SGDV3013 MORAL DALAM PEMBENTUKAN MASYARAKATTAJUK 5: KONSEP
PEMBINAAN SIKAP MORAL DALAM PEMBENTUKAN MASYARAKAT DI MALAYSIA
Disediakan Oleh: Felicia Yudin 128741 Diana Ak Tanie 128747 Ummu
Kausar Bt Ahmad Kamaludin 129280 Nur Farhanah Bt Mohamed 130057
Raihan Bt Mohamed 130059
PENGENALAN Malaysia: sebuah negara yang masyarakatnya terdiri
daripada pelbagai keturunan, etnik, warna kulit, agama, bahasa,
kebudayaan dan adat resam yang tersendiri. Kejayaan Malaysia yang
mampu menguruskan masalah hubungan etnik ini bukanlah mudah tanpa
kerjasama semua pihak tidak kira dari pihak pemerintah mahupun
rakyat.
SAMB Pembinaan sikap moral dalam pembentukan masyarakat sangat
penting bagi memperkukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan
masyarakat dan seterusnya mewujudkan masyarakat berintegrasi.
KONSEP MORAL Moral ialah tingkah laku yang telah ditentukan oleh
etika. Moral terbahagi kepada dua iaitu : 1. Baik; segala tingkah
laku yang dikenal pasti oleh etika sebagai baik. 2. Buruk; tingkah
laku yang dikenal pasti oleh etika sebagai buruk. Kemoralan
merupakan sesuatu yang berkait dengan peraturan-peraturan
masyarakat yang diwujudkan di luar kawalan individu
KONSEP TANGGUNGJAWAB "Perbuatan-perbuatan yang difardukan kepada
seseorang serta wajib mengerjakannya seperti ibadah dan ia adalah
kewajipankewajipan syarak" (KAMUS ISLAM) Tanggungjawab atau
responsibility merupakan tugas dan kewajipan melaksanakan sesuatu
kerja yang telah diberikan.
KONSEP MASYARAKAT Manusia merupakan makhluk yang memiliki
keinginan untuk bersatu dengan sesamanya serta alam lingkungan di
sekitarnya dengan menggunakan fikiran, naluri, perasaan, keinginan
dan sebagainya manusia memberi reaksi dan melakukan interaksi
dengan lingkungannya.
KONSEP MASYARAKAT Kumpulan manusia yang bergaul, hidup bersama
dan hidup bermasyarakat (Kamus Dewan) Community pula membawa maksud
kumpulan individu yang hidup bersama dan mempunyai nilai yang
bersama. (Bahasa Inggeris)
KONSEP MASYARAKAT masyarakat berasal dari akar kata syaraka,
yusyariku, masyarakatan yang bermaksud bersekutu, berkongsi atau
hidup bersama. ( Bahasa Arab) Secara keseluruhannya dapatlah
disimpulkan bahawa masyarakat dalam ketiga-tiga bahasa Melayu, Arab
dan Inggeris membawa maksud yang hampir sama iaitu perkongsian,
persatuan, perkumpulan, usahasama dan pergaulan.
ASAS PEMBENTUKAN TINGKAH LAKU YANG BAIK DAN BERMORAL DALAM
HUBUNGAN MASYARAKAT
DEFINISI KONSEPKamus Dewan 1993, Asas ialah sesuatu yang menjadi
sandaran atau pendukung kepada sesuatu yang lain. Kamus Dewan 1989,
mendefinisikan tingkah laku bermaksud perbuatan, gerak geri,
kelakuan sikap, dan perangai.
Tingkah laku sebahagian drpd elemen sikap bagi seseorang
individu. Menurut Azizi (2005), tingkah laku merupakan penampilan
dan hasil terjemahan atau ekspresi terhadap perubahan emosi,
perasaan dan pemikiran. Tingkah laku mempunyai unsur-unsur fizikal
yang boleh dilihat dengan mata kasar.
INSTITUSI AGAMAAgama Islam, tingkah laku yang baik atau buruk
yang ditonjolkan berpunca dari rohani seseorang, @ lbh khusus
merujuk kepada aspek pembentukan dan pendidikan hati. Rasulullah
SAW bersabda yang bermaksud: ...ingatlah sesungguhnya dalam jasad
itu terdapat seketul daging, apabila elok daging tersebut maka
eloklah seluruh jasad, sebaliknya apabila rosak daging tersebut
maka rosaklah seluruh jasad. Ingatlah bahawa daging itu adalah
hati.
Ibn Qayyim membahagikan tiga jenis hati :Hati yang tenang dan
tenteram Hati yang sakit Hati yang mati
Hati yang tenang jelasnya merujuk kepada hati yang disuburkan
dengan akidah atau iman. Hati yang sakit - adalah hati yang telah
dicemari dengan perkara-perkara dosa. hati yang mati adalah hati
golongan yang tidak beriman kepada Allah.
INSTITUSI KELUARGA Tingkah laku juga merupakan penampilan dan
hasil terjemahan atau ekspresi terhadap perubahan emosi, perasaan
dan pemikiran. Dalam aspek membina tingkah laku baik dan bermoral
ini boleh diibaratkan seperti membina sebuah bangunan. sebelum
sesebuah bangunan itu didirikan, pembinaan asas perlu didahulukan
dengan perancangan yang rapi dan strategik untuk memastikan
bangunan yang dibina itu kukuh dan kuat.
SAMB Oleh yang demikian, dalam membentuk sebuah masyarakat mesti
dimulakan dengan asasnya terlebih dahulu. Jika kukuh asas yang
dibina, maka tegak masyarakat itu. Namun, jika lemah maka runtuhlah
apa saja yang dibina di atasnya.
pendidikan itu bermula daripada rumah. Bak kata pepatah,
melentur buluh biarlah dari rebungnya . ibu bapa seharusnya
mewujudkan suasana yang boleh mendorong kepada tingkah laku yang
positif dalam keluarga seperti menyemai sikap berdisiplin, hubungan
kekeluargaan yang erat dan harmoni.
tidak seharusnya terlalu memberi kebebasan kepada anak-anak,
sebaliknya mereka perlu mengawal sedikit tingkah laku anak-anak
untuk menjadikan mereka sebagai insan yang berdisiplin. ibu bapa
perlu menjadikan rumah sebagai satu persekitaran yang baik dengan
menyemai cara hidup yang positif.
Dalam agama Islam sendiri juga ada mengatakan bahawa institusi
keluarga adalah asas bagi segala pendidikan yang kukuh bagi
generasi muda. Islam mengambil berat terhadap ibu bapa yang
bertindak sebagai pemeri dan pemerintah keluarga. jika ibu bapa
berjaya melahirkan anak yang baik dan bermoral dalam institusi
keluarga bermakna mereka juga berjaya melahirkan insan yang baik
dan bermoral dalam hubungan masyarakat.
INSTITUSI PENDIDIKANelemen yang penting dalam memainkan peranan
sebagai asas pembentukan tingkah laku baik dan bermoral dalam
hubungan masyarakat. melalui budaya sekolah yang diamalkan di
sekolah seperti hubungan pelajar dengan guru, hubungan pelajar
dengan pelajar serta hubungan pelajar dengan masyarakat di sekitar
kawasan sekolah akan mempengaruhi cara mereka berhubung dengan
masyarakat.
SAMBinstitusi pendidikan seharusnya menerapkan nilai-nilai
positif dan nilai moral dalam diri pelajar melalui proses
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Pembentukan tingkah
laku baik dan bermoral juga boleh dibentuk melalui penerapan
melalui subjek Pendidikan Moral, Pendidikan Agama dan Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan.
SAMBSebagai contoh: melalui mata pelajaran Pendidikan Moral
terdapat beberapa nilai yang boleh diterapkan dalam diri pelajar
berkaitan dengan tingkah laku baik dan bermoral dalam hubungan
masyarakat seperti hormat-menghormati, toleransi, baik hati,
bekerjasama dan sebagainya.
SAMBMelalui nilai-nilai moral yang diterapkan dalam mata
pelajaran tersebut akan menjadi asas dan panduan kepada anak-anak
dalam menbentuk tingkah laku baik dan bermoral dalam hubungan
masyarakat. berperanan dalam membentuk disiplin pelajar sebagai
asas pembentukan tingkah laku yang baik dan bermoral melalui
peraturan dan undang-undang yang ditetapkan di sekolah.
SAMBMelalui peraturan tesebutlah yang akan membentuk disiplin
pelajar dan seterusnya pelajar akan menerapkan disiplin diri itu
apabila mereka berada dalam kalangan masyarakat di sekeliling
mereka.
INSTITUSI SOSIALSosialisasi merupakan satu proses dimana
individu belajar cara bermasyarakat ataubersosial supaya mereka
boleh berfungsi dikalangan masyarakat tempat tinggalnya.
Kanak-kanak diajar amalan dan nilai dalam sesuatu masyarakat
melalui perhubungan dengan setiap individu yang telah sedia
mengamal norma dan nilai masyarakat tersebut dan ini lazimnya
bermula dari keluarga.
Sosial merupakan asas pembentukan tingkah laku yang meliputi
banyak aspek, antaranya keluarga, kejiranan, komuniti, negara dan
dunia tempat mereka tinggal dan dibesarkan.
Dalam konteks ini, tingkah laku dipengaruhi oleh ibu bapa,
adik-beradik, saudara-mara, kawan-kawan, rakan sebaya, orang dewasa
yang ada hubungan dengan mereka, sekolah, rumah-rumah ibadah dan
kumpulan atau pertubuhan dimana mereka adalah sebahagian
daripadanya.
Selain itu, sosialisasi juga yang merupakan asas pembentukan
tingkah laku termasuklah ideologi, nilai, sikap, undang-undang dan
peraturan, mores serta adat dan pantang-larang sesuatu budaya.
Budaya pula adalah berbeza mengikut negara, antara kaum dan
etnik serta kumpulan-kumpulan berdasarkan sosio-ekonomi.
Oleh itu, yang di katakan asas dalam sosialisasi dalam membentuk
tingkah laku adalah, apa yang diterapkan dan cuba di sampaikan oleh
persekitaran sosial kepada pembentukan tingkahlaku seseorang yang
seawalnya bermula daripada kanak-kanak, remaja, dewasa dan
seterusnya. Semua pihak yang berkaitan harus memainkan peranan agar
tingkahlaku yang dibentuk adalah baik dan sempurna dan boleh di
terima dalam persekitaran masyarakat.
MASALAH KE ARAH PERLAKUAN YANG BAIK DAN BERMORAL DALAM KALANGAN
MASYARAKAT
Kemajuan negara pada masa akan datang adalah bergantung pada
remaja kita yang ada pada hari ini. Remaja yang baik pada hari ini,
adalah pemimpin yang baik pada masa akan datang . (Ibnu
Khaldun)
Antara faktor- faktor yang menjurus kepada masalah ini ialah :i.
Kurangnya Didikan Agama
Masalah kurangnya didikan agama adalah faktor yang paling utama
dalam masalah sosial remaja. Didikan agama mampu menjadi penghalang
daripada perkara yang tidak elok Oleh itu, ibu bapa memastikan
anak-anak mereka mempunyai didikan agama yang secukupnya untuk
menempuhi cabaran dunia kini terutamanya pada peringkat
kanak-kanak.
ii. Kasih sayang daripada keluarga Kekurangan nilai kasih sayang
yang dicurahkan oleh ibu bapa kepada anak-anak menyebabkan
anak-anak memberontak dan merasa tidak selesa di rumah dan lebih
selesa berfoya-foya dengan kawan-kawan di luar
iii.Pengaruh rakan-rakan Tidak dinafikan bahawa seseorang ingin
mencari kawan yang ramai dan berkawan tanpa memilih sama ada baik
atau sebaliknya. Ini kerana perasaan seseorang remaja ingin mencuba
sesuatu perkara yang baru dalam hidup mereka dan tidak menghiraukan
halal dan haram.
iv.Pengaruh media massa Media massa, sama ada media cetak
ataupun media elektronik sekarang banyak memaparkan perkara-perkara
yang tidak sepatutnya disiarkan ataupun diluluskan untuk pratonton
masyarakat Islam. Ia sedikit sebanyak akan mempengaruhi minda
remaja.
v. Keadaan Sekeliling Keadaan sekeliling yang dimaksudkan adalah
terdapatnya pusat-pusat hiburan, karaoke, pusat judi tempat-tempat
maksiat dan sebagainya akan menyebabkan remaja lalai dengan hiburan
duniawi semata-mata.
LANGKAH-LANGKAH DORONGAN JIWA KE ARAH PERLAKUAN YANG BAIK DAN
BERMORAL
Peranan masyarakat
Penghayatan agama
Peranan kerajaan dan NGO
LANGKAHLANGKAH UNTUK MENGATASI GEJALA SOSIAL.
Kawalan ibu bapa
Peranan media
PENGHAYATAN AGAMA Agama boleh menjadi benteng kepada seseorang
untuk menjauhi diri daripada melakukan perkaraperkara yang ditegah
atau dilarang. Pendidikan agama merupakan unsur yang paling penting
dalam kehidupan seseorang kerana pendidikan agama membentuk
seseorang manusia untuk sensitif kepada dosa dan pahala atau
balasan baik dan balasan buruk
KAWALAN IBU BAPA Ibu bapa harus peka dengan setiap aktiviti dan
segala gerak laku anak-anak ketika mereka berada diluar rumah.
Memberi kasih sayang dan perhatian kepada anak-anak supaya mereka
tidak merasa diabaikan Kurangnya kasih sayang dan perhatian
daripada kedua-dua ibu bapa menyebabkan anak-anak ini berpeleseran
di luar bersama rakan-rakan yang senasib dengan mereka
PERANAN KERAJAAN DAN BUKAN KERAJAAN (NGO) menganjurkan
program-program yang boleh menyedarkan masyarakat akan isu-isu
moral. Hal ini boleh dilakukan dengan memfokus kepada
kelompok-kelompok tertentu seperti kedua-dua ibu bapa dan guru
dengan tujuan memberi pendedahan ilmu mengenai gejala-gejala yang
semakin meruncing dalam kalangan remaja agar mereka dapat mengenal
sama ada anak atau pelajar mereka telah terlibat dengan
gejala-gejala negative. Bentuk program yang kedua ialah mensasarkan
kepada remaja kerana golongan remaja merupakan kelompok yang banyak
terlibat dengan isu-isu moral.
PERANAN MEDIA MASSA Klasifikasikan filem berunsur ganas. Media
juga perlu memaparkan filem, gambar, cerita dan rencana yang
menonjolkan kesankesan buruk terhadap diri sendiri mahupun orang
lain. Di samping itu, media juga perlu sentiasa menayangkan
iklan-iklan larangan gejalagejala yang negative seperti rempit,
pembuangan bayi dan seumpamanya.
KUATKUASA UNDANG-UNDANG Pihak berkuasa mestilah menguatkuasakan
undang-undang dengan mengenakan hukuman maksimum ke atas pasangan
yang berzina seperti mengenakan hukuman sebat. Hal ini dapat
mengurangkan kes pembuangan bayi dan masalah keruntuhan akhlak
remaja. Di samping mengambil tindakan yang tegas, keskes berkenaan
perlulah didedahkan kepada umum agar menjadi pengajaran kepada
orang lain.
KESIMPULAN Kesimpulannya, kemelut gejala social yang melibatkan
remaja yang merupakan pelapis dan penentu jatuh bangunnya sesebuah
Negara pada masa hadapan semakin membimbangkan. Bersesuaian dengan
konsep satu Malaysia, semua pihak perlu peka terhadap permasalahan
ini untuk bersamasama mengembleng usaha dan tenaga bagi menangani
gejala ini.
SEKIAN, TERIMA KASIH