AYAT AKTIF & AYAT PASIF
LAGU:PAK LEMAN SI PENGUSAHA PERAHU
Mari dengar satu ceritaKisah Pak Leman dan perahunyaRajin
bekerja setiap masaItulah pengusaha berjaya.
Perahu dibuat di TerengganuDiperbuat daripada kayuBekerja siang
malam tanpa jemuKisah Pak Leman pengusaha perahu.
PENGUSAHA PERAHU TRADISIONAL
Encik Sulaiman bin Ismail, atau dikenali sebagai Pak Leman,
ialah bapa saudara Amirul. Pak Leman mempunyai perusahaan membuat
perahu di Pulau Duyong, Terengganu. Perahu itu dihasilkan oleh Pak
Leman secara tradisional. Pak Leman mementingkan nilai kesenian
semasa membuat perahu. Pak Leman bercerita tentang perusahaan
perahunya itu kepada pelancong yang datang ke tempat kerja
beliau.
Situasi 1
*Buku teks m/s 152Situasi 2Perahu itu baru sahaja Pak Leman
siapkan. Seorang pembeli dari Amerika Syarikat telah menempahnya.
Kehalusan kerja tangan Pak Leman disukai oleh peminat perahu
tradisional tersebut.
Pak Leman membuat perahu itu bersama-sama dengan tiga orang
pembantu, perahu itu dapat disiapkan mengikut jadual. Mereka
mengambil masa kira-kira 12 bulan untuk menyiapkannya. Mereka
menunggu pembeli itu datang untuk mengambil perahu. Perkhidmatan
penghantaran tidak disediakan oleh Pak Leman. Oleh itu, pembeli
sendiri yang akan menentukan cara untuk membawa perahu mereka
pulang.
AYAT AKTIF & AYAT PASIF
AYAT AKTIF
Ayat yang mengandungi kata kerja yang menerangkan subjek ayatnya
mengandungi kata kerja yang berawalan MeN- (me-, mem-, men-,
menge-, dan meny-).Contoh :Syafiq bermain bola sepak.Mimi
memecahkan pasu bunga ibu.Polis telah menangkap penculik
kanak-kanak itu pada pagi tadi.Mereka ke sekolah dengan menaiki
bas.AYAT PASIFAyat pasif ialah ayat yang menekankan/mengutamakan
objek dan perbuatannya. Ayat ini mengandungi kata kerja tanpa
awalan atau kata kerja yang berawalan di- beserta dengan kata sendi
oleh.
Contoh :Buku cerita kanak-kanak itu dibaca oleh Hanis di
kantin.Gambar itu saya lukis kelmarin setelah diminta oleh
Farah.Bola itu ditendang oleh Ahmad ke pintu gol.
Lihat contoh-contoh berikut:
Puan Roslina mencantikkan kawasan koridor rumahnya.
Kawasan koridor rumah dicantikkan oleh Puan Roslina.
Ayat aktifAyat pasif
Lihat contoh-contoh berikut:
Perabot diletakkan oleh para pendudukDi tempat buangan
sampah.
Para penduduk meletakkan perabot ditempat buangan sampah.
Ayat pasifAyat aktif
Ayat Aktif Ayat PasifApitan di--kan ialah bentuk pasif bagi kata
kerja meN--kan.
Apabila kata kerja dalam sepotong ayat menerima apitan di--kan,
ayat tersebut menjadi pasif.
Mari kita cuba bersama:Adik menjatuhkan pasu bunga ibu.
Ayat AktifPasu ibu dijatuhkan oleh adik.Ayat PasifMari kita cuba
bersama:Rafiq mengemaskan bilik tidur.Ayat AktifBilik tidur
dikemaskan oleh Rafiq.Ayat Pasif