Top Banner

of 22

Assignment bakeri

Jan 10, 2016

Download

Documents

Assignment bakeri
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript

1.0 PENGENALAN Di dalam sesebuah perniagaan, pemasaran merupakan aspek yang penting dalam meningkatkan pendapatan, daya saing dan kelangsungan hidup sesebuah organisasi. Sesungguhnya, frasa tersebut sangat sesuai dengan ungkapan yang dinyatakan oleh Philip Kotler (2002:9) tentang pemasaran di mana Marketing is a social and managerial process and by which individuals and group obtain what they need and want through creating, offering, and freely exchanging product and service of value with other.Maka dengan ini dapat dinyatakan bahawa pemasaran adalah suatu proses sosial yang di dalamnya individu dan kelompok mendapatkan apa yang mereka inginkan dengan menciptakan, menawarkan, dan secara bebas mempertukarkan produk yang bernilai dengan pihak lain. Dalam pada itu, Stanton (2001) menyatakan bahawa definisi pemasaran adalah suatu sistem keseluruhan kegiatan-kegiatan perniagaan yang ditujukan untuk merencanakan, menentukan harga, mempromosikan dan mengedarkan jasa yang memuaskan kepada pembeli yang ada mahu pun bakal pembeli. Dari beberapa definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa pemasaran adalah suatu rangkaian proses kegiatan yang dilakukan oleh individu mahupun suatu kelompok atau organisasi melalui perencanaan pemikiran, penetapan harga, promosi serta penyaluran gagasan atau barang untuk memenuhi keinginan dan permintaan konsumer.

Pemasaran merupakan penciptaan nilai yang tinggi bagi pengguna daripada nilai yang diciptakan oleh pihak pesaing. Antara strategi usaha yang sesuai dengan konsep tersebut adalah menghasilkan barang dan perkhidmatan apa yang boleh dihasilkan. Dalam prinsip asas pemasaran terdapat beberapa isu penting yang perlu didalami. Antaranya, mencipta nilai bagi langganan, keunggulan bersaing, dan fokus pemasaran. Sesungguhnya, kita perlu memahami bahawa tujuan pemasaran bukan sahaja mendapatkan langganan, akan tetapi memperbaiki situasi bersaing. Oleh yang demikian, setiap usahawan perlu sedar bahawa barang dan perkhidmatan yang dihasilkan seharusnya berkualiti tinggi, harga yang lebih murah, dan penyerahan yang lebih cepat daripada pesaing-pesaing yang lain.

Tugasan ini telah disediakan untuk menganalis masalah pemasaran sebuah perniagaan yang kurang berdaya saing dan merancangkan pemasaran yang sesuai bagi membantu perniagaan yang berkenaan dengan mengambil kira beberapa aspek yang penting. Oleh yang demikian, bagi menyempurnakan tugasan ini, kami telah memilih perniagaan menjual roti berjenama High 5. Perniagaan ini tidak berapa dikenali oleh para pengguna kerana pertubuhan syarikat yang masih dikira baru. Pada pandangan kami, roti jenama High 5 memang sedap, berkhasiat tinggi, dan sesuai untuk pelbagai jenis kaum, umur dan agama. Akan tetapi, atas beberapa sebab jenama roti High 5 masih tidak dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan jenama roti-roti yang lain kerana kelemahan dari segi pemasaran syarikatnya.

Oleh yang demikian, melalui tugasan ini kami telah berusaha sedaya upaya menyediakan satu rancangan pemasaran yang dapat mengatasi segala masalah strategi pemasaran syarikat tersebut dengan penyelidikan yang lanjut dan teliti.

2.0 KENAL PASTI PEMASARAN PERNIAGAAN

Gambar 1 : Logo Rasmi HIGH5 SILVER BIRD Sdn Bhd

Sejarah kewujudan produk High5 ini pada permulaan hanyalah sebuah kedai kecil yang menjual roti-roti sandwich dan juga yang berkrim. Setelah 2004 berlalu, High5 cuba memperkembangkan lagi produknya dengan mempromosikan roti-roti High5 melalui risalah dan surat khabar. Tidak lama kemudian, produk tersebut mendapat sambutan yang sangat hebat sehinggalah pada 25 Mei 2005 dan didaftarkan sebagai HIGH5 SILVER Sdn.Bhd. Kilang roti HIGH5 terletak di Shah Alam, Selangor. Gambar 2 berikut menunjukkan kilang roti tersebut.

Gambar 2: Kilang roti HIGH5 di Shah Alam, Selangor.Terdapat banyak produk yang dipasarkan di bawah jenama HIGH5. Antara siri roti yang dikeluarkan ialahi. High 5 Bunsii. High 5 sambal ikan bilis, red bean dan spicy tunaiii. High 5 Sandwich bread, high grain dan lain-lain lagi.iv. Kaya High 5

Rajah 1 : Siri roti berjenama High 5

Butiran syarikat HIGH5 SILVER BIRD Sdn Bhd adalah seperti berikut :

Companys Name : HIGH5 SILVER BIRD Sdn Bhd

Member type :Ordinary Member

Office address :Silver Bird Group Berhad

Lot 72, Persiaran Jubli Perak, Seksyen 21, 40000 Shah Alam,Selangor

Telephone :

603 - 51922888

Fax No :

603 - 51920367 / 603 - 51922266

Website :

http://www.high5breadtown.com

Email :[email protected]

Business Enquiry :Human Resource and Administrative Executive

Products/Services/ :Manufactured Bread

Brands Name :HIGH5

Quality Standards :Halal (2005)

3.0 ANALISIS ANCAMAN DAN PELUANG PERNIAGAANAnalisis S.W.O.T adalah satu kaedah atau proses yang biasa digunakan dalam perancangan dan persediaan dalam sesuatu perniagaan. S.W.O.T adalah merupakan singkatan kepada ayat Strengths (Kekuatan), Weaknesses (Kelemahan), Opportunities (Peluang)andThreats (Ancaman). Objektif pembentukan S.W.O.T ini adalah bertujuan untuk menilai analisis dalaman dan luaran yang dapat membantu pembentukan atau mempengaruhi sesuatu kejayaan. Strength dan Weaknesses adalah merupakan analisis dalaman manakala Opportunities dan Threats adalah analisis luaran. Dalam bahagian ini, saya melakukan analisis S.W.O.T terhadap syarikat High5 Silver Bird Sendirian Berhad.

Rajah 2: Analisis S.W.O.T Syarikat High5 Silver Bird Sendirian Berhad

Rajah 2 menunjukkan analisis S.W.O.T yang saya lakukan terhadap syarikat High5 Silver Bird Sendirian Berhad. Terdapat beberapa kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang boleh ditimbulkan berdasarkan analisis yang telah dibuat. Saya telah meneliti beberapa kekuatan syarikat ini antaranya seperti syarikat ini mempunyai kecairan aset yang mencukupi bagi menghadapi masalah liabiliti jangka pendek. Hal ini kerana syarikat tersebut mempunyai aset semasa lebih tinggi daripada liabiliti semasa. Terdapat sedikit penurunan tetapi kedudukan kewangan syarikat masih kukuh dan stabil. Syarikat tersebut tidak akan mengalami kerugian kerana masih mempunyai wang lebihan walaupun selepas liabiliti dituntut dan syarikat boleh membayar liabiliti mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Secara kesimpulannya, kewangan syarikat lebih kukuh pada tahun 2013 berbanding tahun 2014 kerana mempunyai jumlah aset semasa yang lebih tinggi. Selain itu, kekuatan yang dikenal pasti juga adalah syarikat ini merupakan syarikat tempatan Ketiga terbesar yang mengeluarkan roti. Hal ini menunjukkan bahawa syarikat ini menguasai pasaran pembuatan roti di negara ini walaupun adanya syarikat lain. Tambahan lagi, kekuatan syarikat ini juga adalah dari segi peningkatan hasil jualannya yang memberangsangkan. Syarikat dapat membuat jualan yang lebih banyak pada tahun 2014 berbanding pada tahun 2013. Hal ini mungkin disebabkan oleh permintaan produk yang tinggi daripada para pengguna. Kekuatan syarikat ini juga adalah mengeluarkan produk roti yang halal. Hal ini dibuktikan melalui pemerolehan kelulusan sepenuhnya oleh Jabatan Agama Islam Malaysia untuk dijual kepada muslimin dan muslimat. Kekuatan syarikat ini juga boleh dilihat melaui promosinya. Syarikat High5 Silver Bird Sendirian Berhad mempunyai Muzium roti tersendiri yang dapat menarik minat pelajar-pelajar sekolah dan ornag ramai untuk melawatnya. Melalui muzium ini pelaja-pelajar sekolah dan orang ramai dapat mempelajari asal usul pembuatan roti dan sejarah penubuhan syarikat High 5. Pada masa yang sama, orang ramai akan digalakkan untuk menikmati roti syarikatnya dengan membuka cafe yang menjual produk syarikat tersebut. Sementara itu, terdapat juga beberapa kelemahan syarikat yang telah dikenal pasti berdasarkan analisis yang dibuat. Pertama, kelemahan syarikat ini adalah penurunan untung bersih dan margin untung bersih walaupun berlakunya peningkatan hasil jualan. Hal ini berlaku mungkin kerana syarikat terpaksa menanggung peningkatan kos jualan yang lebih tinggi pada tahun 2014. Selain itu, kelemahan syarikat ini juga adalah peningkatan inventori dan liabiliti semasa. Terdapat peningkatan dalam kedua-dua aspek ini antara tahun 2013 dan tahun 2014. Hal ini berlaku kerana syarikat lebih kerap melakukan penggantian inventori pada tahun 2010 berdasarkan nisbah pusing ganti inventori yang telah dikira. Liabiliti semasa pula meningkat kerana berlaku penambahan pada deposit pelanggan dan peminjaman yang dibuat oleh syarikat. Tambahan lagi, kelemahan syarikat ini juga adalah peningkatan kos penyelenggaraan inventori yang berlaku disebabkan peningkatan inventori iaitu terlalu banyak inventori yang disimpan dan kurang kekerapan membuat penggantian inventori.Saya juga telah menyenaraikan beberapa peluang yang boleh diberikan perhatian oleh syarikat High5 Silver Bird Sendirian Berhad. Peluang-peluang yang wujud memberi potensi kepada perniagaan untuk berkembang. Perkembangan perniagaan atau organisasi boleh dilakukan melalui penemuan baru atau inovatif yang dikenalpasti dalam pasaran. Perubahan pasaran menawarkan pelbagai peluang untuk di manfaatkan dalam perniagaan. Ini menjadikan perniagaan lebih kompetitif berbanding pesaing utama serta boleh bergerak dalam pasaran baru. Pertama, peluang syarikat ini adalah permintaan produk yang tinggi memandangkan roti merupakan makanan yang menjadi permintaan ramai tidak kira golongan dan peringkat umur. Imej perniagaan akan diperkenalkan kepada umum untuk menarik minat pelanggan. Hal ini seterusnya akan menyebabkan syarikat diminta untuk meningkatan kadar penghasilan roti bagi memenuhi keperluan harian. Kedua, peluang yang boleh diambil oleh syarikat adalah melakukan eksport ke luar negara. Syarikat ini berpeluang untuk meluaskan pasaran produknya ke luar negara memandangkan kedudukannya yang kukuh sebagai syarikat pengeluar roti terbesar ketiga di Malaysia. Selain itu, syarikat ini juga berpeluang untuk membuat pembangunan produk melalui bahagian Research and Development (R&D) syarikat tersebut. Melalui bahagian ini, syarikat harus melakukan kajian terhadap produk sedia ada mereka dan melakukan inovasi atau penambahbaikan menggunakan teknologi-teknologi terkini agar dapat memenuhi keperluan semasa dunia sekarang. Produk yang ditawarkan akan ditambah seperti mempelbagaikan lagi jenis roti dan menambah produk seperti cup cake, roti aiskrim, dan sebagainya. Dengan mempelbagaikan pilihan produk akan meningkatkan lagi keuntungan yang diperoleh. Selain itu, perniagaan online yang semakin mendapat perhatian adalah satu peluang kepada perniagaan untuk terus berkembang. Pelanggan boleh melayari laman sesawang yang disediakan untuk mereka membuat tempahan dengan cepat atau melihat produk terkini yang ditawarkan. Tambahan lagi, peluang yang dimiliki oleh syarikat ini juga adalah mereka boleh membuat penambahan aset semasa seperti menambah cawangan kilang dan mengambil lebih banyak pengedar agar mereka dapat mengedarkan produk mereka dengan lebih mudah dan menyeluruh. Jika ada peluang, pasti akan ada juga ancaman yang berlaku terhadap syarikat ini. Setelah membuat analisis S.W.O.T, saya dapat ancaman yang mungkin berlaku kepada syarikat ini adalah yang pertama, wujudnya syarikat pengeluar roti yang lain sama ada syarikat tempatan atau syarikat dari luar negara. Contohnya, antara syarikat yang juga terlibat dalam industri pembuatan roti seperti High5 Silver Bird Sendirian Berhad adalah syarikat Gardenia Sendirian Berhad yang turut mengeluarkan roti. Hal ini menyebabkan syarikat ini perlu bersaing dengan syarikat tersebut untuk menarik minat pelanggan dan pengguna. Selain itu, kewujudan kedai bakeri yang mengeluarkan roti yang segar juga memberi ancaman kepada syarikat High5 Silver Bird Sdn Bhd. Kedai bakeri boleh didapati di kawasan bandar. Orang-orang bandar ingin memakan roti yang segar yang dibuat pada hari tersebut. Hal ini menyebabkan syarikat ini perlu mengeluarkan roti yang segar dan menghantarnya dengan kadar segera. Sementara itu, produk tiruan juga salah satu ancaman kepada syarikat ini. Syarikat ini perlu melalukan promosi tentang jenama, labeling dan ramuan rotinya supaya dapat mengatasi masalah produk tiruan. Secara kesimpulan, analisis S.W.O.T yang saya lakukan telah membantu saya mengenal pasti kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang dimiliki oleh syarikat High5 Silver Bird Sendirian Berhad. Walau bagaimanapun, syarikat ini juga turut menghadapi beberapa ancaman dan persaingan daripada syarikat-syarikat lain yang mengeluarkan produk roti. Perbandingan antara produk roti daripada syarikat-syarikat yang lain adalah seperti berikut :

Jenama

Butiran

Gardenia

Roti Gardenia mempunyai iklan yang konsisten. Mempamerkan iklan di pelbagai jenis siaran (TV1, TV2, TV3). Mempunyai pelbagai perisa roti yang menarik. Dijual di semua pasaraya besar. Jenama yang terkenal di seluruh Malaysia.

Massimo Mempunyai pelbagai jenis untuk dipilih oleh pelanggan. Pembungkusan produk yang menarik. Dijual di semua pasaraya besar. Kerap membuat promosi dengan membuat peraduan.

Mighty White

Jenama yang sudah kukuh di Malaysia dan antarabangsa. Mempunyai pelbagai siri roti untuk dipilih oleh pelanggan. Pembungkusan produk yang menarik. Produk dalam bentuk dibeku seperti Kek dibeku dan roti aiskrim. Dijual di semua pasaraya besar.

4.0MASALAH SEDIA ADA PERNIAGAAN

4.1Kemampuan Daya Saing Kita semua sedar bahawa pasaran terbuka sebenarnya membuka peluang kepada peniaga dan usahawan untuk mengusahakan perniagaan mereka. Namun begitu, apabila ramai yang menceburi dalam bidang yang sama, maka wujudlah persaingan antara satu sama lain. Senario inilah yang dimaksudkan sebagai persaingan. Persaingan roti HIGH 5 adalah diperakui syarikat roti yang terbesar di Malaysia. Umum ketahui bahawa syarikat HIGH 5 memang baru dalam arus perniagaan dan ia telah mulakan operasinya pada tahun 2005. Syarikat Silverbird HIGH5 mengalami kerugian yang amat besar pada permulaan perniagaannya. 4.2Jumlah Unit Pengeluaran yang kurang Industri roti HIGH5 menjalankan sistem proses pembuatan roti utama di kilang itu dengan tidak melibatkan tenaga kerja manusia yang banyak. Berdasarkan analisa, pihak syarikat hanya merekrut 200 kakitangan untuk dibahagikan kepada dua syif pagi dan malam. Jadual syif dibuat untuk memastikan capaian pengeluaran yang lebih banyak. Sesungguhnya, mesin pembuat roti yang diimport hanya mampu menyiapkan 1000 buku roti sehari.

4.3Penggabungjalinan Sains dan Teknologi PengendalianMengikut jadual yang diaturkan oleh pihak syarikat, setiap pemprosesan pembuatan bermula dengan penimbangan berat kandungan, pengadunan doh, pemisahan dan mengikut saiz, membakar doh, penyejukan dan akhir sekali pembungkusan. Beberapa kakitangan untuk memeriksa berat dan ketinggian roti. Mereka juga bertanggungjawab dalam membuat pemeriksaan berkala bagi mengesan pencemaran logam dalam roti. Sebenarnya, sebuku roti sandwich mengambil masa selama 3 jam.

4.4Isu perkaumanPenyokong Gardenia cuba membangkitkan isu yang memburuk-burukkan nama baik HIGH5. Dendaman ini dibangkit dalam kalangan masyarakat Islam. Mereka memburukkan nama dengan mengatakan terdapat protein babi dalam tepung yang digunakan untuk membuat roti. Penyokong roti Gardenia juga mengatakan bahawa tepung untuk permit import dan mendapat subsidi yang dibekalkan oleh kerajaan bagi membeli tepung dengan kualiti yang paling rendah, Mereka bertanggapan bahawa tepung gred ini digunakan untuk membuat makanan babi . Oleh yang demikian, hal ini sebenarnya mencabar pihak syarikat Silverbird. HIGH5 Sdn Bhd agar dapat disahut dalam menjamin halal produk mereka.

5.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKANTerdapat beberapa perkara yang perlu diperbaiki di dalam syarikat Hi Goat ini. Perkara-perkara ini mungkin sudah ada dalam perancangan syarikat pada masa atau datang atau mereka terlepas pandang akan perkara ini. Namun begitu, jika langkah-langkah penambahbaikan segera tidak diambil, kepercayaan dan keuntungan syarikat akan berkurang mengikut tempoh masa tertentu. Bagi memastikan syarikat ini mempunyai nama yang gah secara konsisten dan menjadi pilihan utama masyarakat di Malaysia, perkara yang perlu diperbaiki ini tidak boleh dipandang remeh.

Penambahbaikan pertama bagi syarikat High5 Silver Bird Sdn Bhd adalah pengiklanan. Memang tidak dinafikan pengiklanan yang dijalankan setakat ini berjaya membuatkan High5 dikenali ramai tetapi kebanyakan iklan yang sampai kepada pengguna adalah dalam bentuk media massa. Oleh itu, pihak atasan High5 Silver Bird Sdn Bhd perlu mempelbagaikan kaedah pengiklanan seperti yang dilakukan produk lain yang sudah dikenali ramai seperti Gardenia, Massimo dan Mighty White. Mereka membuat iklan di siaran televisyen yang terkenal seperti TV3, Astro dan sebagainya. Mereka juga kerap membuat iklan dalam dada-dada akhbar yang terkenal seperti harian Metro, Berita Harian dan sebagainya.

Di samping itu, promosi merupakan perkara yang tidak dititikberatkan dalam perniagaan ini. Promosi mampu menarik perhatian para pengguna walaupun ia mempunyai tempoh masa dan selalunya tidak lama. Contohnya, dengan setiap pembelian roti 600g, pembeli akan dapat satu buku resipi dengan percuma. Promosi ini Cuma berjalan selama sebulan misalnya, tetapi kesannya terhadap pengguna amat besar. Mereka akan mula memilih High5 daripada jenama lain kerana harganya lebih berbaloi. Hadiah-hadiah yang diberikan melalui promosi perlulah yang mudah disimpan dan akan digunakan seperti mug, pinggan, bekas plastik dan sebagainya. Selain itu mempelbagaikan produk High5 seperti kek yang dibeku, roti aiskream, dan majerin jenama Silver Bird Sdn Bhd. Kepelbagaian ini adalah untuk memastikan syarikat ini berpotensi tinggi dalam memenuhi kehendak dan citarasa pengguna dan pelanggan yang pelbagai. Disamping itu, roti yang dihasilkan disemak oleh kakitangan syarikat itu sendiri untuk memastikan roti yang dihasilkan adalah dalam keadaan yang bersih, selamat dimakan, dan halal kepada setiap golongan kaum khasnya muslimin dan musliman di mana cara penyediaan, penyimpanaan, pengendalian dan pembungkusan adalah mematuhi syariat Islam.

6.0 CADANGAN PORTFOLIO RANCANGAN PEMASARAN6.1 Sasaran pasaranApabila kita memulakan sebarang bentuk perniagaan, ia akan melalui proses yang sama walaupun berbeza produk dan perkhidmatan. Soalan kritikal dan pertama yang harus ditanya oleh syarikat adalah, Siapakah sasaran utama perniagaan / produk ini? Sasaran adalah bermaksud, kategori pelanggan dari segi umur, keinginan, keperluan, kerjaya, tahap ekonomi, jantina, bangsa ataupun pendidikan.Sasaran pasaran untuk syarikat High5 Silver Bird Sdn Bhd adalah semua lapisan masyarakat tidak mengira bangsa, jantina dan umur. Semua masyarakat gemar memakan roti sebagai sarapan pagi ataupun minuman petang. Di Malaysia roti memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian masyarakat. Syarikat ini perlu mempelbagaikan pilihan roti yang dapat menampung cita rasa semua masyarakat. Selain itu, mereka seharusnya wajar diberikan insentif berupa baucar diskaun, hadiah, peraduan dan apa juga bentuk insentif yang menunjukkan penghargaan kita kepada mereka. Keuntungan adalah melibatkan kedua-dua pihak, pengguna dan penjual kerana masing-masing mempunyai kepentingan antara satu sama lain. Syarikat yang pandai menjaga hati pelanggan, pasti akan untung lebih. Ini kerana bukan mudah mendapat kepercayaan daripada pelanggan.6.2 Produk (Product)Di era pemasaran yang banyak persaingan pada masa ini, keupayaan mengemukakan produk yang lebih kompetitif sangat penting sebagai strategi pemasaran. Melalui penggunaan teknologi dan kepakaran yang tinggi, pengeluar boleh menghasilkan produk yang berkualiti, namun untuk memiliki kelebihan kompetitif dikalangan pesaing, ianya memerlukan berbagai inisiatif tambahan oleh pemasar.Asasnya, isu terpenting mengenai produk ialah ianya perlu menetapi keperluan, kemahuan dan harapan pengguna. Di sini, faktor-faktor lain selain kualiti sepertivarietyuntuk pilihan serta kaedah pembungkusan patut diambilkira untuk menarik perhatian pelanggan. Syarikat perlu mempelbagaikan lagi jenis roti dan menambah produk seperti cup cake, roti aiskrim, dan sebagainya. Dengan mempelbagaikan pilihan produk akan meningkatkan lagi keuntungan yang diperoleh.Selain itu, warna pembungkus perlu menarik minat pelanggan untuk membelikannya. Contohnya, perisa strawberry dibungkus menggunakan pembungkus warna merah manakala perisa blueberry dibungkus menggunakan warna biru.

6.3 Promosi (Promotion)Terdapat juga anggapan bahawa produk yang berkualiti akan terjual dengan sendirinya. Tetapi, dalam strategi mempromosi, syarikat melaksanakan aktiviti memperkenalkan produk yang hendak ditawarkan kepada pengguna. Dalam usaha tersebut berbagai kaedah promosi perlu dilaksanakan agar pengguna mengetahui, memahami dan seterusnya membuat keputusan untuk menggunakan produk.Tanpa aktiviti promosi, pemasaran produk yang berkualiti sekalipun tidak menjadi aktif dan industri sukar memperoleh tahap kompetitif yang dikehendaki di pasaran.Pengiklanan melalui media massa utama, antara kaedah mempromosi yang termahal, menjadi pilihan industri yang berkemampuan. Sebagai syarikat roti yang terbesar ketiga High5 Silver Bird boleh membuat promosi melalui media massa iaitu pengiklanan di TV, radio dan juga dalam surat khabar. Walaupun tahap keberkesanannya agak sukar diukur, tetapi yang lebih penting di sini adalah faktor penyebaran maklumat produk yang meluas. Di samping pengiklanan, kaedah promosi yang lain-lain boleh digunakan, sama ada serentak mahupun berasingan, bersesuaian dengan objektif pemasaran serta faktor-faktor seperti kos, peluang dan kebolehan berinteraksi yang lebih terbuka dengan pelanggan. Contohnya, roti digemari oleh murid-murid sekolah. Pada Hari sukan ataupun Hari keusahawanan, syarikat ini boleh memberikan roti percuma kepada murid-murid sekolah. Ini secara tidak langsung mengalakkan murid-murid untuk membelikan rotinya pada hari kelak. 6.4 Harga (Price)Umumnya, menjadi fahaman bahawa harga melambangkan kualiti produk. Tetapi, dalam realiti pemasaran fakta tersebut tidak semestinya betul untuk dijadikan asas perletakan harga yang strategik. Strategi penetapan harga menjadi penting di atas kesedaran pemasar bahawa faktor harga berperanan dalam mempengaruhi pengguna untuk membeli dan kekal sebagai pelanggan sesuatu produk. Di masa yang sama penetapan harga mesti berasaskan kepada objektif yang hendak dicapai daripada pemasaran itu sendiri.Penetapan harga yang diletakkan ke atas produk danperkhidmatan yang ditawarkan adalah berpatutan, kompetitifdan ia berkonsepkan price-follower atau harga pasaraniaitu mengikut kadar pasaran seperti yang ditetapkanpesaing-pesaing lain.Syarikat High5 Silver Bird menetapkan harga roti di garis yang berpatutan dan minimum dalam pengiraan kos pengeluaran di samping mengambil kira harga pasaing. Maka didapati harga roti High5 yang 400g dengan harga RM2.50 berbanding dengan pesaingnya RM2.70. Harga ini memang berpatutan kerana syarikat ini dapat berfungsi sebagai alat untuk memposisikan produk minimum di minda pelangannya dan seterusnya meluaskan syer pasaranya.

6.5 Tempat (Place)Strategi penempatan memberi penekanan kepada aspek saluran pengedaran produk yang berfungsi menyampaikan roti High5 kepada pengguna sasaran. Ianya melibatkan aktiviti perkhidmatan seperti transaksi, inventori, lojistik dan kelengkapan fasiliti. Disamping itu, strategi ini juga perlu mengambilkira faktor liputan pengedaran dan kebolehan kakitangan serta tahap perkhidmatan mereka yang bekerja dengan Syarikat High5 Silver Bird Sdn Bhd.Menawarkan produk yang betul, di tempat/lokasi yang betul dan pada masa yang betul, adalah tujuan kepada strategi ini. Didapati pengedaran roti High5 ini masih belum berleluasa pasaranya iaitu sebahagian. Tetapi Roti High5 cukup dikenal di Singapura. Syarikat boleh membuka cawangan atau kilang di kawasan pantai timur dan utara. Sebab syarikat menumpukan pasaranya di kawasan tengah semenanjung dan selatan iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Singapura. Cawangan dan kilang baru di kawasan utara dan pantai timur dapat meningkatkan jualan dan meluaskan pasaran syarikat ini.

7.0 CADANGAN BELANJAWAN PEMASARANBilButiranHarga kosRM/Sehari

1Plastik pembungkusan (RM0.25 x 10000 x sehari)

2500

2

Kadar bayaran bekalan air & elektrik500

3Upah pekerja pengeluaran & pemasaranSyif pagi (RM4.50 x 12 sejam x 100 org x sehari)Syif malam (RM7 x 12 sejam x 100 org x sehari)

Syif pagi + syif malam5400 + 8400= 13800

4Iklan melalui surat khabar(RM45 separuh besar x 3 kali seminggu)

135

5Iklan media massa

4500

6Kos pengedaran tol & petrol(RM145 x 10 buah lori x sehari)

1450

Jumlah

22885

Sekiranya kos anggaran dikira dalam jangkaan yang panjang, adalah seperti berikut:Minggu: RM22,885 x 7 hari = RM160,195Bulan: RM22,885 x 30 hari = RM686,550Tahun: RM22,885 x (30 x 12 bulan)= RM8238,600

8.0 CADANGAN PELAN TINDAKANTahunAktivitiTindakan

2005Bandar Roti High5, adalah bandar pertama sepertinya di dunia telah dibuka secara rasmi pada 25 Mei 2005.Bandar Roti High5 adalah senibina yang mempunyai karya agung yang telah menelan belanja sejumlah RM100 juta dan terletak di Shah Alam.Bandar Roti High5 menawarkan pengembaraan melalui sejarah roti yang menceritakan perubahan pembuatan roti dari satu masa ke satu masa.

2006

Membuat kajian tentang produk pesaing yang sudah terkenal di pasaran dan roti yang digemari orang ramai.

Syarikat mengupah 2 orang ahli penyelidikan untuk membuat kajian harga dan rasa produk dipasaran iaitu Gardenia, Massimo dan

2007Menghasilkan siri roti yang baru iaitu High5 Rolls yang merangkumi Cream Rolls, Fruit Rolls, Sosej Rolls, Fudgeez Chocolate Rolls.(Lampiran 1)Syarikat menghasilkan roti yang berkualiti dan tepat dengan citarasa orang ramai. Syarikat juga membuat pembungkusan produk yang menarik dan mudah dibawa.

2008Menambahbaik jumlah pengeluar minumum roti.Merekrut kira-kira 200 kakitangan untuk dibahagikan kepada dua syif. Semua penjadualan syif itu dibuat untuk memastikan capaian pengeluaran yang minimum, selari dengan fakrot permintaan.

2011Penajaan sebanyak 4,000 400g roti baru kepada peserta Penang Starwalk 2011 (Lampiran 3)Penajaan sebanyak 4,000 roti yang bernilai RM10,000 kepada peserta Penang Starwalk 2011 di Penang Times Square. Salah satu cara mempromosikan roti baru kepada pelangan sekitar Pulau Pinang. Penajaan ini ditarget kepada keluarga yang mengutamakan kesihatan.

2013Membuat iklan melalui televisyen dan surat khabar.Iklan di televisyen pada waktu kemuncak dan iklan di beberapa jenis surat khabar yang terkenal seperti The New Strait Times, Berita Harian, dan Metro.

2014PenilaianSyarikat membuat penilaian berdasarkan hasil promosi dan iklan yang dijalankan. Respon daripada pembeli juga diambil kira dan diperbaiki kelemahan yang diutarakan.

9.0 Refleksi

Syukur kepada Tuhan, akhirnya saya berjaya menyelesaikan tugasan RBT3193E Perniagaan dan Keusahawanan dengan jayanya. Persediaan dalam aspek kewangan ini sangat penting di dalam perniagaan. Jika kita tidak dapat mengawal aliran kewangan dan hanya bergantung kepada akaun sahaja, kemungkinan akan berlaku keadaan seperti dalam akaun perniagaan menguntungkan tetapi aliran tunai perniagaan tidak mencukupi untuk menjalankan dan meneruskan hayat perniagaan. Oleh itu, faktor-faktor yang amat penting pada pendapat saya adalah modal pusingan yang senentiasa mencukupi dan pengawalan aliran tunai yang baik.

Berdasarkan tugasan yang telah dilaksanakan, saya mendapati bahawa bukan mudah untuk menguruskan sesebuah syarikat atau perniagaan. Banyak perkara yang perlu difahami dan diteliti dengan baik sekiranya kita ingin perniagaan kita berjalan dengan lancar serta mampu menjana keuntungan yang besar. Saya berpendapat aspek strategi pemasaran adalah yang paling penting dalam perniagaan. Saya juga yakin bahawa pendapat saya itu akan juga turut dipersetujui oleh mana-mana ahli perniagaan kerana sememangnya aspek tersebut adalah aspek yang sangat memerlukan penelitian serta pengurusan yang telus. Strategi pemasaran sangat penting dalam memastikan sesebuah perniagaan tidak menghadapi masalah untuk meneruskan kelangsungan perniagaan tersebut. Oleh sebab Malaysia merupakan negara yang sedang membangun, negara kita mempunyai pemasaran global yang luas dan pelbagai, tetapi kami memang tidak dapat membendungkan strategi pemasaran yang tidakm beramanah secara satu peratus. Oleh itu, pengguna haruslah bijak menggunakan hak asasi pengguna apabila memilih sesuatu perkhidmatan daripada peniaga dalam pemasaran yang luas kini.

Seterusnya, dalam tugasan ini juga, saya dapat membuat analisis S.W.O.T terhadap syarikat YokohamaIndutries Berhad. Sebelum ini, saya telah pun diberikan pendedahan tentang analisis S.W.O.T dan pernah menggunakannya untuk menilai sesuatu perkara. Namun, ini adalah pengalaman pertama saya membuat analisis S.W.O.T terhadap sebuah syarikat perniagaan dan berdasarkan analisis yang dibuat, saya dapat mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang dimiliki oleh syarikat tersebut. Analisis yang dibuat tersebut membantu saya membuat kesimpulan secara menyeluruh terhadap perkembangan syarikat yang saya pilih. Analisis S.W.O.T sangat sesuai digunakan untuk menganalisis sesebuah syarikat perniagaan kerana analisis tersebut bersifat holistik iaitu menilai aspek kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang dimiliki oleh sesebuah syarikat perniagaan.

Akhir kata, saya berasa amat bertuah kerana dapat menyiapkan tugasan yang sangat bermakna ini. Saya juga mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya Puan Mayzatul Akmam Bt Kamaruddin yang telah memberi banyak tunjuk ajar dalam proses membuat tugasan ini. Saya percaya segala ilmu yang telah saya pelajari akan saya guna pakai suatu hari nanti.

Lampiran 1

Rujukan: http://www.high5.com.my/whatpop.php?preid=pre121717Lampiran 2

Rujukan: http://www.high5.com.my/whatpop.php?preid=pre589185

Lampiran 3

Rujukan : http://www.high5.com.my/whatpop.php?preid=pre238996