-
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera Dan Salam Perpaduan,
Tuan/ Puan,
Dengan hormatnya dikemukakan laporan media pada tarikh 13
Januari 2020 (Isnin) untuk
makluman warga PERPADUAN.
BERITA / ARTIKEL :
BIL TARIKH TAJUK BERITA AKHBAR M/S KATEGORI
1 11 Jan 2020 (Sabtu) Cara menangani isu perkauman Sinar Harian
8 Makluman
2 11 Jan 2020 (Sabtu) Elak polarisasi kaum, politik negatif
Sinar Harian 4 Makluman
3 12 Jan 2020 (Ahad) Erat hubungan semakin rapuh Sinar Harian 6
Makluman
4 13 Jan 2020 (Isnin) Kerajaan perlu ambil tindakan demi
perpaduan Malaysia
Sinar Harian 41 Makluman
5 13 Jan 2020 (Isnin) Keharmonian kaum diutamakan Sinar Harian 4
Makluman
6 13 Jan 2020 (Isnin) Media perlu banyakkan laporan menjurus
kearah perpaduan kaum
Sinar Harian 2 Makluman
2. SINOPSIS :
1. 11 Jan 2019 (Sabtu), Sinar Harian ms 8:
Menghormati satu sama lain merupakan azimat utama dalam
membanteras sentimen
perkauman dalam Negara. Semua orang perlu sedar Malaysia sebuah
Negara berbilang
kaum dan tidak seharusnya ada satu kaum yang dominan.
Sebagaimana pentingnya
ekonomi begitu jugalah pentingnya perpaduan kerana jika ekonomi
jatuh malah
perpaduan juga ikut sama jatuh.
-
2. 11 Jan 2019 (Sabtu), Sinar Harian ms 4:
Polarisasi perkauman dan politik berlebihan boleh mengancam
hubungan harmoni
pelbagai kaum di Malaysia sekiranya ia tidak dibendung dengan
segera. Dua faktor itu
juga membawa kepada perselisihan faham akibat kurangnya
pemahaman dan sikap
saling menghormati.Apa yang paling diperlukan sekarang untuk
meneutralkan politik
kebencian ialah pembina jambatan etnik dan bukanya wira etnik.
Pemimpin terutamanya
diperingkat nasional perlu menjadi contoh kepada rakyat dan
bukannya sebaliknya.
-
3. 12 Jan 2019 (Ahad), Sinar Harian ms 6:
Kempen Uninstall Hatred : Reboot Malaysia & Global harmony
adalah untuk
menyatupadukan etnik dinegara ini mendapatkan sokongan padu
pemimpin
terutamanya bukan melayu. Semua pihak seharusnya tidak memainkan
isu perkauman
dan agama berikutan hubungan kaum kini semakin parah.
-
4. 13 Jan 2019 (Isnin), Sinar Harian ms 41:
Menjadi tanggungjawab kerajaan pemerintah dalam memastikan
keharmonian kaum
dinegara ini terjamin.Ingatlah semua sekali sesuatu kaum
bertelagah dengan kaum lain
maka akibatnya sangat buruk sehingga sukar dibendung dab
bagaikan tidak mampu
untuk diubati lagi.
5. 13 Jan 2019 (Isnin), Sinar Harian ms 4:
Isu keharmonian kaum merupakan keutamaan kerajaan namum diakui
bukan satu
perkara mudah untuk memuaskan hati semua pihak. Menteri
kewangan, Lim Guan Eng
berkata sebagai sebuah kerajaan yang mengamalkan prinsip
demokrasi dan terbuka
pihaknya bersedia menerima dan memberi ruang kepada semua untuk
menyatakan
pandangan masing-masing.
-
6. 13 Jan 2019 (Isnin), Sinar Harian ms 2:
Media di negara ini disarankan memperbanyakkan lagi program dan
berita yang
menjurus kearah pemupukan perpaduan kaum. Laporan dan berita
yang positif dapat
meningkatkan perpaduan dan seterusnya memupuk hubungan baik
diantara kaum
dinegara ini. Media hendaklah memainkan peranan lebih efektif
dalam memberi
kefahaman kepada rakyat tentang pentingnya kita bersatu padu
dalam perkara-perkara
yang melibatkan kepentingan bersama.
-
"Membudayakan Perpaduan, Meraikan Kepelbagaian"
MOHD FAISAL BIN SALEH
Bahagian Korporat
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
Jabatan Perdana Menteri