KANDUNGAN HALAMAN 1.0 PENDAHULUAN 5 1.1 Definisi Semantik 5 1.2 Konsep Semantik 5 1.3 Makna Leksikal 7 1.4 Makna Ayat 8 1.5 Semantik teori pembuktian. 9 1.6 Taksa dan ketaksaan makna dalam tatabahasa. 9 1.7 Pengembangan Makna 10 1.8 Penyempitan Makna 10 2.0 PROSES TATACARA PEMBENTUKAN ISTILAH 11 2.1 Definisi Istilah 11 2.2 Morfem dan Proses Peristilahan 11 2.3 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka 12 2.4 Dasar Pembentukan Istilah Bahasa Melayu 13 2.5 Prinsip Pembentukan Istilah 13 2.5.1 Istilah Kata Tunggal (Tanpa Imbuhan) 14 2.5.2 Istilah Kata Terbitan 14 2.5.3 Istilah Kata Ganda 15 2.6 Sumber Istilah Bahasa Melayu 16 2.6.1 Perbendaharaan Kata Umum Bahasa Melayu 16 2.6.2 Perbendaharaan Kata Bahasa Serumpun 16 2.6.3 Perbendaharaan Kata Bahasa Asal 17 3.0 APLIKASI ILMU SEMANTIK DAN PERISTILAHAN DALAM PENGUASAAN BAHASA MELAYU DI SEKOLAH RENDAH. 18 3.1 Mutu penguasaan bahasa Melayu di sekolah dan masyarakat
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
KANDUNGAN HALAMAN
1.0 PENDAHULUAN 5
1.1 Definisi Semantik 5
1.2 Konsep Semantik 5
1.3 Makna Leksikal 7
1.4 Makna Ayat 8
1.5 Semantik teori pembuktian. 9
1.6 Taksa dan ketaksaan makna dalam tatabahasa. 9
1.7 Pengembangan Makna 10
1.8 Penyempitan Makna 10
2.0 PROSES TATACARA PEMBENTUKAN ISTILAH 11
2.1 Definisi Istilah 11
2.2 Morfem dan Proses Peristilahan 11
2.3 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka 12
2.4 Dasar Pembentukan Istilah Bahasa Melayu 13
2.5 Prinsip Pembentukan Istilah 13
2.5.1 Istilah Kata Tunggal (Tanpa Imbuhan) 14
2.5.2 Istilah Kata Terbitan 14
2.5.3 Istilah Kata Ganda 15
2.6 Sumber Istilah Bahasa Melayu 16
2.6.1 Perbendaharaan Kata Umum Bahasa Melayu 16
2.6.2 Perbendaharaan Kata Bahasa Serumpun 16
2.6.3 Perbendaharaan Kata Bahasa Asal 17
3.0 APLIKASI ILMU SEMANTIK DAN PERISTILAHAN DALAM PENGUASAAN
BAHASA MELAYU DI SEKOLAH RENDAH. 18
3.1 Mutu penguasaan bahasa Melayu di sekolah dan masyarakat amnya..18
3.2Aplikasi ilmu semantik dan peristilahan bahasa Melayu di sekolah. 20
4.0 PENUTUP 23
4.1 Kesimpulan 23
5.0 REFLEKSI TUGASAN 26
BIBLIOGRAFI 27
BORANG KOLABORASI KERJA KURSUS
TARIKH PERKARA YANG DIBINCANG CATATANTANDA
TANGANPENSYARAH/
PELAJAR
20 FEB 2014
Penerimaan tugasan kerja kursus IPG
21 FEB 2014
Mula mencari bahan di internet On line
24 FEB 2014
Penerangan tentang pelaksanaan kerja kursus oleh pensyarah.
kelas
26 FEB 2014
Mengumpul bahan melalui pembacaan dan internet.
Modul, buku rujukan dan internet.
28 FEB 2014
Mula menaip bahan. Taip mengikut prosedur Yang ditetapkan.
01 MAC 2014
Menunjukkan draf kerja kursus kepada pensyarah.
IPG BM
11 MAC 2014
Berbincang dengan rakan-rakan sekelas.
kelas
13 MAC 2014
Mencari, mengumpul dan menaip bahan
Tajuk konsep semantik.
15 MAC 2014
Mencari, mengumpul dan menaip bahan
Maklumat mengenai komponnen semantik
16 MAC 2014
Mencari, mengumpul dan menaip bahan
Proses pembentukan istilah dalam Bahasa Melayu
18 MAC 2014
Mencari, mengumpul dan menaip bahan
Bentuk-bentuk istilah dalam Bahasa Melayu
22 MAC 2014
Mencari, mengumpul dan menaip bahan
Analisis istilah semantik dalam karangan murid.
24 MAC 2014
Mencari, mengumpul dan menaip bahan.
Refleksi tugasan
26 MAC 2014
Menghantar tugasan.
1.0PENDAHULUAN
2
1 .1 Definisi Semantik
S e m a n t i k i a l a h b i d a n g y a n g m e n g k a j i d a n m e n g a n a l i l i s m a k n a k a t a d a n a y a t . K a t a
merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunuyai makna. Dalam bahasa, kita dapat
menyatakan fikiran, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia. Definisi daripada
segi istilah pula, semantik berasal daripada perkataan Yunani “semantikos” yang
3
bermaksud penting atau beerti. Jika dilihat definisi yang diberikan oleh tokoh bahasa, semantik
ialah cabang linguistik yang akan membahas erti atau makna (J.W.M. Verhar, 1996).
Selain itu semantik merupakan bidang pengkajian linguistik yang objek penelitiannya
makna bahasa (Abdul Chaer, 1994). Menurut kamus Dewan, semantik bermaksud kajian
tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Secara umumnya semantik
ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan. Secara khusus pula ialah
kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakan makna , hubungan antara
makna dengan makna lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat.
1.2 Konsep Semantik
Kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani “semantikos” yang
bermaksud ‘penting’ atau ‘bererti’. Kata ‘bererti’ membawa maksud ‘makna’ yang diertikan
sebagai sesuatu peristiwa yang diharapkan (Tarigan, 1985:9). Semantik menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu
kata. Menurut Ferdinand de Saussure, semantik merupakan bahasa yang diucapkan
untuk menyampaikan makna. Choamsky berpendapat bahawa semantik bermaksud
makna ayat ditentukan oleh struktur permukaan dan konteks apabila ayat digunakan.
Namun, semantik bukan sahaja merujuk kepada makna tetapi juga kepada perkembangannya
yang disebut “semantik sejarah” (M.Breal, 1893)
Kesimpulannya ialah semantik dikatakan sebahagian daripada linguistik yang mengkaji
bahasa secara teliti. Semantik dapat dijelaskan sebagai sesuatu bidang yang mengkaji maka
perkataan dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya. Kajian mengenai makna kata
boleh dilihat dalam aspek makna denotasi dan konotasi, makna dalam konteks,
hubungan makna dengan kebudayaan, perubahan makna dan bentuk-bentuk makna
daripada hubungan semantik. Kata-kata dalam bahasa Melayu yang mempunyai pelbagai
jenis makna dapat dikategorikan kepada beberapa golongan seperti sinonim (perkataan yang
mempunyai makna yang sama dari segi makna nahu tetapi berbeza daripada segi makna
leksikal), antonim (perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan), hiponim
(perkataan yang maknanya sebahagian daripada makna perkataan lain), homonim (perkataan
yang mempunyai bentuk dan bunyi yang sama tetapi maknanya berbeza), polisemi
(perkataan yang mempunyai makna yang banyak), dan peribahasa (beberapa perkataan
yang mempunyai satu makna).
1.3 Makna Leksikal
Makna leksikal bermaksud makna yang terdapat dalam kamus atau makna
4
perkataan yang terlepas daripada hubungannya dengan perkataan lain dalam ayat.
Contohnya, perkataan lari, selari, berlari, berlarian, melarikan, larian, pelari dan pelarian
memiliki makna leksikal, kerana maknanya dapat dirujuk dalam kamus. Urutan huruf se+,
ber+, ber+...+an, me+ (... +kan), +an, pe+, (pe+...) +an tidak memiliki makna leksikal
melainkan memiliki makna gramatis. Golongan jenis makna semantik leksikal boleh dilihat
melalui contoh yang berikut:
i. Sinonim (perkataan “cantik” dan “indah”),
- Pemandangan di Tasik Kenyir sungguh indah.
- Pemandangan di Tasik Kenyir sungguh cantik.
ii. Antonim (perkataan “gemuk” dan “kurus”)
iii. Hiponim (perkataan “ayam”, “itik” dan “lembu” berhiponim dengan perkataan
“haiwan”)
iv. Homonim (perkataan “kali” bermaksud “darab” dan “sungai”)
v. Polisemi (perkataan “berat” bermaksud “tekanan benda”, “sukar”, “berkenaan sikap”,
“berkenaan makanan” dan lain-lain)
vi.Peribahasa ( Peribahasa “Harapkan pagar, pagar makan padi” bermaksud “orang
yang tidak amanah”).
1. Kelompok kata
Makna dalam kelompok kata adalah jalinan daripada makna satu perkataan dengan
perkataan lain dalam kelompok kata tersebut. Misalnya lima ekor lembu bermakna ada ‘lima
ekor lembu’.
2. Kata paduan
Kata paduan ialah dua perkataan atau lebih yang pada mulanya memiliki makna
masing-masing, tetapi maknanya telah berpadu menjadi satu, misalnya kereta api, kapal
api, bunga api dan sebagainya.
3. Kata gabungan
Kata gabungan ialah dua atau lebih perkataan yang mengandungi satu makna
tetapi deretan perkataan tersebut menyimpang daripada deretan perkataan yang umum dalam
bahasa Melayu. Misalnya mahasiswa, mahaputera, maharaja, bumiputera dan sebagainya.
1.4 Makna Ayat
Makna ayat boleh dibahagikan kepada tiga iaitu makna tersurat, makna
5
terselindung dan makna tersirat.
1. Makna Tersurat (denotasi)
Makna tersurat ialah makna yang diperoleh semata-mata daripada makna yang
tertulis atau makna yang diujarkan sahaja. Sama ada bahasa bertulis atau bahasa lisan.
Misalnya, Burung itu hinggap di ranting pokok. Jika sesuatu ayat atau bahasa tersebut biasa
kita gunakan maka kita menganggapnya sebagai betul.
Contohnya: Para pelajar-pelajar yang dihormati sekalian.
Perkataan para menunjukkan ramai. Perkataan pelajar-pelajar menyatakan ramai.
Perkataan sekalian bermaksud ramai. Ayat yang sebetulnya ialah Para pelajar yang
dihormati.
2. Makna Terselindung
Makna terselindung ialah makna yang terselindung dalam sesuatu ayat kerana
perkataannya tidak dihadirkan. Misalnya dalam ayat :
Adik ke kedai Pak Ali.
Kata pergi tidak dihadirkan, tetapi pendengar memahami perbuatan adik ialah ‘pergi’.
Walaupun sesuatu perkataan ini tidak hadir tetapi ia dapat dikesan oleh pendengar atau
pembaca. Atau dengan kata lain perkataan yang tidak hadir dalam sesuatu ayat tetapi masih
dapat dikesan maknanya membuktikan adanya struktur dalam, dalam fikiran pendengar atau
pembaca,
3. Makna Tersirat (konotasi)
Makna tersirat ialah makna yang diperoleh berbeza dengan makna yang tertulis atau
diujarkan, misalnya dalam kiasan “umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak”.
Bahasa seperti ini timbul dalam masyarakat Melayu kerana timbulnya keinginan
menyatakan sesuatu dengan maksud yang lain. Hal seperti ini dalam bahasa Melayu disebut
sebagai peribahasa. Peribahasa ialah ayat yang khusus untuk makna yang tertentu.
Peribahasa dibahagikan kepada beberapa bentuk iaitu bentuk kiasan, bentuk bidalan, bentuk
pepatah, bentuk perbilangan, bentuk kata hikmah, bentuk ungkapan, bentuk pemeo dan
bentuk simpulan bahasa.
1.5 Semantik teori pembuktian.
6
Bermaksud bahawa makna yang dimiliki oleh sesuatu ungkapan adalah lebih
berdasarkan bukti sebaliknya daripada kebenaran.
1. Keharmonian dan Pembuktian
Keharmonian dan Pembuktian disebut sebagai harmoni logikal (logical harmony) yang
bermaksud keharmonian yang logik pada makna. Ahli logik Gerhard Gentzen menyebut
bahawa penghubung logik digunakan untuk membuatkan sesuatu wacana (discourse) lebih
bermakna dan mengharmonikan pernyataan-pernyataan yang berbeza maksudnya. Gentzen
menyatakan bahawa sekiranya orang percaya yang langit itu biru dan dia juga percaya
bahawa rumput itu hijau, penghubung “dan” patut diletakkan lalu menjadi ayat berikut:
Langit itu biru dan rumput itu hijau.
2. Koheren Dalam Pembuktian
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat.(2010). koheren boleh didefinisikan sebagai
berhubungan, bersangkut paut atau mempunyai kesinambungan (keterikatan) antara satu
ayat dengan ayat yang lain (dlm sesebuah wacana) supaya mudah difahami. Menurut teori
koherensi, suatu pernyataan dianggap benar apabila pernyataan itu bersifat koheren atau
konsisten dengan pernyataan-pernyataan sebelumnya yang dianggap benar.
1.6 Taksa dan ketaksaan makna dalam tatabahasa.
7
Sepotong ayat dapat menerbitkan beberapa maksud yang tertentu. Hal ini demikian
bergantung pada intonasi ayat itu diucapkan. Ayat yang dapat menghasilkan pelbagai
maksud dikatakan ayat yang mempunyai unsur ketaksaan (ambiguity). Dengan kata lain,
ketaksaan ditakrifkan sebagai sifat binaan atau konstruksi yang dapat diberi lebih daripada
satu tafsiran.
Contoh: Ibu bapa Mustafa telah meninggal dunia.
Ayat ini mengandungi unsur ketaksaan kerana dapat diertikan sebagai ibu kepada
bapa (iaitu nenek) Mustafa telah meninggal dunia, atau kedua-dua ibu bapa Mustafa telah
meninggal dunia. Untuk dapat mengenal pasti perbezaan erti ini, kita perlu, secara intuisi,
menyedari kewujudan dua jenis binaan ayat yang berbeza. Kita begitu mudah memahami
maksud yang terkandung dalam ayat ini jika diucapkan dengan lagu bahasa (intonasi) yang
berbeza bersesuaian dengan maksud yang hendak disampaikan.
Dalam ayat di atas, jika kita meletakkan tekanan pada kata ibu, kemudian diikuti
dengan jeda (hentian sebentar), pastilah ayat ini menyatakan bahawa ibu kepada bapa
Mustafa (nenek Mustafa) telah meninggal dunia. Sebaliknya, jika tiada tekanan pada
perkataan ibu dan tanpa jeda dalam mengucapkan ayat tersebut, maka maksud yang
terkandung menyatakan bahawa kedua-dua ibu bapa Mustafa yang meninggal dunia, bukan
neneknya.Jelas bahawa dalam ujaran, intonasi dan jeda memainkan peranan sebagai
penentu kepada maksud yang didukung oleh sesuatu ayat. Dalam bentuk tulisan, hal ini
dapat dijelaskan dengan penggunaan tanda baca untuk menentukan ketaksaan ayat
berkenaan.
1.7 Pengembangan Makna
Semantik atau makna boleh dilihat dalam dua sudut iaitu pemgembangan makna dan
penyempitan makna. Peluasan makna meliputi sintaksis dan pragmatik dan menurut Nor
Hashimah Jalaluddin (1992:1) yang memetik pendapat Sperber dan Wilson (1980) bahawa
pengkajian makna belum dapat dipastikan makna sepenuhnya mengikut apa yang dihajati
pleh penutur. Cakupan makna sekarang lebih luas daripada makna yang lama. Contohnya
‘berlayar’, dulu digunakan dengan pengertian bergerak di laut dengan memakai layar, tetapi
sekarang semua tindakan mengarungi lautan atau perairan dengan alat apa saja disebut
‘berlayar’ . Dahulu kata ‘bapa’ hanya dipakai dalam hubungan biologis, sekarang semua orang
yang lebih tua atau lebih tinggi kedudukannya disebut ‘bapa’ sedangkan segala orang yang
dianggap sama darjatnya disebut‘saudara’.
8
1.8 Penyempitan Makna
Menurut Chaer (1995), Pateda (1986), penyempitan makna ialah gejala yang terjadi
pada kata yang mulanya mempunyai makna yang cukup luas,kemudian menjadi makna yang
cukup terbatas hanya pada makna tertentu sahaja. Sedangkan Keraf (1986:97) menyatakan
bahawa penyempitan makna sebuah kata ialah proses perubahan makna kata daripada
makna yang lebih luas kepada makna yang lebih khusus atau spesifik.
Sebagai contoh kata ’ahli’ membawa makna yang lebih luas iaitu keluarga, sanak-
saudara atau orang-orang yang memasuki sesuatu golongan. Walau bagaimanapun kata ’ahli’
juga telah disempitkan kepada makna orang yang mahir atau pandai dalam sesuatu ilmu atau
disebut juga pakar dalam sesuatu bidang.
2.0 PROSES TATACARA PEMBENTUKAN ISTILAH
2.1 Definisi Istilah
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:591), istilah ialah kata,
gabungan kata atau frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat di dalam
sesuatu bidang ilmu atau profesyen. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang tepat bagi
konteks bidangnya. Menurut Pedoman umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (1992: 1-
3) Tata istilah ialah kumpulan peraturan untuk membentuk istilah ( termasuklah kumpulan
istilah yang dihasilkannya). Tata istilah atau ‘terminology’ pula merupakan kumpulan
istilah bagi satu-satu bidang tertentu yang dibentuk menurut peraturan-peraturan yang
ada. Misalnya, tataistilah matematik yang ada yang telah dibentuk berdasarkan sistem
tertentu. Manakala tatanama ialah kumpulan peraturan untuk menentukan nama dalam
bidang ilmu (termasuklah kumpulan nama yang dihasilkannya).
Terdapat perbezaan kata biasa dengan kata istilah. Kata biasa atau kata umum ialah
kata-kata biasa di dalam bahasa. Namun demikian, kata umum boleh menjadi istilah. Kata
istilah ialah kata yang penggunaannya dan maknanya khusus pada bidang tertentu.
Contohnya, kata hidrogren, nitrogen, neonatal, fonem, alofon, alormof dan morfem
merupakan istilah khusus dalam bidang masing-masing.
2.2 Morfem dan Proses Peristilahan
Morfem ialah unit atau fungsi nahu. Morfem peristilahan ialah kata akar dan imbuhan
yang digunakan dalam pembentukan istilah. Proses pembentukan istilah Bahasa Melayu ialah
pengimbuhan, pengandaan dan penggabungan.
1. Kata akar
9
Kata akar ialah kata yang belum mendapat imbuhan. Misalnya: rumah, asid, algebra dan
sebagainya.
2. Imbuhan dan Pengimbuhan
Imbuhan ialah morfem yang digunakan untuk mencipta istilah melalui proses