh guru. Kaedah ini lebih pada pembelajaran berpusatkan guru
(Elizabeth et al., 2002).
Pembelajaran yang pasif ini perlu berubah kepada kaedah pembelajaran dan
pengajaran yang aktif untuk membolehkan pelajar memberi tumpuan dalam pembelajaran.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang aktif dapat merangsang pelajar dengan
mengaktifkan pengetahuan yang sedia ada dan dihubungkaitkan dengan pengetahuan baru.
Pengetahuan yang baru diperolehi ini pula terus boleh diguna pakai pada masa hadapan
(Khoo, 2003).
Salah satu kaedah pembelajaran yang boleh menyediakan pelajar supaya berkebolehan
dalam menyelesaikan masalah secara kritis, berpengetahuan, aktif dan sedia menghadapi
cabaran dunia hari ini adalah kaedah pembelajaran berdasarkan masalah yang menggunakan
masalah kehidupan sebenar sebagai titik permulaan terhadap pembelajaran (William, 2001;
Dunlap, 2005). Terdapat banyak hasil kajian yang dijalankan di negara barat menunjukkan
kaedah pembelajaran berdasarkan masalah merupakan suatu kaedah alternatif dalam
menyediakan pelajar yang boleh menyelesaikan masalah secara kritis, mengutamakan
pembelajaran secara kendiri dan aktif dalam menghadapi cabaran dunia hari ini. Hasil kajian
juga mendapati pembelajaran berdasarkan masalah dapat menambahkan pengetahuan,
perubahan sikap dan amalan pelajar (William, 2001).
1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN
Senario pembelajaran masa kini menunjukkan pelajar tidak dapat melihat dengan jelas akan
kepentingan pengetahuan yang mereka pelajari di dalam bilik darjah yang boleh membawa
kejayaan kepada mereka dalam kehidupan dunia sebenar nanti. Sesungguhnya, pembelajaran
yang berlaku di dalam bilik darjah bukannya hanya terhad kepada isi kandungan yang diajar
dalam sehari atau silibus yang perlu dihabiskan dalam semester. Pembelajaran akan berlaku
secara semulajadi kerana pengetahuan yang didapati itu datang bersama dengan lain-lain
kemahiran seperti kemahiran generik.
Pembelajaran secara tradisional membuatkan pelajar merasa bosan dan tidak berminat
untuk belajar kerana mereka pergi ke kelas dan balik ke rumah dengan membawa banyak
maklumat dan fakta untuk dihafal dan diingati dan ini merupakan suatu aktiviti yang kurang
menyediakan kehidupan dunia sebenar di luar bilik darjah. Pembelajaran secara tradisional ini
selalunya menyebabkan pembelajaran berlaku secara cetek atau tidak mendalam dan pelajar
mendapati isi kandungan pembelajaran sangat abstrak, membosankan dan amat susah untuk
mengaitkan masalah dengan dunia yang nyata (Christopher, 2006). Sikap negatif pelajar
terhadap proses pembelajaran yang pasif ini dapat dilihat melalui jumlah kehadiran yang
menurun dan pencapaian akademik yang lemah (Ahlfedt, 2004; Zhonglei, 2004).
Banyak kajian telah menunjukkan pentingnya peranan pembelajaran berdasarkan
masalah dalam memberi motivasi kepada pelajar untuk belajar dan kebolehan pelajar
menghadapi kehidupan dunia sebenar di luar sana. Melalui pembelajaran berdasarkan
masalah, pelajar belajar secara kendiri dan pelajar juga digalakkan mencari jalan untuk
menyelesaikan masalah yang diberi (Mardziah, 1988).
Menurut Barbara (2003), hasil kajian yang dijalankannya menunjukkan kesan
daripada pembelajaran berdasarkan masalah ini, pelajar lebih bermotivasi untuk belajar,
kehadiran pelajar ke kelas meningkat kerana mereka seronok untuk belajar, meningkatkan
kerjasama dalam kalangan ahli kumpulan, dapat meningkatkan pengekalan maklumat dalam
jangka masa yang lama, mengembangkan maklumat yang didapati dan hal ini akan
mendorong pada pembelajaran sepanjang hayat (Schimdt et al., 2006).
1.3 PENYATAAN MASALAH
Pendidikan dalam bidang kejururawatan kini mempunyai hala tuju baru dengan fokus untuk
memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap berbanding pembelajaran berasaskan fakta.
Pembelajaran dalam bidang kejururawatan adalah suatu proses pembelajaran yang aktif
untuk mendapatkan pengetahuan, bukannya suatu proses mengingati fakta yang pasif.
Kini telah banyak bukti yang menyatakan bahawa permasalahan dalam dunia yang
nyata dan aktiviti pembelajaran yang berpusatkan pelajar lebih bernilai daripada pembelajaran
tradisional yang lebih berpusatkan guru. Matlamat pembelajaran berdasarkan masalah
menyediakan pelajar untuk pembelajaran sepanjang hayat dengan melibatkan mereka dengan
aktiviti pembelajaran kerana pelajar bertanggungjawab untuk mendapatkan fakta dan konsep
(Newman, 2003).
Kursus Diploma Kejururawatan dibangunkan untuk mengeluarkan para jururawat
yang mahir dalam menjalankan perawatan dan dapat berfikir secara kritis, berkebolehan
untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran perawatan dalam mempromosikan
penjagaan kesihatan seperti yang diperlukan di hospital dan dalam komuniti serta pelajar
berupaya menangani dan membuat keputusan dalam penyelesaian masalah. Para pelajar
jururawat perlu dilengkapkan dengan pengetahuan, nilai-nilai dan sikap yang profesional
selama tiga tahun dalam latihan untuk membolehkan mereka berfungsi sebagai jururawat
yang penyayang yang sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan pesakit dan selamat
menjalankan tugas seperti menjalankan prosedur memberi suntikan, melakukan dressing dan
prosedur kejururawatan yang lain (KKM, 2005). Kecemerlangan dalam bidang kejururawatan
merupakan kecemerlangan melalui latihan kejururawatan secara evidence-based nursing.
Oleh yang demikian kurikulum kejururawatan perlu juga turut berubah kerana pembelajaran
yang mengutamakan pembelajaran secara kendiri dan berfikiran secara kritis dapat
menjadikan jururawat lebih cemerlang (Distler, 2007; LeMone, 2002).
Kaedah pembelajaran berdasarkan masalah kini semakin popular dalam kalangan
pengajar jururawat dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bidang kejururawatan. Para
pengajar jururawat mendapati kaedah pembelajaran berdasarkan masalah ialah kaedah yang
paling sesuai untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bidang
kejururawatan hari ini. (Virginia et al., 2006). Terdapat banyak hasil kajian yang dijalankan
di negara barat menunjukkan kaedah pembelajaran berdasarkan masalah merupakan suatu
kaedah alternatif dalam menyediakan pelajar yang boleh menyelesaikan masalah secara kritis,
mengutamakan pembelajaran secara kendiri dan aktif dalam menghadapi cabaran dunia hari
ini. Hasil kajian juga mendapati pembelajaran berdasarkan masalah dapat meningkatkan
pengetahuan, perubahan sikap dan amalan pelajar (William, 2001).
Walau bagaimanapun kaedah pembelajaran yang dilaksanakan di sebuah kolej
kejururawatan yang terletak di negeri Kelantan masih menggunakan kaedah tradisional iaitu
kaedah pembelajaran berdasarkan syarahan. Kaedah pembelajaran berdasarkan syarahan amat
pasif, tiada penglibatan pelajar dalam pembelajaran. Pelajar hanya mendengar syarahan dan
mengingati fakta yang diberikan oleh guru. Kaedah ini lebih pada pembelajaran berpusatkan
guru. Guru tidak berusaha untuk menggalakkan pelajar berbincang sesama mereka, malah
guru lebih tergesa-gesa memberikan maklumat demi maklumat melalui syarahan. Secara
amnya hanya sedikit sahaja penekanan tentang menganalisis maklumat secara kritis,
pembelajaran secara kendiri atau menyelesaikan masalah dilakukan oleh pelajar dalam
pembelajarannya (Elizabeth et al., 2002). Mengikut Dochy et al. (2003) pelajar yang
mengikuti pembelajaran secara tradisional tidak dapat mengekalkan ingatan fakta dalam masa
yang lama, amat pasif kerana tiada interaksi dengan teman-teman dalam kumpulan untuk
berbincang mengenai pelajaran dan pemikiran tidak kritis kerana semua fakta diberi oleh
guru.
Mengikut maklumat yang terdapat pada rekod akademik pelajar, didapati pencapaian
akademik pelajar jururawat di kolej kejururawatan ini tidak memuaskan. Peratus kelulusan
dalam peperiksaan akhir setiap semester tidak mencapai piawai yang telah ditetapkan iaitu
85% dalam subjek medikal-surgikal IV (perawatan sistem genitourinari), medikal-surgikal V
(perawatan pediatrik) dan medikal-surgikal VI (perawatan saraf pusat ) (HEA, 2007).
Mengikut laporan ketua pemeriksa skrip jawapan Modified Essay Question sepanjang tahun
2007, kebanyakan pelajar jururawat tidak dapat menghuraikan fakta dalam jawapan yang
diberikan dan tidak boleh mengaplikasikan pemikiran kritis (UP, 2007).
Pelajar-pelajar kurang inisiatif dan kurang bertanggungjawab terhadap pembelajaran
mereka. Para pelajar tidak peka dengan kemudahan internet yang disediakan di makmal
teknologi maklumat dan kurang menggunakan sumber rujukan di perpustakaan. Sehubungan
itu, satu perubahan strategi pembelajaran yang lebih sesuai dengan suasana pengajaran dan
pembelajaran telah dilaksanakan di Kolej Kejururawatan ini supaya proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih aktif dan berkesan iaitu kaedah pembelajaran berdasarkan
masalah. Kaedah ini dijalankan supaya para pelajar kejururawatan dapat belajar secara aktif,
berfikiran kritis dan bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka.
Visi dan misi kolej kejururawatan ini adalah untuk menghasilkan jururawat yang
berfikiran secara kritis dalam menjalankan tugas seharian, berkemahiran menyelesaikan
masalah serta pembelajaran sepanjang hayat. Bertepatan dengan visi dan misi kolej
kejururawatan ini, kaedah pembelajaran berdasarkan masalah amat sesuai dijadikan salah satu
pendekatan dan latihan yang berkesan dalam pembelajaran untuk melahirkan jururawat yang
mempunyai jati diri yang kuat, berwawasan tinggi, mengamalkan cara berkomunikasi yang
berkesan, berkemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan tepat.
Sebagai permulaan, pembelajaran berdasarkan masalah telah dijalankan pada sesi
pembelajaran Januari 2008 untuk pelajar jururawat tahun 2 iaitu semester 4 bagi subjek
medikal-surgikal IV (perawatan sistem genitourinari), semester 5 bagi subjek medikal-
surgikal V (perawatan pediatrik) dan semester 6 bagi subjek medikal-surgikal VI (perawatan
saraf pusat). Subjek-subjek lain masih lagi menggunakan pembelajaran secara tradisional.
Justeru itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti persepsi pengajar dan pelajar
jururawat terhadap kebergunaan pembelajaran berdasarkan masalah setelah setahun
pembelajaran berdasarkan masalah dilaksanakan di kolej ini.
1.4. KERANGKA KONSEP KAJIAN
Pembelajaran merupakan suatu proses yang berlaku dalam akal fikiran atau lebih dikenali
sebagai kognitif dan kesan daripada proses ini akan dapat dilihat melalui perubahan dalam
tingkah laku dan percakapan. Pemahaman pelajar terhadap masalah yang dikemukakan
merupakan aktiviti kognitif di mana pelajar perlu bersikap aktif untuk berfikir dan ini adalah
hasil sumbangan daripada pengalaman atau pengetahuan sedia ada pelajar.
Phillips (2000) mengatakan dalam proses pembelajaran, pelbagai kaedah serta teori telah
diutarakan bagi memastikan proses pembelajaran akan lebih berkesan kepada para pelajar.
Menurut Graaff & Kolmos (2003), konsep pembelajaran berdasarkan masalah bersandarkan
kepada pelbagai teori seperti Teori Kolb yang memperkenalkan teori pembelajaran
berasaskan pengalaman dan Schon yang memperkenalkan teori pembelajaran berdasarkan
refleksi manakala Jean Piaget, Vygotsky, Lave dan Wenger pula memperkenalkan teori
konstruktivisme dan teori pembelajaran sosial.
Bertitik tolak daripada teori-teori ini, maka konsep pembelajaran berdasarkan masalah
dibentuk. Salah satu teori yang yang menyokong pembelajaran berdasarkan masalah ialah
teori konstruktivism. Persekitaran pembelajaran secara konstraktivis akan diambilkira dalam
pembelajaran bidang kejururawatan kerana dalam persekitaran pembelajaran konstruktivis
ianya menyokong pembelajaran secara aktif, menyokong pembinaan pengetahuan dan
menyokong kaedah pembelajaran melalui pengetahuan (Jonassen, 1994).
Di dalam pembelajaran yang menggunakan teori konstruktif, terdapat prinsip tertentu
yang perlu diikuti dan kebanyakan prinsip tersebut menepati dengan ciri-ciri utama
pembelajaran berdasarkan masalah. Antaranya pengajaran mestilah berdasarkan kepada
pengalaman pelajar serta menyediakan persekitaran yang melahirkan suasana ingin belajar.
Selain itu pembelajaran haruslah mempunyai perspektif yang pelbagai serta menggunakan
aktiviti autentik serta berpusatkan kepada pelajar dan menggalakkan strategi penemuan di
dalamnya. Ini perlu dilakukan kerana dibimbangi pelajar akan sesat (terkeluar dari konteks
yang ingin dikuasai) jika tiada panduan diberikan.
Rajah 1.1 di bawah merupakan kerangka konsep kajian ini.
Rajah 1.1: Kerangka Konsep Kajian (Prinsip Teori Konstrustivisme)