SEMINAR UPSR BAHASA MELAYU NORHAIRIE NORDIN Page 1 Bahagian A [20 markah] Soalan 1 hingga 9 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1. “Saya berharap __________ akan datang beramai-ramai untuk menyertai aktiviti gotong-royong nanti,”pesan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Seri Indah kepada anak-anak buahnya. A Anda B Kita C Awak D Kalian 2. Malaysia mengalami iklim Khatulistiwa yang menyebabkan keadaan cuaca di negara kita ____________ dan lembap sepanjang tahun. A kemarau B banjir C angin D panas Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah. 3. Dedaun dan bunga mawar pada dahan itu akibat dahannya patah. A melempai B meliuk C menegak D mengendur 4. Stanley berjaya menjiwai wataknya sebagai dalam lakonan itu dengan baik sekali. A kakitangan B hulubalang C warganegara D bumiputera 5. Ayah menasihati abang tidak membuang masa dengan menonton televisyen. A kecuali B lagi C atau D supaya 6. Sultan Mansor Shah hilang selera makan sejak seminggu yang lalu. Keadaan baginda semakin lemah. Apakah yang akan berlaku kepada baginda jika keadaan ini berterusan? A beradu B santap C gering D bersiram 7. orang murid Tahun 2 sedang beratur di luar bilik rawatan untuk pemeriksaan gigi mereka dari Klinik Pergigian Taman Impian. A Para B Sebahagian C Segelintir D Beberapa 8. Orang ramai datang untuk membeli-belah sempena jualan gudang yang dibuat di kedai kasut Bata itu. A bertolak-tolak B berpusu-pusu C berlonjak-lonjak D berjengket-jengket 9. Puan Mariam membeli tiga tikar buluh dan pasu tembikar dari Sarawak. A keping … sebiji B gulung … sebiji C bidang…sebuah D bidang…sebentuk
32
Embed
SEMINAR UPSR BAHASA MELAYU - … · ... Tandakan ( / ) pada ayat yang betul dan ( X ) pada ayat yang salah bagi penggunaan kata sendi nama. ... Tukar ayat aktif kepada ayat pasif
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
SEMINAR UPSR BAHASA MELAYU
NORHAIRIE NORDIN Page 1
Bahagian A [20 markah]
Soalan 1 hingga 9 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1. “Saya berharap __________ akan datang beramai-ramai untuk menyertai aktiviti gotong-royong nanti,”pesan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Seri Indah kepada anak-anak buahnya.
A Anda B Kita C Awak D Kalian
2. Malaysia mengalami iklim Khatulistiwa yang menyebabkan keadaan cuaca di negara kita ____________ dan lembap sepanjang tahun.
A kemarau B banjir C angin D panas
Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.
3. Dedaun dan bunga mawar pada dahan itu akibat dahannya patah.
A melempai B meliuk C menegak D mengendur
4. Stanley berjaya menjiwai wataknya sebagai dalam lakonan itu dengan
baik sekali.
A kakitangan B hulubalang C warganegara D bumiputera
5. Ayah menasihati abang tidak membuang masa dengan menonton
televisyen.
A kecuali B lagi C atau D supaya
6. Sultan Mansor Shah hilang selera makan sejak seminggu yang lalu. Keadaan baginda semakin lemah. Apakah yang akan berlaku kepada baginda jika keadaan ini berterusan?
A beradu B santap C gering D bersiram
7. orang murid Tahun 2 sedang beratur di luar bilik rawatan untuk
pemeriksaan gigi mereka dari Klinik Pergigian Taman Impian.
A Para B Sebahagian C Segelintir D Beberapa
8. Orang ramai datang untuk membeli-belah sempena jualan gudang yang
dibuat di kedai kasut Bata itu.
A bertolak-tolak B berpusu-pusu C berlonjak-lonjak D berjengket-jengket
9. Puan Mariam membeli tiga tikar buluh dan pasu tembikar
dari Sarawak.
A keping … sebiji B gulung … sebiji C bidang…sebuah D bidang…sebentuk
SEMINAR UPSR BAHASA MELAYU
NORHAIRIE NORDIN Page 2
10. Pilih simpulan bahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong.
Sikap Nabila yang suka menyendiri seperti itu menyebabkan rakan-
rakannya memulaukannya.
A patah hati B kambing hitam C kera sumbang D lipas kudung
11. Adam menggigil kesejukan kerana air perigi di belakang rumah datuk sangat dingin.
Pilih perkataan antonim bagi dingin.
A sejuk B dedar C hangit D panas
12. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Rumah agam di atas bukit itu cantik sebelum bersih.
II Abang tidak mahu makan nasi sebelum menyiapkan kerja sekolahnya.
III Pemain-pemain bola sepak membuat aktiviti regangan sebelum memulakan sesi
latihan mereka.
IV Penyanyi itu tersenyum sebelum melambai-lambai tangannya kepada peminat.
A I dan II B II dan III C I dan IV D III dan IV
13. Pilih ayat sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Datuk berpesan kepada cucunya, “David, bacalah buku pada masa lapang.”
A Cucu datuk berpesan kepada datuk supaya membaca buku pada masa lapang.
B David berpesan kepada datuknya supaya membaca buku pada masa lapang.
C Datuk berpesan kepada David supaya membaca buku pada masa lapang.
D Datuk dan David membaca buku pada masa lapang.
14. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.
Kumpulan ekspedisi itu itu meminta pertolongan daripada orang asli semasa mereka sesat di
dalam hutan.
A Di manakah kumpulan ekspedisi itu sesat?
B Siapakah yang membantu kumpulan ekspedisi itu di dalam hutan?
C Apakah yang menyebabkan kumpulan ekspedisi itu sesat di dalam hutan?
D Bagaimanakah kumpulan ekspedisi itu menyelamatkan diri semasa sesat di
dalam hutan?
Soalan 15
Pilih ayat yang betul.
15. A Kedua orang murid itu ialah jiran di sebelah rumah saya.
B Khatijah membaca surat khabar sambil mengetahui berita semasa.
SEMINAR UPSR BAHASA MELAYU
NORHAIRIE NORDIN Page 3
C Juruhebah radio itu membincangkan tentang masalah disiplin murid.
D Pelbagai-bagai jenis kuih dijual di Warung Mak Limah pada setiap pagi.
Soalan 16 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Seni pertahanan diri merupakan cara seseorang mempertahankan diri dengan menggunakan
senjata atau tanpa senjata daripada diserang oleh penjenayah. Tujuan mempelajari seni ini
bukan untuk menewaskan musuh, tetapi mempertahankan diri apabila diancam bahaya
sebelum tibanya bantuan daripada polis dan orang awam.
Seni pertahanan diri berasal dari medan perang. Setelah penggunaan senjata seperti
senapang dan meriam digunakan secara meluas, seni pertahanan diri mula berkembang dalam
kalangan orang awam. Seni ini bukan sahaja untuk mengelakkan ancaman daripada jenayah,
tetapi juga binatang buas dan liar seperti harimau dan monyet liar.
Antara kelebihan mempelajari seni pertahanan diri adalah dapat mempertahankan diri
apabila keselamatan diri tergugat khususnya golongan wanita, meningkatkan keyakinan dan
keberanian diri apabila berada dalam situasi genting, mendisiplinkan diri dengan masa dan
sebagai satu wadah bersosial apabila mengikuti latihan seni pertahanan diri. Selain itu, seni
ini juga dapat menyihatkan tubuh badan agar cergas dan mengurangkan tekanan.
Seni pertahanan diri terbahagi kepada seni tempatan dan seni berasal dari luar negara.
Seni yang berasal daripada masyarakat tempatan ialah silat yang banyak dipelajari oleh orang
Melayu. Manakala, seni pertahanan diri yang lain dibawa masuk ke Malaysia dan
dikembangkan ke seluruh negara. Contohnya, taekwando, aikido, wushu, karate, judo, muay
thai atau tinju Siam, silambam dan kalaripayat.
Ilmu seni pertahanan diri dapat menyelamatkan diri dan harta benda daripada menjadi
sasaran penjenayah. Walaupun ilmu kita sekadar ala kadar, bak kata pepatah, “sediakan
payung sebelum hujan” dan kita ialah penyambung legasi nenek moyang agar tidak luput dek
zaman.
16. Seni pertahanan diri berasal dari
A orang Melayu B luar negara C orang awam D medan perang
17. Berikut adalah tujuan mempelajari seni pertahanan diri kecuali
SEMINAR UPSR BAHASA MELAYU
NORHAIRIE NORDIN Page 4
A menewaskan musuh. B mendapat bantuan orang ramai.
C serangan binatang buas. D mempertahankan diri dari ancaman bahaya.
18. Manakah seni pertahanan diri yang bukan dibawa masuk ke negara?
A Tinju B Taekwando C Silat D Karate
19. Pilih pernyataan yang benar tentang seni pertahanan diri.
A Hanya golongan wanita sahaja yang boleh mempelajari seni pertahanan diri.
B Seni pertahanan diri membuatkan kita mengalami tekanan.
C Tubuh badan akan menjadi sihat dan cergas.
D Pihak polis dan orang ramai tidak membantu.
20. Maksud kata legasi dalam petikan ialah
A jejak B warisan C kehebatan D keturunan
Soalan 1 hingga 14
Isi tempat kosong dengan jawaban yang paling sesuai.
1 Pak Hamid memasang _____________ untuk menangkap burung di hutan.
A jala B jebak C bubu D lukah
2 “__________________ menitahkan _______________ untuk memaklumkan tuan hamba
supaya menyediakan santapan untuk baginda,” kata Tun Perak kepada dayang.
A Baginda … hamba B Tuanku … patik C Beta … hamba D Patik … hamba
3 Mereka baru saja menerima surat pengesahan lawatan _____________ Syarikat Penerbitan
Daya Usaha.
A di B dari C kepada D daripada
4 Terasa ______________air teh yang diminum oleh Aliya kerana kurang gula.
A masam B payau C pedar D kelat
SEMINAR UPSR BAHASA MELAYU
NORHAIRIE NORDIN Page 5
5 Kerja _____________ perlu dilakukan dengan teliti untuk menghasilkan songket yang
bermutu tinggi.
A jahit-menjahit B tenun-menenun C sulam-menyulam D canting-mencanting
6. Ibu menghidangi tetamu dengan sepinggan _________________pisang.
A jemput-jemput B agar-agar C gula-gula D bola-bola
7 Anjang Aki sering _______________ potret anaknya untuk melepaskan rindu.
A menjegil B menjeling C mengenyit D merenung
8 Cef Jasni sedang ___________________ bawang untuk menyediakan menu yang dipesan.
A melayur B mereneh C menumis D mencelur
9 Adib ____________________ wajah seorang gadis pada sekeping kertas.
A menconteng B melakar C mencatat D menekap
10 Jualan makanan Pak Lang sangat laris terutama pada bulan Ramadan.
Perkataan sinonim bagi laris ialah
A selesai B habis C laku D licin
11 Novel itu __________ habis saya baca semalam.
A sedang B masih C telah D akan
12 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Persatuan Bahasa akan mengadakan Minggu Bahasa sempena Bulan Bahasa Kebangsaan.
A Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan, Persatuan Minggu Bahasa akan mengadakan Minggu
Melayu.
B Sempena Minggu Bahasa, Persatuan Bahasa akan mengadakan Bulan Bahasa Kebangsaan.
C Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan, Persatuan Bahasa akan mengadakan Minggu Bahasa.
D Sempena Bulan Kebangsaan, Persatuan Bahasa akan mengadakan minggu Bahasa.
SEMINAR UPSR BAHASA MELAYU
NORHAIRIE NORDIN Page 6
13 Pilih ayat tanya yang sesuai dengan ayat yang diberikan.
Saya tidak sempat menontonnya kerana terlewat pulang dari kampung.
A Adakah kamu menonton perlawanan bola sepak semalam?
B Di manakah kamu menonton perlawanan bola sepak?
C Mengapakah kamu menonton perlawanan bola sepak?
D Bilakah kamu menonton perlawanan bola sepak itu?
SOALAN 14 dan SOALAN 15
14 Pilih ayat-ayat yang betul.
A Mereka menaiki mini bas untuk ke bandar.
B Cempedak goreng yang dibelinya sungguh rangup.
C Kebanyakan para peserta tidak dapat menamatkan larian itu.
D Pelbagai koleksi setem-setem disimpannya sebagai kenangan.
15 I Pelbagai kuih dijual di gerai itu.
II Semua penduduk di kawasan perumahan itu sentiasa bekerjasama.
III Tiap hari Ali pergi ke sekolah dengan menunggang basikal.
IV Para-para guru diraikan dalam majlis yang gilang-gemilang.
A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV
16 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Perubahan cuaca menyebabkan warna dinding sekolah hilang.
II Akibat kebakaran kilang, banyak pekerja yang hilang punca pendapatan.
III Bas yang dinaiki abang perlahan-lahan hilang daripada pandangannya.
IV Mereka telah hilang kepercayaan terhadap pemimpin mereka.
A I dan II, III B I, III dan IV C I, II dan IV D II, III dan IV
SEMINAR UPSR BAHASA MELAYU
NORHAIRIE NORDIN Page 7
Soalan 17 - 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan berikutnya.
Tiba-tiba namaku dipanggil oleh Cikgu Yusuf.
“Apa nak jadi dengan kamu ni, Kamal. Sekarang sudah bulan Julai, kamu langsung tak ubah
sikap. Pelajaran kamu makin merosot,” leter Cikgu Yusuf.
Aku hanya mampu menahan air mata. Wajah ibu yang dimamah usia terus terbayang di
mataku. Belakangan ini, sakit ibu makin menjadi-jadi. Akulah tempat ibu bergantung sejak
ayah pergi selama-lamanya sedekad yang lalu.
“ Kamal, cikgu memarahi kamu kerana cikgu sayang akan kamu. Cikgu nak lihat kamu
menjadi insan yang cemerlang. Setiap manusia ada cerita, ada sejarah dan peristiwa. Kita
harus hadapinya dengan tabah. Yang penting hidup harus diteruskan,” nasihat Cikgu Yusuf.
Nasihat Cikgu Yusuf satu persatu menusuk kalbuku. Aku harus berusaha demi ibu, demi
masa depanku. Aku harus berjaya dalam UPSR. Minatku dalam bidang perubatan harus
menjadi kenyataan.
“ Terima kasih cikgu,” bisik hati kecilku.
17 Apakah cita-cita Kamal ?
A Guru B Arkitek C Doktor D Polis
18 Sudah berapa lamakah ayah Kamal meninggal dunia?
A sepuluh tahun yang lalu B sebulan yang lalu
C setahun yang lalu D seminggu yang lalu
19 Sikap berikut ada pada Cikgu Yusuf kecuali
A penyayang B bengis C prihatin D baik hati
20 Pada pendapat kamu, mengapakah pelajaran Kamal merosot?
A sering dimarahi oleh guru B sikapnya yang malas belajar
C sibuk menjaga ibunya yang sakit D kematian ayahnya.
SEMINAR UPSR BAHASA MELAYU
NORHAIRIE NORDIN Page 8
BAHAGIAN B (30 markah )
Soalan 21
Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang paling sesuai.
1. Bau minyak masak yang telah lama digunakan itu sungguh _____________.
2. Ibu berasa sangat ___________ apabila abang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara.
3. Kamariah cuak amat ketika menonton filem __________di panggung wayang itu.
( 3 markah )
Soalan 22
a) Tandakan ( / ) pada ayat yang betul dan ( X ) pada ayat yang salah bagi penggunaan kata
sendi nama.
1. Dia mengemukakan pendapatnya di dalam mesyuarat petang semalam. ( )
2. Peraduan itu terbuka kepada warganegara Malaysia kecuali ahli keluarga dan
kakitangan syarikat itu. ( )
3. Selat Tebrau terletak antara Johor dan Singapura. ( )
4. Ketua kampung berasa kecewa akan sikap penduduk kampung yang tidak hadir
bergotong-royong. ( ) ( 4 markah )
SOALAN 23
a) Padankan simpulan bahasa di bawah dengan gambar yang sesuai .
SEMINAR UPSR BAHASA MELAYU
NORHAIRIE NORDIN Page 9
b) Tulis ayat perintah yang sesuai berdasarkan situasi yang diberikan.
( i ) Situasi : Melarang murid-murid merosakkan peralatan permainan yang
Soalan 21 Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberikan. ke pada atau kerana untuk akan dengan apabila
Taman rekreasi merupakan kemudahan awam untuk anggota masyarakat beriadah
atau rehat bersamasama _____________________ keluarga. Biasanya taman rekreasi
menjadi tumpuan orang ramai ____________________ waktu petang kerana ketika itu cuaca
agak redup. Di taman rekreasi ada pelbagai aktiviti yang dapat dilakukan oleh para
pengunjung. Golongan kanak-kanak suka pergi ___________________ taman rekreasi
kerana ada pelbagai alat permainan. Sesetengah pengunjung suka berjoging atau melakukan
senaman dengan menggunakan alatan senaman yang disediakan di situ. Ada pengunjung suka
bersiar- siar di kawasan tersebut sambil menghirup udara yang nyaman. Namun begitu, kita
haruslah patuh ____________________ undang- undang di taman rekreasi untuk menjamin
keselamatan kita. (4 markah)
Soalan 22 Garis jawapan yang paling sesuai dalam petikan di bawah.
Aku dimasukkan ke dalam sebuah kotak untuk ( dibawa / dihantar ) ke pelabuhan. Tiba di
pelabuhan, aku diangkut dengan sebuah lori untuk dibawa ke sebuah kedai telefon. Aku
(diletakkan / dipamerkan) kepada orang ramai. Pada keesokannya, aku dibeli oleh seorang
wanita. Aku terus dibawa pulang ke rumah dan disambut meriah oleh ahli keluarganya. Tuan
aku ( menjaga / menggunakan ) aku dengan baik. Sejak hari itu, aku berkhidmat untuk
SEMINAR UPSR BAHASA MELAYU
NORHAIRIE NORDIN Page 12
(menyampai / menghubungi ) rakan-rakannya, mengambil gambar dan mencari maklumat.
Aku berasa bangga kerana dapat ( dipakaikan / digunakan ) dengan berfaedah. (5 markah)
Soalan 23
a. Tulis ayat cakap ajuk yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.
Promosi Sempena Pembukaan Rasmi -Pelbagai jenis buku, majalah, alat tulis Tarikh : 28 Julai 2018 dan kamus dijual di sini. -Potongan Harga (Buku & Majalah – 20%) -Pembelian Alat Tulis (10%) *Pembelian melebihi RM200 akan mendapat hadiah misteri *Pesanan buku secara borong dari sekolah amat dialu-alukan
SEMINAR UPSR BAHASA MELAYU
NORHAIRIE NORDIN Page 15
Bahagian A (10 markah)
(Masa yang dicadangkan: 15 minit)
Gambar di bawah ini menunjukkan cara-cara mengeratkan hubungan kekeluargaan. Tulis lima ayat yang lengkap tentang cara-cara tersebut. Tulis satu ayat yang lengkap bagi setiap gambar.
Gambar rajah di bawah ini menunjukkan iklan penjagaan keselamatan semasa menunggang basikal. Tulis ulasan tentang penjagaan keselamatan semasa menunggang basikal tersebut dalam bentuk perenggan. Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.
( Masa dicadangkan : 35 minit ) Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 perkataan. Contoh karangan : Faedah Menyimpan Wang di Bank Yang Dihormati, Tuan Pengerusi Majlis, Yang adil lagi bijaksana, Para panel hakim, Tuan Guru Besar, guru-guru penolong kanan, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. ____________________________. __________________________________________________________ __________________________________________________________ Berdirinya saya di sini pada pagi yang mulia ini tidak lain tidak bukan ingin menyampaikan syarahan yang bertajuk ,”Faedah Menyimpan Wang di Bank.” Hadirin yang dikasihi sekalian,
Orang ramai sememangnya telah mengetahui bahawa menyimpan wang banyak mendatangkan faedah.____________________________________________________________ _______________________________________________________
Hujah saya pertama, menyimpan wang di bank melatih diri kita berjimat-cermat. Kita_________________dan hanya membeli barangan yang diperlukan sahaja. Sebaik-baiknya , __________________ barang- barang yang hendak dibeli supaya tdak membazir. Hadirin-hadirat yang dimuliakan,
Hujah saya seterusnya, wang yang kita simpan di bank adalah untuk masa hadapan. Kita tidak __________________________________________________________________________ __________________________________. Contohnya waktu sakit , kebakaran, kemalangan dan sebagainya menyebabkan kita memerlukan wang yang banyak bagi menghadapi masalah tersebut.
Hujah saya yang ketiga, menyimpan ____________________________________________ ____________________________________________________________________ menjamin keselamatan wang. Sekiranya kita tidak menyimpan wang di bank, wang kita mudah ____________________. Misalnya jika wang diletakkan di dalam tabung, beg tangan, bawah bantal dan sebagainya,keselamatan wang belum tentu terjamin. Hadirin yang dirahmati sekalian,
_______________________________, jelaslah bahawa menyimpan wang di bank memang banyak mendatangkan faedah. Lantaran itu, simpanlah wang di bank atau institusi-institusi kewangan yang sah dan dijamin kerajaan. Sebelum saya mengundurkan diri, izinkan saya menyampaikan serangkap pantun; ______________________________________________________ ______________________________________________________ ______________________________________________________ ______________________________________________________ Sekian, __________________.
SEMINAR UPSR BAHASA MELAYU
NORHAIRIE NORDIN Page 27
Contoh karangan : Membentuk keluarga yang bahagia.