BAB 2 PEMBENTUKAN NEGARA MALAYSIA PENULIS: NORADILLAH BINTI ABDUL SAMAD DP/2974/11 NAZIDAWATIE BINTI OMAR DP/2934/11 ROHAIZZA BINTI ABDUL RAZAZ DP/3048/11 NOR AZNINA BINTI MD NOOR DP/2959/11 NOR ROZAIMAH BT BAHARUDDIN @ ISMAIL DP/2970/11 1
BAB 2
PEMBENTUKAN NEGARA MALAYSIA
PENULIS:
NORADILLAH BINTI ABDUL SAMAD DP/2974/11
NAZIDAWATIE BINTI OMAR DP/2934/11
ROHAIZZA BINTI ABDUL RAZAZ DP/3048/11
NOR AZNINA BINTI MD NOOR DP/2959/11
NOR ROZAIMAH BT BAHARUDDIN @ ISMAIL DP/2970/11
1
BAB 2
2
PEMBENTUKAN
NEGARA
MALAYSIA
PEMBENTUKAN
NEGARA
MALAYSIA
1. RANCANGAN PEMBENTUKAN
GAGASAN MALAYSIA
2. RUNDINGAN PEMBENTUKAN
PERSEKUTUAN MALAYSIA
3. SURUHANJAYA COBBOLD
4. PEMBENTUKAN JAWATANKUASA
ANTARA KERAJAAN
5. PUNGUTAN SUARA
(REFERENDUM) SINGAPURA
6. TENTANGAN TERHADAP PENUBUHAN PERSEKUTUAN
MALAYSIA
7. PERISYTIHARAN PERSEKUTUAN
MALAYSIA
8. PEMISAHAN SINGAPURA
BAB 2 PEMBENTUKAN NEGARA MALAYSIA
2.1 Rancangan Pembentukan Negara Malaysia
British pernah mencadangkan penggabungan atau penyatuan Persekutuan Tanah Melayu,
Sabah, Sarawak dan Brunei pada tahun 1887 namun tidak mendapat sokongan kerana
hanya bertujuan menjaga kepentingannya di kawasan rantau.
Akhir abad ke 19, konsep penggabungan ini menjadi matlamat perjuangan nasionalis
Melayu iaitu gagasan Melayu Raya.
27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman Putra telah mengusulkan penubuhan Persekutuan
Malaysia semasa beliau menghadiri Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia
Tenggara di Singapura.
Beliau berpendapat Gagasan Malaysia ini akan dapat mengeratkan kerjasama politik dan
ekonomi di antara Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei.
Masyarakat Persekutuan Tanah Melayu pada mulanya bimbang dengan kemasukan
Singapura yang akan cuba menguasai Persekutuan Tanah Melayu di bawah sistem
sebelum perang ( prewar system).
Ini adalah kerana Singapura merupakan pusat pergolakan dan rusuhan puak sayap kiri
yang memberi peluang pihak komunis meluaskan pengaruh dan mencetuskan huru - hara.
Kebimbangan orang-orang Melayu terhadap kemasukan Singapura telah diapi-apikan
oleh sebuah parti Melayu iaitu PAS yang sememangnya menentang penubuhan
Persekutuan Malaysia.
PAS mengemukakan satu skim “Persatuan Malaya” dengan kemasukan wilayah-wilayah
Melayu iaitu Indonesia dan Filipina.
3
Penggabungan Singapura dalam Persekutuan Malaysia telah menyebabkan perpecahan
dalam Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah Singapura
Pemimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP), Lee Kuan Yew berpendapat bahawa Singapura:
i. akan membangun dan berkembang pesat sebagai pusat perniagaan dan
perdagangan menerusi penyertaan dalam Persekutuan Malaysia.
ii. Tidak perlu bimbang mengenai keselamatan dan sebarang ancaman akan dapat
dikawal.
Kedudukan ini juga akan dapat mengukuhkan kedudukan Lee Kuan Yew dan parti PAP
dalam pemerintahan Singapura.
Parti Buruh Singapura bersetuju kemasukan Singapura ke dalam gagasan Malaysia
namun berpendapat ia sangat rumit untuk dilaksanakan.
Hasil rundingan antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan Singapura
beberapa persetujuan telah dicapai antaranya kerajaan Persekutuan akan
bertanggungjawab atas pertahanan, keselamatan dan perhubungan luar.
Manakala bidang pendidikan dan guna tenaga terletak dibawah tanggungjawab Kerajaan
Singapura.
Di wilayah Borneo (Sabah, Sarawak dan Brunei), beberapa parti politik telah
menunjukkan reaksi masing-masing.
Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) dan Pertubuhan Sabah Bersatu
(USNO) menyokong pembentukan Persekutuan Malaysia.
Manakala Parti Bersatu dan Parti Demokratik bersetuju dengan konsep Gagasan Malaysia
tetapi mahu Sabah mempunyai kerajaan sendiri sebelum menyertai Persekutuan
Malaysia.
4
Di Sarawak Parti Negara Sarawak (PANAS), Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) DAN
Parti Rakyat Bersatu Sarawak pada mulanya menentang Gagasan Malaysia tetapi
akhirnya bersetuju untuk menyertai Persekutuan Malaysia dengan syarat Sarawak diberi
pemerintahan sendiri.
Penggabungan wilayah-wilayah ini telah berjaya diwujudkan pada tahun 1963 dengan
penyertaan bersama Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak.
Brunei enggan menyertai Persekutuan ini dan Singapura telah keluar dari Malaysia
selepas dua tahun menyertai Malaysia.
2.1.1 Faktor-faktor Penubuhan Malaysia
5
Faktor Penubuhan Malaysia
Mengelakkan ancaman dan pengaruh komunis
Memberi kemerdekaan kepada Sabah, Sarawak, Singapura dan
Brunei
Perkongsian faedah ekonomi
Membela masyarakat Bumiputera di Sabah
dan SarawakMenjaga hak dan kepentingan kaum
Bumiputera
2.1.2 Mengelakkan Ancaman dan Pengaruh Komunis
Di Singapura, Parti Tindakan Rakyat (People Action Party – PAP) di bawah pimpinan
Lee Kuan Yew mengalami kemerosotan. Fenomena ini jelas apabila PAP kalah dalam
pilihan raya kecil di kawasan Hong Lim pada bulan Mei 1961 dan kawasan Anson pada
bulan Julai 1961.
PAP juga telah dipengaruhi oleh anasir-anasir komunis sehingga mereka telah berpecah
dan membentuk Barisan Sosialis. Banyak pihak yang khuatir dengan perkembangan ini
kerana takut pemerintahan PAP akan diambil alih oleh Barisan Sosialis yang dipengaruhi
oleh pemimpin-pemimpin berideologi komunis.
Persekutuan Tanah Melayu juga tidak mahu PAP digulingkan kerana hubungan baiknya
dengan Singapura yang meliputi urusan-urusan politik dan ekonomi akan terjejas.
Untuk membendung perkembangan ini dari terus menjadi buruk, kerajaan Perikatan
berusaha untuk menggabungakan Singapura, Sabah, Sarawak dan juga Brunei dalam satu
negara. Pengaruh komunis yang aktif sejak tahun 1950-an telah merebak ke Sarawak.
Misalnya, Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut dan Persatuan Belia Maju Sarawak
dipengaruhi oleh anasir-anasir komunis. Mereka telah dihasut untuk menentang British.
Selain itu, Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) juga telah terpengaruh dengan ideologi
komunisme.
6
2.1.3 Memberi kemerdekaan kepada Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura
Menerusi penubuhan Persekutuan Malaysia, Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura akan
mendapat kemerdekaan lebih awal daripada yang dijangkakan. Dalam perancangan
penubuhan Persekutuan Malaysia, Malaysia akan ditubuhkan dalam tempoh lebih kurang
dua tahun.
Kerajaan British sebenarnya sedang dalam pertimbangan untuk memberi kemerdekaan
kepada tanah-tanah jajahanya. Namun Sabah dan Sarawak merupakan wilayah jajahan
British yang belum bersedia untuk merdeka kerana suasana ekonomi dan politiknya yang
kurang memuaskan. Tunku percaya dengan membawa masuk Sabah dan Sarawak dalam
gagasan Malaysia akan mempercepatkan lagi kemerdekaan kedua-dua negeri ini.
Selain itu, pemberian kemerdekaan yang lebih cepat akan mengelakkan penyebaran
ideologi komunis. Ini kerana sekiranya kemerdekaan tidak diberikan dengan cepat,
pihak British khuatir negara tersebut akan dipengaruhi oleh komunis dan akan
menyebabkan British akan hilang kepentingan ekonomi dan sosial pada masa akan
datang. Di samping itu, terdapat juga pengaruh-pengaruh luar seperti Filipina dan
Indonesia yang berminat terhadap Sabah, Sarawak dan Brunei.
2.1.4 Perkongsian Faedah Ekonomi
Melalui Persekutuan Malaysia, negara-negara anggota akan dapat mengadakan kerjasama
ekonomi dan perdagangan. Negara-negara anggota yang kaya dengan sumber ekonomi
boleh membantu negara-negara anggota yang miskin dan kekurangan sumber ekonomi.
Ini bermaksud Sabah dan Sarawak yang belum maju dari segi ekonomi akan dibantu oleh
Tanah Melayu, Singapura dan Brunei.
7
2.1.5 Membela masyarakat Bumiputera di Sabah dan Sarawak
Sabah dan Sarawak mengalami sejarah yang hampir sama dengan Tanah Melayu kerana
pernah diduduko oleh kuasa-kuasa Barat, terutama British.
Kebanyakan jawatan dan kegiatan ekonomi di Sabah dan Sarawak dipegang oleh bangsa
asing. Manakala penduduk peribumi hanya terlibat dalam sektor pertanian.
2.1.6 Menjaga hak dan kepentingan kaum Bumiputera
Pembentukan persekutuan yang terdiri daripada Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Brunei
dan Singapura adalah untuk menjaga kepentingan dan kedudukan kaum Bumiputera.
Menurut Tunku Abdul Rahman, gagasan pembentukan Malaysia perlu menggabungkan
wilayah-wilayah Borneo kerana percantuman di antara Tanah Melayu dengan Singapura
sahaja akan menghilangkah majoriti penduduk Melayu.
Ini kerana singapura mempunyai 80% penduduk bukan Melayu dan apabila dicantumkan
ini akan menghlangkan majoriti penduduk Melayu.
Apabila percantuman antara Tanah Melayu dengan Singapura berlaku bilangan
masyarakat Cina ialah 43.5% dan Melayu 43%. Apabila penduduk Sabah dan Sarawak
diambil kira, bilangan bumiputera (Termasuk Melayu) akan menjadi 46.3% sementara
Cina 42.4%.
8
2.2 Rundingan Pembentukan Persekutuan Malaysia
Beberapa siri perundingan telah diadakan bagi mendapatkan pandangan rakyat, parti-parti
politik dan individu-individu di Singapura dan di wilayah-wilayah Borneo mengenai
gagasan Malaysia ini. Satu jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia telah
ditubuhkan pada Julai 1961 di Singapura.
Menerusi perundingan, jawatankuasa ini telah mencapai beberapa keputusan iaitu :
(a) Satu suruhanjaya hendaklah dibentuk bagi mendapatkan pandangan rakyat Sabah
dan Sarawak mengenai usul pembentukan Persekutuan Malaysia.
(b) Perlembagaan Malaysia hendaklah diasaskan daripada Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu 1957.
(c) Islam hendaklah dijadikan agama rasmi bagi Persekutuan Malaysia.
(d) Bahasa Malaysia menjadi bahasa rasmi bagi Persekutuan Malaysia.
(e) Kedudukan istimewa bumiputera Sabah dan Sarawak dikekalkan.
2.3 Suruhanjaya Cobbold
Suruhanjaya Cobbold adalah hasil daripada rundingan antara Kerajaan Persekutuan
dengan Kerajaan British pada November 1961.
Suruhanjaya Cobblod sempena nama ketuanya, iaitu Lord Cobbold seorang berbangsa
Inggeris.
Ahli-ahli suruhanjaya ini ialah Lord Cobbold iaitu bekas Gabenor Bank England sebagai
ketua, Anthony Abell dan David Waterson yang mewakili kerajaan British, sementara
9
Dato’ Wong Pow Nee dan Tan Sri Mohd. Ghazali Shafie sebagai wakil kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu. (Rujuk rajah 1)
Rajah 1: Ahli-ahli Suruhanjaya Cobbold
Tujuan Suruhanjaya ini adalah untuk :
i. meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak mengenai penubuhan Persekutuan
Malaysia.
ii. Membuat penilaian dan mengemukakan cadangan kepada pihak British.
Laporan hasil tinjauan secara menyeluruh di kedua-dua negeri tersebut telah
dikemukakan pada pertengahan tahun 1962. Suruhanjaya Cobbold mendapati bahawa
80% penduduk Sabah dan Sarawak bersetuju untuk menyertai Malaysia.
Parti-parti politik di kedua negeri tersebut telah memberi pandangan dan pendapat
mereka kepada Suruhanjaya ini.
10
KETUA
LORD COBBOLD
DAVID WATERSON
(Wakil kerajaan British)
ANTHONY ABELL
(Wakil kerajaan British)
DATO’ WONG POW NEE
(Wakil kerajaan Persekutuan
Tanah Melayu)
TAN SRI MOHD GHAZALI SHAFIE
(Wakil kerajaan Persekutuan
Tanah Melayu)
Parti Rakyat Bersatu Sarawak telah menyatakan tentangan terhadap penubuhan Malaysia.
Mereka mahukan kemerdekaan diberikan kepada Sarawak terlebih dahulu dan
persetujuan untuk bergabung atau masuk ke dalam Persekutuan Malaysia dibuat selepas
kemerdekaan negeri itu. Parti ini juga menentang Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi
dan Agama Islam dijadikan agama rasmi Persekutuan Malaysia.
Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu menganggap penubuhan Malaysia merupakan
satu jalan keluar bagi negeri Sabah. Menurut mereka, menerusi penubuhan ini
masyarakat berbilang bangsa yang aman dan damai akan dapat diwujudkan.
Rajah 2: Lord Cobbold
Sumber: Sabihan Osman et.al, Sejarah Tingkatan 3, Dewan Bahasa dan Pustaka KL, 1998,
hlm.113
Suruhanjaya Cobbold telah membentangkan beberapa syor mengenai penubuhan
Persekutuan Malaysia antaranya:
i. Nama “Malaysia” adalah sesuai dan dipersetujui bagi persekutuan yang
ditubuhkan itu
ii. Bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan
11
iii. Majlis Undangan Sabah dan Sarawak diberi kuasa menentukan hal ehwal agama
dan dasar imigresen
iv. Kedudukan istimewa kaum peribumi Sabah dan Sarawak dikekalkan
v. Perwakilan Sabah dan Sarawak akan diwujudkan dalam Parlimen Malaysia
vi. Sabah dan Sarawak mencadangkan penubuhan sebuah jabatan persekutuan bagi
mengendalikan hal ehwal kewangan, kewarganegaraan, kedudukan bumiputera,
kebebasan beragama, pendidikan dan perwakilan di Parlimen.
vii. Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) hendaklah ditubuhkan dan
bertanggungjawab menjamin hak dan kepentingan rakyat Sabah dan Sarawak agar
tidak tergugat apabila negeri-negeri itu menyertai Malaysia
Hampir semua cadangan Suruhanjaya Cobbold yang dipengerusikan oleh Lord Cobbold
dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan British.
2.4 Pembentukan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) atau Jawatankuasa Lord Landsdowne telah
ditubuhkan pada Ogos 1962.
Dipengerusikan oleh Lord Landsdowne.
Ahli-ahli jawatankuasa terdiri daripada wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah
Melayu, Sabah dan Sarawak.
Sabah diwakili oleh Donald Stephens dan Datu Mustapha Datu Harun.
Sarawak diwakili oleh Datu Bandar Abang Haji Mustapha dan Temenggung Jugah.
Tujuan Jawatankuasa Antara Kerajaan(JAK) adalah mengkaji peruntukan perlembagaan
yang berkaitan dengan penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia.
12
Sabah mengemukakan satu memorandum yang dinamakan Dua Puluh Perkara bertujuan
melindungi hak dan kepentingan Sabah. Sarawak bersetuju dengan memorandum tersebut
Berdasarkan memorandum tersebut , JAK telah mengesyorkan perkara-perkara penting
iaitu:
i. Islam dijadikan agama rasmi Persekutuan Malaysia dengan pengecualiam keatas
Sabah dan Sarawak.
ii. Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan Persekutuan Malaysia tetapi Bahasa
Inggeris digunakan sebagai bahasa rasmi di Sabah dan Sarawak.
iii. Sistem pendidikan diletakkan di bawah kawalan Kerajaan Pusat, kecuali Sabah
dan Sarawak. Sistem pendidikan di negeri ini kekal di bawah kawalan Kerajaan
Negeri sehingga Majlis Negeri memindanya.
iv. Dalam Parlimen Malaysia pula, 16 kerusi diperuntukkan kepada Sabah, 24 kerusi
untuk Sarawak dan 15 kerusi kepada Singapura.
v. Imigresen adalah bidang kuasa kerajaan pusat tetapi Sabah dan Sarawak diberi
kuasa mengendalikan hal ehwal imigresen.
Hasil rundingan Jawatankuasa Antara Kerajaan dan sikap tolak ansur di kalangan
pemimpin Persekutuan Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak telah mewujudkan
persefahaman dan kejayaan penubuhan Malaysia.
2.5 Referendum di Singapura
Bagi meninjau pandangan rakyat Singapura mengenai cadangan pembentukan
Persekutuan Malaysia satu referendum berasingan telah diadakan di Singapura pada 1hb
September 1962.
13
Pada umumnya Parti PAP menyokong penubuhan Persekutuan Malaysia. Faedah-faedah
yang dinikmati oleh Singapura sekiranya Negara itu menyertai Malaysia adalah seperti
berikut:
a. Taraf pelabuhan bebas Singapura akan dikekalkan.
b. Singapura mendapat kuasa autonomi dalam bidang pendidikan, tenaga buruh dan
hal ehwal kewangan.
c. Singapura diperuntukkan 15 kerusi parlimen.
2.6 Tentangan terhadap Penubuhan Persekutuan Malaysia
Proses pembentukan Persekutuan Malaysia menghadapi beberapa cabaran dan tentangan
dari dalam negeri dan juga luar negeri.
Terdapat pelbagai cabaran dan halangan yang dihadapi oleh Persekutuan Tanah Melayu
dalam usaha menubuhkan Malaysia adalah tentangan dari negara-negara jiran seperti
Indonesia, Filipina dan Brunei. Antaranya ialah:-
2.6.1 Penentangan Parti Rakyat Brunei
Ketika Suruhanjaya Cobbold menjalankan tugasnya di Sabah dan Sarawak, Kerajaan
Brunei juga membuat tinjauan ke atas sikap dan reaksi rakyat Brunei mengenai
pembentukan Malaysia.
Sebahagian besar rakyat Brunei tidak bersetujunegara mereka bercantum dengan
Malaysia. Sikap ini adalah kesan dari pengaruh Parti Rakyat Brunei yang telah
memenangi 15 kerusi dalam Majlis Mesyuarat Undangan Brunei.
14
2.6.2 Konfrontasi Indonesia
Pada peringkat awal proses pembentukan Persekutuan Malaysia, Indonesia tidak menaruh
minat kerana ia tidak melibatkan wilayah-wilayah kepunyaan Indonesia.
Namun demikian, sikap Indonesia berubah. Negara ini mengecam hebat akan
pembentukan Persekutuan Malaysia dan menganggapnya sebagai satu ancaman.
Parti Komunis Indonesia (PKI) yang menjadi dalang terhadap perubahan sikap Indonesia,
terus-menerus mengecam tindakan Persekutuan Tanah Melayu terhadap usaha negara ini
ke arah penubuhan negara baru itu.
Pada 20 Januari 1963, Menteri Luar Indonesia Dr. Subandrio mengisytiharkan dasar
konfrontasi negaranya terhadap Malaysia.
Pada mulanya, dasar konfrontasi negaranya terhadap Malaysia. Pada mulanya, dasar
konfrontasi itu meliputi ekonomi dan sosial sahaja, tetapi akhirnya meliputi konfrontasi
ketenteraan. Tentera-tentera Indonesia dikerah menyusup masuk ke wilayah-wilayah
Sabah, Sarawak dan Semenanjung Tanah Melayu.
2.6.3 Tuntutan Filipina ke atas Sabah
Pembentukan Persekutuan Malaysia bukan sahaja menghadapi tentangan dari Indonesia
tetapi juga ancaman dari Filipina.
Pada tahun 1962, Kerajaan Filipina telah mengemukakan tuntutan kepada Kerajaan
British supaya menyerahkan semula Sabah kepada Filipina. Kerajaan Filipina mendakwa
bahawa Sabah atau Borneo Utara adalah sebahagian dari wilayah Filipina.
Pihak British tidak melayan tuntutan kerajaan Filipina itu sehinggalah Persekutuan
Malaysia ditubuhkan dengan rasminya pada 16 September 1963. Namun demikian,
Kerajaan Filipina membuat pula tuntutan terus kepada Kerajaan Malaysia.
15
2.6.4 Gagasan Maphilindo
Satu perundingan telah diadakan di Manila pada April 1963 di antara pegawai-pegawai
kerajaan dari Malaysia, Indonesia dan Filipina.gabungan ini dinamakan MAPHILINDO
iaitu singkatan daripada nama Malaysia, Filipina dan Indonesia.
Tujuan penubuhan MAPHILINDO ini adalah untuk mencapai satu penyelesaian terhadap
persengketaan tiga negara ini. Hasil dari Persidangan Menteri-Menteri Luar ketiga-tiga
buah negara ini, satu sidang kemuncak Ketua-Ketua Kerajaan Malaysia, Filipina dan
Indonesia telah diadakan.
Ketiga-tiga Ketua Kerajaan ini bersetuju untuk mencari penyelesaian mengenai
pembentukan Persekutuan Malaysia menerusi bantuan daripada Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu. Ketiga-tiga negara ini meminta Setiausaha Agung PBB bersetuju untuk
melaksanakan tugas tersebut dengan syarat keputusannya hendaklah dipersetujui oleh
ketiga-tiga negara berkenaan.
Tinjauan yang dibuat oleh PBB di Sabah dan Sarawak menghasilkan satu keadaan yang
positif iaitu rakyat Sabah dan Sarawak menyokong penubuhan Persekutuan Malaysia.
Namun demikian, Kerajaan Indonesia dan Filipina tetap menolak akan keputusan itu.
Penubuhan Malaysia yang dirancangkan pada 31 Ogos 1963 telah ditangguhkan. Walau
apa pun cabaran, Persekutuan Malaysia diisytiharkan dengan rasminya pada 16
September 1963.
2.7 Pengisytiharan Persekutuan Malaysia
Perlembagaan Persekutuan Malaysia digubal berdasarkan Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu dan hasil memorandum daripada rakyat Sarawak dan Sabah
16
Rakyat Sabah kemukakan Tuntutan 20 Perkara
Hampir semua tuntutan itu diberikan pertimbangan sewajarnya
Ini menunjukkan semangat toleransi yang tinggi dan keikhlasan kerajaan Tanah Melayu
dalam merealisasikan gagasan Persekutuan Malaysia
Pada bulan Jun 1963, Tunku Abdul Rahman telah mengadakan rundingan dengan pihak
British di London.Rundingan ini berlangsung selama dua minggu.
Hasil rundingan tersebut, Perjanjian Persekutuan Malaysia ditandatangani di Malborough
House, London pada 9 Julai 1963
Kandungan utama perjanjian:
i. Semua urusan hal ehwal luar menjadi tanggungjawab kerajaan Persekutuan
ii. Agama Islam merupakan agama rasmi Persekutuan kecuali Sarawak & Sabah
tetapi agama lain bebas diamalkan.
iii. Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan tetapi bahasa Inggeris & bahasa
lain masih boleh digunakan
iv. Bagi Sarawak & Sabah, bahasa Inggeris kekal sebagai bahasa rasmi sehingga 10
tahun selepas pembentukan Persekutuan Malaysia
v. Sarawak & Sabah diberikan kuasa mengawal hal ehwal imigresen &
perkhidmatan awam
vi. Rakyat bumiputera di Sarawak & Sabah mendapat taraf yang sama dengan orang
Melayu di Persekutuan Tanah Melayu
Sebahagian besar perkara dalam perjanjian Malaysia telah dimasukkan ke dalam
Perlembagaan Persekutuan Malaysia
Perjanjian ini bermakna gagasan Persekutuan Malaysia telah menjadi kenyataan.
17
Persetujuan telah diperoleh untuk menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963.
Walaubagaimanapun, tarikh penubuhan Malaysia yang dirancang itu terpaksa
ditangguhkan kerana laporan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu tentang misinya ke
Sabah dan Sarawak hanya dapat disiapkan pada 14 September 1963.
Oleh itu, tarikh penubuhan Malaysia akhirnya ditunda ke 16 September 1963.
Pada 16 September 1963, Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Malaysia yang
pertama membacakan Deklarasi Penubuhan Persekutuan Malaysia di Stadium Merdeka,
Kuala Lumpur
Pengistiharan itu merasmikan penubuhan negara Malayisa yang terdiri daripada Tanah
Melayu, Sabah, Sawawak dan Singapura.
Selesai bacaan deklarasi, 101 das tembakan meriam serta teriakan MERDEKA sebanyak
tujuh kali dilaungkan penuh semangat dan disambut oleh ribuan orang.
Maka, lahirlah sebuah negara MALAYSIA yang berdaulat.
Pada masa yang sama Sarawak, Sabah dan Singapura sama-sama capai kemerdekaan.
MALAYSIA akan terus melangkah ke hadapan mendukung slogan "Bersekutu
Bertambah Mutu" seperti yang tertera pada jata negara.
2.8 Pemisahan Singapura
Setelah dua tahun berada dalam Malaysia, hubungan Tanah Melayu dengan Singapura
mula menjadi tegang. Hal ini kerana, ketika Singapura berada dalam Malaysia, banyak
perselisihan faham telah timbul antara kerajaan Singapura dengan kerajaan Persekutuan
Tanah Melayu. Antara isu yang menjadi perbahasan hangat adalah soal ekonomi, parti
dan perkauman.
18
Dalam soal ekonomi, Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak telah sepakat untuk
memajukan sektor perindustrian dan perkilangan bersama. Dalam hal ini, barang-barang
yang dihasilkan akan digunakan dalam negeri dan bukannya untuk dieksport ke luar
negara. Keuntungan akan dikongsi bersama. Tetapi apabila Malaysia ditubuhkan, tidak
banyak kemajuan ekonomi yang dicapai. Keadaan ini telah mengecewakan Singapura.
Dalam soal parti dan perkauman pula, Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang dipimpin oleh
Lee Kuan Yew cuba hendak bertanding dengan Parti Perikatan di bawah pimpinan Tunku
Abdul Rahman. PAP cuba menarik perhatian orang Cina bahawa MCA tidak mampu
untuk membangun dan memajukan orang Cina. Kempen telah dijalankan oleh PAP
sehingga pergerakan PAP dianggap sebagai satu pencerobohan ke atas hak istimewa
orang Melayu. Dalam hal ini, PAP seakan-akan melupakan pengorbanan orang Melayu
yang selama ini sanggup berkongsi kuasa dengan orang bukan Melayu. Keadaan ini juga
telah mencetuskan rusuhan pada 21 Julai 1964. Keadaan bertambah buruk apabila
Singapura memperjuangkan persamaan hak dan kempen ‘Malaysia Untuk Orang
Malaysia’ yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew. Untuk merealisasikan cita-cita ini,
Singapura telah membentuk United of Apposition Front yang kuat memperjuangkan
konsep persamaan hak dan ‘Malaysia Untuk Orang Malaysia’.
Pelbagai usaha telah dijalankan oleh Tunku Abdul Rahman untuk meredakan keadaan,
tetapi tidak berjaya. Kejadian ini meyakinkan Tunku Abdul Rahman bahawa dengan
mengekalkan Singapura dalam Malaysia bakal mengundang rusuhan perkauman yang
lebih dasyat.
Akhirnya, pada tahun 1965, Singapura mengambil keputusan untuk keluar dari Malaysia.
Pengisytiharan Pemisahan Singapura dari Malaysia dibuat di Parlimen pada 9 Ogos 1965.
19
RUJUKAN
Goay Teck Chong. Wong Yew Hong. Suriani Basir.Teks Pra-U STPM Pengajian Am Penggal
1: Pearson Malaysia Sdn.Bhd
Mardiana Nordin dan Hasnah Hussiin (2003), Pengajian Malaysia, Kuala Lumpur, Penerbitan
Fajar Bakti.
Mohamed Suffian Hashim. (1987). Mengenai Perlembagaan Malaysia. KL: DBP.
Malaysia Kita (2003). Panduan Dan Rujukan Untuk Peperiksaan Am Kerajaan. Petaling Jaya:
International Law Book Services.
20