-20- EDC2102 FALSAFAH DAN ETIKA GURUISI KANDUNGANMUKA SURAT1.0
Pengenalan 22.0 ISU-ISU PENDIDIK DAN PENDIDIKAN DI ERA DIGITAL 3:
PENDEKATAN DAN CABARANNYA MENERUSI ARTIKEL MAJALAH WAWASAN JILID
17
2.1 Melahirkan individu terlatih dalam pelbagai ilmu pengetahuan
dan kemahiran untuk mengerak dan menyuburkan pertumbuhan ekonomi
Negara.42.2 Isu guru perlu mengenalpasti potensi pelajar 52.3 Isu
guru perlu menguasai Teknologi dalam pendidikan.62.4 Menjadikan
sekolah gedung penyelidikan 7dan pembangunan pendidikan.2.5
Penggunaan ICT yang menyeluruh dalam8proses pengajaran dan
pembelajaran 3.0 Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran pendidik
113.1 Pendidikan Bestari123.2 Pendidikan untuk seumur hidup123.3
Syarat untuk berubah154.0 Refleksi195.0 Rujukan 206.0 Lampiran
1.0PENGENALAN Seiring dengan perkembangan dunia semasa, Malaysia
tidak ketinggalan menerapkan aplikasi penggunaan ICT dalam segenap
aspek kehidupan. ICT merujuk kepada Information And Communication
Technologies. ICT telah digunakan secara meluas dalam aspek
ekonomi, sosial, pentadbiran dan pendidikan. Tidak dapat tidak,
warga pendidik perlu mengaplikasikan penggunaan ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan perkembangan semasa.
Setiap anjakan perubahan yang dilakukan semestinya berdepan dengan
isu dan masalah yang perlu diselesaikan secara bersama. Tidak
dinafikan, wujud masalah-masalah dalam pengaplikasian penggunaan
ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di Malaysia. Namun, kerajaan
Malaysia khasnya Kementerian Pelajaran Malaysia telah berusaha
mengatasi masalah-masalah yang timbul.Semakin banyak kajian yang
dijalankan berkaitan pendidikan dengan kepentingan pendidikan
teknologi pengajaran pendekatan dan cabarannya. Oleh itu artikel
yang diterbitkan oleh Pusat Sumber pendidikan negeri Kedah Darul
Aman Jilid 17 bilangan 1 dalam majalah WAWASAN turut membincangkan
Isu pendidik dan Pendidikan di Era Digital Pendekatan dan
Cabarannya.
Di dalam artikel ini penulis menekankan isu utama iaitu peranan
guru dalam menghadapi perkembangan dan perubahan yang sangat
pantas. Di mana dunia tanpa sempadan dengan adanya teknologi
maklumat. Oleh itu guru memainkan peranan yang utama dalam
melahirkan generasi akan datang yang sesuai dengan perkembangan dan
keperluan yang wujud.
Antara isu lain yang terkandung dalam artikel berkenaan adalah
tanggungjawab guru melahirkan insan yang seimbang dari segi
pertumbuhan rohani, intelek, emosi dan jasmaninya. Isu tanggunjawab
guru ini akan dihuraikan melalui punca permasalahan lantas
mewujudkan cabaran-cabaran tersebut. Malahan huraian berkenaan cara
mengatasi cabaran-cabaran tersebut.
2.0 ISU-ISU PENDIDIK DAN PENDIDIKAN DI ERA DIGITAL : PENDEKATAN
DAN CABARANNYA MENERUSI ARTIKEL MAJALAH WAWASAN JILID 17
Sebelum isu-isu yang terdapat dalam artikel Majalah Wawasan
jilid 17 tersebut diulas dengan lebih mendalam, wajarlah konsep
teknologi pendidikan di Era digital dikupas secara ringkas
Teknologi maklumat merupakan satu bidang ilmu yang berasaskan
pelbagai disiplin terutamanya komunikasi dan sistem komputer. Yusuf
Hashim menyatakan bahawa bidang ini merupakan kajian tentang
penggunaan proses dan perkakasan dalam menangani maklumat yang
pelbagai bentuk.
Sharifah Alwiah Alsagoff (1987) menyatakan bahawa teknologi
maklumat (information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT
merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang
lingkup tajuk teknologi sangat luas iaitu berkenaan dengan segala
aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat.
Berbalik semula kepada artikel Majalah Wawasan tersebut, isu
berkenaan peranan guru terhadap pembinaan budaya aplikasi ICT di
kalangan pelajar sekolah. Isu pendidik perlu melahirkan individu
yang seimbang dari segi pertumbuhan rohani, intelek, emosi dan
jasmani, isu guru perlu mengenal potensi pelajar, guru perlu
menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan dalam proses
pertumbuhan dan perkembangan yang dilalui pelajar, isu menjadikan
sekolah gedung penyelidikan dan pembangunan dan penggunaan ICT
secara menyeluruh dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Rentetan dari isu ini cabaran-cabaran yang perlu dihadapi oleh guru
untuk menanganinya.
2.1 Melahirkan individu terlatih dalam pelbagai ilmu pengetahuan
dan kemahiran untuk mengerak dan menyuburkan pertumbuhan ekonomi
Negara.
Selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan yang menyatakan
bahawa Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat
dan Negara. Satu usaha yang berterusan itu sendiri memberi makna
bahawa guru perlu mempertingkatkan kemahiran dari semasa ke semasa
mengikut perkembangan era globalisasi. Penulis membincangkan bahawa
kejayaan sesebuah Negara disebabkan kualiti pendidikan. Penulis
berpendapat bahawa peranan guru adalah penting untuk menyediakan
pelajar menjadi tenaga kerja yang terlatih dalam pelbagai ilmu
pengetahuan dan kemahiran. Matlamat pendidikan kebangsaan bertujuan
melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki salah satu
cirinya bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan
Negara.
Selain daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh
dan seimbang, adalah diharapkan juga, melalui proses pendidikan
Malaysia dapat mencapai matlamat pendidikannya seperti menghasilkan
rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkan
melaksanakan tugasnya secara produktif serta sempurna demi memberi
sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan. Kebestarian sesuatu
pengajaran itu bergantung kepada sejauh manakah seorang guru dapat
mengintergrasikan aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam
proses penyampaian ilmu kearah melahirkan seoarang pelajar yang
berfikiran kritis dan kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani,
dan jasmani serta dapat hidup dalam keadaan harmonis yang berpegang
teguh pada agama dan kepercayaan pada Tuhan.
2.2 Isu guru perlu mengenalpasti potensi pelajarMenurut teori
kecerdasan individu Howard Gardner (1943) berpendapat bahawa setiap
orang dikurniakan potensi yang berbeza dalam fitrahnya. Potensi
yang dirujuk boleh diukur dengan darjah kecerdasan IQ. Mengikut
Gardner (1991) potensi manusia mempunyai kecerdasan logikal
matematik, kecerdasan visual, kecerdasan muzik, kecerdasan tubuh
kinestetik dan kecerdasam interpersonal, kecerdasan intrapersonal
dan kecerdasan naturalis. Penulis menekankan bahawa sistem
pendidikan yang semakin maju kehadapan memerlukan satu program yang
sistematik untuk membolehkan pelajar-pelajar tadi diberikan
pendedahan, bimbingan yang sewajarnya dan konsisten agar mereka
berjaya. Ini kerana senario pengajaran dan pembelajaran yang tidak
terbatas dengan penggunaan Teknologi Maklumat proses pengajaran dan
pembelajaran tidak memerlukan bilik darjah. Tujuan program ini
adalah bagi memastikan guru dapat membiasakan diri bagi
mengintergrasikan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah sekaligus akan
memberi kesan dan impak positif kepada pencapaian serta prestasi
akademik murid-murid yang mempunyai pelbagai kecerdasan.Kementerian
Pelajaran Malaysia telah menyediakan pelbagai program bagi
menyebarkan sekaligus memperkukuhkan dunia pendidikan di Malaysia
bukan hanya bagi memudahkan guru malahan juga mempunyai pelbagai
kebaikan kepada murid-murid. Antara inisiatif yang disediakan
adalah melalui video pendidikan melalui web iaitu EduWeb TV dan
juga School Net.
Amnya video pendidikan melalui web ataupun dikenali sebagai
EduWeb TV memudahkan guru-guru memilih dan seterusnya menjadikan
soalan peperiksaaan yang telah disediakan di web tersebut sebagai
satu panduan dalam menyediakan set soalan peperiksaan Selain
daripada itu juga, guru boleh memilih dan seterusnya menggunakan
video yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Para
murid juga boleh melayari video-video pendidikan dengan mudah terus
daripada pelayar web. Tambahan lagi, para murid turut boleh
mengikuti pelbagai soalan yang disediakan. pelajar lain menggunakan
topik yang disediakan oleh anda.
Sememangnya keupayaan guru dalam mengaplikasikan EduWeb Tv ini
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran seperti yang
diterangkan di atas. Hal ini turut diperakui olehNorasiah Abdullah
(2009) iaitu penggunaanEduWeb Tv merupakan satu medium bagi
melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana berfokuskan
kepada isi-isi penting kepada topik yang akan disampaikan serta
mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat
pelajar. Ia juga boleh menghiburkan pelajar.
Selain daripada EduWeb TV,Tan Sri Muhyiddin Yassin juga
menyentuh berkenaan dengan School Net. Sememangnya program School
Net ini merupakan satu insiatif dan menjadi tujuan kerajaan
berkehendakkan guru yang berkeupayaan dalam bidang teknologi
maklumat dan komunikasi.
SchoolNet merupakan rangkaian persendirian maya yang menyediakan
sambungan internet jalur lebar ke sekolah dan ia adalah pendekatan
terbaru sistem pendidikan negara bagi menyediakan kemudahan
pembelajaran melangkaui bilik darjah. MenurutNor Fariza
Ramlan(2012), SchoolNet menyediakan pelbagai aplikasi kepada
penggunanya, termasuk aplikasi komunikasi elektronik seperti e-mel
dan kumpulan berita, aplikasi akses jarak jauh, aplikasi pemindahan
dokumen, aplikasi pengedaran maklumat dan aplikasi pencarian
maklumat. Hal ini menunjukkan bahawa hanya guru yang berkeupayaan
dalambidang teknologi maklumat dan komunikasi mampu mendepani
perubahan kemajuan ini. Oleh sebab itulah kerajaan begitu optimis
bagi menyediakan guru yang berkeupayaan dalam bidang bidang
teknologi maklumat dan komunikasi.
Guru yang berkeupayaan dalam bidangteknologi maklumat dan
komunikasi dengan kemahiran mengendalikan School Net juga dilihat
sebagai satu podium bagi memastikan hasrat kerajaan melahirkan
lebih ramai guru pakar tercapai. MenurutNor Fariza Ramlan(2012),
pelaksanaan SchoolNet ini mampu meningkatkan perkongsian ilmu
dengan mengoptimumkan tenaga pengajar pakar di negara ini. Melalui
teknologi ini, seorang guru pakar mampu mengajar sesuatu mata
pelajaran melebihi daripada satu kelas di sekolah yang sama dan
sekolah lain.
Selain itu, guru yangberkeupayaan dalam bidang bidang teknologi
maklumat dan komunikasi.serta dapat menguasai SchoolNet dengan
sebaiknya boleh memanfaatkan infrastruktur berkenaan bagi mengubah
bilik darjah mereka menjadi persekitaran menarik justeru dapat
menambah minat pelajar terhadap pendidikan.
Dengan teknologi ini juga, seorang guru yangberkeupayaan dalam
bidang bidang teknologi maklumat dan komunikasiboleh mengajar
sesuatu subjek kepada bilangan bilik darjah lebih banyak di sekolah
sama dan sekolah lain. Portal SchoolNet ini membolehkan guru
berkongsi modul pembelajaran dan pengajaran interaktif sesama
mereka. Jelas di sini menunjukkan guru yang mempunyaiberkeupayaan
dalam bidang bidang teknologi maklumat dan komunikasi amat penting
bagi mengendalikan inisiatif yang telah dilaksanakan bagi kemudahan
banyak pihak sekaligus mampu meningkatkan mutu pendidikan
negara.
2.3Isu guru perlu menguasai Teknologi dalam
pendidikan.Kepentingan penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi
kepada guru juga dapat dilihat daripada kenyataan yang tertulis
dalam Dewan Masyarakat (Mei 2012) yang menyatakan bahawa kesan
globalisasi dan liberalisasi menuntut guru yang berilmu agar celik
dan mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK).
Dalam suasana alaf baharu yang berorientasi TMK, teknologi
memainkan peranan yang besar dalam pendidikan. Guru yang aktif dan
bersikap terbuka akan sentiasa melihat teknologi baharu sebagai
perkara yang positif dan berusaha mencari alternatif yang terbaik
bagi menguasainya. Pengaplikasian teknologi dalam pengajaran akan
menghasilkan generasi berteknologi yang mampu mengharungi era
globalisasi, sekali gus merealisasikan impian negara agar menjadi
negara maju pada 2020. Atas dasar kepentingan inilah barisan
guru-guru di Malaysia perlu memperkukuhkan diri dengan kemahiran
teknologi maklumat dan komunikasi. Hal ini adalah kerana barisan
guru adalah titik permulaan dalam memastikan kejayaan sesuatu
proses pengajaran dan pembelajaran.
Selain daripada itu, penguasaan guru dalam bidang teknologi
maklumat dan komunikasi menurut Wan Mustama (2004) dalam Jurnal
Pengurusan Dan Pentadbiran Pendidikan adalah usaha bagi
meningkatkan kemahiran guru terutama dalam bidang teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) agar mereka lebih kreatif dan
inovatif dalam teknik pembelajaran di samping memiliki ilmu dan
pengetahuan lebih luas. Daripada kenyataan tersebut jelas
menunjukkan bahawa kini ilmu pengetahuan bukan sekadar diperoleh
daripada bahan-bahan bercetak malahan ianya kian berkembang dalam
dunia tekonologi maklumat. Oleh hal demikian, guru yang berupaya
menguasai bidang teknologi maklumat dan komunikasi dilihat mampu
memperkukuhkan lagi ilmu pengetahuan sedia ada. Selain daripada itu
juga, guru yang kreatif dan inovatif kesan daripada penguasaan
bidang teknologi maklumat dan komunikasi amat penting
bagimemperkembangan potensi murid secara bersepadu dan menyeluruh
yang merangkumi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Hal ini
diperkukuhkan dengan kenyataanAb. Rahim Selamat (1992) iaitu
melalui pengajaran & pembelajaran kreatif dan inovatif guru,
murid dapat memperoleh ilmu pengetahuan, menguasai kemahiran dan
mengamalkan sikap dan nilai serta dapat mengembangkan daya
kreativiti dan inovasi mereka.
2.4 Menjadikan sekolah gedung penyelidikan dan pembangunan
pendidikan.Tugas, tanggungjawab dan peranan guru di Malaysia hari
ini bukan sahaja banyak berbeza dari masa yang lalu, tetapi juga
lebih berat serta kompleks. Ini adalah akibat daripada perkembangan
dan kemajuan pendidikan Negara yang pesat.Perubahan peranan guru
hari ini adalah diiringi dengan perubahan strategi pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah. Ini bermakna system latihan
perguruan yang diwarisi dahulu telah dianggap kurang sesuai dan
berguna lagi untuk mencapai matlamat pendidikan yang baru. Untuk
menghadapi cabaran dan tuntutan masa depan supaya memainkan
peranannya secara lebih berkesan, guru hari ini hendaklah sentiasa
berusaha melengkapkan diri dengan mengemaskini ilmu pengetahuan dan
kemahiran mengajar dari semasa ke semasa.Perkembangan dalam
teknologi multimedia dan intenet merupakan satu fenomena yang tidak
dapat disangkal lagi akan kepetingannya. Teknologi ini semakin
popular dan digunakan dalam kebanyakkan aspek kehidupan sama ada
secara langsung atau tidak langsung. Dunia pendidikan juga tidak
terkecuali daripada merasai bahang daripada teknologi ini dan ianya
semakin ketara sejak akhir-akhir ini. Oleh yang demikian, setiap
pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan sama ada sebagai
pendidik, pelajar, pentadbir dan sebagainya haruslah bersedia untuk
bergerak seiring dengan arus perkembangan teknologi tersebut. Ini
bagi memastikan system pendidikan yang dilaksanakan tidak
ketinggalan dan seterusnya mungkin tidal lagi relevan dengan
keperluan semasa.Tambahan lagi, pelajar-pelajar dewasa ini
mempunyai capaian terhadap maklumat yang tidak terbatas dan mereka
tidak lagi hanya tertumpu pada buku teks dan penerangan guru
semata-mata. Maka sewajarnya seseorang guru itu seiring dengan
dunia pelajar masa kini dengan berani melibatkan diri serta
mendalami dunia multimedia ini sepenuhnya.
2.5 Penggunaan ICT yang menyeluruh dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Menurut artikel yang dipilih untuk mencapai hasrat
penggunaan ICT secara menyeluruh dalam proses pengajaran dan
pembelanjaran, dua jenis perubahan utama untuk guru diperlukan.
Pertama guru harus diyakinkan bahawa terdapat sangat banyak
kebaikan dan kepetingan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Kedua, guru perlu diberikan kemahiran yang mencukupi
untuk menggunakan computer dan alatan IT secara cekap dan efektif.
Sememangnya kerajaan Malaysia telah memperkenalkan pelbagai
inisiatif bagi meningkatkan kemahiran golongan pendidik terutamanya
dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Menurut Muhammad
Hasan (2000), dalam tempoh RMK-8 Bahagian Pendidikan Guru menerusi
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah diberi tanggungjawab
untuk memberi penekanan khusus terhadap penggunaan ICT dengan
mengkaji semula kurikulum latihan guru dan menyediakan kursus
jangka pendek dalam latihan guru dan menyediakan kursus jangka
pendek dalam latihan guru oleh Pusat Sumber Pendidikan Negeri
(PSPN). Jelas di sini menunjukkan kerajaan telah berusaha
meningkatkan keupayaan guru dalam bidang teknologi maklumat dan
komunikasi melalui pelaksanaan khusus.
2.5 Cabaran yang harus ditangai oleh Para Pendidik adalah untuk
menyepadukan ICT dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai
budaya.Peranan teknologi maklumat sangat penting dalam system
pendidikan yang semakin mencabar dan menghadapi persaingan global
ini. Dunia yang dianggap sudah tidak bersempadan daripada sudut
pergerakan maklumat telah memberikan inspirasi supaya setiap
sekolah menerima tanpa soal jawab aplikasi dan implimentasi ICT
dalam organisasi berkenaan.
Menurut Galbraith (1967) yang dipetik dari Noriati A. Rasyid, et
a.l (2009) teknologi adalah keupayaan dalam menggunakan pengetahuan
sama ada pengetahuan saintifik atau pengetahuan lain yang tersusun
yang digunakan secara sistematik sehingga mampu mempamerkan amalan
yang praktikal dalam melaksanakan sesuatu tugas sehingga tugas
tersebut mencapai kejayaan. Tumpuan dan penekanan terhadap
penguasaan ICT kepada guru sememangnya mempunyai tujuan yang
penting. Hal ini adalah guru merupakan pengerak dalam sesuatu sesi
proses pengajaran dan pembelajaran.
Cabaran pendidik untuk menyepadukan ICT dengan pengetahuan
dimana berkaitan sikap negatif pendidik. Kebanyakan pendidik telah
sebati dengan kaedah pengajaran traditional dan sukar menyesuaikan
diri dengan teknologi intruksional. Yusup Hasyim (1998)
mempersetujui kenyataan yang telah dikeutarakan oleh Becker &
Watt (1966) iaitu ledakan teknologi maklumat dan komunikasi memberi
cabaran baharu kepada profesion guru dan sistem pendidikan. Menurut
Becker & Watt (1966) juga, ada kalangan guru yang buta
teknologi menyebabkan timbul sikap negatife dan tidak berminat
mengajar mengunakan teknologi maklumat dan komunikasi selain sikap
malas menyediakan bahan atau peralatan teknologi maklumat dan
komunikasi untuk pengajaran.Pendidik mestilah berkemahiran
mengunakan ICT supaya dapat mengaplikasikan dan memudahkan proses
pengajaran dan pembelajaran. Apabila guru yang tidak cekap
menggunakan peralatan ICT seperti pemancar LCD dan laptop, perkara
ini akan menimbulkan masalah. Sesetengah guru yang tidak cekap
mengambil masa yang lama untuk menyediakan peralatan sebelum
memulakan proses pengajaran. Sebagai akibat, masa di bilik darjah
terbazir begitu sahaja memandangkan guru terkial-kial menggunakan
peralatan ICT yang disediakan pihak sekolah.
3.0 Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran pendidik dan
pendidikan pada Era Globalisasi . Sebagai seorang guru kita
mestilah sentiasa bersedia menghadapi cabaran dari pelbagai aspek.
Zaman sentiasa berubah begitu juga di dalam pendidikan seharusnya
berkembang mengikut peredaran zaman. Oleh itu guru tidak sepatutnya
memandang enteng isu yang telah dikupas oleh penulis. Dalam
menangani pendidikan di Era digital beberapa cadangan dapat di
kenalpasti antara ialah :
3.1 Pendidikan BestariDi mana semua sekolah dinaik taraf sebagai
sekolah bestari yang merupakan pemangkin utama dalam mengkaji
kaedah pengajaran dan pembelajaran berdasarkan ICT. Pada tahun
1996, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal konsep
Sekolah Bestari berpusatkan pengajaran dan pembelajaran
berpemikiran kritis dan kreatif. Teknologi sebagai penupaya menjadi
komponen penting dalam konsep Sekolah Bestari apabila Projek
SekolahBestari diwujudkan sebagai satu daripada Aplikasi Perdana
Koridor Raya Multimedia.Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi
pembelajaran yang direka semula secara menyeluruh dan segi
pengajaran pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk mebantu murid
menghadapi cabaran Zaman Maklumat. Proses pengajaran pembelajaran,
iaitu proses berkaitan dengan kurikulum, pedagogi, pentaksiran, dan
bahan pengajaran pembelajaran, akan direka semula untuk membantu
murid belajar dengan lebih berkesan dan cekap. Sekolah Bestari akan
mendorong murid mengamalkan pembelajaran akses kendiri dan terarah
kendiri serta mengikut kadar pembelajaran sendiri.Pengurus Sekolah
Bestari akan dapat menjalankan tugasnya dengan lebih cekap apabila
fungsi utama berkaitan dengan pengurusan sekolah dikomputerankan.
Selain itu, ibu-bapa, komuniti dan pihak swasta sebagai pihak yang
berkepentingan akan memainkan peranan yang lebih aktif dalam
menjayakan prestasi sekolah. Semua pihak akan sentiasa terlibat
dalam peningkatan profesionalisme atau keilmuan berkaitan dengan
pengurusan sekolah, pengajaran-pembelajaran dan sebagainya.3.2
Pendidikan untuk seumur hidup.Dalam menghadapi perubahan-perubahan
yang berlaku seharusnya pendidik perlu menangani isu ini dengan
mengubah corak pembelajaran. Sepertimana yang diketahui sejarah
pendidikan awal di negara semasa kedatangan british bahawa
pengajaran berlaku di masjid dan tempat beribadah. Pada ketika itu
pendidikan berpusatkan guru. Di dalam Falsafah pendidikan negara
sendiri mengatakan bahawa pendidikan adalah salah satu usaha
berterusan. Dimana konsep belajar seumur hidup itu penting untuk
memasuki era digital. Menurut penulis 4 faktor yang membolehkan
seseorang guru dapat menghadapi cabaran yang berubah dengan pantas.
Belajar untuk mengetahuiGlobalisasi yang menyentuh semua aspek
kehidupan menjadikan rakyat Malaysia menuju era baru, yang seakan
tanpa jarak. Berdasarkan hal ini, maka diharapkan agar tercapai
anak-anak yang secara aktif mengembangkan potensi dirinya untuk
memiliki kekuatan spiritual keagamaan, pengendalian diri,
keperibadian, kecerdasan, akhlak, dan keterampilan diri.Potensi
anak ini dipusatkan kepada pada tiga tahun pertama
kehidupannya.Masaini adalah merupakan masa yang sangat penting,
dimana potensi kecerdasan, perkembangan kognitif dan perilaku dasar
terbentuk pada masa ini, yang diyakini jika anak mampu dengan ini,
maka akan menghasilkan generasi yang berkualiti. Oleh itu
pendidikan awal kanak-kanak seawal usia mampu melahirkan generasi
modal insan negara. Dasar yang dibuat akan memperluaskan kandungan
matapelajaran mengikut standard kurikulum yang ditetapkan. Belajar
untuk membuat Era digital memerlukan setiap individu mempunyai
kemahiran computer kerana semua pekerjaan berorientasikan ICT. Di
sebabkan oleh itu siapa yang ingin memajukan diri perlu mengetahui
kepetingan ICT. Justeru itu, kerajaan mengambil langkah memberi
latihan intensif kepada guru-guru menerusi program dan kursus khas
yang dijalankan. Melalui program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP),
guru-guru diberi taklimat khas dan hands-on penggunaan ICT dalam
pengajaran dalam pembelajaran pelajar oleh tenaga pengajar yang
terlatih. Semasa LDP, guru-guru ini diajar mengenai penggunaan
Microsoft Word, Microsoft Excel, pengurusan emel, blog dan
sebagainya yang berkaitan. Kursus-kursus khas seperti ini memakan
belanja dan kos yang tinggi. Maka, pihak kementerian menyarankan
guru-guru mengambil inisiatif sendiri untuk membiasakan diri dengan
penggunaan ICT. Belajar untuk menjadi Insan Kita sebagai insan mula
belajar dari peringkat bayi dalam kandungan ibu lagi. Di dalam
kandungan Ibu, kita sudah mula belajar dan mendengar tentang
kehidupan. Walaupun kita belum dapat melihat cerahnya matahari
namun kita telah mula belajar mengenali kehidupan. Bermula dengan
tangisan yang pertama barulah proses pembelajaran di dunia realti
bermula. Bagaikan kain putih yang bersih, yang mencorakkan diri
kita ialah ibu bapa dan persekitaran kita. Oleh kerana itu, ibu-ibu
yang faham tentang proses ini akan memperbanyakkan membaca
Al-quran, dan surah-surah tertentu dan dendangan zikir serta
munajat semasa mengandung supaya insan yang dilahirkan menjadi
insan yang mulia. Begitulah juga sebaliknya. Proses pembelajaran
ini mempengaruhi sikap insan itu apabila ia dilahirkan. Proses
pembelajaran tidak akan berhenti sehinggalah ke hembusan nafas yang
terakhir. Dalam konteks belajar atau pembelajaran ini pada lazimnya
kita melalui system pembelajaran seperti berikut:
Pembelajaran Formal iaitu proses pembelajaran yang telah
distrukturkan melalui sistem persekolahan dan pengajian di institut
pengajian tinggi dan sebagainya;Pembelajaran Informal iaitu proses
pembelajaran yang kita lalui melalui sistem yang tidak
distrukturkan seperti menghadiri kursus-kursus atau pembelajaran
yang diperolehi didalam aktiviti persatuan dan
kemasyarakatan.Pembelajaran Unformal iaitu proses pembelajaran
melalui visual pancaindera secara peribadi atau pengalaman
kehidupan yang dilalui diri sendiri, pembacaan, kajian dan
sebagainya.Bagi insan yang tercicir atau gagal di dalam proses
pembelajaran formal ia bukan bermakna kita gagal dalam kehidupan.
Masih ada proses informal dan unformal yang boleh kita jadikan
landasan dalam mencipta kejayaan. Malah telah terbukti banyak insan
di dunia ini yang berjaya dalam kehidupan tanpa segulung ijazah.
Masih ada ruang dan peluang pembelajaran yang disediakan untuk kita
berjaya nya insan yang memanfaatkan ilmunya lebih baik dari seribu
orang ahli ibadah Hadis.
Sesungguhnya insan yang mengajarkan ilmu yang dipelajari dan
mengajar kepada orang lain merupakan insan yang mulia dan merupakan
golongan tangan yang di atas dan sesungguhnya tangan yang di atas
lebih mulia dari tangan yang di bawah. Belajar itu perlu, menuntut
ilmu itu perlu dan yang paling perlu ialah beriman dan mengamalkan
ilmu itu.
Belajar untuk hidup bersamaMenurut penulis belajar untuk hidup
bersama adalah saling bantu membantu dalam menuju era globalisasi
yang tiada sempadan. Mereka yang mempunyai kepakaran dalam ICT
membantu mereka yang kurang kebolehan. Jika semua pendidik
mempunyai semangat intergriti kita mampu merealisasikan pelaksanaan
kurikulum berteraskan aplikasi ICT ini. Murid ialah Klien utama
dalam dunia pendidikan dan sudah semestinya perlu diberi perhatian
dalam perancangan dan pelaksanaan sistem pengajaran dan
pembelajaran. Pengetahuan terhadap kebolehan, kemahiran,
pengetahuan sedia ada dan sikap murid amat penting sebelum
perancangan dibuat agar dapat memenuhi setiap objektif pengajaran
yang disasarkan dan menjadi penentu keberkesanan reka bentuk sistem
pengajaran di rancang.
3.3 Syarat untuk berubahGuru memainkan peranan yang penting
dalam menghasilkan kejayaan pelajar. Oleh itu sikap negatif guru
yang tidak mahu menerima perubahan harus dikikis kerana seseorang
tidak akan berubah sekiranya dia tidak mempunyai kemahuan dan tidak
bersedia berubah.Menurut Mohad Sahri Abdul Rahman, 1996 seseorang
akan berubah jika dengan syarat-syarat berikut: (1) Keyakinan yang
mendalam Setiap apa yang ingin dilakukan memerlukan usaha. Motivasi
dalaman seorang guru seperti yakin sekirannya apa yang dilakukan
akan memberi impak yang besar dalam dunia pendidikan. Oleh itu
sekirannya tiada keyakina n tidak ada langkah yang dapat
digerakkaan dan tidak akan wujud perubahan dan peningkatan.(2) Ilmu
yang mantapMenurut penulis ilmu adalah alat kepada perubahan.
Sekiranya kita hanya mempunyai komputer tiada individu yang berilmu
menganalisis idea dan mengaplikasi penggunaannya maka tiadalah
proses yang dikatakan teknologi pengajaran. Ilmu yang mantap ini
akan merubah kehidupan dari kemunduran kepada kejayaan. (3)
Generasi yang terdidikUntuk melahirkan generasi yang terdidik
adanya penambahbaikan terhadap kurikulum mengikut kesesuaian
peredaran masa. Ini perlu dilaksanakan dengan kolobratif berbagai
pihak supaya usaha untuk melahirkan generasi yang terdidik.(4)
Kepimpinan yang baikKepimpinan yang baik ialah memiliki pengetahuan
ilmu yang luas. Sepertimana yang kita ketahui kejayaan sesebuah
organisasi bergantung kepada prestasi pentadbirannya dalam erti
kata lain yang memimpinnya. Seseorang pemimpin yang baik harus
mempunyai ciri-ciri khusus tertentu dalam menjalankan peranannya
sebaik mungkin serta menguasai kemahiran-kemahiran yang diperlukan
untuk mengelola ahli-ahli dibawah untuk mencapai matlamat.
Mengetahui tugas dan tanggungjawab merupakan amanah yang wajib
dilaksanakan dengan sempurna merupakan ciri-ciri yang perlu ada
dalam unsur ke sembilan iaitu unsur rakyat Malaysia yang
bertanggungjawab(5) Anggota yang bersepaduBerat sama dipikul ringan
sama dijijing perumpamaan ini memberi makna kerjasama di dalam
pasukan sangat penting dalam sesebuah organisasi. (6) Wawasan yang
jelas Seseorang akan berubah sekiranya mempunyai matlamat yang
jelas. Setiap rancangan mempunyai misi dan visi yang jelas supaya
apa yang ingin dilakukan mencapai objektif yang jelas. Dalam
Falsafah pendidikan kebangsaan unsur yang terakhir iaitu unsur ke
sebelas ialah rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan kepada
masyarakat, agama dan negara. Wujudnya rakyat Malaysia yang mampu
memberi sumbangan kepada masyarakat, agama dan negara. Ini akan
membantu pembangunan negara dengan melahirkan keluarga yang harmoni
dan mempunyai nilai-nilai semangat kerjasama dan nilai
perpaduan.Perkara yang lebih penting ialah adanya rakyat yang
mampuu menguasai teknologi dan ilmu-ilmu lain bagi memaksimakan
pembangunan negara kita. Kesimpulannya, bagi, melahirkan modal
insan yang seimbang dan harmonis, pencapaian dalam aspek intelek,
rohani, emosi dan jasmani perlu dititikberatkan dahulu kerana 4
elemen inilah yang menjadi pemangkin sebenar dalam pembangunan
modal insan selaras kehendak negara kita bagi mencapai Wawasan
2020.(7) Kerja yang berterusanFalsafah pendidikan kebangsaan
merupakan satu landasan negara kearah membentuk satu sistem
pendidikan yang seimbang. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
menjadi asas dan sumber inspirasi kepada semua rangka kearah
pembangunan pendidikan ini sebenarnya mempunyai beberapa
unsur-unsur penting yang perlu difahami oleh setiap ahli masyarakat
sama ada warga pendidik, para pelajar, mahupun sesiapa sahaja
rakyat Malaysia. Unsur yang pertama ialah Pendidikan Suatu Usaha
Berterusan. Ungkapan tuntutlah ilmu sampai keliang lahad merupakan
satu ungkapan yang sangat sesuai bagi menterjemah isi penting ini.
Pendidikan merupakan satu proses yang berterusan sepanjang hayat
iaitu bermula dari bayi sehinggalah kita meninggal dunia. Proses
pemerolehan, pemindahan pengetahuan dan penerapan nilai-nilai murni
dalam pendidikan merupakan satu perkara yang tidak dapat dipisahkan
lagi. Pendidikan sudah bermula sejak kita berada dirumah lagi,
seterusnya pendidikan secara formal di sekolah, institut pengajian
tinggi dan sebagainya.Jika dilihat dari perspektif lain, pendidikan
suatu usaha berterusan ini membolehkan berlakunya perkembangan ilmu
yang kritikal, seimbang dan mampu untuk melahirkan modal insan yang
menjadi matlamat utama negara kita pada masa sekarang. Sehubungan
dengan itu, pendidikan secara berterusan merupakan satu elemen
penting dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
4.0 RefleksiSemasa melaksanakan tugasan ini saya dapati banyak
cabaran yang dihadapi oleh seorang guru. Ini berlaku semasa proses
memilih artikel atau jurnal semasa di perpustakaan dan yang diakses
melalui internet. Akhirnya saya tertarik dengan isu yang cuba
diketengahkan oleh penulis dalam Majalah Wawasan sepertimana
artikel yang telah saya ulas.
Dari pembacaan juga saya dapati teknologi pengajaran telah di
aplikasi di banyak sekolah dan memberi impak yang besar dalam arus
pendidikan. Bagaimanapun setiap kebaikan ada keburukannya di mana
guru perlu menangani salah laku pelajar yang mungkin tersebar dari
penyalahgunaan ICT. Ini juga menjadikan tugas dalam profesion
perguruan semakin mencabar.
Selain itu juga masalah utama yang wujud adalah kemahiran tenaga
pengajar iaitu warga pendidik untuk menggunakan alatan ICT.
Generasi yang lahir sebelum era 1970-an dikatakan kurang cekap
mengendalikan peralatan-peralatan ICT. Hal ini sangat berbeza
dengan generasi selepas era 1990-an yang cekap dan berpengetahuan
luas dalam hal penggunaan ICT. Masih terdapat guru yang tidak tahu
menggunakan komputer untuk memasukkan data atau masih terkial-kial
untuk menaip surat rasmi menggunakan Microsoft Word! Kelemahan
sebilangan guru ini menyebabkan usaha kerajaan untuk
mengaplikasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran terbantut.
Ini merupakan salah satu cabaran yang paling utama di ketengahkan
oleh penulis. Sebagai seorang guru saya akan mencuba memahirkan
diri dan berubah mengikut peredaran masa supaya tidak dikatakan
seperti kata bidalan seperti katak di bawah tempurung. Oleh itu
sebagai memenuhi tuntutan ini saya akan mencuba yang terbaik dalam
memahami dan mengaplikasikan penggunaan kaedah yang telah
dipelajari di dalam matapelajaran Teknologi Pengajaran .
5.0 Rujukan
Yusup Hashim. (1998). Teknologi Pengajaran. Shah Alam: Siri
Pendidikan Fajar Bakti Fajar BaktiNoriati. A. rashid (et.al).
(2009). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Shah Alam:
Oxford FajarSafian bin Abd Rasyid (2002) Pengurusan Sumber.
Komponen Teknologi PengajaranNorasiah Binti Abdullah, et. al (2013)
Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Penerbitan Multimedia
Sdn BhdMok Soon Sang (2014) Falsafah dan Pendidikan Malaysia.
Penerbitan Multimedia Sdn BhdSharifah Nor Puteh & Kamarul Azman
Abd Salam, (2011) Tahap Kesediaan Penggunaan ICT dalam Pengajaran
dan Kesannya Terhadap Hasil Kerja dan Tingkah Laku Murid Prasekolah
Jurnal Pendidikan MalaysiaSandra Rahman (2013) Isu penggunaan ICT
merentas Kurikulum Standar Pra sekolah Kebangsaan (KSPK) : Jurnal
Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik - Oktober 2013, Bil. 1
Robiah Sidin (2007) ICT dalam pendidikan: Prospek dan cabaran dalam
pembaharuan pedagogi. Jurnal Pendidikan Malaysia (volume 32, No. 1,
2007)
6.0 LAMPIRAN