NOREHAN BINTI HAMZAH 660525-05-5180 _______________________________________________________________________________________________________ 1.0 Pengenalan Bilik Seni seharusnya menjadi salah satu lokasi penting yang perlu diberi perhatian sewajarnya oleh pihak sekolah. Hal ini kerana persekitaran bilik seni yang sihat, ceria, selesa dan kondusif memberi impak yang positif, dalam menentukan proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan apa juga program yang berkaitan dengan seni visual dapat dilaksanakan dengan berkesan. Oleh itu, bilik seni harus sentiasa diuruskan dengan sempurna supaya dapat mewujudkan suasana yang bersih, indah dan menarik minat seluruh warga sekolah terutamanya murid-murid untuk melakukan aktiviti seni. Bagi merealisasikan dan melicinkan lagi pengurusan Bilik Seni, satu organisasi perlu dibentuk, yang terdiri daripada Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual, setiausaha dan guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Organisasi ini bertanggungjawab memastikan bilik seni sentiasa diurus dengan baik di samping memastikan kemudahan yang disediakan di dalam bilik seni dapat dimanafaatkan oleh guru-guru dan murid-murid. Menurut Marjorie Schiller (1995), bilik dan studio seni melambangkan cara kita menilai seni dan bagaimana kita memberikan makna kepada kehidupan kita. Jesteru, kaedah penyusunan dan kebersihan bilik dan studio perlu menitikberatkan unsur estetika untuk memberi pengalaman SENI DALAM PENDIDIKAN HBEF 1403 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Bilik Seni seharusnya menjadi salah satu lokasi penting yang perlu diberi perhatian
sewajarnya oleh pihak sekolah. Hal ini kerana persekitaran bilik seni yang sihat, ceria, selesa
dan kondusif memberi impak yang positif, dalam menentukan proses pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan apa juga program yang berkaitan
dengan seni visual dapat dilaksanakan dengan berkesan. Oleh itu, bilik seni harus sentiasa
diuruskan dengan sempurna supaya dapat mewujudkan suasana yang bersih, indah dan
menarik minat seluruh warga sekolah terutamanya murid-murid untuk melakukan aktiviti
seni. Bagi merealisasikan dan melicinkan lagi pengurusan Bilik Seni, satu organisasi perlu
dibentuk, yang terdiri daripada Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual, setiausaha dan guru-
guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Organisasi ini bertanggungjawab
memastikan bilik seni sentiasa diurus dengan baik di samping memastikan kemudahan yang
disediakan di dalam bilik seni dapat dimanafaatkan oleh guru-guru dan murid-murid.
Menurut Marjorie Schiller (1995), bilik dan studio seni melambangkan cara kita menilai seni
dan bagaimana kita memberikan makna kepada kehidupan kita. Jesteru, kaedah penyusunan
dan kebersihan bilik dan studio perlu menitikberatkan unsur estetika untuk memberi
pengalaman estetik yang bermakna. Persekitaran yang meransang deria memberikan tenaga
kepada minda untuk belajar (Koster, 2001).1
Sekolah Kebangsaan Penaga terletak kira-kira 500 meter dari Pekan Penaga dan 5.5 kilometer
dari Titi Mukim iaitu simpang masuk ke Penaga melalui Jalan Penaga. Sekolah ini tidak
terletak di jalan utama iaitu Jalan Permatang Bendahari tetapi melalui jalan belakang iaitu
Jalan Penaga Bawah. Jalan Penaga Bawah agak sibuk pada waktu pagi kerana ramai orang
datang membeli barang-barang mentah dari Pasar Penaga. Pada hari Khamis dan hari Ahad,
jalan ini ditutup untuk lalu lintas kerana di sini, aktiviti berjual beli barang-barang keperluan
harian dan makanan sedang rancak diadakan. Pada hari ini, tempat ini dipanggil ’Pekan Hari’
dan ’Pekan Ahad’. Secara tidak langsung, ramai orang berpusu-pusu datang ke sini,
menjadikan pekan ini terlalu sibuk pada hari-hari tersebut. Pada kebiasaannya kita akan
melalui Jalan Permatang Bendahari untuk ke Sekolah Kebangsaan Penaga. Oleh itu, apabila
1 Prof. Dr. Haji Abdul Shukor Hashim, Badrul Isa, Khairezan Rahmat, Zuraimi Zakaria (2009). HBAE 1203 Perkembangan Seni dan Kanak-kanak. Selangor Darul Ehsan: Meteor Doc. Sdn. Bhd. halaman 125
sesuatu karya seni melalui perbincangan. Murid-murid lebih terdedah kepada kepelbagaian
budaya yang menjadikan mereka saling bekerjasama dan saling hormat-menghormati antara
satu sama lain. Interaksi sosial dapat mengeratkan hubungan sesama mereka sebagai
pemangkin untuk mengembangkan minat, bakat, kreativiti dan inovatif murid.
Rajah 10 : Murid duduk dalam kumpulan menggalakkan interaksi sosial
2.3 Aspek Emosi
Susun atur perabot, peralatan dan hiasan dalaman yang kemas dan menarik di dalam bilik ini
dapat mewujudkan emosi yang seimbang kepada murid-murid. Suasana bilik seni yang selesa
dan kondusif serta dihiasi dengan lukisan-lukisan yang menarik, binaan-binaan yang direka
menyerupai benda maujud serta landskap yang indah menjadikan murid berasa tenang dan
seronok bila berada di bilik ini. Tambahan pula, jika karya murid dipilih untuk dipamerkan di
ruangan tertentu, sudah tentu mereka akan berasa bangga dan gembira serta rasa dihargai.
Murid akan lebih terdorong untuk menghasilkan karya seni yang lebih kreatif.
Mengikut kajian, suasana emosi bilik darjah yang kondusif biasanya ditimbulkan oleh guru
yang mempunyai sifat penyayang, bertimbang rasa, peramah dan lucu serta menjalankan tugas
dengan bertanggungjawab, mengamalkan sikap demokrasi dan tidak memilih kasih. Guru
boleh mewujudkan suasana ‘rapport’ dan disenangi oleh murid dengan memenuhi kehendak
fisiologi iaitu memuaskan deria; memenuhi kehendak mental, untuk keperluan berfikir;
membentuk suasana yang meransang kreativiti dan menghasilkan suasana persekitaran yang
memberi keyakinan untuk berkarya.3
3 Imann Qhayra. (2012). Bilik Pendidikan Seni Visual. Dimuat turun dari laman sesawang: http://imann9969.blogspot.com/2012_02_01_archive.htmlSENI DALAM PENDIDIKAN
‘Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan atau kerja-kerja berunsurkan seni
yang melibatkan kemahiran kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat
yang diwarisi turun temurun mengikut kaum masing-masing.’4 Jenis-jenis kraf tradisional
ialah alat domestik iaitu alat yang digunakan untuk aktiviti seharian seperti senduk, kukur
kelapa dan sebagainya. Alat permainan lazimnya dimainkan selepas musim menuai seperti
wau. Manakala alat mempertahankan diri pula ialah keris, tombak, tumbuk lada, lawi ayam,
lembing dan sumpit. Perhiasan diri seperti manik, rantai, hiasan kepala dan tali pinggang.
Jenis-jenis kraf tradisional yang lain ialah batik, seni tekat, tembikar, anyaman, dan ukiran.
Rajah 13 : Pelbagai jenis kraf tradisional dipamerkan
Di sebelah kiri ruang belakang bilik ini disediakan tempat untuk mempamerkan pelbagai jenis
kraf tradisional. Di ruang tekstil pula, murid boleh mempelajari cara membuat batik di mana
dapur disediakan untuk meleburkan lilin bagi tujuan mencanting. Di ruang tembikar pula,
murid boleh mempelajari seni membuat pelbagai bentuk tembikar dengan adanya kemudahan
mesin membentuk tembikar.
4 Zulkifli Yaakob, Mohd Jamel Ismail. (2011). HBEF 1403 Seni Dalam Pendidikan. Selangor Darul Ehsan: Meteor Doc. Sdn. Bhd. Ms. 66.SENI DALAM PENDIDIKAN
Suasana yang kondusif di bilik seni amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran
seni. Kedudukan bilik ini dijarakkan daripada kebisingan suasana kantin, padang dan pejabat.
Situasi teraputik ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa kejauhan daripada kebisingan tadi
dapat mewujudkan ’mood’ atau suasana pembelajaran yang memberangsangkan. Pengurusan
Bilik Seni termasuk menyediakan kelengkapan keperluan asas, langkah-langkah menjaga
kebersihan dan keselamatan, mewujudkan sudut-sudut pameran yang menarik dan terkini serta
penyediaan alat dan bahan yang mencukupi merupakan satu tanggungjawab yang besar bagi
seseorang guru. Jadi sebagai seorang Ketua Panitia atau guru Pendidikan Seni Visual,
tanggungjawab perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya untuk menghidupkan suasana
persekitaran bilik seni yang indah, menarik, bersih dan selamat di bilik seni.
Bilik seni yang ceria, indah dan bersih serta disediakan dengan kemudahan asas atau prasarana
yang lengkap, dapat mewujudkan suasana yang selesa dan menarik minat murid untuk
mempelajari Pendidikan Seni Visual. Ruang-ruang pameran yang berasaskan kepada empat
bidang seni visual sekolah rendah seperti menggambar, membuat rekaan dan corak,
membentuk dan membuat binaan dan kraf tradisional dapat memberi pendedahan kepada
murid bahawa seni bukan hanya melukis semata-mata tetapi lebih daripada itu. Hasil karya
yang dipamerkan memberi dorongan kepada murid untuk menghasilkan karya seni yang lebih
baik. Aktiviti seni yang dilaksanakan di dalam bilik seni juga mampu mengembangkan daya
kreatif serta menajamkan daya pengamatan dan diskriminasi murid serta meningkatkan
perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu, di samping penyerapan nilai-nilai
murni dan kemasyarakatan hendaklah diberi keutamaan dalam pelajaran Pendidikan Seni.5
(3150 patah perkataan)
RUJUKAN DARI BUKU :5 Md. Nasir Ibrahim. (2009). Pengurusan Kurikulum. Dicapai dari laman sesawang : http://pengurusan seni.blogspot.com/SENI DALAM PENDIDIKAN