Daripada Abu Said al Khudri r.a. katanya : Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : "Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman Hadis sahih riwayat Muslim
Bab Mencegah kemungkaran
Bab amalan menyamai sedekah
Dari Abu Hurairah r.a. beliau berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda : "Setiap sendi tubuh badan manusia menjadi sedekah untuknya pada setiap hari matahari terbit, kamu melakukan keadilan diantara dua orang yang berselisih faham adalah sedekah kamu membantu orang yang menaiki kenderaan atau kemu mengangkat barang-barang untuknya kedalam kenderaan adalah sedekah, Perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah kamu berjalan untuk menunaikan solat adalah sedekah dan kamu membuang perkara-perkara yang menyakiti di jalan adalah sedekah." Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim
BAB WANITA
Peringatan kepada kaum wanita
Dari Abdullah bin 'Umar r.a. katanya: Bersabda Rasulullah s.a.w.:"Hai kaum wanita, berdermalah kamu dan perbanyakkanlah meminta ampun, kerana saya lihat jenismu yang terbanyak dari isi neraka. Maka bertanya seorang wanita yang cerdik, katanya : "Ya Rasulullah, apakah sebab kebanyakkan kami ahli neraka?" Jawab Rasulullah s.a.w. : "Kaum wanita suka mencerca dan mudah melupakan jasa suami, dan saya tidak melihat di antara orang-orang yang kurang pendandan dan agama yang merusakkan jiwa seorang lelaki cerdik dan cermat , lebih dari kaum wanita" Katanya pula: "Apakah yang dimaksudkan kurang pandangan dan kurang agama?" Jawab Rasulullah s.a.w. : "Adapun yang dimaksudkan kurang pandangan ialah kesaksian dua orang wanita sama dengan seorang lelaki, dan wanita tidak sembahyang beberapa malam dan tidak berpuasa dibulan Ramadhan , inilah maksud kurang agama". Hadis sahih riwayat Muslim
Bab wanita yang solehah
Dari Abdullah b Amru katanya : Bersabda Rasulullah s.a.w. : Dunia ini barang yang berguna (menyenangkan) dan barang berguna yang paling baik ialah wanita yang solehah Hadis sahih riwayat Muslim
Dari Ummu Habibah katanya : Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Tidak dibolehkan wanita yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat kerana orang yang meninggal dunia, lebih daripada tiga hari, kecuali kalau suaminya boleh berkabung selama empat bulan sepuluh hari. Hadis sahih riwayat Muslim
Bab berkabung kematian suami
Bab tiada larangan wanita berjamaah ke masjid
Dari Abdullah bin Umar r.a. katanya : "Saya dengan akan sabda Rasulullah s.a.w. katanya : "Janganlah kamu larang wanita berjamaah ke masjid jika mereka minta izin lebih dahulu kepadamu". Hadis sahih riwayat Muslim
Bab wanita yang diceraikan keluar
Dari Jabir bin Abdullah r.a. katanya : "Bibi saya diceraikan suaminya dan dia bermaksud hendak memetik kurmanya. Lalu ada orang yang mencegahnya dan melarangnya keluar. Dia datang menemui Nabi s.a.w. dan baginda mengatakan : "Boleh keluar! Petiklah kurmamu, mudah-mudahan engkau bersedekah atau mengerjakan perbuatan baik." Hadis sahih riwayat Muslim
Dari Abu Hurairah r.a. Katanya : Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Sesungguhnya kaum wanita itu bagai tulang rusuk. Kalau engkau berusaha untuk meluruskannya (dengan keras) akibatnya engakau mematahkannya dan kalau engkau biarkan dapat engkau pergunakan, sedangkan dia tetap bengkok." Hadis sahih riwayat Muslim
Bab mendidik wanita dengan hikmah.
Dari Ummu Salamah isteri Nabi s.a.w. : "Ditanyakan orang kepada Rasulullah s.a.w. : "Adakah engkau ingin ya Rasulullah mengahwini puteri Hamzah?
Bab tidak boleh kahwin saudara sesusuan
atau ditanyakan : "Mengapakah engkau tidak hendak meminang puteri Hamzah bin Abdul Muttalib? Nabi s.a.w. menjawab : "Sesungguhnya Hamzah saudara sesusu dengan aku" Hadis sahih riwayat Muslim
Dari Abu Hurairah r.a. katanya : "Rasulullah s.a.w. bersabda : "Apabila seorang isteri diwaktu malam menjauhi tempat tidur suaminya dia dikutuki oleh Malaikat sampai pagi." Hadis sahih riwayat Muslim
Bab isteri yang menjauhi suami
Dari Abu Said Al Khudri r.a. katanya : "Rasulullah s.a.w. bersabda : "Sesungguhnya orang yang paling buruk keadaannya disisi Allah pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang bergaul rapat dengan isterinya, dan isterinya bergaul rapat dengannya dan kemudian lelaki itu menyiarkan rahsia isterinya." Hadis sahih riwayat Muslim
Bab larangan dedah rahsia rumah tangga
Bab kutukan ke atas isteri yang enggan
Dari Abu Hurairah r.a. katanya : Rasulullah s.a.w. bersabda : "Apabila seorang suami memanggil isterinya supaya tidur bersama dengan dia tetapi dia tidak mahu datang dan semalaman suami marah kepada isterinya, Wanita itu dikutuki oleh Malaikat sampai ke pagi." Hadis sahih riwayat Muslim
Bab larangan memakai haruman ke masjid
Dari Abu Hurairah r.a. berkata : "Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Wanita mana saja yang memakai harum-haruman, maka janganlah ia hadir bersama-sama kami menunaikan sembahyang Isya' Hadis sahih riwayat Muslim
Dari Zainab isteri Abdullah katanya : "Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Kalau wanita hendak ke masjid , maka janganlah memakai harum-haruman". Hadis sahih riwayat Muslim
Bab larangan memakai wangian ke masjid
Bab dua golongan isi neraka
Abu Hurairah r.a. berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Dua golongan orang dari isi neraka yang belum pernah aku melihatnya. Perempuan yang berpakaian dan telanjang (menutup setengahnya mendedahkah setengahnya atau memakai pakaian yang nipis). Maka tidak mentaati Allah dan menarik orang lain kepada keadaannya (sepertinya). Atas kepala bagai bunggol unta khurasan. Mereka tidak akan melihat syurga dan tidak mencium baunya. Orang lelaki yang memegang cambuk seperti ekor sapi, mereka memukul manusia dengannya Hadis sahih riwayat Ahmad dan Muslim
Bab lelaki menyerupai wanita
Dari Abu Hurairah r.a. berkata : Bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda : "Dilaknat orang lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki" Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan Bukhari Bab larangan menyerupai kaum lain
Dari Ibnu Umar r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tiga golongan yang tidak akan masuk syurga. Orang yang durhaka kepada kedua orang tuanya , acuh ta'acuh dan perempuan yang menyerupai lelaki Hadis riwayat Nasaai, Jazzar dan Hakim Bab wanita masuk syurga
Dari Abdurrahman bin Auf bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : "Jika perempuan mengerjakan solat yang lima , puasa Ramadhannya , memelihara kehormatannya dan taat kepada suaminya maka akan dikatakan kepadanya masuklah ke dalam syurga dari pintu yang mana saja engkau suka Hadis riwayat Ahmad dan Thabarani
BAB MENJAGA HATI Untuk menjaga hati kita haruslah memahami kehidupan dan kematian kelazatan hidup dan kenikmatan syurga, kepayahan dan kesusahan kehidupan dunia dan azab selepas mati.
Dari Anas bin Malik r.a. katanya : Rasulullah s.a.w. bersabda : Orang yang meninggal dunia diiringi ( ke kubur) oleh tiga (perkara) kemudian yang dua kembali dan yang tinggal bersamanya satu, diiringi keluarganya, hartanya dan amalannya, lalu keluarganya dan hartanya pulang kembali dan yang tinggal bersamanya amalannya Hadis sahih riwayat Muslim Bab hakikat harta dunia
Bab perkara yang membantu simati
Dari Abu Hurairah r.a. berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda : Seseorang manusia mengatakan : "Hartaku, hartaku!. Yang menjadi kepunyaannya daripada harta itu hanya tiga Apa yang dimakannya, telah dihabiskannya dan apa yang dipakainya, telah menjadi usang atau dinafkahkan (untuk kebaikan), telah disimpannya (untuk hari kemudian) Selain dari itu akan lenyap dan tinggal untuk orang lain. Hadis sahih riwayat Muslim Bab menyukai kehidupan dunia
Dari Abu Hurairah ra katanya
Rasulullah saw bersabda : "Hai orang tua masih muda mencintai dua hal : Panjang umur dan harta" Hadis sahih riwayat Muslim
Dari Abu Hurairah ra katanya Rasulullah saw bersabda : "Kaya itu bukan kerana banyak harta melainkan kaya (yang sebenarnya) ialah kaya hati (cukup yang ada) Hadis sahih riwayat Muslim
Bab kaya jiwa
Dari Anas ra berkata : Rasulullah saw bersabda : "Kalau anak Adam (manusia) telah mempunyai harta sepenuh dua lembah nescaya dia masih mencari lembah yang ketiga Tiada yang memenuhi perut anak adam selain tanah Allah menerima taubat sesiapa yang bertaubat" Hadis sahih riwayat Muslim
Bab ketamakan manusia dengan harta
Dari Abdurrahman al Hubaliy r.a. katanya :
Bab hidup sederhana
"Saya mendengar Abdullah bin Amru bin 'Ash ketika seorang lelaki menanyakan kepadanya: "Bukankah kami termasuk orang-orang Muhajirin yang miskin?" Abdullah berkata kepada orang itu: "Adakah engkau mempunyai isteri yang sekediaman denganmu?" Dia menjawab : "Ada!" Abdullah bertanya : "Adakah engkau mempunyai kediaman yang engkau diami?" Dia menjawab : "Ada!" Abdullah berkata : "Kalau begitu engkau termasuk orang-orang kaya!" Dia berkata lagi : "Saya mempunyai seorang khadam." Abdullah berkata : "Kalau begitu, engkau termasuk raja-raja." Hadis sahih riwayat Muslim
Dari Abu Hurairah r.a. bersabda : "Orang yang berusaha membantu perempuan janda dan orang miskin sama dengan orang yang berjuang pada jalan Allah" Hadis sahih riwayat Muslim
Bab menolong janda dan orang miskin
Dari Abu Hurairah r.a. katanya : "Orang yang mengurus anak yatim kerabatnya atau bukan kerabatnya, aku dengan orang itu seperti dua ini dalam syurga (telunjuk dan jari malang) Hadis sahih riwayat Muslim
Bab mengurus anak yatim
Bab bersederhana dalam makan minum
Dari Abu Hurairah r.a. katanya : "Rasulullah s.a.w. berdoa : "Ya Allah ! berikanlah rezeki keluarga Muhammad makanan sekadar mengenyangkan" Hadis sahih riwayat Muslim
Bab mensyukuri nikmat kehidupan yang ada
Dari Abu Hurairah r.a. katanya : "Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Apabila kamu memerhatikan orang yang lebih daripadanya, tentang kekayaan dan tubuh, maka hendaklah ia memerhatikan orang yang kurang daripadanya, disamping orang yang lebih daripadanya." Hadis sahih riwayat Muslim
Dari Abu Hurairah r.a. katanya : "Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Perhatikanlah orang yang kurang daripada kamu dan jangan hanya kamu perhatikan orang yang lebih daripada kamu kerana dengan itu wajarlah kerana kamu tidak memandang sepi nikmat Allah kepada kamu." Hadis sahih riwayat Muslim
Bab mensyukuri nikmat yang ada
Bab Menjaga hati
: . Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati. Hadis sahih riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : "Apabila lalat hinggap dalam minuman salah seorang di antara kamu maka celupkanlah seluruh (tubuhnya), kemudian angkatlah lalat itu kerana pada salah satu sayapnya mengandungi penawar dan yang lainnya mengandungi penyakit Hadis sahih riwayat Ahmad , Bukhari, Abu Daud dan Ibnu Majjah
Bab minuman yang dihinggapi lalat
Dari Saad bin Abu Waqqas r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda "Sesungguhnya kamu tidaklah memberikan sesuatu nafkah yang dengan itu kamu mengharap keredhaan Allah, melainkan kamu diberikan pahala atas nafkah yang kemu berikan itu, sehingga sesuatu yang kamu berikan untuk makanan isterimu yakni memberi afkah makanan kepada isteri itupun ada pahalanya. Hadis sahih riwayat Bukhari
Bab memberi nafkah
BAB BERKAHWIN Bab seruan Nabi s.a.w. agar pemuda berkahwin
Dari Abdullah r.a. katanya : "Rasulullah s.a.w. bersabda : Hai para pemuda ! Siapa di antra kamu yang sanggup memikul tanggung jawab perkahwinan, hendaklah dia berkahwin, kerana perkahwinan itu menahan pandangan dan memelihara kesopanan (kesucian). Tetapi siapa yang tidak sanggup, maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu menahan nafsunya". Hadis sahih riwayat Muslim
Bab doa kepada pengantin
. . Dari Aisyah r.a. berkata : Setelah Nabi s.a.w. mengahwiniku, kemudian aku datang kepada ibuku, Beliau memasukkan aku ke dalam rumah. Tiba-tiba beberapa perempuan Ansar sudah ada dirumah dan mereka mengucapkan "Semoga sentiasa baik, penuh keberkatan dan dalam kebaikan yang berpanjangan" Hadis sahih riwayat Bukhari dan Abu Daud
Dari Abu Said Al Qudri r.a. katanya : Bersabda Rasulullah s.a.w. : Apabila telah bersetubuh sala seorang daripada kamu dengan isterinya , kemudian ia akan berbuat lagi, maka hendaklah ia mengambil wudhu' terlebih dahulu
Bab berwudhu' semula sebelum berjimak lagi
Hadis sahih riwayat Muslim
Dari Anas r.a, katanya : "Pernah Rasulullah s.a.w. menggiliri isteri-isterinya dengan sekali mandi" Hadis sahih riwayat Muslim
Bab mandi sekali
Dari Abu Hurairah r.a. katanya : "Rasulullah s.a.w. bersabda : "Apabila seorang isteri diwaktu malam menjauhi tempat tidur suaminya dia dikutuki oleh Malaikat sampai pagi." Hadis sahih riwayat Muslim
Bab isteri yang menjauhi suami
Dari Abu Said Al Khudri r.a. katanya : "Rasulullah s.a.w. bersabda : "Sesungguhnya orang yang paling buruk keadaannya disisi Allah pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang bergaul rapat dengan isterinya, dan isterinya bergaul rapat dengannya dan kemudian lelaki itu menyiarkan rahsia isterinya." Hadis sahih riwayat Muslim
Bab larangan dedah rahsia rumah tangga
Dari Abu Hurairah r.a. katanya : Rasulullah s.a.w. bersabda : "Apabila seorang suami memanggil isterinya supaya tidur bersama dengan dia tetapi dia tidak mahu datang dan semalaman suami marah kepada isterinya, Wanita itu dikutuki oleh Malaikat sampai ke pagi." Hadis sahih riwayat Muslim
Bab kutukan ke atas isteri yang enggan
. . Rasulullah s.a.w. bersabda : "Sesungguhnya seseorang di antara kamu terhimpun kejadian dalam perut ibunya 40 hari sebagai air mani, kemudian segumpal darah seperti itu, kemuduan segumpal daging seperti itu, kemudian ditiupkan roh kepadanya dan ditentukan empat kalimat rezekinya , ajalnya, amalnya, baik atau buruknya.
Bab empat perkara ketentuan Allah
Bab berdoa sebelum jimak
Dari Ibnu Abbas r.a. katanya : "Rasulullah s.a.w. bersabda : "Kalau sekiranya sesorang hendak bercampur dengan isterinya dan dia membaca : "Ya Allah ! jauhkan kiranya syaitan dari kami dan jauhkan syaitan dari (anak) yang Engkau berikan kepada kami" Kalau ditakdirkan kerana itu keduanya beroleh anak, nescaya syaitan tidak dapat membahayakan anak itu buat selamanya." Hadis sahih riwayat Muslim