1 BHG 1 : PENGENALAN Nor Zareen Bakeri ialah perniagaan yang akan menjalankan pembuat dan pengedar produk berasaskan bakeri seperti aneka jenis kek dan roti.Premis perniagaan yang dipilih terletak di lokasi yang strategik di kawasan perumahan iaitu di Bandar Baru Kluang, Johor. Sebelum tertubuhnya syarikat ini, pemilik telah menimba ilmu pengetahuan dan melengkapkan diri dengan kemahiran berkaitan penyediaan, pembuatan dan hiasan kek serta roti yang sewajarnya daripada pengalaman berkursus di beberapa buah kedai kek di sekitar lembah klang. Dengan minat yang mendalam dan semangat yang tinggi untuk mempertingkatkan status sosio ekonomi, saya telah berusaha mengumpul wang daripada pendapatan bulanan yang diperolehi dan telah berjaya membeli 1 buah oven,1 buah heavy duty cake mixer dan beberapa peralatan lain yang berkenaan..Ini adalah sebahagian daripada langkah mempersiapkan diri saya untuk menjadi seorang pengurus syarikat yang bijak dan berkalibar. Selain daripada itu, hasrat untuk menyediakan produk dan perkhidmatan berasaskan bakeri yang halal untuk pelanggan beragama islam juga telah menjadi pendorong kepada saya untuk menceburi bidang perniagaan yang kebanyakannya dipelori oleh kaum bukan bumiputera. Seterusnya, saya juga dapat menyumbang kearah peningkatan bilangan bumiputera yang menceburi bidang perniagaan yang mencabar ini disamping dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada bumiputera yang lain.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
BHG 1 : PENGENALAN
Nor Zareen Bakeri ialah perniagaan yang akan menjalankan pembuat dan pengedar
produk berasaskan bakeri seperti aneka jenis kek dan roti.Premis perniagaan yang
dipilih terletak di lokasi yang strategik di kawasan perumahan iaitu di Bandar Baru
Kluang, Johor.
Sebelum tertubuhnya syarikat ini, pemilik telah menimba ilmu pengetahuan dan
melengkapkan diri dengan kemahiran berkaitan penyediaan, pembuatan dan hiasan kek
serta roti yang sewajarnya daripada pengalaman berkursus di beberapa buah kedai kek di
sekitar lembah klang.
Dengan minat yang mendalam dan semangat yang tinggi untuk mempertingkatkan
status sosio ekonomi, saya telah berusaha mengumpul wang daripada pendapatan
bulanan yang diperolehi dan telah berjaya membeli 1 buah oven,1 buah heavy duty
cake mixer dan beberapa peralatan lain yang berkenaan..Ini adalah sebahagian
daripada langkah mempersiapkan diri saya untuk menjadi seorang pengurus syarikat
yang bijak dan berkalibar.
Selain daripada itu, hasrat untuk menyediakan produk dan perkhidmatan berasaskan
bakeri yang halal untuk pelanggan beragama islam juga telah menjadi pendorong
kepada saya untuk menceburi bidang perniagaan yang kebanyakannya dipelori oleh
kaum bukan bumiputera. Seterusnya, saya juga dapat menyumbang kearah
peningkatan bilangan bumiputera yang menceburi bidang perniagaan yang
mencabar ini disamping dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada bumiputera yang
lain.
2
1.1 VISI
Membuka sebuah galeri kek popular yang menawarkan kepelbagaian dari segi rasa dan
bentuk selain membuka sebuah kedai yang menjual barang-barang keperluan
membuat kek dan roti yang dijual dengan harga yang murah.
1.2 MISI
Memastikan orang islam mempunyai pilihan alternatif dalam membeli produk berasaskan
bakeri yang diyakini halal.Berlandaskan motto ”BERSIH DAN DIYAKINI” ,ianya dapat
menarik minat konsumer daripada kalangan orang islam khususnya membeli produk
yang dijual tanpa was-was. Selain daripada itu, ianya dapat meningkatkan lagi
peratusan orang melayu menceburi bidang yang selama ini dimonopoli oleh bangsa
lain.
BHG 2 : TUJUAN RANCANGAN PERNIAGAAN
2.1 Tujuan rancangan perniagaan ini ialah:
• Menyediakan maklumat lengkap bagi tujuan memohon pembiayan
kewangan dari institusi kewangan.
• Menyedikan garis panduan untuk pihak pengurusan, supaya syarikat
ini berjalan dan berkembang mengikut seperti yang di rancang.
• Sebagai bahan rujukan untuk menyakinkan pembekal-pembekal bahan
mentah akan keupayaan perniagaan.
2.2 Nilai pembiayaan yang dipohon bagi memulakan perniagaan adalah sebanyak
RM30000
3
BHG 3 : LATARBELAKANG PERNIAGAAN
3.1 Nama Perniagaan : Nor Zareen Bakery
3.2 Alamat Berdaftar : No 11, Jalan datuk Ibrahim Majid,
Kluan Johor Darul Takzim.
3.3 Alamat Perniagaan :Taman Kluang Baru, Johor Darul Takzim
3.4 No. Telefon : 012-3192210
3.5 No. Daftar Perniagaan : Dalam proses
3.6 Tarikh Pendaftaran : Dalam proses
3.7 Aktiviti Perniagaan : Membuat dan mengedar kek dan roti.
3.8 Bentuk Perniagaan : Perseorangan.
3.9 Modal Permulaan : RM 24,000
3.10 Bank berurusan : Bumiputra Commerce Bhd
3.11 No.Lesen Kementerian : -
Kewangan
3.12 Tarikh Tamat Lesen :
3.13 Bidang Kerja Didaftarkan : Menjual kek dan roti,bahan kek dan
minumam
ringan.
3.14 Nama Pemilik : Haminah Bte Abd Rahman
3.15 No.K/P : 510422-01-5262
4
BHG 4 : LATARBELAKANG PEMILIK PERNIAGAAN
4.1 Nama : Haminah Bte Abd Rahman
4.2 Alamat Tetap : No 11, Jalan 2, Tam,an Selayang,
68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.
4.3 No.Kad Pengenalan : 510422-01-5262
4.4 Tarikh Lahir : 22hb April 1951
4.5 Agama : Islam.
4.6 Taraf Perkahwinan : Bujang.
4.7 Kelulusan Akademik : S.P.M.
4.8 Pengalaman Kerja :-
4.9 Kursus Dihadiri : Latihan Sangkut Kerja (LSK)
4.10 Lain-lain : -
BHG 5 : RANCANGAN PENGURUSAN
5.1 STRUKTUR DAN ORGANISASI
Struktur organisasi yang dibentuk oleh perniagaan adalah merangkumi peringkat
atasan hingga bawahan.Secara keseluruhannya,struktur organisasi bagi syarikat
adalah seperti berikut;
Jadual 1
Pengurus
Pembuat kek Pembuat roti Pemandu kereta
5
6
5.2 FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB
Fungsi dan tanggungjawab yang telah ditentukan adalah bagi melicinkan perjalanan
sesebuah syarikat.
Pengurus: Haminah Bte Abd Rahman
• Mengurus perjalanan dan aktiviti syarikat.
• Mengurus pentadbiran, kewangan dan pemasaran.
• Mengurus hal ehwal pekerja .
• Menentukan jumlah,jenis dan mengawal mutu produk.
• Melaksanakan urusan pejabat termasuk kemaskini semua rekod pejabat.
• Mengambil dan merekod pesanan.
• Urusan bank.
• Mengurus keluar/masuk bahan mentah.
Pembuat kek: (kosong)
• menerima dan melaksanakan tempahan.
• Memperkenal dan mempelbagaikan keluaran produk sedia ada.
Pembuat Roti : (kosong)
• Memperkenal dan mempelbagaikan keluaran produk.
• Melaksanakan tempahan.
.
Pemandu kereta: (kosong)
• Menjalankan urusan pengangkutan yang berkaitan dengan pernigaan.
• Menjaga keselamatan dan penjagaan kenderaan(van).
• Lain-lain tugas.
• Memantau lokasi yang sesuai bagi tujuan mencari pasaran baru.