PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) SEMESTER II SESI 2014/2015 KRB 3023: PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN TAJUK ESEI ILMIAH DISEDIAKAN OLEH: NAMA NO. MATRIK HASHIMAH BT ABD RAHMAN ZURAINI BT ISMAIL FAUZIAH BT SENAWI PPG/ 23368 / 12 PPG / 23553 / 12 PPG / 23355 / 12 PUSAT PEMBELAJARAN: PULAU PINANG PENSYARAH : PN NOORULAFIZA ABDUL MUTHALIB 1 PEMARKAHAN Berdasarkan pengalaman pembelajaran dan pengajaran di sekolah, buat kajian tentang peringkat pengajaran menulis
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
SEMESTER II SESI 2014/2015
KRB 3023: PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
TAJUK ESEI ILMIAH
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA NO. MATRIK
HASHIMAH BT ABD RAHMAN
ZURAINI BT ISMAIL
FAUZIAH BT SENAWI
PPG/ 23368 / 12
PPG / 23553 / 12
PPG / 23355 / 12
PUSAT PEMBELAJARAN: PULAU PINANG
PENSYARAH : PN NOORULAFIZA ABDUL MUTHALIB
TARIKH SERAHAN : 15 NOVEMBER 2014
1
PEMARKAHAN
Berdasarkan pengalaman pembelajaran dan pengajaran di sekolah, buat kajian tentang peringkat pengajaran menulis
ISI KANDUNGAN
BIL. TAJUK MUKA SURAT
1.0
2.0
2.1
2.2
2.3
2.4
2.5
3.0
PENGENALAN 3-4
PENGAJARAN MENULIS DI SEKOLAH
Teori Pengajaran Menulis di Sekolah Rendah
Model Pengajaran Menulis di Sekolah Pertanian
Pendekatan Pengajaran Menulis
4-8
8-12
12-14
Kaedah Pengajaran Menulis di Sekolah
Teknik yang Digunakan oleh Guru
PENUTUP
14-16
17-21
21
RUJUKAN 22-23
2
1.0 PENGENALAN
Pada umumnya, pengajaran bahasa telah menjadi kelumrahan dalam
dunia pendidikan kerana pengajaran bahasa mempunyai hubungan
yang erat dengan perkembangan nusa dan juga bangsa meliputi semua
bidang. Tidak kira dalam apa juga pengajaran bahasa termasuk Bahasa
Melayu, pihak berkuasa pendidikan dan guru-guru sering menghadapi
pelbagai masalah dalam usaha untuk menjadikan para murid sebagai
golongan yang mahir berbahasa. Kemahiran berbahasa yang
ditekankan di dalam pengajaran bahasa terdiri daripada kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan juga menulis (Azizi dan Zurihanmi,
2005).
Antara keempat-empat kemahiran yang dinyatakan, kemahiran
menulis adalah antara kemahiran yang agak kompleks dan sukar
dikuasai oleh murid. Kesukaran penguasaan kemahiran menulis
melibatkan pemikiran yang paling rumit kerana sesuatu label atau
memorandum pendek akan menjadi ekspresi berkesan hanya apabila ia
dikarang dengan baik dan difikirkan dengan teliti. Namun demikian
walaupun kemahiran ini sukar dikuasai tetapi penguasaan kebolehan
menulis amat membantu seseorang murid mencapai kejayaan bukan
hanya dalam bidang akademik tetapi juga untuk kerjaya mereka pada
masa akan datang (Othman, 2001).
Menulis ialah suatu kegiatan penghasilan simbol-simbol grafik
yang disusun atur menjadi perkataan, yang seterusnya membentuk
ayat-ayat yang bermakna. Dalam konteks yang lebih luas, penulisan
bermaksud penghasilan wacana-wacana yang bermakna dan juga
bermaklumat. Oleh yang demikian, kemahiran menulis secara mekanis
iaitu kemahiran membentuk dan menyusun simbol-simbol tulisan tidak
akan selesai pada peringkat ini sahaja sebaliknya ia perlu diteruskan
dengan aktiviti yang seterusnya iaitu mengarang. Aktiviti mengarang
memerlukan penggemblengan dari aspek psikologi dan juga kognitif
(Othman, 2001).
3
Kemahiran menulis merupakan satu kemahiran yang paling tinggi
dan penting berbanding kemahiran bahasa lain untuk dikuasai oleh
murid-murid bukan sahaja dalam pembelajaran bahasa tetapi juga
untuk beberapa mata muridan lain. Terdapat beberapa fungsi penting
menulis kepada murid yang perlu diambil perhatian oleh guru seperti
memotivasi atau merangsang idea dan perasaan untuk diterjemahkan
dalam bentuk tulisan, murid-murid berpeluang untuk menerokai
pelbagai bidang bahasa, melatih murid mengeluarkan pendapat dan
idea dalam bentuk tulisan, Menggunakan seluruh anggota mekanis iaitu
mata, tangan, akal dan lain-lain untuk merangsang pembelajaran dan
sebagainya (Othman, 2001).
Disebabkan itu, pengajaran menulis perlu dititikberatkan oleh
seseorang guru dalam proses pembelajaran terhadap semua muridnya
supaya mereka menguasainya. Peranan guru dalam memastikan murid
menguasai kemahiran menulis perlu diambil perhatian. Guru perlu
menyediakan satu suasana pembelajaran yang berkesan di samping
mendedahkan murid dengan pelbagai pengalaman menulis dalam
pengajaran mereka. Kesesuaian teknik dan kaedah yang betul serta
mampu menarik minat murid terutamanya terhadap kanak-kanak di
sekolah rendah akan membantu murid berkenaan menguasai
kemahiran menulis dengan baik.
2.0 PENGAJARAN MENULIS DI SEKOLAH RENDAH
Memandangkan pengajaran menulis amat penting dalam pembelajaran
di sekolah, maka terdapat begitu banyak kajian terdahulu yang
menyentuh berkaitan dengan menulis dalam kalangan murid-murid di
sekolah. Beberapa kaitan tentang pengajaran menulis akan
dikemukakan antaranya seperti teori berkaitan menulis, model-model
yang dikemukakan, pendekatan yang sewajarnya boleh diambil dan
kaedah yang boleh diaplikasikan dalam bilik darjah.
2.1 Teori Pengajaran Menulis di Sekolah Rendah
4
Berkaitan dengan pengajaran menulis di sekolah terutama dalam
pengajaran dan pembelajaran (P&P) Bahasa Melayu, kemahiran
menulis memerlukan sokongan kemahiran mendengar,
berinteraksi lisan, kemahiran membaca dan berfikir demi
kelancaran pengungkapan idea dan penulisan. Justeru itu,
terdapat banyak kajian terdahulu yang memperkatakan
berkenaan dengan teori kemahiran bahasa dan aspek menulis.
a) Teori psikologi Vygotsky (1978)
Teori Psikologi Leo S.Vygotsky dalam Proses Penulisan Pelbagai
bahawa kemahiran berbahasa tidak boleh dipecah-pecahkan
dalam bentuk yang berasingan seperti kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis. Sehubungan dengan itu
pendekatan ini menekankan konsep dan penggunaan struktur
bahasa yang bermakna, yang boleh dituturkan dan dituliskan.
Pendekatan ini juga mengeksploitasi pengalaman bahasa yang
bermakna dalam kalangan murid untuk dijadikan bahan
perbincangan dalam proses penulisan karangan (Ahmad Khair,
2005).
d) Pendekatan Terkawal
Menurut Ahmad Khair (2005), pendekatan ini mencadangkan
pembelajaran kemahiran menulis mengikut peringkat-peringkat
yang bermula daripada peringkat pra penulisan hinggalah
16
peringkat penulisan yang memerlukan pemikiran. Secara
umumnya, terdapat lima peringkat penulisan iaitu:
i. Peringkat meniru dan menyalin
ii. Peringkat mengingat kembali
iii. Peringkat menggabungkan
iv. Peringkat penulisan berpandu
v. Peringkat penulisan bebas
e) Pendekatan Bebas
Berdasarkan pendekatan ini, guru perlu memberikan banyak
latihan penulisan kepada murid. Latihan-latihan ini perlu
dipelbagaikan dari segi jenis dan juga format penulisan tersebut.
Pendekatan ini beranggapan bahawa, semakin banyak murid
membuat latihan maka semua perkara yang peru ada dalam
sesebuah karangan seperti ejaan, ketepatan kosa kata,
tatabahasa, pemerengganan dan gaya tulisan akan dapat dikuasai
murid tersebut secara automatik. Berdasarkan pendekatan ini
terdapat tiga langkah dalam proses menulis iaitu (Ahmad Khair,
2005):
i. Langkah 1: Pra menulis
ii. Langkah 2: Membuat rangka dan draf
iii. Langkah 3: Menyemak dan memeriksa kembali
2.4 Kaedah Pengajaran Menulis di Sekolah
Di dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, kaedah atau teknik
merupakan strategi yang digunakan oleh guru dalam mencapai
matlamat dan tujuan yang dirancang dalam objektif pengajaran.
Semasa merancang objektif yang hendak dibuat ini, guru perlu
menyedari apakah pendekatan yang paling sesuai dan berkesan untuk
murid mereka yang berbeza dari segala aspek seperti pemikiran,
tingkah laku dan sebagainya agar ia sesuai dengan objektif pengajaran
dan murid sasaran. Justeru itu, terdapat beberapa kaedah yang sesuai
boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran kemahiran menulis seperti
melalui kaedah peta minda, kaedah penyoalan, kaedah proses, kaedah
17
ujian membina ayat, kaedah ujian menulis secara terkawal dan juga
kaedah ujian menulis secara terpimpin.
a) Kaedah Peta Minda
Kaedah peta minda digunakan untuk memandu murid ke arah
penghasilan isi yang bernas dan juga tersusun dalam penulisan.
Dalam teknik ini, guru akan menyenaraikan isi-isi serta huraian
yang dihasilkan melalui perbincangan dengan murid dalam
bentuk peta minda di papan tulis. Penggunaan peta minda ini
akan memudahkan murid melihat kesinambungan isi-isi dan
perkara-perkara yang berkaitan dengan sesuatu tajuk (Abdullah
Hassan, 1996).
b) Kaedah Penyoalan
Kaedah penyoalan boleh digunakan untuk mencungkil idea dalam
penulisan karangan. Dalam kaedah ini, guru akan menyediakan
soalan-soalan yang berkaitan dengan isu atau perkara yang akan
ditulis. Penyoalan yang melibatkan ‘apa’, ‘bila’, ‘mengapa’ dan
bagaimana boleh digunakan untuk menggalakkan murid berfikir
ke arah isi-isi penulisan (Abdullah Hassan, 1996).
c) Kaedah Proses
Menurut Abdullah Hassan (1996) pendekatan proses berasakan
andaian bahawa sesuatu penulisan yang baik bermula daripada
proses bagaimana tulisan itu dihasilkan. Oleh itu, pendekatan ini
menekankan ketetapan bahasa dan format tulisan dengan cara
menulis dalam bentuk draf terlebih dahulu. Draf kemudiannya
akan disemak, dikritik dan juga diulas sebelum ditulis semula
untuk meningkatkan kemahiran menulis murid.
Semakan terhadap tulisan atau draf akan berlaku secara
berterusan sekiranya masih terdapat kesalahan tatabahasa,
format atau maklumat dalam draf tersebut. Pendekatan ini
sebenarnya memakan masa yang agak panjang untuk seseorang
murid itu menyiapkan sesuatu penulisan dan ini memberikan
peluang yang banyak kepada murid terbabit untuk mempelajari
setiap aspek di dalam penulisan tersebut Abdullah Hassan, 1996).
18
Secara umumnya, penulisan dalam pendekatan proses ini
dilaksanakan berdasarkan kepada beberapa prinsip yang berikut
antaranya:
i. Penulisan merupakan proses pemikiran terpilih yang
membolehkan murid mengolah dan menyusun idea
ii. Proses penulisan disusun secara hierarki, iaitu bermula
dengan pra penulisan dan berakhir dengan penulisan
semula.
iii. Penulisan ialah proses yang berpandukan sesuatu
matlamat.
d) Kaedah Ujian Membina Ayat
Kaedah bagi ujian membina ayat ini lebih kepada bercorak
formatif dan dapat menguji kebolehan murid bagi membina ayat
yang lebih sempurna dan lengkap serta betul dari segi struktur
dan tatabahasanya. Ayat-ayat yang ditulis oleh murid boleh
menjadi selapis, berlapis atau berkait. Kemahiran menulis pada
peringkat ayat merupakan kemahiran asas bagi penulisan
peringkat wacana penulisan yang lebih panjang seperti karangan.
Bagi menguji kemahiran menulis ayat dari murid, guru boleh
menyediakan gambar foto atau gambar lukisan bersiri yang
digunakan sebagai stimulus untuk murid mengarang ayat (Arbak,
1989).
e) Kaedah Ujian Menulis Secara Terkawal
Ujian menulis secara terkawal ini lebih kepada bercorak formatif.
Tujuan kaedah ini dijalankan kepada murid adalah untuk menilai
sama ada murid boleh menulis dan juga mengarang dalam
keadaan yang sebahagian besar daripada isi atau bentuk
karangan telah disediakan oleh guru. Kebebasan dalam memilih,
menyusun dan mengeluarkan idea dengan menggunakan ayat
sendiri adalah terhad kerana banyak perkara diberikan atau
dikawal oleh guru. Satu teknik yang boleh digunakan oleh guru
bagi menguji kemahiran menulis murid secara terkawal ialah
19
dengan memberikan murid mereka satu rangka isi berkaitan
sesuatu perkara mahupun tajuk yang perlu ditulis oleh murid
(Arbak, 1989).
f) Kaedah Ujian Menulis Secara Terpimpin
Seterusnya, kaedah ujian menulis secara terpimpin merupakan
lanjutan daripada ujian jenis terkawal. Isi atau bentuk karangan
yang perlu dihasilkan oleh murid kurang dikawal. Sebagai contoh,
murid hanya akan diberikan sedikit panduan dalam tugas
mengarang. Panduan atau pimpinan itu boleh merupakan ayat
pertama, ayat terakhir, rangka karangan, gambar bersiri atau
gambar komposisi sebagai stimulus serta panduan kepada murid
dalam menulis dan mengarang (Ismail, 2004).
Melalui kaedah ini, murid dikehendaki mengarang dengan
berpandukan jalan cerita dalam gambar yang disediakan guru
menurut sirinya. Gambar tersebut yang digunakan murid
bertindak sebagai bahan rangsangan dan tema karangan
tersebut. Selain daripada menggunakan gambar, satu lagi pilihan
yang boleh dibuat oleh guru adalah menyediakan satu rangka
karangan kemudian diberikan kepada murid. Berdasarkan rangka
tersebut, murid dikehendaki mengarang berpandukan rangka
berkenaan (Ismail, 2004).
2.5 TEKNIK YANG DIGUNAKAN OLEH GURU
Berdasarkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran di sekolah
berkaitan dengan pengajaran menulis di sekolah, teknik yang telah
digunakan oleh guru adalah teknik yang berasaskan peta minda dengan
bantuan gambar. Guru memilih teknik ini kerana melalui teknik ini, guru
dapat membantu murid-murid untuk mendapatkan isi-isi berkaitan
gambar yang digunakan di samping membantu murid untuk
menghubungkan antara isi dengan huraian. Peta minda dapat memandu
murid ke arah penghasilan isi yang bernas dan juga tersusun dalam
penulisan mereka kelak. Ia juga akan memudahkan murid menjana idea
20
bagi menulis kesinambungan isi-isi dan perkara-perkara yang berkaitan
dengan tajuk atau gambar yang diberikan oleh guru.
Selain itu juga, penggunaan peta minda menarik untuk digunakan
dalam bilik darjah kerana ia mampu menarik minat murid melalui
bentuk yang dipersembahkan pada peta minda. Penggunaan pen
berwarna membantu lagi murid untuk membezakan setiap isi penting
dengan huraian dalam sesebuah penulisan. Keadaan ini dapat
merangsang minda murid-murid bagi menghasilkan penulisan yang baik
dan berpandu. Tambahan pula, penggunaan peta minda dalam
pembelajaran akan membawa mereka kepada suasana pembelajaran
dan pendedahan baru berkaitan teknik penulisan yang berasakan peta
minda.
Semasa menjalankan aktiviti P&P, guru akan memberi kebebasan
kepada semua murid untuk memberikan idea mereka berkaitan tajuk
yang diberikan dan mereka akan dibantu dengan bantuan gambar yang
diberikan oleh guru. Masa akan diberikan oleh guru untuk murid berfikir
dan mencari isi. Guru kemudiannya akan memanggil nama mereka
supaya dapat menyampaikan idea yang diperoleh melalui peta minda
yang telah dilukis oleh guru pada papan putih. Lazimnya, murid yang
telah hilang fokus akan diberikan peluang yang pertama untuk mereka
menulis pada peta minda. Ini bertujuan bagi memastikan perhatian
murid tersebut kembali fokus kepada pembelajaran dan tidak akan
melibatkan rakan yang lain jika mereka terus dibiarkan.
Perhatian dan pemantauan guru semasa murid menulis idea
mereka sangat perlu dititikberatkan oleh guru. Ini kerana, sekiranya
idea yang diberikan oleh murid kurang tepat atau bersesuaian, guru
serta-merta perlu membetulkan kesilapan tersebut dengan nada suara
dan ayat yang bersesuaian. Pemantauan ini sangat perlu kerana jika
tidak dipantau dan hanya menerima idea yang ditulis oleh murid secara
bulat-bulat, ia akan menjejaskan gaya penulisan murid berkaitan tajuk
tersebut. Apabila semua idea yang ditulis murid telah selesai di dalam
peta minda, langkah seterusnya iaitu menyuruh pelajar membuat
21
penulisan dan ia merupakan proses terakhir perlu dilakukan mereka.
Pada ketika ini, guru akan dapat melihat sejauh mana kemampuan
murid untuk menggarap gaya menulis mereka dengan menggunakan
teknik ini sama ada berjaya atau perlu penambahbaikan di masa akan
datang. Berikut merupakan rancangan pengajaran harian berkaitan
pengajaran menulis yang telah dibuat dengan menggunakan teknik
penggunaan peta minda untuk pelajar tahun lima.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
1. Matapelajaran : Bahasa Melayu (Penulisan)
2. Tingkatan : 5 Aman
3. Tarikh / Masa : 2 Oktober 2014 / 9.00 –10.00 pagi
(1 jam)
4. Bil Murid : 36 orang
5. Tajuk : Berkelah di Tepi Pantai
6. Pengetahuan sedia ada : Murid Tahu dan Mempunyai
Pengalaman Bercuti
7. Bahan bantu mengajar : Gambar perkelahan di tepi pantai,
peta minda, pen marker berwarna, papan putih
8. Miskonsepsi murid dan cara tangani :
Miskonsepsi Cara menangani
Murid sukar untuk membezakan
antara isi penting penulisan
dengan ayat huraian
Guru menunjukkan beberapa
keping gambar berkaitan dengan
aktiviti berkelah.
Murid sukar untuk
mengembangkan isi-isi penting
menjadi huraian
Guru menggunakan bantuan peta
minda bagi memudahkan murid
membuat huraian terhadap
setiap isi penulisan.
9. Bagaimana memotivasikan murid
a) Membetulkan kesilapan murid sekiranya murid salah menjawab
soalan dengan nada yang bersesuaian.
22
b) Memberi ganjaran seperti pujian atau galakan kepada murid
yang berjaya menjawab soalan atau murid yang berkelakuan
baik.
Hasil Pembelajaran :
Domain Kognitif
Sebelum tamat pengajaran, murid 5 Aman, dalam masa 4 minit dapat :
1. menganalisis gambar yang diberikan dengan teliti.
2. memberikan idea dan pendapat masing-masing berdasarkan
bantuan gambar yang diberikan.
3. menghuraikan dan membina sebuah penulisan berdasarkan isi-isi
yang telah dibincangkan berserta huraian yang jelas.
Domain nilai murni
Sebelum tamat pengajaran, murid dapat mempamerkan nilai murni
“kesyukuran” terhadap keindahan pantai
Domain kemahiran sosial
Sebelum tamat pengajaran, murid dapat mempamerkan kemahiran
sosial “berkongsi idea” sesama rakan sekelas semasa perbincangan isi.
Domain kemahiran berfikir kritis dan kreatif
Sebelum tamat pengajaran, murid dapat mempamerkan kemahiran
berfikir kritis dan kreatif “menjana idea” berdasarkan pengalaman
murid dan rangsangan dari bahan bantu mengajar.
Fasa-fasa pembelajaran Model
Hunter
Huraian aktiviti Catatan
1 Set induksi 1. Guru bertanyakan khabar murid.2. Guru mendapatkan respons murid
tentang pembelajaran baru sama ada murid tahu atau tidak.
3. Guru akan bercerita secara santai dan spontan secara ringkas mengenai tempat berkelah yang ada di Malaysia.
4. Guru juga bertanyakan kepada semua murid sama ada murid pernah merasai atau melalui pengalaman berkelah di tempat pantai baik ketika bersama keluarga mahupun rakan-
Penyoalan dan penceritaan antara murid dan guru
23
rakan. 2 Maklumkan
objektif pembelajaran
4. Guru memaklumkan hasil pembelajaran serta kepentingan menguasai hasil pembelajaran berkenaan iaitu:a) Murid-murid dapat menganalisis
gambar yang diberikan dengan teliti.
b) Murid-murid dapat memberikan idea dan pendapat masing-masing berdasarkan bantuan gambar yang diberikan.
c) Murid-murid dapat menghuraikan dan membina sebuah penulisan berdasarkan isi-isi yang telah dibincangkan berserta huraian yang jelas.
Penerangan guru
3 Input pengajaran
5. Guru menerangkan kerangka isi pelajaran dan menulis advance organizer isi pelajaran yang akan disampaikan yang meliputi isi-isi penulisan berdasarkan gambar.
Penerangan guru
4 Permodelan 6. Guru mengedarkan gambar perkelahan di tepi pantai kepada setiap murid.
7.Guru menerangkan kepada murid bahawa mereka perlu meneliti gambar tersebut dan menyatakan isi-isi penting berkaitan aktiviti perkelahan di tepi pantai.
8. Sementara murid mencari isi penulisan, guru melukis gambar peta minda pada papan putih dengan menggunakan pen marker berwarna.
9. Guru menjana idea murid mengenai aktiviti perkelahan di tepi pantai dengan menggunakan bantuan peta minda yang telah dilukis di papan putih.
10. Guru akan memanggil nama murid terutama bagi murid yang hilang fokus untuk memberikan idea dan juga pendapat mereka.
Penggunaan peta minda di papan putih, gambar berkelah di tepi pantai, penglibatan murid memberikan idea dan penghasilan penulisan daripada murid.
24
11. Guru akan meminta murid yang terpilih untuk tampil ke hadapan dan menulis jawapan mereka pada kotak peta minda yang disediakan di papan putih.
12. Isi-isi penting karangan kemudiannya dikembangkan dengan huraian isi penting yang juga ditulis oleh murid dalam peta minda di papan putih.
13. Selesai mengisi kotak peta minda, guru perlu memastikan setiap isi dan huraian yang diberikan oleh murid mereka adalah betul dan bertepatan berdasarkan gambar yang diberikan.
14. Guru akan membetulkan sekiranya ada idea atau penggunaan tatabahasa dan sebagainya yang diberikan murid kelihatan kurang tepat.
15. Guru akan meminta semua murid menyalin peta minda sambil memahami segala isi yang ditulis di dalam buku latihan.
16. Guru kemudiannya mengarahkan semua murid-murid membina sebuah penulisan penuh untuk tajuk “Berkelah di Tepi Pantai”.
17. Guru akan memungut semua hasil kerja murid setelah tamat waktu masa P&P Bahasa Melayu.
5 Semak kefahaman murid
10.Guru bersoal jawab dengan murid untuk mengetahui tahap kefahaman murid.
11.Guru memilih beberapa murid untuk melengkapkan peta minda berkaitan gambar yang diberikan.
Soal jawab antara guru dan pelajar.
6 Pantau dan ubah suai
12.Guru memantau hasil penulisan murid dan meminta murid menerang semula apa yang diperoleh.
13. Guru menerang semula input-input yang tidak jelas oleh murid dan menghubungkait dengan pengalaman lalu.
Pemantauan hasil kerja pelajar, penerangan dari guru.
25
7 Praktis terbimbing
14.Guru memilih beberapa orang murid untuk menjawab soalan yang ditanya oleh guru.
15. Guru merumuskan apa yang dipelajari dari hasil pencapaian pembelajaran yang diperoleh menerusi aktiviti yang dijalankan.
Soal jawab antara guru dan pelajar, rumusan dari guru.
8 Praktis bertempoh
16. Guru menyuruh murid menghasilkan sebuah penulisan berdasarkan tajuk yang diajar.
Murid menghasilkan penulisan.
9 Penutup 18.Guru merumus berdasarkan hasil pencapaian murid.
20.Guru menerapkan nilai murni bersyukur dan menghubungkaitkan nilai tersebut dengan tajuk pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut.
Penerangan dari guru.
3.0 PENUTUP
Sebagai kesimpulannya, pengajaran menulis di sekolah bukan sesuatu
perkara yang boleh dipandang mudah oleh guru terutamanya dalam
kalangan guru yang mengajar subjek Bahasa Melayu. Kemahiran ini
perlu dijalankan dengan berkesan supaya setiap pelajar dapat
menguasai kemahiran menulis dengan sebaik-baiknya kerana ia
merupakan perkara asas yang amat oenting perlu dikuasai oleh semua
murid di sekolah. Buktinya, pelbagai kajian-kajian terdahulu beserta
dengan pelbagai pendekatan, teknik dan kaedah telah diperkenal dan
disarankan kepada semua guru untuk dipraktikkan dalam bilik darjah.
Peranan guru sangat penting sebagai pembimbing murid-murid dalam
kemahiran menulis.
RUJUKAN
Abdul Shukor Shaari (2001). Penulisan karangan: beberapa proses yang
harus dibina.
(2): 24-27.
26
Abdullah Hassan. (1996). Isu-isu Pembelajaran dan pengajaran Bahasa
Malaysia
di Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan di Negeri Selangor.
Serdang:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Ahmad Khair Mohd. Nor (2005). Menulis membina ketrampilan berfikir.
(7): 12-14.
Ahmad Zaini Yaacob (2000). Keberkesanan pembelajaran koperatif
dalam
meningkatkan penulisan bahasa Melayu di kalangan pelajar
tingkatan 4 luar
bandar. Kertas Projek Sarjana Pendidikan yang Tidak Diterbitkan
Fakulti
Pendidikan, Universiti Malaya.
Angela H. dan Rylee A.D (2013). Implementing cooperative learning in
Australian primary schools: generalist teachers’ perspectives.
Diperoleh pada 14 Oktober 2014 daripada
http://www.iier.org.au/iier23/hennessey.pdf
Arbak Othman. (1989). Mengajar tatabahasa. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Azizi Yahya dan Zurihanmi Zakaria (2005). Aplikasi kognitif dalam