-
1
BAB A1
PENGENALAN MUAMALAT ISLAM
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir bab ini, calon akan dapat:
Memahami konsep Islam, matlamat (maqasid) dan sumber-sumber
syariah.
Memahami larangan-larangan dalam muamalat Islam.
Memahami dan menerangkan peraturan-peraturan kontrak
muamalat.
A1.1 PENGENALAN
Perkataan 'Islam' dalam bahasa Arab bermaksud „penyerahan‟, dan
berasal daripada
perkataan yang membawa maksud „keamanan‟. Dalam konteks agama,
Islam bermakna
penyerahan sepenuhnya kepada kehendak Allah (SWT). Islam
bukanlah agama semata-
mata tetapi suatu "deen", yang bermaksud 'cara hidup'. Ia
merangkumi dimensi jasmani
dan rohani dalam kewujudan manusia.
Allah (SWT) telah menegaskan kesempurnaan Islam dalam ayat
Al-Quran yang berikut;
Maksudnya: "Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama
kamu, dan Aku
telah cukupkan ni’mat Ku kepada kamu dan Aku redhai Islam
menjadi agama untuk
kamu"
(Al-Maidah: 3)
1.1.1 Konsep Islam
Pada asasnya, Islam merangkumi aqidah (kepercayaan), syariah
(undang-undang) dan
akhlak (kod moral/adab).
Konsep syariah bukan sahaja mentadbir manusia dalam menjalankan
hidupnya bagi
merealisasikan kehendak Ilahi, tetapi meliputi semua tingkah
laku; spiritual, mental serta
fizikal. Oleh itu, prinsip-prinsip syariah bukan saja mengenai
undang-undang tetapi
meliputi keseluruhan cara hidup yang merangkumi kepercayaan
(iman) dan amalan
(amal), tingkah laku peribadi, undang-undang dan sosial.
Oleh itu, Islam juga dikenali sebagai syariah al-kubra yang
merangkumi cara hidup yang
telah ditentukan oleh Allah (SWT).
-
2
Syariah al-kubra boleh dibahagikan seperti berikut:
Aqidah Aqidah ditakrifkan sebagai kepercayaan tanpa sebarang
ragu-ragu
atau syak terhadap Allah (SWT), para Rasul-Nya dan Para
Malaikat-
Nya, Hari Akhirat, Kitab Suci serta dan Qada‟ dan Qadar. Ia
merupakan asas utama dalam Islam dan titik permulaan untuk
menjadi seorang Muslim yang baik. Ia dapat dilihat dengan
aktiviti-
aktiviti yang dilakukan oleh seseorang Muslim itu sendiri.
Nabi
Muhammad (saw) menjelaskan bahawa Islam adalah seperti
sebuah
bangunan di mana asasnya ialah aqidah. Asas aqidah dalam
Islam
ialah enam rukun iman (rukun al-iman).
Akhlaq
Amalan kebaikan, moral, dan adab dalam teologi dan falsafah
Islam.
Ia merangkumi hubungan antara manusia dan Allah (SWT),
antara
manusia dan manusia dan antara manusia dan makhluk lain.
Syariah
Syariah ialah satu set peraturan yang diperolehi daripada
al-Quran
dan hadith-hadith sahih (sunnah) Nabi Muhammad (saw) dan
pendapat ilmiah (ijtihad) berdasarkan al-Quran dan Sunnah.
Syariah
mengandungi kategori dan perkara-perkara mengenai undang-
undang Islam yang dikenali sebagai cabang fiqh (perundangan
Islam).
Islam
Shariah Aqidah Akhlaq
Fiqh
Muamalat Fiqh
Ibadat
Fiqh
Munakahat Fiqh
Jinayat
Kewangan
Islam
-
3
Fiqh Ibadat
Peraturan penyucian mengenai hubungan antara manusia dan
Allah
(SWT) seperti solat, puasa, zakat, jihad dan beberapa bentuk
ibadah
lain yang termasuk di bawah tajuk ini.
Fiqh Munakahat
Peraturan berkaitan dengan undang-undang kekeluargaan
seperti
perkahwinan, perceraian, harta pusaka, penjagaan dan
perkara-
perkara lain yang berkaitan.
Fiqh Jinayat
Ia dikenali sebagai undang-undang jenayah dalam Islam,
merangkumi kesalahan besar seperti persetubuhan haram
(zina),
kecurian (sariqah), pembunuhan, dan lain-lain.
Fiqh Muamalat
Peraturan yang mengawal transaksi perdagangan antara
pihak-pihak
yang terlibat.
1.1.2 Objektif Syariah (Maqasid al Syariah)
Maqasid ialah perkataan dalam bahasa Arab yang bermaksud
matlamat atau tujuan.
Dalam konteks Islam, ia merujuk kepada objektif yang ditetapkan
oleh syarak dalam
mensyariatkan hukum.
Menurut Imam al-Ghazali “matlamat syariah adalah untuk
menggalakkan kesejahteraan
seluruh manusia, dengan menjaga iman mereka (deen), diri mereka
(nafs), akal mereka
(a'qal), keturunan mereka (nasl ) dan harta benda mereka (mal).
Apa sahaja yang boleh
memastikan perlindungan daripada lima prinsip ini demi
kepentingan awam, ia adalah
sewajarnya.
Terdapat lima maqasid (objektif) seperti berikut: -
Pemeliharaan Keterangan / Catatan
Agama Pemeliharaan dan perlindungan deen (agama) di dalam
semua
keadaan.
Contoh:
Mempertahankan agama Islam terutamanya jika ia diserang
oleh musuh-musuh Islam.
-
4
Nyawa Pemeliharaan dan perlindungan keselamatan nyawa
manusia
didalam semua keadaan.
Contoh:
Dalam usaha untuk melindungi nyawa manusia, hukuman
yang berat dikenakan ke atas mereka yang membunuh orang.
Keturunan Pemeliharaan dan perlindungan keturunan dan
kehormatan
didalam semua keadaan.
Contoh:
Islam melarang pengikutnya berzina atau berkelakuan tidak
bermoral.
Akal Pemeliharaan dan perlindungan intelek dan minda di
dalam
semua keadaan. Pemeliharaan akal ialah melindunginya dari
perkara-perkara yang boleh merosakkan dan menjejaskan
fungsi serta keupayaan berfikir.
Contoh:
Pengambilan minuman keras atau seumpamanya akan
memberi kesan negatif kepada fungsi otak.
Harta Pemeliharaan dan perlindungan harta didalam semua
keadaan.
Contoh:
Inisiatif dan perancangan pro-aktif dalam melindungi harta
benda terhadap musibah atau bencana.
1.1.3 Klasifikasi Manfaat Objektif Syariah
Cendiakawan/ulama Islam telah membahagikan keseluruhan masalih -
merangkap -
maqasid kepada tiga kategori kepentingan dalam susunan
menurun:
Tahsiniyyat
(perhiasan)
Contohnya kereta mewah,
barang kemas, dan sebagainya
Hajiyyat (keperluan)
contohnya pendidikan yang baik, rumah yang selesa,
dansebagainya
Daruriyyat (asas)
contohnya makanan, pakaian, perlindungan.
Kurang
Penting
Lebih
Penting
-
5
1.1.4 Sumber Syariah
Secara umum, sumber syariah terbahagi kepada dua, iaitu
sumber-sumber yang
dipersetujui oleh ulama (adillah muttafaq 'alaih) dan
sumber-sumber yang tidak
dipersetujui oleh ulama. Sumber-sumber yang dipersetujui oleh
ulama adalah sumber
yang digunakan untuk mengeluarkan peraturan mengenai sesuatu
perkara atau masalah
yang berlaku. Sumber-sumber ini diterima oleh ulama tanpa
apa-apa perbezaan pendapat
di kalangan mereka dari segi turutan atau kebolehgunaan.
Terdapat empat sumber undang-undang yang dipersetujui oleh
majoriti ulama seperti
berikut:
Sumber Keterangan / Catatan
Al-Quran Al-Quran adalah firman Allah (SWT) yang diwahyukan
kepada Nabi
Muhammad (saw) dalam bahasa Arab melalui malaikat Jibril (as).
Al-
Quran adalah sumber rujukan utama dalam syariah. Ia adalah
mu'jizat
(makna yang mungkin tidak difahami oleh orang) dan tidak
berubah
dan dipelihara oleh Allah (SWT).
Sunnah Menurut muhaddithun atau pakar hadith, sunnah merujuk
kapada
sebarang tingkah laku Nabi Muhammad (saw) termasuk perbuatan
beliau, kata-kata beliau, perbuatan beliau yang tidak melarang
dan
tidak menegah.
Ia boleh dibahagikan kepada tiga kategori1:
a. Sunnah Qawliyyah (Sunnah melalui Perkataan)
Contoh: apabila Nabi Muhammad (saw) dengan jelas
berkata, "Solatlah seperti yang engkau lihat aku bersolat"
b. Sunnah Fi'liyyah (Sunnah melalui Perbuatan)
Jenis sunnah ini terdiri daripada perbuatan dan arahan
sebenar Nabi, seperti cara beliau mendirikan solat,
berpuasa, menjalankan upacara haji, atau transaksi yang
dilaksanakan seperti jual beli dan urus niaga kewangan.
c. Sunnah Taqririyyah (Sunnah melalui Persetujuan)
Sunnah ini terdiri daripada perbuatan dan kata-kata para
sahabat di hadapan Nabi atau yang sampai kepada
1 Aznan Hasan, Asas Syariah dalam Kewangan Islam, ms 29
-
6
pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan
tersirat Nabi Muhammad (saw) boleh disimpulkan
daripada berdiam diri menandakan tingkah laku tersebut
dibenarkan. Nabi Muhammad (saw) tidak akan berdiam
diri kepada perkara-perkara yang dilarang.
Ijma ' Ijma’ istilah dalam bahasa Arab yang merujuk kepada
persetujuan
sebulat suara di kalangan mujtahidun selepas kewafatan Nabi
Muhammad (saw).2
Qiyas Qiyas merujuk kepada penggunaan hukum asal (hukum) yang
telah
ditetapkan dalam kes yang lebih awal mengenai isu semasa di
mana
undang-undang adalah senyap. 3
1.1.5 Undang-Undang Mandatori (Hukum Taklifi)
Undang-undang mandatori (hukum taklifi) adalah undang-undang
yang menghuraikan
tentang arahan, larangan dan pilihan untuk melaksanakan atau
meninggalkan
aktiviti/pekerjaan. Menurut istilah Islam, tindakan seorang
Muslim mesti dipandu oleh
kelima-lima hukum (al-ahkam al-khamsah) yang diklasifikasikan
sebagai berikut:
Klasifikasi Hukum Penerangan
Wajib (wajib)
Istilah wajib bermaksud tindakan yang mesti dilaksanakan
oleh sesaorang muslim. Contoh: mendirikan solat dan
berpuasa pada bulan Ramadhan. Dari segi teknikal, ia
merupakan satu perbuatan yang dituntut oleh Allah (SWT)
dengan syarat-syarat yang harus dipatuhi.
Mandub (disyorkan)
Mandub ditakrifkan sebagai tuntutan Allah (SWT) di mana
melakukan sesuatu perbuatan mendapat pahala dan tidak salah
jika meninggalkannya. Hukum mandub ialah berkaitan
membuat sesuatu yang tidak bercanggah akan dapat pahala
(thawab) bagi pelakunya, manakala meninggalkanya tidak
berdosa seperti memberi sedekah.
Haram (larangan /
menyalahi undang-
undang)
Haram ditakrifkan sebagai peninggalan sesuatu perbuatan
yang diperintah oleh Allah (SWT) dengan syarat-syarat yang
harus dipatuhi.Contoh perbuatan yang dilarang (haram) ialah
penggelapan kekayaan orang lain.
2 Aznan Hasan, Asas Syariah dalam Kewangan Islam,ms. 39
3 Aznan Hasan, Asas Syariah dalam Kewangan Islam, ms 43
-
7
Makruh (tercela atau
ditolak)
Makruh ditakrifkan sebagai peninggalan sesuatu perbuatan
yang dituntut oleh Allah (SWT) dari segi syarat-syarat yang
tidak terikat.Contoh perbuatan tercela (makruh) ialah hutang
yang tidak didokumenkan (tidak direkodkan).
Mubah (dibenarkan)
Mubah atau perbuatan yang dibenarkan ialah Allah (SWT)
telah memberi pilihan samaada melakukan atau meninggalkan
sesuatu tanpa menyalahi atau memuji sipelaku. Menurut
prinsip ini, semua kontrak dan urus niaga adalah dibenarkan,
melainkan jika terdapat bukti yang menunjukkan sebaliknya.
A1.2 ASAS MUAMALAT
1.2.1 Pengenalan Muamalat
Istilah "muamalat" (jamak dari muamalah) bermaksud peraturan
jual beli manakala dari
segi teknikalnya Muamalat merupakan sebarang bentuk peraturan
perhubungan dan
persetujuan bersama antara manusia untuk menyelesaikan keperluan
harian mereka,
terutama dalam hal-hal yang berkaitan dengan perdagangan dan
perniagaan. Muamalat
merupakan hubungan sosial yang terdiri daripada pelbagai
aktiviti ekonomi dan bukan
ekonomi.
Prinsip-prinsip asas yang memainkan peranan dalam membentuk
peraturan syariah
dalam muamalat ialah: 4
Prinsip-prinsip Asas Penerangan
Keharusan sebagai
Peraturan Umum
Status semua perkara selain daripada ritual adalah
dibenarkan
sehingga bukti dikemukan bahawa perkara tertentu dilarang.
Kesimpulan Kontrak
dengan Persetujuan
Bersama
Persetujuan bersama bermakna bahawa kontrak yang
dimeterai oleh kedua-dua pihak hendaklah bebas daripada
sebarang unsur-unsur paksaan, penipuan, salah nyata atau
cara
lain yang menyalahi undang-undang.
Pematuhan Kontrak
dengan Maqasid al
Shariah
Transaksi atau kontrak yang dibuat oleh individu-individu
hendaklah selaras dengan maqasid al shariah.
4 Aznan Hasan, Asas Syariah dalam Kewangan Islam, ms 193-199
-
8
Prinsip Edaran
Kekayaan secara Meluas
Kekayaan dan harta harus diedarkan di kalangan orang ramai
dan dipindahkan secara aktif dari satu tangan ke satu tangan
yang lain dalam bentuk perbelanjaan dan pelaburan.
Prinsip Ketelusan dalam
Urus niaga Perdagangan
Semua urus niaga kewangan perlu dijalankan dengan telus
supaya semua pihak jelas mengenai semua fakta penting
termasuk terma-terma dan syarat-syarat urusan mereka.
Adil dan Saksama dalam
Urus Niaga
Keadilan adalah prinsip umum shariah yang perlu diamalkan
dalam semua transaksi dan kontrak Islam.
1.2.2 Larangan dalam Muamalat
Semua aktiviti ekonomi dibenarkan selagi aktiviti-aktiviti
tersebut tidak melanggar
sebarang prinsip-prinsip syariah. Pendapat ini disepakati dengan
sebulat suara oleh
kesemua empat mazhab utama (Hanafi, Maliki, Shafii dan Hanbali)
bahwa semua bentuk
urusan perniagaan yang melanggar sebarang prinsip-prinsip
syariah dianggap tidak sah.
Prinsip-Prinsip Am
Tidak dibenarkan membuat kontrak untuk menjual atau membeli
produk-produk yang haram seperti alkohol atau bahan-bahan haram
yang lain.
Nabi Muhammad (saw) telah bersabda,
"Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya telah melarang penjualan arak,
daging
haiwan yang mati, babi dan berhala,"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Begitu juga, tidak dibenarkan membuat kontrak bagi mana-mana
perjanjian kewangan yang berasaskan riba (bunga atau faedah).
Maksudnya: "Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan
riba"
(Al-Baqarah: 275)
Kontrak yang melibatkan perjudian (maisir) adalah dilarang dalam
Islam.
-
9
Maksudnya: "Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang
khamar
dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar, dan ada
pula beberapa
manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada
manfaatnya”.
(Al-Baqarah: 219)
Kontrak yang melibatkan unsur-unsur ketidakpastian yang besar
(gharar fahish) juga dilarang dan kontrak boleh dibatalkan.
Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu
makan
(gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah
(tipu, judi
dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan
secara suka
sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan
sesama
sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu . "
(An-Nisaa ': 29)
Unsur-Unsur yang Dilarang
1. Riba (Bunga atau Faedah)
Al-Jassas mentakrifkan riba sebagai pinjaman yang diberi untuk
satu tempoh
yang ditetapkan dengan ditetapkan bayaran lebihan keatas
principal yang mesti
dibayar oleh peminjam. Riba juga ditakrifkan sebagai satu
peningkatan yang tidak
mempunyai pertimbangan yang sejajar dalam pertukaran harta untuk
harta.5
Larangan riba disimpulkan daripada ayat berikut:
Maksudnya:
Orang-orang yang memakan (mengambil) riba tidak dapat berdiri
betul
melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan
terhoyong-
hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah
disebabkan mereka
mengkatakan: "Bahawa sesungguhnya berjual beli itu sama saja
seperti riba".
Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan
mengharamkan
riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kapadanya peringatan
(larangan) dari
Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang
telah
diambilnya dahulu (sebelum pengharaman riba) adalah menjadi
haknya, dan
perkaranya terserahlah kapada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi
lagi
(perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itu ahli neraka,
mereka kekal di
dalamnya.
(Al-Baqarah: 275)
5 Aznan Hasan, Asas Syariah dalam Kewangan Islam, ms 199
-
10
Adalah jelas bahawa larangan mengenai riba mempunyai dua
dimensi.Yang
pertama melarang menambah jumlah hutang/pinjaman yang perlu
dibayar yang
dikenali sebagai riba duyun, manakala yang kedua, dalam sistem
perdagangan
“barter”, pertukaran barang ribawi dari jenis dan asas yang sama
ditukar dengan
kadar/nisbah tukaran berbeza yang dikenali sebagai riba
buyu'.
Ini boleh diringkaskan seperti berikut:6
a. Riba Duyun
Kenaikan yang tidak wajar ke atas wang yang dipinjamkan sama
ada
dalam bentuk barangan atau wang tunai melebihi jumlah pokok.
Jenis Penerangan
Riba Qard Pertambahan (faedah) ke atas jumlah pinjaman
pokok yang telah dipersetujui ketika kontrak
dibuat.
Riba Jahiliyyah Faedah dikenakan ke atas peminjam bagi
pembayaran lewat atau kegagalan untuk
membayar balik pinjaman.
b. Riba Buyu’
Dalam urus niaga perdagangan dan pertukaran, berlaku pertukaran
yang
tidak sama ke atas komoditi ribawi yang jenis dan asas yang
sama.
6 Aznan Hasan, Asas Syariah dalam Kewangan Islam, ms 33-34
Riba
Riba Duyun Riba Buyu’
Riba
Jahiliyyah
Riba
Qard
Riba
Fadhl
Riba
Nasi’ah
-
11
Jenis Penerangan
Riba Fadhl Oleh kerana jumlah/kuantiti yang tidak sama rata
Riba Nasi'ah Oleh kerana lanjutan masa penghantaran
Nabi Muhammad (saw) bersabda,
'Emas akan dibayar dengan emas, perak dengan perak, gandum
dengan
gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, dan garam
dengan
garam – sama jenis untuk sama jenis, seimbang untuk
seimbang,
pembayaran yang dibuat dengan serta-merta. Jika jenis berbeza,
ikut
kehendak anda menjualnya dengan syarat pembayaran dibuat
dengan
serta-merta.
(Riwayat Muslim)
Dari hadith di atas, emas dan perak mewakili wang. Gandum,
barli, tamar
dan garam mewakili barang makanan asasi.Barang tersebut
dikenali
sebagai barang ribawi.
Jenis Matawang Makanan Asasi
Emas Perak MYR SGD Gandum Barli Tamar Garam
Matawang
Emas
Perak
MYR
SGD
Makanan Asasi
Gandum
Barli
Tamar
Garam
Pada masa dan kadar yang sama
Pada masa yang sama
Tanpa syarat
Peratuan pertukaran barangan berikut digunakan dalam menentukan
sama
ada transaksi berkenaan riba fadhl atau riba nasi'ah.
Peraturan 1:
Pertukaran antara bahan ribawi dari jenis yang sama (dan asas
yang sama)
hendaklah menggunakan kadar yang sama berat, sukatan atau jumlah
dan
penghantaran dan pembayaran mestilah dibuat pada waktu yang
sama.
-
12
Jika pembayaran dan penghantaran barangan dibuat pada waktu yang
sama tetapi kadar berat, sukatan atau jumlah bahan yang
ditukar tidak seimbang, maka berlaku riba fadhl.
Jika pembayaran dan penghantaran barangan tidak dibuat pada
waktu yang sama tetapi kadar berat, sukatan atau jumlah bahan
yang ditukar adalah seimbang, maka berlaku riba nasi’ah.
Peraturan 2:
Pembayaran dan penghantaran di antara bahan ribawi dari jenis
yang
berbeza dan asas yang sama perlu dibuat pada waktu yang sama,
walaupun
mungkin dengan harga yang berbeza. Keseimbangan kadar berat,
sukatan
atau jumlah barangan yang ditukar tidak penting.
Jika bayaran dan penghantaran tidak dibuat pada waktu yang sama,
maka berlaku riba nasiah.
2. Gharar (Ketidakpastian)
Gharar atau ketidakpastian membuat transaksi tidak sah dalam
Islam kerana ia
akan menyebabkan berlaku ketidakadilan kapada pihak-pihak yang
terlibat.Ini
adalah disebabkan kuantiti dan kualiti yang dinyatakan dalam
transaksi berkenaan
tidak ditetapkan dan tidak diketahui yang boleh menjadikan
kontrak tidak sah atau
boleh batal.
Larangan gharar boleh disimpulkan dari ayat berikut:
Maksudnya:
"Wahai orang-orang yang beriman. janganlah kamu makan (gunakan)
harta-
harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan
sebagainya)
kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama
suka di
antara kamu, dan jangan kamu berbunuh-bunuhan sesama
sendiri.
Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu. "
(An-Nisaa ': 29)
Larangan transaksi gharar disahkan dalam hadith berikut:
Abu Hurairah ra melaporkan bahawa Nabi Muhammad (saw) melarang
transaksi
yang ditentukan dengan membaling batu, dan transaksi yang
melibatkan
sebarang ketidaktentuan.
(Riwayat Muslim)
-
13
Gharar boleh dikategorikan seperti berikut:
a. Gharar Kecil (Yasir)
Gharar kecil tidak menyebabkan kontrak jualan cacat kerana
tidak
memberi kesan kepada komponen-komponen utama (rukun atau
unsur-
unsur penting) kontrak dan syarat-syarat yang perlu bagi
elemen-elemen
penting (contohnya syarat-syarat yang berkaitan dengan aset,
harga,
bahasa yang digunakan dalam kontrak dan sebagainya)
b. Gharar Besar (Fahish)
Secara amnya, gharar besar adalah
ketidakpastian yang terlalu nyata sehingga ia tidak boleh
diterima, atau
Ia terlalu kabur sehingga sukar dinilai.
Gharar besar menyebabkan kontrak tidak sah.
3. Maisir (Perjudian)
Maisir bermakna mendapatkan sesuatu dengan terlalu mudah atau
memperolehi
keuntungan tanpa berusaha. Islam melarang segala bentuk
perniagaan di mana
keuntungan kewangan diperolehi daripada mencuba nasib
semata-mata atau
spekulasi dan bukan dari pekerjaan. Tidak seperti gharar yang
boleh diterima
pada tahap tertentu, maisir tidak boleh diterima sama
sekali.
"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan
judi, dan
pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak
panah,
adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan.Oleh itu
hendaklah kamu
menjauhinya supaya kamu berjaya. "
(Al-Maidah: 90)
1.2.3 Konsep Kontrak dalam Muamalat
"Aqad" dari sudut bahasa bermaksud "ikatan" atau "simpulan". Ia
boleh diterjemahkan
sebagai "kontrak".
Al-Barbati dalam kitabnya "Inayah 'ala Fath al-Qadri"
mentakrifkan aqad sebagai:
"Hubungan yang sah di sisi undang-undang tercipta melalui
gabungan dua pengisytiharan
dan wujud kesan perundangan ke atas perkara pokok yang
dimaksudkan".
-
14
Unsur-unsur penting dalam aqad :
Unsur-unsur penting Penerangan
Sighah a. Ijab (tawaran)
Dalam Majallah al Ahkam al Adliyyah dalam artikel 101,
ijab ditakrifkan sebagai ikrar - untuk membuat penjualan
harta dan mengesahkan penjualan tersebut.
b. Qabul (penerimaan)
Dalam Majallah al Ahkam al Adliyyah dalam artikel 102,
qabul ditakrifkan sebagai ikrar yang disebut oleh pihak
kedua apabila menerima penjualan harta dan dengan itu,
perjanjian itu menjadi sempurna.
Aqidain (pihak-pihak
yang terikat dalam
kontrak)
Ia adalah syarat untuk kontrak yang sah bahawa pihak-pihak
berkaitan mempunyai keupayaan. Keupayaan adalah kualiti
yang menjadikan seseorang layak untuk mendapatkan hak-hak
dan menjalankan tugas dan tanggungjawab.
Aqidain Sighah Ma’aqud
Alaih
Qabul Ijab Barangan Harga
-
15
Ma'aqud Alaih
a Perkara Pokok
Syarat-syarat yang perlu diambil kira menurut
perundangan Islam bagi subjek kontrak:
Perlu wujud pada masa kontrak.
Mesti dimiliki secara sah.
Mesti memberi manfaat atau hasil yang penting bagi pihak-pihak
yang
berkontrak.
Perlu mempunyai nilai komersial dalam prinsip syariah.
b Harga / Balasan
Ditakrifkan sebagai nilai yang dijanjikan kepada pihak
lain apabila membuat kontrak
Syarat-syarat untuk balasan yang sah:
Wujud (mawjud)
Dibenarkan (halal)
Sah (sahih)
Berharga (mutaqawwim)
-
16
BAB A2
KONSEP RISIKO
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir bab ini, calon akan dapat:
Memahami konsep asas risiko.
Memahami proses pengurusan risiko.
Memahami bagaimana untuk menangani risiko.
Memahami risiko dari perspektif Islam.
Memahami hubungan antara risiko dengan Takaful.
A2.1 PENGENALAN
Istilah "risiko" secara amnya dikaitkan dengan kemungkinan
berlakunya kerosakan,
kecederaan atau kerugian. Terdapat unsur ketidakpastian daripada
peristiwa yang berlaku
dan akibat daripada peristiwa tersebut.
Menurut Khidmat Nasihat Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan
United Kingdom (The
Occupational Health and Safety Advisory Services, United
Kingdom), risiko ditakrifkan
sebagai "gabungan kemungkinan berlakunya peristiwa berbahaya
atau pendedahan
kepada peristiwa berbahaya dan tahap keterukan kecederaan atau
kemudaratan yang
boleh berlaku akibat peristiwa atau pendedahan tersebut". (the
combination of the
likelihood of an occurrence of a hazardous event or exposure(s)
and the severity of
injury or ill health that can be caused by the event or
exposure(s).)
Dalam Takaful, perkataan "risiko" merujuk kepada kemungkinan
berlakunya sesuatu
peristiwa dan tahap keterukan kesan-kesan negatif daripada
peristiwa tersebut. Dalam erti
kata lain, ia sentiasa melibatkan ketidakpastian yang berpunca
daripada kemungkinan
berlakunya sesuatu peristiwa, yang mana hasilnya boleh
mengakibatkan seseorang
berada dalam kedudukan yang lebih buruk berbanding dengan
kedudukan beliau sebelum
berlakunya peristiwa tersebut.
A2.2 KONSEP RISIKO
Memandangkan wujudnya kaitan antara risiko dengan Takaful,
tumpuan akan diberikan
pada risiko yang melibatkan kemungkinan berlakunya kerugian dari
segi kewangan.
Kerugian kewangan boleh ditakrifkan sebagai penurunan atau
kehilangan nilai
disebabkan oleh sesuatu kontingensi.
-
17
Selain risiko merupakan ketidakpastian yang mungkin menyebabkan
kerugian akibat
daripada peristiwa yang tidak dijangka, risiko juga merupakan
hubungan antara
kekerapan dengan keterukan. Kekerapan merujuk kepada berapa kali
kerugian berlaku
(contohnya 170,670 kemalangan jalan raya setiap tahun) manakala
keterukan merujuk
kepada saiz kerugian (contohnya kerosakan kenderaan akibat
kemalangan jalan raya
mencapai RM10 juta pada tahun 2012). Hubungan antara kekerapan
dengan keterukan
kewangan justeru adalah penting bagi syarikat insurans dan
Pengendali Takaful.
Secara umumnya, terdapat kekerapan yang tinggi bagi kadar
insiden yang rendah dan
kekerapan yang rendah bagi kadar insiden yang tinggi.
Sebagai contoh, terdapat banyak insiden kecil kebakaran rumah
berbanding dengan
sangat sedikit kes kebakaran rumah yang musnah sama sekali.
2.2.1 Kategori Risiko
Risiko boleh dikelaskan kepada beberapa kategori yang berbeza.
Kategori yang paling
penting adalah seperti yang berikut:
1. Risiko Tulen berbanding Risiko Spekulatif
Risiko Huraian Contoh
Tulen Kemungkinan yang boleh
menyebabkan hanya kerugian
(contoh, rumah musnah akibat
kebakaran) atau tiada kerugian
(contoh rumah tidak musnah akibat
kebakaran yang berlaku pada tahun
itu). Risiko tulen amnya boleh
dilindungi.
Kebakaran, kilat, banjir,
ribut, kematian awal,
kemalangan, kecurian, dan
lain-lain
Spekulatif
Kemungkinan yang boleh
menyebabkan kerugian, tiada
kerugian atau keuntungan
(perolehan). Risiko spekulatif
amnya tidak boleh dilindungi.
Pelaburan dalam pasaran
saham, turun naik mata
wang asing, menceburi
perniagaan baharu.
2. Risiko Asas berbanding Risiko Khusus
Risiko Penerangan Contoh
Asas Risiko yang akan memberikan
kesan kepada semua lapisan
masyarakat atau sejumlah besar
orang dalam masyarakat. Risiko ini
bukan dalam kawalan individu.
Kerosakan kepada harta
benda akibat gempa bumi,
peperangan, dan lain-lain
-
18
Khusus Risiko yang akan memberi kesan
kepada individu sahaja dan dalam
kawalan individu.
Kerosakan kepada harta
benda akibat kemalangan,
kecurian, rompakan.
2.2.2 Jenis Risiko Tulen
Risiko tulen boleh dikategorikan kepada tiga (3) jenis yang akan
menjejaskan
jaminan kewangan, iaitu:
1. Risiko peribadi
Risiko ini ditakrifkan sebagai risiko yang secara langsung
memberikan kesan
terhadap individu.
Risiko peribadi seterusnya boleh dibahagikan kepada empat (4)
jenis seperti yang
berikut:
Bil. Jenis risiko Huraian
1 Kematian Awal Kematian ketua isi rumah atau pencari nafkah
boleh menyebabkan kesukaran kewangan kepada
tanggungan.
2 Pendapatan yang
tidak mencukupi
semasa Persaraan
Kemungkinan pesara hilang pendapatan yang
diperoleh mereka jika mereka tidak mempunyai
aset kewangan yang mencukupi atau sumber
pendapatan persaraan lain.
3 Kesihatan tidak
memuaskan
Kemungkinan untuk membayar bil-bil perubatan
yang terlalu besar dan kehilangan pendapatan.
4 Pengangguran Ancaman utama terhadap jaminan kewangan
akibat
daripada kitaran menurun perniagaan, perubahan
teknologi dan ekonomi dan lain-lain
2. Risiko Harta Benda
Risiko harta benda merujuk kepada kemungkinan kerugian
disebabkan oleh
kerosakan harta benda yang berpunca daripada pelbagai sebab,
seperti kebakaran,
banjir, gempa bumi dan bencana alam yang lain.
Terdapat dua (2) jenis risiko yang berkaitan dengan harta
benda:
-
19
Bil. Jenis risiko Huraian
1 Kerugian Langsung Kerugian kewangan akibat kerosakan
fizikal,
kemusnahan atau kecurian harta. Sebagai contoh,
sebuah kilang musnah oleh kebakaran (kerosakan
fizikal kilang ialah satu kerugian langsung).
2 Kerugian tidak
langsung atau
kerugian turutan
Kerugian kewangan akibat tidak langsung daripada
berlakunya kerosakan fizikal secara langsung atau
kerugian kecurian harta. Sebagai contoh, tambahan
kepada kerosakan fizikal kilang, pemilik akan
kehilangan pendapatan (kerugian turutan)
disebabkan oleh pengurangan dalam pengeluaran
sementara kilang itu sedang dibaik pulih.
3. Risiko Liabiliti.
Risiko ini merujuk kepada kecederaan tubuh badan pihak ketiga
atau kerosakan
harta benda. Dalam kes ini, mahkamah boleh memerintahkan orang
yang
menyebabkan kemalangan untuk membayar ganti rugi yang besar
kepada orang
yang mengalami kecederaan.
Contoh:
Firma perniagaan boleh dipertanggungjawabkan dari segi
undang-undang bagi
produk yang rosak yang boleh menyebabkan kecederaan atau
kerosakan harta
benda kepada pengguna yang menggunakan produk ini.
2.2.3 Ciri- Risiko yang Boleh Dilindungi di bawah Takaful
Bil. Ciri Huraian
1 Nilai kewangan
Risiko ini mesti melibatkan kerugian yang boleh diukur
dari segi kewangan supaya pampasan kewangan boleh
dibuat akibat daripada kerugian, contohnya kebakaran
rumah, kereta yang dicuri.
2 Pendedahan
homogen (sama
jenis)
Perlu ada sejumlah besar risiko yang serupa, dan homogen
(sama jenis) sebelum mana-mana risiko daripada jumlah
yang besar tersebut boleh diinsuranskan.
3 Risiko Tulen
Secara umumnya, hanya risiko tulen (kerugian atau
pulangan modal) boleh diinsuranskan kerana insurans
tidak boleh digunakan untuk membuat keuntungan.
-
20
4 Risiko khusus Risiko-risiko khusus boleh dilindungi jika
mereka
memenuhi kriteria-kriteria risiko yang lain yang boleh
dilindungi di bawah Takaful. Risiko-risiko asas secara
umumnya tidak boleh dilindungi, contohnya peperangan,
perubahan dalam adat walaupun risiko-risiko tertentu
boleh dipertimbangkan bergantung pada lokasi geografi
risiko-risiko tersebut.
5 Kebetulan Kekerapan dan keterukan apa-apa risiko mestilah
benar-
benar di luar kawalan orang yang menginsuranskan.
6 Kepentingan Boleh
Takaful
Ditakrifkan sebagai hubungan undang-undang antara
orang yang diinsuranskan dengan sesuatu perkara dalam
Takaful. Risiko yang hendak diinsuranskan mesti
mempunyai beberapa bentuk kerugian kewangan yang
diiktiraf oleh undang-undang. Orang yang Diinsuranskan
mestilah orang yang akan mengalami beberapa kerugian
kewangan jika risiko itu menjadi nyata, contohnya
pemilik rumah menginsuranskan rumahnya sendiri.
2.2.4 Sumber Risiko
Selain risiko, penting juga untuk memahami faktor-faktor yang
boleh menyebabkan atau
menyumbang kepada berlakunya kerugian iaitu "Peril "dan" Bahaya
".
1. Peril
Peril menyebabkan berlakunya penyimpangan daripada apa yang
kita
jangkakan. Ia merupakan penyebab langsung kepada kerugian.
Kewujudan
peril memastikan bahawa kita dikelilingi oleh risiko seperti
banjir, kematian,
sakit, kecurian, keganasan dan lain-lain dan ini dibincangkan di
bawah.
a. Peril Semula Jadi:
Kategori ini termasuk peril seperti kecederaan dan kerosakan
yang
disebabkan oleh unsur-unsur alam semula jadi seperti hujan, ais,
salji,
taufan, hurikan, gunung berapi, ombak besar, angin, gempa bumi,
atau
banjir.
b. Peril Disebabkan Manusia:
Terdapat juga peril disebabkan oleh manusia, yang
menyebabkan
kerugian. Ini merupakan hasil perbuatan masyarakat kita dan
tindakan
ganas dan tidak berperi kemanusiaan, yang mengakibatkan
penyimpangan daripada jangkaan. Terdapat banyak peril
seumpama
ini, tetapi hanya sebahagian sahaja dibincangkan untuk
menggambarkan kepentingan mereka.
-
21
i. Kecurian
ii. Rusuhan, mogok dan kerosakan dengan niat jahat
iii. Kemalangan
c. Peril Ekonomi:
Kategori peril yang ketiga atau punca risiko ialah bercirikan
ekonomi
dan contoh risiko jenis ini ialah kegawatan, inflasi, turun naik
pasaran
tempatan dan ketidakstabilan firma perindustrian. Kegawatan
dalam
pasaran menyebabkan tahap pengeluaran yang rendah dan
peningkatan dalam pengangguran. Hasil pengeluaran yang
rendah
menyebabkan keuntungan yang berkurangan atau kerugian bagi
tempat-tempat perniagaan manakala pengangguran menyebabkan
pendapatan individu terhenti lantas mengakibatkan penderitaan
mental
dan fizikal.
2. Bahaya
Sementara bencana adalah punca langsung kerugian, bahaya
merupakan
faktor asas, yang meningkatkan kemungkinan berlakunya
kerugian.
Terdapat syarat-syarat, yang lebih berbahaya daripada yang lain
contohnya,
pekerjaan, sebagai juruelektrik adalah pekerjaan yang lebih
berbahaya
berbanding dengan jurubank kerana juruelektrik lebih mudah
terdedah
kepada kemalangan.
Bil. Jenis Bahaya Huraian
1 Bahaya Fizikal Bahaya fizikal ditakrifkan sebagai keadaan
fizikal
yang meningkatkan kemungkinan kehilangan.
Contoh:
Kerosakan pendawaian di bangunan yang
meningkatkan peluangkebakaran.
2 Bahaya Moral Bahaya moral ditakrifkan sebagai sikap
individu
yang meningkatkan kemungkinan kebakaran.
Contoh:
Membakar barangan yang tidak terjual dengan
sengaja yang dilindungi di bawah Takaful.
-
22
3 Bahaya moral Bahaya moral ialah suatu sikap kurang
prihatin
mengenai akibat tindakannya.
Satu contoh ini ialah seorang yang cuai
memadamkan rokok dan tidak ambil peduli
tindakannya melemparkan rokok itu di sekitar
yang boleh menyebabkan kebakaran.
A2.3 PENGURUSAN RISIKO
Menurut Institut Insurans Bertauliah UK (Chartered Insurance
Institute UK), pengurusan
risiko boleh ditakrifkan sebagai "pengenalpastian, analisis dan
kawalan ekonomi bagi
semua risiko yang memberikan kesan kepada aset dan keupayaan
pendapatan
perusahaan".
Sementara itu, Institut Insurans Malaysia (Malaysian Insurance
Institute, MII)
mentakrifkan pengurusan risiko sebagai " pendekatan sistematik
dalam menangani risiko
yang mengancam aset dan pendapatan daripada perniagaan atau
perusahaan ".
2.3.1 Proses Pengurusan Risiko
1. Mengenal Pasti Risiko
Merujuk kepada proses mengenal pasti, menganalisis, mengkaji
dan
menjangkakan kemungkinan risiko. Objektif mengenal pasti risiko
adalah
untuk mengenal pasti dan mengkategorikan risiko yang boleh
menjejaskan
projek dan mendokumentasikan risiko-risiko ini. Hasil daripada
mengenal
pasti risiko ialah penyenaraian risiko-risiko.
-
23
2. Menilai Risiko
Menilai risiko ialah proses menentukan kesan risiko atau potensi
kerugian
supaya tindakan sewajarnya dapat diambil, dengan mengambil kira
sumber
yang ada. Dalam usaha menilai atau menentukan impak risiko,
berikut perlu
dipertimbangkan:
a. Kekerapan Risiko
Merujuk kepada bilangan berapa kali peristiwa yang
menyebabkan
kerugian akan berlaku dalam tempoh masa yang diberikan
(kebarangkalian kejadiannya).
b. Keterukan Risiko
Merujuk kepada kos atau jumlah kerugian, dari segi nilai wang,
yang
timbul daripada peristiwa yang menyebabkan kerugian.
3. Membangunkan Pelan Pengurusan Risiko
Setelah risiko dinilai sepenuhnya, maka perlu pula untuk
membangunkan
pelan pengurusan risiko dengan memilih kaedah pengendalian
risiko yang
bersesuaian. Pemilihan perlu mengambil kira kos dan
keberkesanan.
Berikut ialah kaedah pengendalian risiko:
Kaedah Huraian
Penghindaran
risiko
Ini merupakan teknik yang diusahakan untuk menghapus atau
mencegah risiko melalui pemberhentian aktiviti-aktiviti atau
perniagaan yang mencetuskan risiko.
Contoh:
Seorang perokok berhenti merokok untuk mengelak risiko
kanser paru-paru.
Pengawalan
Risiko
Ini merupakan satu teknik untuk mengurangkan risiko bagi
mencapai tahap yang standard dan wajar. Ia melibatkan kaedah
yang mengurangkan tahap kerugian yang teruk atau
kemungkinan berlakunya kerugian.
Contoh:
Pemasangan perenjis air untuk memadamkan api bagi
mengurangkan tahap kerugian yang teruk.
-
24
Pengekalan
Risiko
Ini melibatkan penerimaan risiko jika tahap semasa risiko
sudah berada pada tahap yang boleh diterima. Pengekalan
risiko ialah satu strategi yang berdaya maju bagi risiko
kecil
apabila kos menginsuranskan risiko akan lebih besar dari
masa
ke masa berbanding dengan jumlah kerugian yang dialami.
Pemindahan
risiko
Ini melibatkan pemindahan risiko kepada organisasi atau
individu. Apabila risiko dipindahkan, kerugian akan dibayar
oleh organisasi atau individu yang mana risiko tersebut
dipindahkan.
Contoh:
Seorang pemilik rumah boleh memindahkan risiko kerugian
yang ditanggung apabila rumahnya musnah oleh kebakaran
dengan menandatangani kontrak insurans kebakaran.
Perkongsian
risiko
Islam tidak membenarkan penukaran risiko, iaitu jumlah
pemindahan akibat kerugian kewangan yang timbul daripada
risiko. Ia tidak diiktiraf sebagai adil kepada setiap pihak
kerana
ia boleh menyebabkan terlebih beban -tuntutan di luar niat
asal
Pengendali Takaful, atau sebaliknya, yang juga boleh
menyebabkan tahap premium yang tidak munasabah dikenakan
kepada orang yang diinsuranskan.
Sebagai alternatif, individu atau organisasi boleh berkongsi
risiko dengan orang lain yang mempunyai ciri risiko yang
sama. Amalan ini dikenali sebagai Takaful atau saling
melindungi.
4. Melaksana Pelan Pengurusan Risiko
Setelah melakukan pemilihan terhadap kaedah yang sesuai, pelan
tersebut
sedia untuk dilaksanakan. Bagi melaksanakan langkah ini, risiko
tersebut
perlu diberikan keutamaan dan diselaraskan dengan
tindakan-tindakan yang
diambil. Salah satu tindakan sudah tentunya adalah untuk
menginsuranskan /
melindungi risiko.
5. Mengkaji dan memantau Pelan Pengurusan Risiko
Aktiviti ini melibatkan kajian secara berkala, pemantauan ke
atas proses
pelaksanaan serta semakan secara progresif ke atas pelan
berdasarkan apa-apa
perubahan dalam persekitaran perniagaan dan ekonomi.
Kajian secara berkala boleh membantu untuk mengenal pasti
apa-apa
kekurangan atau pelarasan dan juga memastikan objektif pelan itu
dicapai.
Kajian perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali setahun.
-
25
A2.4 KONSEP RISIKO DALAM ISLAM
Salah faham dalam kalangan umat Islam terhadap konsep takdir
(qada’ dan qadar)
adalah perkara biasa. Mereka percaya bahawa masa depan mereka
adalah di tangan Allah
(SWT) dan manusia tidak perlu mengambil apa-apa tindakan
proaktif untuk mengubah
keadaan mereka.Ini adalah bertentangan dengan ayat al-Quran
berikut:
"... Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu
kaum sehingga
mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. "
(Ar Ra'd: 11)
Islam menerima pakai pengurusan risiko sebagai salah satu cara
untuk memastikan
pencapaian sasaran dan objektif ke arah Sa'adah (kebahagiaan) di
dunia dan akhirat. Ini
boleh dijustifikasikan oleh ayat-ayat Al-Quran dan hadis.
Bukti Al-Quran
"Dan (pada suatu hari) raja Mesir berkata: “Sesungguhnya aku
mimpi melihat: tujuh
ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus,
dan aku melihat
tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau dan tujuh tangkai lagi
yang kering. Wahai ketua-
ketua kaum (yang hadir), terangkanlah kepada ku tentang mimpi ku
ini, kalau kamu
orang-orang yang pandai menta`birkan mimp. Mereka menjawab:
“Yang demikian itu
ialah mimpi-mimpi yang bercampur aduk, dan kami bukanlah
orang-orang yang
mengetahui mimpi-mimpi (yang sedemikian) itu. Dan (pada saat
itu) berkatalah orang
yang terselamat di antara mereka yang berdua itu, dan yang
baharu teringat (akan
pesanan Yusuf) sesudah berlalu suatu masa yang lanjut: “Aku akan
memberitahu kepada
kamu ta`birnya. Oleh itu, hantarkanlah daku pergi (kepada orang
yang mengetahui
ta`birnya)". (Setelah ia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah dia):
"Yusuf, wahai orang
yang benar (pada segala-galanya)! Ta`birkanlah kepada kami
(seorang bermimpi
melihat): tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor
lembu yang kurus dan
tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi
yang kering (ta`birkanlah)
supaya aku kembali kepada orang-orang yang mengutus ku itu,
semoga mereka dapat
mengetahui ta`birnya".Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam
bersungguh-
sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam
biarkanlah dia pada
tangkai-tangkainya kecuali sedikit dari bahagian yang kamu
jadikan untuk makan.
Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun yang
bersangatan kemaraunya,
yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya
kecuali sedikit dari apa
yang kamu simpan (untuk dijadikan benih). "Kemudian akan datang
pula sesudah itu
tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya
mereka dapat
memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)".
(Surah Yusuf: 43-49)
Berdasarkan tafsiran ini, Nabi Yusuf (as) telah menasihati Raja
Mesir cara untuk
menghadapi apa-apa malapetaka. Dalam usaha untuk mempersiapkan
diri bagi
-
26
menghadapi 7 tahun kemarau (seperti yang diramalkan oleh Nabi
Yusuf (as), orang-orang
Mesir digalakkan untuk menanam tanaman secara aktif dalam tempoh
7 tahun pertama
dan menyimpan hasil tersebut. Raja Mesir kemudiannya telah
melantik Nabi Yusuf (as)
sebagai Menteri Pertanian. Baginda kemudiannya melaksanakan
cadangannya sendiri,
seperti yang diperkenankan oleh Raja Mesir, dan hasilnya negara
itu berupaya
mengharungi 7 tahun kemarau.
Ini adalah satu contoh yang jelas tentang pengurusan risiko,
iaitu risiko kelaparan dan
kebuluran dapat dicegah dengan menanam tanaman dan bahan yang
boleh dimakan
dalam tempoh 7 tahun kemakmuran.
Bukti Hadis
Nabi Muhammad (saw) pernah bertanya kepada seorang Badwi yang
telah
meninggalkan unta beliau dengan membuka ikatannya, "Mengapa kamu
tidak mengikat
unta anda?" Orang Badwi itu menjawab, "Saya serahkan kepada
kehendak Allah. Nabi
(saw) berkata, "Ikatlah unta kamu terlebih dahulu kemudian
berserahlah kepada Allah
(SWT).
Perbualan ini menggambarkan bahawa bukan sahaja umat Islam harus
menerima takdir
mereka tetapi juga menunjukkan bagaimana umat Islam perlu
berusaha untuk
mengurangkan risiko kerugian dan bencana, iaitu pengurusan
risiko.
A2.5 RISIKO DAN TAKAFUL
Terdapat banyak salah faham dalam kalangan umat Islam terhadap
konsep takdir.
Sesetengah orang Islam percaya bahawa masa depan adalah di
tangan Allah (SWT),
apabila mereka menghadapi mentaliti takdir dengan meletakkan
diri mereka dalam
doktrin ini, iaitu sama ada seseorang itu kaya atau miskin,
gembira atau sedih, semuanya
ditakdirkan oleh Allah (SWT). Akibat salah faham yang nyata ini,
apa-apa usaha atau
strategi pengurusan risiko untuk melindungi aset atau kehidupan
telah dianggap sebagai
bertentangan dengan takdir dan kehendak Allah (SWT).
Dalam perancangan kewangan Islam, Takaful ialah satu cara untuk
mengurangkan risiko
kerugian kewangan akibat kemalangan dan musibah (Iqtisad
Al-Islamy, 2003). Pada
hakikatnya, Pelan Takaful ialah alternatif kepada insurans dalam
perancangan kewangan
konvensional. Dalam pelan Takaful, peserta akan membayar
sejumlah wang yang
ditentukan sebagai caruman (dikenali sebagai premium)
sebahagiannya kepada dana
risiko (peserta akaun khas) dengan menggunakan konsep Tabbaru
'(derma) dan
sebahagiannya kepada pihak lain (dikenali sebagai pengendali
Takaful ) dengan
persetujuan bersama bahawasanya Pengendali Takaful adalah di
bawah tanggungjawab
dari segi undang-undang untuk memberikan peruntukan untuk
perlindungan kewangan
-
27
kepada peserta terhadap kerugian yang tidak dijangkakan,
sekiranya risiko itu berlaku
dalam tempoh yang telah dipersetujui.
Dalam Takaful, risiko daripada individu atau organisasi
disebarkan atau dikongsi dengan
individu atau organisasi lain yang mempunyai corak yang sama
secara relatif. Individu
atau organisasi yang mengambil bahagian dalam skim ini akan
memberikan caruman
kepada dana Takaful. Sekiranya sesuatu risiko berlaku, mereka
akan menerima pulangan
daripada dana Takaful untuk menampung kerugian yang telah
dialami mereka.
-
28
BAB A3
PENGENALAN TAKAFUL
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir bab ini, calon akan dapat:
Memahami konsep asas Takaful.
Memahami aplikasi dan manfaat Takaful.
A3.1 PENGENALAN
Industri Takaful Malaysia telah menyaksikan pertumbuhan yang
pesat sejak awal
penubuhannya pada tahun 1984. Industri ini telah berkembang
daripada industri yang
terdiri dari Pengendali Takaful tunggal untuk menjadi industri
yang berdaya maju. Hari
ini, Takaful merupakan industri yang penting dalam sistem
kewangan Islam.
Menurut laporan Bank Negara Malaysia yang terkini, industri
Takaful mengalami purata
kadar pertumbuhan sebanyak 27 peratus daripada segi sumbangan
atau caruman bersih
antara tahun 2005 hingga 2012.
3.1.1 Definisi
Perkataan “Takaful” berasal daripada kata kerja bahasa Arab
“kafala” yang bermaksud
saling menjamin. Oleh itu, pakatan yang melibatkan
sekurang-kurangnya antara dua
pihak yang sama-sama bersetuju untuk menjamin satu sama lain
sekiranya berlaku
kehilangan atau kerugian, sebagai akibat daripada ditimpa
bencana mentakrifkan istilah
"Takaful".
Menurut Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA) Takaful
bermaksud:
"Suatu pengaturan yang berdasarkan saling membantu di mana
peserta Takaful bersetuju
untuk menyumbang kepada kumpulan wang bersama yang memberi
manfaat kewangan
bersama yang boleh dibayar kepada peserta Takaful atau waris
mereka apabila berlaku
keadaan-keadaan yang telah dipersetujui terlebih dahulu".
A3.2 FALSAFAH DAN KONSEP TAKAFUL
Pada dasarnya, sistem Takaful adalah berasaskan saling
bekerjasama, bertanggungjawab,
jaminan, perlindungan dan membantu dalam kalangan para
pesertanya. Amalan yang
sama boleh dilihat dalam amalan al-aqilah di bawah adat
kebiasaan suku bangsa Arab
-
29
sebelum kedatangan Islam di mana seorang pembunuh dikehendaki
membayar wang
darah (diyat) sebagai pampasan kepada keluarga si mati. Doktrin
ini telah dibenarkan
oleh Nabi Muhammad (saw) dan seterusnya dijadikan mandatori
semasa Khalifah kedua,
Saidina Umar Al Khatab (ra).
1. Asas Kerjasama
Takaful, adalah berasaskan konsep ta'awun bermaksud saling
membantu. Para
peserta skim Takaful bersetuju untuk membantu antara satu sama
lain dalam
berbentuk kewangan dalam perkara keperluan yang khusus
(sebagaimana yang
ditakrifkan dalam kontrak Takaful) dengan menyumbang atau
menderma kepada
satu kumpulan wang yang umum.
Konsep ini adalah berdasarkan perintah Allah (SWT) menerusi ayat
yang berikut:
"... Bekerjasamalah kamu dalam kebaikan dan ketakwaan, tetapi
jangan kamu
membantu satu sama lain dalam dosa dan permusuhan"
(al-Maidah: 2)
Nabi Muhammad (saw) menegaskan dalam hadis yang berikut:
"Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi dia membantu
orang lain"
(Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud)
2. Asas Tanggungjawab
Seiring dengan disiplin syariah ke atas Takaful (yang bermaksud
berkongsi
tanggungjawab dan berkongsi jaminan), para peserta bersetuju
untuk memberi
pampasan sekiranya berlaku musibah.
Ibarat hubungan dan perasaan orang-orang yang beriman, antara
satu sama
lain, adalah seperti jasad, apabila salah satu daripada
bahagian-bahagian yang
ditimpa kesakitan, maka seluruh jasad akan merasainya.
(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)
3. Asas Saling Melindungi
Para peserta Skim Takaful bersetuju untuk saling
bertanggungjawab atau
berkongsi tanggungjawab.
Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah, tiada siapa akan
masuk
Syurga jika beliau tidak melindungi jirannya yang berada dalam
kesusahan.
(Diriwayatkan oleh Ahmad)
-
30
A3.3 APLIKASI DAN MANFAAT-MANFAAT TAKAFUL
Pada tahun 1985 Majlis Akademik Liga Islam Sedunia, sesudah
membuat
pengubahsuaian yang sewajarnya membuat kesimpulan bahawa
insurans berbentuk
kerjasama adalah diterima dan dianggap sebagai alternatif kepada
insurans. Sistem ini
yang berada di dalam rangka kerja Islam perlu diasaskan seperti
berikut:
1. Takaful
Ulama Islam sebulat suara bersetuju bahawa perlindungan yang
sesuai dengan
kehendak syariah boleh diasaskan atas konsep Islam Takaful.
Takaful adalah kata
nama yang berasal daripada kata kerja bahasa Arab "kafala" yang
bermaksud
untuk menjaga keperluan seseorang. Takaful bermaksud saling
membantu dalam
kalangan kumpulan iaitu setiap ahli kumpulan bersama-sama
berusaha untuk
membantu mereka yang memerlukan dari dalam kumpulan.
Konsep Takaful adalah berdasarkan perpaduan, berkongsi
tanggungjawab dan
persaudaraan ddalam kalangan ahli. Takaful boleh ditakrifkan
sebagai tindakan
sekumpulan orang yang berhasrat untuk menjamin antara satu sama
lain dari
dalam kumpulan terhadap kehilangan atau kerosakan yang mungkin
berlaku ke
atas sesiapa sahaja antara mereka.
Ciri-ciri utama operasi Takaful adalah seperti berikut:
o Pengendali bukanlah yang menanggung risiko, para Peserta yang
saling melindungi antara satu sama lain.
o Pengendali Takaful bertindak sebagai pemegang amanah bagi
pihak para Peserta untuk menguruskan operasi perniagaan
Takaful.
o Semua caruman (premium) yang dibayar oleh peserta akan
terkumpul dalam dana Takaful untuk pembayaran manfaat Takaful.
o Dana Takaful pada masa yang sama boleh dilaburkan dalam urus
niaga yang diluluskan oleh Jawatankuasa Syariah.
2. Model Takaful
a. Mudharabah (Kontrak Perkongsian Keuntungan)
Dalam perniagaan Takaful, para peserta adalah sebagai pemberi
modal
yang menyumbang sejumlah wang pada kumpulan wang Takaful,
manakala Pengendali Takaful sebagai usahawan bersetuju untuk
menguruskan kumpulan wang tersebut dengan hasrat menjana
keuntungan
bagi kedua-dua pihak, peserta dan pengendali berkongsi
keuntungan pada
kadar yang ditentukan.
-
31
b. Wakalah (Kontrak Agensi)
Dalam perniagaan Takaful, peserta melantik Pengendali Takaful
sebagai
wakil mereka untuk menguruskan perlindungan Takaful dan
kumpulan
wang Takaful mereka.
Sebagai balasan bagi perkhidmatan agensi, Pengendali Takaful
dibenarkan
untuk mengenakan bayaran di bawah perjanjian tersebut. Fi boleh
dibayar
daripada caruman peserta Takaful. Ini bererti berdasarkan model
di atas,
perbelanjaan pengurusan boleh dicajkan kepada kumpulan wang
Takaful
sebagai caj pendahuluan.
3. Konsep dan Kontrak Takaful
a. Tabarru' (Derma)
Dalam perniagaan Takaful, peserta bersetuju untuk menyumbang
kepada
kumpulan wang Takaful berasaskan kontrak tabarru'. Kontrak
Tabarru'
adalah elemen teras dalam perniagaan Takaful dan bukan
sahaja
diamalkan di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia.
Tabarru' dengan nyatanya mengislamkan kontrak insurans
dengan
menghapuskan kebanyakan unsur-unsur yang bercanggah. Ini
sebenarnya
adalah perbezaan asas antara insurans yang patuh syariah dan
insurans
konvensional. Dalam kontrak Takaful, Peserta hendaklah bersetuju
untuk
melepaskan sebagai derma keseluruhan atau sebahagian tertentu
caruman
yang sekali gus membolehkannya memenuhi tanggungjawab saling
membantu dan saling jamin-menjamin.
Kelebihan tabarru' dalam Takaful:
i. Perlindungan Takaful yang patuh syariah. ii. Kelebihan
melakukan amal soleh.
A3.4 MANFAAT-MANFAAT TAKAFUL
Takaful menawarkan kedua-dua keuntungan kewangan melalui skim
perlindungan dan
"keuntungan" dari segi kerohanian. Beberapa manfaat adalah
seperti berikut:
1. Takaful membolehkan peserta untuk menunaikan tanggungjawab
sosial terhadap
masyarakat dan keluarga.
2. Takaful juga membolehkan bantuan kewangan bagi yang kurang
bernasib baik
dan mereka yang memerlukan melalui konsep tabarru' di mana
sebahagian
daripada sumbangan itu akan diagihkan kepada kumpulan wang
berisiko. Derma
-
32
"Tabarru" juga membolehkan peserta untuk menyucikan diri mereka
serta
mencapai ketenangan fikiran.
3. Menggalakkan nilai-nilai moral dan etika berurusan dalam
semua aktiviti
perniagaan dan operasi kerana ianya bebas daripada unsur-unsur
yang dilarang
seperti riba, gharar dan maysir serta lain-lain unsur yang
dilarang dalam urusan
kewangan.
4. Memberi perlindungan dan keselamatan untuk keluarga dan
kumpulan daripada
sebarang musibah.
-
33
BAB A4
PERBANDINGAN ANTARA TAKAFUL DAN INSURANS
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir bab ini, calon akan dapat:
Memahami konsep asas, dasar dan jenis-jenis insurans.
Memahami dan menerangkan unsur-unsur yang dilarang dalam amalan
insurans.
Memahami dan menerangkan perbezaan antara Takaful dan
insurans.
A4.1 PENGENALAN
Insurans boleh ditakrifkan sebagai kontrak di mana satu pihak
yang dinamakan sebagai
penanggung insurans, berjanji sebagai balasan terhadap
pertimbangan yang dipersetujui,
yang dipanggil premium bagi membayar kepada pihak lain, yang
dinamakan pihak
diinsuranskan, sejumlah wang, apabila berlakunya keadaan
tertentu pada tempoh tertentu.
Oleh itu, dalam erti kata yang lain, kontrak insurans adalah
kontrak antara dua pihak,
penanggung insurans dan pihak diinsuranskan, di mana pihak
terdahulu berjanji untuk
membayar ganti rugi kepada pihak yang kemudian apabila
berlakunya keadaan tertentu
sebagai pulangan pada sumbangan atau carumannya.
Insurans telah wujud sejak beberapa abad. Sesetengah ahli
sejarah menjejaki asal usul
insurans dari 215 Masihi /CE, apabila kerajaan Romawi diperlukan
oleh pembekal tentera
untuk menanggung semua risiko yang timbul akibat daripada
serangan musuh, ribut, dan
lain-lain bencana alam terhadap bekalan yang dibawa di atas
kapal mereka. (Omar Fisher,
2009). Bukti terawal kontrak insurans bermula dari tahun sekitar
2,800 Sebelum Masihi
di mana kod perundangan Babylon menunjukkan peraturan mengenai
insurans. Pada
asasnya konsep insurans telah dibangunkan untuk menangani bahaya
yang dihadapi oleh
saudagar-saudagar dan pedagang-pedagang di laut. Ini berbeza
daripada perlindungan
kargo dan barangan yang dibawa oleh kapal-kapal bagi
perlindungan terhadap kehilangan
nyawa para pelayar dan pegawai.
Dalam erti kata lain, terdapat keperluan untuk manusia bersedia
terhadap kerugian. Dan
insurans moden boleh dijejaki bermula pada abad 1600 Masihi,
apabila saudagar-
saudagar British dan pemilik kapal mula bertemu di kedai kopi
berhampiran Lombard
Street di London. Kedai kopi ini dinamakan Lloyd, di mana mereka
membuat perjanjian
untuk saling berkongsi dalam keuntungan dan kerugian pelayaran
di laut (Omar Fisher,
2009).
Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa amalan tersebut juga
tersebar luas di kalangan
orang Cina, Yunani dan Eropah. Kes pertama insurans hayat
bermula pada tahun 1583 di
-
34
England di mana kontrak jangka tertentu dikeluarkan untuk hayat
William Gybbon. Satu
perkembangan yang penting dalam industri insurans hayat ialah
pembangunan jadual
kemortalan oleh Edmund Halley dalam tahun 1693. Walau
bagaimanapun, kira-kira satu
abad kemudiannya barulah tahap ketepatannya telah dicapai dalam
meramal kadar
kemortalan.
Insurans telah diperkenalkan di Malaysia bermula sejak abad
ke-18 dan ke-19 di mana
firma-firma perdagangan dan rumah-rumah agensi bertindak sebagai
ejen bagi syarikat-
syarikat insurans dari United Kingdom. Setelah mencapai
kemerdekaan, terdapat usaha
untuk menubuhkan syarikat insurans tempatan. Awal 1960-an
menyaksikan pertumbuhan
banyak syarikat-syarikat insurans hayat dan am. Sesetengah
syarikat dikendalikan secara
kurang sihat dengan garis panduan pengunderaitan yang tidak
wajar.
Kerajaan kemudiannya campur tangan dan Akta Insurans 1963 telah
diperkenalkan. Di
bawah Akta tersebut, pengendalian dan pengawasan industri
insurans secara am adalah
dalam bidang kuasa Ketua Pengarah Insurans di bawah Kementerian
Kewangan. Baru-
baru ini, Kerajaan telah memperkenalkan Akta Perkhidmatan
Kewangan 2013 bagi
menggantikan akta yang lama.
4.1.1 Definisi Insurans
Insurans boleh ditakrifkan sebagai kontrak di mana satu pihak
dinamakan penanggung
insurans, berjanji sebagai balasan terhadap pertimbangan yang
dipersetujui, dipanggil
premium bagi membayar kepada pihak lain, yang dinamakan pihak
diinsuranskan,
sejumlah wang, apabila berlakunya keadaan tertentu sepanjang
tempoh tertentu.
4.1.2 Asas Insurans
Insurans adalah satu proses di mana kerugian yang dialami oleh
beberapa pihak disebar
luas kepada dan ditanggung oleh pihak yang ramai. Dalam amalan
moden, insurans
adalah satu bentuk di mana beban kewangan musibah dipindahkan
daripada Penanggung
Insurans kepada Pihak yang Diinsuranskan. Konsep di sebalik
insurans adalah bahawa
sekumpulan orang terdedah kepada risiko yang sama berkumpul
bersama-sama dan
memberi sumbangan ke arah pembentukan satu kumpulan wang
terkumpul. Seandainya
ada pihak yang benar-benar mengalami kerugian daripada risiko
tersebut, ia dibayar
pampasan daripada kumpulan wang terkumpul yang sama. Sumbangan
kepada
pengumpulan tersebut dilakukan oleh sekumpulan orang yang
berkongsi risiko umum
dan dikutip oleh syarikat insurans dalam bentuk premium.
Kontrak insurans adalah kontrak indemniti/ganti rugi (tidak
termasuk Insurans Hayat dan
Kemalangan Diri) dan prinsip ini menempatkan Pihak Diinsuranskan
pada kedudukan
kewangan yang sama seperti mana dia berada sebelum berlakunya
musibah. Jumlah
pihak diinsuranskan mestilah ditetapkan pada tahap, yang akan
memberikan pampasan
-
35
yang mencukupi pada masa kerugian. Bagi insurans hartanah, susut
nilai mestilah
diambil kira. Kos insurans bergantung kepada skop perlindungan
di mana tambahan
perlindungan memerlukan tambahan premium. Secara umumnya, hanya
kerugian yang
tidak diduga dan tidak dijangka boleh diinsuranskan. Oleh itu,
musibah atau kerugian
yang dijangka secara amnya tidak boleh insurans (kecuali dalam
Insurans Hayat).
4.1.3 Jenis-jenis Insurans
Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) memperuntukkan bahawa:
1. Bagi maksud Akta ini, perniagaan insurans hendaklah
dibahagikan kepada
dua kelas:
a. Perniagaan hayat, yang mana tambahan pada semua perniagaan
yang
insurans berkenaan dengan polisi hayat termasuk sebarang
jenis
perniagaan insurans yang dijalankan hanya berkaitan dengan
perniagaan
penanggung insurans hayat, dan
b. Perniagaan am, yang bererti semua perniagaan insurans yang
bukan
perniagaan insurans hayat.
2. Bagi maksud Akta ini, insurans semula liabiliti di bawah
polisi dikira sebagai
perniagaan insurans dari kelas dan perihalan di mana polisi
tersebut akan
tergolong jika ianya dikeluarkan oleh penanggung insurans
semula.
A4.2 RESOLUSI SYARIAH TERHADAP INSURANS
Konsep insurans tidak mendapat persetujuan menyeluruh dari para
ulama sama ada
dibenarkan (halal) atau dilarang (haram). Oleh kerana insurans
sebagaimana yang
diamalkan sekarang, tidak wujud semasa zaman Nabi Muhammad (saw)
'ijtihad'
digunakan untuk menentukan sama ada insurans dibenarkan atau
sebaliknya.
4.2.1 Fatwa mengenai Larangan Insurans
1. Imam Sayyid Muhammad Amin ibn Sayyid Umar (Ibn Abidin)
Ibn Abidin, ulama Islam dari Mazhab Hanafi mengeluarkan fatwa
pada tahun
1836 bahawa kontrak tukaran yang digunakan dalam insurans
konvensional
tidak mematuhi kontrak tukaran (muawadhah) seperti yang
dikehendaki oleh
syariah.
2. Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan
-
36
Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama
Islam
Malaysia, pada mesyuarat yang diadakan pada 15 Jun 1972
membincangkan
dan memutuskan mengenai isu-isu Insurans Hayat.
Keputusan:
Insurans Hayat yang disediakan oleh syarikat-syarikat insurans
hari ini adalah
transaksi perniagaan yang tidak sah kerana ia bercanggah dengan
prinsip-
prinsip perniagaan Islam memandangkan kontrak mengandungi
unsur-unsur
gharar, maisir dan riba. Oleh yang demikian dari sudut pandangan
syariah,
insurans adalah haram.
3. Akademi Fiqh OIC
Akademi Fiqh Islam, yang terbentuk daripada Pertubuhan
Persidangan Islam,
bermesyuarat dalam Sesi Kedua di Jeddah, Arab Saudi, dari 10
hingga 16
Rabiulawal 1406 H (bersamaan dengan 22-28 Disember 1985). Dan
selepas
mengkaji semula pembentangan dari para ulama yang mengambil
bahagian
dalam sesi berkenaan `Insurans dan insurans semula‟, dan setelah
berbincang
perkara yang sama, dan selepas memeriksa secara dekat kesemua
jenis-jenis
dan bentuk-bentuk insurans dan mengkaji secara mendalam
prinsip-prinsip
asas yang telah mereka asaskan dan matlamat serta objektif, dan
meneliti
secara mendalam apa yang telah dikeluarkan oleh Akademi Fiqh dan
lain-lain
institusi dalam perkara ini;
Keputusan:
Kontrak Insurans Komersil, dengan premium berkala yang tetap,
biasanya
diamalkan oleh syarikat-syarikat insurans komersial, adalah
kontrak yang
mengandungi unsur-unsur utama risiko, yang akan membatalkan
kontrak dan
oleh yang demikian adalah dilarang (haram) mengikut syariah.
Kontrak alternatif yang sesuai dengan prinsip-prinsip Islam
adalah urusan
kontrak insurans koperatif, yang diasaskan atas dasar kebajikan
dan
kerjasama.
Akademi Fekah OIC menjemput negara-negara umat Islam untuk
menubuhkan institusi insurans koperatif dan entiti koperatif
bagi insurans
semula, dalam membebaskan ekonomi Islam daripada eksploitasi
dan
pelanggaran sistem Allah yang telah disediakan untuk ummah.
-
37
4.2.2 Unsur-unsur yang dilarang dalam Amalan Insurans
Insurans adalah berdasarkan kepada kontrak beli dan jual yang
mewujudkan unsur-unsur
larangan seperti berikut:
1. Riba
Riba Nasi'ah Pertukaran bahan ribawi antara pihak
diinsuranskan
(premium) dan syarikat insurans (manfaat-manfaat
tuntutan) pada masa yang berbeza.
Riba fadhl Pertukaran bahan ribawi antara pihak
diinsuranskan
(premium) dan syarikat insurans (manfaat-manfaat
tuntutan) pada kuantiti yang berbeza.
Riba Qard Syarikat insurans melabur premium dalam pelaburan yang
menghasilkan faedah.
Syarikat insurans membayar faedah ke atas produk mereka.
Syarikat insurans mengambi kira faedah masa depan apabila
mengira premium.
Faedah yang dicajkan pada polisi pinjaman
Riba jahiliyyah Faedah yang dicajkan pada premium yang dibayar
lewat.
2. Gharar
Kedua-dua pihak dalam kontrak insurans tidak mengetahui secara
tepat apakah kewajipan dan tanggungjawab mereka antara satu sama
lain, baik
syarikat insurans mahupun pihak diinsuranskan yang tahu hasil
daripada
kontrak.
Pihak diinsuranskan tidak tahu jumlah pampasan yang dia mungkin
terima seandainya berlaku kemalangan atau bahaya sebagaimana juga
pihak
diinsuranskan tidak tahu akan ada pampasan sebagaimana tidak
tahunya
hasil daripada kontrak.
Penanggung insurans tidak tahu bila bahaya yang akan
berlaku.
Tidak ada keadilan dalam insurans yang mana pihak diinsuranskan
dikehendaki membayar premium tetapi jika peril yang diinsuranskan
tidak
berlaku, pihak yang diinsuranskan tidak akan menerima apa-apa
bayaran.
Insurans adalah satu janji untuk membayar pampasan yang
kadangkala dipenuhi dan kadangkala tidak. Ketidakpastian dalam
hasil pertukaran
pada ketika kontrak itu dimeterai, hasil daripada pertukaran itu
masih
tidak pasti.
-
38
4. Maisir
Pihak diinsuranskan boleh menerima sejumlah besar wang, tanpa
input yang sama.
Berkemungkinan membayar premium tanpa mendapat sebarang amaun
atau jumlah wang sebagai balasan.
Penanggung insurans kerugian jika terlalu banyak tuntutan.
Premium yang diperoleh melebihi tuntutan, Penanggung insurans
boleh membuat keuntungan yang besar.
A4.3 PERBEZAAN ANTARA TAKAFUL DAN INSURANS
Bil. Isu-isu
berkaitan
Takaful Insurans
1 Inti pati Niat Niat adalah untuk
mewujudkan kedua-dua
perhubungan rohani dan
undang-undang
Niat adalah untuk mewujudkan
hubungan undang-undang
sahaja
2 Isi kandungan Isi kandungan mestilah
dibenarkan Syariah
Isi kandungan mestilah
dibenarkan oleh Common Law.
3 Jaminan
Pengendali Takaful hanya
Pengurus Kumpulan Wang
atau Dana. Peserta saling
menjamin antara satu sama
lain
Syarikat yang menyediakan
jaminan
4 Kumpulan
Wang atau
Dana
Kumpulan Wang atau Dana
adalah milik Peserta dan
diuruskan oleh Pengendali
Takaful bagi pertimbangan
yang sah terhadap
perkhidmatan yang diberikan
Kumpulan Wang adalah milik
Syarikat walaupun aset
diasingkan dan dikekalkan di
antara pemegang saham
dengan pemegang polisi
5 Bayaran
sumbangan /
premium
Sumbangan dianggap sebagai
derma (tabarru)
Premium yang dibayar
mewujudkan suatu kewajipan
terhadap penanggung insurans
ke atas kontrak jual beli
6 Unsur
Larangan
Model Islam adalah
berdasarkan prinsip-prinsip
Islam dan bebas daripada
sebarang unsur-unsur haram
Polisi insurans berkisar unsur-
unsur Gharar, Riba dan Maisir
7 Keuntungan Keuntungan dikongsi antara
Peserta dengan Pengendali
Dalam insurans keuntungan
adalah mengikut budi bicara
Syarikat
-
39
8 Kontrak Gabungan kontrak tabarru'
(derma) dan agensi atau
kontrak perkongsian
keuntungan
Kontrak pertukaran (jual dan
beli) antara penanggung
insurans dengan pihak
diinsuranskan
9 Pendekatan
Risiko
Konsep perkongsian risiko
dalam kalangan Peserta
Konsep pemindahan risiko
daripada pihak diinsuranskan
kepada syarikat insurans
10 Manfaat Dibayar daripada kumpulan
wang atau dana bersama yang
ditakrifkan di bawah
indemniti/ganti rugi yang
ditanggung oleh peserta
Dibayar daripada kumpulan
wang atau dana yang dimiliki
secara sah oleh syarikat
11 Keuntungan /
Bonus
Menyatakan dari awal lagi
bagaimana keuntungan yang
akan dikongsi di antara
peserta dengan pengendali
Boleh menawarkan bonus atau
keuntungan secara umum
sahaja terutamanya dengan
polisi keuntungan penyertaan
12 Pelaburan
Kumpulan
Wang atau
dana
Aset kumpulan wang atau
dana takaful dilaburkan dalam
instrumen yang patuh Syariah
Tiada sekatan selain daripada
alasan-alasan yang disebabkan
oleh peraturan kehematan
-
40
BAB A5
PRINSIP DAN MODEL PERNIAGAAN TAKAFUL
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir bab ini, calon akan dapat:
Menyenaraikan pelbagai prinsip asas Takaful.
Memahami model perniagaan Takaful yang diterima pakai oleh
Pengendali Takaful.
Menerangkan pelbagai prinsip dan model kepada bakal
pelanggan.
A5.1 PENGENALAN
Kontrak Takaful bukan sahaja tertakluk kepada prinsip-prinsip
umum undang-undang
kontrak, tetapi juga prinsip-prinsip khusus undang-undang yang
termaktub dalam kontrak
Takaful. Berdasarkan kaedah-kaedah undang-undang yang telah
ditetapkan dalam konsep
fiqh al-asl fi al-ashya 'al-ibahah (semua perkara adalah
dibenarkan melainkan jika
ditetapkan sebaliknya), kontrak Takaful menyepadukan
prinsip-prinsip normal insurans
ke dalam amalan Takaful yang merangkumi konsep keadilan dalam
berurusan seperti
yang dihuraikan dengan terperinci oleh syariah.
A5.2 PRINSIP-PRINSIP ASAS TAKAFUL
5.2.1 Kepentingan Boleh Takaful (Lindung)
Istilah "Kepentingan Boleh Takaful" merujuk kepada manfaat (atau
faedah) seseorang
yang ada pada sesuatu objek atau orang yang dilindungi. Manfaat
ini boleh dirujuk
kepada, antara lain, manfaat kewangan. Seseorang yang memiliki
kepentingan yang
dibolehkan pada suatu benda yang apabila dia mengalami kerugian
(kewangan atau
sebaliknya) sekiranya benda tersebut dirosakkan atau hilang.
Kepentingan Boleh Takaful wujud apabila terdapat hubungan antara
peserta dengan
sesuatu benda, kebiasaannya timbul daripada beberapa situasi
seperti berikut:
Hubungan Deskripsi
Pemilikan Harta benda Pemilik harta benda akan rugi daripada
segi kewangan
jika harta benda mereka rosak atau musnah.
Potensi Liabiliti Undang-
undang
Kepentingan Boleh Takaful boleh juga wujud apabila
terdapat kerugian kewangan yang berlaku daripada liabiliti
undang-undang.
-
41
Hak Perundangan Kepentingan di atas boleh diwujudkan sekiranya
terdapat
peruntukan dalam kontrak bahawa satu pihak
bertanggungjawab sepenuhnya bagi sebarang kerugian
atau kerosakan pada harta benda dan liabiliti pihak ketiga.
Kepentingan Boleh Takaful mestilah wujud pada permulaan dan pada
masa berlaku
kerugian – sekiranya tidak, perlindungan Takaful adalah tidak
sah.
Beberapa contoh mereka yang mempunyai Kepentingan Boleh Takaful
adalah: -
1. Individu yang hayat dan badannya mempunyai Kepentingan Boleh
Takaful yang tidak boleh dipersoalkan pada apa jua jumlahnya.
2. Pasangan yang mempunyai Kepentingan Boleh Takaful terhadap
hayat dan harta benda sesama mereka.
Seseorang itu mempunyai Kepentingan Boleh Takaful terhadap
kanak-kanak atau
bayi di bawah umur majoriti ketika perlindungan Takaful mula
berkuat kuasa, dan
juga terhadap sesiapa yang di bawah jagaannya sepenuh masa atau
sebahagian
daripadanya.
4. Pemiutang mempunyai Kepentingan Boleh Takaful terhadap hayat
si penghutang (setakat jumlah hutang) tetapi penghutang tidak
mempunyai kepentingan terhadap
hayat si pemiutang.
5.2.2 Kewajipan Penuh Percaya Mutlak
Kewajipan Penuh Percaya Mutlak boleh ditakrifkan sebagai
kewajipan yang positif
secara sukarela untuk menzahirkan, dengan tepat dan sepenuhnya
semua fakta penting
mengenai risiko yang dicadangkan, sama ada diminta atau
tidak.
Kontrak Takaful, kedua-dua Keluarga dan Am yang dimeterai oleh
semua pihak
berdasarkan Penuh Percaya Mutlak, bermaksud bahawa kedua-duanya
adalah
dikehendaki untuk mendedahkan semua fakta yang berkaitan, sama
ada diminta atau
tidak, yang penting kepada keputusan pihak lain untuk
memasukkannya ke dalam
kontrak. Kegagalan mendedahkan maklumat penting walaupun tidak
diminta,
membuatkan pihak yang terkilan berhak untuk menganggap kontrak
sebagai tidak sah. Di
bawah doktrin Penuh Percaya Mutlak kedua-dua pihak iaitu peserta
dan Pengendali
Takaful mestilah mendedahkan semua fakta penting sepenuhnya
dengan penuh
kebenaran.
Doktrin Penuh Percaya Mutlak juga memerlukan bahawa tidak ada
penyembunyian,
salah pernyataan atau berniat menipu fakta-fakta penting.
Tanggungjawab Penuh Percaya
Mutlak mestilah berterusan sepanjang tempoh Takaful di mana
peserta dikehendaki
memberitahu dan mendedahkan kepada Pengendali Takaful akan
sebarang perubahan
yang mungkin meningkatkan risiko dengan ketara. Pengendali
Takaful seterusnya akan
-
42
membuat keputusan sama ada peningkatan risiko tersebut
memerlukan peningkatan
dalam kadar caruman, perlukan syarat-syarat tambahan, atau dalam
kes yang teruk,
terpaksa dibatalkan. Sebagai contoh ialah perubahan
fungsi/kegunaan sesebuah bangunan
daripada sebuah kedai runcit kepada stor penyimpanan bahan bunga
api.
Dalam kontrak Takaful, bagi penguatkuasaan sijil, pihak-pihak
yang terlibat di dalamnya
perlu mempunyai niat yang baik. Oleh itu, tiadanya pendedahan
tentang fakta-fakta
penting, penglibatan dalam perbuatan menipu, salah pernyataan
atau pernyataan palsu
adalah semua unsur yang boleh membatalkan sijil Takaful.
Pelanggaran Penuh Percaya Mutlak berlaku apabila pencadang tahu
atau menjangkakan
secara munasabah untuk mengetahui sesuatu fakta penting:
Gagal menzahirkan fakta penting, atau
Salah nyata fakta penting.
Apabila peserta gagal menzahirkan suatu fakta penting
pelanggaran penuh percaya
mutlak dinyatakan sama ada sebagai tidak menzahirkan atau
penyembunyian, iaitu
penipuan tidak menzahirkan. Sekiranya dia salah nyata sesuatu
fakta penting,
pelanggaran itu disebut ditakrifkan sebagai salah nyata tanpa
niat atau penipuan kerana
salah nyata. Sebagai contoh, peserta Takaful Keluarga mempunyai
penyakit yang sedia
ada tetapi gagal memaklumkannya kepada Pengendali Takaful.
Fakta Penting (Material)
Fakta penting (material) ditakrifkan sebagai sebarang fakta
munasabah yang akan
mempengaruhi keputusan pengunderaitan Pengendali Takaful
terhadap sijil, seperti akan
mempengaruhi keputusan pihak underait sama ada mengeluarkan
sijil atau caruman
terhadap sijil.
Contoh:
Jika pencadang memohon sijil Takaful Perubatan dan Kesihatan dan
mengakui bahawa
dia tidak mempunyai penyakit yang serius, sedangkan dia adalah
pesakit kencing manis.
Salahnyataan beliau dianggap material bilamana Pengendali
Takaful tidak akan
mengeluarkan sijil itu seandainya mengetahui fakta tersebut.
Apabila pelanggaran penuh percaya mutlak berlaku, kontrak
Takaful terbatal tanpa
mengira sama ada pelanggaran itu telah dilakukan secara jujur
atau menipu.
Menurut Seksyen 141 (4) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam
2013:
Sebelum kontrak Takaful selain daripada kontrak Takaful pengguna
dimeterai, diubah
atau diperbaharui, pencadang hendaklah mendedahkan kepada
Pengendali Takaful
berlesen sesuatu perkara bahawa:
-
43
o dia tahu akan relevannya keputusan Pengendali Takaful berlesen
sama ada untuk menerima atau tidak risiko tersebut, dan kadar dan
terma-terma yang digunakan,
atau
o seseorang dalam keadaan yang munasabah yang boleh dijangkakan
yang dia mengetahui bahawa sesuatu itu adalah relevan.
Bagaimanapun, menurut Bahagian 2 Jadual 9 Perenggan 4 akta
tersebut, kewajipan
pendedahan itu tidak memerlukan pendedahan perkara yang
berikut:
o mengurangkan risiko kepada Pengendali Takaful berlesen o
perkara yang menjadi pengetahuan umum o Pengendali Takaful berlesen
tahu atau mengikut kebiasaan perniagaannya patut
tahu
o berhubung di mana Pengendali Takaful berlesen mengetepikan
sebarang keperluan bagi penzahiran
5.2.3 Prinsip Indemniti
Indemniti boleh ditakrifkan sebagai satu mekanisme yang
digunakan oleh Pengendali
Takaful untuk menyediakan pampasan dalam usaha untuk
mengembalikan peserta
kepada kedudukan kewangan yang sama selepas kerugian sepertimana
yang dinikmati
sebelum kerugian.
Kontrak Takaful menjanjikan kebaikan kepada peserta sekiranya
berlaku kerugian atau
kerosakan. Apabila kerugian berlaku, jumlah yang peserta boleh
dapat kembali dipanggil
'ukuran ganti rugi‟. Prinsip indemniti memerlukan Pengendali
Takaful mengembalikan
peserta kepada kedudukan kewangan yang sama seperti yang dia
telah dinikmati sebelum
kerugian.
5.1.4 Prinsip Subrogasi
Prinsip Subrogasi merujuk kepada hak Pengendali Takaful untuk
berada di tempat
peserta, sesudah pembayaran tuntutan daripada pihak ketiga,
sehingga peserta berhak
untuk kembali pulih. Hak subrogasi walau bagaimanapun,
dilaksanakan oleh Pengendali
Takaful sebelum pembayaran kerugian. Prinsip ini adalah turutan
daripada Prinsip
Indemniti.
5.1.5 Prinsip Sumbangan
Prinsip Sumbangan boleh ditakrifkan sebagai hak orang yang
dilindungi untuk meminta
orang lain yang mempunyai perlindungan yang sama tetapi tidak
semestinya bertanggung
jawab kepada peserta yang sama untuk berkongsi kos bayaran
indemniti. Prinsip
Sumbangan adalah satu lagi yang turutan Prinsip Indemniti. Oleh
itu, ia hanya terpakai
kepada kontrak indemniti sahaja.
-
44
5.1.6 Sebab Terhampir
Prinsip ini ditakrifkan sebagai punca yang terdekat dan terkuat
serta aktif yang ditetapkan
yang membawa kepada akibat, tanpa gangguan daripada mana-mana
tindakan yang
bermula dan bergerak secara aktif daripada sumber baharu dan
bebas.
Kerugian tidak mungkin disebabkan daripada satu kejadian. Ia
mungkin sebab-sebab
yang serentak atau sebab-sebab berturutan yang mungkin berlaku
dalam turutan atau
dalam turutan yang terputus. Oleh itu, punca kerugian perlu ada
kerana hanya risiko
khusus yang dilindungi (tidak termasuk risiko seperti yang
dinyatakan dalam sijil
Takaful) boleh diberi pampasan.
Contoh: -
Peserta menderita sakit batu karang, dilanggar oleh sebuah
kereta dan mati, walaupun
bagi penyakit batu karang, dia tidak akan meninggal dunia.
Kematiannya bukannya di
dalam polisi kemalangan (Louden v British Merchants Ins.Co Ltd
[1961]).
Apabila berlaku kerugian, tanggungjawab atau beban untuk
membuktikan bahawa
kerugian yang berlaku adalah daripada peril yang dilindungi
terletak pada Peserta.
Sebaliknya, tanggungjawab membuktikan bahawa kerugian tersebut
dikecualikan
daripada perlindungan sebabkan oleh pengecualian tertentu di
dalam sijil adalah terletak
pada Pengendali Takaful.
5.1.7 Tabarru '(Derma)
"Tabarru" (dari segi harfiah bermaksud derma), adalah
tanggungjawab bersama dan
prinsip jaminan bersama yang jelas menyatakan bahawa wang yang
dikutip akan
digunakan untuk tujuan membantu "peserta lain yang memerlukan
bantuan mengikut
terma-terma yang dipersetujui selagi terma-terma itu tidak
bercanggah dengan syariah. "
Dalam perniagaan Takaful, tabarru '(dermaTakaful) adalah satu
kontrak di mana peserta
bersetuju mendermakan peratusan yang telah ditentukan daripada
carumannya (untuk
dana Takaful) bagi menyediakan bantuan kepada peserta lain.
Dengan cara ini, dia
memenuhi kewajipan bagi jaminan bersama dan saling membantu
seandainya peserta lain
mengalami kerugian. Konsep ini juga telah menghapuskan unsur
gharar daripada
kontrak Takaful.
A5.2 PENGURUSAN DANA BERASINGAN DI BAWAH PERNIAGAAN TAKAFUL
Pengendali takaful dikehendaki mengekalkan dan mengasingkan tiga
jenis dana:
1. Dana Takaful Am
2. Dana Takaful Keluarga
-
45
3. Dana Pemegang Saham
Ciri-ciri penting sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta
Perkhidmatan Kewangan
Islam 2013 berhubung dengan Dana Takaful adalah seperti
berikut:
Seksyen 90:
Pengendali Takaful berlesen hendaklah menubuhkan dan
menyelenggarakan satu atau
lebih dana Takaful bagi mana-mana kelas atau deskripsi urus
niaga Takaful sebagaimana
yang ditentukan oleh Bank.
Seksyen 91:
Pengendali Takaful berlesen hendaklah memastikan Dana Takaful
yang ditubuhkan dan
diselenggarakan di bawah Seksyen 90 disimpan secara berasingan
daripada dana
pemegang saham.
A5.3 JENIS-JENIS MODEL TAKAFUL
Operasi Takaful dalam sektor Tijari (komersial) boleh
distrukturkan kepada beberapa
model perniagaan seperti yang disenaraikan di bawah:
Model Wakalah
Model Mudharabah
Model Mudharabah + model Wakalah juga dikenali sebagai model
hibrid
Model Wakaf
Walau bagaimanapun, hanya model wakalah dan mudharabah yang
diamalkan di
Malaysia.
1. Model Wakalah
Di bawah model ini, peserta Takaful sebagai prinsipal akan
melantik Pengendali
Takaful sebagai wakil atau ejen untuk menguruskan penyertaan
peserta dalam
pelbagai produk Takaful yang disediakan oleh Pengendali Takaful.
Sebagai
balasan terhadap perkhidmatan agensi, Pengendali Takaful
dibenarkan untuk
mengenakan bayaran di bawah perjanjian tersebut. Fi boleh
dibayar daripada
caruman Takaful yang dibayar oleh peserta. Ini bererti
berdasarkan model di atas,
perbelanjaan pengurusan boleh dicajkan kepada dana Takaful
sebagai bayaran
pendahuluan.
-
46
Carta Aliran Takaful Am Model Wakalah
Carta Aliran Takaful Keluarga Model Wakalah
-
47
5.3.2 Model Mudharabah
Di bawah perjanjian ini, peserta Takaful sebagai penyedia modal
(sahibul-mal) akan
memeterai kontrak perkongsian keuntungan dengan Pengendali
Takaful sebagai
pengusaha (mudharib). Peserta Takaful berkewajipan membuat
sumbangan Takaful
(modal) manakala Pengendali Takaful akan menguruskan perniagaan
Takaful.
Kontrak ini akan menentukan keuntungan perniagaan Takaful dan
nisbah untuk dikongsi
bersama antara kedua-dua pihak seperti 50:50, 60:40 atau 70:30
antara peserta dengan
pengendali. Pada dasarnya, keuntungan dalam Takaful ditakrifkan
sebagai pulangan ke
atas pelaburan dan lebihan pengunderaitan berkenaan dengan dana
Takaful sahaja. Oleh
itu, ini tidak termasuk keuntungan yang diperoleh daripada Dana
Pemegang Saham. Bagi
urus niaga Takaful Keluarga, keuntungan termasuk lebihan
kemortalan yang akan
diagihkan kepada peserta yang layak seperti yang diisytiharkan
oleh penilaian aktuari
pada akhir setiap tahun kewangan. Walau bagaimanapun, tidak
seperti kontrak
mudharabah produk perbankan Islam, perkongsian keuntungan dalam
Takaful akan
dilaksanakan hanya selepas semua kewajipan Takaful telah diambil
kira: faktor terbesar
adalah tuntutan.
Sekiranya berlaku kerugian atau defisit terhadap dana Takaful,
kerugian akan ditanggung
sepenuhnya oleh peserta sebagai penyedia modal. Walau apa pun
jua, adalah menjadi
tanggungjawab Pengendali Takaful untuk melindungi kepentingan
peserta dalam usaha
memastikan urus niaga tidak akan terjejas dengan teruknya
disebabkan kerugian yang
mungkin merosakkan kredibiliti dan keyakinan Takaful secara
keseluruhannya.
Sekiranya berlaku kerugian, adalah baik bagi Pengendali Takaful
untuk menjadikan
kerugian sebagai "qard” atau pinjaman oleh pemegang saham.
Satu ciri penting untuk diperhatikan bahawa di bawah model
mudharabah, perbelanjaan
pengurusan tidak dikenakan ke atas dana Takaful, sebaliknya
ditanggung oleh dana
pemegang saham. Hasil daripada dana pemegang saham adalah
sebahagian daripada
perkongsian untung daripada dana wang Takaful dengan peserta,
dan semua pulangan ke
atas pelaburan daripada dana Pemegang Saham itu sendiri.
-
48
Carta Aliran Takaful Am Model Mudharabah
Carta Aliran Takaful Keluarga Model Mudharabah
-
49
BAB A6
PEMBANGUNAN DAN PENGAWALSELIAAN INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIA
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir bab ini, calon akan dapat:
Mengena