1 KURSUS: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU ( PPG ) KRP 3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH GROUP: EL-N04 PENSYARAH: DR. ROSNIDAR BINTI NAMA: KAMARUL AZIZI BIN DOLAH NO. MATRIK: D20102045270
1
KURSUS: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU ( PPG )
KRP 3013
KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH
GROUP: EL-N04
PENSYARAH:
DR. ROSNIDAR BINTI
NAMA:
KAMARUL AZIZI BIN DOLAH
NO. MATRIK:
D20102045270
2
REFLEKSI TAJUK
(KRP3013: Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
No.
TAJUK
TAJUK
1 Perkembangan Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah
Unit ini membincangkan tentang perkembangan kurikulum bermula dari zaman sebelum
penjajahan Inggeris, semasa penjajahan Inggeris, zaman pendudukan Jepun dan zaman
selepas merdeka. Sebelum kedatangan Inggeris kurikulum ketika itu hanya berteraskan Al-
Quran dan juga adat ketimuran. Sistem pendidikan ketika itu juga adalah bersifat tidak
formal. Semasa zaman penjajahan Inggeris, sistem sekolah vernakular diwujudkan.
Walaupun sistem pendidikan vernakular diwujudkan, ibu bapa tetap meragui dan was-was.
Sekolah vernakular Melayu yang diwujudkan gagal menarik ibu bapa menghantar anak ke
sekolah tersebut. Sekolah Vernakular Cina dan Tamil pula lebih berorientasikan negara
asal mereka. Inggeris juga mewujudkan sekolah Inggeris dengan kurikulumnya lebih
kepada mengagungkan Inggeris. Semasa pendudukan Jepun, semua sekolah diganti
kepda sekolah Noningho. Kurikulumnya berbentuk taat dan setia kepada Maharaja Jepun.
Selepas merdeka, kurikulum yang dibentuk lebih ke arah perpaduan antara kaum dan
membasmi masalah buta huruf.
3
Perkembangan Kurikulum dan Pengajaran Rekolah
Rendah
Zaman Sebelum Merdeka
Secara tradisional
Kurikulum berasaskan
Al-Quran dan nilai timur
Zaman Penjajahan
Inggeris
Sekolah Vernakular
Sekolah Vernakular
Melayu
*Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar *Hanya untuk pendidikan asas sahaja
Sekolah Vernakular
Cina
*Kurikulum meliputi ajaran klasik Cina, opera dan kebudayaan Cina *Ajaran Conficius diterapkan
Sekolah Vernakular
Tamil
*Berorientasikan negara India *Berunsurkan kerohanian dan kebudayaan Hindu
Sekolah Inggeris *Berorientasikan ketuanan Inggeris *Mementingkan akademik
Zaman Pendudukan Jepun Sekolah Nihongo
*Pelajaran bahasa Jepun *Nyanyian lagu-lagu klasik Jepun *Kebudayaan dan kegiatan Jepun *Kesetiaan dan ketaatan kepada Maharaja Jepun
Zaman Selepas Merdeka
Kurikulum *untuk perpaduan kaum *membasmi buta huruf
4
1. Enam konsep terdapat dalam tajuk ini dan penjelasannya
Bil Konsep Penjelasan
1 Sekolah Vernakular Sekolah yang dibina berasaskan etnik.
Menggunakan bahasa ibunda kaum masing-
masing sebagai bahasa pengantar.
2 Pendidikan Tradisional Sistem pendidikan sebelum kedatangan Inggeris
yang bercorak warisan turun-temurun dan diwarisi
dari satu generasi ke satu generasi berikutnya.
3 Sekolah Vernakular Melayu Sekolah berasaskan kaum Melayu yang
menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar disamping tulisan rumi dan jawi diajar
serentak.
4 Sekolah Vernakular Cina Sekolah berasaskan kaum Cina yang
kurikulumnya meliputi aspek ajaran klasik Cina,
opera, tulisan dan kebudayaan Cina.
5 Sekolah Vernakular Tamil Sekolah berasaskan kaum India yang
berorientasikan negara asal mereka.
6 Sekolah Nihongo Sekolah yang dibuka oleh tentera Jepun untuk
mengajar bahasa Jepun dan penerapan taat setia
kepada kerajaan dan Maharaja Jepun
5
Isu semasa berkaitan tajuk.
Sistem pendidikan pada hari ini masih lagi mempunyai kesan daripada sistem
pendidikan yang ditinggalkan oleh pihak penjajah. Perkara ini seakan-akan sudah
menjadi ”takdir” dalam sistem pendidikan kini. Sistem pendidikan yang berasaskan
pendidikan tradisional masih lagi digunapakai sehingga kini, namun ia bukanlah untuk
pendidikan yang berterusan. Kebanyakkan ibu bapa, masih lagi yakin untuk
menghantar anak-anak ke madrasah, surau ataupun orang alim untuk mengajar al-
quran, fikah dan sebagainya. Hal ini kerana, pada pendangan ibu bapa pengajaran
Pendidikan Islam di sekolah adalah masih kurang memuaskan dan mereka berasa lebih
yakin untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak mendalami ilmu agama dari
guru-guru agama di masjdi, surau, madrasah dan sebagainya.
Sistem sekolah vernakular yang diperkenalkan oleh penjajah Inggeris
sebenarnya telah digunakan sehingga kini. Ini terbukti apabila wujudnya sekolah aliran
mengikut bangsa. Kewujudan Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaa Cina
dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil membuktikan bahawa sistem sekolah vernakular
yang ditinggalkan oleh pihak Inggeris masih berterusan sehingga kini. Cuma, di setiap
sekolah kini telah diwajibkan mempelajari Bahasa Melayu tetapi murid-murid di Sekolah
Jenis Kebangsaan ini masih boleh terus menggunakan bahasa ibunda masing-masing.
Suatu ketika dahulu di awal era tahun 2000, kerajaan telah berusaha untuk
mewujudkan sekolah dengan hanya satu aliran, namun pelaksanaannya tidak tercapai
apabila mendapat bantahan daripada Sekolah Jenis Kebangsaan. Ini terbukti apabila
Persatuan Zong Dong yang mewakili Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, menolak bulat-
bulat cadangan tersebut kerana bimbang akan kesan jangka panjang ke atas anak-
anak berbangsa Cina kehilangan identiti bangsa tersebut. Sekolah Jenis Kebangsaan
Tamil pula masih lagi berada di kawasan estet dan amat kurang berada di bandar. Ini
terjadi akibat dasar ”pecah dan perintah” yang suatu ketika dahulu dilaksanakan oleh
pihak Inggeris untuk memecah belahkan semua kaum yang ada di Tanah Melayu.
6
No.
TAJUK
TAJUK
2 Pengenalan Kepada KBSR dan KSSR
Dalam unit ini dibincangkan berkaitan perubahan kurikulum yang berlaku bermula pada
awal kemerdekaan sehinggalah kini. Asas kepada kurikulum adalah Akta Pelajaran 1961.
Pada tahun 1982, Kurikulum Lama Sekolah Rendah diperkenalkan dengan menitik
beratkan kepada akedemik dan penguasaan 3M ( membaca, menulus dan mengira ).
Kemudian, Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR ) diperkenalkan bagi menambahbaik
kurkulum yang sedia ada. Dalam KBSR ini, penegasan kepada 3M. Penilaian berbentuk
formatif mula diperkenalkan bagi mengukur tahap penguasaan 3M. KBSR yang dibina
berasaskan tiga bidang iaitu komunikasi, manusia dan alam kelilingnya. Melalui KBSR
yang diperkenalka, perkembangan individu dilhat secara menyeluruh. Pada tahun 1993,
KBSR mengalami penambahbaikan apabila Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
( KBSR ) diperkenalkan. Melalui KBSR ini, pembangunan individu yang ditekankan dalam
KBSR terdahulu masih dikekalkan malahan bagi mencapai matlamat tersebut, pendekatan
bersepadu digunakan dan memperkenalkan pendidikan seumur hidup dikekalkan. Pada
tahun 2011, kurikulum pendidikan mengalami transformasi apabila Kurikulum Standard
Sekolah Rendah ( KSSR ) diperkenalkan bagi mengganti system kurikulum yang terdahulu.
Dalam KSSR ini, ianya bertujuan menambahbaik KBSR. KSSR berasaskan enam ( 6 )
tunjang utama iaitu komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, sains dan teknologi, dan
ketrampilan diri. Dalam KSSR juga, dua standard amat dipentingkan iaitu Dokumen
Standard Kandungan dan Dokumen Standard Pembelajaran
7
Pengenalan Kepada
KBSR dan KSSR
Akta Pelajaran 1961
( asas pelaksanaan pendidikan )
KLSR ( 1982 )
( Kurikulum Lama Sekolah Rendah )
Menitik beratkan akademik
Fokus kepada 3M
KBSR
( Kurikulum Baru Sekolah Rendah )
Penegasan kepada 3M
Penilaian berbentuk formatif diperkenalkan
Berasaskan 3 bidang iaitu Komunikasi, Manusia dan
Alam Kelilingnya
Perkembangan individu secara menyeluruh
KBSR
( Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah )
Diperkenalkan pada 1993
Pembangunan individu secara menyeluruh dan
bersepadu
Pendidikan yang sama untuk semua
Pendekatan bersepadu
Pendidikan seumur hidup dikekalkan
KSSR
( Kurikulum Standard Sekolah Rendah )
Bertjuan menambahbaik KBSR
Berasaskan 6 tunjang iaitu Komunikasi, Kerohanian,
Sikap dan Nilai, Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal
dan Estetika, Sains dan Teknologi dan Ketrampilan Diri
Mementingkan standarar utama iaitu :
1. Dokumen Standard Kandungan
2. Dokumen Standard Pembelajaran
8
2. Enam konsep terdapat dalam tajuk ini dan penjelasannya
Bil Konsep Penjelasan
1 Prinsip KLSR Lebih menitikberatkan akademik dan padat bagi
murid-murid peringkat umur sekolah rendah.
2 Prinsip KBSR ( Kurikulum
Baru Sekolah Rendah )
Asasnya berpegang pada konsep murid perlu
memperoleh ilmu pengetahuan, menguasai
pelbagai kemahiran dan menghayati nilai secara
terus melalui pengalaman langsung.
3 Prinsip KBSR ( Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah
)
Konsep bersepadu menjadi tumpuan dengan
menggabungkan unsur-unsur pengetahuan,
kemahiran dan nilai dalam kandungan KBSR
diintegrasikan supaya terdapat kesepaduan
4 Prinsip KSSR Bertunjangkan 6 tunjang utama iaitu komunikasi,
kerohanian, sikap dan nilai, sains dan teknologi
dan ketrampilan diri.
5 Standard Kandungan Penyataan spesifik tentang perkara yang murid
patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu
tempoh persekolahan merangkumi aspek
pengetahuan, kemahiran dan nilai
6 Standard Pembelajaran Satu penetapan kriteria atau indicator kualiti
pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur
bagi setiap standard pembelajaran
9
Isu semasa berkaitan tajuk
Bermula dari Kurikulum Lama Sekolah Rendah ( KLSR ) pada tahun 1963 yang
dibentuk berdasarkan Akta Pelajaran 1961, sehinggalah terbentuknya Kurikulum
Standard Sekolah Rendah ( KSSR ), kurikulum yang dibentuk mengharungi satu
perubahan mengikut zaman dan arus pembangunan negara. Sekiranya di awal
kemerdekaan tujuan KLSR adalah untuk membasmi masalah buta huruf akbiat sistem
sekolah vernakular, kini KSSR dilihat lebih cenderung ke arah melahirkan modal insan
yang benar-benar mengikut acuan negara kita.
Di awal pengenalan KLSR, kerajaan Malaysia ketika itu amat menitik beratkan
akademik dalam membasmi buta huruf bagi melahirkan rakyat yang mampu bersama-
sama membangunkan negara berdasarkan acuan sendiri. Melalui KLSR juga, pihak
kerajaan komited untuk memastikan perpaduan di antara kaum dapat dipupuk dan
disemai. Rasa kecintaan ke atas bumi Malaysia disemai di dalam diri anak-anak yang
lahir di Malaysia.
Setelah sekian lama digunapakai, berdasarkan Laporan Mahathir, Kurikulum
Baru Sekolah Rendah ataupun KBSR diperkenalkan yang masih lagi mengekalkan
penegasan terhadap 3M. Penilaian berbentuk formatif turut diperkenalkan bagi menguji
sistem pendidikan ketika itu yang sehingga kini masih digunapakai. KBSR yang
dibentuk juga adalah bertujuan untuk memastikan perkembangan murid berlaku secara
menyeluruh dan mencapai objektif asalnya. Namun, ketika itu perpaduan di antara
kaum masih lagi menjadi isu hangat dan tebal dalam diri setiap rakyat Malaysia.
Setrusnya, sistem pendidikan sekali lagi menerima angin perubahan pada tahun 1993,
apabila kurikulum menerima perubahan apabila Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
atau KBSR diperkenalkan. Dengan bertujuan menambahbaik KBSR terdahulu, KBSR
yang diberi nafas baru ini lebih berfokus kepada kepada menyeluruh dan bersepadu
berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Melalaui KBSR ini juga, pihak kerajaan
turut memperkenalkan pendidikan seumur hidup. Segalanya-gala bertujuan untuk
memastikan tiada kanak-kanak tidak menerima pendidikan bagi memastikan setiap
anak yang dilahirkan menerima pendidikan kekurang-kurang diperingkat rendah.
10
Kini, Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ) pula diperkenalkan bagi
memambahbaik KBSR. Tujuan utama KSSR adalah untuk melahirkan modal insan
yang bercirikan acuan Malaysia. KSSR yang dibentuk bukanlah satu retorik,namun
ianya merupakan satu program jangka masa panjang bagi melahirkan modal insan
yang benar-benar mampu menggunakan ilmu pengetahuan yang diperolehi semasa di
dalam sistem pendidikan dapat dijana di dalam arus kehidupan. Sistem peperikan
berpusat yang selama ini digunapakai dalam menentukan tahap pencapain murid turut
dimansuhkan dan diganti dengan Sistem Penialaian Berasaskan Sekolah ( PBS ) .
Tujuannya adalah satu, iaitu bagi memberi ruang kepada pihak sekolah menilai sendiri
kaedah mengajar yang paling sesuai boleh digunakan oleh para guru dalam
memastikan sistem pendidikan mencapai matlamatnya.
.
11
No.
TAJUK
TAJUK
3 Matlamat Kurikulum Sekolah Rendah
Dalam unit 3 ini menjelaskan tentang matlamat kurikulum sekolah rendah. Matlamat
kurikulum adalah selaras dengan matlamat pendidikan, manakala matlamat pendidikan
adalah bersifat menyeluruh. Matlamat kurikulum di dalam unit ini membincangkan
matlamat kurikulum sebelum penjajahan Inggeris, semasa penjajahan Inggeris dan
selepas merdeka. Matlamat kurikulum semasa zaman sebelum penjajahan Inggeris adalah
bersifat untuk kesejahteraan dan keharmonian hidup. Matlamat kurikulum semasa penjajah
Inggeris pula adalah untuk memberikan pendidikan asas kepada setiap kanak-kanak.
Manakala matlamat kurikulum selepas merdeka terbahagi kepada dua iaitu matlamat
KBSR dan matlamat KSSR. Matlamat kurikulum di dalam KBSR adalah untuk membina
sebuah negara yang bersatu padu. Matlamat kurikulum di dalam KSSR adalah untuk
melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui enam tunjang
utamanya.
12
Matlamat Kurikulum Sekolah Rendah
Matlamat Kurikulum
dalam Pendidikan
Sebelum Penjajahan
Matlamat Kurikulum
dalam Pendidikan
Semasa Penjajahan
Matlamat Kurikulum
dalam Pendidikan
Selepas Merdeka
Matlamat Kurikulum selaras dengan
Matlamat Pendidikan
Matlamat Pendidikan bersifat menyeluruh
Matlamat pendidikan adalah untuk kesejahteraan dan
keharmonian hidup
Matlamat pendidikan adalah untuk memberikan pendidikan
asas kepada kanak-kanak
Matlamat
KBSR
Matlamat
KSSR
Untuk membina sebuah negara
yang bersatu padu
Untuk perkembangan individu
secara menyeluruh
Membolehkan murid
memperolehi kemahiran,
mengembangkan bakat, nilai,
penbethauan, sikap dan amalan
yang dikehendaki
Untuk memenuhi hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan
Berteraskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Dasar Pendidikan
Kebangsaan
Untuk melahirkan insan yang
seimbang, berfikiran kreatif, kritis
dan inovatif melalui 6 tunjang
iaitu: komunikasi,sains dan
teknologi, perkembangan fizikal
dan estetika, ketrampilan diri,
kemanusiaan dan kerohanian,
sikap dan nilai
13
3. Enam konsep terdapat dalam tajuk ini dan penjelasannya
Bil Konsep Penjelasan
1 Matlamat kurikulum Matlamat yang selaras dengan matlamat
pendidikan
2 Matlamat pemdidikan Matlamat pemdidikan adalah tingkah laku yang
bersifat menyeluruh yang diharapkan akan
diperolehi pada akhir proses pendidikan
3 Matlamat KBSR Bertujuan memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan serta menyediakan murid yang
mampu berhadapan dengan cabaran abad ke-21
4 Matlamat KSSR Melahirkan insan yang seimbang, berfikiran
kreatif, kritis dan inovatif melalui enam tunjang
KSSR
5 Tonggak Pendidikan
UNESCO
4 tonggak pendidikan UNESCO iaitu belajar untuk
mengetahui, belajar untuk bertindak, belajar untuk
hidup bersama dan belajar untuk membentuk
peribadi
6 Objektif kurikulum Hasrat yang lebih konkrit yang mampu dicapai
dengan mengikuti langkah-langkah tertentu
14
Isu semasa berkaitan tajuk
Kurikulum merupakan nadi kepada sistem pendidikan di negara ini agar berjalan
seperti yang iharapkan dengan menghasilkan output yang terbaik. Kurikulum yang
dibentuk bermula dari zaman selepas merdeka sehingga kini masih lagi menekankan
kepada aspek penguasaan murid terhadap tiga kemahiran asas iaitu membaca,
menulis dan mengira. Kini satu lagi ”M” telah ditambah iaitu mena’akul. Selain
bertujuan membasmi buta huruf, KLSR,KBSR mahupun KSSR juga menetapkan untuk
membentuk sahsiah diri dalam diri murid melalui kurikulum. Namun, adakah hal ini
berjaya ?
Jika kita lihat dari laporan-laporan dan kajian-kajian terdahulu,ter nyata kurikulum
yang diharap berobjektifkan untuk melahirkan insan yang seimbang, masih lagi belum
mencapai matlamatnya. Kini, masih ramai lagi murid yang tidak dapat menguasai 3M
dengan baik. Mengikut satu laporan yang pernah tersiar di media cetak dan media
massa, terdapat peratusan yang jelas menunjukkan bahawa murid masih belum
menguasai 3M sebaiknya. Berdasarkan laporan tersebut juga, peratusan yang tertinggi
dicatatkan di kawasan pedalaman dan luar bandar. Yang menjadi persoalannya,
adakah kurikulum yang dibentuk gagal mencapai objektifnya ataupun pelaksanaan di
peringkat sekolah yang gagal melaksanakannya.
Berdasarkan kepada kajian tersebut, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia
bertindak mewujudkan kelas LINUS bagi mengatasi permasalahan tersebut. KBSR
yang digunakan hampir sedekad lamanya diganti dengan KSSR yang lebih
berorientasikan Penilaian Berasaskan Sekolah yang diharap dapat mengurangkan dan
seterusnya membasmi masalah kegagalan murid menguasai 3M. KBSR yang sebelum
ini dilihat kurang memberangsangkan dalam melahirkan insan yang seimbang
ditambahbaik. Beberapa tunjang diperkenalkan dalam KSSR agar objektif asal
pembentukan kurikulum untuk melahirkan insan yang seimbang dapat dicapai
menjelang 2020.
Setelah setahun berlalu, KSSR kini memasuki kohort keduanya. Perjalanan
KSSR yang dibentuk masih belum boleh dilihat keberkesanannya kerana pelaksanaan
program ini merupakan satu perancangan jangka panjang. Namun, yang pasti menjadi
15
persoalannya adakah Penilaian Berasaskan Sekolah yang akan dilaksanakan bagi
menguji kurikulum yang dibentuk mampu menilai pencapaian murid berdasarkan
”band”. Bagi ibu bapa di kawasan bandar, besar kemungkinan mereka memahami
sistem ”band”, namun bagi ibu bapa yang berpendidikan rendah, adakah mereka
memahami sistem ”band”? Inilah yang menjadi persoalan dikalangan guru-guru. Hal ini
terjadi kerana, setelah sekian lama sistem peperiksaan berpusat digunapakai, Sistem
Penilaian Berasaskan Sekolah pula diperkenalkan. Ketelusan pihak sekolah dalam
menentukan prestasi murid juga akan terus hangat diperkatakan dan akan sentiasa
diragui oleh banyak pihak. Pihak sekolah akan terus menjaga nama baik sekolah
melalui penilaian tersebut. Inilah yang menjadi tanda tanya sehingga satu keputusan
dibuat berdasarkan rundingan meja bulat di antara pimikir pendidikan, Menteri
Pelajaran, Kesatuan Ibu bapa dan pakar pendidikan mencapai kata putus.
16
No.
TAJUK
TAJUK
4 Organisasi Kurikulum Sekolah Rendah
Dalam unit 4 membincangkan tentang organisasi kurikulum pada peringkat sekolah
rendah. Kurikulum disusun secara vertical dengan melibatkan urutan serta kesinambungan
dan penyusunan secara horizontal yang turut melibatka liputan, skop dan imbangan.
Kurikulum pada peringkat sekolah rendah diorganisasikan pada dua tahap baik dalam
KBSR mahupun KSSR iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. Murid pada Tahap 1 bermula dari
Darjah 1 hingga Darjah 3, dan murid Tahap 2 bermula dari Darjah 4 sehingga Darjah 6.
Kanak-kanak yang terlibat dalam organisasi kurikulum sekolah rendah ini berusia 6 hingga
12 tahun. Dalam organisasi KBSR, terbahagi kepada tiga bidang iaitu bidang komunikasi,
bidang manusia dan alam kelilingnya dan bidang perkembangan diri individu. Dalam
organisasi KSSR pula, diorganisasikan kepada enam tunjang iaitu kemanusiaan,
kerohanian, sikap dan nilai, komunikasi, perkembangan fizikal dan estetika, sains dan
teknologi dan ketrampilan diri. Keenam-enam tunjang ini berdasarakn tiga modul iaitu
modul teras asas, modul teras tema dan modul teras elektif. Terdapat beberapa
persamaan dan perbezaan dalam organisasi kurikulum KBSR dan KSSR iaitu organisasi
pembelajaran mengikut Tahap 1 dan Tahap 2, organisasi mata pelajaran mengikut bidang
dan komponen, mengikut teras, wajib atau tambahan, organisasi modul mengikut tunjang
dan tema. Selain itu, organisasi peruntukan waktu pembelajaran juga mengikut tahap.
17
Organisasi Kurikulum Sekolah
Rendah
Kurikulum disusun secara vertikal melibatkan urutan
serta kesinambungan dan penyusunan secara horizontal
yang melibatkan liputan, skop dan imbangan
Tahap Dalam KBSR & KSSR
Kanak-kanak berumur 6 hingga 12
tahun
Terdiri dari Prasekolah, Tahap 1 dan
Tahap 2
Organisasi KBSR Organisasi KSSR
Bidang Tunjang
Komunikasi
Manusia dan Alam
Kelilingnya
Perkembangan
Diri Individu
Komunikasi Kerohanian,
Siklap dan
Nilai
Kemanusiaan
Perkembangan
Fizikal dan
Estetika Sains dan
Teknologi
Ketrampilan
Diri
Persamaan & Perbezaan
KBSR dan KSSR
Modul
Teras Asas
Modul
Teras
Tema
Modul
Elektif
Organisasi tahun pembelajaran mengikut tahap iatu Tahap 1 dan Tahap 2
Organisasi mata pelajaran mengikut bidang dan komponen;mengikut teras;
wajib atau tambahan; organisasi modul mengikut tunjang dan tema
Organisasi peruntukan waktu pembelajaran mengikut tahap
18
4. Enam konsep terdapat dalam tajuk ini dan penjelasannya
Bil Konsep Penjelasan
1 Organisasi kurikulum Penyusunan secara vertikal yang melibatkan
urutan serta kesinambungan, dan penyusunan
secara horizontal yang melibatkan liputan, skop
dan imbangan.
2 Organisasi Kurikulum
Tahap 1
Tumpuan adalah kepada penguasaan kemahiran
asas.
3 Organisasi Kurikulum
Tahap 2
Mengukuh dan menggunakan kemahiran asas
yang diperolehi semasa di Tahap 1
4 Mata pelajaran teras Mata pelajaran yang perlu dipelajari oleh semua
murid mengikut aliran persekolahan
5 Mata pelajaran wajib Mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh semua
murid di peringkat sekolah rendah
6 Mata pelajaran elektif Mata pelajaran yang dipelajari oleh murid
berdasarkan pilihan dan minat murid di peringkat
sekolah rendah
19
Isu semasa berkaitan tajuk
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) dan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah ( KSSR ) boleh diumpamakan bagai isi dengan kuku. Kedua-duanya
saling berkaitan dan memerlukan antara satu sama lain. KBSR yang diwujudkan bagi
menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR ) dilihat sebagai memenuhi
tuntuttan pendidikan ketika itu yang ingin mengorak ke arah sistem pendidikan bertaraf
dunia. KBSR yang ditambahbaik menitikberatkan tiga elemen penting iaitukomunikasi,
manusia dan alam kelilingnya dan juga perkembangan diri individu. Bermula pada
1993, KBSR yang diperkenalkan bertujuan untuk memacu ekonomi negara berteraskan
negara maju. Walaupun ketika itu banyak pihak yang meragui kemampuan KBSR
dalam membangunkan negara, semakin lama perkara tersebut dapat ditepis apabila
melalui KBSR pelbagi pengiktarafan telah diterima yang mengakui sistem pendidikan
negara ketika itu memang amat membantu perkembangan pendidikan di Malaysia
amnya dan rantau Asia Tenggara khususnya. Ini jelas terbukti apabila Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu bersetuju dan mengiktiraf penggunaan KBSR ketika itu yang
amat menitikberatkan tiga bidang utamanya. Selain itu, KBSR juga dilihat sebagai
pemangkin kepada kesejahteraan dan kemakmuran antara kaum yang begitu dikagumi
oleh setiap pelosok penduduk dunia.
Kini, Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ) diperkenalkan bukan untuk
menggantikan KBSR tetapi sebagai pelengkap kepada sistem pendidikan di negara ini
menjelang wawasan kerajaan yang ingin melihat negara ini maju menjelang 2020.
KSSR yang mula diperkenalkan pada tahun 2011 lebih bersikap fleksibel dalam
memastikan kemenjadian murid secara menyeluruh. Melalui KSSR, enam tunjang
utama diwujudkan berlandaskan tiga modul iaitu Modul Teras Asas, Modul Teras Tema
dan Modul Elektif. Enam tunjang yang menjadi nadi kepada KSSR ini diwujudkan
berpandukan proses kemeenjadian murid yang dilihat kurang berkesan ketika
pelaksanaan KBSR. Namun, perkara tersebut bukanlah membuktikan KBSR gagal,
tetapi KSSR bersifat lebih menyeluruh dalam usaha memastikan negara mencapai
matlamat Wawasan 2020. Kini, KSSR yang memasuki kohort keduanya dilihat
menunjukkan keberkesanan yang ketara apabila murid yang dikesan mengalami
20
kelemahan akan segera di tempatkan di dalam kelas LINUS bagi dibantu dalam
pendidikannya. Guru Khas Pendidikan LINUS juga diwujudkan dan dilatih oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia bagi memastikan murid ini akan segera dibantu untuk
dimasukkan semula ke kelas arus perdana.
Walaubagaimana pun, KBSR dan KSSR tetap mempunyai persamaan
terutamanya dari segi tahap kelas iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. Murid yang belajar di
Tahap 1 akan menerima KSSR dengan asas permulaan sehinggalah mereka ke Tahap
2 dan seterusnya ke sekolah menengah. Waktu pembelajaran juga masih dikekalkan
kerana pakar-pakar pendidikan sependapat waktu pembelajarn yang ada kini masih
relevan dan sesuai dengan murid.
Secara kesimpulannya, KBSR mahupun KSSR merupakan dua kurikulum yang
saling berkait rapat dan memerlukan. KBSR yang telah lebih sedekad berlaku dilihat
mencapai statusnya untuk membantu kerajaan memajukan sistem pendidikan di negara
ini. Manakala, KSSR yang dilihat baru setahun jagung masihperlu diberikan peluang
dan ruang untuk memastikan kesinambungan KBSR dapat dilaksanakan.
21
No.
TAJUK
TAJUK
5 Matapelajaran Sekolah Rendah
Dalam unit 5 ini membicarakan tentang matapelajaran yang terdapat di peringkat sekolah
rendah berlandaskan KBSR dan KSSR. Matapelajaran sekolah rendah yang diajar adalah
bertujuan untuk murid mengetahui, bertindak, membentuk peribadi, dan hidup bersama.
Keempat-empat asas itu juga merupakan kunci kepada matapelajaran yang terdapat
dalam KBSR dan KSSR. Pada peringkat KBSR, dibahagikan kepada dua jenis iaitu
matapelajaran teras dan matapelajaran tambahan. Matapelajaran teras merupakan
matapelajaran yang wajib dipelajari oleh setiap murid pada setiap peringkat. Manakala,bagi
matapelajaran tambahan pula merupakan matapelajaran pilihan untuk murid pelajari
Dalam KSSR pula, murid di Tahap 1diajar dua jenis model teras iaitu Model Teras Asas
dan Model Teras Tema. Pada kedua-dua model ini, semua murid diwajibka mengikutinya
tidak mengira jenis sekolah. Bagi murid di Tahap 2 pula, mereka akan mempelajari
metapelajaran Teras yang dibahagikan kepada tunjang komunikasi, tunjang sains dan
teknologi,tunjang perkembangan fizikal dan estetika dan tunjang kerohanian, sikap dan
nilai. Murid di Tahap 2 juga diberi pilihan untuk belajar matapelajaran elektif atas pilihan
mereka ataupun pihak sekolah.
22
Matapelajaran Sekolah Rendah
- Belajar untuk mengetahui.
- Belajar untuk bertindak
- Belajar untuk membentuk peribadi
- Belajar untuk hidup bersama KBSR
MATAPELAJARAN TERAS
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Bahasa Cina ( SJK C )
- Bahasa Tamil ( SJKT )
- Sains
- Agama Islam ( Murid Islam)
- Kajian Tempatan
- Pendidikan Moral ( bukan Islam)
Tahap 1
Tahap 2
Model Teras Asas
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Cina
- Bahasa Tamil
- Pendidikan Islam
- Pendidikan Moral
- Matematik
- Pendidikan Jasmani
- Pendidikan
Kesihatan
Matapelajaran Teras
Tunjang Komunikasi
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Cina
- Bahasa Tamil
Tunjang Sains &Teknologi
- Matematik
- Sains
- Rekabentuk dan
teknologi
Tunjang Perkembangan
Fizikal & Estetika
- Pendidikan Jasmani
- Pendidikan Kesihatan
- Pendidikan Muzik
- Pendidikan Seni Visual
Tunjang Kerohanian,Sikap
dan Nilai
- Pendidikan Islam
- Pendidikan Moral
Model Teras Tema
- Seni visual dan Muzik
- Dunia Sains dan
Teknologi
- Malaysia Negaraku
Matapelajaran Elektif
- Bahasa Arab
- Bahasa Cina(BCSK)
- Bahasa Tamil(BTSK)
- Bahasa Iban
- Bahasa Kadazandusun
MATAPELAJARAN
TAMBAHAN
- Bahasa Cina
- Bahasa Tamil
- Bahasa Arab
- Bahasa Suku Kaum
Kadazan,Bajau,Semai
KSSR
23
5. Enam konsep terdapat dalam tajuk ini dan penjelasannya
Bil Konsep Penjelasan
1 Dokumen Standard
Pembelajaran
Kriteria atau petunjuk ( indicator ) kualiti
pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur
bagi setiap standard kandungan
2 Dokumen Standard
Kandungan
Penyataan secara spesifik mengenai perkara
yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam
suatu tempoh persekolah
3 Modul Mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai
yang telah dikenalpasti untuk dikuasai oleh murid
serta diuruskan secara modular dan bersifat
kendiri-lengkap
4 Mata pelajaran wajib Kategori mata pelajaran yang mesti dipelajari oleh
semua murid
5 Mata pelajaran tambahan Sebagai pelengkap atau tambahan kepada mata
pelajaran teras dan mata pelajaran wajib
6 Mata pelajaran teras Mata pelajaran yang menjadi asas utama
pendidikan murid-murid
24
Isu semasa berkaitan tajuk
Matapelajaran di sekolah rendah merupakan asas kepada murid untuk
meneruskan pengajian ke peringkat sekolah menengah. Tidak banyak isu yang timbul
berkaitan dengan matapelajaran yang terdapat di peringkat sekolah rendah. Hal ini
kerana, kesemua pihak bersetuju dengan tindakan yang dilaksanakan oleh kerajaan
untuk memberikan pendidikan yang menyeluruh dan terbaik kepada semua murid.
Pada peringkat KBSR, matapelajaran teras terutamanya Bahasa Melayu amat
dititikberatkan berdasarkan kedudukan Bahasa Melayu di dalam Perlembagaan
Malaysia. Selain itu, tujuan utama Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama di
setiap sekolah adalah bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan
rakyat yang pelbagai kaum di negara ini. Namun, Sekolah Jenis Kebangsaan tidak
disekat untuk mempelajari bahasa ibunda masing-masing kerana ianya sebahagian
daripada semangat perpaduan dan toleransi di kalangan masyarakat Malaysia.
Sekolah Jenis Kebangsaan juga diberi ruang untuk mereka mempelajari bahasa
ibunda masing-masing di dalam waktu kelas biasa. Begitu juga halnya dengan bangsa-
bangsa atau etnik di sabah dan Sarawak yang turut diberi ruang untuk mempelajari
bahasa ibunda masing-masing.
Melalui KSSR, setiap sekolah tanpa mengira bangsa diwajibkan untuk belajar
berdasarkan model yang telah dipersetujui bersama. Pada peringkat Tahap 1, murid
akan diajar Model Teras Asas dan Model Teras Tema yang mengandungi beberapa
matapelajaran yang mampu membangkitkan semangat menyanyangi negara ini.
Pelaksanaan matapelajaran ini pada peringkat Tahap 1 dilihat akan lebih berkesan
kerana pada peringkat asas ini, murid mudah menerima dan memahami serta
menaplikasikan apa yang dipelajari di dalam arus kehidupan. Manakala, pada peringkat
Tahap 2, murid akan diterapkan dengan elemen-elemen komunikasi, sains dan
teknologi,perkembangan fizikal dan estetika serta kerohanian, sikap dan nilai. Kesemua
ini meliputi asas utama yang diperlukan oleh setiap murid untuk menjadi rakyat yang
berfikiran kritis serta mampu memacu pembangunan negara pada masa hadapan
berdasarkan acuan kita sendiri. Pada peringkat KSSR ini juga, murid akan dibentuk dan
25
disemai dengan kejiwaan Malaysia yang kini dilihat semakin luntur dikalangan generasi
muda.
Secara kesimpulannya, perkara yang membabitkan kurikulum kurang menjadi
isu yang hangat tetapi ianya dilihat lebih kepada penambahbaikkan agar masyarakat
yang dibentuk melalui KBSR mahupun KSSR merupakan generasi yang berilmu
pengetahuan serta dapat mencorakkan Malaysia pada masa hadapan.