PEMARKAHAN
PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2014/2015
KRB 3053: KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
TAJUK ESEI ILMIAH
Buat perbandingan amalan pengajaran yang biasa dijalankan dengan
satu inovasi pengajaran. Analisis perbandingan berdasarkan amalan
pengajaran biasa dengan satu inovasi pengajaran yang dibina.
DISEDIAKAN OLEH
NAMANO. MATRIK
ZAFIDA BINTI ZAINAL ABIDIND20112053426
PUSAT PEMBELAJARAN: EL-UPSI09
NAMA TUTOR E-LEARNING: EN.ZAINI BIN ABDULLAH
TARIKH SERAH: 15 NOVEMBER 2014
KANDUNGAN
1.0 Pengenalan
2.0 Definisi Inovasi
3.0 Rancangan Pengajaran Biasa Bahasa Melayu
4.0 Inovasi Pengajaran Berpandukan Eleman 5p
5.0Hasil Perbandingan Amalan Pengajaran
6.0Kesimpulan
7.0 Rujukan
1.0 PENGENALANMalaysia, sebagai negara pesat membangun, sedang
mengalami perubahan selaras dengan hasrat untuk mencapai Wawasan
2020. Antara cabaran Wawasan 2020 adalah untuk mewujudkan dan
membangunkan masyarakat maju bersifat holistik. Untuk maju, PPPM
menggunakan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bagi
membangunkan pendidikan seimbang sebagai asas pencapaian aspirasi
murid. Ciri-ciri individu masyarakat maju ini adalah untuk
melengkapkan diri bagi menghadapi dunia global masa hadapan.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) , pendidikan di Malaysia
adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembang lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.Sistem
Pendidikan merupakan agenda penting dalam membangunkan dan
memajukan negara. Bagi mengotakan hasrat ini,guru merupakan orang
terpenting untuk membentuk individu cemerlang intelek, jasmani,
rohani, emosi, sahsiah dan berkemahiran tinggi. Setiap warga
pendidik hendaklah mempunyai keupayaan mempertingkatkan pengetahuan
untuk menguasai bidang ilmu . Oleh itu, isu inovasi, kreatif,
kreativiti dan daya penaakulan guru perlu lebih baik daripada
pelajar supaya konsep pencerahan ilmu boleh berlaku dengan
berkesan.Sistem pendidikan yang sering berubah-ubah mengikut
tuntutan zaman menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran (PnP)
turut sama berubah. Dalam pendidikan yang melibatkan proses
pemindahan ilmu (daripada guru kepada pelajar), hal ini amat
berkaitan rapat dengan kemahiran guru menguasai strategi, teknik
kaedah dan pendekatan dalam pengajaran.
Justeru dalam zaman yang serba canggih dan pasti kemajuan akan
turut membawa bersama-sama perubahan dan pembaharuan, adalah wajar
proses PnP itu disuburkan dalam bentuk yang serba baharu, sesuai
dan boleh diterima pakai oleh semua pihak. Hal inilah yang sering
disebut sebagai inovasi. Kepelbagaian kaedah pengajaran dan
kreativiti guru dalam pengajaran dan pembelajaran (PnP) akan dapat
membantu pembangunan modal insan untuk melahirkan pelajar yang
kompeten, inovatif, kreatif dan berkebolehan bagi memenuhi
keperluan negara pada masa hadapan.
2.0 DEFINISI INOVASI
Terdapat pelbagai definisi berkaitan inovasianataranya ialah
inovasi adalah mempraktikkan idea yang dihasilkan.Inovasi juga
didefinisikan sebagai kaeadah mencari jalan bagi menghasilkan
produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama asa melalui
pengubahsuaina atau penambahbaikan.Inovasi juga adalah hasil
cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek
kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti
organisasi.Kesimpulannya inovasi boleh ditakrifkan sebagai
bermaksud pembaharuan ataupun dengan lebih tepat inovasi
didefinisikan sebagai pembangunan teknologi baru atau aplikasi
sesuatu teknologi dalam kegunaaan tertentu. Inovasi juga boleh
ditakrifkan sebagai pengaplikasian kreativiti.Kreativiti merupakan
proses berfikir sementara invoasi pula adalah proses produktif.
Inovasi menambah nilai kepada idea yang dihasilkan, dan sekiranya
idea yang dihasilkan tidak melalui proses inovasi, maka ianya
hanyalah idea semata-mata.Menurut Sufean Hussin (2001) dalam kertas
kerjanya pada Seminar Dasar dan Pengurusan Pendidikan menyatakan
inovasi bermaksud pembaharuan, modifikasi atau membaiki
idea,benda,ilmu dan ciptaan seni budaya tamadun dengan tujuan
memenuhi cita rasa tertentu atau memenuhi pasaran tertentu.Glosari
Teknologi Pendidikan (1995) pula merujuk inovasi sebagai idea,
konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan sesuatu
amalan. Menurut Ronger E. Miller (1971) inovasi merupakan idea,
amalan atau objek yang di anggap baru oleh seseorang. Spencer
(1994) menjelaskan inovasi ialah sesuatu yang di anggap baru dan
lebih baik daripada yang lama oleh seseorang individu.
3.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BIASA BAHASA MELAYU TAHUN 5
Mata pelajaran : Bahasa MelayuMasa : 8.45 pagi 9.45pagi (1
jam)Hari : KhamisTahun : 5 AktifJumlah murid : 35 orangTema : Budi
Bahasa Budaya KitaTajuk : Orang Berbudi Kita BerbahasaFokus utama :
11.1 Menyatakan pandangan tentang perkara yang menarik dalam
sesebuah karya.Aras 1(i) Mengulas perkara menarik dalam karya.
Fokus sampingan : 5.2 Membaca kuat teks prosa dengan sebutan dan
intonasi yang betul dan memahami perkara yg dibaca.Aras 3 (ii)
Menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca.Pada akhir
pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat:-1. Mengulas
nilai-nilai murni yang terdapat dalam teks Orang Berbudi Kita
Berbahasa secara bertulis.2. Menjawab 5 soalan pemahaman objektif
berdasarkan teks Orang Berbudi Kita Berbahasa secara bertulis
dengan betul.3. Menyatakan nilai-nilai murni yang terdapat dalam
petikan.
Objektif pemulihan 4. Dapat menggunakan kosa kata yang betul
mengikut konteks.
Objektif Bahan bantu mengajar : Bil .BahanJumlah
1.Kad gambar1
2.Radio1
3.Petikan cerita35
4.Lembaran kerja35
5.Carta permainan1
6.Dadu1
7.Penanda pemain6
8.Poster1
9.Papan putih1
ISI PELAJARANAKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANCATATAN
1. Poster2. Soalan:a) Apakah yang dapat kamu lihat dalam poster
tersebut? - Gambar dua orang budak lelaki memimpin seorang lelaki
butab) Apakah kempen yang berkaitan dengan poster tersebut? -
Kempen Budi Bahasa
-Membaca teks petikan cerita Orang Berbudi Kita Berbahasa untuk
mendapat idea keseluruhan. -Menyatakan dan mengulas nilai-nilai
murni yang terdapat dalam teks Orang Berbudi Kita Berbahasa secara
bertulis.Induksi set (5 minit)Aktiviti i1. Guru menampal poster di
hadapan kelas.2. Guru bertanya murid tentang situasi di dalam
poster tersebut.3. Guru bertanya murid perkaitan poster yang
ditunjukkan dengan kempen yang dijalankan oleh kerajaan.
Aktiviti ii1. Guru mengaitkan jawapan murid dengan isi pelajaran
pada hari tersebut.
- Poster
Teks: Orang Berbudi Kita Berbahasa1.Soalan:a. Apakah makna
nilai-nila murni?b. Apakah makna perkataan yang sukar kamu
terjemahkan?
1. Kad gambar- Situasi i: Orang yang turun daripada bas tidak
mengucapkan terima kasih kepada pemandu bas.- Situasi ii: Seorang
sahaja penumpang yang mengucapkan terima kasih kepada pemandu bas
semasa menuruni bas.
Fasa sebelum(15 minit)Langkah 1Aktiviti i 1 1. Guru mengedarkan
petikan. Murid membaca secara skimming untuk memahami idea
keseluruhan teks.2. Guru meminta pelajar menceritakan pengalaman
sendiri berdasarkan makna kata .3 3. Guru menyatakan maksud Orang
Berbudi Kita Berbahasa secara lebih terperinci supaya murid
faham.
Aktiviti ii1 1. Guru menayangkan gambar yang menggambarkan 2
situasi tentang budi bahasa. 2. Guru membimbing murid merujuk terus
kepada nilai murni yang dikenal pasti 3. Apakah perbezaan situasi i
dan situasi ii?
4. Apakah perkara yang patut kita lakukan jika berada dalam
situasi i? 5. Buat ulasan tentang perlakuan yang kurang bersopan
dengan perlakuan yang bersopan? 6. Mengapa ?BBB: Teks ceritaKaedah:
skimming KBT : Mentalis : Belajar cara belajar
BBB: Kad gambar- Pendekatan deduktif: Membanding beza-
Fasa semasa(10 minit)Langkah 2Aktiviti i1. 1. Guru menyuruh
murid menulis karangan tentang perbezaan yang telah dikenalpasti
dalam gambar yang dipaparkan secara lengkap menggunakan ayat
sendiri.-
Aktiviti membaca teks:Orang Berbudi Kita Berbahasa
1. Karangan bergambar
1. Permainan Bahasa Jika pemain berhenti di petak yang
mengandungi nilai yang positif,pemain akan maju ke hadapan.Jika
pemain berhenti di petak yang mengandungi nilai yang negatif,pemain
akan mundur ke belakang.
Soalan :a. Apakah alasan jawapan tersebut betul atau salah?Fasa
selepas (25 minit)Langkah 3Aktiviti i1. Guru menerangkan makna ayat
yang sukar difahami.2. Guru menerangkan kandungan teks: - Teks ini
menerangkan tentang ... menggunakan kata tanya:i. Mengapa....?ii.
Apakah...?iii. Di manakah...?iv. Bilakah...?v. Bagaimanakah(4W
1H)3. Guru meminta murid menjawab soalan yang disediakan dalam
lembaran kerja.Aktiviti pemulihan1. 1. Guru mengedarkan gambar
bersiri beserta keratan-keratan perkataan kepada murid-murid
pemulihan.2. 2. Murid-murid diminta untuk memilih perkataan yang
sesuai bagi melengkapkan ayat dengan menambah rangkai kata yang
sesuai berdasarkan gambar bersiri bagi menyudahkan cerita.3.3.
Seterusnya,murid akan menggabungkan ayat-ayat yang telah dibuat
menjadi sebuah karangan pendek yang lengkap.
Aktiviti pengayaan1. Guru membahagikan murid kepada 6 kumpulan
iaitu lima murid setiap kumpulan.2. Guru menerangkan jenis dan
peraturan permainan yang akan dijalankan kepada murid.3. Guru
membimbing murid merujuk terus kepada nilai yang terdapat dalam
petak permainan dam tempat murid berhenti.4. Permainan diteruskan
sehingga ada kumpulan yang memenangi permainan tersebut.
Aktiviti ii1. Setelah semua murid selesai menjawab, guru meminta
pelajar menukarkan lembaran kerja dengan rakan-rakan dan
membincangkan jawapan yang tepat..2. Murid yang berjaya menjawab
kesemua soalan akan mendapat token. BBB- Teks petikan - lembaran
kerja- Soalan objektif- Peta minda nilai-nilai murni.
BBB- Gambar bersiri-Keratan-keratan perkataan- lembaran
kerja
BBB: Carta permainan damkejar nilai :Dadu : Penanda pemainNilai
murni:Bekerjasama
Peneguhan positif Hadiah (alat tulis)- motivasi ekstrinsik
Kognitif :Rumusan isi pelajaran- Nilai-nilai murni
Sosial :- Pujian - Nyanyian lagu Budi Bahasa Budaya KitaPenutup
(5 minit)1. Guru merumuskan isi pelajaran pada hari tersebut.2.
Guru memberi pujian atas sikap murid .3.Guru meminta murid-murid
menyanyikan semula lagu Budi bahasa budaya kita diiringi lagu
tersebut.
Gabungjalin kemahiran: muzik BBB:-Radio,cakera padat (CD)- Video
lagu Budi Bahasa Budaya Kita
4.0RANCANGAN PENGAJARAN INOVASI BAHASA MELAYU TAHUN 5
Mata pelajaran : Bahasa MelayuMasa : 8.45 pagi 9.45pagi (1
jam)Hari : KhamisTahun : 5 AktifJumlah murid : 35 orangTema : Budi
Bahasa Budaya KitaTajuk : Orang Berbudi Kita BerbahasaFokus utama :
11.1 Menyatakan pandangan tentang perkara yang menarik dalam
sesebuah karya.Aras 1(i) Mengulas perkara menarik dalam karya.
Fokus sampingan : 5.2 Membaca kuat teks prosa dengan sebutan dan
intonasi yang betul dan memahami perkara yg dibaca.Aras 3 (ii)
Menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca.
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan
dapat:-1. Mengulas nilai-nilai murni yang terdapat dalam teks Orang
Berbudi Kita Berbahasa secara bertulis.2. Menjawab soalan pemahaman
objektif berdasarkan teks Orang Berbudi Kita Berbahasa secara
bertulis dengan betul.3. Menyatakan nilai-nilai murni yang terdapat
dalam slide yang dipaparkan.
Objektif pemulihan 4. Dapat menggunakan kosa kata yang betul
mengikut konBahan bantu mengajar : Bil .BahanJumlah
1.Cakera Padat (CD)1
2.Radio1
3.Petikan cerita35
4.Lembaran kerja35
5.Carta permainan1
6.Dadu1
7.Penanda pemain6
8.Poster1
9.Skrin1
ISI PELAJARANAKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANCATATAN
1. Slide 2. Soalan:a. Ceritakan apa yang dapat kamu faham dalam
video tersebut?
b. Nyatakan kempen yang sesuai dengan video tersebut?Kempen Budi
Bahasa
1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Induksi set (5
minit)Aktiviti i1. Murid menonton video kanak-kanak membantu lelaki
buta melintas jalan. 2. Guru bertanya murid tentang situasi di
dalam video tersebut.3. Guru bertanya murid perkaitan poster yang
ditunjukkan dengan kempen yang dijalankan oleh kerajaan.
Aktiviti ii1. Guru mengaitkan jawapan murid dengan isi pelajaran
pada hari tersebut.2. Setiap kumpulan diminta berbincang untuk
melakonkan semula watak berdasarkan video yang ditonton pada awal
pembelajaran.3. Murid berbincang dalam kumpulan dan mengulas
nilai-nilai murni yang terdapat video Orang Berbudi Kita Berbahasa
secara lisan.
Strategi: Pemusatan pelajar dan bahan. Kaedah : Penerangan dan
penyoalan.BBM :LCD projektor -Slaid PowerPoint, Nilai: Kesungguhan,
Ketelitian, bekerjasamaBKK :Mengenal pasti, Membanding dan
membanding beza TMK : ICTEMK: Kreatif dan InovasiPengetahuan sedia
ada
Strategi: Pemusatan pelajar dan bahan. Kaedah : Penerangan dan
penyoalan.BBM :LCD projektor -Slaid PowerPoint, Nilai: Kesungguhan,
Ketelitian, bekerjasamaBKK :Mengenal pasti, Membanding dan
membanding beza TMK : ICTEMK: Kreatif dan InovasiPengetahuan sedia
ada
Teks: Orang Berbudi Kita Berbahasa1.Soalan:a. Apakah makna
nilai-nila murni?
b. Apakah makna perkataan yang sukar kamu terjemahkan?
1. Video- Situasi i( video 1): Orang yang turun daripada bas
tidak mengucapkan terima kasih kepada pemandu bas.- Situasi I (
video 2):Seorang sahaja penumpang yang mengucapkan terima kasih
kepada pemandu bas semasa menuruni bas.Fasa sebelum(15
minit)Langkah 1Aktiviti i 1. Murid membaca petikan yang terdapat di
slide . 2. Murid membaca secara skimming untuk memahami idea
keseluruhan teks. 3. Murid menceritakan sendiri nilai murni
berdasarkan pengalaman sedia ada.3 4. Guru menyatakan maksud Orang
Berbudi Kita Berbahasa secara lebih terperinci supaya murid
faham.
Aktiviti ii1 1. Guru menayangkan video yang menggambarkan 2
situasi tentang budi bahasa.2 2. Guru membimbing murid merujuk
terus kepada nilai murni yang dikenal pastia) Apakah perbezaan
situasi i(video 1) dan situasi ii (video2)?b) Apakah perkara yang
patut kita lakukan jika berada dalam situasi i?Buat ulasan tentang
perlakuan yang kurang bersopan dengan perlakuan yang bersopan? -
Mengapa? Strategi: Pemusatan pelajar dan bahan. Kaedah : Penerangan
dan penyoalan.BBM :LCD projektor -Slaid PowerPoint, Nilai:
Kesungguhan, Ketelitian, bekerjasamaBKK :Mengenal pasti, Membanding
dan membanding beza TMK : ICTEMK: Kreatif dan InovasiPengetahuan
sedia ada
Strategi: Pemusatan pelajar dan bahan. Kaedah : Penerangan dan
penyoalan.BBM :LCD projektor -Slaid PowerPoint, Nilai: Kesungguhan,
Ketelitian, bekerjasamaBKK :Mengenal pasti, Membanding dan
membanding beza TMK : ICTEMK: Kreatif dan InovasiPengetahuan sedia
ada
Fasa semasa(10 minit)Langkah 2Aktiviti i1. - Guru menyuruh murid
menulis karangan tentang perbezaan yang telah dikenalpasti dalam
gambar yang dipaparkan secara lengkap menggunakan ayat sendiri.
Strategi: Pemusatan pelajar dan bahan. Kaedah : Penerangan dan
penyoalan.BBM :LCD projektor -Slaid PowerPoint, Nilai: Kesungguhan,
Ketelitian, bekerjasamaBKK :Mengenal pasti, Membanding dan
membanding beza TMK : ICTEMK: Kreatif dan InovasiPengetahuan sedia
ada
Aktiviti membaca teks:Orang Berbudi Kita Berbahasa
1.
Karangan bergambar
1.Video cerita teladan Soalan :a. Senaraikan 8 nilai murni yang
terdapat dalam video cerita teladan bersama contohnya.Fasa selepas
(25 minit)Langkah 3Aktiviti i1. Guru menerangkan makna ayat yang
sukar difahami.2. Guru menerangkan kandungan teks:- Teks ini
menerangkan tentang ... M menggunakan kata tanya:i. Mengapa....?ii.
Apakah...?iii. Di manakah...?iv. Bilakah...?v. Bagaimanakah(4W
1H)3. Guru meminta murid menjawab soalan yang disediakan dalam
lembaran kerja.
Aktiviti Pemulihan1. 1. Guru menayangkan slide gambar bersiri
beserta keratan-keratan perkataan kepada murid-murid pemulihan.2.
2. Murid-murid diminta untuk memilih perkataan yang sesuai bagi
melengkapkan ayat dengan menambah rangkai kata yang sesuai
berdasarkan slide bagi menyudahkan cerita.3. 3. Seterusnya murid
akan menggabungkan ayat-ayat yang telah dibuat menjadi sebuah
karangan pendek yang lengkap.
Aktiviti pengayaan 1. Guru membahagikan murid kepada 6 kumpulan
iaitu lima murid setiap kumpulan. 2. Guru menayangkan video cerita
teladan. 3. Murid diminta menyenaraikan sekurang-kurangnya 8 nilai
murni yang terdapat dalam video dalam kumpulan. 4.Setiap wakil
kumpilan akan menerangkan nilai murni yang mereka peroleh dalam
video .
Aktiviti ii1. Murid menulis nilai-nilai murni yang telah
dibincangkan kedalam buku tulis.
S trategi: Pemusatan pelajar dan bahan. Kaedah : Penerangan dan
penyoalan.BBM :LCD projektor -Slaid PowerPoint, Nilai: Kesungguhan,
Ketelitian, bekerjasamaBKK :Mengenal pasti, Membanding dan
membanding beza TMK : ICTEMK: Kreatif dan InovasiPengetahuan sedia
ada
Strategi: Pemusatan pelajar dan bahan. Kaedah : Penerangan dan
penyoalan.BBM :LCD projektor -Slaid PowerPoint, Nilai: Kesungguhan,
Ketelitian, bekerjasamaBKK :Mengenal pasti, Membanding dan
membanding beza TMK : ICTEMK: Kreatif dan InovasiPengetahuan sedia
ada
Strategi: Pemusatan pelajar dan bahan. Kaedah : Penerangan dan
penyoalan.BBM :LCD projektor Laptop.Nilai: Kesungguhan, Ketelitian,
bekerjasamaBKK :Mengenal pasti, Membanding dan membanding beza TMK
: ICTEMK: Kreatif dan InovasiPengetahuan sedia ada
Kognitif :Rumusan isi pelajaran- Nilai-nilai murni
Sosial :- Pujian - Nyanyian lagu Budi Bahasa Budaya KitaPenutup
(5 minit)1. Guru merumuskan isi pelajaran pada hari tersebut.2.
Guru memberi pujian atas sikap murid .3.Guru meminta murid-murid
menyanyikan semula lagu Budi bahasa budaya kita diiringi lagu
tersebut.
Strategi: Pemusatan pelajar dan bahan. Kaedah : Penerangan dan
penyoalan.BBM :LCD projektor -Slaid PowerPoint, Nilai: Kesungguhan,
Ketelitian, bekerjasamaBKK :Mengenal pasti, Membanding dan
membanding beza TMK : ICTEMK: Kreatif dan InovasiPengetahuan sedia
ada
5.0 PERBANDINGAN PENGAJARAN BIASA DENGAN PENGAJARAN INOVASI
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah merangka transformasi
terhadap bidang pendidikan seperti isi kandungan kurikulum,
penyusunan, pedagogi dan pendekatan di dalam bilik darjah yang
membolehkan potensi inovasi dan kreativiti pelajar dapat dipupuk
dengan efektif. Transformasi ini penting kerana kurikulum merupakan
perubahan penting bagi keberkesanan sekolah dan laluan kepada
kecemerlangan pendidikan (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2010).
Kecemerlangan pendidikan ini boleh dicapai melalui tranformasi
pengajaran dan pembelajaran di sekolah.Senario masa depan dalam
pendidikan amat bergantung kepada berkesan atau pun tidak proses
pengajaran dan pembelajaran yang sedang di jalankan sekarang.
Matlamat utama pendidikan ialah menjadikan pelajar menjadi
cemerlang dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani. Dalam
konteks hari ini, suatu perubahan perlu dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang lebih kreatif dan inovatif perlu dicerna. Guru
berperanan menyampaikan pengajaran kepada muridnya. Sejauh mana
tercapainya objektif ini adalah bergantung kepada kaedah atau cara
penyampaian guru itu sendiri . Mengamalkan prinsip kepelbagaian
dalam pengajaran sebagai rempah hidup di bilik darjah akan dapat
mewujudkan keseronokan dalam pembelajaran dan seterusnya
keberkesanan pembelajaran kepada pelajar itu sendiri . Jika
dibandingkan pengajaran biasa dengan pengajaran inovasi,dapatlah di
buat perbandingan seperti berikut ,jika dahulu proses pengajaran
adalah berpusatkan guru tetapi kini setelah mengalami proses
inovasi kaedah pengajaran lebih kepada berpusatkan pelajar kerana
kaedah ini lebih menarik minat pelajar,contohnya dalam mata
pelajaran Bahasa melayu, kaedah dan teknik pengajaran yang dikenal
pasti sesuai untuk menarik minat pelajar ialah aktiviti dalam
kumpulan, aktiviti minda kreatif yang lebih kepada penggunaan
multimedia. Guru perlu membebaskan diri daripada pemikiran lama
yang membelenggu mereka dalam kaedah pengajaran. Seperti kaedah
chalk and talk sudah tidak relevan lagi buat masa kini, Mahasan
Mahmood (2003).
Dari dari sudut konsep 5P
(pengayaan,pemulihan,penyerapan,pengabungjalinan dan
penilaian).Elemen ini merupakan asas dalam proses pengajaran dan
pembelajaran .Konsep ini merupakan aspek penting dalam pengajaran
dan pembelajaran kerana melalui proses ini pelajar dapat
menyesuaikan maklumat dalam rangsangan serta menghasilkan satu
pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh serta mengelakkan kebosanan
dalam kalangan murid.Contohnya dalam elemen pengayaan,pelbagai
aktiviti pengayaan boleh dijalankan yang berpusatkan murid yang
sesuai mengikut kecerdasan murid yang pelbagai seperti pembelajaran
akses kendiri, kerja projek, bacaan tambahan, permainan dan
rekreasi, serta pembelajaran berbantukan komputer. Strategi ke arah
pembelajaran berpusatkan pelajar memberi peluang kepada pelajar
belajar secara individu, kumpulan dan kelas.Jika kaedah pengajaran
dahulu menggunakan chalk and talk dan dibelenggu oleh buku teks
yang berpusat kepada guru semata-mata,tetapi kaedah pengajaran
sekarang lebih kepada pengajaran berpusat kepada pelajar melalui
pelbagai aktiviti pembelajaran. Contohnya,pengajaran Chalk and Talk
telah diganti dengan menggunakan power point presentation,
menggunakan video yang berkaitan dengan isi pengajaran. Aktiviti
membuat latihan di dalam lembaran kerja,buku tulis dan arahan guru
telah diganti dengan kaedah perbincangan,buku skrap secara
berkumpulan atau individu serta latihan menyelesaikan masalah dalam
kumpulan dan sebagainya.Selain daripada itu, proses pengajaran dan
pembelajaran memerlukan pelajar bekerjasama dengan pihak luar untuk
mendapatkan maklumat merupakan inovasi menjalinkan hubungan baru
dengan pihak luar dan peringkat sekolah melaluiaktiviti luar
seperti ko kurikulum. Dari segi inovasi perkembangan berterusan
pula, guru menerapkan ia di dalam soalan peperiksaan akhir dan
penilaian berterusan.Inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran yang
dirangka dan dilaksanakan dapat , pembangunan minda, mengembangkan
potensi pemikiran kreatif dan inovatif pelajar. Stailpengajaran
inovasi adalah lebih menarik, menyeronokkan dan bebas daripada
tekanan dan kebimbangan. Kaedah-kaedah kreatif dan inovatif dapat
mencorakkan suasana belajar dan meningkatkan pencapaian positif
murid tentang sesuatuyang dipelajari.Selain itu,kreativiti dan
inovasi juga dapat mencorakkan situasi pembelajaran yang ceria dan
berkesan.
Bagi kaedah penyerapan pula,jika kaedah pengajaran biasa ialah
kemahiran yang digabungjalinkan berkaitan dengan kemahiran yang
terdapat dalam hasil pembelajaran dan kemahiran dari mata pelajaran
yang lain sementara itu, kaedah pengabungjalinan inovasi pula ialah
secara interaktif yang menggabungjalinkan kemahiran mata pelajaran
dengan perkembangan teknologi maklumat semasa PdP ini menjadikan
pengajaran Bahasa Melayu berinovasi lebih berkesan berbanding
pengajaran secara biasa.
Kaedah ini memain peranan yang penting kerana proses pengajaran
secara interaktif ini akan memberikan pengalaman belajar yang
sebenar dan terus kerana pembelajaran secara interaktif membolehkan
murid menghubungkaitkan maklumat yang mereka pelajari. nilai dan
kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran berfikir, kajian masa
depan, kemahiran belajar cara belajar, dan boleh diserapkan dalam
pengajaran (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000). Penyerapan ini
juga mengandungi pelbagai ilmu dan disiplin dalam pelbagai mata
pelajaran yang boleh dimanfaatkan dalam pengajaran. Pengajaran
inovasi ini dapat mewujudkan aktiviti pengajaran dan pemudahcara
yang lebih prodaktif dan efektif. Di samping itu, pemilihan isi
pengetahuan yang menarik daripada kaedah pengajaran amalan biasa.
Pengajaran dan pembelajaran yang bertema membolehkan murid menyerap
pelbagai ilmu dan disiplin lain. Melalui pengajaran inovasi, dapat
mewujudkan aktiviti pengajaran dan pemudahcara yang lebih prodaktif
dan efektif berbanding kaedah pengajaran yang biasa. Contohnya
dalam pengajaran Bahasa Melayu, pengajaran inovasi ini menjadikan
mata pelajaran Bahasa Melayu senang difahami dengan sesuatu yang
dipelajari dengan penyerapan , hubung kait, dengan mata pelajaran
yang lain. Guru bukan sahaja mengajar bahasa malah turut
menyampaikan nilai-nilai murni seperti Pendidikan Agama Islam,Muzik
dan sebagainya.'World Wide Web' (www) merupakan satu eleman dalam
internat, Penggunaan teknik pengajaran yang berinovasi menjadikan
pengajaran Bahasa Melayu lebih berkesan berbanding pengajaran
secara biasa.Kemahiran belajar, kemahiran pelbagai kecerdasan,
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, dan kemahiran generik
merupakan elemen yang terdapat dalam pengabungjalinan. Kemahiran
diluar pembelajaran ini membawa maksud penggabunganjalinan
merentasi kurikulum. Penggabungjalinan merupakan proses
pembelajaran dan pemudahcara yang menekankan beberapa kemahiran
yang dapat dikuasai secara serentak. Elemen pengabungjalinan sudah
lama terdapat dalam kaedah pengajaran. Kemahiran yang
digabungjalinkan berkaitan dengan kemahiran yang terdapat dalam
hasil pembelajaran dan kemahiran dari mata pelajaran yang
lain.Melalui kaedah inonvasi,guru menggunakan pengajaran inovasi
secara interaktif yang menggabungjalinkan perkambangan teknologi
maklumat semasa pengajaran dan pembelajaran.
Pemulihan pula merupakan satu program khas berbentuk tambahan
bagi mengatasi kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran
agar ketidakupayaan yang menghalangnya berfungsi secara normal
seperti murid yang sebaya dengannya dapat diatasi. Dalam pengajaran
biasa,pelajar-pelajar pemulihan sering disogokkan dengan kad-kad
perkataan sehingga menimbulkan perasaan bosan kepada pelajar
tersebut.Dalam pengajaran inovasi, pelajar akan didorong kepada
pembentukan sahsiah dan kematangan fikiran yang boleh dicorak
secara mudah kepada sukar mengikut kadar kemampuan pelajar bagi
menguasai kemahiran yang diajar.Contohnya penggunaan bahan
multimedia yang pelbagai dan kaedah pengajaran yang menarik dan
terkini seperti didik hibur akan memberi peluang kepada pelajar
berasa seronok dan mempunyai keyakinan diri untuk belajar seperti
pelajar yang lain.Ledakan teknologi menuntut guru untuk lebih peka
dalam menyediakan bahan pembelajaran.Kaedah pengajaran biasa
menggunakan bahan pembelajaran maujud,kaedah ini mungkin sudah
tidak sesuai lagi dengan dunia pendidikan masa kini.kaedah
pengajaran biasa secara langsung yang berterusan akan membosankan
pelajar dan mampu menghilangkan semangat untuk belajar.Oleh sebab
itu konsep bahan bantu mengajar berasaskan TMK bagi memperluaskan
jaringan komunikasi tanpa batasan dapat membantu guru menarik
perhatian pelajar.Penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik
berupaya menanam minat dan mengembangkan kreativiti pelajar. Selain
itu, bahan bantu mengajar dapat juga memberikan keseronokan kepada
pelajar kerana dengan penggunaannya, pelajar akan mengalami situasi
yang terkeluar daripada suasana pembelajaran biasa dan seterusnya
dapat menghindarkan mereka daripada merasa bosan ketika belajar.
Begitu juga dengan kaedah pentaksiran dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.Dalam kaedah pengajaran biasa,pelajar dinilai melalui
peperiksaan atau ujian bulanan,Namun setelah berlakunya tranformasi
dalam pendidikan,pelbagai cara atau kaedah digunakan dalam menilai
pelajar-pelajarnya. Proses penilaian pengajaran sekarang, pelajar
tidak dilakukan secara kertas pensel semata-mata.Penilaian secara
global dilakukan melalui kombinasi kaedah penilaian
sepertipemerhatian, interaksi dua hala, percambahan minda dan hasil
kerja projek.,Penilaian secara formatif bagi menguji kefahaman
serta tahap penguasaan mereka. Cara itu memberi peluang untuk
mengesan pelajar yang tercicir dan membuat tindakan susulan.
6.0 KESIMPULANPendidikan dewasa ini telah meletuskan perubahan
yang sangat ketara terutama dalam sistem pentadbiran dan proses
pengajaran dan pembelajaran dalam sistem pendidikan global. Pelajar
merupakan aset negara yang perlu dipupuk dan dicema supaya menjadi
warganegara yang dapat mendukung wawasan negara. Robiah & Nor
Sakinah (2007) menyatakan, perubahan harus berlaku dalam sistem
mengajar dan belajar di bilik-bilik darjah yang mana pendekatan
konstruktivisme adalah digalakkan kerana ia dapat memupuk minat
serta menggalakkan pelajar lebih bertanggungjawab terhadap
pembelajaran di samping menerapkan amalan pembelajaran sepanjang
hayat. Arus perkembangan semasa menuntut kepada perubahan dari
segenap aspek mahupun lapangan kehidupan umum. Perubahan positif
merupakan anjakan yang perlu dihasilkan bagi mewujudkan kedinamikan
untuk menghadapi cabaran-cabaran baru seiring perkembangan semasa.
Justeru, pendidikan masakini perlu kepada pembaharuan bagi
merealisasikan proses pembentukan dan pengembangan potensi diri
yang patut disalurkan kepada para pelajar. Realiti pelajar pada
hari in,sejak berusia 2 tahun sudah mampu menggunakan aplikasi
komputre atau alat ICT lain yang canggih untuk mengenal huruf atau
objek-objek tertentu. Dunia di hujung jari merupakan frasa yang
amat mudah difahami pada masa kini.Letusan ini adalah disebabkan
oleh perubahan dalam bentuk teknologi yang semakin maju dan
digunakan oleh semua negara di dunia.Dalam sistem pendidikan secara
berpusat yang diamalkan di Malaysia, pelaksanaan inovasi pendidikan
adalah bersifat menjunam melalui proses dari atas ke bawah. Proses
yang perlu dilalui untuk menyebarkan inovasi kepada penerima adalah
panjang dan berliku, melibatkan beberapa peringkat penyebaran
tertentu. Lazimnya, penyebaran inovasi itu dilaksanakan secara
stereotaip melalui mesyuarat, kursus, bengkel, seminar dan
sebagainya.Dalam sistem pendidikan secara berpusat yang diamalkan
di Malaysia, pelaksanaan inovasi pendidikan adalah bersifat
menjunam melalui proses dari atas ke bawah. Proses yang perlu
dilalui untuk menyebarkan inovasi kepada penerima adalah panjang
dan berliku, melibatkan beberapa peringkat penyebaran tertentu.
Lazimnya, penyebaran inovasi itu dilaksanakan secara stereotaip
melalui mesyuarat, kursus, bengkel, seminar dan sebagainya.
7.0 Rujukan :
A.Aziz Deraman (2007). Bahasa Melayu dan cabaran global. Dewan
Bahasa, 7(2), 26-30.
Jeong-Bae Son (2006). Using online discussion groups in a CALL
teacher training course. Regional Language Centre Journal. 37(1),
123-135.
Siri Panduan Guru Kurikulum Baru Sekolah
Rendah,(1992).Pengurusan Bilik Darjah,Dewan Bahasa Dan
Pustaka,Kewmenterian Pendidikan Malaysia,Kuala Lumpur.
Vivi Lachs,Muhammad Asyraf Mustafa(penterjemah),(2006)Multimedia
Di Dalam darjah.Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.
Yahya Othman (2007). Bahan bantu mengajar memperkukuh Bahasa
Melayu. Fajar Bakti Sdn Bhd.
http://jongbatu.wordpress.com/2011/03/16/strategi-berasaskan-bahan-aktiviti
http://duniakhiratsyurga.blogspot.com/2012/09/kreativiti-guru-dalam-pengajaran-bahasa.html
http://cikgu-lan.blogspot.com/2013/09/potensi-ict-dalam-pengajaran-dan.html