Epistemologi Akidah Menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah : Kajian
Pelaksanaan Dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR)Abstrak
Epistemologi merupakan pendahuluan awalan yang terdapat dalam
kitab akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ), sebelum membahaskan
perkara-perkara dasar yang penting. Dalam Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Islam juga terdapat bab yang
membincangkan berkenaan akidah. Sehubungan dengan itu, kajian ini
dijalankan untuk mengenalpasti samada bertepatan ataupun tidak
sistem KSSR Pendidikan Islam khususnya bab akidah dengan
epistemologi akidah ASWJ. Seterusnya, perbincangan kepada konsep
mabdi asharah, metodologi dan hakikat ilmu yang digunakan dalam
epistemologi diberi tumpuan. Metodologi kajian teks digunakan untuk
mendapatkan sumber dan data yang diperlukan. Berdasarkan
perbincangan ini, dapat dirumuskan bahawa epistemologi akidah ASWJ
bertepatan dan diterapkan dalam pelaksanaanya terhadap Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSR Pendidikan Islam bab
Akidah Tahun 1 Hingga 5. Kata Kunci : Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR), Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP),
mabdi asharah, Ahli Sunnah Wal jamaah.AbstractEspitemology is a
preliminary in aqidah scripture for Ahl al-Sunnah wal Jamaah
(ASWJ). In Islamic studies of Primary School Standard Curriculum
(KSSR), there is also a chapter related to aqidah. This research is
done to analyze whether KSSR especially the aqidah chapter adopt
the aqidah espitemology of ASWJ. This reasearh also discuss the
concept of mabdi asharah, metodology and knowledge in epistemology.
The research methodology that we carried was archival research from
old books to get the important sources and data that we required.
Based on this research, we conclude that aqidah espitemology of
ASWJ is applied and aligned in Islamic Studies of Curriculum
Standards and Assessment Document (DSKP) KSSR in aqidah chapter for
primary 1 to 5. Keywords: Primary School Standard Curriculum
(KSSR), Curriculum Standards and Assessment Document (DSKP), mabdi
asharah, Ahl al-Sunnah wal Jamaah (ASWJ).
PENDAHULUANPerbincangan mengenai epistemologi merupakan salah
satu dari cabang ilmu falsafah yang penting untuk sesuatu bidang
ilmu yang hendak dikaji. Justeru epistemologi akidah penting
sebagai pegangan yang diyakini oleh seseorang individu untuk
kebahagian kehidupan di dunia dan akhirat.DEFINISI EPISTEMOLOGI DAN
AKIDAH
Perkataan epistemologi berasal dari Greek iaitu episteme membawa
maksud pengetahuan manakala logos ialah penerangan atau teori.
Ianya pembelajaran yang bersifat pengetahuan dan pembuktian
terutama untuk pembelajaran tentang ciri-ciri takrifan, punca atau
syarat yang teguh dan batasan keilmuan dan pembuktian. Manakala
definisi akidah terdapat dua maksud yang pertama ialah perkara yang
dimaksudkan dengan pegangan bukan amalan seperti pegangan seseorang
tentang kewujudan Allah SWT. Definisi kedua ialah hukum yang mana
tidak menerima syak disisi seseorang.
SEJARAH KSSRTransformasi Kurikulum Kebangsaan bertitik tolak
daripada keputusan Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.6/2008 yang
dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Pelajaran pada 23 Mei 2008. Satu
usaha penambahbaikan dalam sistem pendidikan negara terutamanya di
peringkat sekolah rendah perlu dilaksanakan supaya kurikulum
persekolahan memenuhi keperluan dan cabaran semasa serta akan
datang. Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah
melaksanakan satu kajian dan mendapati wujudnya keperluan untuk
melakukan transformasi kurikulum sekolah rendah.
Transformasi kurikulum sekolah rendah merupakan penyusunan
semula dan penambahbaikan kurikulum persekolahan rendah sedia ada.
Tujuan transformasi adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan
semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Fokus transformasi
kurikulum persekolahan rendah adalah kepada kemahiran membaca,
menulis dan mengira (3M), sebaliknya mengambil kira kemahiran
penaakulan, kreativiti dan inovasi, Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) serta elemen keusahawanan.
Dalam proses transformasi kurikulum persekolahan rendah, KPM
telah melakukan penandaarasan dengan kurikulum persekolahan negara
maju bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan yang
dibangunkan setanding dengan pendidikan global. Di samping itu, KPM
turut mendapatkan input daripada pelbagai pihak berkepentingan
seperti Pertubuhan Bukan Kerajaan, industri, akademik dan ibu bapa.
Berdasarkan kepada input-input tersebut maka konsep kurikulum
persekolahan rendah berasaskan standard dibangunkan.
Lanjutan daripada itu, konsep kurikulum persekolahan rendah
mendapat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat
Bil.3/2009 pada 2 Oktober 2009. KPM membangunkan KSSR berasaskan
prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan
berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum yang
dibangunkan turut melibatkan kurikulum Pendidikan Khas. Bagi
memastikan kurikulum tersebut mantap, pelaksanaan rintis telah
dilakukan di sekolah rendah terpilih di seluruh negara. Natijahnya,
pada tahun 2011 pelaksanaan KSSR berkuatkuasa sepenuhnya kepada
semua murid tahun 1 sekolah rendah seluruh Malaysia.
EPISTEMOLOGI AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
Ilmu akidah merupakan pegangan paling penting dalam diri seorang
Islam. Ianya lebih masyur di kalangan masyarakat dengan panggilan
ilmu tauhid. Teori pegangan akidah ahli sunnah wal jamaah menurut
prinsip kerangka sepuluh (mabdi asyarah) merangkumi aspek takrif,
nama, tempat perbahasan, faedah, nisbah, penyusun, sumber, hukum,
kelebihan dan masalah. Setiap ilmu syarak perlu diketahui asas
kerangka sepuluh ini, jika tidak sempurna syarat tersebut maka ilmu
tersebut adalah sia-sia. Takrif tauhid pada bahasa ialah satu ilmu
bahawasanya sesuatu itu adalah satu. Manakala makna dari sudut
istilah ialah ilmu yang membahaskan padanya tentang keyakinan
simpulan agama dengan dalil yang diyakini. Nama lain bagi ilmu
tauhid adalah ilmu kalam, fiqh al-Akbar dan ilmu usluddin. Tempat
perbahasannya ialah yang pertama ialah tentang zat Allah dari segi
sifat yang wajib bagiNya, sifat mustahil atasNya dan sifat harus
padaNya. Kedua tentang zat rasul-rasul dari segi sifat wajib
baginya, sifat yang mustahil atasnya dan sifat harus padanya.
Ketiga pada segala kejadian dari segi jirim-jirim, arad-arad dan
dalil keatas kewujudan yang menjadikannya. Keempat perkara-perkara
samiyat yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW. Faedahnya ialah
berjaya mendapat kejayaan yang berkekalan di dunia dan akhirat
kerana dengan beriman dengan hukum syariah yang telah ditetapkan.
Selain itu dapat mengenal segala sifat Allah dan rasulNya dengan
dalil yang mutawtir. Nisbah ilmu ini dengan ilmu-ilmu yang lain
ialah paling utama tanpa pertikaian kerana berkaitan dengan zat
Allah SWT dan rasul-rasulNya. Penyusun ilmu ini ialah Ab Hassan
al-Ashari serta pengikut-pengikutnya dan Ab Mansur al-Mturd serta
pengikut-pengikutnya. Sumbernya daripada dalil naqli dan aqli.
Hukum mempelajarinya adalah fardhu ain kepada setiap mukallaf
walaupun dengan dalil yang ringkas. Manakala dalil secara
terperinci adalah fardhu kifayah kepada masyarakat. Kelebihannya
ialah semulia-mulia ilmu berbanding dengan ilmu-ilmu lain kerana
membincangkan tentang zat Allah dan rasulnya. Mulianya ilmu akidah
kerana perkara dasar perbincangannya adalah mempunyai kemuliaan
yang tiada tara bandingnya. Masalah perbincangan adalah berkaitan
ketuhanan termasuk sifat wajib, mustahil dan harus. Begitu juga
perbincangan rasul-rasul tentang sifat wajib, mustahil dan harus.
Perkara-perkara ghaib atau samiyat tentang syurga, neraka, hari
kebangkitan, timbanagan dan lain-lain lagi. Sehubungan itu setiap
ilmu yang dipelajari atau dikaji perlu mempunyai autoriti keilmuan
berdasarkan prinsip-prinsip yang telah disebutkan tadi.
Berdasarkan kenyataan di atas, ilmu merupakan wasilah yang
sangat penting dalam mencari kebenaran sesuatu hakikat. Hakikat
sesuatu adalah sabit, dan ilmu dengan hakikat adalah boleh dicapai
atau didapati bersalahan dengan pendapat golongan sofis. Dan sebab
sebab memperolehi ilmu terdapat tiga cara yang penting iaitu
pancaindera yang sejahtera, khabar yang benar dan akal. Golongan
sofis merupakan golongan yang tidak menerima hakikat sesuatu .
Mereka mendakwa bahawa hakikat sesuatu adalah khayalan dan rekaan
semata-mata sedangkan mereka adalah golongan yang keras kepala.
Makna pengetahuan mendapat akan sesuatu berbetulan dengan
hakikatnya. Cara penulisan al-Ghazali tentang bab ilmu dalam Ihya`
Ulumiddn ialah dengan mendatangkan dalil al-Quran, hadith, al-Athr
dan dalil aqli. Kemudian beliau membahagikan ilmu kepada shariyah
dan ghairu shariyah. Ghairu shariyah pula terbahagi kepada tiga
bahagian mahmd, mazmm dan mubh. Kemudian daripada bahagian mahmd
dibahagikan kepada dua bahagian iaitu fardhu kifayah dan falah.
Metologi yang digunakan oleh Imam al-Ghazali dalam perbahasan ilmu
amat teliti dan rapi untuk menspesifikasikan pembahagian ilmu.
Hakikat makrifat iaitu tiga perkara dalam kitab Hidyatu al-Sibyn F
Makrifat al-Islam Wal al-Imn,
Maksud umum : Iktikad yang tetap yakni tiada berubah dan tiada
syak yang muafakat bagi yang sebenarnya, ertinya bagi diri
pekerjaan yang ia iktikad akan dia lagi daripada dalil. Maka
barangsiapa tiada jazam pada iktikadnya maka dinama akan dia jahil
bas. Dan jika ia padanya dan muafakat ia bagi diri pekerjaannya
dinama akan dia jahil murakab. Dan jika jazam ia padanya dan
muafakat ia baginya tetapi tiada ia daripada dalil di nama akan dia
taqlid. Telah bermuafakat jumhur ulamak ahli sunnah wal jamaah
tentang tentang asas dari rukun-rukun agama serta wajib setiap yang
qil dan baligh mengetahui hakikatnya. Terdapat lima belas rukun
yang telah disepakati, yang pertama mengisbatkan hakikat dan ilmu
mengikut khas dan umum. Yang kedua mengetahui baharu alam pada
pembahagiannya daripada arodnya dan jisimnya. Yang ketiga
mengetahui pencipta alam dan zatnya. Yang keempat mengetahui
sifatNya yang bangsa `azaliah. Yang kelima mengetahui nama-nama dan
sifat-sifatNya. Yang keenam mengetahui keadilanNya dan hikmahnya.
Yang ketujuh mengetahui rasul-rasuk dan nabi-nabi. Yang kelapan
mengetahui mukjizat nabi-nabi dan karamah wali-wali. Yang
kesembilan mengetahui perkara yang diijmakkan ummah dari
rukun-rukun syariat islam. Yang kesepuluh mengetahui hukum suruhan,
larangan dan taklif. Yang kesebelas mengetahui kematian hamba dan
hukuman di hari kiamat. Yang kedua belas Khilafah dan Imamah. Yang
ketiga belas hukum islam dan iman. Yang keempat belas mengetahui
hukum wali-wali dan martabat imam yang bertakwa. Yang kelima belas
mengetahui hukum musuh-musuh dari golongan kafir dan ahli nafsu.
Penulis akan menghuraikan hanya pada perkara yang pertama sahaja.
Telah ijmak ulama ke atas ithbat ilmu. Terkeluar daripada makna di
atas iaitu sesat orang-orang yang menafikan ilmu dan sekalian arad,
golongan sofis yang menafikan yang menafikan ilmu dan hakikat
sesuatu pada semuanya. Mereka merupakan golongan yang degil dan
keras kepala bagi perkara yang telah diketahui dengan ilm biorroh.
Satu golongan lagi yang mengatakan hakikat sesuatu adalah pengikut
bagi pegangan. Ketiga-tiga golongan merupakan golongan yang kufur
kerana perkara yang diketahui dengan biorroh tidak memerlukan aras
yang tinggi dalam membuat sesuatu keputusan. Berkata ulama ahli
sunnah wal jamaah ilmu manusia dan haiwan terdapat tiga bahagian
ilm badh, ilm hiss dan ilm istidll. Penggunaan pancaindera yang
lima penting dalam mengetahui sesuatu hakikat tanpa perlu kepada
berfikiran secara mendalam dalam ilm badh dan ilm hiss. Manakala
daripada sudut khobar terbahagi kepada tiga, khobar al-mutawatir,
khobar al-had dan al-Mustaf. Khobar al-mutawatir wajib diterima
nasnya, manakala khobar al-had apabila sah matannya serta tidak
mustahil pada akal adalah wajib beramal sahaja dan tidak boleh
digunakan untuk perdebatan ilmu. Al-Mustaf pula ialah pertengahan
di antara al-tawtur dan al-had. Sesungguhnya ia berkongsi al-tawtir
pada penerimaan ilmu dan amal. Justeru hakikat ilmu dan metologi
yang digunakan amat penting untuk dipelajari dan difahami secara
pendekatan yang betul bertepatan dalil wahyu dan akal yang waras
untuk memperolehi manfaat yang abadi.KURIKULUM STANDARD PENDIDIKAN
ISLAM SEKOLAH RENDAHKurikulum Standard Pendidikan Islam Sekolah
Rendah dibina bagi memenuhi keperluan pendidikan Islam secara
menyeluruh dan bersepadu selaras dengan kehendak Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam. Pendidikan
Islam sekolah rendah memberi penekanan kepada ilmu, nilai dan
kemahiran asas syariah yang perlu dikuasai oleh setiap murid
Islam.
Kurikulum ini merangkumi tujuh modul iaitu al-Quran, Hadis,
Akidah, Ibadah, Sirah, Adab dan Jawi. Proses pembelajaran dan
pengajaran hendaklah diolah dan disampaikan dengan berkesan melalui
pelbagai kaedah dan teknik yang lebih menarik dan sentiasa
dikaitkan dengan pelbagai aspek ilmu dan amalan yang dapat
diaplikasikan dalam kehidupan. Elemen merentas kurikulum juga
diterapkan bagi melahirkan generasi yang mampu mendepani cabaran
abad 21. Penilaian dan pentaksiran yang bersifat holistik dan
autentik juga dijalankan secara berterusan bagi memastikan
keberkesanan pembelajaran dan pengajaran.
Kurikulum Standard Pendidikan Islam Sekolah Rendah diharapkan
mampu membentuk murid-murid yang berilmu, beriman, berakhlak mulia,
berketerampilan, bertanggungjawab, beramal soleh, dan bertakwa. Ia
juga berupaya membentuk modal insan yang bercita-cita tinggi,
berdaya tahan, bersemangat juang, gigih berusaha dan mampu mengubah
diri untuk menyumbang kepada tamadun bangsa dan negara.
STANDARD KANDUNGAN BERKAITAN BAB AKIDAH KSSR TAHUN 1 HINGGA
5KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard
terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang
perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan.
Standard Kandungan didefinisikan sebagai penyataan spesifik tentang
perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu
tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan
nilai. Manakala Standard Pembelajaran ialah satu penetapan kriteria
atau petunjuk (indicator) kualiti pembelajaran dan pencapaian yang
boleh diukur bagi setiap standard kandungan.
Di antara objektif murid yang mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran melalui KSSR Pendidikan Islam khusunya dalam bab
akidah ialah berkebolehan memahami dan meyakini asas-asas akidah
sebagai pegangan dan benteng dalam kehidupan beragama. Maka kajian
ini akan menelusuri setiap modul akidah KSSR tahun 1 hingga 5 bagi
membandingkannya dengan epistemologi akidah Ahli Sunnah Wal
Jamaah.
Pertamanya dalam standard kandungan akidah Tahun 1 menunjukkan
perkara berkaitan rukun iman. Penerangan berfokus kepada pengertian
rukun iman, menyatakan rukun iman, menyebut kesan beriman kepada
rukun iman dan menyebut akibat tidak mempercayai rukun iman.
Seterusnya standard kandungan yang kedua adalah berkaitan beriman
kepada Allah yang membincangkan pengertian beriman kepada Allah dan
menyebut dalil naqli dan aqli tentang kewujudan dan kebesaran
Allah. Selepas itu dalam standard kandungan yang ketiga
membincangkan perkara berkaitan rukun Islam. Penerangan difokuskan
kepada pengertian rukun Islam, menyatakan rukun Islam, menyatakan
kesan beramal dengan rukun Islam dan menyatakan akibat tidak
beramal dengan rukun Islam. Akhirnya dalam standard kandungan Tahun
1, murid didedahkan dengan kalimah syahadah seperti melafazkan
kalimah syahadah dengan betul, menghafaz kalimah syahadah dengan
betul dan menyatakan pengertian kalimah syahadah.
Seterusnya dalam standard kandungan Tahun 2 membincangkan
perkara berkaitan konsep beriman kepada malaikat sebagai topik
pertama. Hal-hal yang dibincangkan ialah pengertian malaikat, hukum
mempercayai wujudnya malaikat, menyebut sepuluh nama-nama malaikat
yang wajib diketahui, menyatakan tugas-tugas sepuluh malaikat yang
wajib diketahui, menyatakan dalil naqli dan aqli akan kewujudan
malaikat, menyatakan perbezaan antara sifat malaikat dengan sifat
manusia dan menerangkan kesan beriman kepada malaikat. Selain itu
dalam standard kandungan yang kedua menerangkan pengertian rasul,
menyatakan pengertian nabi, menyatakan hukum mempercayai perutusan
rasul, menyebut 25 orang rasul yang wajib diketahui, menyatakan
tugas-tugas rasul, menyebut sifat-sifat rasul dan menerangkan kesan
beriman kepada rasul. Seterusnya dalam standard kandungan yang
ketiga membincangkan sifat-sifat Allah iaitu Allah bersifat wujud.
Hal-hal yang dibincangkan adalah pengertian Allah yang bersifat
wujud, menyatakan hukum mempercayai Allah bersifat wujud, membaca
dan menerangkan dalil naqli Allah bersifat wujud, menerangkan
bukti-bukti kewujudan Allah dan menerangkan kesan mempercayai
kewujudan Allah. Seterusnya dalam standard kandungan yang keempat
menerangkan sifat Allah iaitu qidam. Perbincangan menjurus kepada
pengertian Allah bersifat qidam, hukum mempercayai Allah bersifat
qidam, membaca dan menerangkan dalil naqli Allah bersifat qidam,
menerangkan dalil aqli Allah bersifat qidam dan menerangkan
kesan-kesan beriman Allah bersifat qidam. Seterusnya dalam standard
kandungan yang kelima pula membincangkan nama-nama Allah iaitu
ar-Rahman dan ar-Rahim. Penerangan lebih tertumpu kepada pengertian
nama Allah ar-Rahman dan ar-Rahim, membaca dan menerangkan dalil
naqli tentang nama Allah ar-Rahman dan ar-Rahim, menyatakan
tanda-tanda sifat ar-Rahman dan ar-Rahim Allah terhadap hambanya
dan menyatakan bagaimana membentuk diri untuk menjadi seorang yang
pemurah. Selain itu dalam standard kandungan keenam menerangkan
nama-nama Allah iaitu al-Afwu dan al-Ghafur dari aspek pengertian
al-Afwu dan al-Ghafur, membaca dan memahami dalil naqli tentang
nama Allah al-Afwu dan al-Ghafur, menyatakan cara memohon keampunan
kepada Allah dan menyatakan kesan beriman dengan sifat al-Afwu dan
al-Ghafur. Akhirnya dalam standard kandungan yang ketujuh
membincangkan nama-nama Allah iaitu al-Karim. Penerangan berkaitan
pengertian al-Karim, membaca dan menerangkan dalil naqli tentang
nama Allah al-Karim, menyatakan bagaimana cara-cara memuliakan
Allah dan menyatakan kesan beriman Allah bersifat al-Karim.
Selain itu dalam standard kandungan Tahun 3 membincangkan
perkara berkaitan konsep beriman kepada kitab Allah. Pembelajaran
murid difokuskan kepada pengertian kitab Allah, menyatakan maksud
beriman kepada kitab Allah, menyatakan hukum beriman kepada kitab
Allah, membaca dalil naqli beriman kepada kitab Allah dan
menyatakan pengertiannya, menyatakan nama-nama kitab yang wajib
diketahui dan rasul yang menerimanya, menyatakan sebab manusia
memerlukan kitab-kitab Allah dan menyatakan kelebihan al-Quran
berbanding dengan kitab-kitab Allah yang lain. Seterusnya dalam
standard kandungan yang kedua menerangkan konsep beriman kepada
hari akhirat. Penerangan lebih tertumpu kepada pengertian hari
akhirat, menyatakan maksud beriman kepada hari akhirat, menyatakan
hukum beriman kepada hari akhirat, membaca dalil naqli beriman
kepada hari akhirat dan menyatakan pengertiannya, menyatakan
beberapa nama lain hari akhirat dan menyatakan hikmah berlakunya
hari akhirat. Selain itu dalam standard kandungan ketiga
membincangkan sifat-sifat Allah iaitu Allah bersifat baqa.
Perbincangan mengenai pengertian Allah bersifat baqa, menyatakan
hukum mempercayai Allah bersifat baqa, membaca dalil naqli Allah
bersifat baqa dan menyatakan pengertiannya dan menyenaraikan faedah
beriman dan akibat tidak beriman dengan Allah bersifat baqa. Selain
itu dalam standard kandungan keempat menerangkan Allah bersifat
mukhalafatahu lil hawadith. Fokus perbincangan lebih kepada
pengertian Allah bersifat mukhalafatahu lil hawadith, menyatakan
hukum mempercayai Allah bersifat mukhalafatahu lil hawadith,
membaca dalil naqli Allah bersifat mukhalafatahu lil hawadith dan
menyatakan pengertiannya dan menyenaraikan faedah beriman dan
akibat tidak beriman dengan bersifat mukhalafatahu lil hawadithi.
Seterusnya dalam standard kandungan yang kelima membincangkan
perkara berkaitan sifat Allah iaitu qiamuhu binafsih. Murid akan
didedahkan dengan pengertian Allah bersifat qiamuhu binafsih,
menyatakan hukum mempercayai Allah bersifat qiamuhu binafsih,
membaca dalil naqli Allah bersifat qiamuhu binafsih dan menyatakan
pengertiannya dan menyenaraikan faedah beriman dan akibat tidak
beriman dengan Allah bersifat qiamuhu binafsih. Dalam standard
kandungan yang keenam pula penerangan difokuskan kepada pengertian
al-Adlu, menyatakan hukum mempercayai al-Adlu, membaca dalil naqli
beriman dengan al-Adlu dan menyatakan pengertiannya, menyenaraikan
ciri-ciri keadilan Allah dan menyatakan kepentingan berlaku adil.
Akhirnya dalam standard kandungan yang ketujuh nama-nama Allah
iaitu as-Syukur diberi penekanan. Perbincangan tertumpu kepada
pengertian as-Syukur, menyatakan hukum mempercayai as-Syukur,
membaca dalil naqli beriman dengan as-Syukur dan menyatakan
pengertiannya, menyatakan cara bersyukur kepada Allah dan
menyenaraikan kelebihan orang yang bersyukur dan akibat orang yang
tidak bersyukur.
Seterusnya dalam standard kandungan Tahun 4 membincangkan
perkara berkaitan konsep asas beriman kepada qada dan qadar.
Penerangan lebih kepada pengertian qada dan qadar, menjelaskan
maksud beriman kepada qada dan qadar, menerangkan dalil naqli dan
maksudnya, menghubungkaitkan kesan beriman kepada qada dan qadar
dalam kehidupan harian, menganalisis akibat tidak beriman kepada
qada dan qadar dan meredhai ketentuan Allah dan sabar menghadapi
dugaannya. Selain itu dalam standard kandungan yang kedua pula
menerangkan sifat-sifat Allah iaitu wahdaniah. Perbincangan
berfokus kepada pengertian wahdaniah, menjelaskan maksud meyakini
Allah bersifat wahdaniah, menerangkan dalil naqli dan akli Allah
bersifat wahdaniah, menghubungkaitkan kesan meyakini Allah bersifat
wahdaniah dalam kehidupan harian, menganalisis akibat tidak
meyakini Allah bersifat wahdaniah dan menjauhi perkara-perkara
syirik. Seterusnya dalam standard kandungan ketiga menerangkan
sifat-sifat Allah iaitu qudrat. Penerangan berkisar berkenaan
pengertian qudrat, menjelaskan maksud meyakini Allah bersifat
qudrat, menerangkan dalil naqli danakli Allah bersifat qudrat,
menghubungkaitkan kesan meyakini Allah bersifat qudrat dalam
kehidupan harian, menganalisis akibat tidak meyakini Allah bersifat
qudrat dan membuktikan keyakinan diri terhadap Allah bersifat
qudrat dengan menghindari sifat takabbur. Selain itu dalam standard
kandungan keempat membincangkan perkara berkenaan nama-nama Allah
iaitu as-Salam. Pembelajaran murid lebih kepada pengertian
as-Salam, menerangkan maksud meyakini nama Allah as-Salam,
menerangkan dalil naqli danakli nama Allah as-Salam,
menghubungkaitkan kesan meyakini nama Allah as-Salam dalam
kehidupan harian, menganalisis akibat tidak meyakini nama Allah
as-Salam dan membuktikan keyakinan diri terhadap nama as-Salam
melalui ciptaan Allah. Standard kandungan yang kelima pula
membincangkan nama-nama Allah iaitu al-Hadi. Fokus perbincangan
adalah pengertian al-Hadi, menerangkan maksud meyakini nama Allah
al-Hadi, menerangkan dalil naqli dan maksudnya, menjelaskan usaha
yang boleh dilakukan untuk mendapatkan hidayah Allah, menganalisis
kelebihan orang yang mendapat hidayah Allah, menganalisis akibat
orang yang tidak mendapat hidayah Allah dan membuktikan keyakinan
diri terhadap nama Allah al-Hadi melalui amalan berdoa. Seterusnya
dalam standard kandungan yang keenam menjelaskan konsep samiyyat
iaitu pahala dan dosa. Perkara yang diberi penerangan adalah
seperti pengertian pahala dan dosa, menerangkan syarat-syarat untuk
mendapatkan pahala, menghuraikan cara menjauhi daripada melakukan
dosa, menganalisis faedah orang yang mengambil berat tentang pahala
dan dosa serta bersegera melakukan kebaikan dan meninggalkan
perkara-perkara mungkar.
Selain itu dalam standard kandungan Tahun 5 pula menerangkan
konsep asas Allah bersifat iradah. Penerangan berkisar berkaitan
maksud meyakini Allah bersifat iradah, menjelaskan dalil naqli dan
aqli Allah bersifat iradah, menghubungkaitkan kesan meyakini Allah
bersifat iradah dalam kehidupan harian, menganalisis akibat tidak
meyakini Allah bersifat iradah dan membuktikan keyakinan diri
terhadap Allah bersifat iradah dengan sentiasa meredhai
ketentuannya. Seterusnya dalam standard kandungan kedua menjelaskan
Allah bersifat alim. Penerangan berfokus kepada maksud meyakini
Allah bersifat alim, menjelaskan dalil naqli dan akli Allah
bersifat alim, menghubungkaitkan kesan meyakini Allah bersifat alim
dalam kehidupan harian, menganalisis akibat tidak meyakini Allah
bersifat alim dan membuktikan keyakini diri terhadap Allah bersifat
alim dengan sentiasa menjaga tingkah laku. Dalam standard kandungan
ketiga membincangkan sifat-sifat Allah iaitu hayat. Perbincangan
lebih kepada meyakini Allah bersifat hayat, menjelaskan dalil naqli
dan aqli Allah bersifat hayat, menghubungkaitkan kesan meyakini
Allah bersifat hayat dalam kehidupan harian, menganalisis akibat
tidak meyakini Allah bersifat hayat dan membuktikan keyakinan diri
terhadap Allah bersifat hayat dengan berusaha menjalani kehidupan
yang diredhai Allah. Seterusnya dalam standard kandungan yang
keempat pula menerangkan nama-nama Allah iaitu as-Sabur. Penerangan
berkaitan pengertian as-Sabur, menyatakan dalil naqli dan
maksudnya, menganalisis kesan meyakini nama Allah as-Sabur boleh
mempengaruhi tindakan manusia, menganalisis kelebihan orang yang
sabar, merumuskan maksud meyakini nama Allah as-Sabur dan
membuktikan keyakinan diri tentang nama Allah as-Sabur dengan
bersegera melakukan perkara kebaikan. Selain itu dalam standard
kandungan yang kelima membincangkan nama-nama Allah iaitu
al-Muntaqim. Perbincangan mengenai pengertian al-Muntaqim,
menyatakan dalil naqli dan maksudnya, menganalisis kesan meyakini
nama Allah al-Muntaqim boleh mempengaruhi tindakan manusia,
menganalisis kelebihan orang yang bertaubat, merumuskan maksud
meyakini nama Allah al-Muntaqim dan membuktikan keyakinan diri
tentang nama Allah al-Muntaqim dengan bersegera bertaubat. Akhirnya
dalam standard kandungan yang keenam pula menerangkan konsep asas
dosa kecil dan dosa besar. Murid didedahkan kepada pengertian dosa
kecil dan dosa besar, menyatakan dalil naqli dan maksudnya,
menjelaskan contoh-contoh dan balasannya berdasarkan sumber hukum
syarak, menghuraikan cara menjauhi dosa kecil dan dosa besar,
menganalisis faedah orang yang menjauhi dosa kecil dan dosa besar
serta memperbanyakkan beristighfar dan bertaubat.
Dapatlah disimpulkan bahawa dalam setiap modul akidah KSSR
memberi penekanan kepada kemahiran memahami dan menghayati konsep
akidah serta mengaplikasikannya dalam kehidupan. Tetapi
persoalannya di sini adakah ia bertepatan dengan prinsip-prinsip
akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah?ANALISIS DOKUMEN BERKENAAN
EPISTEMOLOGI AKIDAH DAN KSSR
Berdasarkan epistemologi pegangan akidah ASWJ dan Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSR Pendidikan Islam
tumpuan khusus kepada bidang Akidah Tahun 1 hingga Tahun 5 dapat
dikeluarkan satu analisis bahawa epistemologi yang digunakan
bertepatan dengan pegangan akidah ASWJ aliran Imam al-Ashr.
Kandungan perbahasan dan metologi yang dibawa mirip kepada
perbahasan dalam Matn Ummu al-Barhin, Matn Jauharah al-Tauhid dan
Matn al-Nasafiah yang bersesuaian dengan tahap perkembangan
kognitif murid serta cabaran zaman mendatang. Intipati DSKP KSSR
Pendidikan Islam bidang Akidah Tahun Satu hingga Tahun Lima
berkisar tentang Rukun Islam, Rukun Iman, Sifat dua puluh, Asma`
Allah SWT, Nubuwah dan samiyt.
Pada Tahun 1 murid didedahkan dengan rukun islam dan rukun iman
keseluruhannya secara ringkas. Penumpuan secara khusus dan
terperinci bab Rukun Islam hanya kepada tajuk mengucap dua kalimah
syahadah. Manakala Rukun Iman pada tajuk Beriman kepada Allah SWT
dibincangkan secara mendalam. Antara kerangka sepuluh yang
diterapkan ialah pengertian, penggunaan dalil naqli dan aqli,
hikmah, akibat baik dan buruk. Kaedah perbahasan agak santai
bersesuaian dengan tahap perkembangan jasmani dan rohani murid.
Penerapan berdasarkan dalil naqli dan aqli pada murid Tahun 1
adalah satu pendedahan yang boleh dipuji kerana memberi nilai
tambah kepada ilmu yang dipelajari. Kesimpulan pada Tahun 1
pembelajaran berpusatkan kepada asas mengenal Allah secara al-Ilm
bi oruri serta al-Ilm bi al-Nar yang ringan.Pada Tahun 2 terdapat
dua Rukun Iman yang dipelajari secara terperinci tentang tajuk
Beriman kepada Malaikat dan Rasul. Dua sifat-sifat Allah SWT
tentang Wujud dan Qidam. Lima nama-nama Allah SWT iaitu al-Rahmn,
al-Rahm, al-Afwn, al-Ghofr dan al-Karm. Antara kerangka sepuluh
yang digunakan ialah pengertian, dalil naqli dan aqli, kelebihan
dan keburukan dan kesan. Perbahasan ilmu akidah pada Tahun 2 adalah
lebih mendalam dan lebih berat berbanding dengan tahun satu kerana
pada tajuk Beriman kepada Malaikat dan Rasul murid-murid perlu
kepada teknik hafazan termasuk dalam teknik al-Ilm bi Nar yang
memerlukan proses yang agak panjang. Selain itu, pendekatan sejarah
turut digunakan untuk menghuraikan lebih lanjut tentang tajuk
tersebut. Metodologi komporatif digunakan untuk menyatakan
kelebihan dan keburukan dalam pembelajaran tentang tajuk berkaitan.
DSKP Tahun 2 merupakan permulaan pendedahan kepada sifat dua puluh
yang wajib bagi Allah SWT.Pada Tahun 3 DSKP meletakkan dua lagi
Rukun Iman , Beriman kepada Kitab dan Hari Kiamat. Tiga sifat-sifat
Allah SWT berkenaan Baqo`, Mukhlafatuhu li al-Hawadth dan Qiyamuhu
bi Nafsihi. Dua nama-nama Allah SWT iaitu al-Adl dan al-Shukr.
Perbahasan DSKP membahaskan tentang pengertian, tempat perbahasan,
hukum, faedah, kelebihan dan keburukan serta nama. Nama-nama lain
bagi kitab dan hari kiamat merupakan elemen baru yang ditambah
dalam Standard Kandungan. Metodologi-metodologi pada Tahun 1 dan 2
masih dikekalkan pada Tahun 3 namun terdapat beberapa
penambahbaikan contoh nama lain bagi kitab dan dalil aqal yang
lebih kritis.Pada Tahun 4, Rukun Iman disudahi dengan tajuk Beriman
kepada Qada` dan Qadar. Selepas itu, sifat dua puluh sebanyak dua
tajuk iaitu Wahdaniah dan Qudrah. Manakala nama-nama Allah SWT pula
al-Salm dan al-Hdi. Perkara Samiyat dimasukkan satu tajuk tentang
Pahala dan Dosa. Pada Tahun 4 Rukun Iman telah dikhatamkan secara
terperinci. Bermula dari Tahun 1 hingga Tahun 4. Tentang kerangka
sepuluh masih sama seperti Tahun 3 tetapi ditambah baik dengan
analisis setiap perkara yang dibincangkan. Analisis merupakan
antara proses berfikiran aras tinggi bersesuaian dengan metodologi
ilmu akidah. Ianya memerlukan pemerhatian, penelitian dan membuat
keputusan yang bertepatan dengan dalil naqli dan aqli. Pada Tahun 4
murid-murid diterapkan sebagai pemikir secara naori yang sederhana.
Di samping itu, perkara samiyat dimasukkan sebagai standart
kandungan. Ianya merupakan satu tajuk yang baru kepada murid secara
teorinya tetapi penerapan pahala dan dosa telah bermula semenjak
dari kecil lagi.Pada Tahun 5 murid mempelajari tiga sifat-sifat
Allah SWT tentang Iradah, Ilm dan Hayh. Dua Nama-Nama Allah SWT
juga dimasukkan dalam DSKP pada Tahun 5 berkenaan tajuk al-obr dan
al-Muntaqm. Selain itu, satu tajuk berkaitan samiyat dimasukkan
iaitu Asas Dosa Kecil dan Besar. Tajuk ini ada kesinambungan dengan
tajuk pada Tahun 4 untuk skop yang lebih khusus perbahasan tentang
dosa-dosa. Kerangka sepuluh masih sama dengan Tahun 4 tetapi
beberapa nilai tambah telah dimurnikan. Contohnya amalan istighfar
diterapkan untuk amalan harian dan intipati-intipati penting dalam
pembelajaran juga digabung jalinkan untuk praktikal dalam kehidupan
harian. Pada Tahun 5 setiap analisis isu diterapkan dan ditambah
baik pada kaedah analisis fakta yang wajib dipegang sebagai
individu muslim. Ditambah lagi dengan konsep berkeyakinan terhadap
diri sendiri dalam menjelaskan sesuatu isu.Secara keseluruhannya
pembelajaran akidah Tahun 1 terdapat empat tajuk, Tahun 2 terdapat
sembilan tajuk, Tahun 3 terdapat tujuh tajuk, Tahun 4 terdapat enam
tajuk dan Tahun 5 terdapat enam tajuk. Jumlah untuk lima tahun
ialah tiga puluh dua tajuk yang diajarkan. Pecahan dalam DSKP
akidah berkaitan Rukun Islam secara terperinci dari Tahun 1 hingga
5 ialah 1/5, walaubagaimanapun tajuk Solat dan Puasa termasuk dalam
DSKP ibadah. Hasil yang diperolehi ialah 3/5. Tajuk Zakat dan Haji
tiada dalam DSKP KSSR. Manakala Rukun Iman mencapai tahap
kesempurnaan dengan pecahan 5/5. Sifat-sifat Allah SWT iaitu sifat
wajib, mustahil dan harus sebanyak 10/ 41 sifat. Hanya sifat wajib
sahaja yang terdapat dalam DSKP KSSR. Nama-Nama Allah SWT 10/99
nama. Terdapat sembilan sifat Jamal dan satu sifat Jalal Allah SWT.
Pendekatan sifat Jamal merupakan pendekatan bil al-hikmah wal
al-mauiotil al-hasanah. Pendekatan yang lembah lembut sesuai dengan
jiwa murid yang masih suci dan bersih. Di samping itu pendekatan
tegas digunakan juga untuk murid-murid menjiwai rasa takut untuk
berbuat maksiat kepada Allah SWT. Hanya dua tajuk perkara sam`iyat
terdapat dalam DSKP. Manakala Nubuwah diajar dengan mengetahui
nama-nama dua puluh lima rasul, sifat wajib, mustahil dan harus.
Dengan pecahan nama rasul-rasul 25/25 serta sifat wajib, mustahil
dan harus 9/9. Peruntukan waktu untuk subjek akidah tiga puluh
minit seminggu. Setahun terdapat empat puluh dua minggu untuk sesi
persekolahan. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang diterapkan
antaranya penggunaan kaedah induktif, deduktif, komparatif,
sejarah, sosiologi dan kerangka sepuluh (mabd`i ` asharah).
Perkembangan pembelajaran Tahun 1 hingga Tahun 5 meningkat secara
beransur-ansur dan diberi nilai tambah sesuai dengan perkembangan
kognitif, jasamani dan rohani murid.Kaedah epistemologi yang
digunakan ialah pengertian, tempat perbahasan, hukum syarak, sumber
hukum, faedah, masalah yang berkaitan, faedah, kesan, kebaikan,
keburukan, teori, metodologi, menggunakkan dalil naqli dan aqli,
penggunaan pancaiendera yang lima samada secara bi orurah dan bi
naor, analisis isu-isu semasa bersuaian dengan tajuk dan kayakinan
kendiri dalam melakukan setiap pekerjaan. Epistemologi yang
digunakan bersesuaian dengan aliran akidah ahli sunnah wal jamaah
yang dianuti oleh majoriti umat islam di
Malaysia.CADANGANBerdasarkan dapatan kajian, penulis ingin
menyarankan beberapa cadangan dan pandangan demi kebaikan
pembelajaran akidah murid-murid di sekolah rendah khususnya dalam
penambahbaikan DSKP KSSR akidah. Penulis ingin mencadangkan kepada
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) khusus kepada Bahagian
Pembangunan Kurikulum supaya dapat menambahkan lagi tajuk
perkara-perkara samiyat kepada beberapa tajuk lagi untuk mendepani
cabaran semasa dalam akidah yang amat mencabar. Yang kedua penulis
berharap pihak KPM akan meletakkan kerangka sepuluh (mabdi asharah)
akidah sebelum memasuki pembelajaran akidah yang bersesuaian dengan
tahap murid sekolah rendah sebagai pengenalan sebelum mempelajari
bab akidah. Kerangka sepuluh (mabdi asharah) digunakan dalam setiap
tajuk akidah tetapi tiada dalam pengenalan akidah. Yang ketiga
sifat-sifat mustahil bagi Allah SWT perlu dimasukkan dalam DSKP
KSSR akidah bagi tujuan murid-murid mengetahui sifat lawan bagi
sifat wajib bagi Allah SWT. Semoga dengan pendekatan dan
penambaikan ini, pihak kerajaan dapat meningkatkan keyakinan
pegangan akidah yang bertepatan dengan syarak di kalangan rakyat
Malaysia secara amnya dan murid-murid sekolah secara khususnya
kerana mereka generasi pelapis untuk negara.KESIMPULAN
Sebagai Kesimpulannya, epistemologi akidah ASWJ penting untuk
menghasilkan individu yang seimbang dari sudut kerohanian, jasmani,
emosi, intelektual dan sosial yang berjaya di dunia dan akhirat.
Atas dasar ini akidah yang bertepatan dengan syarak dan akal perlu
diterapkan dalam membangunkan potensi individu, keluarga,
masyarakat dan negara.BIBLOGRAFIBUKU
Al-Ayid, Ahmad. et al.al-Mukjam al-Arab
al-Ass.t.tp:Lidurs,t.t.
Abdul al-Ghan Yahy dan Umar Ysuf.Risalahtu al-Tauhd.Fan :
Halb,t.t.
Abdul Hamid @ Yusof bin Yunus. Bagaimana Mengenal Ahli Sunnah
Wal Jamaah.Kuala Lumpur : Percetakan Nasional Malaysia Berhad,
2006.
Al-Banjari, Ab Abdullah Husn Nir bin Muhammad oyib al-Masud.
Hidyatu al-Sibyn F Makrifat al-Islam Wal al-Imn. Surabaya :
Syarikat Bankul Indah, t.t.Al-Baghdad, Ab Mansr Abd al-Qahr bin hr
bin Muhammad . al-Farq baina al-Firq .al-Kaherah : Maktabah Ibn Sn,
t.t.
Al-Fan, Zaina al-Abidn bin Muhammad. Akdatu al- Njihn F Ilmi
Usuli al-Dn. Fan : Halb,t.t.Al-Ghazali, Ab Hmid Muhammad bin
Muhammad. Ihya` Ulumiddin .Beirut : Dr ibn al-Hazm, 2005.Al-Hshim,
Muhammad. Al-Aqid al- Durriyah Syrah Matn al-Sansiah. Kaherah :
mustaf al-Bb al-Halab wa aulduh bi misr,1349H.Al-Maliki, Ahmad bin
Muhammad. Al-Swi,Syarah Sowi Ala Jauharah Tauhid. Ed. ke-2.Damsyik
Beirut :Dr Ibn Kasr, 1999.Al-Marbawi, Muhammad Idris bin Abd
al-Ra`uf. Kamus Idris al-Marbawi. Kuala Lumpur : Dr
al-Fikr,1990.Al-Nasafi, Umar bin Muhammad. al-Aqid al-Nasafiah.
Dalam al-Mama al-Kmil Lilmutn.Ed1. Muhammad Khlid al-Atr .Beirut :
Dr al-Fikr, 2002.Al-Taftzani ,Saad al-Din. Syar al-Aqid
al-Nasafiah. Kaherah :Maktabah al-Kulliyt al-Azhariah,
1988.Al-Tirmzi, Muhammad bin Isa bin Srah. Sunan al-Tirmz.Riyadh :
Maktabah al-Mrif li al-Nashr Wa al-Tauz,t.t.Robert Audi .The
Cambridge Dictionary Of Philosophy.ed. ke-2.Cambridge : Cambridge
University Press,1999.Sandra Anderson. Federal-Chambers Junior
English Dictionary English-English-Malay. Kuala Lumpur: Percetakan
Rina Sdn. Bhd., 2011.LAMAN SESAWANGBahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia, Soalan Lazim KSSR, laman sesawang
kementerian Pendidikan Malaysia, dicapai 21 Mac 2015,
http://www.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=339%3Afaq-kssr&catid=107%3Apenggunaan-laman-web&Itemid=442&lang=en
Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia,
Kurikulum Standard Sekolah Rendah, laman sesawang Kementerian
Pendidikan Malaysia, dicapai 21 Mac 2015,
http://apps2.moe.gov.my/kurikulum/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=311&Itemid=477&lang=en
Pendidikan Islam Tahun Dua, (Putrajaya : Bahagian Pembangunan
Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011).Pendidikan Islam
Tahun Empat, (Putrajaya : Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012).
Pendidikan Islam Tahun Lima, (Putrajaya : Bahagian Pembangunan
Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012).Pendidikan Islam
Tahun Satu, (Putrajaya : Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian
Pelajaran Malaysia, 2011).Pendidikan Islam Tahun Tiga, (Putrajaya :
Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia,
2012). Robert Audi, The Cambridge Dictionary Of Philosophy, ed.
ke-2 (Cambridge :Cambridge University Press,1999), 306.
Ahmad al-Ayid et al., al-Mukjam al-Arab al-Ass
(t.tp:Lidurs,t.t.),854.
Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia,
Kurikulum Standard Sekolah Rendah, laman sesawang Kementerian
Pendidikan Malaysia, dicapai 21 Mac 2015,
http://apps2.moe.gov.my/kurikulum/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=311&Itemid=477&lang=en
Ibid.
Ibid.
Ibid.
Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, Surat Pekeliling
Ikhtisas Bilangan 11 Tahun 2010, laman sesawang Kementerian
Pendidikan Malaysia, dicapai 21 Mac 2015,
http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/circularfile/2010/circularfile_file_000755.pdf
Ahmad bin Muhammad al-Maliki al-Swi,Syarah sowi ala jauharah
tauhid, ed. ke-2(Damsyik Beirut :Dr Ibn Kasr, 1999) ,83-85
Muhammad al-hshim, al-Aid ad- Durriyah syarah matan al-sanusiah(
Kaherah: mustaf al-Bb al-Halab wa aulduh bi misr,1349H), 3.
Abdul al-Ghan Yahy dan Umar Ysuf, Risalahtu al-Tauhd (Fan :
Halb,t.t),5.
Muhammad al-hshim, al-Aid ad- Durriyah syarah matan al-sanusiah(
Kaherah: mustaf al-Bb al-Halab wa aulduh bi misr,1349H), 3.
Abdul al-Ghan Yahy dan Umar Ysuf, Risalahtu al-Tauhd (Fan :
Halb,t.t),5.
Muhammad al-hshim, al-Aid ad- Durriyah syarah matan al-sanusiah(
Kaherah: mustaf al-Bb al-Halab wa aulduh bi misr,1349H), 3.
Zaina al-Abidn bin Muhammad al- Fan, Akdatu al- Njihn F Ilmi
Usuli al-Dn (Fan : Halb,t.t),5.
Muhammad al-hshim, al-Aid ad- Durriyah syarah matan al-sanusiah(
Kaherah: mustaf al-Bb al-Halab wa aulduh bi misr,1349H), 3.
Umar bin Muhammad al-Nasafi, al-Aqid al-Nasafiah, dalam al-Mama
al-Kmil Lilmutn, ed1. Muhammad Khlid al-Atr (Beirut : Dr al-Fikr,
2002), 17.
Saad al-Din al-Taftzani ,Syar al-Aqid al-Nasafiah (Kaherah
:Maktabah al-Kulliyt al-Azhariah, 1988),13-14.
Zaina al-Abidn bin Muhammad al- Fan, Akdatu al- Njihn F Ilmi
Usuli al-Dn (Fan : Halb,t.t),5.
Perkara-perkara yang diambil faedah daripada nabi-nabi dan
mencapai akal kepadanya.
Perkara-perkara yang berkaitan dengan urusan dunia seperti ilmu
perubatan, ilmu matematik dan lain-lain.
Contoh ilmu sihir, ilmu azimat dan silap mata.
Ilmu yang diketahui dengan tidak lemah seseorang untuk
mengetahuinya.
Ilmuyang mesti ada untuk melakukan urusan dunia seperti
perubatan, ilmu harta pusaka, kejuruteraan dan lain-lain lagi. Jika
tiada wakil dari satu tempat mengambil tanggungjawab tersebut
nescaya berdosa penduduknya.
Ilmu yang dbahas secara mendalam seperti bahasan yang mendalam
tentang ilmu matematik, ilmu perubatan dan lain-lain.
Ab Hmid Muhammad bin Muhammad al-Ghazali, Ihya` Ulumiddin
(Beirut : Dr ibn al-Hazm, 2005),24.
Ab Abdullah Husn Nir bin Muhammad oyib al-Masud al-Banjari,
Hidyatu al-Sibyn F Makrifat al-Islam Wal al-Imn ( Surabaya :
Syarikat Bankul Indah, t.t),3.
Ilmu yang hasil di fikiran pada permulaan terkejut yang mana
tiada syak dan ragu-ragu. Ilmu yang tidak berhasil daripada lihat
dan usaha.
Ilmu yang hasil daripada pancaindra yang lima. Mata, hidung,
telinga, mulut dan tangan.
Ilmu yang hasil dari renungan fikiran dari satu bahagian ke
bahagian yang lain.
Ab Mansr Abd al-Qahr bin hr bin Muhammad al-Baghdad, al-Farq
baina al-Firq (al-Kaherah : Maktabah Ibn Sn, t.t),279-280.
Pendidikan Islam Tahun Satu (Putrajaya : Bahagian Pembangunan
Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011), 1.
Ibid.
Ibid.
Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia,
Soalan Lazim KSSR, laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia,
dicapai 21 Mac 2015,
http://apps2.moe.gov.my/kurikulum/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=339%3Afaq-kssr&catid=107%3Apenggunaan-laman-web&Itemid=442&lang=en
Pendidikan Islam Tahun Satu, (Putrajaya : Bahagian Pembangunan
Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011), 2.
Pendidikan Islam Tahun Satu, (Putrajaya : Bahagian Pembangunan
Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011), 12.
Pendidikan Islam Tahun Dua, (Putrajaya : Bahagian Pembangunan
Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011), 10.
Pendidikan Islam Tahun Dua, (Putrajaya : Bahagian Pembangunan
Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011), 11.
Pendidikan Islam Tahun Dua, (Putrajaya : Bahagian Pembangunan
Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011), 12.
Pendidikan Islam Tahun Tiga, (Putrajaya : Bahagian Pembangunan
Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012), 12-14.
Pendidikan Islam Tahun Empat, (Putrajaya : Bahagian Pembangunan
Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012), 30-36.
Pendidikan Islam Tahun Lima, (Putrajaya : Bahagian Pembangunan
Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012), 31-36.
15