1 PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104 2012 PENGHARGAAN Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Terlebih dahulu saya ingin bersyukur kepada Tuhan kerana dapat menyiapkan tugasan seni ini pada masa yang telah ditetapkan.Seterusnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pensyarah Pendidikan Seni Visual bagi subjek PSV 3104 iaitu Encik Mokhtar bin Adnan yang telah memberi masa dan bimbingan yang diharapkan.Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan- rakan seperjuangan yang banyak membantu dan memberi komen yang membina dalam menyiapkan tugasan ini. Terutamanya kepada Puan Asnaniar Hj Alias, Puan Rodziah Arif, Puan Kamsiah, Encik Ali bin Jikri dan Encik Bakar bin Jaidi. Tanpa nasihat dan tunjuk ajar mereka sudah tentu saya tidak dapat menyiapkan tugasan ini.Tugasan ini mengkehendaki saya menjalankan pemantauan terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual serta membuat ulasan berpandukan beberapa perkara yang telah ditetapkan. Perkara ini kelihatan mudah namun memerlukan masa yang sesuai dan perbincangan dengan rakan sejawat agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar. Kesediaan murid, peralatan dan bahan yang mencukupi dan kesediaan guru perlu diambil kira dalam menjalankan pemantauan P&P PSV tersebut. Kerjasama daripada dua orang guru tersebut iaitu cikgu Junaidah bt. Ramli dan Cikgu Azizul bin Othman amat membanggakan kerana mereka telah memberikan P&P yang terbaik kepada murid-murid sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara. Walaupun mata pelajaran PSV ini merupakan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104
2012
PENGHARGAAN
Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Terlebih dahulu saya ingin bersyukur
kepada Tuhan kerana dapat menyiapkan tugasan seni ini pada masa yang telah
ditetapkan.Seterusnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Pensyarah Pendidikan Seni Visual bagi subjek PSV 3104 iaitu Encik Mokhtar bin
Adnan yang telah memberi masa dan bimbingan yang diharapkan.Ucapan terima
kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dan
memberi komen yang membina dalam menyiapkan tugasan ini. Terutamanya
kepada Puan Asnaniar Hj Alias, Puan Rodziah Arif, Puan Kamsiah, Encik Ali bin Jikri
dan Encik Bakar bin Jaidi. Tanpa nasihat dan tunjuk ajar mereka sudah tentu saya
tidak dapat menyiapkan tugasan ini.Tugasan ini mengkehendaki saya menjalankan
pemantauan terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual
serta membuat ulasan berpandukan beberapa perkara yang telah ditetapkan.
Perkara ini kelihatan mudah namun memerlukan masa yang sesuai dan
perbincangan dengan rakan sejawat agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dapat dijalankan dengan lancar. Kesediaan murid, peralatan dan bahan yang
mencukupi dan kesediaan guru perlu diambil kira dalam menjalankan pemantauan
P&P PSV tersebut. Kerjasama daripada dua orang guru tersebut iaitu cikgu
Junaidah bt. Ramli dan Cikgu Azizul bin Othman amat membanggakan kerana
mereka telah memberikan P&P yang terbaik kepada murid-murid sejajar dengan
Falsafah Pendidikan Negara. Walaupun mata pelajaran PSV ini merupakan subjek
elektif namun ia mempunyai teori perkembangannya yang tersendiri dan perlu
dititikberatkan untuk perkembangan semua murid yang mempunyai pelbagai
kecerdasan.Banyak perkara yang saya pelajari semasa menjalankan kajian
terhadap aktivitipengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual dan
pengurusan bilik seni di sekolah ini. Saya juga telah berkongsi beberapa keping
gambar bilik seni serta projek yang dijalankan di sekolah saya kepada rakan-rakan
yang memerlukannya.
Sekian…
2
PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104
2012
REFLEKSI
Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Syukur kepada Tuhan kerana saya dapat
menyiapkan tugasan yang telah diberikan.Tugasan yang saya perlu kaji adalah
berkenaan sejarah kurikulum perkembangan PSV di Malaysia dan pengurusan bilik
PSV dan konsep 5p dalam PSV. Pada peringkat awalnya saya berasa tertekan
kerana dengan tugasan PSV ini ditambah pula dengan aktiviti-aktivit isekolah serta
aktiviti-aktiviti daripada organisasi-organisasi luar menjadikan masa sesaat begitu
penting buat diri saya. Tempoh sebulan untuk menyiapkan tugasan ini adalah suatu
tempoh yang cukup lama namun dengan situasi yang saya hadapi tempoh tersebut
menjadi amat singkat dan membuatkan kerja saya menjadi kelam kabut. Namun
saya akui ia adalah berpunca daripada komitmen saya yang terlalu banyak. Jadual
waktu perlaksanaan kerja-kerja harian saya amat perlu untuk disediakan agar
semua perkara yang ingin dicapai mahupun disiapkan terlaksana dengan
lancar.Tugasan ini dapat membimbing saya untuk menjadi seorang guru yang lebih
berkaliber dimasa hadapan. Ini kerana dengan menjalankan pemantauan dan kajian,
banyak perkara yang dapat saya ketahui dan pelajari secara menyeluruh
terutamanya semasa meneliti perkembangan PSV sebelum merdeka dan selepas
merdeka yang mana semasa saya cuba mengkaji. Kaitan peranan guru PSV agar
pembelajaran murid-murid akan menjadi lebih bermakna. Adakalanya kita perlu lebih
terperinci dalam menulis objektif pelajaran keranabeberapa aspek penting perlu
diambil kira seperti kebolehan murid, pengetahuan sedia adamurid, psikomotor
murid dan sebagainya. Kebolehan serta pengetahuan sedia ada murid di tahapsatu
dengan tahap dua jauh berbeza dari aspek penguasaan sesuatu kemahiran. Oleh
yang demikian saya sebagai guru PSV hendaklah tahu latar belakang semua murid
sebelum mengajar subjek Pendidikan Seni Visual. Semua aspek ini merangkumi
perkembangan murid sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara iaitu ingin
melahirkan pelajar yang cemerlang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial.Semasa membuat laporan berkenaan bilik seni, saya dapati bahawa
pengurusan bilik tersebut baru sahaja dimulakan oleh Ketua Panitia PSV yang baru
iaitu Cikgu Fauziah Ismal dengan lebih teratur. Ini kerana selama tujuh tahun yang
lalu, pengurusan Unit Pendidikan Seni Visual termasuklah bilik PSV oleh Ketua
Panitia PSV yang terdahulu kurang teratur kerana masalah kesihatan yang
3
PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104
2012
dihadapinya. Namun semenjak Cikgu Fauziah mengambil alih Unit PSV sekolah ini,
terdapat beberapa perubahan yang dilakukan di dalambilik seni namun masih
banyak perkara yang perlu ditingkatkan agar pengurusan bilik PSV menjadi lebih
ceria dan mempunyai pengurusan yang mantap. Sebagai salah seorang guru PSV di
tahap satu saya secara langsung terbabit dengan segala program yang dijalankan
oleh unit PSV. Sekiranya saya diberi peluang memegang bilik PSV di sekolah ini
saya telah mempunya iperancangan tentang pelan kedudukan kerusi meja seperti
yang telah saya ilhamkan di dalam pelan lantai bilik PSV seperti mana yang telah
diminta oleh soalan tugasan PSV ini. Pada pendapat saya merancang pelan lantai
bilik PSV adalah mudah namun tugas perlaksanaannya kadang kala mengalami
kepincangan kerana beberapa aspek seperti kengkangan masa, kewangan dan
bantuan tenaga dari ahli PSV.Pada kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada semua rakan seperjuangan di dalam kelas PSV dan
guru-guru PSV serta pensyarah pembimbing Encik Mokhtar bin Adnan kerana
banyak membantu dan membimbing saya dalam menghasilkan tugasan ini.
Walaupun banyak perkara yang perlu saya dahulukan dan masalah yang dihadapi
namun saya cuba untuk atasinya satu persatu sehingga saya dapat menyelesaikan
assignment ini. Kepada Encik Mokhtar bin Adnan, saya memohon maaf sekiranya
tugasan ini agak terlewat daripada tarikh penghantarannya .Pengalaman yang
terbaik dapat saya perolehi daripada menjalankan tugasan ini.
Sekian, Terima kasih
4
PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104
2012
5
PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104
2012
2.0 PERBANDINGAN KLSR , KBSR DAN KSSR
2.1 Perbezaan
2.1.1 Matlamat dan Objektif
KLSR KBSR KSSR
Memenuhi keperluan perkembangan ekonomi serta untuk menghasilkan lebih ramai pekerja mahir bagi melaksanakan Dasar Ekonomi Baru ( DEB)
-> murid dapat menguasai dan menghargai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai alat perpaduan dengan bagus dan memuaskan.
-> meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris .
Memperkukuhkan system pendidikan kebangsaan bagi memupuk perpaduan sosial, kebudayaan dan politik , menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih bersistemati dan selesa kepada para pelajar , meningkatkan taraf pendidikan di seluruh Negara serta melaksanakanpendemokrasian pendidikan tanpa mengira bangsa , kaum , mahupun agama .
->Menekan penguasaan terhadap kemahiran asas 3M iaitu membaca , menulis dan mengira.
->Tertumpu kepada penggunaan 4M (membaca , menulis , mengira dan menaakul ) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat ( ICT) , perkembangan sosio emosi , kerohanian , fizikal , kognititif , sikap dan nilai .
Murid seharusnya boleh menulis karangan dan surat kiriman yang tepat dengan maksud dan tajuknya serta memahami dan boleh mengisi borang-borang yang sesuai untuk keperluan seharian .
6
PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104
2012
2.1.2 Isi Kandungan
KLSR KBSR KSSR- Isi kandungan pelajaran kerap kali tidak berkaitan antara satu mata pelajaran dengan matapelajaran yang lain dan butiran yang terkandung dalam sukatan pelajaran adalah terlalu banyak .
KBSR merangkumi tiga bidang iaitu komunikasi , manusia dan alam keliling dan perkembangan individu .
Kurikulum seni visual untuk sekolah rendah ialah menggambar , membuat corak dan rekaan , membentuk dan membuat binaan serta mengeal kraf tradisional .
- organisasi kandungan dalam aspek bidang tersebut disusun berasaskan kepada ekped standard kandungan- persepsi estetik , aplikasi seni , ekspresi kreatif , dan apresiasi seni
2.1.3 Pendekatan
KLSR KBSR KSSR- kerusi dan meja pelajar disusun sesuai dengan kaedahpengajaran yang lebih
- cara pengajaran keseluruhan kelas merupakan kaedah mengajar utama di dalam bilik darjah.
- jurang mempraktikkan aktiviti berkumpulan
- pelajar berada dalam keadaan pasif dan menerima apa saja yang disampai oleh guru
- dari segi susunan meja , kerusi pelajar disimpan mengikutkaedah berkumpulan .
- lebih bersifat berpusatkan pelajaran dan pembelajaran amat digalakkan .
- bahan pengajaran dan hasil pembelajaranjuga diletakkan diruang belajar – timbulkan suasana bilik darjah yang menarik dan merangsang proses pengajaran dan pembelajaran
- pemerhatian secara aktif
- interaktif yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan.
-apresiasi seni visual secara mudah.
- menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan .
7
PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104
2012
2.2 Persamaan
2.2.1 Matlamat dan Objektif
KLSR KBSR KSSR
- menggalakkan perpaduan dikalangan masyarakat berbilang bangsa
- Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai alat perpaduan
- memberi tumpuan terhadapp perkembangan individu secara menyeluruh yang meliputi aspek jasmani , emosi , rohani , intelek dan sosial (JERIS)
- pelajar yang seimbang dari segi intelek , rohani , jasmani dan emosi
- berilmu pengetahuan , berketeramilan , percaya kepada Tuhan , berakhlak mulia dan berkeyakinan.
2.2.2 Isi Kandungan
KLSR KBSR KSSR
- menyentuh tentang kepentingan seni dalam kehidupan
- menyentuh tentang kepentingan seni dalam kehidupan
- menyentuh tentang kepentingan seni dalam kehidupan
2.2.3 Pendekatan
KLSR KBSR KSSR
- guru sebagai pembimbing
- guru sebagai pembimbing pelajaran
- guru sebagai pembimbing pelajaran
8
PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104
2012
2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN KURIKULUM KBSR
PENDIDIKAN SENI VISUAL SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA
2.1 Pendidikan Sebelum Merdeka
Pendidikan Seni Visual (PSV) bermaksud proses penghasilan karya seni dengan
melibatkan aspek pemahaman,penghayatan dan kritikan mengenai perasaan estetik
dan daya kreativiti melalui imaginasi dan konsepsi murid.
Dahulunya PSV dikenali sebagai subjek Lukisan dan Pertukangan Tangan. Setelah
beberapa perubahan berlaku mengikut peredaran dan keperluan semasa, maka
mata pelajaran Lukisan dan Pertukangan Tangan telah ditukar menjadi mata
pelajaran Pendidikan Seni. Setelah beberapa tahun mata pelajaran Pendidikan Seni
diperkenalkan ia telah diubah pula menjadi Pendidikan Seni Visual atas kesedaran
masyarakat terhadap kepentingan Pendidikan Seni Visual dalam kehidupan.
Sebelum kedatangan kuasa penjajah pendidikan di Tanah Melayu berbentuk bukan
formal dan tidak memberatkan perkembangan kongnitif pelajar-pelajar. Corak
pendidikan yang ada pada ketika itu berjalan seperti biasa dengan pengajaran al-
quran, tingkah laku,dan akhlak yang baik, pengetahuan kerohanian dan seni
mempertahankan diri. Ini termasuklah pelajaran awal dalam bidang kraftangan serta
perintis dalam bidang pertanian, perikanan dan perburuan. Pendidikan Melayu yang
awal menekankan pengajaran Quran dan pengetahuan asas membaca, menulis dan
mengira(3M). Pendidikan Melayu diadakan hanya diperingkat rendah sahaja. Anak-
anak Melayu yang bercita-cita tinggi dan ingin melanjutkan pelajaran terpaksa
memasuki sekolah menengah Inggeris di bandar.
9
PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104
2012
Tujuan utama sekolah-sekolah Melayu diasaskan pada abad ke 19 dan awal abad
ke 20 ialah untuk membolehkan anak-anak Melayu terus kekal di desa, mewarisi
kemiskinan keluarga. Oleh itu pendidikan yang berbentuk sekular dalam bahasa
melayu dihadkan kepada empat tahun sahaja dengan skop dan kokurikulum yang
terhad. Pendidikan Melayu tidak dapat mengubah cara hidup orang Melayu atau
menyumbangkan kepada mobiliti menegak di kalangan masyarakat Melayu.
Kitab Pedoman Guru Penggal Kedua (1929) telah digunakan oleh guru-guru Melayu
untuk mengajar pelbagai mata pelajaran termasuk Lukisan dan Pertukangan Tangan
di sekolah-sekolah Melayu di seluruh tanah air pada masa itu. Kitab Pedoman Guru
Penggal I (1928) dan Kitab Pedoman Guru Penggal II (1929) yang disusun oleh O.T.
Dussek dan Muhammad Hashim bin Haji Taib adalah buku pertama yang ditulis di
Malaya mengenai kaedah mengajar mata pelajaran Lukisan dan Pertukangan
Tangan. Buku ini sangat penting digunakan oleh guru-guru yang mengajar mata
pelajaran ini di sekolah-sekolah Melayu di Malaya etika itu.
Kepentingan buku ini boleh dilihat dari segi kaedah mengajar Pendidikan Seni yang
dirancang dari unsur-unsur yang senang sehinggalah kepada yang lebih susah.
Misalnya kaedah asas menggunakan alat dan bahan seperti pensel, pemadam, dan
pembaris diperkenalkan. Kemudian diikuti dengan latihan asas membuat garisan.
Diikuti pula dengan latihan melakar bentuk-bentuk asas seperti bulat, empat segi
dan segi tiga, sehinggalah kepada yang lebih sukar seperti melakar objek bunga dan
binatang berasaskan kepada bentuk-bentuk geometrik yang telah
dipelajari.Bahantara pensel dan dakwat telah digunakan di sekolah-sekolah Melayu
alam pelajaran Lukisan dan Pertukangan Tangan sejak tahun 1900-an. Meluasnya
penggunaan pensel dan pena dakwat dalam kalangan pelajar Melayu dan orang
Melayu yang berminat dalam bidang artistik menyebabkan bertambahnya keinginan
untuk menghasilkan karya-karya yang bersifat lakaran dan sekali gus
memperlihatkan kepentingan konsep visual dalam pengilustrasian buku.
10
PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104
2012
Pada awal abad ke 20, bagi menampung permintaan yang bertambah terhadap
Pendidikan menengah, Maktab Melayu Kuala Kangsar diasaskan mengikut model
English Grammar School pada tahun 1905. Akan tetapi, sekolah ini adalah khas
untuk golongan bangsawan sahaja. Latihan guru-guru Melayu dimulakan pada tahun
1948 di Teluk Belanga, Singapura. Pada tahun 1922, bagi memenuhi permintaan
yang bertambah terhadap guru-guru sekolah Melayu yang berkelayakan, Maktab
Perguruan Sultan Idris telah ditubuhkan atau dikenali sebagai Sultan Idris Training
College (SITC).Di sini mata pelajaran Pendidikan seni telah diajar di samping
subjek-subjek lain.
Komponen subjek Pendidikan Seni diajar bersama-sama dengan pertukangan
tangan seperti membuat bakul dan lain-lain seni pertukangan rakyat ketika itu.
Sukatan pelajaran yang digunakan adalah pelajaran menggunakan mengkuang
untuk membuat bakul bagi tahun pertama. Mereka dikehendaki mencipta corak-
corak baru dengan menggunakan rotan dan buluh. Kerja-kerja tahun pertama
disambung pada tahun ke dua dan penggunaan rotan dan buluh adalah lebih
meluas lagi pada tahun ketiga. Buku teks yang digunakan ialah ‘Kitab Rajah-rajah
Anyaman’ oleh guru anyaman Mr. W. Olaguera.
11
PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104
2012
2.2 Perkembangan Pendidikan Awal Merdeka
Selepas perang dunia kedua perkembangan politik negeri China, India , dan negara
jiran banyak berubah , Masyarakat pendatang menganggap Tanah Melayu sebagai
tempat kediaman mereka dan kebangkitan nasionalisme Melayu melihatkan tentang
masalah kerumitan kaum tentang pendidikan.
Orang Melayu mula mendesak ,supaya Kerajaan membaiki mutu pendidikan di
sekolah - sekolah Melayu serta menambahkan peluang bagi melanjutkan pelajaran.
Sebuah jawatan kuasa ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Barnes. Laporan Barnes ini
diterbitkan pada awal tahun 1951, dan mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah-
sekolah kebangsaan dari bahasa berbilang kaum sama ada menggunakan bahasa
Inggeris atau bahasa Melayu sebagai pengantar utamanya. Sekolah Cina dan Tamil
akan ditukar secara beransur - ansur kepada sekolah Kebangsaan dengan
memperkenalkan aliran Kebangsaan. Cadangan tersebut ditentang hebat oleh orang
Cina.
Laporan Fen wu , memperakukan untuk mengekalkan serta pembaikan Sekolah
Cina telah memburukkan lagi pertikaian yang hangat tentang pendidikan di Tanah
Melayu ,Laporan Jawatankuasa Fen Wu telah mengemukakan cadangan-cadangan
yang pada asasnya menyokong konsep penggunaan tiga bahasa iaitu bahasa
melayu, bahasa Inggeris, dan bahasa Cina dijadikan bahasa pengantar.
12
PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104
2012
2.3 Pendidikan Malaysia
Beberapa kajian telah dibuat untuk mendapatkan formula terbaik bagi sistem
pendidikan di Tanah Melayu pada masa itu. Walau bagaimanapun setelah mendapat
kemerdekaan, Akta Pelajaran 1961 telah dijadikan dasar kepada sistem pendidikan
di negara ini. Justeru itu Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) telah
diperkenalkan. Mata pelajaran yang diajar oleh guru-guru dana dipelajari oleh murid-
murid dalam KLSR antaranya ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik,
Sains, Tawarikh, Ilmu Alam, Hal Ehwal Tempatan, Tata Rakyat, Jawi,Pendidikan
Agama Islam, Lukisan dan Pertukangan Tangan, Pendidikan Jasmani dan lain-lain.
Persekolahan peringkat rendah di negara ini berterusan mengikut kehendak KLSR
sehinggalah kajian dibuat pada tahun 1974 hingga 1979 oleh jawatankuasa diketuai
Dr.Mahathir Mohamad bagi melihat kesesuaian KLSR ini. Laporan kajian yang
dikeluarkan pada tahun 1979 mendapati bahawa KLSR sudah tidak relevan lagi dan
perlu diganti dengan kurikulum ynag baru. Implikasi daripada laporan ini ialah
pengenalan kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun
1982.Namun begitu, pada tahun 1988 KBSR telah disemak semula bagi mengenal
pasti kelemahan dan kekuatannya. Lanjutan itu, KBSR yang dikenali pada asasnya
sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar menjadi Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah. Dari segi kurikulum, mata pelajaran-mata pelajaran yang telah
sedia ada mengalami perubahan bagi membantu murid menghadapi cabaran masa
depan termasuklah Pendidikan Seni Visual.
13
PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104
2012
Kementerian Pendidikan Malaysia telah memainkan peranan yang positif dalam
membangunkan dan memperkembangkan kurikulum Pendidikan Seni Visual. Hal ini
dapat dilihat berdasarkan semakan terhadap Kurikulum Pendidikan Seni Visual itu
sendiri yang telah beberapa kali melalui proses perubahan. Perubahan-perubahan
tersebut meliputi aspek falsafah, matlamat, objektif, pendekatan, kaedah dan isi
kandungan mata pelajaran tersebut.Retrospektif perkembangan kurikulum ini dapat
dilihat seawal pertengahan abad ke-19 apabila kurikulum seni mula diperkenalkan di
Penang Free School dengan memberikan penekanan kepada penglahiran pelajar
yang mahir dalam kraf (Carline, (1968) dalam Ibrahim Hassan melalui karya Md
Nasir bin Hj. Ibrahim-Isu dan Permasalahan Kurikulum Pendidikan Seni Visual).
Selepas merdeka, bermula dari tahun 1965 Kementerian Pelajaran Malaysia telah
menggubal dasar baru pendidikan. Melalui dasar baru ini, murid-murid daripada
darjah 1 hingga tingkatan 3 akan belajar dua kumpulan mata pelajaran yang dikenali
sebagai mata pelajaran wajib dan mata pelajaran elektif.
Kini, sekali lagi kurikulum Pendidikan Seni berubah dengan penekanan kepada
melengkapkan perkembangan diri seseorang individu melalui nilai peribadi individu
dan pemupukan kesedaran terhadap seni dalam kehidupan sehari-hari serta sikap
dalam menghargai hasilan seni sebagai sumbangan kepada warisan budaya dan
identiti bangsa. Perubahan-perubahan ini melibatkan falsafah, matlamat, objektif,
pendekatan, kaedah dan isi kandungan yang lebih mantap dan akan dapat menarik
minat lebih ramai pelajar.
14
PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104
2012
Dalam KBSR, Pendidikan Seni Visual merupakan mata pelajaran wajib yang mesti
dipelajari oleh semua murid. Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual digubal selaras
dengan perkembangan terkini ke arah mencapai hasrat FPK. Matlamat mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah sebagaimana yang digariskan oleh
PPK padaa tahun 2000 adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif
dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum
berupaya membnatu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan,
menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta
dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan Negara,
selaras dengan hasrat FPK.Terdapat empat bidang yang terkandung di dalam mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual seperti berikut :
(a)Melukis dan membuat gambar
(b)Membuat corak dan rekaan
(c)Membentuk dan membuat binaan
(d)Mengenal kraf tradisional
Fokus yang diberikan kepada setiap bidang pula ialah pemerhatian aktif, interaksi
yang kreatif dengan alat dan bahan, serta aprisiasi aspek seni.Pendidikan Seni
Visual memainkan peranan sebagai pengimbang kepada mata pelajaran lain yang
ditawarkan di sekolah-sekolah kerajaan. Mata pelajaran ini menyumbangkan ke arah
perkembangan murid-murid melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan
kraetiviti. Manakala aktiviti seni yang dijalankan semasa pengajaran dan
pembelajaran dilakukan dalam konteks peranan seni sebagai media komunikasi,
seni dalam kehidupan dan persekitaran, dan seni sebagai warisan budaya dan
identiti bangsa. (Mazlan Mohamad.1996)
15
PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104
2012
2.4 Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
1982 - Percubaan di 305 buah sekolah seluruh Malaysia.
1983 - Pelaksanaan penuh di semua sekolah.
1984 - Amalan perdagangan disisipkan dan diganti dengan Kemahiran Hidup.
1988 – Falsafah Pendidikan Negara dinyatakan secara rasmi
1993 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah.
1994 - Alam Dan Manusia digantikan dengan Sains Dan Kajian Tempatan.
Perlaksanaan KBSR adalah susulan daripada perubahan yang dilakukan oleh
Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perlaksanaan Dasar Pelajaran yang
dikeluarkan pada tahun 1979. Kajian yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa
Kabinet ini terhadap Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang telah
dilaksanakan sejak merdeka tersebut mendapati bahawa terdapat beberapa
kelemahan yang perlu diatasi.
Antaranya termasuklah
1. isi kandungan sukatan pelajaran yang berulang dan tidak mempunyai kaitan
antara satu sama lain.
2. dari segi sukatan pelajarannya yang terlalu banyak sehingga membosankan
murid.
3. guru dan murid terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran apabila menjelang
peperiksaan
4. ialah pengajaran dan pembelajaran adalah menggunakan buku teks tanpa
menggunakan sebarang bahan bantu lain.
5. ialah aktiviti kokurikulum dijalankan secara berpisah dan tiada kaitan dengan
kurikulum formal bilik darjah.
16
PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104
2012
Justeru, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah telah dilancarkan sepenuhnya pada
tahun 1983. Pada tahun 1993, Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukarkan kepada
nama baharu iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Namun, hanya
perubahan nama sahaja yang berlaku. Kandungan kurikulum itu masih sama seperti
sebelumnya.
Antara objektif penting pembentukan KBSR yang perlu dicapai ialah yang pertama,
murid dapat menguasai dan menghargai Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan sebagai alat perpaduan dengan baik dan memuaskan.
Rancangan KBSR juga telah menekankan penguasaan terhadap kemahiran asas
3M iaitu membaca , menulis dan mengira.
Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah 1983 dalam Kurikulum Baru
Sekolah Rendah dengan jelas menyatakan bahawa di akhir program Bahasa
Malaysia, murid seharusnya boleh menulis karangan dan surat kiriman yang tepat
dengan maksud dan tajuknya serta memahami dan boleh mengisi borangborang
yang sesuai untuk keperluan seharian.
Mereka yang lemah akan diberikan pemulihan ataupun mengulangi pengajiannya.
Di samping itu juga, ia juga memberi tumpuan terhadap perkembangan individu
secara menyeluruh yang meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial
(JERIS).
17
PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104
2012
Aspek pengajaran nilai-nilai murni dan kewarganegaraan juga turut ditekankan
berbanding KLSR sebelum ini. Pengajaran mata pelajaran moral dan Pendidikan
Islam pula menjadi unsur kesepaduan dalam pengajaran, bukannya terletak
pada guru agama sahaja.
KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi, bidang
kemanusiaan dengan persekitaran dan bidang perkembangan diri individu.
Bidang komunikasi pada asasnya terdiri daripada komponen Kemahiran Asas yang
mengandungi mata pelajaran Bahasa iaitu Bahasa Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris
serta mata pelajaran Matematik.
Bidang Kemanusiaan dan Alam Sekitar pula terbahagi kepada dua komponen iaitu
Kerohanian, Nilai dan Sikap serta Komponen Kemanusiaan dengan Alam. Mata
pelajaran yang mewakili bidang ini ialah mata pelajaran Pendidikan
Islam dan Pendidikan Moral.
Bidang yang ketiga pula iaitu bidang perkembangan diri individu terdiri daripada
komponen Kesenian dan Rekreasi yang mengandungi mata pelajaran Muzik,
Pendidikan Seni dan Pendidikan Jasmani.
Berdasarkan perkara yang berkaitan di atas, maka jelaslah bahawa matlamat
pendidikan KBSR di sekolah rendah untuk memastikan perkembangan murid secara
menyeluruh dari aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai
estetika dan sosial selaras dengan falsafah dan dasar pendidikan negara iaitu untuk
membangunkan negara dan menyemai perpaduan kaum yang kukuh serta integrasi
nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan bersistematik.
18
PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104
2012
Melalui aktiviti kokurikulum KBSR pula ianya meliputi aktiviti kelab, persatuan,
permainan serta unit beruniform. Murid-murid dapat berinteraksi dengan pelbagai
kaum, memahami budaya kaum lain, mendisiplinkan diri, serta dapat mengamalkan
sikap toleransi dan kerjasama dengan rakan- rakan yang berlain agama dan budaya.
Justeru, penerapan nilai- nilai murni ini adalah penting dalam pemupukan individu ke
arah mencapai integrasi nasional.
2.4.1 Aspek Pengurusan Bilik Darjah KBSR
Bilik darjah KBSR telah diperkenalkan di Negara kita pada tahun 1982 di beberapa
buah sekolah rendah sebagai percubaan manakala bilik darjah KBSM pula
diperkenalkan apabila pelajar dari sekolah rendah tadi meneruskan pengajian ke
sekolah menengah pada tahun 1988. Bilik darjah jenis ini mempunyai perbezaan
yang begitu ketara jika dibandingkan dengan bilik darjah tradisi.Dari segi susunan
fizikal,kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kaedah kumpulan. Ini kerana
program KBSR menekankan aktiviti pembelajaran secara berkumpulan dan interaksi
antara guru dengan pelajar serta pelajar dengan pelajar sangat ditekankan.
Dari segi strategi pengajaran,pendekatan yang digunakan lebih bersifat
berpusatkan pelajar dan pengelibatan mereka secara aktif dalam proses pengajaran
dan pembelajaran amat digalakkan.Dari segi bentuk dan kemudahan,di dalam bilik
darjah KBSR disediakan ruang pembelajaran untuk memudahkan pelajar
menjalankan aktiviti pembelajaran. Selain itu bahan pengajaran dan hasil
pembelajran juga diletakkan di ruang tersebut. Hal ini menimbulkan suasana bilik
darjah yang menarik dan merangsang proses pengajran dan pembelajaran
19
PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104
2012
2.4.2 Ciri-ciri bilik darjah KBSR
1) Kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kumpulan
2) Pelajar dibahagikan mengikut kumpulan tertentu berdasarkan kobolehan
tersendiri
3) Menggalakkan pengelibatan pelajar secara aktif
4) Menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar
5) Kerap melaksanakan interaksi antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan
pelajar
6) Hasil kerja yang dipamerkan memperlihatkan suasan pembelajaran yang kondusif
7) Pelajar sentiasa berada dalam keadaan aktif.
20
PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104
2012
2.4.3 Aspek pengujian dan penilaian dalam Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR)
Ujian Diagnostik Darjah 3 telah digantikan dengan Penilaian Tahap Satu (PTS) yang
dapat dijalankan selama tiga tahun sebelum dimansuhkan. Penilaian Darjah 5 pula
telah digantikan dengan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk murid-
murid KBSR, tahun 6.
Antara jenis ujian lain yang terdapat dalam kurikulum baru ialah :
Penilaian Menengah Rendah(PMR) pada tingkatan tiga, Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) atau Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia(SPVM) dan Sijil Tinggi Pelajaran
Malaysia(STPM).
Aspek penilaian dalam KBSR pula menekankan penguasaan tiga kemahiranyang
perlu dikuasai dan diuji iaitu kemahiran lisan, kemahiran membaca, dan kemahiran
menulis. Murid yang tidak dapat menguasai kemahiran ini akan diberikan pemulihan.
Daripada aspek penilaian pula, kurikulum ini memberikan kenaikan darjah secara
automatik tetapi murid yang lemah diberi peluang untuk mengulang darjah atau
mengikuti kelas pemulihan yang dijalankan.
Dari aspek bentuk penilaian yang dilaksanakan guru adalah secara formatif dan
sumatif. Penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan di akhir sesuatu
matapelajaran. Contohnya adalah seperti ujian akhir tahun, dan ujian bulanan.
Penilaian formatif pula ialah penilaian yang dijalankan secara berterusan seperti kuiz
dan soal-jawab.
21
PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104
2012
2.5 Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR)
Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) mula dilaksanakan sejak Negara
mencapai kemerdekaan. Pada tahun 1960, sebuah Jawatankuasa Penyemak Mata
pelajaran telah dibentuk yang dikenali sebagai Laporan Rahman Talib.
Jawatankuasa ini diketuai oleh Menteri Pelajaran ketika itu, iaitu Abdul Rahman
Talib. Jawatankuasa ini ditubuhkan bertujuan untuk mengkaji semula polisi
pendidikan kebangsaan sebagaimana yang telah dicadangkan dalam Laporan
Razak yang dibuat pada tahun1956 dan dasar pendidikan awal sebelum itu iaitu
Ordinan Pelajaran 1957. Laporan Rahman Talib telah mencadangkan beberapa
aspek pendidikan. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama di
setiap sekolah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Laporan
Rahman Talib ini kemudiannya dibentangkan di Parlimen dan diluluskan yang mana
kemudiannya dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Sejak itu, perkembangan
pendidikan kebangsaan selanjutnya adalah berdasarkan kepada polisi pendidikan
kebangsaan yang tercatat dalam Akta Pelajaran 1961 ini.
Seterusnya pada tahun 1966 Laporan Razak telah diperkenalkan. Sekolah umum
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, sementara sekolah jenis
umum seperti sekolah Inggeris, sekolah Cina, dan Tamil boleh menggunakan
bahasa pengantar masing-masing. Satu sukatan yang sama diwujudkan untuk semu
sekolah.
Perkembangan sistem pendidikan negara pada tahun ini boleh dibahagikan kepada
tiga tahap iaitu Tahap Pertama (1963 -1965), Tahap Kedua (1966-1970) dan Tahap
Ketiga (1971-1975).
Tahap pertama merupakan tahap perlaksanaan rancangan sistem pendidikan yang
telah dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961.
22
PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104
2012
Tahap kedua pula merupakan tahap perlaksanaan rancangan pendidikan di bawah
Rancangan Malaysia Pertama. Ia digubal dengan tujuan untuk menyelesaikan
masalah ekonomi dan sosial yang timbul dalam tempoh ini. Antara matlamat lain
yang ingin dicapai ialah memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi
memupuk perpaduan sosial, kebudayaan dan politik , menyediakan kemudahan
pendidikan yang lebih bersistematik dan selesa kepada para pelajar, meningkatkan
taraf pendidikan di seluruh negara serta melaksanakan pendemokrasian pendidikan
tanpa mengira bangsa, kaum mahu pun agama.
Perkembangan sistem pendidikan dalam tahap ketiga pula ialah merupakan
pengubahsuaian sistem pelajaran dan latihan untuk memenuhi keperluan
perkembangan ekonomi serta untuk menghasilkan lebih ramai pekerja mahir bagi
melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Sistem pendidikan pada tahap ini
dirancang supaya memberi sumbangan penting bagi menggalakkan perpaduan di
kalangan rakyat berbilang bangsa.
Perubahan-perubahan sistem pendidikan ini adalah akibat dari konflik perkauman
yang tercetus pada 13 Mei 1969. Kerajaan Malaysia terpaksa mengkaji semula
matlamat -matlamat pendidikan negara dan seterusnya merancang suatu sistem
pendidikan yang lebih sesuai dengan harapan boleh menyatupadukan rakyat
berbilang kaum dan dapat mengelakkan tragedi konflik perkauman itu daripada
berulang kembali
23
PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104
2012
2.5.1 Aspek Pengurusan Bilik Darjah KLSR
Bilik darjah tradisi digunakan di Negara kita untuk mendidik murid di bawah
Kurikulum Lama Sekolah Rendah ( KLSR ) iaitu sebelum KBSR diperkenalkan. Bilik
darjah tradisi ini merupakan satu tempat bagi sekumpulan pelajar mengikuti
pelajaran yang disampaikan oleh guru menggunakan kaedah keseluruhan kelas. Di
dalam bilik darjah jenis ini biasanya pelajar duduk mengikut susunan kerusi dan
meja sebaris demi sebaris. Guru lazimnya berdiri di hadapan bilik darjah dan
meyampaikan pengajaran menggunakan kaedah dan strategi tertentu. Terdapat juga
kerusi dan meja guru serta papan hitam yang digantung dihadapan kelas.
Ciri-ciri bilik darjah tradisi:
1) Kerusi dan meja disusun mengikut baris demi baris
2) Pelajar yang rendah.bertubuh kecil dan kurang pengelihatan dan pendengaran
ditempatkan di hadapan
3) Kerusi dan meja pelajar disusun sesuai dengan kaedah pengajaran yang lebih
berpusat pada guru.
4) Cara pengajaran keseluruhan kelas merupakan kaedah mengajar utama di dalam
bilik darjah.
5) Jarang mempraktikkan aktiviti berkumpulan
6) Pelajar berada dalam keadaan pasif dan menerima apa sahaja yang disampaikan
oleh guru.
24
PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104
2012
2.5.3 Aspek pengujian dan penilaian dalam Kurikulum Lama
Sekolah Rendah (KLSR).
Dalam aspek pengujian menurut Laporan Rahman Talib, semua murid perlulah lulus
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu peperiksaan awam, di mana kertas
peperiksaan tersebut ditulis dengan menggunakan Bahasa Melayu dan sebagainya.
Hal ini bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat
yang berbilang kaum.Selain itu, sistem pendidikan pada tahap ini berorientasikan
kepada pembasmian buta huruf. Murid diuji untuk mengetahui kebolehan mereka
untuk mengujarkan sesuatu huruf. Pengujian dalam aspek bacaan dititikberatkan
mengikut kurikulum KLSR ini. Peperiksaan LCE juga telah dimansuhkan dan diganti
dengan SRP. (1978). Justeru, peperiksaan Umum yang wujud pada masa ini ialah
Peperiksaan Malayan Secondary School Entrance Examination (MSSEE), Ujian